Anda di halaman 1dari 14

KEPENTINGAN APLIKASI AUTOCAD DALAM INDUSTRI AUTOMOTIF, PEMBINAAN DAN ELEKTRIK/ELEKTRONIK

NAMA: MOHD. FIKRIL HADI BIN MOHD. ZAINOL AZLIN KAD MATRIK: 06PKM12S2007 KURSUS: DIP. KEJURUTERAAN MEKANIKAL PENSYARAH: EN. MOHAMMAD MOKHTAR B. PADELI

ISI KANDUNGAN

BAB

MUKASURAT

PENGENALAN

KEPENTINGAN APLIKASI AUTOCAD DI DALAM INDUSTRI

2.1

AutoCAD dalam Bidang Automotif

2.2

AutoCAD dalam Bidang Pembinaan

2.3

AutoCAD dalam Elektrik Dan Elektronik

3 PENUTUP

13

4 RUJUKAN

14

1.0

Pengenalan Pada era millenium ini, perkembangan teknologi berlaku dengan pantas. Hampir semua

aspek kehidupan mula disentuh dengan teknologi. Teknologi adalah sebagai jalan pintas disamping dapat memudahkan kerja. Pelbagai inovasi tidak henti-henti dilakukan bagi meningkatkan penggunaan dan pelaksanaan teknologi dalam kehidupan manusia. Lukisan Terbantu Komputer atau lebih dikenali sebagai Computer Aided Drafting (CAD) merupakan satu perisian komputer yang menyumbang kepada penghasilan lukisan kejuruteraan. Perisian CAD akan menjalankan arahan-arahan yang diberikan, manakala perkakasan komputer melaksanakan perisian komputer. Dr. Ivan Sutherland dari Institut Teknologi Massachusetts merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menghasilkan lukisan dan reka bentuk melalui sistem CAD pada tahun 1964. Sistem ini mampu menghasilkan produk yang berkualiti, cepat dan menjimatkan kos. Di samping itu, perkembangan sistem CAD menyumbang kepada pembangunan pesat pelbagai bidang, lantas menyebabkan CAD menjadi pilihan utama kepada jurutera dan pereka bentuk. AutoCAD merupakan sebuah program CAD yang cukup dikenali oleh kalangan jurutera dan pereka bentuk kerana menawarkan pelbagai kemudahan dan kelebihan. AutoCAD terbukti dapat mempermudahkan kerja para jurutera dan pereka bentuk dalam memvisualisasikan idea mereka. AutoCAD dicipta atau dikeluarkan oleh Autodesk Corporation pada tahun 1982. Mulai dari pertama kali diciptakan sehinggalah produk terbaru dilancarkan. AutoCAD terus

mengalami perkembangan dan mempunyai peranan besar dalam perkembangan teknologi CAD. Disamping itu, perisian AutoCAD keluaran 2007 juga berkemampuan untuk membentuk gambar 2D atau 3D.

AutoCAD merupakan program aplikasi yang digunakan untuk menggambar dan membuat reka bentuk, seperti membuat model, gambar arkitektur, mesin, sivil, elektro, pembuatan dan lain-lain. Dengan program AutoCAD, proses rekabentuk akan menjadi lebih mudah, cepat dan tepat. AutoCAD mempunyai kemudahan yang sangat lengkap. Sebuah reka bentuk yang dibuat dengan AutoCAD mudah untuk diedit bila masih ada kesilapan dan kekurangan, mempunyai layout gambar yang sangat variatif, skala boleh diubah-ubah dan disesuaikan dengan saiz kertas. Dengan menggunakan sistem AutoCAD ini dapat meringankan kerja jurutera kerana mereka hanya perlu untuk menentukan data dan memprogramkannya. Selain itu, risiko dalam melakukan kesilapan dapat dikurangkan, misalnya kesilapan yang disebabkan oleh salah pentafsiran gambar atau salah menterjemahkan ukuran gambar dalam suatu sistem koordinat. Hal ini bertujuan untuk memendekkan waktu penyelesaian dan waktu penyiapan suatu produk. Kebaikannya ialah sewaktu diperlukan perhitungan yang statik atau dinamik, pengiraannya akan jadi lebih mudah. Proses AutoCAD ini akan menghasilkan basis data design yang terdiri dari data geometri (ukuran) dan data non-geometri seperti bills of material, keperluan peralatan dan data-data lain yang berguna bagi penggunaan pereka data.

