oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masingmasing.
Dato Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu SeMalaya kelak.
Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhanpertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru.
Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.
UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan cabaran. Ia dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui.
Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka.
Di bawah rancangan British, dasar pro-Melayu sebelum Perang akan dirombak sekaligus, dan orangorang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang mendatang, iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi perlindungan dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa ini adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-Raja Melayu.
Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan adalah amat menggemparkan. Jika sebelum ini orang-orang Melayu berpecah-pecah dengan berbagai sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu. Kebangkitan ini merupakan reaksi yang spontan dengan orangorang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara.
Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan menguntungkan golongangolongan lain yang lebih maju.
Nasionalisme Melayu sebelumnya agak malap kerana wujudnya penduduk berbilang kaum sebagai factor penghalang, penekanan oleh penjajah, tendensi masyarakat Melayu untuk berpecah-belah mengikut negeri, ketiadaan kesedaran politik yang meluas serta terdapat kemakmuran ekonomi yang membolehkan kehidupan sederhana kepada sebilangan besar rakyat.
Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk menjaga keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk asal kepada kawasan ini. Seluruh penentuan hidup di negara ini sekarang ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan nasionalisme Melayu.
Tetapi nasionalisme ini bukan suatu yang sempit kerana telah diperluaskan untuk merangkumi lain-lain kaum demi perpaduan dan kestabilan negara. Di peringkat awal pergerakan kearah kemerdekaan adalah disedari tidak mungkin bagi sesuatu kaum memaksakan politiknya dan menolak kenyataan hadirnya kaum-kaum lain yang juga berhak untuk menyertai dalam politik negara. Usaha-usaha dibuat bagi mengeratkan kerjasama di antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Kemenangan telah diperolehi oleh kedua-duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang kemerdekaan.
Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum. Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi. Maka jelaslah kepada pihak penjajah bahawa kaum-kaum di Tanah Melayu adalah bersatu hati dan boleh merdeka
UMNO lahir atas kesedaran dan kehendak para perwakilan yang menghadiri Kongres Melayu Se-Malaya yang pertama pada 1 4 Mac 1946. Selepas Kerajaan Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945, kerajaan British telah menghantar bala tenteranya untuk menguasai semula Semenanjung Tanah Melayu, dan serentak membawa perubahan redikal terhadap pemerintahan negeri-negeri Melayu. Melalui tipu hela, Raja-raja Melayu telah dipengaruhi supaya menandatangani perjanjian dengan Harold MacMicheal bagi menyerahkan kuasa pemerintahan serta kedaulatan kepada Kerajaan British. Negeri-negeri Melayu bersama Melaka dan Pulau Pinang disatukan di bawah Kesatuan Malaya atau Malayan Union dan ditadbirkan sebagai jajahan takluk British.
Apabila cara pemerintahan baru di Semenanjung Tanah Melayu diumumkan di Parlimen British pada 10 Oktober 1945, maka orang-orang Melayu dari Perlis ke Singapura, melalui persatuan masing-masing, berkumpul dan bersuara membantah penubuhan Malayan Union. Satu perhimpunan besar-besaran yang pertama telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946.
Suatu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyediakan Piagam atau Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) atau UMNO, dan Perlembagaan itu telah diterima oleh
perhimpunan yang bersidang di Johor Bahru pada 11 Mei 1946 dan pada tarikh tersebut UMNO selamat dilahirkan dengan rasminya.
Perjuangan UMNO yang pertama adalah membangkang penubuhan Malayan Union. Melalui akhbarakhbar seperti Utusan Melayu dan Majlis, suara orang Melayu menentang Malayan Union dapat diketahui. Pemimpin UMNO berjaya menasihatkan Sultan-sultan melayu supaya tidak menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan Union yang pertama, Edward Gent, dan secara simbolik memanifestasikan kemarahan dan bangkangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union.
Dua bulan selepas wujudnya Malayan Union, Kerajaan British telah mengubah pendirian dan bersedia mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil UMNO dan Sultan-sultan bagi mewujudkan satu kerajaan persekutuan baru. Rundingan ini berlangsung hingga 21 Januari 1948 apabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dengan wakil kerajaan British yang mengembalikan semula kuasa-kuasa dan kedaulatan Sultan-sultan. Secara rasmi Persekutuan Tanah Melayu dilahirkan pada 1 Februari 1948.
Kerajaan Persekutuan Tanah Malayu ditadbir oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu oleh beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan termasuk Yang Di Pertua UMNO, Dato Onn bin Jaafar yang telah diberi tanggunjawab sebagai Ahli (Member) Hal Ehwal Dalam Negeri. Semasa memegang jawatan itu, Dato Onn telah menubuhkan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan atau Rural and Industrial Development Authority (RIDA) yang bertujuan membantu orang-orang Melayu mencebur dalam bidang perusahaan. Pemerintahan di peringkat Negeri pula adalah di bawah kuasa Menteri Besar dibantu oleh Penasihat British.
Pada bulan Jun 1948 pengganas dari parti Komunis Malaya telah melakukan pembunuhan liar dan pembinasaan terhadap harta awam dan persendirian menyebabkan Kerajaan Persekutuan mengisytihar Darurat pada 16 Jun 1948. Bagi menghadapi ancaman komunis ini, UMNO telah menggembelingkan tenaga orang Melayu lelaki dan perempuan supaya menyertai pasukan bersenjata termasuk polis khas dan pengawal kampong.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu mengandungi peruntukan berkenaan pilihanraya umum bagi membolehkan rakyat memilih wakil-wakil mereka ke Dewan Perundangan dan seterusnya memerintah sendiri sebagai negara merdeka.
Langkah pertama yang dilakukan oleh UMNO adalah berkerjasama dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) bagi merebut kerusi pilihanraya majlis tempatan, iaitu Majlis Munisipal Kuala Lumpur pada tahun 1951. Kerjasama ini telah membawa kejayaan cermerlang dan dengan sokongan yang diberi kemudian oleh Kongres India Malaya (MIC) maka satu gabungan parti yang diberi nama Perikatan (Alliance) telah ditubuh bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama pada 27 Julai 1955 yang berkesudahan dengan Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi bagi Majlis Perundangan Persekutuan. Yang diPertua UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra telah dilantik menjadi Ketua Menteri dan Menterinya terdiri dari wakil rakyat yang dipilih dan juga pegawai pentadbir British yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi.
