Anda di halaman 1dari 9

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

TAJUK 6

PENTAKSIRAN DALAM KEMAHIRAN MATEMATIK

SINOPSIS Pentaksiran Dalam Kemahiran Matematik terdiri dari dua jenis pentaksiran iaitu Pentaksiran Formal dan Pentaksiran Tak Formal. Pentaksiran Formal terdiri dari Ujian Rujukan Norma, Ujian Rujukan Kriteria dan Ujian Binaan atau Konstruk Guru. Pentaksiran Tak Formal terdiri dari pencerapan, pengiraan, lembaran

kerja murid dan kerja rumah murid.


HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan jenis-jenis pentaksirn 2. Membina Ujian Diagnoatik berdasarkan sub kemahiran yang diperincikan
KERANGKA TAJUK

Pentaksiran dalam Kemahiran Matematik

Pentaksiran Formal

Pentaksiran Tak Formal

Rajah 6.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan

75

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK KANDUNGAN ISI 6.1 Jenis Pentaksiran

Penilaian ialah proses menilai sesuatu konstruk berasaskan kepada ukuran-ukuran yang diperoleh daripada pengukuran-pengukuran yang

dijalankan. Tujuan penilaian dalam konteks persekolahan atau di bilik darjah berkait rapat dengan penilaian hasil pengajaran dan pembelajaran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian akan dapat membantu guru untuk

memperbaiki pengajarannya.

Sekiranya penyampaian guru kurang berkesan,

maka guru tersebut boleh membuat keputusan untuk menggunakan pendekatan atau kaedah lain yang difikirkan lebih berkesan.

Dalam konteks pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian dapat membantu guru merancang dan melaksanakan program pemulihan atau pengayaan untuk murid-muridnya. Selain itu, penilaian juga boleh membantu guru memberi gred pencapaian kepada murid seterusnya menentukan kumpulan murid mengikut keupayaan mereka atau menempatkan murid dalam kelas tertentu mengikut pencapaian.

6.1.1 Pentaksiran Formal

Penilaian formal ialah penilaian yang dilaksanakan secara formal atau rasmi. Ia melibatkan suatu prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh semua calon. Ia dirancang atau dibina berasaskan peraturan atau tatacara yang telah ditetapkan.

Penilaian formal melibatkan penggunaan instrumen seperti ujian. Melalui penilaian formal, perbandingan boleh dilakukan antara individu. Penilaian ini mempunyai format piawai yang tertentu dan disediakan oleh pihak-pihak yang tertentu. Ia merupakan ujian yang telah siap dibina dan penguji hanya 76

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK mentadbirkan ujian mengikut arahan dan prosedur yang disediakan. Ia mempunyai skor yang dicapai oleh orang lain (norma) supaya perbandingan prestasi dapat dibuat.

6.1.2 Pentaksiran Tak Formal Pentaksiran tidak formal lebih kepada membuat penilaian serta pemerhatian tentang seseorang murid di dalam bilik darjah. Pentaksiran ini merupakan ujian yang dibina oleh guru dan boleh direka cipta mengikut keperluan individu. Ia tidak mempunyai arahan dan prosedur pentadbiran yang standard.

Pentaksiran Formal Melibatkan penggunaan instrumen seperti ujian. Perbandingan boleh dilakukan antara individu Mempunyai format piawai yang tertentu Disediakan oleh pihak-pihak yang tertentu Memudahkan sesiapa yang ingin menggunakannya Mungkin tidak berkaitan dengan kurikulum Mungkin tidak sesuai dengan kanakkanak

Pentaksiran Tidak Formal Kebanyakannya terdiri daripada analisis sampel bahasa yang spontan ke tugasan bahasa yang distrukturkan Digunakan untuk menilai tahap kefungsian semasa kanak-kanak. Boleh diubahsuai oleh guru terutamanya dalam menilai aspek bahasa. Boleh direka cipta mengikut keperluan individu Memerlukan banyak persediaan. Berkaitan dengan kurikulum Sukar untuk membanding antara individu.

