Anda di halaman 1dari 11

PPIK 2 Julangan, keapungan dan tenggelam Hasil pembelajaran Mengkaji keadaan yang utama untuk keapungan, timbul dan

tenggelam Pengenalan Prinsip Archimedes menjelaskan bahawa sebarang objek yang terapung akan mensesarkan berat air yang sama seperti beratnya sendiri. Secara umumnya, sebarang objek, sama ada tenggelam sepenuhnya atau separa dalam cecair adalah diapungkan oleh daya yang sama dengan berat cecair yang disesarkan objek. Ketumpatan objek akan menentukan keadaanya apabila diletakkan di dalam cecair sama ada akan terapung atau tenggelam. Sesuatu objek yang mempunyai berketumpatan tinggi daripada cecair akan tenggelam manakala jika berketumpatan rendah ia akan tertimbul pada permukaan cecair. Secara keseluruhannya, terdapat tiga prinsip keapungan dalam air. Pertama ialah, jasad akan terus timbul atau naik ke atas permukaan air jika daya tujahan ke atas melebihi berat jasad. Kedua, satu objek atau jasad akan tenggelam atau jatuh ke bawah air jika berat jasad melebihi daya tujahan. Ketiga, satu jasad akan terapung atau pegun dipermukaan air jika daya tujahan ke atas adalah sama dengan berat objek. Bahan Dua silinder penyukat, larutan saline (air masin), 2 biji telur, bekas berbentuk panjang, dan lima bola plastisin (setiap satu 50 g). Aktiviti Mengkaji mengapa jasad timbul atau tenggelam dalam cecair. Prosedur 1. Satu silinder penyukat diisi dengan air paip dan satu silinder penyukat lagi dengan larutan saline. Telur diletakkan di dalam setiap silinder dan pemerhatian dilakukan. 2. Tiga bola plastisin diambil, setiap satu 50g. Dua bola plastisin dibentukkan seperti bot, satu dengan sisi yang rendah dan satu lagi sisi yang lebih tinggi.

3. Satu bola 50g dan kedua-dua bot diletakkan di bekas yang berisi penuh air. Pemerhatian direkodkan. 4. Seterusnya, satu lagi bola plastisin 50g diambil dan diletakkan secaa perlahanlahan di bahagian tengah setiap bot. Pemerhatian direkodkan. 5. Inferens diberikan bagi setiap pemerhatian. 6. Laporan tentang aktiviti di atas ditulis berdasarkan format berikut: Mengenal pasti masalah, membentuk hipotesis, menguji hipotesis, merekod dan menganalisis serta kesimpulan.

Aktiviti 1 Keapungan telur

Mengenal pasti masalah Adakah cecair yang berlainan jenis dan ketumpatan akan menghasilkan kesan keapungan yang berlainan? Hipotesis Ketumpatan cecair akan mempengaruhi kadar keapungan objek (telur). Pemerhatian/ keputusan

Aktiviti

Pemerhatian

Inferens

Telur dimasukkan ke dalam silinder penyukat yang diisi dengan air paip.

Telur tenggelam ke dasar air.

Telur lebih tumpat daripada air paip.

Telur dimasukkan ke dalam silinder penyukat yang diisi dengan larutan saline.

Telur terapung di atas larutan saline dengan sedikit bahagian telur

Larutan saline lebih tumpat daripada telur.

timbul di permukaan air.

Perbincangan Ciri telur yang tenggelam sepenuhnya dalam air menjelaskan kita bahawa telur mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada air paip manakala apabila telur diletakkan dalam larutan saline, ketumpatan larutan yang tinggi daripada ketumpatan telur akan mempengaruhi daya keapungan telur. Hal ini kerana, ketumpatan cecair atau larutan yang tinggi akan menghasilkan daya tujah air yang lebih kuat yang boleh mengatasi berat sesebuah objek. Dalam aktiviti ini, larutan garam membuktikan bahawa ia mempunyai daya tujah yang kuat hingga telur tersebut tidak tenggelam sepenuhnya. Jika dibandingkan dengan air paip yang mempunyai ketumpatan yang kurang, ia tidak dapat menghasilkan daya tujah yang begitu kuat dan tidak mampu untuk mengatasi berat objek. Ini menyebabkan menyebabkan objek, iaitu telur tenggelam dengan sepenuhnya.

Kesimpulan Hipotesis diterima, di mana jika ketumpatan sesuatu objek lebih daripada air, ia akan tenggelam dan jika air mempunyai ketumpatan yang lebih daripada sesuatu objek ia akan terapung di atas permukaan air.