Dengan kejayaan cermerlang yang dicapai oleh Parti Perikatan, dalam pilihanraya 1955, UMNO terus berazam untuk mendapatkan kemerdekaan penuh. Rundingan demi rundingan telah diadakan di London di antara wakil-wakil Perikatan yang diketuai oleh Yang DiPertua UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra, wakil-wakil Raja-raja Melayu dan wakil-wakil Kerajaan British dan akhirnya persetujuan telah tercapai bagi kemerdekaan Tanah Melayu sebagai Negara yang merdeka dan berdaulat mulai pada 31 Ogos 1957.
Pada 27 Mei 1961 Tunku telah mencadangkan supaya ditubuhkan Melayu Raya dengan merangkumi, Borneo Utara (Sabah), Brunei, Sarawak dan Singapura dan konsep ini diterima baik oleh hampir semua pihak. Suruhanjaya peninjau (Cobbold Commission) dan penyiasat dari Bangsa-bangsa Bersatu telah membuat laporan positif dan setelah diadakan rundingan dengan pihak-pihak yang terlibat, maka Negara Malaysia yang terdiri dari Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura wujud dengan rasminya pada 16 September 1963. Singapura keluar dari Malaysia hamper dua tahun kemudian dan menjadi sebuah Rupublik pada 9 Ogos 1965.
Sebagai Negara merdeka dan berdaulat, UMNO menjadi tulang belakang dalam Kerajaan Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional, dan tidak putus-putus bergerak untuk mengisi makna kemerdekaan.
Usaha membangunkan negara dalam semua bidang dimulakan dengan wujudnya Rancangan Pembangunan Jangkapanjang dan Rancangan pembangunan bagi tiap-tiap lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama (1956-60) hinggalah Rancangan Malaysia Ke-7 bagi 1996-2000.
Tujuan utama Rancangan pembangunan negara adalah, di antara lain, meningkatkan taraf politik dan sosio-ekonomi rakyat, menentukan kesalamatan rakyat dari ancaman musuh baik dari dalam atau luar negari, memperkembangkan ekonomi negara dan menyediakan prasarana yang berkesan.
Pilihanraya umum bagi memilih wakil rakyat untuk Dewan Perundangan Persekutuan telah diadakan pada tahun 1955 dan untuk Dewan Rakyat pada tahun 1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990 dan 1995.
Pilihanraya juga diadakan bagi memilih ahli untuk Dewan-dewan Undangan Negeri.
Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah menang dengan cemerlang setiap kali diadakan pilihanraya Persekutuan dan berjaya memegang teraju pemerintahan berturut-turut semenjak 195Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah menang dengan cermerlang setiap kali diadakan pilihanraya Persekutuan dan berjaya memegang teraju pemerintahan berturut-turut semenjak 1955. Kejayaan ini adalah disebabkan oleh keazaman pimpinan dan anggota UMNO dan sokongan rakyat jelata umumnya terhadap dasar dan program yang disediakan oleh UMNO dan rakan-rakannya.
Ahli-ahli UMNO sebagai pengamal dan penyokong demokrasi, memilih pemimpin mereka di peringkat Cawangan, Bahagian dan Majlis Tertinggi dan persidangan perhimpunan agong juga diadakan tiap-tiap tahun bagi membolehkan ahli-ahli mengetahui perjalanan parti, menentukan dasar-dasar dan mengesan pembangunan negara.
Salah satu agenda tuntutan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh UMNO sejak penubuhannya pada 11 Mei 1946 ialah penguasaan orang-orang Melayu ke atas ekonomi negara sendiri yang ketika itu berada di tangan penjajah dan kaum Cina. Tanah Melayu ketika itu (termasuk Singapura) yang mempunyai penduduk 4.91 juta merupakan bumi yang dikurniakan oleh Allah dengan kekayaan alam seperti bumi yang subur dan hasil bumi yang berharga.
Ekonomi Tanah Melayu pada 1947 bersandarkan kepada getah dan bijih timah di mana 89 peratus daripada pendapatan negara bergantung kepada kedua-dua komoditi ini. Keluaran Negara Kasar Sebenar (RGDP) adalah RM2,982 juta dan dua tahun kemudian meningkat kepada RM3,027 juta, bertambah sebanyak 1.5 peratus.
Bagaimanapun Perang Korea yang meletus pada 1950 telah membawa nikmat kepada penanam getah dan pelombong timah serta ekonomi Tanah Melayu. Purata pertubuhan ekonomi negara dari 1947 hingga 1960 adalah pada kadar 4.5 peratus.
Apabila Tanah Melayu merdeka pada 1957, kepimpinan UMNO dan kerajaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra selaku Perdana Menteri pertama memilih dasar ekonomi pasaran bebas tetapi terpimpin dan memperkenalkan berbagai program pembangunan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat.
Ia bermula dengan rancangan pembangunan lima tahun yang dimulakan dengan Rancangan Tanah Melayu Pertama (1956-60) dan Rancangan Tanah Melayu Kedua (1961-65) dan kemudiannya diteruskan oleh Rancangan Malaysia Pertama (RMK 1-1966-70) RMK 2 (1971-75) dan seterusnya RMK7 yang dilancarkan pada Mei 1996.
Bagi membangunkan penduduk luar Bandar, kerajaan melaksanakan Rancangan Pembangunan Luar Bandar dengan membina jalan-jalan raya, bekalan api dan air, sekolah-sekolah, klinik, masjid dan berbagai kemudahan lagi.
Namun satu masalah sosio-ekinomi yang diwarisi sejak zaman penjajah ialah di tahun-tahun awal kemerdekaan, kedudukan ekonomi yang dicerminkan mengikut kaum iaitu orang-orang Melayu menjadi petani, orang-orang Cina menguasai perdagangan dan perindustrian serta perlombongan manakala orang-orang India menjadi buruh di lading-ladang getah.
