Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
melibatkan komuniti setempat dalam membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti pendidikan di kalangan para pelajar sekolah dalam menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Abstrak Walaupun pengembangan ilmu diberi penekanan namun faktor kualiti jarang sekali diperkatakan dan dipraktikkan. Pengurusan sekolah sering mendengar dan memperkatakan tentang masalah kualiti tetapi usaha serta pengamalan kualiti masih samar dan tidak begitu jelas kepada mereka. Sekolah sebagai institusi pendidikan mempunyai strategi sendiri dalam meningkatkan kualiti dalaman dan luaran mereka. Sekolah mesti dipandang mulia oleh masyarakat luar dan ibu bapa kerana dengan sistem pendidikan yang berkesan mampu melahirkan seorang pelajar yang berkualitidanberketrampilan. Peranan ibu bapa dan anggota komuniti juga faktor yang boleh menjadikan pendidikan berkualiti. Ibu bapa sebagai anggota masyarakat mesti memainkan peranan yang serius terhadap pendidikan anak-anak mereka. Pendidikan formal di sekolah hanya lebih kurang 6 jam sehari sahaja dan selebihnya pelajar berada di tangan keluarga dan masyarakat. Anggota masyarakat harus memberi maklumat dan maklum balas kepada sekolah serta memberi kerjasama di dalam pelbagai aktiviti pembinaan ilmu yang dijalankan oleh guru dan sekolah. Penglibatan anggota anggota masyarakat dalam proses pendidikan juga tidak kurang pentingnya, khususnya institusi-institusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), Intitusi Kewangan dan Sekolah berhampiran harus sentiasa berdamping dengan sekolah-sekolah dan guru-guru serta mengambil tahu proses pendidikan di sekolah-sekolah di kawasan masing-masing secara tidak langsung Mereka perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran selamat kepada pelajar dan penduduk setempat. Konsep School -Home-Community Partnership perlu diterapkan dengan mengadakan program-program permuafakatan dan perkongsian yanag melibatkan pihak sekolah,ibu bapa dan masyarakat setempat. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan pemuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah. Pemuafakatan ini dapat membina kesefahaman tentang tanggungjawab bersama dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah. PIBG juga sebagai pelengkap terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang selesa. PIBG juga berperanan ke arah menjaga kesetabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat. 1.0 Pengenalan
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
"Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.
Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.
2.0
Pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia. Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan sepanjang hayat. Maka pendidikan secara berterusan ini adalah bermula sejak pendidikan asas dalam peringkat awal kanak-kanak di rumah dan tadika, disambungkan di sekolah rendah dan sekolah menengah dalam peringkat kanak-kanak dan remaja, dan diteruskan di peringkat selepas sekolah di tempat-tempat seperti institusi pendidikan tinggi, tempat bekerja dan komuniti atau dengan pembelajaran secara kendiri berbentuk ICT, secara online dan melalui media massa
2.2 Memperkembangkan potensi individu Mengikut kajian individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, jasmani , emosi, dan rohani sejak lahirnya. Kebanyakan potensi ini adalah terpendam dalam jiwa kendiri. Fungsi utama pendidikan ialah memperkembangkan dan meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Di dalam hasrat falsafah pendidikan kebangsaan , unsur intelek memberi tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir seperti : i. ii. iii. Menguasai kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Menguasai kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu. Dapat berfikir secara kritis dan kreatif(KBKK) dan
iv.
Dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain, termasuk kemajuan negara.
Perkembangan unsur jasmani memberi tumpuan kepada kesihatan tubuh badan individu, seperti memperkembangkan kepada tahap keupayaan seperti: i. ii. iii. iv. v. Menjaga kesihatan tubuh badan diri Melakukan riadah dengan sempurna Menggunakan bakat dan kemahiran teknikal/manipulatif dengan cekap. Memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan masyarakat dan Meningkatkan daya pengeluaran, demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara.
Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang sihat dan kuat, iaitu : i. ii. iii. iv. Memperolehi perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal Memiliki perasaan kasih sayang Memiliki semangat kekitaran, muhibbah, kerjasama dan perpaduan dan Mempunyai kemahiran menilai dan menghargai keindahan dan kesenian
Perkembangan unsur rohani memberi tumpuan kepada sifat kejiwaan dan kebatinan, iaitu : i. ii. iii. iv. v. Mempunyai perasaan menyedari dan mengingati adanya Pencipta Mempunyai perasaan menghargai dan mensyukuri pemberian pencipta Mempunyai perasaan menyedar dan menginsaf terhadap tanggungjawab Dapat memupuk dan membina disiplin kendiri dan Dapat membentuk akhlak yang mulia
2.3 Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu Perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara berasingan. Ia harus diperkembangkan secara menyeluruh dan bersepadu. Maka untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan, disamping kurikulum akademik yang dilaksanakan dalam bilik darjah.
Potensi yang ada pada diri individu hendaklah dikembangkan ke peringkat optimum dengan cara mengintegrasikan bakat dan kebolehannya yang saling berkait di antara satu sama lain.
Insan yang seimbang dan harmonis merupakan potensinya, iaitu intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani telah diperkembang secara menyeluruh, bersepadu dan dalam tahap optimum. Insan yang seimbang dan harmonis adalah individu yang memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara. Individu ini akan sentiasa berikhtiar dan berusaha menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi, dan melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang berguna, demi kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara. Matlamat memupuk insan yang seimbang dan harmonis boleh dicapai apabila semua potensi yang ada pada dirinya telah dikembangkan secara selaras, menyuruh dan harmonis. Seorang individu yang seimbang dan harmonis adalah manusia yang telah memiliki sahsiah yang bersepadu, menikmati keseimbangan dan kesejahteraan dalam jiwanya. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa merasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan fikiran yang tenang. 2.5 Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan Rakyat yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain.Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki cir-ciri seperti : i. ii. iii. iv. v. vi. Mencintai ilmu pengetahuan; Gemar membaca; Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan; Sentiasa berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan; Memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain; dan Berfikiran terbuka, luas dan mendalam.
Rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela memberi sumbangannya demi kemajuan negara. Mereka bukan sahaja mampu melaksanakan tugas dalam jangka masa yang singkat tetapi juga dengan cekap dan sempurna. Rakyat Malaysia yang berketrampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti : i. ii. iii. Berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan; Mempunyai kemahiran yang sesuai dalam pelaksanakan tugasnya; dan Dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna.
Rakyat yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan mengamalkannya dalam kehidupan harian.Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia ialah rakyat yang memperoleh cirri-ciri seperti : i. ii. iii. iv. v. Mengetahui yang mana nilai baik dan mana yang buruk; Menyedari kesan dan akibat daripada perbuatan baik dan buruk; Mempunyai keyakinan terhadap nilai murni; Dapat menghayati nilai kerohanian kemanusian serta kewarganegaraan; dan Mengamalkan kelakuan baik dan mengelakkan perbuatan buruk.
2.8 Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab Rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna terhadap Tuhan, bangsa dan, negara, dan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah.Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti : i. ii. iii. iv. v. Menyedari tugas dan tanggungjawab adalah amanah dan kewajian; Menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakn dengan sempurna; Sentiasa berusaha meningkatkan daya pengeluaran; Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang negara; dan Sentiasa berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama.