2.0

Kepentingan Aplikasi AutoCAD di dalam Industri

2.1

AutoCAD dalam Bidang Automotif Industri automotif merupakan salah satu industri pertama yang menggunakan robot

yang diatur oleh komputer dalam pengeluaran kenderaan. Dalam rangka meningkatkan produktiviti dan penurunan kos, pelaku industri perlu untuk menukar pekerja dengan mesin yang ditetapkan oleh komputer. Sejak itu, penggunaan ICT telah tersebar luas di semua bahagian dari pembuatan mulai dari proses perancangan, pengeluaran sehingga pemasaran. Proses perancangan sebuah produk baru melalui program rekabentuk AutoCAD dapat merancang secara cepat, mudah dan mempunyai ketepatan tinggi. Contohnya, untuk menggambar bentuk reka bentuk kereta diperlukan waktu yang lama dan agak sukar apabila dilakukan secara manual, tetapi dengan program AutoCad semua itu dapat diatasi. Malahan, program ini dapat menggambarkan bentuk nyata sebuah reka bentuk kereta dilihat dari pelbagai sudut (3 dimensi). Oleh itu, percubaan ketahanan kenderaan boleh dilakukan dan di simulasikan dengan komputer. Tugas-tugas ini akan memerlukan jumlah pekerja yang sangat banyak jika dilakukan tanpa bantuan sistem komputer bersepadu. Selain itu, dengan perancangan yang berbentuk digital, maka proses pengeluaran akan menjadi lebih mudah dan cepat untuk diagihkan ke seluruh pusat pengeluaran. Pada tahap pengeluaran, semua syarikat automotif menggunakan robot yang dikendalikan oleh komputer dengan program Computer Numerical Control (CNC) dan Computer Aided Manufacture (CAM) kerana mempunyai kelajuan, kemampuan dan ketelitian yang lebih tinggi.

b) a)
a) Lakaran AutoCAD 2D; b) Model 3D AutoCAD dapat menghasilkan produk kereta yang mempunyai nilai estetika

2.2

AutoCAD dalam Bidang Pembinaan Industri pembinaan turut menggunakan perisian AutoCAD secara meluas untuk melukis pelan, pengiraan bentuk, analisis kejuruteraan dan membuat model rekabentuk. Kalau dulunya kita memerlukan peralatan serta meja melukis untuk menghasilkan suatu lukisan kejuruteraan, tetapi dengan adanya perisian seperti AutoCAD, kita sudah boleh melupakan semua itu dan hanya memerlukan satu set kelengkapan termasuk sebuah komputer dan mesin pencetak lukisan. Aplikasi ini akan menjadikan kerja kita bertambah tepat serta pantas jika dibandingkan dengan sebelumnya. Reka bentuk awal sesuatu rancangan pembinaan akan menggunakan aplikasi AutoCAD yang berbantukan komputer untuk menghasilkan lukisan lengkap sesuatu yang hendak dibina itu.

Cara kerja konvensional sebelum ini mengambil masa untuk disiapkan tetapi boleh dipercepatkan dengan penggunaan AutoCAD. Selain itu, keputusan yang dihasilkan oleh sistem AutoCAD adalah lebih tepat dan tiada ralat yang disebabkan oleh manusia. Begitu juga dalam pembinaan infrastruktur sebagai contoh pembinaan jalanraya, jambatan, bangunan dan kerja-kerja yang melibatkan bidang kejuruteraan,

para jurutera dan pereka bentuk akan menggunakan perisian AutoCAD bagi membantu serta memudahkan kerja-kerja reka bentuk dalam bidang masing-masing.