Terpinggirnya orang-orang Melayu daripada penguasaan ekonomi Negara menimbulkan kebimbangan di kalangan orang-orang Melayu, khasnya ahli-ahli UMNO. Oleh itu merekamenganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputra yang pertama pada 1965 dan Kongres Ekonomi Bumiputra kedua tiga tahun kemudian. Kebimbangan orang-orang Melayu terhadap masa depan mereka mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa berdarah itu telah melahirkan Dasar Ekonomi Baru (DBE) yang dianggap satu dasar kontroversi tetapi penting. Di bawah DEB, masyarakat Malaysia disusunsemula supaya 30 peratus kekayaan Negara berada di tangan orang-orang Melayu, 30 peratus di tangan orang asing dan 40 peratus di tangan kaum Cina.
Apabila kepimpinan Negara diterajui oleh Datuk Seri Dr Mahathir, Malaysia mula memberi perhatian khusus kepada proses mengubah struktur ekonomi dengan memberi penekanan kepada sector perindustrian dan perdagangan
Dengan itu kerajaan memperkenalkan dasar PersyarikatMalaysia bagi mengatasi masalah birokrasi yang tidak sensitif terhadap dunia perniagaan dan program pembangunan. Di bawah dasar ini sector awam dan swasta menjadi rakan kongsi untuk membangunkan ekonomi Malaysia.
Di awal kepimpinannya Dr Mahathir berusaha memecah tembok psaikologi rakyat Malaysia, khasnya orang-orang Melayu yang terbelenggu dengan kepercayaan kita tidak boleh membuat walaupun jarum, dengan melancarkan projek perindustrian berat Negara yang dimulakan dengan projek kereta nasional, Proton.
Sehingga Malaysia dilanda kemelesetan ekonomi bermula 1083, ekonomi Malaysia masih bergantung kepada sector pertanian dengan getah, kelapa sawit, balak, selain timah menjadi bahan eksport utama. Di waktu inilah kerajaan memperkenalkan dasar penswastaan bagi meningkatkan kecekapan syarikatsyarikat milik kerajaan di samping mengurangkan beban kerajaan yang menanggung syarikat tidak menguntungkan dengan gaji kakitangan yang basar. Sejak itu sehingga 1995, pertubuhan ekonomi Malaysia terus kukuh pada kadar purata 8 peratus setahun.
Pentadbiran Dr Mahathir telah menganjurkan Wawasan 2020 yang akan membawa Malaysia menjadi Negara maju pada tahun 2020.
Menjelang usia UMNO 50 tahun, dunia menyaksikan bagaimana Malaysia bertukar menjadi salah satu naga Asia Timur. Saranan Datuk Seri Dr Mahathir untuk mewujudkan Rundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) adalah untuk menjamin kurun ke-21 merupakan abad rantau ini. Tidak syak lagi, Malaysia akan terus menjadi sebuah Negara yang berpengaruh di dunia dengan kedudukan ekonomi yang kukuh.
Walaupun pada peringkat-peringkat awal, terdapat pelbagai gerakan nasionalisme Melayu yang didukung oleh pelbagai kumpulan, namun gerakan politik Melayu secara besar-besaran hanya muncul apabila tertubuhnya sebuah parti politik yang dikenali sebagai UMNO pada tahun 1946. Tujuan utama penubuhan UMNO pada ketika tersebut adalah untuk melindungi hak-hak dan identiti bangsa Melayu daripada ancaman bangsa-bangsa asing yang menetap di Tanah Melayu pada ketika itu yang timbul akibat daripada pengenalan konsep Malayan Union oleh kolonial British. Kepimpinan tertinggi UMNO pada awal penubuhannya adalah terdiri daripada golongan elit Melayu tradisional yang berlatar belakang administratif dan aristokratik sekular dan tidak terlalu mementingkan perjuangan prinsipprinsip Islam dalam usaha-usahanya mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Selepas penubuhan UMNO pada tahun 1946, peranan Islam di dalam perkembangan politik Melayu menjadi semakin penting. Sejak lewat tahun 1950, Islam bukan sahaja telah dilihat sebagai ejen pembangkit semangat nasionalisme Melayu, malah telah menjadi sumber langsung ideologi politik Melayu pada ketika itu. Hasil usaha-usaha Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dengan sokongan Maahad Il-Ehya Assyarif Gunung Semanggol, PKMM telah berjaya mengumpulkan ramai pemimpin Melayu Islam di Tanah Melayu, kecuali pemimpin-pemimpin UMNO, bagi menyertai satu kongres pada
tahun 1948. Hasilnya, tertubuh satu majlis yang dikenali sebagai Majlis Islam Tertinggi Se Malaya (MATA). Matlamat utama penubuhan MATA adalah bagi menuntut dan melaksanakan perubahan yang radikal terhadap sistem pentadbiran Islam di seluruh Tanah Melayu daripada British. Pada tahun 1948 juga, MATA telah berjaya menubuhkan satu parti politik Islam yang dikenali sebagai Hizbul Muslimin yang bertujuan mendaulatkan Islam di Tanah Melayu. Penubuhan Hizbul Muslimin adalah mengambil inspirasi daripada perkataan Hizbullah di dalam Al-quran serta gerakan Ikhwan Al-Muslimin di Mesir dan gerakan Masyumi di Indonesia.[1] Namun akibat daripada sikap radikal Hizbul Muslimin, pihak British telah mengharamkannya setahun kemudian dengan alasan bahawa parti tersebut menjadi ancaman kepada kestabilan politik di Tanah Melayu.[2] UMNO yang merasa tergugat dengan perkembangan ini telah melantik beberapa tokoh agama bagi membentuk komponen-kompenen agama di dalam parti tersebut. Pada November 1951, melalui Bahagian Agama dalam UMNO, didirikan Persatuan Ulama Se-Malaya yang dipimpin oleh Haji Ahmad Fuad Hassan. Pada tahap awalnya pertubuhan ini adalah bersifat kebajikan dan penubuhannya adalah tertakluk kepada undang-undang tubuh UMNO sendiri. Namun setelah beberapa ketika, Persatuan ini mendapati cita-cita Islam tidak boleh digunakan di dalam UMNO, kerana itu satu parti Islam perlu dilahirkan untuk menyatukan golongan yang mahukan Islam di dalam UMNO. Pertelingkahan yang terjadi antara ahli-ahli UMNO yang menyokong pendirian Persatuan Ulama Se-Malaya dan ahli-ahli UMNO yang lain telah menyebabkan ramai pemimpin Islam di dalam UMNO telah keluar dan bersatu menubuhkan sebuah parti politik yang dikenali sebagai Pan-Malayan Islamic Party pada tahun 1951 yang seterusnya telah dikenali