3.0 Apakah peranan sekolah dalam menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka, dan kompleks perlu menwujud dan mengekalkan hubungan saling bergantung dengan semua pihak luar. Tanpa unsur saling bergantung bagai pepatah Melayu seperti aur dengan tebing, sekolah tidak dapat memainkan peranan dengan cekap dan berkesan untuk mencapai visi dan misinya. Esei ini menjelaskan penilaian keberkesanan program yang bertujuan untuk menjalinkan hubungan sekolah dengan pihak luar. Kaedah dan kerangka penilaian program menggunakan piawaian umum dan antarabangsa dalam pengurusan dan evaluasi program iaitu Model CIPP yang diasaskan oleh Stufflebeam. Walaupun Model CIPP merupakan model penilaian yang agak lama berbanding dengan Model Pengukuran Prestasi Berasaskan Proses, ia masih berkesan dalam penilainan program yang telah dilaksanakan (Gordon, 2008). Sekolah juga merupakan institusi penting untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan sahsiah terpuji. Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh. Iklim yang mewarnai alam persekolahan sangat memberi kesan yang besar dalam pembentukan individu seseorang. Pengaruh sekolah selepas keluarga dalam pembentukan personality pelajar adalah bersangkut paut dengan kecemerlangan akademik pelajar. Melalui iklim sekolah yang teratur, terkawal, tenang dan tertib yang memungkinkan suasan yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan positif. Hubungan sosial yang baik antara guru, pelajar, warga sekolah dan masyarakt setempat akan membentuk suatu merupakan menifestasi kepada dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Edmond (1977), Sweeney (1982), Hussein Mahmood (1993) dan Leithwood dan Jantzi (1997) menekankan bahawa Guru Besar perlu mempunyai sesitiviti terhadap bakat dan kemahiran guru-guru, berkongsi matlamat dan membuat keputusan, memberi latihan pembangunan profesionalisme kepada guru-guru dan interaksi yang tinggi terhadap guru-guru. Maksudnya di sini, Guru Besar berperanan penting dalam meningkatkan tahap profesionalisme seseorang guru untuk mencapai objektif sekolah yang dengan lebih efektif dan sistematik. Dimana selain para guru-guru, pihak komuniti setempat juga memainkan peranan yang amat penting:
4.0 Apa itu Komuniti ? Komuniti adalah suatu kumpulan manusia yang mempunyai persefahaman dalam sesuatu matlamat dan sentiasa berhubung antara satu sama lain. Perkumpulan seperti ini sering bantu membantu dalam sesuatu tugas dan belajar sesama mereka. Setiap ahli merasa perlu untuk mengetahui apakah yang diketahui oleh ahli yang lain dalam komuniti. Dengan menyediakan kemudahan untuk komuniti berhubung sesama mereka, proses pembelajaran akan menjadi lebih baik, pantas dan murah. 4.1 Apakah kepentingan komuniti? Dalam menuju era globalisasi dan suasana ekonomi yang berasaskan ilmu (k-ekonomi) sesuatu kerja tidak lagi dilakukan secara berseorangan. Penyelesaian masalah yang kompleks serta kepentingan mendapatkan maklumat yang pantas memerlukan manusia bersepakat, berkongsi maklumat, menyelesai masalah, belajar dan berkomunikasi lebih cekap dan pantas dari sebelumnya. Namun demikian, secara realitinya manusia berada di merata tempat, bekerja di luar pejabat dan berhubungan melalui telefon dan internet. Malah mereka yang di dalam sesebuah pejabat pun perlu berjumpa antara satu sama lain. Sesuatu kerja boleh dilakukan merentasi organisasi dan sempadan geografi. Akan tetapi kadangkala terdapat beberapa halangan, misalnya aplikasi yang kurang ramah-pengguna, peralatan untuk berhubung kurang berkesan, infrastruktur yang tidak sempurna sehingga menjadikan pengguna kecewa.
Terdapat berbagai jenis komuniti terbentuk dalam sesebuah organisasi: i. Komuniti Sematlamat (Communities of purpose): Sekumpulan orang dari berbagai disiplin dan merentasi organisasi bekerja bersama-sama secara formal dalam suatu tempoh masa projek yang telah ditetapkan. Komuniti Pengamal (Communities of practice): Profesional dari disiplin yang sama datang bergabung untuk berkongsi belajar secara tidak formal, menyelesai masalah secara ad hoc, rangkaian profesional dan saling bantu membantu. Di sekolah saya pihak seperti PIBG, Lembaga Sekolah, SP Setia, Astro dan Da Ma Chai mengadakan program-program ini.
ii. Komuniti Pelanggan (Customer communities): Organisasi yang membentuk kumpulan pelanggan yang bertindak sebagai suara kepada market. Ahli-ahli akan memberi maklumbalas, membantu mengenalpasti masalah, dan mengemukakan pandangan- pandangan untuk memperbaiki perkhidmatan atau pengeluaran. Di sekolah saya pihak seperti Pzuchi, PIBG dan SP Setia mengadakan program-program ini
iii. Komuniti Rantai Penyumbang (Supply chain communities): Organisasi yang menghubungkan penyumbang-penyumbang utama mereka bagi mengurangkan kos operasi dan membentuk amalan pembelian yang lebih berkesan. Di sekolah saya pihak seperti SP Setia, Da Ma Chai, Bank CIMB, Bank Simpanan Nasional dan Astro mengadakan program-program ini
iv. Komuniti Pembelajaran (Learning communities): Sekumpulan orang yang bersedia untuk berbahas, dan yang mengikuti secara formal pengalaman pembelajaran. Komuniti ini biasanya menceburi ke dalam komuniti pengamal. Di sekolah saya pihak seperti Polis, Bomba, Klinik Kesihatan Puchong mengadakan program-program ini
v. Komuniti Bergabung (Communities of affiliation): Sekumpulan orang yang berkongsi minat membentuk komuniti untuk pembelajaran yang berterusan, berhubungan, berbincang tentang perkembangan baru, berkongsi sumber, sokongan emosi dan penyelesaian masalah secara ad hoc. Di sekolah saya pihak seperti PIBG, JKKK telah mengadakan program-program ini.
Program-program yang bertujuan meningkatkan jalinan hubungan di antara sekolah dan pihak luar adalah:
i.
ii.
iii.
iv.
Artikel dan Bahan Rujukan dan Sesi Perkongsian Ilmu dan Amalan Profesional.
v.
vi.
Pembangunan kerjaya
vii.
viii.
ix.
Sekolah pada hari ini merupakan institusi formal yang melaksanakan proses pendidikan dari tahap prasekolah hinggalah menengah atas. Setiap peringkat disediakan silibus atau kurikulum yang setiapnya mempunyai matlamat dan objektif. Untuk membangunkan proses pendidikan ini satu kumpulan tenaga pengajar dan pengurus dibentuk dan dilatih. Antara lain tujuannya ialah menjaga kualiti pendidikan supaya mencapai tahap yang dikehendaki. Selain itu pemantauan turut dilaksanakan. (Mohd Yusuf Othman .1999). Struktur Pentadbiran dan pengurusan ini dilakukan semata-mata untuk memastikan proses pendidikan terlaksana dengan baik. Jadi, keberkesanan pendidikan di sekolah banyak bergantung kepada interaksi antara pelajar dengan sistem pendidikan, dan antara pelajar dengan gurunya. Guru yang akhirnya menjadi model kepada pelajar.
Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua Sekolah Kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru (PIBG), yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan PIBG mempunyai peranan yang penting dalam pengurusan sesebuah sekolah. Antaranya ialah membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid, menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah,meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat,meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang konduksif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.Semua ibu bapa dan guru di sekolah ini merupakan ahli PIBG. AJK PIBG dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan & menjalankan tugas dan amanah secara sukarela serta perlu menitikberatkan keikhlasan, keterbukaan dan pengorbanan.
Masyarakat merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan seseorang pelajar. Ia berfungsi sebagai wahana yang menerima pelajar di luar aktiviti di sekolah. Keadaan ini wujud kerana masa pelajar lebih banyak terarah untuk beriteraksi sesama rakan sebaya dan masyarakat dalam institusi masyarakat selain intitusi keluarga.Bentuk-bentuk institusi masyarakat yang wujud ialah persatuan belia, badan kebajikan penduduk, badan koperasi, institusi masjid, badan-badan berkanun dan bukan berkanun dan lain-lain lagi. Di peringkat sekolah yang dilihat aktif dan berperanan pada hari ini ialah Persatuan Ibu bapa Dan Guru (PIBG).Apa yang belaku pada masa kini, sebahagian besar institusi masyarakat ini tidak berkesan dalam melaksanakan fungsinya.
Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan pihak komuniti luar amat penting dan sangat membantu pihak sekolah untuk mencapai kecemerlangan sekolah khususnya para pelajar dan organisasi guru. Tanpa integrasi kerjasama kedua-dua pihak, kejayaan dalam mengurus sesebuah organisasi sukar dicapai. Model Hoover-Dempsey
dan Sandler jelas menunjukkan bahawa kebersamaan sekolah dan komuniti boleh dijalin dengan ibu bapa sebagai salah satu dari komponen komuniti sesebuah sekolah itu. Kebersamaan yang tidak pernah wujud tidak akan dapat menghasilkan pelajar yang boleh belajar seperti yang disebut oleh Gallagher et. al (2005). Model ini menunjukkan bahawa hubungan sekolah dan komuniti dapat diwujudkan sekiranya pihak pengurusan sekolah dapat memastikan agar pihak guru dan ibu bapa saling memahami perasaan di antara satu sama lain sebagai langkah pertama untuk mewujudkan hubungan harmoni kedua-dua pihak (Berger, 1983).
Usaha saya yang dapat menjalinkan hubungan dengan pihak luar untuk meningkatkan mutu bisnes teras iaitu pengajaran dan pembelajaran dimanifestasikan melalui Program Pemantauan Kolaboratif Bestari. Program ini bertujuan untuk memupuk kerjasama dan komitmen ibu bapa untuk memantau kemajuan pelajar setiap minggu.
1. Penglibatan Aktif Keluarga dan Komuniti Setempat Membantu Peningkatan Prestasi Sekolah Setiap ibu bapa inginkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran dan mengharapkan anak-anak membantu mereka apabila dewasa kelak.
2. Kebanyakan guru juga sedar bahawa penglibatan ibu bapa di sekolah amat penting bagi membantu peningkatan prestasi akademik pelajar kerana pada masa yang sama penglibatan ini dapat membantu pihak sekolah mengurangkan masalah disiplin pelajar di sekolah.
3. Walaupun demikian, pemahaman pihak sekolah tentang kepentingan dan pendekatan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa di sekolah dengan lebih bermakna didapati masih kurang.
4. Bagi memenuhi hasrat ini, pihak sekolah perlu melakukan pelbagai usaha bagi mendekati pihak ibu bapa supaya mereka melibatkan diri secara sepenuhnya dalam pelbagai program yang dianjurkan.
5. Kerjasama dan penglibatan ibu bapa di sekolah sebenarnya boleh meliputi pelbagai aspek sama ada dalam bidang akademik, perkembangan sahsiah pelajar, ko kurikulum, pembangunan fizikal sekolah dan lain-lain lagi.
6. Dalam hal ini, apabila pihak sekolah, pelajar, ibu bapa dan masyarakat masing-masing sudah menganggap diri masing-masing sebagai rakan kongsi bersama dalam pendidikan, maka akan terbentuklah satu komuniti di sekolah yang akan bergerak bersama-sama dalam usaha untuk membantu peningkatan dalam pembelajaran pelajar.
7. Komuniti Pembelajaran Sekolah (School Learning Community) merupakan satu komuniti di sekolah yang terdiri daripada guru/pihak sekolah, pelajar, keluarga/ibu bapa dan masyarakat yang bersama-sama terlibat untuk melakukan penambahbaikan terhadap segala aspek di sekolah dan pada masa yang sama membantu meningkatkan peluang pembelajaran pelajar.
8. Kajian mendapati bahawa SLC banyak mendatangkan kebaikan kepada semua pihak antaranya menambahbaik keadaan iklim dan prestasi sekolah, menguatkan ikatan persaudaraan, menggalakkan sokongan masyarakat setempat terhadap sekolah dan meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam semua aspek di sekolah.
9. Antara ciri penting yang terkandung di dalam SLC ialah penglibatan pihak sekolah,pelajar, keluarga dan masyarakat setempat secara bersama-sama dalam pencapaian visi sekolah.
10. Selain itu, ciri lain ialah sekolah yang mengamalkan SLC akan sentiasa mengalu-alukan kedatangan ibu bapa ke sekolah tanpa mengira latarbelakang ibu bapa pelajar.
11. Kajian mendapati bahawa pelajar akan berusaha lebih bersungguh-sungguh dan bertingkah laku lebih baik sekiranya mereka mendapati ibu bapa mereka sering dilibatkan dalam pelbagai aktiviti di sekolah pada sepanjang tahun persekolahan.
12. Seterusnya SLC didapati lebih berfokuskan pencapaian pelajar. Dalam hal ini didapati bahawa pihak sekolah akan melibatkan keluarga dan masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan dengan tujuan bagi mendapat sokongan dalam pelbagai bentuk untuk meningkatkan prestasi pelajar.
13. Ini secara tidak langsung akan membantu meneguhkan pelbagai aspek pembelajaran serta kemahirankemahiran pelajar di sekolah, misalnya kemahiran membaca, menulis dan mengira di sekolah rendah.
14. Perkara lain yang ditekankan di dalam SLC adalah wujudnya kerjasama erat antara pihak sekolah dengan komuniti setempat. Pihak sekolah akan berkerjasama dengan masyarakat setempat dengan menganjurkan pelbagai aktiviti sama ada di dalam atau di luar sekolah pada masa yang dirasakan sesuai dalam usaha bagi meningkatkan kemahiran dan bakat pelajar.
15. Joyce Epstein (2009) dalam bukunya School, Family and Community Partnership : Your Handbook for Action, telah menggariskan 6 jenis penglibatan ibu bapa yang dapat dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha untuk membantu meningkatkan pembelajaran pelajar.
a. Parenting (Keibubapaan) Melalui penglibatan jenis ini, pihak sekolah boleh membantu pihak keluarga dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan sama ada tentang kemahiran keibubapaan, memberi maklumat tentang
perkembangan psikologi anak-anak, serta membantu menyediakan suasana yang dapat memudahkan anak-anak belajar dengan lebih baik di rumah. Penglibatan jenis ini juga secara tidak langsung dapat membantu pihak sekolah memahami latar belakang keluarga dan budaya pelajar berkenaan.
b. Communicating (Berkomunikasi) Dalam penglibatan jenis ini, pihak sekolah akan berusaha berkomunikasi secara berkesan dengan pihak ibu bapa melalui pelbagai cara dan media dalam usaha untuk membantu pembelajaran pelajar. Misalnya pihak sekolah menggunakan surat bagi menerangkan program-program yang dilaksanakan di sekolah ataupun guru menerangkan kepada pihak ibu bapa tentang perkembangan prestasi semasa anak-anak mereka semasa perjumpaan ibu bapa dengan guru. Selain itu, melalui saluran tertentu, pihak ibu bapa juga boleh memberi maklumbalas terhadap perkara-perkara tertentu kepada pihak sekolah. c. Volunteering (Kesukarelawanan) Pihak sekolah boleh melakukan perancangan pelbagai program yang melibatkan ibu bapa di sekolah sama ada sebagai sukarelawan, peserta ataupun sebagai penonton dalam manamana aktiviti sekolah. Kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa dalam penganjuran dan pelaksanaan sesuatu aktiviti, secara tidak langsung akan menyumbang kepada kejayaan pelajar. Misalnya aktiviti gotong-royong mengecat bangunan sekolah, ibu bapa membantu pelbagai penganjuran aktiviti pelajar di sekolah. d. Learning at Home (Pembelajaran di Rumah) Melalui penglibatan jenis ini, pihak sekolah dapat mendedahkan kepada pihak ibu bapa tentang pelbagai kaedah yang sesuai bagi membantu anak-anak mereka belajar atau menyelesaikan kerja sekolah di rumah. Dalam hal ini, pihak ibu bapa juga dapat berkongsi idea dengan pihak sekolah bagi menyediakan strategi yang sesuai bagi penambahbaikan kerja rumah anak-anak mereka. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menyediakan maklumat tentang jenis-jenis kemahiran yang diperlukan untuk belajar di rumah. e. Decision Making (Pembuatan Keputusan) Pihak sekolah juga melibatkan ibu bapa sebagai rakan kongsi dalam pembuatan keputusan dalam beberapa aspek di sekolah. Misalnya di dalam penganjuran beberapa aktiviti, mesyuarat PIBG, jawatankuasa bersama dalam program sekolah dan lain-lain. f. Collaborating with the Community (Bekerjasama dengan Masyarakat Setempat) Hubungan baik sekolah dengan masyarakat setempat dapat diwujudkan dengan melibatkan pihak jabatan kerajaan, swasta atau badanbadan lain dalam pelbagai program di sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga boleh mendidik pelajar dan keluarga mereka tentang cara-cara menjadi warganegara yang baik.
