Anda di halaman 1dari 59

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

SOALAN SPORT SEJARAH PENGGAL DAN SKEMA JAWAPAN STPM PENGGAL 3

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Peranan dalam pemerintahan di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British sebenarnya terletak di bawah seseorang raja. Nilaikan penyataan di atas.

Pengenalan Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, Negerinegeri Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing. Mengikut sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional seseorang raja berkongsi kuasa dan peranan dengan golongan pembesar dalam menjalan dan melicinkan jentera pentadbiran Namun demikian, semua Raja-raja Melayu ini sebenarnya mempunyai peranan luas dalam politik, ekonomi dan sosial sehingga campur tangan Inggeris pada tahun 1874. Isi 1. a. Politik Ketua Kerajaan

Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat termasuk pembesarr tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah yang tidak ada pada golongan pembesar. b. Melantik Pembesar

Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesarpembesar yang lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri, iaitu dalam kalangan putera-putera baginda. Contohnya di Perak, sehingga tahun 1874, jawatan Bendahara dipegang oleh keluarga diraja. Jawatan Temenggong dijawat oleh pembesar daerah Kota Lama, Kuala Kangsar. Dalam hal ini, Sultan yang melantik pembesar-pembesar daerah sahaja akan menerima sepucuk surat dan hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya. Di dalam surat tauliah itu dinyatakan nama daerah yang dikurniakan tetapi tidak ditentukan butir-butir sempadannya. Biasanya pembesar dipilih secara turun temurun dalam kalangan keluarga pembesar

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

berkenaan. Sultan hanya akan campur tangan memilih pembesar yang baru dari keturunan lain sekiranya keturunan pembesar tadi ketiadaan waris. Ini menunjukkan pembesar hanya menjalankan peranannya di bawah kuasa raja. Apabila raja berkuasa melantik pembesar, baginda juga mempunyai hak untuk melucutkan jawatan mana-mana pembesar. c. Menentukan Hubungan Diplomatik

Sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak sebagai ketua perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatangani oleh sultan. Selain itu, ia juga memerlukan tanda tangan 12 orang pembesar. Kebimbangan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu menjadikan hubungan sultan dengan para pembesar kian rapat. Kehadiran British di Perak pada tahun 1875 membawa kepada perjumpaan-perjumpaan antara sultan dengan pada pembesar. Namun demikian, ada juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak hadir dalam pertemuan seumpama ini. Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telah bersusah payah untuk mendapatkan tanda tangan pembesar-pembesar Perak yang tidak hadir di Pangkor dalam tahun 1874 untuk menandatangani persetiaan Melayu-Inggeris itu. d. Ketua Pertahanan

Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan, sultan akan mengetuai angkatan tentera dan membuat keputusan bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk negara lain. Baginda bertanggungjawab menjaga keamanan negara daripada ancaman luar. Pada tahun 1830 an-1870an di Negeri-negeri Melayu tidak terdapat peperangan luar yang serius atau ancaman perang. Kedatangan British juga tidak menggunakan tentera yang besar, hanya menggunakan tentera Negeri-Negeri Selat sahaja. Oleh yang demikian, peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa ini. Malah perang saudara yang berlaku antara tahun 1865-1875 banyak melibatkan perang saudara antara pembesar-pembesar. Hanya di Pahang berlaku pemberontakan seorang pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar lain untuk menamatkan pemberontakan tersebut. 2. Ekonomi

Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya. Contohnya, Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) daerah Kelang

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

daripada Raja Mahadi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian sultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.

Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan, membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya. Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini. Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat. 3. a. Sosial Lambang dan memelihara perpaduan negeri

Di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19 terdapat beberapa faktor yang membawa kepada perselisihan dan perpecahan. Di dalam sesebuah negeri, selain Negeri Sembilan terdapat pelbagai kebudayaan yang diamalkan oleh rakyatnya. Pembesar-pembesar daerah merupakan pusat-pusat kuasa tempatan. Tentangan sering berlaku dalam kalangan mereka dan mengganggu pentadbiran pusat. Malah mereka sering juga menentang sultan dan ada kalanya menentang pelaksanaan perintah raja di daerah mereka. Namun demikian, untuk menjaga kepentingan perdagangan, pertahanan negeri dan ketenteraman dalam satu kawasan yang lebih luas dari sebuah daerah memaksa mereka tunduk kepada sultan. Mereka tidak bersedia untuk memusnahkan kesultanan itu sendiri, walaupun pertentangan dan perebutan takhta sering berlaku dalam kalangan pembesar. Mereka melihat tidak ada satu sistem lain sebaik sistem beraja yang diamalkan. Kedudukan sultan sebagai lambang perpaduan diperkukuhkan dengan baginda diberi kekeramatan dan kuasa-kuasa sakti. Antaranya, baginda dikatakan berdarah putih, menggunakan lambang-lambang kebesaran seperti pakaian dan peralatan berwarna kuning, memiliki alat-alat muzik sendiri seperti nobat, nafiri, seruling dan terumpet. Alatan lain seperti kayu gamit, puan naga, taru, kemala, surat chiri, cop halilintar, ubor-ubor dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga senjata-senjata seperti pedang, tombak dan keris panjang serta penggunaan bahasa dalam atau bahasa istana yang dikhaskan untuk sultan dan kerabatnya. Semua hak-hak keistimewaan ini bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

supaya rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang melanggar perintah sultan pula dikatakan akan mendapat tulah, seperti kemalangan dan kesengsaraan.

b.

Ketua agama Islam dan Adat istiadat Melayu

Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya. Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat penyebaran agama Islam di Tanah Melayu. Hanya sedikit sahaja istiadat yang dihadiri oleh sultan sebagai pemimpin rakyat. Peranannya tidak begitu aktif. Upacara-upacara besar dalam masa pemerintahan baginda ialah hari pertabalan dan pemakaman. Pada masa ini pembesar dan rakyat jelata akan berhimpun. Pada masa perayaan besar tahun Islam seperti Hari Raya Puasa, sultan akan mengadakan majlis jamuan. Kesimpulan Kesimpulannya, sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Kedaulatan dan kedudukan seseorang raja menjadikan seseorang raja/sultan mempunyai hak yang mutlak untuk membuat semua keputusan. Pengenalan sistem Residen pada tahun 1874 di Perak, seterusnya Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah menjejaskan kedudukan kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Sultan kini hanya berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja, semua kuasanya yang lain dikuasai oleh Residen Inggeris. TEMA 1 : MASYARAKAT [ SISTEM SOSIAL ] Soalan 2 Di dalam struktur masyarakat Melayu tradisional, golongan yang diperintah berperanan mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah. Bincangkan.

Pengenalan Sebelum tahun 1874, struktur masyarakat Melayu adalah bercorak feudal. Masyarakat Melayu dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah merupakan kumpulan yang kecil tetapi mempunyai kuasa

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

dan pengaruh dalam masyarakat Melayu tradisional. Golongan pemerintah terdiri daripada golongan sultan atau raja, kerabat diraja, pembesar dan ulama. Golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat biasa yang merdeka, rakyat asing dan golongan hamba.

Isi

Golongan Yang Diperintah

Golongan ini berperanan sebagai pengikut atau pengiring pembesar peringkat pusat atau menjadi penyokong pentadbir peringkat jajahan takluk.

1. Golongan merdeheka/bebas Golongan ini terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing. Rakyat biasa merupakan penduduk peribumi yang bermastautin tetap di negeri-negeri tertentu . Rakyat biasa hidup bebas menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing seperti berniaga, menangkap ikan, melombong , tukang mahir dan sebagainya. Rakyat biasa merupakan pengikut setia terhadap pembesar yang mentadbir daerah. Mereka akan sentiasa mengikut arahan golongan pembesar. Mereka akan menjalankan semua suruhan pembesar,misalnya dalam sistem kerah dan serah. Rakyat biasa juga akan mengerjakan kerjakerja raja dan para pembesar. Mereka dikerah untuk membina serta membaiki jalan, membina tambak, masjid, parit, dan benteng pertahanan. Rakyat akan dikerah membersihkan sungai, membersihkan hutan belantara dan sebagainya. Mereka tidak tahu tempoh masa yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Kadang-kadang mereka akan berkhidmat jauh daripada kampung untuk tugas-tugas seperti menarik bot untuk perjalanan dan mengangkut barang-barang. Mereka dikerah untuk membuat persediaan berperang dan menyediakan kelengkapan berperang. Ketika peperangan atau untuk pertahankan daerah dari serangan luar, rakyat biasa akan menyumbangkan tenaga kepada para pembesar. Apabila Sultan memerlukan tentera, rakyat akan dikerah dan mereka wajib menyertainya.

Rakyat Asing. Golongan ini hanya tinggal sementara di Tanah Melayu dan akan kembali ke negara asal mereka. Golongan ini terdiri daripada pedagang, perantau, mubaligh dan santeri serta orang asing, yang datang ke Tanah Melayu sebagai tentera upahan. Orang asing yang berkahwin dengan orang tempatan biasanya akan terus menetap di Tanah Melayu.

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Masyarakat Tamil-Islam merupakan kumpulan orang asing yang paling ramai di Tanah Melayu. Golongan orang asing tidak wajib mematuhi tradisi dan kebudayaan tempatan Melayu. Mereka tidak terkecuali daripada hukum-hukum adat dan undang-undang negeri seperti yang dikenakan kepada rakyat biasa.

2. Hamba

Golongan hamba menduduki lapisan paling bawah dalam struktur masyarakat Melayu. Hamba dalam masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu hamba biasa, hamba berhutang dan hamba raja. Hamba menjadi lambang ketinggian martabat bagi orang yang memilikinya. Lebih ramai hamba, maka lebih tinggilah taraf sosial seseorang sebagai anggota masyarakat dan semakin kukuhlah ekonomi tuannya. Golongan hamba biasa merupakan golongan orang suruhan atau keturunan hamba.Golongan ini biasanya akan dijual beli dan menjadi hamba seumur hidup. Seluruh keluarganya akan menjadi hamba kepada tuannya. Manakala hamba berhutangmerupakan orang biasa yang menjadi hamba kerana gagal membayar hutang. Hamba berhutang akan bebas apabila nilai hutang tersebut habis setelah bekerja dengan tuannya. Antara kerja yang biasa dilakukan ialah bertani dan melombong.

Selain itu ,hamba raja merupakan golongan merdeheka yang telah melakukan kesalahan jenayah dan diampunkan oleh sultan. Hamba raja juga terdiri daripada tawanan perang. Hamba raja mempunyai kedudukan paling tinggi dalam kalangan semua hamba. Mereka akan menjadi hamba secara turun temurun. Hamba abdi dan hamba berhutang berkhidmat untuk tuan mereka sebagai pengikut dan sebahagiannya membuat kerja-kerja rumah. Hamba lelaki akan melakukan tugas-tugas pertanian seperti membajak, menanam, menuai, dan memugar tanah baharu. . Ada juga hamba lelaki yang mengikut tuannya berdagang/berniaga. . Hamba perempuan membuat kerja-kerja di rumah atau menjadi dayang kepada pemerintah. Mereka akan memasak, mencuci, mengasuh anak, mengambil air, membelah kayu dan menganyam untuk tuannya. Kadangkala mereka akan menuai padi. Ada di kalangan hamba perempuan yang ditugaskan memperoleh pendapatan bagi tuan mereka dengan cara

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

menjadi pelacur.

Kesimpulan

Masyarakat Melayu tradisional mempunyai sistem sosial yang lengkap dan tersusun. Setiap golongan mempunyai tugas dan peranan masing-masing. Kedudukan susunan

masyarakat Melayu tradisional yang berlapis-lapis telah meletakkan lapisan atasan (golongan pemerintah) sebagai satu golongan yang menguasai dan mempunyai kepentingan politik dan ekonomi. Sementara lapisan bawahan (golongan yang diperintah) berfungsi sebagai golongan yang memainkan peranan daripada segi fizikal, moral dan tradisi kemasyarakatan dan menjadi penyokong utama institusi raja dan pembesar. Kelancaran sistem sosial ini telah

menyumbang kepada kestabilan politik kerajaan yang memerintah. Setelah campur tangan British dalam sistem politik negeri-negeri Melayu, struktur masyarakat Melayu telah mengalami perubahan yang ketara kerana peranan golongan pembesar dan hamba telah mula dihapuskan oleh penjajah British.

TEMA 1 : MASYARAKAT [ SISTEM EKONOMI ] Soalan 3 Sejauhmanakah kegiatan ekonomi tradisional dikatakan lebih berpusatkan kepada aktiviti pertanian dan menangkap ikan semata-mata? Bincangkan penyataan ini.

