Anda di halaman 1dari 28

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROJEK KAJIAN TINDAKAN

Pembiayaan
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

“AKU DAN GSP”


MENINGKATKAN KEFAHAMAN HUKUM OHM’S MELALUI
KAEDAH LATIH TUBI ”AKU DAN GSP” DIKALANGAN MURID
PMR SMK PARIT PANJANG

OLEH:

Ismi Kamarul Sham b. Ismail


SMK PARIT PANJANG
09200 KUPANG
KEDAH DARUL AMAN

OKTOBER 2009

1
PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah saya panjatkan kehadirat Allah s.w.t. kerana dengan keizinan
daripadanya maka saya sekali lagi telah berjaya untuk menyiapkan satu lagi laporan
kajian tindakan bagi kali yang ketiga di peringkat negeri. Namun kali ini telah beralih
ke peringkat negeri Kedah Darul Aman selepas menimba dua kali pengalaman
membentangkan kajian tindakan di peringkat Negeri Perak pada tahun 2006 dan
2007 bagi matapelajaran Matematik.

Namun pada kali ini, dengan khidmat nasihat yang diperolehi daripada Guru
Cemerlang Geografi Pn. Halimaton SMK Parit Panjang serta pihak pengurusan
sekolah yang telah memberikan sokongan padu serta tunjuk ajar dalam meneruskan
lagi penulisan serta pelaksanaan kajian tindakan menyebabkan saya sekali lagi
terpanggil untuk meneruskan agenda kajian tindakan ini sekali lagi.

Terima kasih yang tidak terhingga juga ingin saya ucapkan kepada Juru latih Daerah
yang di bawah pimpinan Pegawai PPD Baling/Sik En. Asmadi serta krew-krew
kajian tindakannya yang begitu komitet dengan tugasan ini yang tidak pernah
mengenal erti penat dan putus asa serta sentiasa merancang pelbagai aktiviti dan
strategi demi untuk menjayakan program kajian tindakan dan ternyata telah berjaya
menghasilkan satu output kajian tindakan yang begitu dinamik untuk
dipersembahkan ke peringkat seterusnya.

Seterusnya ucapan jutaan terima kasih kepada Unit Latihan dan Pembangunan JPN
Kedah di bawah kelolaan En. Abdullah bin Manaf serta krewnya yang sudah pasti
sentiasa memberi perhatian yang serius demi untuk menghasilkan satu pelaporan
kajian tindakan yang berkualiti dari masa ke semasa.

ABSTRAK

2
Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah bertujuan untuk mencari penyelesaian
kepada masalah murid yang kurang menguasai kefahaman pengiraan Hukum Ohm
yang mengandungi nilai rintangan, nilai voltan dan nilai arus elektrik - RVI. Seramai
5 orang murid Tingkatan 3 Dedikasi terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah
dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual, soal selidik, membuat
pemerhatian dan berdasarkan latihan yang terkandung di dalam buku latihan
Science Process Skill (SPS). Hasil daripada tinjauan, saya mendapati mereka
kurang memahami cara bagaimana untuk menggunakan maklumat yang terdapat
dalam soalan ketika menjawab soalan pengiraan nilai RVI samada dalam kertas
satu ataupun kertas dua. Begitu juga dengan soalan latihan yang diberikan,
segelintir murid tidak cuba untuk menjawab soalan ini. Walaupun penerangan
tentang soalan telah diberikan mereka hanya menunggu jawapan daripada guru
sahaja. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah mengumpulkan murid yang benar-
benar tidak memahami akan Hukum Ohm dan menjalankan kajian dengan
melakukan aktiviti latih tubi tetapi tidak dengan kaedah biasa iaitu dengan
menggunakan pensil, kertas dan mesin kira-kira. Ia melalui kaedah yang lebih
menarik iaitu dengan satu kaedah yang saya namakan “AKU & GSP”. Melalui
metodologi ini, saya menerangkan kepada murid tentang kaedah bagaimana
membuat pengiraan secara latih tubi dari soalan yang dijanakan sendiri oleh mereka
melalui perisian GSP. Di sini, guru tidak memberi soalan-soalan untuk latih tubi
tetapi mereka sendiri yang mencipta soalan lalu menyelesaikannya secara terus,
tepat dan mengetahui jawapan setiap kali soalan yang diberi. Saya percaya jika
murid dibimbing dengan kaedah atau cara yang betul yang lebih menarik, mereka
dapat membuat latih tubi secara terus menerus dan akhirnya mereka sendiri akan
dapat membina kefahaman dan mendapatkan markah yang lebih baik. Berdasarkan
perbandingan keputusan Ujian Pra dan Pasca membuktikan peningkatan walaupun
tidak seperti yang diharapkan iaitu kesemua sampel murid yang telah mendapat
skor 0 pada peringkat ujian Pra telah menunjukkan peningkatan kepada skor
markah melebihi 50% pada Ujian Pasca. Ini sudah cukup membuktikan satu
perubahan yang sukup drastic dan memberi impak secara maksima. Dengan erti