6.0 Kesimpulann
Setiap jenis penglibatan di atas memerlukan pendekatan yang berbeza. Setiap satunya mempunyai cabaran tersendiri yang perlu ditangani supaya penglibatan sepenuhnya dapat diwujudkan. Selain itu, pengubahsuaian aspek-aspek tertentu amat perlukan supaya penglibatkan yang dilakukan bersesuaian dengan latar belakang keluarga dan masyarakat setempat. Setiap jenis penglibatan akan membawa kesan yang berbeza sama ada terhadap pelajar, ibu bapa, amalan pengajaran guru dan iklim sekolah. Sehubungan itu, pihak sekolah perlulah membuat pilihan yang tepat supaya penglibatan ibu bapa dan masyarakat dapat membantu pencapaian matlamat utama sekolah dengan lebih bermakna.
Dengan menjadi menjadi rakan kongsi yang baik, diharapkan penglibatan pihak ibu bapa dan komuniti setempat akan dapat membantu pihak sekolah meningkatkan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah dan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah di siplin di sekolah. Ini kerana tugas bagi penambahbaikan pendidikan
anak-anak bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak sekolah tetapi juga melibatkan pihak keluarga dan komuniti setempat. 1 Pengenalan Budaya pengurusan berasaskan pengukuran prestasi secara berterusan perlu diterapkan dalam Perkhidmatan Awam untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan kepada pelanggan, khususnya orang ramai Ucapan Mantan Perdana Menteri sempena MAPA pada 9 Januari 2004 Kita sentiasa melibatkan masyarakat dalam pengendalian sekolah awam kita dengan mendapatkan sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru selain badan bukan kerajaan serta guru dan kesatuan mereka. Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting.Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran, ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu organisasi, seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran. Pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat. Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat. Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana yang kita fahami, pendidkan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik. Mengikut Knezevich (1974) dalam bukunya yang bertajuk Administration of Public Education, pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan mengenal pasti,menyelenggarakan,merangsanag,mengawal,dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasakuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan. Sementara itu Campbell, Bridges dan Nystrand (1977) dalam buku yang bertajuk Introduction to Educational Administration berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan ialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.
Dalam Falsafah Pendidikan Negara, terdapat dua aspek yang boleh dirujuk iaitu cabang-cabang falsafah dan elemen-elmen yang terkandung dalam FPK itu sendiri. Antara cabang-cabang falsafahnya ialah Metafizik. Ciri-ciri FPK bagi Metafizik ialah menyeluruh dan bersepadu yang bermaksud, badan ilmu sejagat haruslad diajar oleh guru dan mesti dipelajari oleh muridnya. Ini bermaksud, guru mestilah mencurahkan segala ilmu yang telah ditetapkan sukatannya oleh kerajaan kepada seitap murid. Dengan itu, potensi dan kebolehan individu penting untuk berkmbang secara menyeluruh dan bersepadu. Antara maksud bagi elemen perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu pula ialah bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan sebaliknya perlu dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Sekurang-kurangnya, perkembanga bakat, potensi serta kebolehan mestilah merangkumi keempat-empat aspek iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani. Elemen insan yang seimbang dan harmonis pula ialah, setiap individu mestilah mempunyai ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada tuhan serta mempunyai akhlah yan terpuji (rohani) serta kesihatan diri yang baik (jasmani). Keempat-empat aspek tadi perlulah seimbang untuk menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan juga orang lain. Individu seperti ini tidak akan mempunyai sebarang masalah dalam menempuh apa juga cabaran kehidupan dan mampu menghadapi serta menyelesaikan pelbagai masalah dengan baik. Unsur intelek ialah mempunyai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Selain itu, setiap individu mestilah sentiasa berusaha untuk mengembangkan lagi ilmu yang benar. Unsur intelek juga ialah berkemahiran dalam berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Untuk terus memastikan kemajuan dalam keluarga masyarakat dan negera, individu perlu untuk berkonsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran. Unsur emosi pula ialah mempunyai emosi yang matang dan stabil serta dapat memiliki dan memupuk perasaan kasih saying sesama insan. Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan amatlah penting bagi mengeratkan serta mengukuhkan lagi kekuatan masyarakat kita yang berbilang kaum dan bangsa. Unsur yang terakhir ialah unsur jasmani. Unsur ini ialah menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal. Mestilah mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulative dan sosial. Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakan satu elemen yang amat penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita mesti mengakui tentang kewujudan Tuhan dan mengakui bahawa Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam. Selain itu, kita juga mesti menyedari bahawa setiap fenomena alam merupakan peraturan yang telah ditetapkan oleh tuhan. Setiap individu mesti bertanggungjawab ke atas segala perbuatan dan tindakannya. Setiap individu juga mesti mengamalkan setiap ajaran agama yang dianutinya. Elemen yang lain ialah, rakyat Malaysia yang berilmu tinggi. Setiap individu mestilah menyintai ilmu pengetahuan. Jika kita cinta akan ilmu, kita akan berminat untuk menuntut pelbagai ilmu kerana ilmu itu luas. Dalam FPK, terdapat juga rakyat Malaysia yang berketerampilan, berakhlak mulia, serta bertanggungjawab. Berketerampilan bermaksud mempunyai kecekapan dan kompetensi diri serta berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Berketerampilan boleh dipupuk dalam setiap diri individu jika mempunyai kekuatan dalam intelek, rohani, emosi dan jasmani. Manakala berakhlak mulia pula ialah mempunyai perwatakan diri yang baik dan berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. Untuk memastikan kita hidup dalam masyarakat yang harmoni dan bersepadu, nilai-nilai moral yang baik perlu untuk menjamin masa depan negara. Bertanggunjawab pula bermaksud boleh dipercayai serta menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Sebgai rakyat Malaysia, kita mesti menjalankan tanggungjawab kita dan mematuhi rukun negara. Contohnya mematuhi undang-undang ataupun peraturan yang telah digubal oleh kerajaan. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara merupakan elemen yang penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berfikiran waras dan berjiwa tenang bagi menghadapi cabaran hidup yang semakin mencabar. Setiap individu juga perlu berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat
melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan bertolak ansur bagi mengukuhkan lagi perpaduan sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Untuk memberi sumbangan terhadap keharmonian negara kita perlu berusaha untuk memajukan ekonomi negara, mengekalkan kestabilan politik serta mematuhi perlembagaan dan peraturan negara. Kita juga mesti berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbagan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. Untuk mencapai kesejahteraan diri, individu perlu mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi. Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup juga amatlah perlu. Seperti elemen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, individu yang mampu mencapai kesejahteraan diri akan mampu untuk member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka, dan kompleks perlu menwujud dan mengekalkan hubungan saling bergantung dengan semua pihak luar. Tanpa unsur saling bergantung bagai pepatah Melayu seperti aur dengan tebing, sekolah tidak dapat memainkan peranan dengan cekap dan berkesan untuk mencapai visi dan misinya. Esei ringkas ini menjelaskan penilaian keberkesanan program yang bertujuan untuk menjalinkan hubungan sekolah dengan pihak luar. 2.0 Apa itu Komuniti ? Komuniti adalah suatu kumpulan manusia yang mempunyai persefahaman dalam sesuatu matlamat dan sentiasa berhubung antara satu sama lain. Perkumpulan seperti ini sering bantu membantu dalam sesuatu tugas dan belajar sesama mereka. Setiap ahli merasa perlu untuk mengetahui apakah yang diketahui oleh ahli yang lain dalam komuniti. Dengan menyediakan kemudahan untuk komuniti berhubung sesama mereka, proses pembelajaran akan menjadi lebih baik, pantas dan murah. 2.1 Bagaimanakah Komuniti setempat memainkan peranan dalam pentadbiran sekolah? 2.1.1 PENGLIBATAN IBU BAPA Penglibatan ibu bapa merupakan aspek penting dalam pendidikan di sekolah. Ibu bapa adalah orang yang pertama mendidik anak-anak sebelum masuk ke tadika. Oleh itu adalah sangat wajar bagi ibu bapa untuk meneruskan penglibatan mereka dalam sama-sama mendidik anak-anak di sekolah.Sebagai ibu bapa, anda lebih mengenali anak anda, dan anda mempunyai kuasa untuk terlibat secara aktif didalam pengalaman prasekolah anak anda. Sekiranya dari pemerhatian anda memberikan gambaran bahawa di situlah anak-anak anda akan dapat berkembang dengan sepenuhnya, maka anda telah pun menemui prasekolah yang betul. Kanak-kanak juga mempunyai sifat-sifat yang diperolehi melalui tindak balas dengan alam sekeliling tempat mereka dilahirkan (Rosmah & Salma. 1985). Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan mempunyai kesan yang positif kepada murid, ibu bapa dan guru. Murid akan merasakan pembelajaran bukan sahaja diperoleh daripada guru di sekolah tetapi boleh diteruskan di rumah. Guru pula akan dapat mengembangkan peranan profesional mereka sebagai pemudahcara pembelajaran kepada ibu bapa dan komuniti. Ibu bapa sebaliknya pula boleh menambah pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk membantu pembelajaran anak mereka melalui taklimat dan perkongsian ilmu daripada guru. Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006), terdapat kajian membuktikan bahawa ada kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian muris-murid. Dalam kata lain, kajian ini merumuskan bahawa sekiranya kita mahu anak-anak berjaya dalam bidang pendidikan, kita perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara tidak langsung memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak antaranya sikap bersugguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran disamping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang. Pendekatan ini juga mendapat perhatian yang serius dari pihak kerajaan bagi melahirkan anak-anak yang intelek dan berdaya maju seiring denganperkembangan negara. Hal ini terbukti dengan adanya kempen di peringkat kebangsaan untuk menggalakkan ibu bapa terlibat dengan pendidikan anak-anak mereka. Melalui iklan di televisyen dan lagu di radio, ibu bapa disarankan agar memastikan anak-anak mereka mengulang kaji pelajaran selama dua atau tiga jam sehari dengan bimbingan ibu bapa.
Penglibatan ibu bapa secara langsung dan tidak langsung akan memberi kesan yang positif terhadap perkembangan murid di sekolah kerana mereka merupakan pendidik di rumah (Jeffrey Glanz. 2006 ). Antara peranan yang dimainkan adalah seperti berikut: i. Mengukuhkan pembelajaran Eugenia Hepworth Berger (1991) menyatakan ibu bapa boleh melakukan apa sahaja seperti membantu dan menggalakkan di rumah untuk menolong anak mereka berjaya di sekolah misalnya melalui komunikasi. Ini kerana anak anak belajar untuk memahami sesuatu yang lebih baik apabila ibu bapa bercakap dan menerima serta mendengar idea mereka. Selain itu ibu bapa juga meneruskan amalan atau apa yang telah dipelajari oleh anak mereka di tadika seperti: Amalan memberi salam, ucap selamat dan terima kasih Amalan kemahiran seperti menyiram pokok, menghidang makanan dan mengemas Amalan membaca doa-doa yang dipelajari di tadika Membaca buku, menulis, melukis, membuat kolaj dan lain-lain ii. Menyumbangkan kepakaran atau sebagai rujukan Kanak kanak mempunyai minat ingin tahu ( curiosity ) yang tinggi, suka menyiasat dan meneroka, mengeskperimen dan menyelesaikan masalah serta berkemampuan menumpu perhatian dalam meneroka sesuatu pengalaman pembelajaran(Aminah Ayob et al. 2008). Situasi ini memerlukan penglibatan ibu bapa untuk menerangkan dan menjawab setiap persoalan yang ditanya oleh anak mereka. Ibu bapa merupakan tempat rujukan selain guru (Eugenia Hepworth Berger 1991). Contoh kepakaran yang boleh dilakukan oleh ibu bapa membantu dalam aktiviti pembelajaran seperti bercerita menyanyi serta menggunakan komputer. Ibu bapa perlu menerangkan dengan lancar secara terus dari objek seperti komputer ( Douglas P.Newton 2002 ). Di samping itu, ibu bapa juga boleh
Memberi penerangan tentang pekerjaan Membuat demonstrasi dan memberi latihan dalam kraf. Memberi khidmat nasihat dan runding cara iii. Memberi sumbangan tenaga dan bahan Penglibatan ibu bapa di peringkat awal kanak - kanak juga perlu menyediakan alat bantu pengajaran dan pembelajaran seperti menyediakan buku bergambar serta alat menulis. Dengan bahan yang ada ibu bapa perlu menyumbangkan tenaga dengan mengajar mereka dengan cara yang berbeza dari guru di tadika. Ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mengajar anak mereka jika mereka selesa dengan pendekatan yang hendak diajar. (Douglas P.Newton. 2002 ). Fungsi pendidikan sekolah dari perkembangan estetika dan daya kreatif ialah menyediakan berbagai jenis media seperti tanah liat, blok atau plastisin (Rosmah & Salma. 1985). Dengan peralatan yang ada, ibu bapa boleh membina taman sains untuk memberikan gambaran yang lebih dekat kepada kanak kanak. Kanak kanak lebih mudah memahami jika melihat apa yang dinyatakan berbanding perkara yang abstrak (Douglas P.Newton. 2002 ). Malah ibu bapa juga boleh membawa mereka untuk berkelah atau melawat supaya mereka boleh mengetahui dengan lebih banyak perkara selain pembelajaran di tadika. Lawatan juga boleh dilakukan bersama tadika anak mereka bersama guru tadika. Pada masa yang sama lawatan ini dapat menjalinkan perhubungan yang rapat di antara ibu bapa dan tenaga pendidik secara tidak langsung membolehkan pendidik memahami anak anak dengan lebih mendalam. (Elizebeth & Jacqueline. 2004). Selain itu, ibu bapa juga boleh menderma atau membaiki alat permainan terpakai dan menyediakan props. 2.0 PENGLIBATAN KOMUNITI Selain ibu bapa, pihak komuniti juga tidak kurang pentingnya dalam penglibatan di peringkat sekolah. Masyarakat terdiri daripada pelbagai keluarga yang bekerja dalam pelbagai kerjaya yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kepakaran yang boleh membawa kepada satu simbiosis taska sekolah akan bermakna jika diatur dengan bijaksana. (Aminah Ayob et al. 2008). Masyarakat setempat merupakan komuniti yang boleh mempengaruhi kanak kanak. Berhubung dengan orang luar dalam komuniti boleh menpengaruhi pembelajaran kanak kanak. (Jeffrey Glanz. 2006 )
Dalam komuniti, masyarakat mempunyai kepunyaan, tanggungjwab dalam masyarakat, menolong satu sama lain, memberi komitmen serta hormat (Thompson. 2005) 2.1. Masyarakat Setempat