Pengenalan Ekonomi tradisional bermaksud kegiatan ekonomi yang dilakukan secara kecil-kecilan bagi menampung keperluan diri dan keluarga sahaja. Kegiatan ini dikenali sebagai ekonomi sara diri. Ia merupakan kegiatan ekonomi yang paling asas dan utama melibatkan masyarakat Melayu tradisional. Ciri-ciri utama kegiatan ekonomi tradisional ialah: Tiada pengkhususan kerja kebiasaannya masyarakat Melayu melakukan pelbagai jenis pekerjaan pada masa yang sama. Selain menjadi petani dan nelayan, mereka juga melakukan kegiatan ekonomi sampingan yang lain seperti menternak binatang, bertukang dan lain-lain. Penggunaan peralatan tradisional Tiada penggunaan alatan moden dalam kegiatan pertanian, dan lain-lain. Penduduk hanya menggunakan alatan tradisi seperti tajak, cangkul, jala, pukat

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Berskala kecil kegiatan ekonomi dilakukan secara kecil-kecilan sahaja dan tidak melibatkan penggunaan modal yang besar. Mereka hanya menghasilkan keperluan untuk diri dan keluarga sahaja. Sebaliknya, mereka tidak menghasilkan keperluan untuk orang lain. Jika terdapat lebihan, barulah dijual. Tenaga kerja hanya melibatkan ahli keluarga kaum lelaki melakukan kerja yang lebih berat. Sementara kaum wanita, orang tua dan kanak-kanak membantu melakukan kerja-kerja yang lebih mudah dan ringan. Amalan bergotong-royong atau berderau menjadi amalan kebiasaan masyarakat tempatan terutamanya melibatkan kerja-kerja menanam dan menuai padi yang dilakukan secara bersama dan berkumpulan bagi memudah dan mempercepatkan pekerjaan. Hubungan antara anggota masyarakat semakin erat. Isi Kegiatan ekonomi tradisional mempunyai hubungan rapat dengan kawasan

petempatan sama ada terletak di kawasan pedalaman, pinggir sungai dan laut.Penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman menjalankan kegiatan pertanian. Manakala penduduk yang tinggal di pinggir sungai dan laut pula terlibat dengan kegiatan menangkap ikan.Kedua-dua aktiviti ekonomi ini merupakan kegiatan ekonomi yang paling asas atau utama melibatkan masyarakat Melayu tradisional.Walau bagaimanapun, selain menjalankan kegaiatan pertanian dan menangkap ikan, masyarakat tempatan juga banyak melakukan aktiviti sampingan yang lain untuk menyara kehidupan seperti menternak binatang, melombong, mengutip hasil hutan, pertukangan dan kraf tangan. Pertanian Bercucuk tanam atau pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat tradisional.Tanaman utama tertumpu kepada tanaman padi sawah dan padi huma. Padi

sawah ditanam di kawasan lembah sungai yang merupakan kawasan tanah lanar yang subur. Padi huma atau padi bukit pula ditanam di kawasan dataran tinggi atau di lereng bukit.Selain padi, tanaman lain turut ditanam seperti pelbagai jenis ubi, sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Kegiatan pertanian dilakukan secara kecil-kecilan sahaja dengan menggunakan peralatan tradisional seperti tajak, cangkul, kuku kambing untuk menanam pokok padi , sabit dan ketam padi untuk menuai padi. Menangkap ikan Menangkap ikan juga merupakan kegiatan ekonomi yang penting bagi masyarakat Melayu tradisional selain pertanian. Kegiatan menangkap ikan dijalankan oleh

penduduk yang tinggal berhampiran laut dan sungai. Aktiviti ini diusahakan oleh penduduk

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

secara kecil-kecilan dengan menggunakan peralatan tradisional seperti jaring atau pukat, bubu, kelong, jala, lukah, tangguk dan sebagainya. Mereka hanya mampu melakukan kegiatan menangkap ikan di tepi pantai sahaja. Selain laut, penduduk juga menangkap ikan air tawar di kawasan sawah padi, kolam dan sungai. Menternak binatang Selain pertanian dan menangkap ikan, penduduk turut melakukan aktiviti ekonomi lain sebagai aktiviti sampingan seperti menternak binatang. Ayam dan itik merupakan binatang ternakan utama. Selain untuk dimakan dagingnya, bahan buangan ternakan turut digunakan sebagai baja bagi menyuburkan tanaman. Lembu dan kerbau turut diternak bagi membantu kerja-kerja pembajakan tanah. Penternakan binatang hanya dilakukan di kawasan petempatan penduduk. Melombong Perlombongan secara mendulang dilakukan secara kecil-kecilan oleh masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sungai. Bijih timah, bijih besi dan emas merupakan galian utama yang dilombong. Aktiviti ini melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak. Hasil lombong dijual di kawasan berhampiran untuk mendapatkan barang keperluan harian yang lain. Mengutip hasil hutan Mengutip hasil hutan dilakukan di kawasan pedalaman. Hasil hutan yang dipungut adalah seperti rotan, damar, kapur barus, getah perca, daun mengkuang dan akar-akar kayu sebagai ubat-ubatan. Selain untuk kegunaan sendiri, hasil hutan yang berlebihan dijual kepada kawasan berhampiran. Pertukangan Masyarakat tradisional juga sering menghabiskan masa lapang dengan melakukan kerja-kerja pertukangan seperti membuat rumah, perahu dan perabot. Aktiviti pertukangan melibatkan golongan lelaki. Sementara kaum wanita terlibat dengan aktiviti kraf tangan seperti menganyam tikar, membuat bakul dan lain-lain. Kesimpulan Kesimpulannya, adalah jelas bahawa kegiatan ekonomi tradisional bukanlah tertumpu kepada pertanian dan menangkap ikan semata-mata. Walaupun pertanian dan menangkap ikan merupakan kegiatan ekonomi yang paling asas, namun kegiatan ekonomi lain turut dilakukan sebagai kegiatan sampingan seperti menternak binatang, melombong, mengutip hasil hutan, petukangan dan kraf tangan. Umumnya, kedatangan British pada akhir abad ke-19 telah mengubah corak tradisi orang-orang Melayu dalam bidang ekonomi.

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ PENGUBAHSUAIAN DALAM PENTADBIRAN ] Soalan 4 Sejauhmanakah Sistem Residen mempengaruhi perubahan pentadbiran di negeri-negeri Melayu selepas 1874.

Pengenalan Sebelum kedatangan British pentadbiran di Negeri-negeri Melayu diketuai oleh raja/sultan. Sultan/raja menjadi pemerintah mutlak dengan dibantu oleh pembesar. Campurtangan British dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu telah merubah struktur pentadbiran Negeri-negeri Melayu secara tidak langsung. Pengenalan system residen telah menyebabkan pentadbirandi setiap NNM tidak seragam. Masalah ini cuba diatasi melalui pelbagai perubahan dan pengubahsuaian dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan social. Isi i) Sistem Residen Diperkenalkan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.Residen ialah seorang pegawai British yang ditugaskan sebagai penasihat sultan dan nasihatnya mesti dipatuhi. Menasihati sultan dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat-istiadat Melayu.Walaupun British menjamin kedudukan dan kedaulatan raja tetapi kuasa pemerintahan sebenarnya berada di tangan residen.Residen British berkuasa dalam semua urusan pentadbiran termasuk kutipan cukai dan kawalan ke atas semua hasil negeri. Pengaruh lain ii) Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) Dianggotai oleh sultan, residen British, 12 orang pembesar melayu dan seorang wakil masyarakat Cina. Ditubuhkan untuk membincangkan perkara-perkara yang melibatkan pentadbiran negeri. Berperanan sebagai badan penasihat dalam menggubal undang-undang dan menjadi mahkamah rayuan tertinggi. MMN juga menguruskan perubahan struktur cukai, pencen orang melayu dan perlantikan ketua-ketua tempatan. MMN tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas. MMN hanya berperanan untuk mengesahkan segala keputusan yang telah dibuat. Kuasa sultan juga terbatas kerana hanya berkuasa dalam agama islam dan adatistiadat Melayu. Setiap negeri menubuhkan perkhidmatan awam sendiri dengan jawatan penting dikuasai oleh British. Jawatan di peringkat bawahan diberi kepada orang Serani, India, Ceylon dan Melayu.

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

iii) Sistem pentadbiran tanah British menyusun semula system pentadbiran tanah. Undang-undang hak milik persendirian, tanah perlu didaftar dan boleh disewa atau dipindahmilik melalui system jual beli. Tanah menjadi sumber pendapatan kerajaan. Menimbulkan bantahan dan penentangan pembesar Melayu. iv) Sistem pentadbiran negeri Pembahagian negeri kepada beberapa daerah. Perlantikan pegawai daerah menggantikan jawatan pembesar melayu. Pegawai daerah bertugas mengendalikan urusan cukai, sewa tanah, menjaga keamanan, menguatkuasakan undang-undang dan

bertanggungjawab terhadap kawasan. Wujud sempadan geografi antara negeri yang jelas. Setiap daerah dibahagikan kepada mukim dengan diketuai oleh seorang penghulu. Di peringkat kampung diketuai oleh ketua kampung yang berperanan sebagai penghubung antara penduduk kampung dengan pentadbiran yang lebih tinggi. v) Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) Menggabungkan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan di bawah satu unit pentadbiran. Mewujudkan pemusatan kuasa antara keempat negeri yang diselaraskan. Residen Jeneral mengetuai pentadbiran persekutuan NNMB dalam semua perkara kecuali agama islam dan adat-istiadat Melayu. Gabenor Negerinegeri Selat bertindak sebagai Pesuruhjaya Tinggi NNMB. Penubuhan Majlis Raja-Raja (Durbar) yang memberi peluang kepada raja-raja Melayu untuk menyuarakan pandangan. Kewujudan jawatan-jawatan baru seperti penasihat undang-undang, pesuruhjaya kehakiman, pesuruhjaya polis dan pengarah jabatan kerja raya serta penubuhan jabatan-jabatan lain membantu melicinkan pentadbiran. Kesimpulan Sistem Residen telah mengubah pentadbiran di negeri-negeri Melayu yang memberi kekuasaan kepada British. Kuasa pentadbiran negeri-negeri Melayu beralih kepada kerajaan British manakala sultan/raja hanya berkuasa dalam agama Islam dan adat-istiadat Melayu sahaja. Penguasaan British ke atas pentadbiran tanah membolehkan mereka mengeksploitasi kekayaan ekonomi di negeri-negeri Melayu. Perubahan pentadbiran ini juga menyebabkan kuasa raja dan pembesar terhakis. TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ MASYARAKAT PELBAGAI KAUM ] Soalan 5

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Sejauh manakah perkembangan ekonomi menyebabkan pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Pengenalan Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan budaya tersendiri dan hidup dalam satu unit politik secara terasing antara satu sama lain. Mereka hanya berhubung untuk tujuan ekonomi dan berpotensi berlaku konflik bagi mempertahankan kepentingan kaum mereka. Di Tanah Melayu masyarakat majmuk terbentuk akibat daripada dasar penjajah memajukan ekonomi komersil yang membawa kepada penghijrahan masuk beramai-ramai kaum Cina dan India.

Isi Faktor-faktor pembentukan masyarakat majmuk.:

1. Perkembangan ekonomi i) Perkembangan pesat perusahaan bijih timah. Perkembangan pesat bijih timah memerlukan buruh yang ramai dan British berhadapan dengan masalah tenaga buruh kerana orang Melayu hanya tertumpu pada kegiatan pertanian. Kawasan pengeluar bijih timah : Lembah Kinta ,Lukut, Klang, Sg Ujong. Bagi menarik kemasukan orang Cina, kerajaan British telah melakukan beberapa perkara : melonggarkan syarat kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu, memberi jaminan keselamatan nyawa dan harta benda dan diberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing di bawah kawalan ketua masing-masing.

ii) Perkembangan pesat perusahaan getah Perusahaan getah berkembang menjelang abad ke 20 akibat perkembangan perusahaan automobil di Amerika Syarikat. Pembukaan ladang-ladang getah menyebabkan British memerlukan lebih banyak buruh India. British lebih berminat mengambil buruh India bekerja di ladang getah mereka disebabkan buruh India sanggup bekerja lebih lama, menerima gaji rendah dan mudah dikawal. Bermula 1857 hingga 1938 , buruh India datang ke Tanah Melayu melalui tiga cara iaitu : buruh kontrak, sistem kangani, buruh bebas. Masyarakat India telah membawa masuk budaya kehidupan mereka ke Tanah Melayu.

iii) Kegiatan ekonomi tersendiri.

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Masyarakat Melayu menjalankan kegiatan ekonomi sara diri dan pertanian tradisional seperti menanam padi , manangkap ikan dan mengutip hasil hutan. Masyarakat Cina menjalankan menjalankan kegiatan ekonomi komersial seperti perlombongan, perdagangan dan perniagaan. Masyarakat India menjalankan kegiatan perladangan getah sebagai buruh Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan kemunculan masyarakat majmuk

1. Dasar kerajaan British Matlamat British adalah menguasai ekonomi Tanah Melayu melalui dasar pecah dan perintah. British tidak mahu orang Melayu diberi peluang luas dalam ekonomi moden kerana takut disingkirkan Kerajaan British membawa masuk orang Cina dan India bagi mencapai matlamat untuk mengimbangi kaum Melayu Masyarakat berbeza akan menyukarkan penduduk untuk bersatu dan bangkit menentang mereka

2. Lokasi pertempatan yang berasingan Masyarakat pelbagai kaum mempunyai lokasi pertempatan berbeza dan terasing.Orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar dan kampung. Orang Cina di kawasan perindustrian dan perlombongan bijih timah. Orang India tinggal di kawasan perladangan getah. Mereka hidup berasingan dan amat jarang berlaku perhubungan antara kaum.

3. Pengamalan budaya hidup tersendiri Masyarakat Cina dan India mengamalkan budaya hidup mereka dari China dan India. Mereka telah menubuhkan pergerakan, persatuan bagi mempertahan dan melindungi amalan budaya mereka. Masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu jelas dengan pengamalan dan anutan agama yang berbeza dan dipertahankan iaitu orang Melayu beragama Islam, Cina beragama Buddha dan Kristian, India beragama Hindu.

