Anda di halaman 1dari 7

Kesan Senaman dari Aspek Fisiologi dan Kesihatan

by K ULANZ on 26/06/2010 14 CO MMENTS

Selain daripada makanan, senaman juga adalah antara perkara penting yang perlu dilakukan untuk memastikan tubuh mencapai kualiti yang baik. Jadi di samping kita bersenam setiap hari, apa kata baca-baca info berikut tentang senaman dan kesannya terhadap aspek fisiologi dan juga kesihatan. Kesan Senaman Dari Aspek Fisiologi Fisiologi merujuk pada fungsi dan proses dalam sistem tubuh badan manusia, seperti sistem pernafasan, sistem peredaran darah dan sistem otot. Orang yang aktif dalam senaman dan kegiatan rekreasi akan memperolehi faedah seperti peningkatan daya tahan kardiovaskular dan tahap kelenturannya. Faedah fisiologi yang lain termasuklah dapat mengawal koordinasinya dan meningkatkan daya tahan dan kekuatan ototnya. Faedah senaman dan rekreasi dari segi fisiologi termasuklah peningkatan dari aspek: i. ii. iii. iv. kekuatan. Koordinasi Koordinasi bermaksud kebolehan menyesuaikan deria dengan otot bagi menghasilkan ketepatan, kelicinan dan keharmonian pergerakan. Sekiranya seseorang itu sering melakukan aktiviti fizikal, ini akan dapat meningkatkan keupayaan koordinasinya. Sebagai contoh melakukan aktiviti yoga. Senaman Yoga dapat membantu membaiki koordinasi tubuh, mempertingkatkan kapasiti kardiovaskular, memperkuatkan jaringan otot dan membantu memperbaiki kordinasi tubuh. Kepantasan Kepantasan didefinisikan sebagai keupayaan melakukan pergerakan dalam suatu jangka masa yang singkat. Aktiviti fizikal berbentuk kepantasan seperti berjalan pantas dan joging perlahan meningkatkan pengaliran darah ke tisu dan otot. Kuasa Kuasa berkait rapat dengan kadar tenaga melakukan sesuatu kerja. Seorang yan rajin bersenam, misalnya melalui aktiviti berenang atau marathon akan dapat meningkatkan kebolehan kuasa tubuh badannya. koordinasi; koordinasi kelenturan; dan

Keseimbangan Keseimbangan berkait rapat dengan keupayaan mengekalkan keseimbangan ketika dalam keadaan statik atau bergerak. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan keseimbangan badan ialah berjalan di atas titian, atau berjogging dan berjalan selama 20 minit hingga 30 minit, tiga kali seminggu. Ketangkasan Aktiviti fizikal juga akan memberikan kesan terhadap ketangkasan seseorang. Ketangkasan adalah berkait rapat dengan keupayaan mengubah haluan atau pergerakan dengan pantas dan tepat melalui ruang. Contoh aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan kepantasan seseorang ialah larian zig zag dan latihan boomerang. Masa tindak balas Masa tindak balas berkait rapat dengan masa antara suatu stimulus dengan permulaan tindakan kepada stimulus tersebut. Semakin cepat seseorang bertindak balas terhadap stimulus, semakin cepat masa tindak balasnya. Justeru, dengan melaksanakan pelbagai aktiviti fizikal, seseorang akan dapat meningkatkan masa tindak balasnya.

Kesan Senaman Terhadap Kesihatan Kesan i. ii. iii. iv. v. komposisi badan Daya Carrol (1994) menyatakan untuk keupayaan seseorang tahan bahawa kecergasan tugas kardiovaskular berat secara melakukan kardiorespiratori adalah merupakan bagi satu berterusan aktiviti fizikal daya daya kekuatan terhadap kesihatan tahan tahan boleh dilihat dari segi: otot otot fleksibiliti kardiorespiratori

jangkamasa yang panjang. Ia juga dikenali sebagai kecergasan aerobik, iaitu keupayaan sistem peredaran dan respiratori untuk penyesuaian dan pemulihan kesan daripada aktiviti fizikal seperti berlari, berjalan laju, berbasikal, berenang dan sebagainya (Nieman, 2003). Melalui aktiviti fizikal seseorang itu boleh meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung, diabetes, darah tinggi dan jenis-jenis kanser yang tertentu (Larsen, George, Alaxender, dan Fellingham, 2002). Pate (1991) melaporkan terdapat hubungan yang konsisten antara pengukuran dalam aktiviti fizikal, kecergasan fizikal dan penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular. Melalui ujian dan pengukuran, kita boleh mengenalpasti tahap kecergasan kardiovaskular seseorang dan mencadangkan latihan yang sesuai bagi mereka. Ia boleh dijadikan motivasi untuk peningkatan prestasi, atau meneruskan gaya hidup sihat, dan juga sebagai langkah awal untuk pengesanan penyakit (Miller, 1994).