3
kata lain satu kaedah yang saya perkenalkan ini telah menunjukkan kesan yang
positif kepada saya selaku pendidik dan seterusnya membantu pelajar
meningkatkan kefahaman yang lebih jitu lagi.

4
HALAMAN KANDUNGAN

Muka
surat

Penghargaan ii

Abstrak iii

Halaman Kandungan v

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 1

2. Fokus Kajian 2

3. Objektif Kajian 3

4. Kumpulan Sasaran 3

5. Prosedur Kajian
5.1 Tinjauan Masalah 4
5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5
5.3 Melaksanakan Tindakan 7

6. Melaksanakan Kajian
a) Aktiviti 1 – Peta Minda
7
b) Aktiviti 2 – Ujian Pra 9
c) Aktiviti 3 – Pengenalan GSP 10
d) Aktiviti 4 – Ujian Pasca 13
e) Aktiviti 5 - Borang Soal selidik 14

7 Penilaian 14
8 Refleksi Kajian 16
9 Rujukan Cadangan Lanjutan 16
10 Rujukan
Lampiran
Lampiran 1:
Lampiran 2:
Lampiran 3:
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Kajian tindakan ini telah bermula ekoran daripada dapatan secara tidak langsung
ketika saya mengajar tajuk Elektrik Tingkatan 3 pada awal April tahun ini. Saya

5
dapati masih ramai murid yang belum jelas dan tidak memahami dengan baik akan
maksud serta hubungan diantara Hukum Ohm’s iaitu perkaitan antara nilai arus
elektrik(I) dan Voltan(V) serta terhasilnya rintangan(R) bagi sesuatu litar. Melalui
hubungkait antara nilai voltan dan nilai arus elektrik yang sebenarnya adalah Hukum
Ohm’s iaitu rintangan bagi sesuatu arus elektrik.

Melalui pemerhatian rambang, murid masih lemah dalam pengetahuan asas seperti
apa itu arus elektrik dan begitu juga apa yang dikatakan voltan dalam elektrik. Murid
juga gagal mengaitkan voltan dan arus serta mengira nilai rintangan yang terhasil.
Justeru itu, saya telah memikirkan suatu kaedah yang boleh diguna pakai
terutamanya bagi murid-murid yang sangat lemah tahap pemikirannya untuk
menghubungkait di antara voltan dan arus untuk mencari nilai rintangan yang
sebenar di dalam sesuatu pengaliran arus elektrik dengan cara lojik, pantas dan
menarik. Teknik ini merupakan satu teknik yang menggunakan satu perisian yang
dikenali sebagai Geometer’s Sketcpad (GSP) ataupun maksud yang ditukarganti
untuk lebih menarik perhatian murid yang telah saya ubah iaitu Guna Sampai
Pandai.

Melalui perisian tersebut murid diminta untuk memilih jenis soalan berdasarkan
gambar murid itu sendiri yang telah dimuat turun ke dalam perisian tersebut dan
melalui pilihan tersebut akan terbina pelbagai bentuk jenis soalan pengiraan nilai
voltan, arus dan rintangan secara automatik dan dapat membantu pengiraan secara
latih tubi yang pantas dan tepat. Teknik ini juga dikenali sebagai teknik Latih Tubi
“Aku dan GSP” untuk mengira jumlah nilai rintangan (R), voltan (V) dan arus (I)”.