Masyarakat luar bandar seperti penduduk kampung terutamanya gemar melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalan oleh tadika kerana anak mereka sendiri merupakan murid tadika tersebut. Dengan penglibatan mereka, secara tidak langsung mereka juga memberikan sokongan kepada anak mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan. Sokongan yang diberikan akan meningkatkan keyakinan kanak kanak untuk berjaya. Penjagaan kanak kanak dengan kualiti yang baik akan merangsang perkembangan mereka. (Eugenia Hepworth Berger. 1991) Apabila aktiviti seperti Hari Potensi dianjurkan, kanak kanak mula untuk belajar bergaul dan saling memahami pelbagai budaya dengan komuniti setempat seperti yang ditekankan dalam kurikulum permata. Lebih banyak hubungan berlaku dalam minda kanak kanak lebih banyak sinaps terbentuk jika kanak kanak terus diransangdan didedahkan kepada pengalaman pengalaman pembelajaran yang banyak (Aminah Ayob et al. 2008). Kanak kanak yang mempunyai kemahiran yang sosial yang tinggi mampu untuk bergaul dengan komuniti pelbagai budaya. Ini kerana mereka mempunyai hubungan yang istimewa iaitu berada di set yang sama berasaskan kepercayaan yang sama dan selesa untuk melakukan bersama. ( Thompson. 2005 ) Falsafah Kurikulum Permata menekankan kefahaman dan budaya adalah amat penting dibina dari peringkat awal agar kanak kanak membesar dengan kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan serta mengamalkan nilai nilai murni dalam kehidupan dan dapat hidup secara bertoleransi dalam suasana masyarakat Malaysia yang majmuk. Semasa bersosial dengan komuniti, berlaku proses interaksi dan komunikasi secara tidak langsung yang juga ditekanan dalam kurikulum permata. Pergaulan kanak kanak dalam komuniti akan mempercepatkan kebolehan berkomunikasi lebih awal kerana terdapat ransangan luar yang positif. Lebih banyak dan kerap kanak kanak dirangsang, maka akan bertambah jaringan neuron dalam otaknya. Jika sinaps tersebut digunakan dengan kerap, akhirnya ia akan menjadi hubungan yang kekal. Oleh itu, adalah penting kanak kanak diberikan ransangan positif yang banyak dan kerap supaya sinaps yang terbentuk menjadi kekal (Aminah Ayob et.al. 2008). Malah kanak kanak yang mahir berkomunikasi, mudah berinteraksi. Misalnya, Hari Potensi yang dijadikan aktiviti ko-kurikulum tabika yang dilaksanakan secara tahunan. Melalui Hari Potensi ini ibu bapa dan komuniti akan berganding bahu untuk menjayakannya juga selaras dengan objektif Hari Potensi iaitu memupuk semangat kerjasama, sosial dan perpaduan di kalangan ibu bapa, masyarakat dan pemimpin tempatan yang memerlukan mereka untuk memberi komitmen supaya segala perancangan aktiviti berjalan dengan lancar. Henderson & Berla (1994) menyatakan bahawa kepercayaan untuk melihat kejayaan murid murid adalah kritikal dan ia akan membuatkan ibu bapa menjadi optimis dengan komitmen mereka untuk memberikan sesuatu yang bermakna secara berterusan. Semasa terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum tadika, komuniti juga secara tidak langsung menjadi pembantu kepada guru kanak kanak. Misalnya, Hari Potensi, komuniti yang bertugas akan dipecahkan mengikut bahagian masing masing. Dalam pada itu, mereka juga akan berinteraksi dengan kanak kanak untuk memberi sokongan supaya mereka dapat melakukan yang terbaik pada hari itu. Ahli komuniti boleh menjadi pembantu guru, pensyarah dan tutor (Marzano. 2003). 2.2 Badan Kerajaan
Penglibatan agensi-agensi kerajaan juga turut memberi impak kepada perkembangan awal kanak-kanak. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) terlibat dalam pengendalian TADIKA untuk kanak-kanak yang berumur 5- 6 tahun atau di peringkat pra sekolah. TABIKA yang dikendalikan oleh JPNIN ialah TABIKA Perpaduan yang membolehkan kanak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membentuk anak-anak yang memahami adat dan budaya yang pelbagai. Hal ini demikian kerana, sifat kanak-kanak boleh dikesan sejak dilahirkan sama ada dia seorang pemarah atau periang dan sama ada dia mudah ataupun susah
untuk menyesuaikan diri dalam seseuatu keaadaan. Oleh itu, mereka harus diberi peneguhan atau pengukuhan supaya menjadi kanak bersahsiah baik. (Rohani Abdullah. 2004) Selain itu, badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) juga terlibat dalam perkembangan kanak-kanak iaitu dengan kewujudan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA). Melalui TASKA, program yang dijalankan memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Ibu bapa merupakan salah satu sumber untuk mengenalpasti anak berbakat terutama yang masih kecil ( Reni Akbar Hawad. 2001). Oleh itu, dengan pelaksanaan program pendidikan keibubapaan yang bertujuan memberi pendidikan tentang peranan ibubap dalam perkembangan kanak-kanak kepada golongan ini, ia dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak berjalan dengan lancar dan baik. Tujuannya ialah untuk menggalakkan perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang kukuh kepada kanak-kanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah. Pada usia tiga hingga enam tahun adalah masa bermain bagi kanak-kanak dan masa belajar pada lingkungan umur ini bukan dalam dua demensi (pensil dan kertas) ( Reni Akbar Hawadi. 2001). Pelaksanaan TABIKA adalah berasaskan konsep memberi pendidikan non-formal secara belajar melalui bermain. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis). 2.3 Badan Bukan Kerajaan (Institusi Masyarakat atau Pihak Luar seperti Yayasan, NGO, badan-badan berkanun) Masyarakat merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan seseorang pelajar. Ia berfungsi sebagai wahana yang menerima pelajar di luar aktiviti di sekolah. Keadaan ini wujud kerana masa pelajar lebih banyak terarah untuk beriteraksi sesama rakan sebaya dan masyarakat dalam institusi masyarakat selain intitusi keluarga.Bentuk-bentuk institusi masyarakat yang wujud ialah persatuan belia, badan kebajikan penduduk, badan koperasi, institusi masjid, badan-badan berkanun dan bukan berkanun dan lain-lain lagi. Di peringkat sekolah yang dilihat aktif dan berperanan pada hari ini ialah Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG). Apa yang belaku pada masa kini, sebahagian besar institusi masyarakat ini tidak berkesan dalam melaksanakan fungsinya. Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan pihak komuniti luar amat penting dan sangat membantu pihak sekolah untuk mencapai kecemerlangan sekolah khususnya para pelajar dan organisasi guru. Tanpa integrasi kerjasama kedua-dua pihak, kejayaan dalam mengurus sesebuah organisasi sukar dicapai. Model Hoover-Dempsey dan Sandler jelas menunjukkan bahawa kebersamaan sekolah dan komuniti boleh dijalin dengan ibu bapa sebagai salah satu dari komponen komuniti sesebuah sekolah itu. Kebersamaan yang tidak pernah wujud tidak akan dapat menghasilkan pelajar yang boleh belajar seperti yang disebut oleh Gallagher et. al (2005). Model ini menunjukkan bahawa hubungan sekolah dan komuniti dapat diwujudkan sekiranya pihak pengurusan sekolah dapat memastikan agar pihak guru dan ibu bapa saling memahami perasaan di antara satu sama lain sebagai langkah pertama untuk mewujudkan hubungan harmoni kedua-dua pihak (Berger, 1983). Badan bukan kerajaan seperti Johnson & Johnson Sdn. Bhd telah menganjurkan bengkel keibupaan. Bengkel yang diadakan oleh bertujuan mendidik para ibu bapa cara-cara mengurut bayi, memandikan dan menyusu badan oleh profesional penjagaan kesihatan bayi. Bengkel seperti ini bukan hanya hanya informatif dan berguna bagi para ibu bapa, tetapi juga seronok dan interaktif dan paling penting mereka akan pulang dengan pengetahuan yang dapat memberikan perubahan bermakna kepada bayi mereka melalui cara-cara urutan, penyusuan dan mandian yang betul. (Utusan Malaysia. 06/08/2009). Ransangan yang betul terhadap bayi 0 hingga 6 bulan akan meningkatkan lagi perkembangan intelek mereka berkaitan dengan maklumat sentuhan (Rohani Abdullah. 2004). Selain itu, badan amal bukan kerajaan yang menjerumus kepada kebajikan kanak-kanak juga wujud di Malaysia. Contohnya, program Click A Child yang dinaungi Masjid At- Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Islamic Relief WorldWide dan Yayasan Basmi Kemiskinan. Program yang dijalankan adalah bertujuan membantu kanak-kanak yang tidak berkemampuan. Antara program yang dilaksanakan adalah Malam Amal untuk rumah-rumah anak-anak yatim. Dengan program ini, kanak-kanak dapat dibantu melalui perkembangan awal mereka dengan lebik baik walau pun tanpa ibu bapa. Stimulasi yang diberikan dari rumah serta dorongan terhadap minat-minat kanak-kanak merupakan hal vital bagi perkembangan bakat kanak-kanak ( Reni Akbar Hawadi. 2001). 2.4 Badan Berkanun, NGO dan sukarelavan yang membantu sekolah saya.