Daya

tahan

otot

Daya tahan otot didefinisikan sebagai keupayaan otot menghasilkan daya submaksimum yang berulang-ulang mengatasi rintangan atau mengekalkan kontraksi otot berterusan untuk suatu jangka masa yang panjang. Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang panjang pada inten siti yang rendah. Skipping juga adalah antara senaman ringkas dan mudah yang boleh anda lakukan pada bila-bila masa sahaja. Anda hanya memerlukan seutas tali skipping dan ruang yang mencukupi. Walaupun agak mudah tetapi manfaat yang bakal anda perolehi daripada skipping hampir sama dengan jogging. Ia membantu menguatkan otot-otot lengan, perut, paha dan juga boleh mengurangkan lemak dalam badan anda. Kekuatan Kekuatan otot didefinisikan sebagai keupayaan sesuatu otot atau kumpulan otot otot

menghasilkan daya maksimum mengatasi rintangan. Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang pendek pada intensiti yang tinggi. Fox dan Mathews (1981) menjelaskan bahawa kekuatan adalah kemampuan otot atau sekumpulan otot dalam mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya atau kerja. OShea (1976) menyatakan bahawa kekuatan merupakan fungsi otot rangka dan keupayaannya menghasilkan daya atau kuasa otot. Beliau menjelaskan bahawa terdapat kesan yang positif terhadap peningkatan kekuatan otot dengan latihan bebanan dalam setiap aktiviti sukan. Fleksibiliti Fleksibiliti merujuk pergerakan sesuatu sendi melalui julat pergerakan sepenuhnya. Fleksibiliti perlu bagi pergerakan yang lancar dan efisien, juga dapat mencegah daripada berlakunya kecederaan pada bahagian sendi dan otot. Aktiviti yang dapat meningkatkan fleksibiliti seseorang adalah aktiviti regangan. Senaman ini menjadikan tubuh mudah lentur. Ini dilakukan dengan aktiviti regangan membabitkan otot dan tisu yang menentukan keseimbangan tubuh. Ahli terapi fizikal mencadangkan senaman regangan dilakukan terhadap pesakit untuk pulih dari kecederaan. Selain itu, senaman ini baik untuk mencegah masalah terjatuh. Komposisi badan

Komposisi badan merujuk perkadaran jumlah lemak badan dengan berat tanpa lemak. Peratusan lemak badan adalah pengukuran kegemukan yang lebih baik berbanding berat badan. Kelebihan lemak dalam badan amat berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kronik. Komposisi badan adalah salah satu komponen kecergasan yang penting. Manusia yang mempunyai komposisi badan yang optimum tampak sihat, bergerak dengan lebih efisien dan berasa yakin terhadap diri mereka sendiri. Untuk mencapai kesejahteraan, kita mesti menetapkan tahap komposisi badan yang sesuai untuk diri kita dan berusaha untuk mencapai dan mengekalkan tahap komposisi badan yang optimum.

Pendahuluan apa itu bersenam aktiviti fizikal yang waktu boleh pagi mengeluarkan atau peluh petang selalunya dilakukan pada

- kelas pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah juga ada aktiviti bersenam.

Isi-isi (Kebaikan & Faedah) boleh menyihatkan tubuh badan - apabila bersenam badan akan mengeluarkan peluh - perpeluhan dapat menyingkirkan sisa toksik dalam tubuh - selain itu dapat mengawal suhu badan kita - kita akan jadi lebih sihat dapat bantu mengawal berat badan/mengatasi masalah obesiti - bersenam akan meningkatkan metabolisme badan, bakar lemak - maka bersenam adalah cara terbaik untuk menurunkan atau mengawal berat badan meningkatkan stamina diri - apabila kerap bersenam - badan akan betah melakukan aktiviti-aktiviti fizikal - tidak mudah penat - lebih cergas dalam menjalankan aktiviti harian otak menjadi cerdas - apabila kerap bersenam - minda akan menjadi lebih cerdas dapat berfikir dengan baik - penting untuk murid/pelajar - dapat memikirkan idea-idea yang tuntas & bernas sebagai aktiviti riadah - dapat menenangkan fikiran - bersenam boleh melegakan tekanan atau stres - apabila aktiviti ini dilakukan bersama kawan-kawan atau ahli keluarga - dapat mengeratkan hubungan sesama mereka