2. FOKUS KAJIAN

Berdasarkan latihan daripada soalan-soalan yang terkandung di dalam buku SPS


keluaran Longman, terdapat beberapa orang murid yang gagal menjawab dengan

6
betul. Cuma pada kali ini saya mengambil sampel murid-murid yang gagal
menjawab kesemua soalan yang ada untuk dibuat kajian. Ini amat
membimbangkan, maka saya terfikir untuk membuat kajian bagaimana untuk
meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan sebegini melalui latih tubi
kerana soalan jenis ini hanya melibatkan pengiraan semata-mata disamping
formula yang telah pun ditetapkan oleh Hukum Ohms iaitu Rintangan (R)
bersamaan dengan nilai voltan(V) dibahagikan dengan nilai arus (I). Antara
kelemahan murid-murid ini mungkin berpunca daripada beberapa faktor seperti
berikut :

• tidak menguasai kemahiran proses sains.


• tidak memahami kaedah guru mengajar
• tidak mengetahui kaedah menjawab soalan dengan betul
• tidak dapat mengaitkan soalan dengan topik yang telah dipelajari
• tidak boleh membaca atau boleh membaca tetapi lemah
• tidak memahami istilah kemahiran proses sains (KPS) dan perkataan
sains dalam Bahasa Inggeris.
• tidak memahami konsep pengiraan dalam matematik
• murid gagal menghubung kaitkan bahawa matematik dan sains
sebenarnya ada pertalian.

Walaupun terdapat banyak faktor yang menyebabkan murid-murid tidak dapat


menjawab soalan jenis pengiraan ini, saya hanya memfokuskan kajian ini kepada
kaedah atau teknik menjawab soalan pengiraan semata-mata berdasarkan
maklumat-maklumat yang diberi dalam soalan. Contohnya, sekiranya terdapat nilai
voltan dan arus dalam soalan, nilai rintangan boleh diperolehi. Ataupun sekiranya
nilai rintangan dan arus diberi, nilai voltan boleh diperolehi dan seterusnya.
3. OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Am

7
Meningkatkan kefahaman dan ingatan murid untuk mengira setiap nilai rintangan,
voltan atau arus elektrik dengan mudah dan pantas serta dengan penuh keyakinan.

3.2 Khusus
1. meningkatkan kemahiran murid untuk memahami definasi rintangan, arus
dan voltan dalam setiap pengaliran arus elektrik.
2. membantu murid mencapai keputusan yang lebih cemerlang dalam PMR
nanti.
3. mengubah corak pengajaran guru supaya murid merasakan proses
pembelajaran dan pengajaran sais adalah tidak membosankan.
4. memberi pendekatan kepada murid agar sentiasa menghargai akan setiap
kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran serta memberi nilai positif
kepada mereka dan bukannya untuk menyusahkan.

4. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 5 orang murid Tingkatan 3 Dedikasi SMK Parit Panjang
yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan yang
kesemuanya adalah anak-anak penoreh getah di kampung berdekatan dengan
sekolah. Difahamkan bahawa tahap pemikiran mereka agak lemah disamping
berada di dalam kedudukan kelas keempat daripada enam kelas, mereka juga
mempunyai nilai motivasi yang agak rendah kerana faktor kediaman mereka di
kampung. Hal ini adalah jauh berbeza dengan murid yang tinggal di kawasan
bandar yang menjalani kehidupan seharian dengan penuh persaingan dan
mempunyai nilai motivasi diri yang tinggi. Bukan sekadar dalam matapelajaran
sains tetapi bagi matapelajaran yang lain juga mereka ini mempunyai rekod
pencapaian prestasi yang kurang memberangsangkan.

5. METODOLOGI KAJIAN
Kajian tindakan “Aku dan GSP” ini telah membuat tinjauan masalah serta analisis
terhadap tinjauan masalah tersebut.