PIBG Lembaga Sekolah Kumpulan SP Setia, Astro Sdn Bhd Da Ma Chai mengadakan Pzuchi Bank CIMB Bank Simpanan Nasional dan Polis Bomba Klinik Kesihatan Puchong JKKK 3 Penilaian Program Jalinan Hubungan Sekolah : Pihak Luar 3.1 Pemantauan Kolaboratif Bestari Sekolah & Keluarga Usaha saya yang dapat menjalinkan hubungan dengan pihak luar untuk meningkatkan mutu bisnes teras iaitu pengajaran dan pembelajaran dimanifestasikan melalui Program Pemantauan Kolaboratif Bestari. Program ini bertujuan untuk memupuk kerjasama dan komitmen ibu bapa untuk memantau kemajuan pelajar setiap minggu.
i.
Kebanyakan guru juga sedar bahawa penglibatan ibu bapa di sekolah amat penting bagi membantu peningkatan prestasi akademik pelajar kerana pada masa yang sama penglibatan ini dapat membantu pihak sekolah mengurangkan masalah disiplin pelajar di sekolah. Walaupun demikian, pemahaman pihak sekolah tentang kepentingan dan pendekatan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa di sekolah dengan lebih bermakna didapati masih kurang. Bagi memenuhi hasrat ini, pihak sekolah perlu melakukan pelbagai usaha bagi mendekati pihak ibu bapa supaya mereka melibatkan diri secara sepenuhnya dalam pelbagai program yang dianjurkan. Kerjasama dan penglibatan ibu bapa di sekolah sebenarnya boleh meliputi pelbagai aspek sama ada dalam bidang akademik, perkembangan sahsiah pelajar, ko kurikulum, pembangunan fizikal sekolah dan lain-lain lagi. Dalam hal ini, apabila pihak sekolah, pelajar, ibu bapa dan masyarakat masing-masing sudah menganggap diri masing-masing sebagai rakan kongsi bersama dalam pendidikan, maka akan terbentuklah satu komuniti di sekolah yang akan bergerak bersama-sama dalam usaha untuk membantu peningkatan dalam pembelajaran pelajar. Komuniti Pembelajaran Sekolah (School Learning Community) merupakan satu komuniti di sekolah yang terdiri daripada guru/pihak sekolah, pelajar, keluarga/ibu bapa dan masyarakat yang bersama-sama terlibat untuk melakukan penambahbaikan terhadap segala aspek di sekolah dan pada masa yang sama membantu meningkatkan peluang pembelajaran pelajar. Kajian mendapati bahawa SLC banyak mendatangkan kebaikan kepada semua pihak antaranya menambahbaik keadaan iklim dan prestasi sekolah, menguatkan ikatan persaudaraan, menggalakkan sokongan masyarakat setempat terhadap sekolah dan meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam semua aspek di sekolah. Antara ciri penting yang terkandung di dalam SLC ialah penglibatan pihak sekolah,pelajar, keluarga dan masyarakat setempat secara bersama-sama dalam pencapaian visi sekolah. Selain itu, ciri lain ialah sekolah yang mengamalkan SLC akan sentiasa mengalu-alukan kedatangan ibu bapa ke sekolah tanpa mengira latarbelakang ibu bapa pelajar.
vi.
vii.
viii. ix.
x.
Kajian mendapati bahawa pelajar akan berusaha lebih bersungguh-sungguh dan bertingkah laku lebih baik sekiranya mereka mendapati ibu bapa mereka sering dilibatkan dalam pelbagai aktiviti di sekolah pada sepanjang tahun persekolahan. Seterusnya SLC didapati lebih berfokuskan pencapaian pelajar. Dalam hal ini didapati bahawa pihak sekolah akan melibatkan keluarga dan masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan dengan tujuan bagi mendapat sokongan dalam pelbagai bentuk untuk meningkatkan prestasi pelajar. 5.0 KESIMPULAN
xi.
Kunci kepada kewujudan kanak-kanak yang berbakat dan bersedia untuk ke tahun 1 adalah kesedaran ibu bapa dan komuniti terhadap keunikan yang dimilliki oleh mereka dan kewujudan idea-idea yang diluahkan oleh golongan kanak-kanak ini. Anak-anak memerlukan ibu bapa yang responsif dan fleksibel serta komuniti yang sensitif terhadap pekembangan mereka. Perkembangan yang meliputi pelbagai aspek ini perlu dipastikan oleh ibu bapa serta komuniti dilalui oleh kanak-kanak dengan lancar. Oleh itu, ransangan yang sesuai mengikut perkembangan kanak-kanak perlu diberikan supaya kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, meningkatkan kebolehan, melahirkan idea dan meningkatkan keyakinan dalam melakukan penorakaan terhadap alam sekeliling. Penglibatan ibu bapa dan komuniti juga sangat penting dalam perkembangan awal kanak-kanak kerana akan memberi impak kepada pembesaran dan secara tidak lansung kepada masa depan mereka yang merupakan aset penting negara. Oleh itu, ibu bapa dan komuniti perlu sedar akan peranan masing-masing dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara pragmatik di peringkat sekolah rendah. KONSEP ASAS PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Penglibatan ibu bapa merupakan aspek penting dalam pendidikan prasekolah. Ibu bapa adalah orang yang pertama mendidik anak-anak sebelum masuk ke prasekolah. Oleh itu adalah wajar jika ibu bapa meneruskan penglibatan mereka untuk sama-sama mendidik anak-anak di prasekolah. Penglibatan ibubapa dalam pendidikan mempunyai kesan yang positif kepada anak-anak. Anak-anak akan merasakan pembelajaran bukan sahaja diperolehi daripada guru di sekolah tetapi juga akan berterusan sehingga di rumah.
Guru pula akan dapat mengembangkan peranan professional mereka sebagai pemudahcara pembelajaran kepada ibu bapa dan komuniti. Ibu bapa sebaliknya pula boleh menambah pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk membantu pembelajaran anak mereka melalui taklimat dan perkongsian ilmu daripada guru. Pendek kata, ibu bapalah yang banyak menyokong perkembangan bahasa, sosial dan akademik anak-anak mereka. Peranan ibu bapa dalam usaha untuk mempertingkatkan potensi anak mereka boleh diwujudkan melalui konsep keibubapaan berkesan atau effective parenting. Konsep ini bert ujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti si anak itu supaya ciri-ciri tingkah laku yang ditunjukkanya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara. Kajian oleh Rutter et al. (1970) melihat peningkatan hubungan di antara faktor-faktor yang berkaitan dengan keluarga terhadap pencapaian literasi kanak-kanak. Ini menunjukkan penglibatan ibu bapa dan keluarga amat penting dalam menentukan pencapaian kanak-kanak di sekolah.
Ibu bapa merupakan sebaik-baik contoh kepada anak-anak. Mereka perlu sentiasa menarik perhatian anak mereka kepada perwatakan dan tingkah laku yang baik agar si anak dapat menjiwakannya. Dasar kependudukan baru negara menekankan kewujudkan satu generasi yang sihat, dinamik, produktif serta mempunyai nilai-nilai hidup dan moral yang tinggi. Negara memerlukan tenaga kerja yang mahir dan berfikiran positif.