77

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK 6.2 Pentaksiran Formal

6.2.1 Ujian Rujukan Norma

Rujukan

berasaskan

norma

digunakan

sekiranya

guru

ingin

membandingkan keputusan yang diperoleh oleh murid A dengan keputusan murid B yang mengambil ujian yang sama atau kedudukan seseorang murid boleh dibandingkan dengan murid lain dalam bilik darjah yang sama atau dalam sesebuah negara. Keputusan rujukan norma sesuai digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke dalam sesuatu program pendidikan.

Ujian rujukan norma tidak memberi maklumat sama ada pelajar sudah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Soalan ujian rujukan norma biasanya bersifat umum dengan matlamat untuk memaksimumkan perbezaan pencapaian antara seorang pelajar dengan pelajar lain. Soalan ujian rujukan norma mengambil berat aspek kesukaran ujian agar soalan-soalan mempunyai kepelbagaian aras kesukaran serta tidak terlalu sukar dan terlalu mudah dengan jangkaan jawapan betul 50 peratus. Soalan ujian rujukan norma juga mempunyai indeks diskriminasi antara pelajar pandai dan pelajar lemah yang tinggi. Dalam pelaporannya, ujian rujukan norma kadang-kadang menggunakan keluk normal sebagai asas perbandingan pencapaian antara pelajar.

Ujian atau penilaian yang dibina bertujuan mendapatkan perbezaan yang maksimum antara murid-murid berkenaan. Bagi memastikan tujuan berkenaan, tercapai, tahap kesukaran item dikawal agar tidak terlalu sukar dan terlalu mudah. Lazimnya, kesukaran soalan adalah berdasarkan nisbah 25% mudah, 50% sederhana dan 25% sukar. Keputusan daripada penilaian atau ujian akan mencerminkan murid mana lebih pandai atau apa kedudukan seseorang murid dalam sesuatu bilik darjah atau sekolahnya.

78

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Ujian rujukan norma ini tidak memberikan maklumat secara terperinci tentang kemahiran seseorang murid, sebaliknya lebih menekankan murid mana yang lebih baik atau lebih pandai. Keadaan ini memerlukan item penilaian benarbenar dapat memastikan perbezaan (mendiskriminasikan) antara pelajar.

Menurut

Popham

(1981),

ujian

rujukan

norma

digunakan

bagi

menentukan status seseorang murid berpandukan prestasi murid yang lain dalam sesuatu ujian berkenaan. Misalnya, seorang murid dapat menjawab 50 item dengan betul daripada 60 butiran ujian. Skor mentah murid ini ialah 50. Kedudukan murid ini dibandingkan dengan calon lain menggunakan satu jadual norma. Jadual berkenaan akan menunjukkan kedudukan calon dalam bentuk pangkat peratusan berbanding dengan satu kumpulan norma yang ditetapkan. Andaikan skor mentah tadi memberikan bacaan pangkat peratusan ke-83 mengikut jadual norma, maknanya murid tersebut berprestasi melebihi atau menyamai 82 peratus daripada murid-murid lain dalam kumpulan norma.

Dalam konteks penilaian ini, jika ramai murid yang mendapat skor yang rendah, markah lulus lazimnya cenderung akan rendah. Begitu juga sebaliknya. Dengan itu, ada kemungkinan murid yang lemah akan lulus kerana terdapat murid-murid lain yang lebih lemah.

6.2.2 Ujian Rujukan Kriteria

Rujukan kriteria pula digunakan sekiranya guru ingin membandingkan prestasi pencapaian seseorang murid dengan kriteria yang ditetapkan. Ujian rujukan kriteria memberi penekanan sama ada seseorang murid telah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Ujian rujukan kriteria tidak mengambil kira kedudukan seseorang murid berbanding dengan murid lain.