8
5.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti telah dibuat bertujuan untuk
memahami dengan lebih terperinci masalah tersebut.
i. Kajian tindakan kali ini telah berkisarkan kepada pemerhatian tidak
berstruktur ketika proses P&P berjalan secara tidak langsung. Terdapat segelintir
murid yang sukar memberi tumpuan kepada setiap pengajaran yang diberi seperti
bersembang dengan rakan-rakan dan mengganggu tumpuan rakan-rakan lain. Ini
sekaligus telah menunjukkan perasaan kurang minat terhadap pengajaran sains
yang diajar.

ii. Ujian Pra juga telah dijalankan sebagai mengukuhkan lagi bahawa terdapat
segelintir murid yang benar-benar tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai
pengiraan rintangan, voltan dan arus elektrik. Apatah lagi untuk mengaplikasikan
Hukum Ohms dalam matapelajaran Sains.

iii. Satu set soalan soal selidik berkenaan dengan tajuk kajian juga telah
dirangka khas bertujuan untuk membuat analisa sikap dan juga tanggapan murid
terhadap Sains amnya dan proses kajian tindakan yang dijalankan mempunyai
impak yang negatif. Soal selidik ini telah dibuat sebelum dan selepas pelaksanaan
teknik “Aku dan GSP”. Diantara soalan soal selidik yang telah diajukan ialah seperti
berikut:

9
No

5.2
1
Analisis Tinjauan Masalah
Sains merup
Dapatan kajian ini adalah berdasarkan daripada 5 orang murid yang benar-benar

Saya begitu
keliru dan sukar memahami konsep pengiraan nilai rintangan, voltan dan juga nilai
arus lektrik yang ditakrifkan sebagai Hukum Ohms.

2
a) Temubual Dengan Murid
Hasil temu bual dengan murid yang telah dikenalpasti mempunyai masalah

betul.
ini sememangnya tidak dapat mengaitkan nilai R.V.I itu secara total dan
seterusnya tidak berminat untuk menjawab soalan.

b) Tinjauan Buku Latihan Murid Dan Lembaran Kerja


Kelemahan murid dalam menjawab soalan Sains yang berkaitan dengan

3 Saya sentias
R.V.I ini juga ditinjau dengan terperinci melalui buku latihan murid. Murid
yang telah dikenalpasti. Didapati mereka tidak dapat menjawab soalan
latihan yang diberikan kerana tidak faham langsung dan hanya menunggu
jawapan daripada guru sahaja seperti lampiran di bawah.

Teknik bela 10
Soalan tidak berjawab
selepas satu jangka
masa diberi

11
c) Kelemahan murid menjawab soalan dapat dikenalpasti melalui Ujian Pra
yang telah diadakan.

Bil Pelajar & Skor [ Ujian Pra ]


100% 5
90%
80% 4
Peratus Bil Murid [%]

70%

Bil Murid [N]


60% 3
50%
40% 2
30%
20% 1
10%
Rumusan :
0% 0 Kesemua sampel
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Skor murid seramai 5
Peratus Bil pelajar
orang telah
mendapat skor 0
daripada 10
soalan.

d) Berdasarkan maklum balas daripada borang soal selidik juga mendapati


bahawa 100% daripada murid-murid tersebut sememangnya mempunyai
persepsi yang mengatakan bahawa matapelajaran sains adalah sains
semata-mata dan tidak mempunyai perkaitan dengan matapelajaran lain
seperti kaitan matapelajaran sains dan matematik. Mereka sukar untuk
menghubungkan teori matematik dalam matapelajaran sains. Contohnya,
sekiranya terdapat soalan sains yang melibatkan pengiraan, hukum
matematik tidak diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah soalan tersebut.

5.3 Melaksanakan Tindakan


Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah
menentukan aktiviti yang perlu dilaksanakan.
Aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi menangani masalah ini ialah:
5.3.1 Aktiviti 1- Peta Minda (Asas Operasi Dalam Matematik)
5.3.2 Aktiviti 2- Ujian Pra

12
5.3.3 Aktiviti 3- Pengenalan Perisian GSP
5.3.4 Aktiviti 4- Ujian Pasca
5.3.5 Aktiviti 5- Borang Soal Selidik

6. MELAKSANAKAN KAJIAN

6..0.1 Aktiviti 1
- Peta Minda (Asas Operasi Dalam Matematik)
Saya mengambil masa selama satu jam untuk menerangkan konsep operasi
matematik terlebih dahulu iaitu bagaimana operasi bertukar daripada nilai darab
bertukar menjadi nilai bahagi apabila dipindahkan dari sebelah kiri ke kanan
operasi dan sebaliknya dengan menggunakan alat bantuan komputer ’power point’
dan memaparkannya di skrin. Setelah itu saya telah menggantikan operasi
pendaraban dan pembahagian itu dengan formula Hukum Ohms iaitu R=V/I.
Untuk menarik minat murid dalam slot ini, saya menyediakan satu set soalan (rujuk
Lampiran 1) untuk dijawab oleh murid. Saya fokuskan soalan yang cukup mudah
dan meminta murid menggubahkan operasi itu sahaja tanpa membuat pengiraan.