4.Sistem pendidikan berbeza Pendidikan Melayu berasaskan kepada budaya Melayu dan Islam dengan bahan pengajaran dan pembelajaran dan sukatan pelajaran berasaskan budaya Melayu, Bahasa Melayu, Arab, dan agama Islam diutamakan. Ini membawa lahirnya sekolah Melayu dan sekolah pondok.Masyarakat Cina telah mendirikan sekolah Cina dengan menggunakan bahasa Cina, guru, sukatan pelajaran serta buku rujukan dari negara China. Masyarakat India pula menggunakan bahasa Tamil, guru, sukatan pelajaran dan buku dari India

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Kesimpulan Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu telah membawa kesan yang besar ke atas struktur kependudukan di Tanah Melayu. Kesan ketara ialah masalah ketidakseimbangan antara kaum berlaku dalam bidang ekonomi, sosial, budaya dan politik.

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA [ PENDUDUKAN JEPUN 1941 1945 ] Soalan 6 Nilaikan/Analisa dasar-dasar dan kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1941-1945.

Pengenalan.

Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8hb. Disember 1941. Pada 15hb. Februari 1942, Tanah Melayu dan Singapura jatuh kepada pemerintahan Jepun. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama kira-kira 3 1/2 tahun telah meninggalkan kesan-kesan politik, ekonomi dan sosial.

Isi.

a)

Dasar Pemerintahan Jepun

Pemerintahan bercorak tentera yang berpusat di Singapura untuk menjayakan dasarnya. Tanah Melayu dan Sumatera disatukan dalam satu wilayah tetapi kemudiannya diasingkan pada April 1943.Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan kepada Siam pada Ogos 1943 untuk membalas bantuan Siam kerana membantu Jepun menawan Tanah Melayu.Setiap negeri dikir a sebagai daerah. Kuasa tertinggi bagi setiap daerah adalah gabenor. Di bawah gabenor terdapat biro-biro.

b)

Dasar Pentadbiran Jepun

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Jepun amalkan dasar yang memberi keuntungan kepada mereka. Jawatan Sultan masih dikekalkan tetapi hanya terbatas kepada adat istiadat Melayu dan agama Islam. Jepun membahagikan daerah kepada unit yang lebih kecil iaitu kampung, jiran tetangga dan keluarga. Sijil Kehidupan dan Keamanan dikeluarkan untuk memantau kelahiran, perkahwinan dan kematian. Pasukan polis tentera dinamakan kempetai untuk mengawasi pergerakan penduduk tempatan.

1.

Dasar Sosial Jepun

Layanan berbeza mengikut kaum. Orang Melayu dan India dilayan baik,manakala orang Cina dilayan buruk.Penindasan dan kezaliman terhadap orang Cina kerana Jepun berperang dengan negara China.Dasar diskriminasi kaum memberi kesan buruk kepada hubungan kaum di Tanah Melayu.Orang Cina benci kepada orang Melayu kerana terlibat dengan kempetai

c)

Dasar penjajahan budaya

Dengan memaksa penduduk tempatan mempelajari bahasa Jepun, Penyebaran propaganda Jepun dilakukan melalui radio, akhbar dan wayang gambar.Lagu kebangsaan dinyanyikan setiap pagi.Sekolah Cina dan Inggeris ditutup manakala sekolah Melayu dan sekolah Tamil dibuka. Sekolah Inggeris ditukar menjadi sekolah rendah dan bahasa Jepun dijadikan bahasa pengantar utama.Bahasa Jepuun diajar dalam akhbar bahasa Melayu..

d)

Dasar Ekonomi

Jepun mengamakan dasar ekonomi kawalan untuk mengawal kegiatan rakyat.Akhirnya, bekalan makanan tidak cukup,harga barangan meningkat dan berlakunya inflasi. Jepun galakkan tanama makanan sendiri untuk menampung bekalan makanan dalam negara. Jepun mencetak wang pokok pisang untuk mengatasi masalah kekurangan wang tetapi akhirnya berlaku inflasi.

Kesan-Kesan Politik Pendudukan Jepun mengakibatkan kesedaran politik yang lebih mendalam dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu, khususnya kepada orang Melayu. Penderitaan yang dialami dan propaganda Jepun seperti Asia untuk orang-orang Asia menambahkan keazaman orang-orang Melayu mencapai kebebasan politik dan kemerdekaan. Orang Melayu mendapat pengalaman pentadbiran semasa pendudukan Jepun. Pengalaman memegang jawatan-jawatan kanan seperti Pegawai Daerah telah memberi keyakinan diri yang lebih

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

tegas. Orang-orang Melayu sedar bahawa mereka mempunyai keupayaan memerintah Tanah Melayu sendiri. Pendudukan Jepun juga memberi kesedaran bahawa orang Melayu tidak boleh berharap sepenuhnya kepada British. Mereka harus menentukan nasib sendiri. Pendudukan Jepun telah menamatkan kepercayaan bahawa British tidak boleh dikalahkan. Sikap anti-penjajahan dalam kalangan orang Melayu telah berkembang. Pendudukan Jepun membolehkan Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu muncul sebagai golongan politik yang teratur dan sangat kuat di antara tahun-tahun 1945 - 1948. Kezaliman Jepun membolehkan Parti Komunis Malaya mendapat sokongan terutamanya dari orang Cina. PKM telah menubuhkan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA). Hampir kesemua ahli-ahli MPAJA terdiri daripada orang-orang Cina.

Kesan-Kesan Ekonomi Ekonomi dan taraf kehidupan pendudukan Tanah Melayu merosot. Perusahaan bijih timah dan getah terbantut. Masalah ini timbul kerana pihak British telah memusnahkan peralatan perlombongan bijih timah dan loji-loji memproses getah seberlum berundur ke Singapura untuk mengelakkan ianya jatuh ke tangan Jepun. Malahan Tanah Melayu juga terputus daripada pasaran-pasaran eksport yang biasa akibat peperangan. Pihak Jepun teleh menitikberatkan eksploitasi bahan-bahan yang berkurangan di negeri Jepun seperti besi dan bauksit. Tanah Melayu mengalami kekurangan segala jenis barang pengguna terutamanya tekstil. Makanan seperti beras juga berkurangan kerana sukar diimport. Penduduk Tanah Melayu terpaksa bergantung kepada makanan lain seperti ubi kayu dan keledek. Pengedaran wang kertas yang tidak terkawal dan kekurangan makanan dan barang pengguna menyebabkan inflasi di Tanah Melayu. Pihak Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik. Penduduk Tanah Melayu memulakan beberapa perusahaan tempatan

memandangkan banyak barang tidak dapat diimport.

Kesan-Kesan Sosial Penduduk Tanah Melayu terutamanya orang Cina menderita akibat kezaliman dan seksaan Jepun. Tentera polis Jepun iaitu Kempeitai sangat kejam dan telah membunuh ramai orang-orang yang anti-Jepun. Tanah Melayu mengalami masalah kekurangan makanan terutamanya beras kerana ianya sukar diimport dari negeri-negeri lain akibat peperangan. Taraf kesihatan penduduk Tanah Melayu merosot. Penyakit-penyakit seperti beri- beri dan malaria berleluasa. Ini kerana ubat-ubatan telah dirampas oleh Jepun bagi merawat askar-

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

askarnya. Pendudukan Jepun telah mengakibatkan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina. Layanan Jepun yang lebih baik terhadap orang Melayu mengakibatkan kemarahan dalam kalangan orang-orang Cina. Malahan pemerintahan Jepun telah mengambil orangorang Melayu untuk menjadi askar dan polis. Sebahagian daripada pasukan Jepun yang menyerang tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (Pertubuhan Komunis yang dikuasai oleh orang Cina) terdiri daripada orang Melayu. Ini mengukuhkan lagi permusuhan perkauman MelayuCina. Beberapa pertempuran perkauman yang kecil antara Melayu dengan Cina berlaku selepas Jepun menyerah kalah pada 15hb. Ogos 1945. Sistem pendidikan Jepun yang lebih menekankan latihan akhlak/watak daripada akademik telah mengukuhkan tatatertib dan menanam sifat kerajinan dalam kalangan pemuda-pemuda terutamanya Melayu.

Kesimpulan

Pendudukan Jepun merupakan satu zaman penting dalam sejarah Tanah Melayu. Pendudukan Jepun bukan sahaja membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan penduduk Tanah Melayu tetapi juga mengukuhkan perasaan perkauman.Pada keseluruhannya, pendudukan Jepun telah mengubah keadaan politik, ekonomi dan sosial Tanah Melayu sebelum perang dengan begitu radikal sehingga British terpaksa merombak dasarnya selepas perang. Suasana ini telah mempercepatkan proses pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu.

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA [ PERJUANGAN SECARA BERPERLEMBAGAAN 1946 1960 ] Soalan 7 Perlembagaan Malayan Union yang diperkenalkan Kerajaan British pada tahun 1946 merupakan satu bentuk tindakbalas terhadap kelemahan pentadbiran mereka di Tanah Melayu sebelum perang. Namun demikian, pengenalan Perlembagaan Malayan Union ini sebenarnya telah menimbulkan banyak reaksi negatif dan penentangan daripada kalangan masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Bincangkan.

Pengenalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Malayan Union (MU) telah diisytiharkan secara rasmi pada 1 April 1946 di King's House (Carcosa Seri Negara) merupakan Selat (tanpa Singapura) sebuah untuk gabungan negeri-negeri menjadi pengganti British

Melayudengan Negeri-Negeri

Malaya.yang bertujuan untuk menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu di bawah satu sistem pemerintahan berpusat yang diketuai oleh Gabenor. Menurut kerajaan British, Malayan Union adalah persediaan kepada orang Melayu untuk berkerajaan sendiri. Tetapi Penubuhan Malayan Union telah mendapat penentangan yang kuat daripada kaum Melayu. Hal ini adalah disebabkan bahasa cadangan yang dikemukakan dalam kertas putih pelaksanaan MU telah mengancam kedudukan orang Melayu sebagai penduduk Bumiputera. Sebagai contoh, hak istimewa orang Melayu telah dihapuskan dan syarat kerakyatan yang lebih longgar telah diberi kepada bangsa asing. Untuk menunjukkan ketidakpuasan, kaum Melayu telah bergabung untuk menentang Malayan Union pada tahun tersebut juga. Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada penentangan masyarakat Melayu terhadap pelaksanaan Rancangan Malayan Union.

Isi Faktor-Faktor Penentangan Masyarakat Melayu 1. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan sultan-sultan Orang Melayu tidak bersetuju dengan cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. Semasa diminta menandatangani persetujuan tersebut, Sultan-sultan tidak diberitahu cadangan-cadangan yang terkandung dan perlembagaan MU. Sultan-sultan juga tidak diberi masa cukup untuk meneliti kebaikan dan keburukan MU. Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan berbincang dengan pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri sebelum menandatangani persetujuan penubuhan MU. Ugutan Harold MacMichael telah menambahkan kemarahan orang Melayu. Sekiranya mana-mana Sultan enggan menandatangani persetujuan penubuhan MU, Sultan tersebut akan dianggap pro-Jepun dan disingkirkan dari takhta. Contoh yang jelas ialah Sultan Badlishah (Kedah) yang diberi kata dua sama ada menandatangani persetujuan penubuhan MU atau turun dari takhta.

2. Kekuasaan Dan Kewibawaan Sultan Orang Melayu bangkit menentang Malayan Union kerana Malayan Union telah mengancam kedaulatan raja-raja Melayu. Kuasa raja-raja Melayu dikurangkan dan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

pentadbiran di ambil alih oleh Gabenor yang mempunyai kuasa veto. Akibat raja-raja kehilangan kuasa, orang Melayu bimbang tentang masa hadapan untuk menghadapi persaingan daripada kaum bukan Melayu. Gabenor Malayan Union akan menjadi Pengerusi Majlis Islam dan ini menjatuhkan maruah dan kesucian agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam. Orang Melayu bimbang sultan akan kehilangan kuasa politik and hak keistimewaan. Orang Melayu tidak rela melihat Sultan mereka dilucutkan kuasa politik. Kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan British. Hal ini, telah menimbulkan semangat nasionalisme yang membara dikalangan orang Melayu.

3. Hak Istimewa Penubuhan MU akan menghapuskan hak-hak istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu sebagai bumiputera Tanah Melayu kerana perlembagaan MU memberi hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Orang Melayu tidak mahu hak istimewa dinikmati oleh orang Cina dan India yang dianggap pendatang yang menumpang di Tanah Melayu. Penghapusan hak istimewa menyebabkan orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh orang Cina akan bertambah besar dan ini akan meluaskan jurang ekonomi antara orang Melayu dengan Cina.

4. Hak Kerakyatan Orang Melayu tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang longgar mengikut prinsip Jus Soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India diberi syarat kerakyatan yang longgar kerana mereka masih tidak yakin dengan taat setia orang Cina dan India terhadap Tanah Melayu. Pemberian taraf kerakyatan yang longgar akan menyebabkan ramai orang Cina dan India menjadi warganegara Tanah Melayu. Orang Melayu bimbang orang Cina yang sudahpun menguasai ekonomi akan menguasai politik apabila bilangan mereka melebihi orang Melayu. Kebimbangan mereka bertambah kerana pada tahun 1947, jumlah Melayu hanya 49.46% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

5. Balas Dendam Orang Melayu juga menentang MU kerana mereka menyedari perlembagaan MU merupakan balas dendam British terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun. James V. Allen dalam bukunya The Malayan Union mendakwa sejak kekalahan British di tangan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Jepun, majoriti pegawai British bersikap anti Melayu kerana kecewa dengan tindakan orang Melayu bekerjasama dengan Jepun. Akibatnya, perlembagaan MU amat merugikan orang Melayu, terutamanya yang berkaitan dengan hak istimewa dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan.