sebagai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) setelah secara rasmi didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 31hb Mei 1955. Penubuhan PAS secara bebas daripada UMNO ini menunjukkan bahawa konflik dan perbezaan pendapat antara PAS dan UMNO telah wujud seawal penubuhan UMNO itu sendiri. Ahli-ahli UMNO yang tediri daripada golongan yang mendapat pendidikan agama dan menyokong Persatuan Ulama Se-Malaya di dalam UMNO melihat bahawa ideologi politik nasionalisme Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO tidak serasi dengan cita-cita politik Islam mereka. Perbezaan pendapat yang menyentuh asas ideologi perjuangan UMNO inilah merupakan titik utama perpecahan di dalam UMNO sehingga mewujudkan parti PAS. Pada period awal penubuhan PAS, perjuangannya lebih menumpukan kepada ideologi nasionalisme Melayu-Islam. Dr. Burhanuddin Al-Helmi yang telah dilantik sebagai Presiden PAS bagi menggantikan Dr. Haji Alias Abbas pada 25hb Disember 1956, sepanjang tempoh kepimpinannya, amat menekankan prinsip-prinsip perjuangan yang mengharmonikan antara faham nasionalisme dan Islam sekaligus. Namun pada sisi PAS nasionalisme dipandang sebagai alat untuk perjuangan Islam dan bukan tujuan utama perjuangannya. Di dalam Falsafah Kebangsaan Melayu, Dr. Burhanuddin menyebut: Islam memandang kebangsaan itu sebagai alat bukan tujuan. Kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan bulat sebagai satu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu bahagian tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi, sebagaimana Islam memandang dunia bukan tujuan tetapi hanya satu alat atau tunggangan yang menyampaikan ke akhirat.[3]
Sepanjang kepimpinannya, Dr. Burhanuddin Al-Helmi konsisten memperjuangkan prinsip nasionalisme Melayu Islam sehinggalah beliau ditahan dibawah ISA, Prinsip ini diulanginya didalam ucapan terakhir, sebelum beliau meninggal dunia, di Mesyuarat Agung PAS pada tahun 1964, beliau menyatakan:
Dalam pergolakan politik di tanah air ini, PAS muncul dengan cita-cita kenegaraan Islam, cita-cita ini wujud dan diperjuangkan berdasarkan keyakinan hidpu beragama dalam kalangan pendukung PAS.*4+ Prinsip-prinsip perjuangan nasionalime Melayu-Islam yang dibawa oleh kepimpinan Dr. Burhanuddin ini bukan sahaja dianuti oleh pemimpin-pemimpin PAS yang lain malah juga didukung oleh seluruh ahli-ahli PAS yang lain, menjadikan zaman kepimpinan Dr. Burhanuddin sebagai salah satu era kegemilangan bagi PAS. Hasilnya pada pilihanraya 1959 PAS telah berjaya menawan 2 negeri iaitu Kelantan dan Terengganu walaupun hayat pemerintahan PAS di Terengganu hanya bertahan selama 2 tahun sahaja.[5] Selepas Dr. Burhanuddin, PAS diterajui oleh Datuk Mohd Asri bin Haji Muda (1962-1982) sebagai Yang di Pertua PAS, semasa Asri PAS gagal menunjukkan kemampuannya untuk begerak sebagai sebuah parti Islam, malah tidak banyak bezanya dengan UMNO sendiri dari segi cita-cita Melayu dan beberapa pemimpinnya tidak memaparkan perwatakan Islam, maka kepada golongan fundamentalis di kalangan ahlinya sendiri, PAS dilihat sebagai tidak menepati kehendak atau idea sebuah pergerakan Islam. PAS pada masa Asri merupakan satu masa peralihan antara fahaman nasionalisme Melayu -Islam kepada fahaman fundamentalis Islam yang mencabar sejak awal 1980-an. Akibat konflik dalaman PAS dan tekanan golongan fundamentalis yang ada didalam PAS, akhirnya Asri telah keluar PAS dan menubuhkan HAMIM pada tahun 1982. Dengan berakhirnya era Datuk Asri maka bermulalah pula era kepimpinan ulamak di dalam PAS yang diterajui oleh Haji Yusuf Rawa yang merupakan bekas Duta Malaysia ke Iran.[6] Selepas Haji Yusuf Rawa, pada 1989 jawatan Presiden PAS diambil alih pula oleh Haji Fadzil Mohd. Nor. Kejatuhan Datuk Asri dalam Muktamar Tahunan PAS ke-28 menyaksikan angin perubahan yang berlaku dalam parti tersebut daripada pendekatan nasionalime-Islam kepada fundamentalime Islam yang radikal yang dipimpin oleh golongan ulamak di dalam PAS. Mauduk perjuangan PAS lebih ditumpukan kepada soal dakwah dan akidah. Justeru soal akidah menjadi justifikasi utama dalam menentukan apa jua perkara yang menyentuh dasar-dasar perjuangan PAS. Kepimpinan sebegini,dihujahkan, sengaja dilaksanakan oleh kepimpinan ulamak di dalam PAS bagi tujuan menghapuskan bayang-bayang kepimpinan lama di bawah Datuk Asri yang telah menyebabkan PAS kehilangan sentuhan perjuangan nasionalisme-Islamnya. Kepimpinan sebegini juga dihujahkan, dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha-usaha untuk mengembalikan keyakinan ahli-ahli PAS yang lain terhadap model perjuangan Islam yang telah dipelopori oleh kepimpinan PAS yang terdahulu sebelum zaman Datuk Asri. Era kepimpinan ulamak yang memperkenal perjuangan fundamentalisme-Islam radikal yang dimulakan oleh Haji Yusuf Rawa dan seterusnya membawa kepada zaman Haji Fadzil Mohd. Nor telah berjaya mencipta beberapa tokoh ulamak yang disegani oleh ahli-ahli PAS dan menjadi lambang cita-cita perjuangan PAS seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Haji Abdul Hadi Awang. Dalam dekad 1990an walaupun masih mengekalkan konsep kepimpinan ulamak, hasil daripada penyertaan golongan-golongan professional