Senaman adalah satu bentuk aktiviti fizikalatau rekreasi yang menyeronokkandirancang dan diulang-ulang, dilakukan untukmeningkatkan status kesihatan dan tahapk e c e r a s a n . Sejenis aktiviti fizikal atau riadah yangselalunya dilakukan dalam jangka masatertentu, berulangkali bertujuan meningkatkantahap kecergasan dan kesihatan
Pada asalnya, konsep kesihatan bermakna dalam keadaan sihat dan selamat, bebas daripada kecederaan, kecacatan dan penyakit. Kini konsep kesihatan mencakupi aspek yang lebih luas. Pada tahun 1948, dalam Persidangan Kesihatan Sedunia kali pertama anjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesemua 54 orang wakil negara sebulat suara menerima usul bahawa kesihatan bermakna sihat daripada aspek fizikal, mental dan sosial, dan bukan sekadar terbebas daripada penyakit, kecacatan dan kecederaan sahaja. Mengikut definisi ini, ketiga-tiga komponen mental, fizikal dan sosial adalah bersepadu dan saling betindak antara satu sama lain. Sebarang perubahan (baik atau buruk) yang berlaku pada salah satu komponen itu tentu akan menganggu dua komponen lain. Ekoran daripada definisi tersebut, kini terdapat dua lagi komponen yang dikenal pasti penting dalam kesihatan, iaitu komponen emosi dan rohani. Hoyman (1962) menakrifkan kesihatan sebagai keadaan sihat yang optimum bagi kehidupan yang sempurna, produktif dan kreatif. Ini ditunjukkan dalam satu hierarki yang

bermula dengan kesihatan optimum dan berakhir dengan kematian (kesihatan sifar). KESIHATAN FIZIKAL DAN KEBERSIHAN DIRI Badan manusia terdiri daripada reseptor (penerima) seperti mata, hidung, kulit, telinga dan perseptor (menakrif) seperti otak. Kefahaman tentang cara mekanisme itu berfungsi membolehkan kita menjaga kesihatan reseptor dan perseptor ini. Kesihatan fizikal bermaksud segala fungsi fisiologi dan anatomi badan berfungsi dengan baik dan badan tidak mudah diserang penyakit. Tahap kesihatan fizikal dapat diukur dengan memeriksa suhu badan, tekanan darah, denyutan jantung dan kandungan air kencing. Kesihatan fizikal dapat dicapai dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang agar badan memperoleh tenaga yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai aktiviti mental, fizikal, sosial dan fisiologi. Tenaga juga perlu untuk pembinaan dan pertumbuhan badan serta menentang serangan patogen untuk menghindarkan diri daripada penyakit. Selain makanan, kita haruslah menjaga kebersihan diri demi kesihatan fizikal dengan mencuci dan memandikan badan setiap hari serta memakai pakaian yang bersih. Kesihatan fizikal dapat dicapai juga melalui senaman harian, sukan atau permainan. KECERDASAN FIZIKAL Kecerdasan fizikal bermaksud keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti harian dengan cekap dan bertenaga tanpa rasa penat yang keterlaluan. Di samping itu, dia juga mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan menghadapi cabaran apabila timbulnya kecemasan. Definisi ini perlu mengambil kira kecerdasan fizikal untuk kesihatan serta kemahiran dalam prestasi sukan dan permainan. Kecerdasan fizikal untuk kesihatan bertujuan mengurangkan risiko menghidap penyakit. Kecerdasan fizikal untuk kemahiran dalam prestasi sukan dan permainan merujuk kepada keupayaan seseorang untuk bertanding dalam sukan dan permainan dengan mempunyai tenaga, daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, keterampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Untuk itu, seseorang atlit atau pemain perlu memiliki kecergasan fizikal dalam kesihatan. Terdapat lima komponen yang berkaitan dengan kecergasan fizikal, iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan dan komposisi tubuh. Daya tahan kardiovaskular merujuk kepada keupayaan jantung dan salur darah membekalkan oksigen kepada sel-sel badan semasa aktiviti fizikal dijalankan. Kekuatan otot merujuk kepada kebolehan otot mengatasi rintangan semasa aktiviti fizikal, iaitu apabila otot menjadi kuat aktiviti fizikal itu menjadi ringan dan tidak cepat mendatangkan keletihan. Daya tahan otot merujuk kepada kebolehan otot menghasilkan daya berulang-ulang dalam suatu tempoh masa. Kelenturan bermakna keupayaan sendi anggota untuk bergerak dengan lancar tanpa berasa sakit dan lesu.