6. Masa Cemas MU dilaksanakan pada masa cemas dalam hubungan antara orang Melayu dan Cina akibat pemerintahan Jepun. Oleh itu, orang Melayu mendakwa perkembangan ini dilaksanakan dalam suasana anti Melayu dan pro Cina kerana MU merugikan orang Melayu dan menguntungkan orang Cina.

7. Orang Melayu Tidak Terlibat Dalam Merangka Perlembagaan MU Orang Melayu tidak terlibat dalam merangka perlembagaan MU. Perlembagaan itu dirancang oleh Pegawai British dalam MPU di London. Pendapat orang Melayu langsung tidak diminta oleh British semasa mereka merangka perlembagaan tersebut.

Reaksi Bukan Melayu Walaupun MU ditentang oleh masyarakat Melayu, Perlembagaan MU ini sebenarnya telah diterima baik oleh orang bukan Melayu kerana pemberian hak yang sama rata kepada semua kaum. Syarat-syarat kewarganegaran yang longgar juga amat dipersetujui kerana memberi peluang kepada mereka untuk menjadi warganegara Tanah Melayu. Tetapi dengan pengenalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang menggantikan Malayan Union, hak-hak tersebut diketepikan dengan syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketat. Bantahan telah dibuat oleh kaum bukan Melayu, parti politik Melayu berhaluan kiri dan golongan revolusioner. Ketiga-tiga pihak tidak bersetuju dengan perlembagaan Persekutuan kerana mereka tidak diajak sama berbincang dan tidak mewakili semua kaum yang ada di Tanah Melayu.

Penilaian Pelaksanaan MU

Penentangan terhadap Malayan Union berjaya mencapai matlamatnya apabila MU diganti dengan Persekutuan 1948. Gagasan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu bukan sahaja mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu, malahan sultan-sultan Melayu turut memulaukan gagasan tersebut. Gagasan tersebut

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

menemui kegagalan disebabkan syarat-syarat yang terkandung dalam perlembagaan tersebut amat tidak memuaskan hati kaum Melayu, terutama berkaitan hak istimewa dan taraf kewarganegaraan yang akan menggugat kepentingan kaum peribumi. Akibat tentangan orang Melayu dan perakuan Edward Gent serta Malcolm MacDonald, maka British telah menghantar satu perwakilan ahli Parlimen British yang diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu. Hasil daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan MU dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Persekutuan Tanah Melayu menjadi lindungan British. Dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan dikekalkan. Selain itu, syarat kerakyatan telah diperketatkan.

Kesimpulan

Syarat di dalam Perlembagaan Malayan Union yang membelakangkan kepentingan hak orang Melayu, kehilangan kuasa Sultan, taraf kewarganegaraan yang longgar telah memaksa perlembagaan ini diganti dengan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang lebih bersifat tolak ansur. Dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan dikekalkan. Selain itu, syarat kerakyatan telah diperketatkan. Ini menunjukkan muncul sifat toleransi antara kaum dan ianya dapat dilihat berdasarkan kepada isi kandungan syarat yang terdapat di dalam kedua-dua perlembagaan yang telah dibincangkan. Hasrat ke arah berkerajaan sendiri menjadi lebih jelas apabila kepentingan orang Melayu telah diberi perhatian oleh British. Beberapa perubahan pentadbiran yang dibuat memberi peluang kepada orang Melayu mentadbir dan hasilnya pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

TEMA

NASIONALISME

DAN

PEMBENTUKAN

NEGARA

BANGSA

KEMERDEKAAN] Soalan 8 Sejauhmanakah faktor ancaman komunis telah mempengaruhi pembentukan Malaysia pada tahun 1963? Bincangkan.

Pengenalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Konsep Persekutuan Tanah Melayu pada mulanya dicadangkan oleh Lord Brassey, iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara British pada tahun 1887 yang merangkumi penyatuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. Pada tahun 1947 Sir Malcom Mac Donald, Pesuruhjaya Tinggi British Asia Tenggara mencadangkan idea yang sama. Konsep negara berbentuk Persekutuan semakin menarik perhatian apabila Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan Malaysia dalam Perhimpunan Agong UMNO 25 Disember 1955. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman sekali lagi mencadangkan penubuhan Malaysia, iaitu pada 27 Mei 1961.Tunku Abdul Rahman mencadangkan Tanah Melayu,Singapura,Sabah,Sarawak dan Brunei dicantumkan menjadi Persekutauan yang dinamai Malaysia. Cadangan ini telah disambut baik oleh kerajaan British kerana salah satu tujuan penubuhan Gagasan Malaysia adalah untuk mengekang ancaman pengaruh komunis. Namun begitu terdapat juga sebab-sebab lain yang membawa kepada pembentukan gagasan ini.

Isi

Faktor-faktor Pembentukan Gagasan Malaysia

1.

Mengekang pengaruh komunis

A.

Perkembangan politik di Singapura.

Ancaman komunis merupakan masalah serius kepada negara. Masalah yang sama turut berlaku di Singapura. Pengaruh komunis meluas di Singapura pada tahun-tahun 1950-an. Fahaman komunis telah merebak ke sekolah-sekolah Cina dan kesatuan-kesatuan sekerja. Fahaman komunis telah menyerap masuk ke dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah pada masa itu. Keadaan ini memberi tekanan politik yang kuat ke atas Lee Kuan Yew. Tunku bimbang sekiranya pengaruh komunis di Singapura tidak dibendung kemungkinan besar fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu. Kejayaan golongan komunis menguasai sebahagian ahli PAP telah membawa kepada penubuhan Parti Sosialis

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. PAP akhirnya mengalami perpecahan sehingga mengalami kekalahan kepada Parti Sosialis dalam pilihan raya 1961 di kawasan Hong Lim dan Anson. Keadaan ini menguatkan alasan Singapura untuk menyertai Gagasan Malaysia. Lee Kuan Yew cuba menghapuskan golongan kiri dalam PAP dengan menyingkirkan golongan tersebut dari PAP, namun pengaruh golongan kiri semakin berkembang. Keadaan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kemungkinan fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu. Ketidakmampuan Lee Kuan Yew membendung pengaruh komunis bukan sahaja membimbangkan Tunku tetapi juga membimbangkan Britain dan Amerika Syarikat. Oleh itu, kedua-dua negara itu menyokong gagasan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku.

Perkembangan politik di Sarawak.

Pengaruh komunis turut berkembang di Sarawak sejak zaman pendudukan Jepun lagi. Pihak komunis telah menubuhkan Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut pada tahun 1947. Namun, pertubuhan itu diharamkan setahun kemudian apabila darurat diisytiharkan. Bagi menggantikannya sebuah pertubuhan sulit ditubuhkan iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak (SAYA). Pertubuhan ini telah menghasut orang-orang Cina terutamanya dalam kalangan pelajar dan petani. Kesatuan sekerja dan sekolah-sekolah Cina di luar bandar telah digunakan untuk menentang Inggeris. Antara propaganda yang dimainkan oleh pihak komunis ialah sistem pendidikan Inggeris dikatakan mengancam pendidikan Cina.

Pengaruh komunis semakin kuat apabila mereka berjaya menembusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). Kerajan British telah melancarkan operasi pisang bagi membanteras komunis dalam SUPP tetapi gagal. Semua ini telah mendorong kepada pengabungan dalam Malaysia. Selain itu, pihak British bimbang dengan ancaman komunis dari Indonesia. Parti Komunis Indonesia (PKI) telah merebak ke wilayah-wilayah Borneo dan ini telah mengancam kepentingan dan kedudukan British di Sarawak. Kebimbangan semakin memuncak apabila pengaruh PKI mula merebak ke Brunei.

2.

Mempercepatkan proses kemerdekaan

Penubuhan Malaysia telah mendorong mempercepatkan proses kemerdekaan Sabah, Sarawak dan Singapura. Hal ini disebabkan negeri-negeri tersebut berada dalam satu sistem

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

pentadbiran yang sama, iaitu British. Malahan negeri-negeri ini mempunyai hubungan politik dan ekonomi dengan Tanah Melayu semasa pentadbiran British. Oleh itu, Tanah Melayu, Singapura dan negeri-negeri Borneo akan mendapat faedah keseluruhnnya semasa pemerintahan British. Jika Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan secara berasingan sebelum tahun 1963, Tunku berpendapat negeri-negeri tersebut belum bersedia dari segi politik dan pentadbiran.

Pada masa itu Sabah dan Sarawak mempunyai Majlis Eksekutif dan Legislatif yang semuanya dilantik oleh gabenor. Brunei pula diperintah oleh seorang Sultan. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan ketara antara pentadbiran negeri itu dengan negeri yang wujud di tanah jajahan British yang berjiran dengannya. Di Sarawak pilihan raya kerajaan tempatan telah diadakan pada tahun 1959 dan 1963, manakala di Borneo Utara pilihanraya pertama Lembaga Bandaran dan Majlis Daerah diadakan pada Disember 1962. Di Brunei pula pilihanraya Majlis Penasihat Negeri diadakan pada Ogos 1962.

Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayah-wilayah Borneo atau bercantum dengan Tanah Melayu. Tunku berpendapat melalui percantuman dengan Tanah Melayu rancangan komunis akan dapat digagalkan dan kemerdekaan negerinegeri Borneo dapat dipercepatkan. Kerajaan British telah berjanji untuk memberi kemerdekaan dalam tempoh yang terdekat sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bersedia menyertai Persekutuan Malaysia.

3.

Keseimbangan Kaum

Kemasukan negeri-negeri Borneo dalam Malaysia juga untuk mewujudkan keseimbangan komposisi kaum. Tunku Abdul Rahman sedar bahawa kemasukan Singapura akan menimbulkan keadaan tidak seimbang dari segi pecahan kaum di Malaysia. Hal ini disebabkan lebih 75% penduduk Singapura adalah kaum Cina, sedangkan di Tanah Melayu, orang Melayu hanya 49% dan selebihnya orang Cina dan India. Keadaan ini akan menggugat kedudukan orang Melayu dalam jangka panjang. Orang Melayu berkemungkinan akan hilang kedudukan istimewa dan hak mereka akan dicabar oleh kaum lain. Tunku Abdul Rahman berpendapat adalah perlu Sabah, Sarawak dan Brunei dimasukkan ke dalam penubuhan Malaysia.

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

4.

Kerjasama Ekonomi antara wilayah

Sebelum penubuhan Malaysia kemajuan ekonomi antara Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura adalah tidak seimbang. Tanah Melayu, Singapura dan Brunei lebih berkembang pesat akibat ramai pelabur Eropah telah melabur di negeri-negeri berkenaan sedangkan ekonomi di Sabah dan Sarawak masih mundur. Contohnya hasil ekspot bijih timah dan getah telah menyumbang sumber pendapatan terbesar Tanah Melayu. Singapura telah berkembang pesat dalam kegiatan perdagangan. Brunei pula kaya dengan hasil minyak. Oleh itu, penubuhan Persekutuan Malaysia dijangka akan mewujudkan kerjasama dan kesimbangan ekonomi yang menguntungkan kepada negeri-negeri berkenaan.

Kesimpulan:

Kesimpulannya, pembentukan Gagasan Malaysia telah dapat menyekat perkembangan pengaruh komunis di Tanah Melayu, Singapura , Sabah dan Sarawak. Selain itu, pembentukan Gagasan Malaysia juga mempercepatkan kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Di samping itu, penubuhan Malaysia dapat membantu perkembangan ekonomi di Sabah dan Sarawak. Namun begitu pembentukan Malaysia turut memberi kesan kepada hubungan serantau di Asia Tenggara terutamanya daripada Indonesia dan Filipina. Singapura kemudiannya telah menarik diri dan keluar daripada Gagasan pada tahun 1965.

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [SISTEM PEMERINTAHAN] Soalan 9 Huraikan peranan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berperlembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia.

Pengenalan Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara dalam sistem raja berperlembagaan di Malaysia dan bidang kuasa baginda ditentukan oleh perlembagaan. Baginda berada di kemuncak di antara ketiga-tiga bidang kuasa perundangan, eksekutif, dan kehakiman. Jawatan Yang di-Pertuan Agong mula diwujudkan pada tahun 1957. Jawatan ini adalah unik dan satu-

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

satunya jawatan seumpama itu di dunia dengan seorang raja berperlembagaan memegang jawatan secara dipilih dan bukannya dilantik seperti di negara lain yang mengamalkan sistem beraja.

