Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 1 (PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN)

Tajuk Masa Kelas

: 1 .Pranombor : 60 minit : PPKI Ceria

Bilangan murid : 6 orang (3 slowlearner, 1 autisme, 1 ADHD, 1 Down Sindrom) Standard Kandungan : 1.1 Mengklasifikasikan objek mengikut warna Standard Pembelajaran: 1.1.4 Menamakan warna asas dengan menggunakan bahan maujud Tunjang Utama : Kerohanian, Sikap dan Nilai Tunjang lain yang disepadukan : Komunikasi, Ketrampilan Diri, Kerohanian, Sikap dan Nilai. Objektif: Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat : A. Aras Rendah: Murid dikehendaki memadankan gambar yang mempunyai warna yang sama B. Aras Sederhana: Murid dikehendaki mewarnakan gambar berpandukan warna yang telah ditetapkan. C. Aras Tinggi: Murid dikehendaki mewarna gambar Jalur gemilang mengikut warna yang betul Nilai : Kerjasama, Semangat Patriotisme, Keusahawanan

Elemen Merentas Kurikulum : Bahasa, Kreativiti dan Inovasi, Nilai murni. Bahan Bantu Belajar: Komputer riba ,CD lagu ,Kek Cawan, Krim Kek , kotak, bola, Set Permainan tampal dan menang, Set Permainan mencari pasangan, Set Permainan mengecam warna, Set Permainan Dam Warna dan Set Permainan jentik dan menang Unsur Terapi : Terapi Muzik dan Nyanyian, Terapi Cara Kerja, Terapi Main, Terapi Seni. : Murid diuji mematuhi arahan dengan menggunakan borang senarai semak dan pemerhatian guru. :

Penilaian P&P

Refleksi

LANGKAH / MASA Induksi (5 minit)

ISI PELAJARAN

AKTIVITI

CATATAN

(Mengecam warna ) benda maujud ( bola )

1. Murid menggoncang sebuah kotak dihadapan murid-murid? Guru Bersoal jawab bersama murid? Cadangan soalan guru: i. Cuba kamu fikirkan apakah yang ada di dalam kotak ini? ii. Guru menggunakan kata bayangan: Setiap petang saya digunakan oleh kanakkanak untuk bermain di padang bola. 2. Setelah murid berjaya meneka guru menunjukkan bola kepada murid. 3. Murid bersoaljawab bersama guru tentang warna-warna bola tersebut. Cadangan soalan guru: i. Sebutkan warna bola yang ada pada saya? ii. Apakah warna bola kegemaran kamu? iii. Cuba kira berapakah jumlah bola-bola ini? 4. Murid menyebut warna-warna bola yang ditunjukkan oleh guru secara berkumpulan dan individu. 5. Murid secara individu mengambil bola yang terdapat di dalam kotak secara rawak dan menunjukkannya dihadapan kelas sambil menyebut warnanya.

BBB: Kotak Bola Teknik: Soal jawab

Kuning

Hijau

Merah

Biru

` Langkah 1 10 minit

ISI PELAJARAN Menyanyikan lagu mengikut iringan lagu Lagu Deria Lirik Lagu: Saya lihat dengan mata Saya nampak warna merah hijau, kuning biru, jingga dan ungu

AKTIVITI 1. Murid mendengar nyanyian Lagu Deria, sambil memerhatikan pergerakan guru mengangkat kad-kad warna mengikut lirik lagu.

CATATAN BBB: Lirik Lagu Deria Laptop CD Lagu Kad warna. Kaedah : Perbincangan

2. Setiap murid diberikan satu kad warna yang berbeza.

3. Murid diminta menyanyikan lagu bersama-sama sambil menggangkat kad warna yang diberikan oleh guru mengikut lirik lagu.

Teknik : Sumbangsaran Unsur Terapi: Terapi muzik Murid menyanyikan Lagu Deria.

4. Murid dan guru bersoaljawab tentang lagu yang didengari tentang lagu.

Cadangan soalan guru: i. Sebutkan warna-warna yang dinyatakan di dalam lagu tersebut? ii. Nyatakan Kad warna apakah yang kamu dapat tadi?

LANGKAH/ MASA Langkah 2 15 minit

ISI PELAJARAN

AKTIVITI

CATATAN

Mengecam warna Simulasi

1. Murid melihat kek dan krim icing yang ditunjukkan oleh guru

BBB: 1. Kek Cawan 2. Krim Icing biru, merah, hijau dan kuning. Kaedah : Perbincangan

Teknik : Sumbangsaran

2. Murid bersoal jawab bersama guru. Cadangan soalan guru: i. ii. Gambar apakah ini? Siapa suka makan kek? iii. Siapakah yang boleh membuat kek? iv. Dimanakah kita boleh membeli kek? v. Sebutkan warna krim icing kek ini?