didalam PAS, PAS dilihat sebagai lebih liberal dan terbuka walaupun masih mengekalkan dasar-dasar fundamentalis-Islam dalam perjuangannya.[7] PAS walaupun telah mengalami beberapa anjakan pemikiran sepanjang sejarah perjuangannya seperti yang dibincangkan diatas, namun faktor Islam yang menjadi asas utama dan menunjangi perjuangannya tidak pernah dilupakan oleh pendukung-pendukungnya. Bagi PAS Islam mengatasi segalanya dan segala sesuatu mestilah tunduk dan selaras dengan kehendak-kehendak Islam itu sendiri. Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa politik PAS adalah politik Islam itu sendiri. Dengan kata lain PAS tidak pernah mengamalkan pemisahan, walau sedikitpun, antara politik dan agama, malah Agama Islamlah yang menjadi tunjang utama kepada ideologi politik PAS. Hasilnya PAS telah sepanjang perjuangannya mempunyai ideologi politik yang amat jelas iaitu perjuangan Islam secara keseluruhannya dalam apa jua bidang yang menyangkut kehidupan berpolitik. Pada Dekad 1990-an dibawah pimpinan Haji Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat, PAS mengamalkan dasar yang lebih liberal di dalam perjuangan politik Islamnya, PAS pada dekad ini, dengan kemasukan ramai tenaga-tenaga professional telah berjaya memperjuangkan identiti Islam dengan tidak mengira keturunan bangsa, ingin menghidupkan kesedaran Islam yang tulen, bercita-cita menghidupkan budaya Islam, mahukan sebuah negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam yang diterajui oleh kepimpinan ulamak. UMNO disudut lain, yang ditubuhkan sebagai manfestasi kemuncak perjuangan nasionalime Melayu.[8] Tindakan kerajaan British mengisytiharkan kertas putih mengenai rancangan Malayan Union pada 22 Januari 1946, yang menegatifkan Kuasa-kuasa Raja Melayu serta menidakkan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu telah membangkitkan kemarahan di kalangan orang-orang Melayu. Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1hb Mac hingga 4hb Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghadiri perhimpunan tersebut. Dato Onn Bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Antara usul yang telah diluluskan oleh Kongres tersebut termasuklah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan membantah penubuhan Malayan Union. Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad ( (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO. Pada mulanya UMNO dicadangkan Oleh Dato Onn Jaafar dengan nama Pertubuhan Melayu bersatu atau United Malays Organization. Bagaimanapun Zaaba mencadangkan supaya ditambah perkataan kebangsaan atau national selepas perkataan pertubuhan. Selepas kongres yang pertama tersebut, dua lagi kongres telah diadakan pada 30 dan 31 Mac 1946 bertempat di Pejabat Akhbar Majlis di Kuala Lumpur dan hari kedua di Rumah Persatuan Penang Peranakan Batu Road, Kuala Lumpur. Pada Kongres yang ketiga yang diadakan di Istana besar Johor Bahru pada 11 dan 12 Mei 1946, UMNO telah secara rasmi ditubuhkan. Dato Onn telah dilantik sebagai Presiden UMNO yang pertama, Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan
diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu. Sesuai dengan falsafah penubuhannya yang medukung cita-cita nasionalisme Melayu, perjuangan UMNO pada ketika itu juga sepenuhnya berkisar seputar isu-isu yang berkaitan dengan hakhak keistimewaan orang Melayu, pengukuhan Kuasa Raja-raja Melayu dan juga isu-isu yang berkaitan dengan kemerdekaan Tanah Melayu. Semangat Nasionalisme Melayu yang wujud semasa awal penubuhan UMNO sangat menebal di kalangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO. Keadaan ini dapat lihat apabila cadangan Dato Onn, yang pada masa tersebut merupakan Presiden UMNO, untuk membuka keahlian parti tersebut kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu", telah ditentang oleh hampir keseluruhan pemimpin dan ahli UMNO pada ketika tersebut . Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn akhirnya meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau menubuhkan Parti Negara bagi menggantikan Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955. Sekali lagi, partinya gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya umum. Walau bagaimanapun, beliau masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan 1959. Setelah Dato Onn, UMNO telah diterajui oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1951 , dibawah kepmipinan beliaulah Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957. Pada masa pemerintahnnya, Tunku meletakkan dasar ekonomi liberal iaitu mana-mana individu atau etnik berhak untuk memilikinya. Dasar ini dilihat sesuai dengan system Demokrasi yang diamalkan oelh kerajaan pimpinannya. Beliau tidak mengutamakan sebarang dasar yang membolehkan kerajaan terlibat secara lansung untuk memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu. Dasar ekonomi yang diasaskan oleh Tunku ini nampaknya masih lagi mewarisi model ekonomi neoklasikal dengan membiarkan potensi ekonomi dimonopoli oleh bukan Melayu tanpa had. Hasilnya beberapa syarikat besar asing telah menjadi semakin kukuh kedudukan di Malaysia seperti Guthrie, Sime Darby, Harisson And Crosfield serta lain-lain lagi.[9] Dasar-dasar pemerintahan Tunku ini bertentangan dengan prinsip ideologi nasionalisme Melayu seperti yang menjadi dasar perjuangan UMNO. Pembangunan ekonomi di kalangan Melayu terutamanya pada period-period awal selepas kemerdekaan amatlah penting bagi meningkatkan martabat kaum Melayu di tanah air sendiri. Kealpaan Tunku dalam membangunkan taraf ekonomi Melayu ini telah mendapat reaksi kurang senang di kalangan orang Melayu, namun oleh kerana kedudukan beliau yang berasal dari gologan istana, beliau masih lagi dihormati oleh orang-orang Melayu. Kemunduran ekonomi orang-orang Melayu berbanding dengan bangsa-bangsa lain pada ketika pemerintahan Tunku telah membawa kepada ketidakpuasan orang-orang Melayu yang akhirnya telah