Isi

Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan Kabinet. Baginda juga berhak memperoleh maklumat tentang pemerintahan daripada Kabinet. Tambahan pula, Baginda akan menghadiri persidangan Majlis Raja-Raja dengan diiringi oleh Perdana Menteri untuk membincangkan dasar-dasar negara. Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dengan Parlimen adalah seperti memanggil, menangguh, dan membubarkan parlimen. Sebenarnya, Yang di-pertuan Agong berperanan sebagai satu daripada tiga komponen parlimen. Baginda akan memberi titah ucapan dalam persidangan parlimen. Di samping itu, Baginda perlu memberi persetujuan ke atas semua rang undang-undang yang diluluskan oleh parlimen. Selanjutnya, tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dalam bidang kehakiman negara. Baginda akan melantik Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Tinggi, dan hakimhakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi mengikut nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majllis Raja-Raja. Baginda juga akan memberi pengampunan kepada segala kesalahan di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putarjaya), dan segala hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan. Seiring kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan, maka baginda bertindak atas nasihat Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, baginda diperuntukkan kuasa budi bicara dalam perkara-perkara berikut, iaitu kuasa melantik Perdana Menteri. Perdana Menteri yang dilantik hendaklah mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan Rakyat. Kuasa budi bicara yang seterusnya seperti tidak bersetuju dengan permintaan membubarkan parlimen. Baginda juga berhak meminta diadakan satu persidangan Majlis Raja-Raja bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran rajaraja. Peranan dan tanggunjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berperlembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia adalah menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera. Baginda juga merupakan Ketua Agama Islam bagi

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya). Tambahan pula, seperti diperuntukkan di bawah Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan isitimewa orang Melayu dan kaum bumiputera lain di Sabah dan Sarawak.

Kesimpulan Sebagai kesimpulan, peranan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berperlembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia adalah sangat mustahak. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara berada di kemuncak ketiga-tiga bidang kuasa eksekutif, kehakiman dan perundangan. Akhirnya, Baginda merupakan lambang kedaulatan dan simbol perpaduan negara.

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ MENILAI SUMBANGAN TOKOH ] Soalan 10 Nilaikan sumbangan Tun Abdul Razak Bin DatoHussien dalam pembangunan negara. Pengenalan Tun Abdul Razak bin Dato Hussein dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11 Mac 1922. Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau berkhidmat menggantikan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Tun Abdul Razak Dato Hussein meninggal dunia sewaktu masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976. Tun Abdul Razak memperoleh pendidikan di MCKK. Setelah menyelesaikan pengajiannya di MCKK, beliau memperoleh biasiswa untuk meneruskan pengajian di Raffles College di Singapura pada 1939 dalam bidang undang-undang, ekonomi dan sejarah selama tiga tahun untuk mendapatkan diploma. Tun Abdul Razak memulakan kariernya dengan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1952 apabila beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada Februari 1955, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Pahang. Pada ketika itu beliau baru sahaja berusia 33 tahun. Pada Jun 1955, Tun Abdul Razak meletakkan jawatannya dalam kerajaan dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum pertama sebagai calon Perikatan. Dengan sokongan masyarakat, Tun Abdul Razak memenangi kerusi Majlis Undangan Persekutuan Kawasan Semantan.

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Isi

Kemenangan Perikatan dengan meraih 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, membolehkan Perikatan mentadbir negara. Sekali gus Tun Abdul Razak menjadi orang penting dalam kabinet Tunku Abdul Rahman. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1955. Sumbangannya yang terpenting sebagai Menteri Pelajaran ialah memper-kenalkan Penyata Razak yang intipatinya ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam usaha mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu. Langkah pertama Tun Abdul Razak sebagai Menteri Pelajaran adalah merombak sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Beliau mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul Razak, melalui Penyata Razak 1956, beliau berjaya mensepadukan sistem pelajaran untuk membina bangsa yang bersatu padu, Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa pengantar utama. Tun Abdul Razak juga merupakan seorang daripada ahli Parti Perikatan yang telah ke London bersama rombongan kemerdekaan. Beliau telah menjadi perunding dalam rundingan tersebut pada 1956 yang pulang membawa kejayaan apabila British menjanjikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Tun Abdul Razak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selepas pilihan raya umum 1959, Tun Abdul Razak menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Selama 10 tahun beliau memegang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar, beliau telah berjaya membasmi buta huruf dalam kalangan tiga juta rakyat. Sebagai Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak membawa perubahan kepada Angkatan Tentera dengan melengkapkannya dengan senjata yang moden dan cekap. Selain itu, beliau yang mempunyai pengalaman dalam perang gerila dan mengenali taktik pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga zaman darurat. Beliau juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tentera untuk menjamin keselamatan rakyat. Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan. Tun Abdul Razak dilantik oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan. Sumbangan Tun Abdul Razak yang paling penting adalah berusaha membangunkan Malaysia. Tujuan Tun Abdul Razak adalah untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Oleh itu, beliau telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang merangka pembangunan negara secara berperingkat melalui Rancangan-rancangan Malaysia dari 1970 hingga 1990. Oleh itu beliau berusaha meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA. Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development Authority (FELDA) merupakan idea cetusan Tun Abdul Razak yang bertujuan untuk meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih cekap dan berkesan. Antara projek terawal yang dilaksanakan oleh FELDA ialah pembukaan rancangan tanah Lembah Bilut (1957) yang meliputi kawasan seluas 22 batu persegi melibatkan perbelanjaan sebanyak $2.5 juta. Melalui rancangan ini setiap peserta diberi tanah seluas tujuh ekar bagi tanaman getah dan tiga ekar tanah dusun. Hari ini FELDA telah menjadi sebuah organisasi raksasa dengan pembukaan lebih setengah juta hektar tanah dan lebih daripada setengah juta orang mendapat manfaat dari FELDA. Tun Abdul Razak juga telah merangka Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik, adil, saksama, liberal dan progresif. Di arena antarabangsa, Tun Abdul Razak juga adalah orang yang bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan konfrantasi yang dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Beliau juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963. Beliau banyak menjadi wakil untuk sebarang rundingan, mesyuarat dan hubungan diplomatik dengan negaranegara luar. Tun Abdul Razak juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negaranegara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Kesimpulan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Beliau telah dianugerahkan gelaran sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Beliau merupakan seorang negarawan yang telah mengabadikan kehidupannya untuk kemakmuran dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia. Beliau juga adalah seorang pemimpin ulung yang berjiwa besar dan setia.

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ WAWASAN 2020 ] Soalan 11 Sejauhmanakah cabaran mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang perlu dihadapi oleh negara Malaysia dalam usaha merealisasikan wawasan 2020.

Pengenalan

Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Idea wawasan ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri keempat, iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan negara ini sebagai sesebuah negara industri yang maju dan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dititik beratkan untuk mencapai kemajuan bersepadu seperti perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai moral dan etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa serta semangat yakin diri bangsanya. Terdapat Sembilan cabaran yang perlu dihadapi oleh negara Malaysia bagi merealisasikan Wawasan 2020.

Isi a) Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang Merujuk kepada sistem sosial yang meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan individu dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu, tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Masyarakat penyayang akan hidup muafakat, saling memahami, hormat menghormati dan saling membantu antara satu sama lain. Masyarakat berbudaya penyayang mengutamakan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri sendiri. Asas pembentukan masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, kasih sayang dalam kekeluargaan dan amalan nilai-nilai murni. Hubungan sesama manusia dalam masyarakat juga ditekankan dalam agama. Kasih sayang dalam masyarakat bermula daripada kasih sayang yang terjalin dalam keluarga. Hubungan baik sesama manusia amat ditekankan dalam agama. Budaya tradisi yang penuh dengan nilai-nilai murni perlu ditonjolkan dan dihayati semula untuk memupuk masyarakat yang bersifat penyayang.

b)

Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu Malaysia menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum

dengan rakyat hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil serta didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Asas kekuatan penting untuk kejayaan sesebuah negara ialah perpaduan yang menjadi cabaran pertama Wawasan 2020. Semua ini telah dilakukan melalui pelbagai dasar kerajaan sepanjang tiga dekad lalu seperti Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Pembangunan Nasional sebagai usaha mewujudkan perpaduan kaum dan rakyat yang beridentitikan Malaysia.

c)

Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram, dan keyakinan Masyarakat Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha untuk mencapai kecemerlangan,

sedar terhadap semua kemampuan yang ada, tidak mudah mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain. Masyarakat Malaysia perlu berbangga dengan pencapaian dan berani menghadapi pelbagai masalah. Rakyat Malaysia yang memiliki dan menghayati ciri-ciri tersebut akan menjadi sebuah bangsa gagah yang sentiasa berusaha untuk memajukan negara sehingga dapat mengangkat martabat bangsa dan negara di persada antarabangsa serta mampu mematahkan serangan musuh dengan mudah.

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

d)

Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang Malaysia perlu mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang dan prinsip

demokrasi yang menjadi amalan boleh dijadikan contoh oleh kebanyakan negara membangun yang lain.Sebuah masyarakat yang matang dapat dilahirkan sekiranya dipupuk dan dibina. Masyarakat demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan.Rakyat yang rasianol akan menggunakan hak-hak demokrasi dengan bijak . Perasaan tidak puas hati dan teguran disalurkan melalui saluran tertentu secara berhemah dan bersifat membina.

e)

Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika Etika melibatkan tingkah laku atau perangai yang berkait rapat dengan tabiat dan kelakuan

manusia. Tabiat dibina di atas tiga unsur, iaitu ilmu, kemahiran, dan keinginan. Bagi membentuk etika yang baik, seseorang perlu mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keinginan yang tinggi.Ketiga-tiga unsur penting itu perlu diasah dan dipupuk sekaligus dihayati bagi melahirkan rakyat Malaysia yang dinamik dan berusaha untuk meningkatkan hasil kerja yang cemerlang.Kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang, keberkesanan sistem pendidikan, dan keunggulan sistem kekeluargaan juga menjadi sumber untuk membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika.Falsafah Pendidikan Negara contohnya, bertujuan untuk melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis.

f)

Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertolenrasi Masyarakat yang matang mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara

melulu.Mereka akan membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka menerima perubahan dan pandangan orang lain.Masyarakat yang bertolenrasi dapat digambarkan melalui kebebasan yang dianuti oleh setiap rakyat untuk mengamalkan adat resam, kepercayaan, dan kebudayaan masing-masing tanpa menjejaskan kesetiaan kepada negara.Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan merupakan langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertolenrasi.

g)

Mewujudkan masyarakat yang maju dan saintifik Masyarakat maju ialah masyarakat progresif yang dapat menyerap segala perubahan

persekitaran agar dapat mencapai kecemerlangan. Masyarakat yang maju tidak boleh terpisah

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

daripada masyarakat saintifik. Penguasaan ilmu pengetahuan berunsurkan sains dan teknologi merupakan ukuran kemajuan sesuatu bangsa.Masyarakat yang maju dan saintifik mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti, kreativiti dan inovatif.Malaysia seharusnya mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan dan turut sama menyumbang kepada tamadun saintik dan teknologi masa depan.

h)

Menjamin masyarakat yang adil dan saksama dalam bidang ekonomi Pengagihan kekayaan negara dilaksanakan secara adil dan saksama dengan mewujudkan

perkongsian secara bersama dalam segenap masyarakat. Masyarakat yang dibentuk itu akan menghapuskan pengenalan kaum yang berdasarkan fungsi ekonomi yang diwarisi dari zaman penjajah serta kemunduran kaum dari sudut ekonomi.Kerajaan telah melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan ekonomi untuk menjamin keadilan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun.

i)

Memupuk dan membina masyarakat yang makmur Masyarakat yang makmur ialah masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan

mempunyai taraf hidup yang tinggi.Masyarakat makmur juga bermaksud tidak ada anggota masyarakat yang hidup dalam kemiskinan. Pendapatan isi rumah dan pendapatan negara juga berada pada tahap yang tinggi. Malaysia perlu mempunyai kekuatan ekonomi untuk bersaing, dinamik, giat, dan kental dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang untuk menjadi masyarakat yang makmur.

Kesimpulan Kesimpulannya, Wawasan 2020 akan terus memacu kemajuan negara. Dasar-dasar kerajaan adalah bertujuan merealisasikan Wawasan 2020. Kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan negara dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara.

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ PERHUBUNGAN LUAR ] Soalan 12 Malaysia telah banyak memainkan peranan dan sumbangan dalam ASEAN sejak

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

penubuhannya hingga tahun 1990-an.Bincangkan pernyataan ini.

Pengenalan

Dasar luar negara Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan negara jiran tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini, iaitu ASA dan MAPHILINDO gagal. Usaha ini akhirnya berhasil setelah Deklarasi Bangkok dimeterai pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Association of South East Asian Nations (ASEAN).

Isi a ) Peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN Malaysia merupakan negara terawal menyedari kerjasama serantau demi keselamatan negara-negara serantau di Asia Tenggara dan mencatuskan idea penubuhan

ASEAN.Kesedaran Malaysia adalah berdasarkan scenario politik,ekonomi dan sosial rantau Asia Tenggara rata-rata negaranya baru merdeka, mengalami ketidakstabilan politik, warisan ekonomi penjajah yang tidak seimbang, perpecahan penduduk dan keadaan sosial yang tidak kukuh. Dalam Mesyuarat Menteri Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada November 1971, Deklarasi Kuala Lumpur telah ditandatangani bagi mewujudkan zon aman , bebas, dan berkecuali (ZOPFAN).Tujuan penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan tidak bersekongkol dengan mana mana kuasa besar sama ada dari blok Barat atau blok Timur. Konsep ZOPFAN teruji apabila Veitnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN berusaha mengatasi masalah ini dengan mengadakan mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk.Melaysia telah memainkan peranan sebagai orang tengah dalam isu Kemboja ini. Veitnam telah bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan dan mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982. Dalam mesyuarat pada tahun 1984,Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN merupakan Zon Bebas Senjata Nuklear melalui Perjanjian SEANWFZ.Ini bermakna rantau ini tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan serta kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi,namun perkembangan ke arah kerjasama ekonomi agak perlahan.Negara-negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek perindustrian,contohnya Projek Baja Urea di Bintulu (Sarawak) dan Acheh (Indonesia). Kerjasama ekonomi ASEAN juga cuba dilaksanakan melalui ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992. Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop kerjasama ekonomi dengan melibatkan China ,Jepun, dan Korea Selatan. Idea yang dikemukakan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad dikenali sebagai East Asian Economic Caucus(EAEC). Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara-negara maju terutamanya Amerika Syarikat, tetapi usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secara tidak rasmi terus diadakan melalui konsep ASEAN +3. Konsep ASEAN +3 ini merujuk pada kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara-negara Timur,iaitu China, Jepun, dan Korea.Menteri-Menteri Luar negara tersebut dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan. Dalam bidang sosial, kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tubuhnya Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).Contohnya,pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang,Malaysia.Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan.Dalam bidang pelancongan, kerjasama dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.