Aktiviti 2 dan Aktiviti 3 Timbul dan tenggelam

Mengenalpasti masalah Adakah bentuk dan ketinggian sisi perahu mempengaruhi keapungan dan

tenggelam sesuatu objek.

Hipotesis Bentuk dan ketinggian sisi objek mempengaruhi keapungan sesuatu objek.

Pemerhatian/ keputusan Aktiviti 2

Aktiviti

Pemerhatian

Inferens

Bot sisi rendah

Bot terapung pada permukaan air. Air tidak memasuki bot.

Dalam bot yang bersisi rendah jumlah luas permukaannya yang bersentuhan pada permukaan air adalah besar. Dengan ini, daya apungan yang dihasilkan terhadap bot itu adalah tinggi. Daya ini dapat mengatasi berat bot. Oleh itu, bot terapung pada permukaan air. Tambahan pula, bot bersisi rendah mempunyai ruang udara yang besar untuk menampung udara dan ini menyebabkan bot itu terapung pada permukaan air.

Bot sisi tinggi

Bot

terapung

pada Dalam bot yang bersisi tinggi

permukaan air dalam bekas. jumlah luas permukaannya yang Air tidak memasuki bot. bersentuhan pada permukaan air adalah lebih besar. Dengan ini, daya apungan yang dihasilkan terhadap bot itu adalah lebih tinggi. Daya ini dapat mengatasi berat bot. Oleh itu, bot terapung pada permukaan air. Tambahan pula, bot bersisi tinggi mempunyai ruang udara yang sangat besar untuk menampung udara banyak

dan ini menyebabkan bot itu terapung pada permukaan air.

Bola plastisin 50g

Bola plastisin tenggelam sebaik sahaja diletakkan dalam bekas.

Jumlah

luas

permukaan

yang

bersentuhan dengan permukaan air adalah sangat kecil bagi bola plastisin. Dengan ini, daya

apungan yang dihasilkan adalah rendah dan daya ini tidak dapat mengatasi berat bola plastisin. Tambahan pula, bola plastisin juga tidak mempunyai sebarang ruang udara yang dapat

menampung udara. Oleh itu, bola plastisin tenggelam dalam air.

Aktiviti 3

Jenis bot

Sebelum diletakkan beban

Selepas meletakkan beban

Inferens

Bot berisi rendah

Terapung

Tenggelam

Memandangkan sisi bot yang rendah maka kurang udara dapat ditampung maka daya keapungannya juga

rendah. Sisi bot yang rendah juga membenarkan air memasuki ke dalam bot dengan banyak. lagi jisim Ini bot akan dan

meningkatkan

menyebabkannya tenggelam.

Bot bersisi tinggi

Terapung

Terapung

Sisi bot yang tinggi membolehkan lebih banyak udara ditampung maka keapungannya di atas permukaan air adalah sangat stabil. Sisi bot yang tinggi juga tidak membenarkan air memasuki ke dalam bot dengan

banyak. Ini akan mengekalkan jisim bot dan menyebabkannya terapung.

Perbincangan Melalui pengendalian eksperimen ini, beberapa faktor yang mempengaruhi keapungan sesuatu objek dapat dikaji dan dikenalpasti. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, dapat disimpulkan bahawa bentuk objek yang berbeza akan mempengaruhi keapungannya. Dalam eksperimen ini, jisim plastisin yang digunakan dimalarkan iaitu 50g. Namun, bentuk berlainan direka daripada plastisin tersebut di mana perahu yang bersisi rendah dan bersisi tinggi serta bebola plastisin berbentuk sfera dihasilkan. Keputusan yang didapati apabila menggunakan plastisin dalam bentuk-bentuk yang berbeza memberikan dalam tiga situasi yang berbeza di mana bebola plastisin yang berbentuk sfera terus tengelam ke dalam air manakala keduadua perahu yang lain masih terapung.

Bentuk dan luas permukaan sesuatu jasad atau objek akan mempengaruhi keterapungannya. Hal ini dapat dilihat melalui pemerhatian yang dilakukan ke atas bola plastisin, bot plastisin yang bersisi rendah dan tinggi. bola plastisin telah tenggelaam sebaik sahaja dilepaskan di dalam air manakala kedua-dua bot masih terapung di atas permukaan air. Bola plastisin yang berbentuk sfera mempunyai luas permukaan yang kecil yang bersentuhan dengan permukaan air jika dibandingkan dengan luas permukaan bot bersisi rendah dan tinggi. Semakin luas permukaan jasad atau objek yang bersentuhan dengan permukaan air maka semakin banyak tindak balas daya keapungan terhadap perahu tersebut.