membawa kepada tercetusnya peristiwa 13hb Mei 1969. Ekoran trajedi ini berbagai pihak didalam UMNO telah mendesak Tunku untuk melatakkan jawatannya.[10] Beliau kemudian telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Tun Abdul Razak Hussein. Ketika Tun Razak mula menerajui kepimpinan UMNO, beliau telah berhadapan dengan 3 masalah besar iaitu kemunduran ekonomi Melayu, penguasaan ekonomi oleh orang asing dan masalah etnik yang belum reda. Bagi menangani masalah ini Tun Razak telah menubuhkan Unit Perancang Ekonomi Di Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggung jawabkan untuk membentuk satu dasar ekonomi yang dapat dimanipulasikan untuk kepentingan bangsa Melayu. Hasilnya Dasar Ekonomi Baru telah dilancarkan oleh Tun Razak bagi memastikan pembangunan ekonomi dikalangan orang-orang Melayu.[11] Sepanjang tempoh pemerintahannya, Tun Razak telah melakukan dua penekanan iaitu politik perpaduan dan politik penstrukturan ekonomi. Pendekatan pertama bertujuan mengekalkan kestabilan dan keharmonian dalam masyarakat serta meningkatkan kelancaran interaksi sosial berbagai kaum. Manakala pendekatan kedua bertujuan untuk proses penstrukturan semula ekonomi dan meyeimbangkan pengagihan ekonomi negara, mengurangkan ketaksamaan kaum dari segi penguasaan ekonomi dan melibatkan orang Melayu dalam ekonomi komersial. Tun Razak juga telah melibatkan kerajaan secara langsung dalam usaha membantu meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dengan penubuhan institusi amanah seperti PERNAS, MARA, FELDA, UDA dan lain-lain . [12] Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Tun Razak pada zaman pemerintahannya benar-benar menggambarkan asas perjuangan nasionalime Melayu seperti yang dicita-citakan UMNO pada awal penubuhannya.UMNO pada zaman Tun Razak dilihat telah kembali kepada asas utama perjuangannya iaitu bagi menjamin hak-hak keistimewaan orang Melayu dalam pelbagai bidang terutamanya yang melibatkan bidang ekonomi di tanah air sendiri. Pada Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. Sepanjang pemerintahannya Hussein Onn hanyalah meneruskan dasar-dasar yang telah dimulakan oleh Tun Razak. Kepimpinan politik Hussein Onn memperlihatkan pola kepimpinan monoton. Istilah monoton bermaksud tidak banyak kemampuan secara objektif yang berjaya ditampilkan dalam proses pembangunan parti dan negara, Transformasi pola kepimpinan beliau menyaksikan rentak budaya politik yang perlahan. Usaha beliau hanya kelihatan dalam kesinambungan dasar-dasar yang ditinggalkan oleh Tun Razak sahaja. [13] Perjuangan UMNO sepanjang pemerintahan Tunku Abdul Rahman sehingga kepada Tun Hussein Onn memperlihatkan bahawa UMNO pada period tersebut secara amnya telah telah berjaya melunaskan tanggung jawabnya, sebagai sebuah parti politik yang bertunjangkan ideologi nasionalime Melayu, untuk mengekalkan hak-hak keistimewaan orang Melayu ditanah air sendiri, walaupun terjadinya tragedi 13hb Mei 1969, namun peristiwa tersebut bolehlah dilihat sebagai membawa keuntungan kepda orang-orang Melayu sendiri kerana ternyata selepas kejadian tersbut Kerajaan Persekutuan yang dikuasai oleh UMNO telah melakukan banyak perubahan yang membolehkan orang Melayu mengubah taraf hidup mereka ditanah air sendiri. Dr. Mahathir Mohamad menggantikan Tun Hussein Onn sebagai Presiden UMNO pada tahun 1981. Dr. Mahathir yang telah memegang pucuk pimpinan UMNO dari tahun 1981 hingga tahun 2003 telah
banyak melalui pelbagai peristiwa pahit dan manis didalam UMNO. Namun ketokohan dan karismanya sebagai pemimpin telah membolehkan beliau melalui segala peristiwa tersebut dengan rekod yang cemerlang. Dr. Mahathir layak untuk dinobatkan sebagai nasionalis Melayu sebenar dan The Ultra Malay kerana usaha-usahanya dalam memperjuangkan nasib orang melayu yang sanagt mundur dalam aspek ekonomi teutama hasil peninggalan pemerintahan Tunku. Melalui DEB yang masih ada tempoh 9 tahun pelaksanaannya beliau berusaha secara bersungguh-sungguh untuk membina kembali sosioekonomi Melayu. Tujuannya untuk memastikan supaya Melayu bukan sahaja menaungi politik tetapi juga mampu bersaing dalam bidang ekonomi yang mencabar. Beliau telah melancarkan Dasar Pandang ke Timur iaitu dengan berpaksikan model sosioekonomi masyarakat jepun dan Korea Selatan untuk merubah gaya hidup dan minda sebahagian intelektual dan golongan menengah Melayu yang pernah belajar di barat yang terlalu mengagungkan nilai dan norma kehidupan Barat. Beliau juga telah melancarkan Dasar Persyarikatan dan Dasar Penswastaan sebagai satu langkah baru dan berani. Tujuan Dasar Penswataan adalah untuk melihat lebih ramai orang Melayu terlibat dalam bidang perniagaan yang mampu bersaing dengan orang asing. Di bawah dasar ini peluang-peluang perniagaan diberikan kepada orang Melayu yang berkemampuan dan hasilnya telah berjaya melahirkan ramai jutawan dan Korporat Melayu. Beliau juga telah menukarkan corak ekonomi negara ini daripada negara bersasaskan pertanian kepada negara berasaskan perindustrian.[14] Pada zaman beliau juga telah diperkenalkan program-program Islamisasi sebagai tindak balas daripada tekanan-tekanan yang wujud pada zaman pemerintahannya seperti kemunculan gerakan dakwah, penubuhan ABIM dan kemenangan PAS di Kelantan. Sepanjang era pemerintahan Dr. Mahathir UMNO masih tetap mengekalkan dasar utama perjuangannya iaitu semangat nasionalim Melayu. Dsar perjuangan UMNO tidak pernah berubah dan matlamat utama perjuangan politiknya bagi memperjuangkan adalah semangat nasionalisme Melayu. Selepas Dr. Mahathir meletak jawatnnya pada tahun 2003 tempatnya telah digantikan oleh Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO yang baru. PAS dan UMNO ternyata, daripada latar belakang perjuangan mereka seperti yang dibincangkan di atas mempunyai wadah-wadah ideologi politik yang amat berbeza untuk diperjuangkan. PAS sepanjang perjuangannya tetap mengekalkan ideologi Islamnya, manakala UMNO pula tetap tegar dengan semangat nasionalisme Melayunya. Dua sisi perjuangan ideologi politik yang berbeza ini telah mencetuskan pelbagai insiden antara pengikut PAS dan UMNO. __________________________________________________________
Rujukan [1] Abu Bakar Hamzah, Al-Imam and Politics, dalam Islamika II (Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise, 1982), hlm.131-143.