Contoh Soalan :
1. Please re-write these questions in term of ’a’ as a topic.
i. 3a = c i- a = c/3
ii. 4a = 4 ii – a = 4/4
iii. 200a = 5 iii – a = 5/200

Pemerhatian :
Walaupun sebelum ini, guru matapelajaran matematik ada menunjukkan
kaedah penyelesaian bagi soalan-soalan di atas namun masih lagi ada murid
yang kurang faham dan keliru untuk menyelesaikannya. Daripada
pemerhatian yang telah dibuat melalui aktiviti ini, didapati sampel murid-murid
ini menunjukkan reaksi kurang jelas terhadap penerangan yang diberikan.
Setelah ’hand out’ panduan menjawab soalan diedarkan dan saya

13
menerangkan cara penyelesaian langkah demi langkah barulah semua murid
ini dapat memahami cara untuk menjawab soalan tersebut.

Refleksi :
100 % orang murid dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik
setelah tunjuk ajar diberi dengan baik secara bimbingan.

Pelajar sedang berbincang


secara kumpulan untuk
menjawab soalan yang
diberi.

6..0.2 Aktiviti 2
- Ujian Pra
Ujian Pra telah dijalankan cuma 20 minit sahaja pada hari yang berlainan
setelah aktiviti 1 dijalankan. (rujuk Lampiran 2)
Pemerhatian :
Walaupun sebelum ini konsep pertukaran operasi dalam matematik telah
dipraktikkan, namun apabila nilai berikut adalah fakta sains seperti nilai R.V.I
diberi, murid-murid ini tadi telah keliru dan tidak dapat mengaplikasikan
dengan baik kerana tanggapan mereka sains dan matematik adalah dua
matapelajaran yang berbeza dan tidak boleh dihubungkaitkan.

14
Murid sedang menduduki ujian ujian pra.
Refleksi :
100 % orang murid tidak dapat menjawab kesemua soalan yang diberikan
dengan baik.
Bil Pelajar & Skor [ Ujian Pra ]
100% 5
90%
80% 4
Peratus Bil Murid [%]

70%

Bil Murid [N]


60% 3
50%
40% 2
30%
20% 1
10%
0% 0
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Skor

Peratus Bil pelajar

6..0.3 Aktiviti 3
- Pengenalan
Perisian GSP
Memperkenalkan Teknik “Aku dan GSP” selama 40 minit
• Guru mempamerkan perisian GSP kepada murid dan kaedah
penggunaannya langkah demi langkah.
• Setiap pilihan soalan yang dibuat akan dapat menghasilkan kombinasi
nilai R.V.I yang berbeza.
• Bantuan LCD dan komputer mudah alih dapat dipraktikkan diserata
tempat. Murid akan berfokuskan tayangan serta hand-out yang diberi
untuk melengkapkan pengiraan secara pantas.
• Setelah pilihan soalan dibuat, murid diminta mengira samada nilai
rintangan, nilai voltan ataupun nilai arus secara terus.
• Murid akan terus membuat pengiraan secara latih tubi dan menyemak
jawapan secara terus tanpa menunggu masa yang panjang. Dengan

15
itu murid akan dapat memahami konsep pengiraan dengan jelas dan
tepat.
• Contoh : Apabila murid memilih gambar murid pertama, maka satu set
soalan akan dipaparkan. Melalui soalan ini nanti, murid diminta untuk
mengira nilai samada nilai rintangan, voltan ataupun arus seperti
paparan di bawah:

• Kemudian
’Button’
demi
’Button’ perlu diklik untuk memaparkan jalan kerja pengiraan sehingga
kepada jawapan terakhir. Dengan itu murid akan dapat menjawab
secara terus menerus dan menyemak pengiraan yang dibuat daripada
satu langkah ke langkah seterusnya dengan pantas.
• Seterusnya pelajar akan klik ’Button – Change Question’ untuk terus
ke soalan yang seterusnya.