Peranti bantu CAD sangat diperlukan, dan software yang paling popular digunakan dalam seni bina dan interior adalah ArchiCAD dan AutoCAD. Dengan menggunakan ArchiCAD dalam perancangan, seorang arkitek akan lebih mudah untuk menyampaikan idea dan dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Dengan ArchiCAD boleh digunakan untuk menggambar 2D dan visual 3D sekaligus dengan menampakkan realistik dan arkitektur (perspektif dan isometrik dari pelbagai sudut pandang / multiview). Sementara itu, dengan AutoCAD boleh dibuat gambar kerja sukar dan potongan bebentuk vektor yang tepat serta fleksibel untuk penerbitan antara pasukan dalam suatu projek kerana gambar boleh dicetak dengan pelbagai skala dengan menggunakan plotter. Gambar dari AutoCAD juga mudah diterbitkan/ dieksport ke perisian lain. Tambahan pula, dengan adanya kelebihan fungsi undo dan redo, ia membolehkan pereka memadam kesalahan yang dilakukan dengan cepat. Dalam masa yang sama fungsi ini dapat membandingkan gambaran sebelum dan selepas sesuatu rekaan yang dihasilkan melalui CAD. Jika suatu reka bentuk kelihatan tidak menepati kehendak, maka fungsi undo dan redo boleh diaplikasikan.

Gambar 2.2.1 Lakaran AutoCAD Civil 3D

Gambar 2.2.2 Lakaran AutoCAD 2D

2.3

AutoCAD dalam Elektrik Dan Elektronik Contoh pemakaian AutoCAD / CAM dalam bidang elektrik dan elektronik adalah seperti

berikut: Pembuatan diagram skematik elektrik dan diagram wiring Perancangan printed circuid board (PCB) Perancangan integrated circuit LSI (very large integration) dan VLSI

2.3.1 AutoCAD banyak digunakan untuk menarik karya seni papan litar bercetak. Kaedah yang diterangkan di sini tidak hanya untuk orang-orang yang bekerja tetapi digunakan untuk papan mudah dan kompleks. Lukisan ditukar Gerber menggunakan ASM Artwork Penukaran Software 500. Berikut adalah contoh yang digunakan bagi satu BPA dua belah bahagian iaitu lembaga dua sisi yang memerlukan beberapa filem foto alat. AutoCAD lapisan yang perlu ditakrifkan adalah: Padmaster (PADM): pad untuk komponen dan Vias Kesan sampingan pateri (SOLD): kesan litar di sebelah pateri PCB Komponen kesan sampingan (COMP): kesan litar di sebelah komponen PCB Silkscreen (SILK): menggariskan komponen, nombor bahagian dan pengenalan lembaga Penjajaran sasaran untuk semua lapisan: Sasaran (SASARAN)

Mengapa Mengadakan Cara Ini? Organisasi ini telah dibangunkan supaya lembaga maklumat fabrikasi boleh diekstrak daripada pangkalan data lukisan. Lapisan padmaster mengandungi maklumat diperlukan untuk membuat:

Topeng pateri Mentakrifkan bukaan pada lapisan plastik pelindung. Pad terdedah dan kesan dilindungi. Jika lukisan betul dianjurkan, topeng pateri boleh diperolehi dari lapisan padmaster. Kedai papan fabrikasi meningkatkan dimensi pad sedikit dan replots data untuk mendapatkan nilai kelegaan yang diperlukan antara pad dan topeng. Bor Data Lubang digerudi melalui pusat setiap pad untuk menampung pin komponen. Maklumat gerudi tidak perlu dibuat dalam AutoCAD, tetapi boleh diekstrak dari lapisan padmaster. Tempat Ujian Lembaga Bare Lokasi titik ujian untuk membina katil kuku dan untuk menjana program ujian lembaga kosong boleh diperolehi dari fail Gerber padmaster. Menubuhkan Lukisan Anda Gunakan snap grid jika mungkin. Pengecualian akan menjadi papan ujian bulat dan beberapa papan flex yang tidak mematuhi grid segiempat. Kebanyakan BPA fabrikasi peralatan berjalan mengenai peraturan berasaskan grid. Tanya fabrikator papan anda apa saiz grid disokong. Bergantung kepada kepadatan reka bentuk, snap grid mungkin berbeza-beza dari 0.010 inci kepada 0.001 inci. Sebaik sahaja kesempatan menggunakan AutoCAD adalah bahawa anda boleh menetapkan mana-mana saiz grid yang anda mahu. Jika anda bekerja dengan bahagian-bahagian metrik anda boleh menarik langsung dalam milimeter atau menubuhkan grid dalam inci bersamaan dengan grid metrik yang betul.