*2+ Kamarulnizam Abdullah, The Politics of Islam in Contemporary Malaysia, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003, hlm. 43-45. [3] Burhanuddin Al-Helmy, Falsafah Kebangsaan Melayu, Pustaka Semenanjung Bukit Mertajam, 1964. Lihat Kamarudin Jaafar, Dr. Burhanuddin Al-Helmy: Politik Melayu dan Islam, Yayasan Anda Sdn. Bhd., 1980, hlm.14. [4] Ibid., [5] Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Islam Di Malaysia., Jakarta: Gema Insani Press (Jakarta) 1997., hlm. 224 [6] Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Islam Di Malaysia., Jakarta: Gema Insani Press (Jakarta) 1997., hlm. 225 *7+ Mohd Izani Mohd Zain, Islam dan Demokrasi: Cabaran Politik Muslim Kontemporari di Malaysia., Penerbit University Malaya., 2005 [8] Ibrahim Ahmad, Konflik UMNO-PAS Dalam Isu Islamisasi., IBS buku Sdn Bhd., 1989, hlm. 56 [9] Dinamika Kepimpinan Politik UMNO, Jamaie Hamil, Di dalam Demokrasi Kepimpinan dan Keselamatan Dalam Politik Malaysia., disunting oleh Ghazali Mayudin, Jamaie Hamil, Siti daud dan Zaini Othman., Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2006, hlm.108-109. [10] Ibid., hlm.,116 [11] Ibid, hlm,. 118 [12] Ibid., hlm.,119 [13] Ibid., hlm. 121 [14] Ibid., hlm.124
Pada Persidangan Agung UMNO 25 dan 26 Mac 1951 di Kuala Lumpur, wakil
Pemuda UMNO, Encik Abdul S amad Idris (Allahyarham Tan Sri) dari Kuala Pilah dengan semangat yang membakar dan berkobar-kobar membentangkan usul Pemuda UMNO menukar slogan perjuangan UMNO dari 'Hidup Melayu' kepada 'Merdeka' untuk diluluskan oleh badan induk UMNO.
Ulasan pemimpin PAS mengenai kemerdekaan menggambarkan seolah-olah rakyat Malaysia dan penyokong UMNO buta sejarah. Tidak siapa pun yang menolak sejarah bahawa pemimpin lain, selain UMNO turut memperjuangkan kemerdekaan. Namun, perjuangan UMNO tetap utuh dan perlu disanjung. PAS yang lahir selepas kewujudan UMNO pada hakikatnya tidak layak bercakap mengenai kemerdekaan! Semalam, PAS mula menerima hakikat bahawa UMNO memang memperjuangkan kemerdekaan negara. Berbeza dengan kenyataan kontroversi Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu sebelum ini, Setiausaha Agung parti itu Datuk Mustafa Ali memberitahu sidang akhbar di ibu pejabat Pas di ibu negara bahawa parti itu tidak menafikan bahawa Umno memperjuangkan kemerdekaan. Mustafa berkata, terdapat dua kaedah perjuangan menuntut kemerdekaan iaitu secara konfrontasi menolak British dan cara 'peaceful cooperation' (kerjasama damai) yang dilakukan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar. "Kita nak sebut perjuangan (kemerdekaan) tak bermula dengan penubuhan UMNO. PAS juga menolak ideologi dan menolak perjuangan komunis. Perjuangan sudah mula lama sejak Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman (Pahang), Dol Said (Melaka dan Negeri Sembilan), Tok Janggut (Kelantan), dan banyak lagi lain, menentang penjajahan Inggeris," katanya. Dalam buku saya Putera Mahkota UMNO (1995) yang asalnya berdasarkan sebuah tesis untuk ijazah sarjana M. Soc. Sc. (USM, 1982) dengan jelas menyebut bahawa perjuangan kemerdekaan lebih dahulu diperjuangkan oleh kumpulan lain sebelum UMNO. Cuma yang dipertikaikan kini ialah kenyataan Mat Sabu mengagungkan komunis berbanding perjuang di Bukit Kepong.
Mat Sabu di Tasek Gelugor 21 Ogos lepas yang antara lain dipetik sebagai berkata bahawa Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada 1950 sebagai wira atas alasan mangsa yang terkorban adalah polis penjajah British. Dalam Bab Ketiga buku saya bertajuk Merdeka Slogan Tidak Ternilai dengan jelas saya menyebut bahawa kemerdekaan membebaskan tanah air dariapada cengkaman penjajah mucul sejak awal kurun kedua puluh lagi. Al-Imam, majalah bulanan bertulisan jawi yang diterbitkan di Singapura berusia lebih kurang dua tahun setengah, iaitu sehingga 1908, dipimpin oleh Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin, Sayid Sheikh Ahmad Al-Hadi, Haji Abas Mohd Taha dan Sheikh Mohd Salim Al-Kalali, walaupun membincangkan soal bahasa dan ekonomi Melayu, menyebut beberapa faktor utama kemunduran orang Melayu adalah kerana sikap mereka sendiri. Namun ketika pendudukan Jepun, suasana ketika itu memberikan kesan yang mendalam dari aspek nasionalisme Melayu dan gerakan kemerdekaan di Indonesia turut mempengaruhi semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu. Golongan yang paling menonjol dan mendapat galakan Jepun dalam soal politik ialah kumpulan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada bulan Mei 1937.