Pemerhatian :
Walaupun pada peringkat awal kesemua murid kekok menggunakan perisian
GSP ini kerana terpaksa memegang ’mouse’ dengan sendiri untuk memilih
soalan, tetapi akhirnya mereka boleh menggunakannya dengan baik sekali.
Mereka juga terus bergerak aktif untuk menukar soalan demi soalan

16
disamping mengira jawapan serta menyemak jawapan dengan segera secara
berkumpulan dan bersaing siapa yang cepat memperolehi jawapan.
Contoh paparan GSP adalah seperti berikut:

17
Refleksi :
• Semua sampel murid telah melibatkan diri secara menyeluruh untuk
memilih jenis soalan serta berlumba-lumba untuk menyelesaikan
masalah bagi setiap soalan dengan jayanya.
• lebih gembira di waktu P&P kerana nilai intraktif melalui gambar murid
sendiri di dalam perisian komputer.
• dapat mengesan kesilapan ketika membuat pengiraan.
• dapat memberi fokus yang lebih tinggi berbanding sebelumnya.
• Kaedah cubajaya dan latih tubi yang dinamik memberi satu impak yang
cukup berkesan dan jitu.

18
6..0.4 Aktiviti 4
- Ujian Pasca
Ujian Pasca juga telah dijalankan cuma 20 minit sahaja pada hari yang
berlainan setelah aktiviti 1 hingga aktiviti 3 dijalankan.

Murid sedang menjalani ujian pasca


Pemerhatian :
Soalan yang digunakan adalah 100% sama dengan soalan Pra tempohari.
Walaupun sela masa ujian pra dan pasca agak lama iaitu lebih kurang
sebulan, namun tahap ingatan mereka masih kuat. Ini dapat dibuktikan
dengan keputusan ujian Pasca adalah jauh lebih baik daripada ujian Pra
tempohari seperti graf di bawah.

19
Bil Pelajar & Skor [ Ujian Pasca ]
100% 5
90%
80% 4 Refleksi :
Peratus Bil Murid [%] 70%

Bil Murid [N]


60% 3 100 % orang murid
50%
40% 2
telah berjaya
30%
20%
10%
1
menjawab soalan
0%
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
0
dengan baik dan
Skor
serta dapat
Peratus Bil pelajar

menunjukkan
pemudah cara
untuk
menyelesaikan pengiraan dengan pantas, tepat dan penuh keyakinan.

6..0.5 Aktiviti 5
- Borang Soal Selidik
Selepas melaksanakan semua aktiviti yang dirancang, saya sekali lagi telah
mengedarkan Borang Soal Selidik untuk melihat impak kajian tindakan yang
telah dijalankan pada kali ini.

Pemerhatian :
Berdasarkan jawapan borang soal selidik itu terdapat perubahan sikap
mereka terhadap sains ternyata berubah ke arah yang lebih positif. Walaupun
tidak kesemua murid yang berubah dengan begitu drastik namun sekurang-
kurangnya dalam 50% telah menanamkan nilai positif yang lebih baik dari
sebelumnya. Jikalau sebelum ini kesemua murid mendapati sains adalah
salah satu matapelajaran yang sukar untuk didampingi tetapi setelah melalui
aktiviti-aktiviti yang telah dirancang ternyata ia adalah disebaliknya.

Refleksi :
100 % orang murid telah memberi kerjasama menyatakan isihati mereka
secara tulus berkaitan dengan sikap mereka terhadap sains.

20
7. PENILAIAN
Analisis data markah ujian Pra

Skor
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Markah

Bilangan
5 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
murid
Murid-murid menunjukkan markah yang tidak memberansangkan pada Ujian
Pra.

Analisis data markah ujian Pasca

Skor
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Markah

Bilangan
0 0 0 0 0 0 0 0 2 0 3
murid
Murid-murid telah menunjukkan markah yang lebih baik setelah kefahaman
dapat dibina melalui aktiviti yang telah dijalankan.

21
Perbandingan Skor Markah Antara
Ujian Pra dan Pasca
5

Bil Murid (N) 4

0
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Skor Markah

Ujian Pra Ujian Pasca

Graf menunjukkan perbezaan markah bagi setiap ujian. Markah bagi ujian Pra
adalah jauh lebih rendah yang telah dicapai oleh murid-murid berbanding
Ujian Pasca. Dalam Ujian Pra 100% murid telah mendapat 0 markah
manakala dalam Ujian Pasca 40% mendapat skor markah 8/10 dan 60%
telah mendapat skor markah 10/10.