Kesimpulan Peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat dalam menjalin kerjasama serantau .Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyak rancangan yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama.

SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA [1800 2000]

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

BAHAGIAN B : SEJARAH ASIA TENGGARA

TEMA 1 : MASYARAKAT [ INSTITUSI PEMERINTAHAN ] Sejauh manakah peranan raja dan pembesar dalam sistem pemerintahan di Thailand sebelum kedatangan kuasa Barat

Pengenalan

Sebelum campur tangan kuasa-kuasa Barat pada abad ke-19, negara-negara Thailand telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Sistem ini meletakkan raja sebagai ketua pemerintahan tertinggi sesebuah negara, pemimpin yang paling berkuasa , dan menjadi perantara rakyat dengan tuhan serta menguasai seluruh ekonomi negara dan menjadi golongan yang menduduki lapisan teratas dalam stratifikasi sosial masyarakatnya. Raja merupakan pemimpin kerajaan dan dianggap devaraja iaitu wakil dewa dan jelmaan tuhan di bumi untuk memimpin. Raja-raja di Thailand bukan sahaja memainkan peranan yang sangat penting dalam aspek politik, ekonomi , sosial, dan agama bahkan raja berperanan sebagai simbol penyatuan rakyat di samping menjaga keamanan dan mentadbir negara dengan bantuan golongan pembesar .

Isi Peranan Raja dari segi politik: Seorang ketua pentadbir yang berkuasa mutlak.Berkuasa melantik pembesar. Raja dianggap sebagai dewaraja yang dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha. Kedudukan raja disahkan oleh golongan Brahmin bertanggungjawab menjalankan pelbagai upacara

keagamaan. Raja melantik golongan Brahmin sebagi penasihat agama. Raja sebagai penggubal undang-undang .Titah raja menjadi undang-undang yang perlu dipatuhi. Raja berkuasa menjatuhkan hukuman bunuh tanpa dipersoalkan

Peranan Raja dari segi social Raja sebagai sebagai pelindung kepada rakyat. Raja sebagai lambing perpaduan masyarakat tempatan sesuai sebagai penaung kepada pengembangan agama Buddha. Raja dikenali sebagi Tuhan kehidupan sesuai dengan konsep Dharmaraja dengan pelbagai gelaran seperti Dhaoi Chiwit (Raja Nyawa) dan Chao Phaendin (Tuhan Tanah)

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Peranan raja dari segi Ekonomi Raja berkuasa ke atas semua tanah kerajaan dan menganugerahkan tanah kepada kerabat diraja untuk ditadbir. Raja menguasai sumber ekonomi pungutan cukai, hasil pertanian , dan kegiatan perdagangan Raja berkuasa ke atas balak dan beras. Bagi menjamin bekalan ekonomi dan kawasan pedalaman berterusan Raja Thailand mewujudkan hubungan baik dengan kawasan pengeluran ekonomi. Raja melantik pegawai untuk menguruskan kegiatan ekonomi bagi pihaknya.Raja bertanggungjawab menentukan dasar ekonomi negara. Raja menentukan hubungan diplomatik untuk tujuan perdagangan. Raja berkuasa mutlak ke atas nyawa, tanah dan harta rakyat

Peranan pembesar Di Thailand pembesar golongan bangsawan ( Nai ) yang digelar Khunnang dan kerabat diraja dipanggil Chao. Pembesar pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja dan melaksnakan tugas-tugas dalam bidang kuasa sebelum kedatangan Barat. Kedudukan pembesar sangat penting selepas raja dalam hieraki pemerintahan kerana membantu raja dalam urusan pemerintahan. Raja tidak berupaya untuk melaksanakan urusan pemerintahan secara bersendirian. Pembesar di Thailand merupakan wakil kepada raja dalam menjalankan pemerintahan. Peranan pembesar diberi kuasa untuk mentadbir wilayah bagi pihak raja seperti Samuha Nayok. Peranan pembesar bertanggungjawab terhadap hal ehwal tanah, hal ehwal istana dan kewangan bagi melicinkan pentadbiran

Kesimpulan Peranan raja amat penting dalam pemerintahan di Thailand. Selain peranan raja , peranan pembesar juga penting dalam menguruskan pentadbiran di Thailand.Selepas kedatangan British di Thailand, sistem pemerintahan beraja masih dikekalkan, namun menerima perubahan iaitu apabila Rama VII , Raja Prajadhipok menerima sistem

pemerintahan raja berpelembagaan dan sistem ini terus kekal sehingga sekarang.

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

TEMA 1 : MASYARAKAT [ INSTITUSI PEMERINTAHAN ] Soalan 2 Pihak penjajah telah menguasai pentadbiran di Vietnam, kesannya kuasa pembesar tempatan telah tergugat. Bincangkan peranan pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Barat.

Pengenalan Golongan pembesar memainkan peranan yang penting dalam tampuk pemerintahan sesebuah negara. Merupakan tulang belakang dalam sistem politik sesebuah negara kerana

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

mereka bertanggungjawab dalam membantu pemerintahan yang dijalankan oleh raja atau maharaja. Golongan pembesar di Vietnam merupakan pegawai kerajaan yang dilantik oleh maharaja untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu. Sistem pembesar di Vietnam terbahagi kepada beberapa kelas atau peringkat dan mempunyai gelaran tertentu. Pembesar kanan merupakan golongan yang paling rapat dengan maharaja dan mendapat kepercayaan. Diikuti oleh pembesar wilayah atau daerah dan akhir sekali pembesar peringkat kampung.

Isi Terdapat perbezaan yang agak ketara antara pembesar Vietnam berbanding dengan pembesar tempatan di negara-negara lain di Asia Tenggara. Vietnam di bawah Maharaja Gia Long merupakan sebuah kerajaan pusat san segala urusan kerajaan berpusat di Hue. Mereka tidak berhak memungut cukai, manakala gaji mereka dibayar oleh Maharaja. Kuasa pemerintahan dan kutipan cukai terletak pada golongan Mandarin atau Quan yang mendapat pangkat dalam ajaran Confucius.

Kelayakan penting dalam melantik seorang pembesar. Pendidikan yang diutamakan adalah sistem pelajaran Confucius yang mementingkan daya ingatan dan hafalan. Hanya pemilik ijazah kedoktoran sahaja diberikan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Sistem pembesar pada zaman Dinasti Nguyen merupakan satu sistem pentadbiran yang sistematik dan efisien. Maharaja Gia Long dibantu oleh enam Kementerian atau Quan yang diketuai oleh golongan Mandarin. Kementerian tersebut ialah Kementerian Hal Ehwal Awam, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Upacara,Kehakiman,Kewangan dan Peperangan. Kesemua Quan mempunyai kedudukan istimewa dalam sistem pentadbiran kerajaan.

Terdapat sebuah Noi Cac atau Majlis Tertinggi yang dipengerusikan oleh Maharaja dan Enam orang Ketua Quan. Bertanggungjawab memberi pandangan kepada Maharaja dalam semua hal yang berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran. Majlis ini juga medan dalam menyelesaikan masalah dan perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat kementerian.

Di peringkat daerah, golongan pembesar menjalankan tugas demi melicinkan pentadbiran daerah.Tugas utama mereka ialah menjaga keselamatan dan ketenyeraan wilayah

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

serta mengutip cukai. Tugas utama ialah menjaga keselamatan dan ketenteraan wilayah serta mengutip cukai. Mereka juga wajib menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat. Mereka perlu menyelesaikan hal-hal berkaitan dengan kehakiman. Pembesar wilayah mengambil dan melatih tentera untuk mempertahankan negara.

Golongan pembesar yang paling rendah kuasa ialah pembesar peringkat kampung atau Komun.Mereka mendapat kepercayaan daripada kerajaan pusat untuk menjaga keamanan , ketenteraan dan penguatkuasaan undang-undang di kampong masing-masing.

Kesimpulan: Sistem pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Perancis merupakan satu sistem yang tersusun dan sempurna. Dalam corak pentadbiran Perancis , Mandarin yang tidak berkhidmad dengan penjajah akan dipindahkan ke Annam. Pentadbiran peringkat tertinggi diambil alih oleh pegawai Perancis. Jawatan rendah diisi penduduk tempatan yang menerima pendidikan Perancis. Kesannya golongan Mandarin kehilangan kuasa.

TEMA 1 : MASYARAKAT [ SISTEM SOSIAL] Soalan 3

Sistem sosial yang diamalkan oleh masyarakat di Vietnam dan Indonesia menunjukkan pembahagi masyarakat yang jelas. Bandingkan susun lapis masyarakat di kedua-dua buah negara tersebut.

Pengenalan Masyarakat di Vietnam dan Indonesia mengamalkan sistem sosial yang berasaskan sistem feudal, berbentuk piramid dan bersusun lapis. Susun lapis masyarakatnya, terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Di Vietnam susun lapis masyarakatnya banyak dipengaruhi daripada sistem feudal di China dan ajaran Confucius. Manakala di Indonesia mengikut kerajaan yang memerintah. Susun lapis ini semakin jelas selepas kemunculan kerajaan Islam di Sumatera dan Pulau Jawa.

Isi

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

1.

Persamaan Raja kedua-dua masyarakat berada pada kedudukan paling atas dalam susun lapis

masyarakat dan berkuasa mutlak.Raja mewarisi takhta secara warisan.Raja dianggap suci dan perlu ditaati. Di Vietnam seorang raja wajib mendapat pendidikan Confucius dan bertanggungjawab kepada rakyat . Di Acheh raja merupakan ketua agama Islam dan menjadi pelindung kepada rakyat. Golongan bangsawan merupakan kumpulan yang paling dipercayai oleh raja dan mempunyai kedudukan yang baik/ istimewa dalam masyarakat. Jawatan penting dalam kerajaan dikuasai oleh golongan ini.Mereka bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga kebajikan masyarakat , mengetuai upacara agama dan menjalankan tugas raja. Di Vietnamgolongan ini lebih dikenali sebagai golongan Quan atau mandarin. Mereka terdiri daripada golongan cendiakawan yang mesti lulus peperiksaan awam.Di Acheh golonagan ini lebih dikenali sebagai Uleebalang yang sangat dihormati oleh masyarakat kerana ketinggian ilmunya dan menjadi tempat rujukan masyarakat setempat, selain daripada ulama. Rakyat merupakan golongan paling bawah. Kebanyakan daripada mereka adalah petani yang mengusahakan tanah golongan bangsawan. Mereka juga menjalankan kegiatan pertanian secara sara diri khususnya penanaman padi sawah di samping aktiviti kelautan.

2. Perbezaan Susun lapis masyarakat di Vietnam terikat dengan ajaran Confucius dan Buddha. Manakala di Acheh dan Mataram dipengaruhi oleh ajaran Islam. Di Vietnam berlakunya mobiliti masyarakat dalam kalangan rakyat biasa sekiranya mereka lulus peperiksaan awam China.Mereka berpeluang menjadi pegawai tinggi kerajaan.Di Indonesia tidak berlakunya mobiliti sosial dalam kalangan rakyat. Maharaja Vietnam dianggap sebagai anak syurga atau wakil tuhan yang dapat mandat dari syurga untuk memerintah di muka bumi. Manakala sultan atau raja di Indonesia( Acheh dan Jawa ) merupakan khalifah Allah dalam memerintah sesebuah kerajaan Islam.Di Pulau jawa sultan dianggap istimewa, mempunyai sifat luarbiasa, dianggap berdaulat serta tidak boleh diderhakai. Golongan mandarin/ bangsawan di Vietnam merupakan cendiakawan yang lulus peperiksaan awam di China dan mampu menguasai ajaran Confucius dengan baik.. Manakala priyayi di pulau jawa mewarisi daripada keturunan keluarga diraja atau kerabat diraja.

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Kesimpulan Susun lapis kedua-dua masyarakat jelas menunjukkan pembahagian antara golongan yang memerintah dan diperintah. Susun lapis ini mengalami perubahan apabila penjajah Barat memperkenalkan sistem pentadbiran/ dasar mereka dikedua-dua negara.

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [PELUASAN KUASA ASING] Soalan 4 Bincangkan peristiwa yang membawa kepada tercetusnya Perang Inggeris-Myanmar 1 pada tahun 1824.

Pengenalan Merupakan peristiwa penting, sebagai titik peralihan dlm sejarah negeri Burma. Tamat Dasar Pemencilan dan mengakui keutuhan kuasa-kuasa Barat.

Isi Sebab-sebab berlaku Peperangan :

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

(i) Dasar Perluasan Wilayah oleh Burma : Pada tahun 1784, Burma menakluki Arakan menyebabkan orang Arakan melarikan diri ke Benggala. Mereka menggunakan Chittagong untuk menyerang balas orang-orang Burma. Tentera Burma sering memasuki wilayah India kerana memburu orang Arakan, menimbulkan masalah sempadan.