Pendekatan ini dipelopori oleh Glaser pada tahun 1963 (dipetik daripada Popham, 1971). Menurut Glaser (1973), kriteria yang digunakan tidak bermaksud 79

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK pengakhiran sesuatu kemahiran, tetapi kriteria itu bergantung pada aras yang ditetapkan oleh guru dan harus dicapai oleh murid-murid.

Menurut

Popham

(1981)

ujian

rujukan

kriteria

digunakan

untuk

menentukan status individu berhubung domain tingkah laku yang didefinisikan. Ujian rujukan kriteria merujuk kepada satu set tingkah laku kriteria yang telah ditetapkan.

6.2.3 Ujian binaan/konstruk guru

Aspek Konsep

Penilaian Formatif Ujian yang boleh dibentuk dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran

Penilaian Sumatif Ujian yang dilaksanakansecara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan.

Tujuan

Mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid, seterusnya mengambil langkah susulan bagi membaiki kelemahan yang wujud.

Mengenal pasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran, seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian pelajar.

Waktu penilaian

Sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung

Selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan.

80

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Kaedah

Formal: pensil- kertas Tidak formal: pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan. Dibuat secara individu atau dalam kumpulan

Dibuat secara formal:ujian pensil-kertas, lisan. Dijalankan secara berkumpulan

Selepas penilaian dijalankan

Membaiki kelemahan murid serta merta dengan mengulang semula topik pembelajaran pemulihan

Menempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai. Memberikan pengiktirafan

Menjalankan aktiviti pengukuhan Pengayaan

sijil, hadiah dan sebagainya.

Membaiki kurikulum / mata pelajaran

6.3

Pentaksiran Tak Formal

6.3.1 Pencerapan

Pencerapan bilik darjah secara sistematik ialah suatu kaedah kuantitatif untuk mengukur tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah. Pemerhatian langsung dibuat terhadap peristiwa atau tingkah laku yang spesifik dan direkodkan. Pada amnya, data yang diperoleh memberi fokus pada kekerapan tingkah laku spesifik berlaku dan juga tempoh masa ia berlaku.

Unsur-unsur dalam sistem pencerapan: Tujuan pencerapan Definisi operasi bagi tingkah laku diberi Prosedur latihan untuk pemerhati Fokus pemerhatian yang spesifik 81

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Persekitaran pemerhatian Unit masa Jadual pemerhatian Kaedah merekod data Kaedah memproses dan menganalisis data

6.3.2 Pengiraan

Peratusan murid yang bermasalah disleksia yakni menghadapi kesukaran dalam kemahiran pengiraan secara mental ( mental arithmetic) serta menghafal sifir darab adalah tinggi. Fenomena ini dikaitkan dengan kesukaran dalam mengingat balik peristiwa-peristiwa dalam urutan yang betul daripada ingatan jangka panjang. Biasanya, proses pengiraan berlaku di sebelah otak kiri manusia kerana notasi matematik diolah ke bentuk perkataan manakala murid yang mempelajari abakus-aritmetik mental akan membayangkan imej abakus dalam otak kanannya. Murid tersebut tidak mengolah perkataan dalam pengiraan.

6.3.3 Lembaran Kerja Murid

Latihan yang diberikan oleh guru perlu disiapkan di dalam kelas supaya guru mendapat maklum balas secara langsung tentang tahap penguasaan murid terhadap sesuatu topik yang telah diajar.

6.3.4 Kerja Rumah Murid

Kerja rumah murid merujuk latihan tambahan yang diberikan oleh guru kepada murid-murid untuk disiapkan di rumah atau selepas waktu persekolahan tamat. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan pemahaman murid-murid dalam mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari.

82

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Latihan

1. Bezakan antara ujian rujukan norma, ujian rujukan kriteria dan ujian binaan guru dalam mata pelajaran Matematik.

Perbincangan (1 jam)

Dengan merujuk pada internet/sumber rujukan lain, cari rubrik yang sesuai sebagai Pentaksiran Tak Formal untuk murid pemulihan

83

Anda mungkin juga menyukai