Hasil kajian menunjukkan bahawa proses kefahaman murid boleh dicapai


asalkan terdapat kaedah yang mudah dan lojik pada tahap pemikiran murid itu
sendiri. Walaupun sesuatu kaedah itu kelihatan remeh dan mudah, tetapi
impaknya adalah besar terhadap sudut kefahaman murid. Tahap kecerdasan
murid juga harus diambil kira agar aras pengenalan sesuatu kaedah dapat
diadaptasikan oleh murid secara berperingkat-peringkat. Kajian kali ini
membuktikan tahap kefahaman murid telah berjaya dipertingkatkan melalui
kaedah latih tubi tetapi dibantu oleh satu perisian yang begitu dinamik dan
mudah diguna pakai.

22
8. REFLEKSI KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian saya, Teknik “Aku dan GSP” telah berjaya
membantu murid untuk mempertingkatkan kefahaman mereka disamping
mengubah persepsi murid terhadap matapelajaran Sains ke arah yang lebih
positif.

9. CADANGAN LANJUTAN
Kajian ini sebenarnya adalah satu pengenalan teknik yang padat, tepat,
interaktif dan bebas berkomunikasi demi mencapai maksud kejayaan
cemerlang. Oleh itu mengaplikasikan pelbagai sumber yang ada disekelilingi
kita mengikut kesesuai adalah merupakan kata kunci untuk memberi
kefahaman kepada murid samada dalam matapelajaran Sains atau lain-lain
matapelajaran yang difikirkan boleh untuk dilaksanakan pada kadar paling
optimum.
Oleh kerana fokus utama dalam pedagogi adalah kefahaman pelajar terhadap
sesuatu perkara, maka kaedah latih tubi yang mempunyai seribu cara untuk
dilaksanakan maka kaedah ini akan saya teruskan lagi dengan cara yang lebih
baik lagi serta pemurniaan ke atas bahagian-bahagian yang saya rasakan
perlu nanti.

10. RUJUKAN (LAMPIRAN)

1. Lee Soon Guan et al. (2006). Matra keluaran kedua. Jabatan Pelajaran
Kedah.
2. Unit Latihan Khas (2006). Modul Kajian Tindakan. Jabatan Pelajaran Kedah.
3. Unit Latihan Khas (2006 & 2007). Modul Kajian Tindakan. Jabatan Pelajaran
Perak.

23
Projek Kajian Tindakan – Aktiviti 1

Simplify the below simple equations

1. Please re-write these questions


in term of a as a topic.
a. 3a = c c. 200a = 5

b. 4a = 4 d. 345a = 345

24
e. 500a = 100

Projek Kajian Tindakan – Aktiviti


2&4 (Pra/Pasca)

Solve the following problems using Ohm’s


Law, R= V/I

1. What is the value of the resistor in


2. Please re-write these questions the diagram, if the power supply
in term of (?) as a topic. (dry cells) VVV and the ammeter

a. (I)  reading is AAA ?

RI = V
N VV AA RR
o V A R
1 3 0.5
b. (V)  2 3 0.3
3 3 0.6
R = V/I
2. If the bulb in the diagram has a
resistance of RRR , what is the
reading shown on the ammeter, if
c. (R) 
the dry cells supply VVV?
I = V/R
N VV AA RR
o V A R
1 2 4
2 3 5
3 5 8

25
3. If the current of AAA flows
through the resistor of RRR in the
diagram, calculate the voltage
supplied by the dry cells?

N VV AA RR
o V A R
1 0.5 2
2 1.0 1.5
3 1.5 3
4 2.0 4.5

Projek Kajian Tindakan – Aktiviti 5


(Borang Soal Selidik)

Nama Pelajar :_____________________


Date : ____________________________

Arahan : Sila tandakan (X) ke dalam kotak skala berdasarkan soalan yang diberi
secara jujur mengikut skala yang anda fikirkan sesuai dengan kemampuan anda.

26
Skala :
1- Sangat Tidak Setuju
2- Tidak Setuju
3- Kurang Setuju
4- Setuju
5- Sangat Setuju

No

1 Sains merup
Saya begitu
2
betul.
27