3. Murid menyatakan warna krim icing kek yang ditunjukkan oleh guru satu persatu.

4. Murid melihat demostrasi menghias kek dengan menggunakan krim icing melalui tayangan Slaid. BBB: Tayangan Slaid power point (ICT) Kaedah: Tunjuk cara

5. Murid menghias kek dengan menggunakan icing yang disediakan oleh guru berdasarkan arahan guru dan bimbingan guru secara individu.

Kaedah Amali Unsur Terapi: Terapi cara kerja

LANGKAH/ MASA Langkah 3 15 minit

ISI PELAJARAN Permainan Kecil Mengikut Stesen

AKTIVITI

CATATAN Kaedah: Amali Unsur terapi: Terapi main

1. Murid mendengar penerangan guru tentang permainan yang akan dijalankan. 2. Murid dikehendaki bermain disetiap stesen yang telah disediakan oleh guru.

Stesyen A. (Aras Mudah) Permainan tampal dan menang bermagnet

A. Permainan tampal dan menang. - Murid diminta mengecam gambar yang berbeza warna dan menampalkan semula di petak yang sama warna, Murid yang berjaya menampal gambar yang banyak dengan betul dikira sebagai pemenang.

BBB: Set Permainan tampal dan menang bermagnet

Stesyen B (Aras Mudah) Permainan mencari pasangan

B. Permainan Mencari Pasangan - Murid diminta mencari jalan dengan menggerakkan butang yang berbeza warna kearah pasangannya di dalam lembaran kerja yang disediakan.

BBB: Set Permainan mencari pasangan

Stesyen C (Aras Sederhana) Permainan padan dan beza

C. Permainan padan dan beza Murid diminta melihat kadbod bernombor dan buku gambar berwarna.Murid diminta mengambil nombor dan melihat warna yang berada di bawah kad nombor, di muka surat 1. Kemudian murid diminta meletakkan kad nombor tersebut pada warna yang sama di muka surat 2.

BBB: Set Permainan padan dan beza

Stesen D (Aras Tinggi) Permainan Dam Warna

D. Permainan Dam warna Murid diminta memilih warna untuk pilihan buah. Setelah membaling dadu murid diminta untuk mengira rumah dam mengikut nombor balingan yang mereka dapat. Guru akan menyoal tentang warna setiap kali murid selesai mengira dan ingin meletakkan buah. Murid yang gagal menjawab dengan betul mereka kehilangan satu pusingan permainan.

BBB: Set Permainan Dam Warna

Stesen E (Aras Tinggi) Permainan jentik dan menang

E. Permainan jentik dan menang Murid memerlukan kemahiran pengamatan dan kekuatan jari untuk menjentik. Murid perlu menjentik ke enam-enam bola yang sama warna denagn terowong yang disediakan. Bola yang melepasi terowong akan dikira berdasarkan kad nombor yang berhampiran. Guru akan mengira jumlah bola. Pengumpul mata yang banyak dikira sebagai pemenang.

BBB: Set Permainan jentik dan menang

LANGKAH /MASA Pengukuhan 8 minit

ISI PELAJARAN

AKTIVITI

CATATAN

Lembaran Kerja

1. Murid menyelesaikan tugasan yang diberikan mengikut aras . A. Aras Rendah: Murid dikehendaki memadankan gambar yang mempunyai warna yang sama

Kaedah/ Kaedah: Latih tubi

B. Aras Sederhana: Murid dikehendaki mewarnakan gambar berpandukan warna yang telah ditetapkan. C. Aras Tinggi: Murid dikehendaki mewarna gambar Jalur gemilang mengikut warna yang betul Penutup (2 minit) Menyanyikan lagu Lagu Deria Unsur Terapi Terapi Seni

1. Murid diminta menyanyikan Lagu Deria sambil menunjukkan warna-warna yang telah dipelajari dengan mengangkat kad-kad warna yang disediakan.

BBB: Lagu Deria Kad warna Teknik : Main Peranan

Lirik Lagu: Saya lihat dengan mata Saya nampak warna merah hijau, kuning biru, jingga dan ungu

Unsur Terapi Terapi muzik dan nyanyian