(ii) Kegagalan Hubungan Diplomatik : Pihak British di India berusaha menyelesaikan pertikaian. British menghantar perwakilan ke Burma pada tahun 1796, tahun 1798 dan tahun 1803 tetapi gagal. Burma enggan mengadakan hubungan yang sama taraf.

(iii) Pemberontakan Chin Byan, 1811 : Burma menuduh British memberi bantuan kepada pemberontak, hubungan menjadi tegang. British menghantar John Canning bagi menyelesaikan pertikaian.

(iv) Campur Tangan Burma di Assam, Manipur dan Cachar Pada tahun 1817, Burma campur tangan di Assam. mengarahkan Jeneral Bandula menakluki Assam. Raja Bagidaw

Seterusnya Burma campur tangan di

Manipur dan Cachar. Raja Manipur dan Cachar meminta bantuan British.

(v) Penaklukan Pulau Shahpuri pada tahun 1823 : Pada tahun 1823, Burma menawan Pulau Shahpuri, dibantah oleh British. Burma membuat persiapan untuk berperang.Pada tahun 1824, British mengisytiharkan perang ke atas Burma.

(a)

Perjanjian Yandabo, 1826 : Burma kehilangan wilayah Assam, Arakan dan Tenasserim.Burma tidak akan campur

tangan di wilayah2 British.Burma bersetuju menerima Residen British dan menghantar wakilnya ke Culcutta.Burma akan membayar ganti rugi kpd British.

Kesimpulan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Sikap agresif dan keengganan mengadakan hubungan dengan British merupakan sebab utama.Malangnya hubungan British-Burma tetap renggang, meletus semula peperangan.

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [PENENTANGAN TERHADAP KUASA ASING] Soalan 5 Pangeran Diponegoro telah memainkan peranan penting dalam gerakan penentangan terhadap pemerintahan Belanda di Pulau Jawa pada awal abad ke -19. Bincangkan

Pengenalan Penglibatan Belanda di Indonesia telah mencetuskan tindak balas daripada penduduk tempatan khususnya di Jawa, Sumatera, Acheh dan Maluku. Perang Diponegoro atau Perang Jawa merupakan penentangan terbesar rakyat Indonesia terhadap pemerintahan Belanda. Pemimpin utama penentangan ini ialah Diponegoro iaitu seorang putera dari keluarga Diraja

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Jogjakarta. Perang ini meletus dari tahun 1825 hingga 1830 dan dilihat sebagai gerakan nasionalisme peringkat awal di Indonesia. Terdapat beberapa sebab Diponegoro memimpin gerakan menentang pemerintahan Belanda

Isi i) Masalah pewarisan takhta kerajaan Diponegoro merupakan putera sulung kepada Sultan Amangku Buwono III. Beliau sepatutnya mewarisi takhta pemerintahan selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 1814. Diketepikan atas alasan ibunya orang kebanyakan. Adik tirinya iaitu Djarot telah ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan dengan gelaran Sultan Amangku Buwono 1V oleh Stamford Raffles. Raffles berjanji akan melantiknya selepas kemangkatan Djarot. Selepas kemangkatan Djarot pada tahun 1822, beliau sekali lagi diketepikan sebagai pemerintah. Belanda melantik waris Djarot iaitu Raden Menol yang berusia dua tahun sebagai pemerintah Jogjakarta. Diponegoro hanya dilantik sebagai pemangku sultan sehingga Raden Menol berusia 21 tahun. Diponegoro merasakan Belanda telah mempermainkannya dan cuba melancarkan pemberontakan ke atas pihak Belanda

ii)

Pembatalan Kontrak Sewa Tanah

Kontrak Sewa tanah telah diperkenalkan oleh Stamford Raffles di Pulau Jawa pada tahun 1811 1816. Kontrak ini membenarkan orang-orang Cina dan Eropah mengikat kontrak dengan golongan bangsawan tempatan untuk menyewa tanah milik mereka di Pulau Jawa. Sistem ini memperlihatkan keadaan petani yang mengusahakan tanah-tanah ini menjadi buruh paksa bagi orang Eropah dan Cina. Belanda melihat system ini sebagai satu penindasan terhadap golongan petani lalu membatalkannya atas arahan Van der Capellan. Pembatalan tersebut menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan bangsawan kerana mereka kehilangan punca pendapatan. Pembatalan ini juga menyebabkan pengusaha Eropah dan Cina memulangkan semula tanah kepada tuan tanah dan meminta wang pendahuluan mereka dikembalikan. Golongan bangsawan gagal memulangkan wang pendahuluan tersebut kerana telah habis dibelanjakan. Keadaan ini juga turut melibatkan Pangeran Diponegoro yang terpaksa membayar ganti rugi kepada penyewa tanah di kebun kopinya sebanyak 60 ribu rial. Hal ini menyebabkan Diponegoro tidak berpuas hati kerana beliau terpaksa mengerahkan petani bekerja lebih kuat untuk beliau membayar kembali tuntutan tersebut.Keadaan ini juga menyebabkan petani tidak berpuas hati dengan dasar baharu Belanda ini.

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

iii)

Ratu Adil atau Putera Pembebas

Diponegoro seorang yang alim dan dianggap sebagai pemimpin agama oleh masyarakat tempatan. Beliau juga menganggap dirinya membawa wahyu Allah untuk berjihad menentang penjajah iaitu menghalau orang kafir dari tanah airnya. Tujuannya adalah untuk memulihkan pemerintahan Islam di Pulau Jawa yang dianggap telah tercemar dengan kedatangan Belanda dan agama Kristian. Beliau juga dianggap sebagai ulama dan digelar Ratu Adil yang bermaksud Putera Pembebas yang akan menyelamatkan umat Islam daripada penindasan dan kekejaman penjajah Belanda. Justeru, Diponegoro telah memimpin kumpulan penentang yang terdiri daripada masyarakat tempatan dalam melancarkan perang jihad ke atas Belanda

iv)

Pembinaan jalan merentasi makam diraja

Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina sebatang jalan dari Jogjakarta ke Mangelang melalui tanah Diponegoro dan juga makam raja-raja Jogjakarta, iaitu makam nenek moyangnya yang dianggap keramat.Beliau berasa terhina malah berpendapat tindakan Belanda sebagai penghinaan terhadap keluarganya dan juga mencabuli kesucian Islam. Diponegoro telah mengambil tindakan mencabut papan tanda pembinaan jalan tersebut dan digantikan dengan mata tombak serta merosakkan peralatan untuk pembinaan jalan tersebut. Tindakan Diponegoro ini merupakan sebab semerta yang membawa kepada meletusnya Perang Jawa pada bulan Julai 1825.

v)

Diponegoro mengetuai penentangan

Belanda menjemput Diponegoro untuk berunding sebaliknya beliau menghantar wakilnya Pangeran Mangkabumi.Belanda tidak berpuashati dan mengarahkannya ditangkap tetapi gagal. Diponegoro melarikan diri ke hutan dan menggunakan taktik perang gerila untuk menentang Belanda. Pasukan Diponegoro kemudiannya menyerang pertahanan Belanda di Jogjakarta dan mencapai kemenangan. Residen Jogjakarta kemudiannya menawarkan perdamaian kepada Diponegoro namun tidak diendahkannya. Pada 1830 Diponegoro bersedia untuk berunding dengan Belanda namun ditangguhkan kerana bulan puasa. Ketika rundingan pada Hari Raya Aidilfitri 1830 beliau telah ditangkap dan dibuang negeri ke Makasar, Sulawesi dan mangkat di sana pada 1855

Kesimpulan Diponegoro telah memainkan peranan penting dalam penentangan terhadap pemerintahan Belanda di Pulau Jawa. Ketokohan peribadinya serta kedudukannya sebagai putera raja

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

ditambah dengan sentiment antiasing dan penindasan yang dilakukan orang Cina menjadikan rakyat tempatan menyahut usaha Diponegoro menentang pihak Belanda. Walaupun penentangan ini gagal menggulingkan pemerintahan Belanda namun ianya telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme rakyat Indonesia khususnya di Pulau Jawa menentang penjajahan asing.

TEMA

TRANSFORMASI

MASYARAKAT

PENGUBAHSUAIANDALAM

PENTADBIRAN, EKONOMI DAN PENDIDIKAN ] Soalan 6 Penguasaan kuasa asing terhadap Indonesia menyebabkan berlaku perubahan dalam pentadbiran tempatan dan membawa kesan yang signifikan dalam pentadbiran kedua-dua negeri tersebut. Jelaskan

Pengenalan Pada abad ke-17, kepulauan Indonesia telah mengalami perubahan dalam pentadbirannya dengan kehadiran Belanda yang berpusat di Betawi(Jakarta). Pada tahun 1799, pihak Belanda telah membubarkan Syarikat Hindia Timur Belanda dan melantik seorang Gabenor Jeneral bagi menyusun semula pentadbiran di Pulau Jawa.

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Isi

Dengan kedatangan Belanda, pemerintah tempatan semakin terhimpit. Pentadbiran yang diperintah oleh sultan tidak dapat mengawal pepecahn dalam kerajaan Mataram. Perpecahan ini melibatkan pemerintahan Susuhunan di Surakarta dan sebuah lagi di bawah pimpinan Sultan Deyok di Jakarta. Pihak Belanda cuba mengawal institusi ketua daerah (bupati) di Jawa. Pihak Belanda cuba mengurangkan peranan dan pengaruh golongan Bupati. Pada tahun 1819, Baron Van Der Capellan dilantik sebagai Gabenor

Jeneral.Pembaharuan yang dibuat oleh Capellan telah membangkitkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduj tempatan kerana tindakannya yang menamatkan system kontrak sewa tanah yang dibuat oleh golongan bangsawan Jawa. Golongan bangsawan menghadapi kesulitan untuk menyelesaikan hutang akibat pembalatan kontrak sewa tanah tersebut manakala petani pula hilang pekerjaan. Perasaan tidak puas hati ini sampai kemuncaknya apabila berlaku Perang Jawa pada tahun 1825 hingga 1830 di Jogjakarta dan Surakarta di bawah pimpinan Diponegoro. Sistem Tanaman Paksa telah diperkenal selepas tamatnya Perang Jawa pada tahun 1830. Melalui system ini, Belanda menggunakan sepenuhnya keuntungan yang diperoleh untuk membayar hutang dan memulihkan ekonomi negaranya tanpa melakukan apa-apa perubahan terhadap rakyat Indonesia yang tertindas. Dasar Liberal yang diperkenalkan pada tahun 1870 bertujuan untuk membuka Pulau Jawa kepada perdagangan bebas dan memperbaik taraf hidup petani. Dasar Etika pula diperkenalkan bagi menggantikan Dasar Liberal yang gagal menyelesaikan masalah petani di Jawa.Melalui Dasar Etika beberapa pembaharuan telah dibuat. Sebagai contoh,dari segi pentadbiran, Undang-undang Pembahagian Kuasa Pusat,(1903) telah diwujudkan.Mengikut undang-undang ini, sebuah Majlis Perbandaran dan Daerah akan ditubuhkan. Majlis Perbandaran dan Daerah akan dianggotai oleh pegawai Belanda,orang Indonesia, dan orang Cina. Pengalaman Perang Jawa menyebabkan Gabenor Jeneral cuba berbaik-baik semula dengan pembesar tempatan.Pada tahun 1874, system pentadbiran tempatan disusun semula. Proses melatih penduduk tempatan dalam bidang politik dimulakan dengan penubuhan Volksraad (Dewan Rakyat) dan mempunyai ahli seramai 39 orang yang dilantik oleh raja Belanda.

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Kesimpulan Perubahan pentadbiran yang diperkenal oleh Belanda di Indonesia telah menimbulkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Indonesia. Kemunculan pepimpin seperti Seokarno telah membantu mempercepat proses berkerajan sendiri dan bebas daripada cengkaman Belanda.

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ PENGUBAHSUAIAN DALAM PENTADBIRAN, EKONOMI DAN PENDIDIKAN ] Soalan 7 Penguasaan kuasa asing terhadap Myanmar menyebabkan berlaku perubahan dalam pentadbiran tempatan dan membawa kesan yang signifikan dalam pentadbiran kedua-dua negeri tersebut. Jelaskan

Pengenalan Di Myanmar, pemerintah Dinasti Konbaung menghadapi cabaran besar pada abad ke19.Kekalahan Myanmar kepada British dalam Perang Inggeris-Burma III(1885) telah menamatkam penguasaan Dinasti Konbaung. -British seterusnya telah membuat beberapa perubahan dalam system pentadbiran tempatan. Isi

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Sistem pemerintahan beraja atau monarki dihapuskan. British menjadikan ketiadaan putera raja yang layak untuk ditabalkan sebagai pewaris takta kerajaan sebagai alasan untuk menghapuskan system beraja di Myanmar. Sistem pentadbiran tradisional yang lain seperti Myothugyi dan Thaithugyi, Hutdaw, dan Thatnabaing dihapuskan. Desakan daripada penduduk Myanmar agar system Thatnabaing dikekalkan juga telah ditolak oleh British. Pada tahun 1889, Undang-undang Kampung Myanmar diperkenalkan untuk membolehkan pelaksanaan Majlis Kampung dikuatkuasakan.Seorang ketua kampong akan dilantik sebagai pegawai kerajaan. Antara tugas ketua kampong ialah mengekalkan ketenteraman awam dan mengutip cukai. Wilayah Pegu dibahagi kepada lima buah daerah dengan setiap daerah diketuai oleh Pesuruhjaya Daerah berbabgsa Inggeris.Daerah-daerah pula dibahagi kepada bandar-bandar kecil di bawah seorang Pegawai Bandar atau Myo-ok. Pada tahun 1897, pemerintahan British di Myanmar telah melakukan perubahan terhadap system pentadbiran di peringkat pusat. Di peringkat pusat, pentadbiran diketuai oleh Leftenan Gabenor.Leftenan Gabenor yang pertama ialah Arthur Phayte. Sebuah majlis diwujudkan iaitu Majlis Perundangan yang terdiri daripada pegawaipegawai kerajaan dan ahli-ahli yang dipilih untuk membantu Leftenan Gabenor. Pada tahun 1937, Myanmar dipisahkan daripada pentadbiran India dan mempunyai perlembagaannya sendiri. Perlembagaan itu mencadangkan pembentukan dua buah dewan bagi parlimen iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Separuh daripada ahli Senat dipilih oleh Gabenor dan ahli Dewan Perwakilan dipilih sepenuhnya oleh penduduk Myanmar.