Dari aspek bentuk, jika sesuatu objek mempunyai ruang udara maka ia dapat menampung udara yang banyak dan akan timbul atau terapung dari permukaan air berbanding dengan objek yang tidak mempunyai ruang udara seperti bola plastisin yang berbentuk sfera. Ia akan tenggelam kerana tiada ruang udara. Selain itu, bentuk objek yang mempunyai sisi yang rendah mudah dimasuki air dan tenggelam manakala objek yang mempunyai sisi yang tinggi sukar dimasuki air dan akan terapung pada permukaan air.

Kesimpulan Hipotesis diterima, bentuk dan ketinggian sisi objek mempengaruhi keapungan sesuatu objek. Hal ini dibuktikan dalam keputusan dimana plastesin yang mempunyai jisim 50g digunakan tetapi bola yang berbentuk sfera tenggelam manakala bot-bot yang berbentuk lain tidak tenggelam tetapi apabila ditambah beban sebanyak 50g bot sisi rendah tidak mampu bertahan dan akhirnya tenggelam, manakala perahu sisi tinggi mampu bertahan.

Langkah jaga-jaga 1.Berhati-hati mengendalikan telur agar tidak pecah. 2.Pastikan plastisin diuli terlebih dahulu untuk mengelakkan terdapat kebocoran pada bot. 3.Pastikan kedua-dua bot yang dibina mempunyai ketebalan yang sama.

Soalan 1) Mengapakah objek timbul atau tenggelam dalam cecair? Setiap objek mempunyai ketumpatan yang berbeza. Jika cecair mempunyai ketumpatan yang tinggi daripada objek maka objek akan terapung dan tertimbul di atas permukaan cecair. Contohnya, minyak masak adalah kurang tumpat daripada

air maka ia akan terapung di atas permukaan air. Hal ini kerana terdapat daya tujahan yang bertindak terhadap berat objek tersebut. Jika objek lebih tumpat daripada cecair maka objek tersebut akan tenggelam kerana daya tujahan yang dihasilkan oleh cecair adalah rendah dan ia tidak mampu mengatasi berat objek. Contohnya, batu adalah lebih tumpat daripada air dan ia akan tenggelam pada dasar air. 2) Bolehkah satu objek yang lebih tumpat daripada air terapung di atas air? Terangkan. Objek yang lebih tumpat daripada air akan tenggelam kerana daya tujahan yang dihasilkan oleh cecair tidak mampu mengatasi berat objek tersebut.

Walaubagaimanapun, terdapat cara lain yang membolehkan objek lebih tumpat itu terapung. Antaranya ialah bentuk objek dan penambahan benda asing dalam cecair tersebut. Misalnya, kapal laut yang diperbuat daripada besi terapung atas permukaan laut kerana bentuk badan kapal tersebut diubahsuai supaya pipih, lebar, mempunyai sisi yang tinggi dan mempunyai ruang udara yang menyimpan udara di bawah kapal yang membolehkannya terapung. Penambahan bendasing seperti gula dan garam menyebabkan ketumpatan air menjadi tinggi. Dalam keadaan ini sesuatu objek dapat terapung di atas air. 3) Nyatakan faktor yang mempengaruhi keapungan objek. Antara faktor yang mempengaruhi keapungan objek ialah bentuk, jisim dan ketumpatan sesuatu objek. Dari segi bentuk, jika bentuknya pipih, lebar, mempunyai sisi yang tinggi dan mempunyai ruang udara. Faktor yang seterusnya ialah jisim. Jika objek tersebut mempunyai jisim yang tinggi maka ia mudah untuk tenggelam. Ketumpatan pula, jika cecair lebih tumpat dari objek maka objek akan terapung tetapi jika cecair kurang tumpat dari objek maka objek akan tenggelam.

SOALAN PENGUASAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

1. Apa yang anda telah pelajari dari aktiviti-aktiviti tersebut? Daripada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan, saya telah mempelajari konsep keapungan dan daya tujahan yang bertindak bersama dengan keapungan. Secara

umumnya, terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi keapungan dalam eksperimen ini, iaitu ketumpatan cecair, di mana cecair yang lebih tumpat daripada objek akan menyebabkan objek timbul atau terapung manakala jika ketumpatan cecair kurang daripada objek maka objek akan tenggelam. Saya juga dapat mempelajari bahawa ketumpatan air dapat ditingkatkan dengan menambahkan bendasing seperti saline atau garam. Semakin tumpat sesuatu cecair, semakin kuat daya tujahan yang dihasilkan dan dalam keadaan ini berat objek itu akan diatasi dengan sepenuhnya. Selain itu, bentuk dan saiz juga mempengaruhi keapungan sesuatu objek. Contohnya, plastisin yang berjisim 50g telah dibentuk dalam tiga bentuk yang berbeza dalam aktiviti ini. Bentuk perahu dengan sisi rendah dan sisi tinggi serta sfera menghasilkan tiga keadaan yang berbeza di mana bola plastisin yang berbentuk sfera terus tenggelam ke dalam air. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa bentuk sesuatu objek mempengaruhi keapungan. Luas permukaan sesuatu jasad atau objek juga akan mempengaruhi