Komposisi tubuh merujuk kepada peratusan lemak nisbah kepada peratusan otot dalam badan. Seseorang boleh dianggap cergas jika badannya mempunyai lebih banyak tulang berbanding dengan kandungan lemaknya. Seseorang yang sudah mencapai kecergasan fizikal dapat mengatasi cabaran aktiviti fizikal dalam kehidupan harian, manakala seseorang yang mempunyai kecergasan fizikal yang lemah akan berasa letih sesudah melakukan aktiviti fizikal. Individu yang mempunyai kecergasan fizikal yang baik dapat meningkatkan kecekapan sistem respirasi dan sistem kardiovaskular yang merangkumi denyutan jantung, peredaran darah dan menambah kekuatan otot. Individu seumpama ini boleh mengelakkan penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi. Kecergasan fizikal berbeza dari individu ke individu lain dan bergantung kepada faktor sepert jantina, umur dan berat badan. Kecergasan fizikal sesorang boleh diukur dengan menggunakan pengukuran aerobik cooper. Mengikut Dr. Kenneth H. Cooper, kuasa aerobik merujuk kepada kebolehan seseorang melakukan aktiviti lebih daripada tiga minit secara berterusan tanpa mudah berasa letih. Kuasa aerobik juga menunjukkan kemampuan sistem kardiovaskular, sistem respirasi dan otot untuk menanggung beban tambahan akibat daripada aktiviti fizikal ini. Semasa aktiviti fizikal dijalankan banyak asid lakfik akan terkumpul. Asid lakfik menyebabkan otot dan badan berasa letih. Walau bagaimanapun, keletihan ini dapat diatasi dengan meningkatkan kecekapan jantung, peredaran darah dan sistem respirasi. Pengukuran aerobik Cooper mengukur pengambilan oksigen yang maksimum oleh seseorang selepas melakukan sesuatu aktiviti fizikal secara berterusan selama lebih daripada tiga minit. Sistem ini mengukur jarak yang dilalui oleh seseorang itu dalam masa 12 minit. Jarak ini kemudian dirujuk kepada satu jadual kecergasan fizikal piawai yang disediakan. KEPENTINGAN KECERGASAN FIZIKAL Orang yang mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi bukan sahaja mempunyai badan yang sihat, malah sanggup menerima cabaran fizikal dalam aktiviti harian. Sebaliknya orang yang mempunyai tahap kecergasan fizikal yang rendah adalah tidak tabah dan tidak berani menerima cabaran fizikal kerana cepat berasa letih dan kehilangan tumpuan. Individu yang mempunyai kecergasan fizikal tidak mempunyai banyak lemak dalam badan, iaitu tidak gendut. Dengan demikian, dia tidak mudah menghidap penyakit seperti tekanan darah tingi dan penyakit kardiovaskular. Dalam sukan atau permainan, seseorang yang cergas berpotensi untuk mencapai prestasi yang baik dan tidak mudah tercedera. Dengan adanya kecergasan fizikal, seseorang lebih mudah mencapai pertumbuhan yang sihat bukan sahaja dari segi fizikal, bahkan juga dari segi mental, emosi, rohani, dan sosial.

. 1. PENGENALAN Kesihatan mempunyai makna yang berbeza-beza bagi individu yang berlainan. Ia sering ditakrifkan sebagai "ketiadaan penyakit" yang membawa erti bahawa jika

seseorang itu tidak mengalami apa-apa kecederaan, kekecewaan, atau penyakit pada satu-satu masa tertentu, maka dia akan berpendapat bahawa dirinya sihat. Takrifan ini, walaupun biasa digunakan, tidak menggambarkan maksud kesihatan secara menyeluruh. Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Takrifan kesihatan yang lebih menyeluruh dan holistik dikemukakan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia sebagai "Suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan". Di sini, kesihatan terbentuk hasil dari satu keadaan keseimbangan di antara seseorang individu dengan persekitaran fizikal, biologi dan sosialnya. Keseimbangan ini juga membolehkan individu tersebut berfungsi dengan baik. Berkaitan dengan takrifan ini, individu yang sihat dilihat sebagai individu yang bercirikan kesempurnaan anatomi, berkeupayaan menjalankan tanggungjawab keluarga, kerja dan komuniti serta bebas dari risiko penyakit dan kematian yang mengejutkan. Edward T. Howley, B. Don Franks, (1997:4). Dari sejarah yang telah dicatatkan, ahli falsafah dan pakar kesihatan telah memerhatikan bahawa aktiviti fizikal yang berterusan merupakan bahagian utama dalam kesihatan hidup. Ahli falsafah 'Hippocrates' pernah mengatakan bahawa "Makanan sahaja tidak akan menyihatkan seseorang; dia perlu bersenam. Untuk makanan dan senaman, walaupun mempunyai kualiti yang berbeza, namun saling bergandingan ke arah kesihatan. Dan adalah perlu, untuk memilik kekuatan senaman (cergas), sama ada secara semulajadi
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

ataupun buatan, mengetahui yang mana satu dapat menambahkan isi saiz otot dan yang mana satu mengurangkannya; dan bukan hanya itu malah pembahagiaan senaman dan makanan adalah berbeza terhadap seseorang pesakit, umur individu, jantina dan sebagainya."

Anda mungkin juga menyukai