Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM MINGGU PENDIDIKAN SENI VISUAL 2012

NAMA PROGRAM : SAYA BERBAKAT Tarikh Masa : 06 Ogos hingga 10 Ogos 2012 : 12.00 tengah hari 1.00 petang

1.0TUJUAN MENGEMUKAKAN KERTAS KERJA Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran untuk mengadakan program minggu Pendidikan Seni Visual SK Palong 7 (Felda). 2.0 PENDAHULUAN Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Seni Visual Sekolah Kebangsaan Palong 7 (Felda). Ia merupakan satu program tahunan Panitia Pendidikan Seni Visual. Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar Sekolah Kebangsaan Palong 7 (Felda) terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Program-program yang telah dirancang mampu memberi perangsang kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Palong 7 (Felda) supaya minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan dapat melahirkan pelajar yang

berketerampilan, kreatif dan inovatif.

3.0 MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah

pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 4.0 OBJEKTIF PROGRAM

Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan

Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

Untuk melahirkan pelajar yang bersatu padu melalui pertandingan atau permainan secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan hasrat negara iaitu konsep 1 Malaysia.

5.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua pelajar dan warga pendidik Sekolah Kebangsaan Palong 7 (Felda)

6.0 TARIKH PELAKSANAAN Tarikh : 06 Ogos hingga 10 Ogos 2012 Hari : Isnin hingga Jumaat

Masa

: Waktu Perhimpunan pagi, waktu Kokurikulum dan waktu persekolahan

Tempat : Sekolah Kebangsaan Palong 7 (Felda)

7.0 JADUAL PELAKSANAAN

Tarikh

Aktiviti

Masa

Guru Bertanggungjawab

06 Ogos 2012 ( Isnin )

Majlis Perasmian Pembukaan

7.35 8.05 pg

Pn Nasurah bt Mazlan

07 Ogos 2012 (Selasa)

Pertandingan Melukis Spontan (Terbuka)

11.30 1.00 ptg

Pn Khatijah bt Bongkek (Tahap 1) En Mohd Zailan (Tahap 2)

Pertandingan Mewarna (Tahap 1 dan 2) 12.00 1.00 ptg

08 Ogos 2012 (Rabu)

Pertandingan Melukis Tahap 1 Tajuk : Taman Bunga Pertandingan Melukis Tahap 2 Tajuk : Pemandangan Di Dasar Laut

Pn Juraida bt Md Jani ( Tahap 1)

Pn Nor Azuna bt Ghani ( Tahap 2 )

09 Ogos 2012 (Khamis)

Pertandingan Mereka Cipta Tahap 1 (Individu) Tahun 1 : Kad Ucapan Tahun 2 : Kolaj Tahun 3 : Topeng Muka

12.00 1.00 ptg

En Mohd Zailan ( Tahap 1 )

Pertandingan Merekacipta Tahap 2 (Kumpulan) Tahun 4 : Kenderaan Tahun 5 : Alat Muzik Tahun 6 : Kasut / Selipar 10 Ogos 2012 (Jumaat) 7.35 8.05 pg

Pn Nasurah bt Mazlan ( Tahap 2 )

Pameran Hasil Kerja Murid Pameran Alat/Bahan/Media Dalam PSV Majlis Penutup dan penyampaian hadiah

Pn Nasurah bt Mazlan Pn Khatijah bt Bongkek

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 1. Peruntukan kewangan Tarikh 06 Ogos 2012 ( Isnin ) 07 Ogos 2012 (Selasa) Aktiviti Majlis Perasmian Pembukaan Pertandingan Melukis Spontan (Terbuka) : Wajib ( Pendidikan Seni Visual) Perkara Percetakan buku program Johan Naib Johan Ketiga Saguhati tempat 4-10 Pertandingan Mewarna Hadiah Tahap 1 : (Tahap 1 dan 2) Johan Naib Johan Ketiga Saguhati tempat 4-10
RM 30.00 X 1 RM 25.00 X 1 RM 20.00 X 1 RM 15.00 X 7 RM 180.00 RM 30.00 X 1 RM 25.00 X 1 RM 20.00 X 1 RM 15.00 X 7 RM 180.00

Kos (RM)

Hadiah Tahap 2 : Johan Naib Johan Ketiga Saguhati 4-10

RM 30.00 X 1 RM 25.00 X 1 RM 20.00 X 1 RM 15.00 X 7 RM 180.00

08 Ogos 2012 (Rabu)

Pertandingan Melukis Tahap 1 Tajuk : Taman Bunga

Hadiah Tahap 1 : Johan Naib Johan Ketiga Saguhati tempat 4-10

RM 30.00 X 1 RM 25.00 X 1 RM 20.00 X 1 RM 15.00 X 7 RM 180.00

Pertandingan Melukis Tahap 2 Tajuk : Pemandangan Di Dasar Laut

Hadiah Tahap 2 : Johan Naib Johan Ketiga Saguhati tempat 4-10 Hadiah Tahap 1 : Johan Naib Johan Ketiga Saguhati 4-10

RM 30.00 X 1 RM 25.00 X 1 RM 20.00 X 1 RM 15.00 X 7 RM 180.00

09 Ogos 2012 (Khamis)

Pertandingan Mereka Cipta Tahap 1 (Individu) Tahun 1 : Kad Ucapan Tahun 2 : Kolaj Tahun 3 : Topeng Muka

RM 20.00 X 3 RM 15.00 X 3 RM 10.00 X 3 RM 8.00 X 21 RM 303.00

Pertandingan Merekacipta Tahap 2 (Kumpulan) Tahun 4 : Kenderaan Tahun 5 : Alat Muzik Tahun 6 : Kasut / Selipar

Hadiah Tahap 2 : Johan Naib Johan Ketiga Saguhati 4-10


RM 20.00 X 3 RM 15.00 X 3 RM 10.00 X 3 RM 8.00 X 21 RM 303.00

10 Ogos 2012 (Jumaat)

Majlis penutup dan penyampaian hadiah

Perbelanjaan runcit Jumlah Keseluruhan

RM 214.00 RM 1720.00

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM PENASIHAT PN AINY BT AHMAD GURU PENOLONG KANAN 1 PENGERUSI PN RAFEAH BT GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM PENYELARAS PN NASURAH BT MAZLAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL SETIAUSAHA PN KHATIJAH BT BONGKEK BENDAHARI PN NOR AZUNA BT GHANI AHLI JAWATANKUASA SEMUA GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL

10.0 Penutup Program ini adalah salah satu rancangan bagi Panitia Pendidikan Seni Visual bagi tahun 2012 dan dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari guru-guru SK Palong 7 (Felda) dan murid-murid.

Semoga rancangan ini dapat membantu mencungkil bakat dan menarik minat semua murid dalam mendalami bidang seni.

Disediakan oleh,

Disemak oleh, . ( PN JURAIDA BT MD JANI ) Guru Penolong Kanan HEM Sekolah Kebangsaan Palong 7 (Felda)

.................................................. ( NASURAH BINTI MAZLAN ) Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual Sekolah Kebangsaan Palong 7 (Felda)

Diluluskan oleh, . ( PN AINY BT AHMAD ) Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Palong 7 (Felda)