Ibu bapa mestilah mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak -kanak, strategi pendidikan dan strategi pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan anak mereka sepertimana yang dicita-citakan. Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak-kanak itu bolehlah dibahagikan kepada dua, iaitu faktor persekitaran luar dan faktor dalam diri si anak itu sendiri. Persekitaran luar merangkumi suasana di mana si anak diasuh dan berkait rapat dengan faktor -faktor seperti taraf sosio-ekonomi, budaya serta hubungan dengan adik -beradik serta kawan -kawan di sekelilingnya, peralatan di rumah atau di sekolah dan media massa.
Faktor dalam diri sendiri termasuklah taraf kesihatan, taraf pemakanan pengamatan atau persepsinya terhadap dunia luar, pengamatan terhadap diri sendiri (sama ada dia berasa rendah diri atau sebaliknya ), dan ciri-ciri serta bakat semula jadinya yang sedikit sebanyak terdapat dalam baka yang diwarisinya. Setiap komponen yang memain peranan dalam mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak-kanak itu perlu difahami oleh ibu bapa. Mereka perlulah bijak mengenal pasti ciri-ciri kekuatan yang ada pada anak mereka di samping menumpukan perhatian pada sebarang kelemahan yang ada pada seseorang kanak-kanak itu boleh diatasi atau sekurangkurangnya diperbaiki dengan menggunakan strategi-strategi tertentu. Kekuatan atau bakat yang dikenal pasti boleh dipupuk dan dipertingkatkan lagi dengan memberi galakan serta peluang untuk si anak itu meningkatkan potensinya. Setiap pengalaman yang memberinya kepuasan dan kejayaan akan menambahkan lagi perasaan yakin pada diri sendiri dan ini pula akan memberinya lebih kekuatan untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran baru yang bakal menguji daya inteleknya. Keupayaan intelek (intellectual capacity) seseorang itu adalah kurniaan Tuhan yang tiada siapa boleh memahami. Kebiasaannya, kita hanya boleh menilai kebolehan atau prestasi seseorang itu pada sesuatu ketika sahaja.
englibatan Ibu Bapa Dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak(Ammul Sahara Bt Abu Ngut, Farhana Bt Anuar, Maznah Bt Mahasan, NoorafizahBt Sajimin, Noorman Bin Sahidin, Nor Hapizah Bt Othman, Nur Fadzlin Bt AwangNoh, Rosniza Bt Mohd Roszami, Yuhaila Bt Yusoff, Zainuddin Bin Mohd Razali)UPSI12 April 20111.0PENGENALAN Menurut Azizah (2002), pendidikan awal kanak-kanak ditakrifkan sebagaipendidikan kanak-kanak yang bermula daripada saat kelahirannya hingga kepada umur lapan tahun. Pendidikan ini termasuk program-program untuk bayi ( infants ), untukkanak-kanak yang baru berlatih (toddlers ), untuk sekolah asuhan kanak-kanak( nursery school ), untuk asuhan kanak-kanak (child care)
, dan program-program prasekolah yangtermasuk kindergarden dan peringkat sekolah rendah.Pada masa ini pusat pendidikan awak kanak-kanak menjadi institusi yangpenting dalam masyarakat. Hal ini disebabkan perubahan dari segi cara hidup danperubahan struktur keluarga akibat perubahan ekonomi dan corak hidup kini. Padazaman dahulu ekonomi sesebuah keluarga bergantung kepada lelaki sebagai orangyang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memikul bebanan keluarga. Pada zaman initaraf keluarga semakin tinggi, khususnya di bandar telah mendesak kaum wanita untukkeluar bekerja. Dengan ini mereka terpaksa mencari tempat untuk meninggalkan anak-anak dalam jagaan orang lain sementara mereka keluar bekerja. Selain itu keadaankeluarga pada masa ini juga telah berubah dengan bertambahnya keluarga tunggalakibat daripada perceraian. Keadaan ini memerlukan pusat jagaan anak-anak untukmembantu ibu bapa dalam mengasuh dan mengembangkan potensi anak-anak supayamencapai kecemerlangan yang maksimum.
Di peringkat awal kanak-kanak, ianya tidak hanya tertumpu kepada sesuatupengalaman pembelajaran di sekolah tetapi ia merangkumi segala pengalaman dalamkehidupan hariannya sama ada di pusat asuhan, di rumah atau di luar rumah sepertikomuniti yang juga memainkan peranan yang penting. Komuniti atau masyarakat bolehmempengaruhi kanak-kanak serta ibu bapa kerana wujudnya jaringan hubungan.Mereka juga memerlukan peluang untuk melibatkan diri dalam berbagai jenispengalaman. Pendedahan dan penglibatan ini penting untuk mereka berkembangdengan sempurna (Rozumah & Salma, 1985).Dalam tamadun Barat, pendidikan awal bermaksud pendidikan peringkatprasekolah. Pada mulanya peringkat ini hanya meliputi kanak-kanak dari umur tigahingga enam tahun, yang lebih dikenali dengan peringkat kindergarden . Selepasbeberapa kajian, konsep pendidikan awal ini dipinda supaya meliputi kanak-kanak diperingkat selepas lahir hingga ke peringkat enam tahun. Peringkat selepas lahir hinggake peringkat tiga tahun dikenali juga sebagai peringkat nursery .Dari perspektif Islam, pendidikan awal bermula dari masa anak masih beradadalam kandungan ibu sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. Secara umum,pendidikan awal Islam boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat sebelumlahir dan peringkat sesudah lahir.Pendidikan awak kanak-kanak penting dan perlu diberikan perhatian kerana 90%daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapaiumur lima tahun. Pandangan ini sesuai dengan pendapat Piaget bahawaperkembangan kognitif pesat semasa peringkat deria motor, iaitu semenjak kanak-kanak lahir hingga berumur dua tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak banyakmenggunakan deria motor seperti menghisap, menangis dan mengenggam. Padaperingkat ini juga kanakkanak mengembangkan pengetahuan asasnya yang berkaitandengan empat ciri, iaitu pengetahuan tentang objek, sebab-sebab sesuatu, ruang danmasa. Pengetahuan ini menjadi asas untuk perkembangan selanjutnya yang lebihsofistikated.
Peringkat kedua dalam perkembangan kognitif mengikut Piaget ialah peringkatpra operasi (dua hingga enam tahun). Pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakansimbol atau nama bagi objek-objek di persekitarannya. Setelah menguasai bahasa iamula belajar mengaitkan nama dengan objek-objek. Pemikirannya pada masa ini lebihkonkrit, egosentrik dan belum memahami konsep pengekalan. Pemusatanpemerhatiannya pada masa ini hanya pada satu aspek dan mengetepikan aspek yanglain. Pada akhir peringkat ini kanak-kanak kurang egosentrik dan mengembangkanskemanya ke arah yang lebih umum, lebih abstrak dan lebih berkebolehan dalammenyelesaikan masalah. 1.1Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Penglibatan dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu-membantu antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalampendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya (Rohani Abdullah, 2007).Sebagai ibu bapa, anda lebih mengenali anak anda, dan anda mempunyai kuasauntuk terlibat secara aktif didalam pengalaman prasekolah anak anda. Sekiranya daripemerhatian anda memberikan gambaran bahawa di situlah anak-anak anda akandapat berkembang dengan sepenuhnya, maka anda telah pun menemui prasekolahyang betul. Kanak-kanak juga mempunyai sifat-sifat yang diperolehi melalui tindakbalas dengan alam sekeliling tempat mereka dilahirkan (Rosmah & Salma, 1985).Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006), terdapat kajian membuktikanbahawa ada kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian kanak-kanak.Dalam kata lain, kajian ini merumuskan bahawa sekiranya kita mahu anak-anak berjayadalam bidang pendidikan, kita perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaranmereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara tidak langsung