2.3.1 Gunakan snap grid supaya lukisan anda akan menjadi lebih mudah untuk dijana

10

Gunakan Blok untuk Kilasan PCB tipikal mempunyai beratus-ratus kepala bagi pin komponen dan Vias. Walaupun anda boleh menarik pad pada setiap AutoCAD sebagai donat atau bulatan, terdapat satu cara yang lebih berkesan untuk photoplot pad. Ia adalah untuk menggunakan kilat Gerber bagi setiap pad. Entiti terdekat AutoCAD untuk flash adalah satu blok. Satu lukisan pendekatan akan menentukan blok bagi setiap jenis kilat. Pertama menentukan saiz dan bentuk pad anda. Dalam contoh kita bermuka-muka kita akan mempunyai 0,050 pusingan untuk Vias, pad 0,060 persegi untuk pin 1 pada komponen, pad 0,060 pusingan bagi pin komponen, 0,250 x 0,050 pad segiempat untuk penyambung pinggir, dan sasaran penjajaran. Walaupun sasaran tidak benar-benar pad, ia sentiasa perlu pemimpinpemimpin supaya koordinat rujukan boleh diekstrak untuk data gerudi. Seterusnya menguntukkan blok nama yang unik dan deskriptif untuk setiap pad. Setiap blok kemudian akan menggunakan Gerber D-kod. Nama blok perlulah pendek tetapi deskriptif.

11

Pad Dimensions .060 .060 .050 .150 .250 x 0.050

Shape circle square circle target rectangle

Block Name RND60 SQ60 RND50 TARGET RE250X50

CAD kebanyakannya digunakan untuk reka bentuk peranti semikonduktor VLSI dalam bidang elektronik. Pendekatan ini boleh digunakan untuk menjana corak topeng litar yang kompleks dalam cara yang sangat dipermudahkan. Kelebihan utama pakej ini adalah bahawa ia boleh digunakan pada PC dan sangat cekap. Perisian ini sangat berguna menimbangkan kos, kemudahan ketersediaan dan kemudahan penggunaan. Ia boleh digunakan dengan berkesan untuk aplikasi dalam peranti semikonduktor filem nipis. AutoCAD perisian membolehkan anda reka bentuk, menggambarkan, dan mendokumenkan idea anda dengan jelas dan cekap. Dari berkuasa pemodelan 3D melalui dokumentasi yang teguh dan alat visualisasi, perisian AutoCAD menyediakan kuasa dan fleksibiliti untuk bekerja dengan lebih produktif.

12

Gambar 2.3.2 Litar bersepadu VLSI

Gambar 2.3.3 Layout PCB diplot terus ke plotter melalui serial port

3.0

Penutup Sebagai kesimpulan, perisian AutoCAD adalah amat berguna dalam mereka bentuk

sesuatu sistem yang dapat mendatangkan manfaat terhadap pengguna. Penggunaan sistem ini dapat meningkatkan efisiensi industri automotif, pembinaan dan elektrik/elektronik. AutoCAD juga boleh membantu dengan proses pembinaan mulai dari awal proses bahan mentah hingga penyimpanan produk akhir di gudang setelah menjadi produk. Selain merangkumi rekabentuk produk, sistem ini dapat merangkumi dalam proses pembuatan. Penggunaan AutoCAD semakin luas digunakan dalam konsep jaringan yang konstruktif untuk mengatasi masalah antara pihak-pihak yang memerlukan data produk, teknologi informasi dengan internet atau jaringan akan sangat membantu integrasi data yang diperlukan dalam waktu yang pantas.

13

4.0

Rujukan

1. http://id.wikipedia.org/wiki/Teknologi_Informasi_Komunikasi diakses pada 26 Februari 2013. 2. http://ti-blog92.blogspot.com/2012/01/manfaat-ict-atau-teknologi-informasi.html diaksespada 26 Februari 2013.

3. http://dita-spenlos.blogspot.com/2012/03/peranan-tik-dalam-industri.html diakses pada 26 Februari 2013.

4. http://www.scribd.com/doc/75646369/CAD-cam diakses pada 26 Februari 2013. 5. http://alfarch.wordpress.com/2012/12/page/2/ diakses pada 28 Februari 2013.

14