Kesimpulan

Perubahan pentadbiran British di Myanmar telah menimbulkan semangat nasionalisme yang akhirnya telah membawa kepada kemerdekaan Myanmar.

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA [ FAKTOR KEMUNCULAN ] Soalan 8 Golongan intelektual memainkan peranan penting dalam kebangkitan dan perkembangan gerakan kesedaran di Indonesia pada akhir abad ke -19 dan awal abad ke-20. Bincangkan.

Pengenalan Golongan intelektual yang kebanyakkannya terdedah kepada pendidikan barat memainkan peranan yang penting dalam kebangkitan dan perkembangan gerakan kesedaran, menyatukankan rakyat yang berpecah belah , dan berjaya membentuk satu gerakan kebangsaan menuju ke arah pencapaian kemerdekaan masing-masing. Peranan mereka dalam perkembangan dan pencapaian kemerdekaan tidak boleh disangsikan. Golongan intelektual ini membekalkan kepimpinan bagi gerakan kesedaran nasionalis di negara masing-masing. Peranan golongan intelektual dalam kebangkitan dan perkembangan nasionalis di Indonesia.

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

1.

Golongan intelektual tidak berpuas hati dengan pemerintahan Belanda yang

mengamalkan dasar diskriminasi dalam peluang pendidikan, pekerjaan, dan pentadbiran. Mereka ingin membela nasib golongan bawahan yang tertindas dan diperas oleh golongan Belanda dan orang Cina. G. Kahin pernah menyatakan bahawa golongan intelektual ini adalah golongan yang , acutely dissatisfied, cramped and frustrated. Intelektual yang mula-mula membangkitkan kesedaran tentang pentingnya pendidikan ialah Raden Adjeng Kartini. Bagi memajukan kaum wanita, beliau telah menubuhkan sebuah sekolah bagi anak-anak pegawai Indonesia. Beliau diikuti oleh Dr. Mas Wahidin Soediro Hoesoedo yang mengasaskan Budi Utomo untuk mencapai kemajuan kebudayaan dan pendidikan orang Jawa.

2.

Gerakan kesedaran seterusnya dipelopori oleh Omar Said Tjokroaminoto yang

memimpin Sarekat Islam. Sarekat Islam ialah sebuah parti massa pertama di Indonesia. Perjuangannya mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat . Ianya bertujuan untuk memajukan kedudukan sosio-ekonomi dan kepentingan agama islam masyarakat Islam Indonesia.Selepas tahun 1916 Sarekat Islam menuntut kerajaan sendiri melalui cara perlembagaan.

3.

Intelektual Indonesia yang berjaya membawa Indonesia ke arah pencapaian

kemerdekaan ialah Sukarno. Sukarno, pemimpin utama Parti Nasionalis Indonesia mengamalkan cara tidak bekerjasama dengan Belanda untuk mencapai kemerdekaan. Sukarno sedar bahawa Indonesia tidak akan mencapai kemerdekaan secepat mungkin selagi tiada perpaduan di kalangan parti-parti yang ada.Usaha beliau ke arah perpaduan telah berjaya membawa terbentuknya Pemuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia, terdiri daripada gabungan beberapa buah parti utama. Perjuangan Sukarno yang radikal menyebabkan beliau telah ditangkap. Ini tidak sekalipun melemahkan semangat perjuangannya.Apabila dibebaskan , beliau telah menyertai Partindo dan membawa ke arah perjuangan radikal.

4.

Peranan Kiyai Haji Ahmad Dahlan dan Kiyai Hashim Ashari yang beraliran agama

memberi motivasi dan pendorong ke arah perjuangan kemerdekaan. Kiyai Haji Ahmad Dahlan telah menubuhkan Muhammadiyah yang menekan pentingnya menyebarkan Islam berdasarkan al Quran sebagai pegangan hidup. Kiyai Hashim Ashaari pula telah menubuhkan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Nahdatul Ulama iaitu sebuah parti konservatif pada tahun 1926 yang berjuang menyebarkan ajaran ortodoks islam.

5.

Semasa Jepun di Indonesia, Sukarno berpura-pura menyokong Jepun demi mencapai

kemerdekaan.Selepas Jepun menyerah kalah, Sukarno dan pemimpin-pemimpin lain seperti Hatta dan Sjharir meneruskan perjuangan kemerdekaan. Golongan intelektual ini mendesak Kerajaan Belanda supaya memberi kemerdekaan. Akhirnya Belanda mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia selepas berlakunya beberapa pemberontakan dan rusuhan. Sukarno dilantik sebagai Presiden yang pertama sementara Mohamad Hatta menjadi Presiden Menteri yang pertama.

Kesimpulan

Peranan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran di Indonesia tidak boleh dipersoalkan. Peranan mereka dalam membangkitkan dan memperjuangkan kemerdekaan adalah besar dan bermakna. Golongan ini menggunakan beberapa cara dengan harapan mencapai impian mereka. Ada yang mendedahkan kelemahan dan penindasan melalui bahan media, ada yang ingin menggunakan cara perlembagaan, dan ada pula yang ingin menggunakan cara revolusi dan militan. Dalam apa jua cara pun, kita boleh membuat kesimpulan bahawa golongan intelektual ini membekalkan kepimpinan dan bertindak demi kepentingan Negara dan bangsa.

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA [ PARTI POLITIK DAN PERSATUAN ] Soalan 9 Huraikan peranan dan sumbangan Young Men Buddhist Association (YMBA) dalam gerakan nasionalisme di Myanmar.

Pengenalan Pemerintahan dan pembaharuan British di Myanmar. Latar belakang dan pengasas Persatuan Belia Buddha (YMBA) Peranan dan sumbangan Persatuan Belia Buddha dalam gerakan nasionalisme di Myanmar 1 Peringkat awal (1909-1916) Merupakan pertubuhan reformasi dalam bidang sosial dan budaya Kecenderungan kepada kegiatan pembangunan pendidikan dan kesusasteraan Konsep perjuangan ialah Buddha Penyelamat kita dan Raja

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Menerbitdkan akhbar Thuriya

Kegiatan sehingga tahun 1916 Memberikan tumpuan kepada pengajian agama, kesenian dan kesusasteraan Mendirikan sekolah-sekolah mengikut sistem barat tetapi menitikberatkan pengajian

agama Buddha Menuntut hak pelajaran yang sama kepada rakyat

Peringkat Kedua (1916-1919) Pemimpin lebih radikal dan mengubah haluan perjuangan Antara faktor perubahan ialah zaman kemelesetan akibat Perang Dunia Pertama dan

kata-kata Woodrow Wilson tentang hak-hak Negara di dunia untuk menentukan nasib negara sendiri

Kegiatan sehingga tahun 1919 Menimbulkan isu kasut Melancarkan protes kerana orang Barat memakai kasut ketika memasuki kuil dan

pagoda Mendapat sokongan kuat daripada golongan pongyi British mengeluarkan undang-undang melarang pemakaian kasut di kuil dan pagoda

Kegiatan sehingga tahun 1920 Mula terlibat dalam gerakan politik British memperkenalkan Sistem Diarki di India British meluluskan laporan Montagu-Chelmford di India tetapi tidak dilaksanakan di

Myanmar YMBA menyokong mogok para pelajar di Universiti Rangoon YMBA menyertai Majlis am Persatuan-persatuan Myanmar (GCBA) Kesimpulan YMBA memainkan peranan penting dalam meningkatkan semangat nasionalisme di Myanmar YMBA berjaya menyatupadukan masyarakat dan memelihara tradisi agama Buddha

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ PEMBINAAN NEGARA BANGSA] Soalan 10 Bincangkan bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan yang diamalkan di Thailand selepas tahun 1932.

Pengenalan Thailand merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan monarki berperlembagaan. Ia merupakan satu sistem pemerintahan yang diamalkan sejak tahun 1932. Mulai tahun 1932, rakyat Thai telah berjaya menamatkan sistem pemerintahan monarki mutlak. Sebagai gantinya, golongan yang merampas kuasa telah menubuhkan bentuk pemerintahan demokrasi dengan mengekalkan raja sebagai ketua negara. Isi Raja Thailand bertindak ketua bagi tiga komponen utama kerajaan iaitu badan Eksekutif, badan Legislatif dan badan Judiasiary.

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Badan Eksekutif adalah badan pembuat dasar kerajaan Thailand yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Beliau juga mengetuai kabinet kerajaan. Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet yang lain terdiri daripada parti yang memenangi majoriti dalam pilihan raya. Raja Thailand pula bertindak melantik Perdana Menteri. Badan legislative atau perundangan mengandungi dua dewan yang dinamakan Majlis Nasional ( Rathasapha) yang terdiri daripada Dewan Perwakilan ( Sapha Phuthaen Ratsadon ) yang mengandungi 480 orang anggota dan senat ( Wuthisaph ) seramai 150 orang anggota. Dua dewan ini berperanan untuk menetapkan undang-undang negara. Ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya. Sebuah lagi badan ialah kehakiman, yang bebas daripada badan Legislatif dan badan Eksekutif. Kesimpulan Walaupun sepanjang tahun 1932 hingga 1963 berlaku banyak rampasan kuasa, namun bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan tetap diamalkan oleh pemerintah Thailand. Politik Thailand hanya dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan misteri Raja Ananda, namun ia tidak mengubah sistem pemerintahan demokrasi Thailand. Kesinambungan waris pemerintahan raja Thailand tetap diterukan sehingga sekarang. Di Thailand, raja adalah dihormati. Ia menjadi institusi penting bagi penyataan negara. Ia juga adalah tonggak kestabilan negara apabila sistem demokrasi gagal menyelesaikan masalah politik dalaman Thailand

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ SUMBANGAN TOKOH] Soalan 11 Nilaikan sumbangan Phibun Songkhram terhadap Thailand.

Pengenalan Phibun Songkhram memainkan peranan penting dalam revolusi Thailan 1932. Beliau telah membantu kerajaan Pya Bahol mengatasi rampasan kuasa yang dianjurkan oleh Putera Boworadet. Phibun Songhkram mewakili pihak tentera sering bertelagah dengan Pridi dari pihak awam. Beliau muncul sebagai pemimpin yang kuat apabila menggunakan tentera untuk menjalankan rampasan kuasa sehingga berjaya memegang jawatan Perdana Menteri beberapa kali. Isi

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Sumbangan Phibun Songkhram memainkan peranan penting dalam perjuangan nasionalisme di Thailand. Pada tahun 1933, memainkan peranan menamatkan pemberontakan golongan bangsawan di bawah pimpinan Putera Bovaradet yang ingin memulihkan kekuasaan raja. Pada tahun 1938, beliau telah dilantik menjadi Perdana Menteri menggantikan Pya Bahol yang meletak jawatan. Pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan :Semasa Perang Dunia Kedua, beliau telah bekerjasama dengan Jepun untuk mengelakkan Thailand diserang dan dijajah dan mendapatkan semula hak kekuasaan ke atas wilayah yang pernah dikuasai seperti Indochina,Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Pada tahun 1947 setelah kembali sebagai Perdana Menteri, beliau menghidupkan kembali sistem demorakrasi dengan membentuk perlembagaan pada tahun 1949. Pada tahun 1951, beliau telah memansuhkan perlembagaan 1949 kerana berasakan yang perlembagaan tersebut tidak mengekalkan kekuasaannya dan mengembalikan Perlembagaan 1932. Beliau bertanggungjawab mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan ancaman pengaruh komunis dan penghapusan aktiviti orang Cina di bawah Akta Thai-Activities, menutup sekolah dan surat khabar Cina . Mementingkan pencapaian ekonomi masyarakat tempatan dengan memperkenalkan Akta Perkapalan dan Kanun Hasil Negara. Dari sudut sosial, beliau melarang rakyat Siam berkahwin dengan orang Kristian tanpa kebenaran. Penganutan agama Buddha disamakan dengan semangat patriotism terhadap Negara. Menukarkan nama Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.

Kesimpulan Sumbangan terpenting Phibun Songkhram ialah menggerakkan nasionalisme melampau bertujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi rakyat dan negara. Phibun Songkrham menjalankan dasar anti_Cina untuk menggalakkan orang Thai menceburi bidang perniagaan dan perdagangan. Phibun Songkrham menjadi diktator tentera yang memegang kuasa mutlak dalam segala-gala hal sehingga beliau hilang sokongan dalam kalangan pegawai kerajaan dan rakyat.