keterapungannya. Hal ini dapat dilihat melalui pemerhatian yang dilakukan ke atas bola plastisin, bot plastisin yang bersisi rendah dan tinggi. bola plastisin telah tenggelaam sebaik sahaja dilepaskan di dalam air manakala kedua-dua bot masih terapung di atas permukaan air. Bola plastisin yang berbentuk sfera mempunyai luas permukaan yang kecil yang bersentuhan dengan permukaan air jika dibandingkan dengan luas permukaan bot bersisi rendah dan tinggi. dari aktiviti ini saya dapat belajar bahawa semakin luas permukaan jasad atau objek yang bersentuhan dengan permukaan air maka semakin banyak tindak balas daya keapungan terhadap perahu tersebut.

2. Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah mengajar topik ? Tahun : 1 Tema : Mempelajari dunia sekeliling kita Topik : Mengenal pasti bahan yang timbul dan tenggelam .

3. Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti-aktiviti tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran?

Saya akan menggunakan aktiviti-aktiviti tersebut dalam bentuk penyiasatan dan eksperimen. Sebelum memulakan proses penyiasatan saya akan memberikan penerangan tentang konsep pengajaran, misalnya tentang daya keapungan, timbul dan tenggelam. Saya akan membahagikan murid kepada tiga kumpulan kecil agar ia akan memudahkan saya untuk mengawasi pergerakan setiap murid. Setiap kumpulan ditugaskan untuk melakasanakan satu aktiviti daripada ketiga-tiga aktiviti tersebut. Saya juga akan meminta murid membawa barang-barang ujikaji dari rumah terlebih dahaulu kerana kesedaran wujud dalam diri mereka bahawa adanya sumbangan mereka dalam proses pembelajaran dan ini menjadikan mereka aktif mengambil bahagian dalam segala aktiviti. Murid diminta menjalankan penyiasatan dan membuat klasifikasi objek yang tenggelam dan timbul. Selepas mereka mengkaji dan menyiasat, keputusan mereka akan dibentangkan. Setiap kumpulan akan menerangkan dan menjelaskan pemerhatian dan inferens mereka terhadap pemerhatian di hadapan kelas dan jika wujudnya sebarang miskonsepsi saya akan membetulkannya. Keadah penyiasatan dan eksperimen untuk mengkaji sesuatu fenomena membantu murid untuk mengalami sendiri pengalaman belajar dan mereka juga berupaya membina konsep sains dengan sendiri. Keadaan ini membawa kepada kefahaman yang lebih kuat. Murid diberikan latihan pengukuhan dimana guru memberikan contoh-contoh objek lain yang terdapat di sekeliling murid untuk konsep tenggelam dan timbul. Murid diminta menjalankan penyiasatan dan membuat klasifikasi objek yang tenggelam dan timbul. Setelah itu, guru boleh berbincang bersama murid tentang hasil penyiasatan dan guru menyatakan faktor yang menyebabkan objek tenggelam dan timbul. Segala miskonsepsi dan pertanyaan dijawab dalam sesi soal jawab. Murid diberikan latihan pengukuhan dimana guru memberikan contoh-contoh objek lain yang terdapat di sekeliling murid untuk konsep tenggelam dan timbul. Sesi persoalan diaadakan bagi mencapai hasil pembelajaran yang berkesan. Daripada pertanyaan soalan, minda pelajar dapat dirangsangkan untuk berfikir ke aras yang lebih tinggi.

4. Apakah peranan guru dalam aktiviti-aktiviti tersebut?

Guru juga perlu memerhatikan tingkah laku murid ketika mengendalikan eksperimen agar sebarang kecederaan atau kerosakan tidak berlaku misalnya kepada murid atau kepada alatan di makmal. Guru hendaklah memberikan pendedahan awal kepada murid tentang tajuk yang diajar untuk memberi sedikit gambaran kepada murid agar mereka tahu apa yang ingin dieksperimenkan. Selain itu, guru mestilah bertindak sebagai fasilitator dan membimbing murid ketika melakukan eksperimen agar mereka jelas dengan kerja mereka.