KMM lahir daripada usaha pelajar-pelajar di Maktab Perguruan Sultan Idris yang bergerak secara sulit, pada mulanya terdapat tiga kumpulan radikal yang berpecah, Sebelum terbentuknya KMM kumpulan ini berpadu dulu dalam Belia Malaya, bagaimanapun terpaksa dibubarkan kerana pemimpin-pemimpinnya keluar dari maktab.
Bila tugas ini disambung oleh Ibrahim Yaakub, terbentuklah KMM yang dikatakan bersifat sosialistik, anti kolonial, anti feudal dan bercita-cita untuk bersatu dengan Indonesia. Jepun menggalakkan kumpulan ini kerana ia bersikap anti-British. Walaupun KMM terpaksa dibubarkan kerana kehendak Jepun juga namun pergerakannya tetap tidak berubah di segi matlamat perjuangan dengan nama baru iaitu Pembela Tanah Air atau PETA yang kemudiannya bertukar pula menjadi Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS). KMM pimpinan Ibrahim Yaakub menjadi penting kerana adanya perjumpaan dengan pemimpin Indonesia, Sukarno dan Hatta pada bulan Ogos 1945 untuk mengistiharkan kemerdekaan serentak dengan Indonesia. Bagaimanapun bila Jepun menyerah kalah, Indonesia telah mengistiharkan kemerdekaannya dan Sukarno seolah-olah "terlupa" janji-janjinya dengan KMM, bila Tanah Melayu telah dilupakan untuk sama-sama diistiharkan merdeka.
Soal kemerdekaan ini tiba-tiba menjadi isu besar dalam UMNO dan menyeluruh di kalangan masyarakat Melayu apabila pada tahun 1951 UMNO Bahagian Kuala Pilah mendesak supaya slogan Hidup Melayu ditukarkan kepada Merdeka. Slogan ini adalah usul dari Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah yang dibawa ke Persidangan Pemuda UMNO 1951. Ia dibentangkan sebagai usul di Mesyuarat Setengah Tahun Ahli-ahli Perikatan Pemuda UMNO di Kuala Lumpur pada 4hb.Februari 1951 dan satu ketetapan telah diambil untuk dibawa ke dalam Mesyuarat Agung UMNO yang akan nantinya diadakan pada bulan Mac 1951. Usul Merdeka ini menarik minat golongan muda yang mana sebelum ini tidak begitu diminati sama ada oleh Pemuda UMNO mahupun UMNO secara keseluruhannya. Tetapi setelah usul ini mula dibentangkan oleh golongan muda dari Kuala Pilah dan seterusnya dibincangkan lagi di kalangan pemuda-pemuda di Kuala Lumpur kira-kira sebulan kemudiannya, perjuangan seperti yang diidam-idamkan oleh golongan muda semakin cerah. Kerana itu di Persidangan Agung UMNO pada 25 dan 26 Mac 1951 di Kuala Lumpur, wakil pemuda Encik Abdul Samad Idris (Allahyarham Tan Sri) dari Kuala Pilah dengan semangat yang membakar dan berkobarkobar membentangkan usul Pemuda UMNO ini untuk diluluskan oleh badan induk UMNO. Bagaimanapun bukanlah mudah untuk menukar corak perjuangan UMNO pimpinan Dato' Onn (jaafar) ketika itu yang masih asyik dengan slogan Hidup Melayu. Slogan Merdeka ini amat sesuai dengan fahaman dan matlamat perjuangan bukan sahaja kalangan muda dalam
UMNO itu sendiri tetapi memang menjadi matlamat utama perjuangan PKMM yang telah pun lumpuh kerana diharamkan oleh British. Jadi, kemungkinan mereka akan menyertai UMNO sebagai jalan terakhir untuk memperjuangkan terus matlamat politik mereka dari terus berdiam diri adalah cerah sekali. Dalam konteks inilah agaknya Dato' Onn seakan-akan menolak slogan Merdeka kerana PKMM pernah menjadi "musuh ketat" UMNO dan dengan mengambil perjuangan Merdeka, UMNO seolah-olah mengambil perjuangan parti yang pernah menjadi "musuhnya" dan memberikan implikasi bahawa UMNO "kekeringan modal perjuangan". Tetapi bagi mereka yang bersemangat muda, persoalan kemerdekaan adalah sesuatu yang penting dan "perlu" demi memungkinkan UMNO memasuki era baru dalam perjuangannya dan mendapat reaksi menggalakkan di kalangan golongan muda dalam UMNO. Walaupun demikian keadaannya, sepanjang tahun 1951 agak kurang jelas sejauh manakah slogan tersebut benar-benar diperjuangkan oleh Pemuda UMNO. Ini mungkin kerana persoalan jus-soli masih terus "menghantui" pemimpin-pemimpin pusat UMNO dan begitu juga dengan persoalan Dato' Onn keluar dan masuk kembali dan keluar semula dari UMNO. Juga, perubahan seruan dan lambang perjuangan UMNO belum cukup untuk menarik perhatian orang ramai dan rakyat jelata kerana pucuk pimpinannya masih juga di tangan orang-orang lama (kecuali jawatan Ketua Pemuda dari Kapten Hussein kepada Encik Abdul Razak). Tetapi, pada tahun 1952, persoalan kemerdekaan ini tiba-tiba memuncak kerana dua sebab utama. Pertamanya, Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinan Dato' Onn (setelah keluarnya beliau dari UMNO) sama-sama berjuang ke arah kemerdekaan. IMP dengan tegas menyebut bahawa kemerdekaan boleh dicapai "lima hingga sepuluh tahun dari sekarang (1952)" di mana UMNO tidak pernah menentukan masa yang tepat atau jangkamasa tertentu dalam perjuangannya dalam UMNO yang diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman, kegiatan UMNO ke arah kemerdekaan semakin ranck walaupun caranya jauh berbeza dari langkah-langkah IMP. UMNO mengharapkan bantuan MCA dari segi sumber kewangan dan setelah merdeka, Tanah Melayu akan berada di dalam Commonwealth British seperti yang diterima oleh India, Ceylon ataupun Pakistan. Bertolak dari sinilah, perjuangan kemerdekaan UMNO bermula sehinggalah terbentuknya Perikatan yang menang dalam pilihan raya 1955 dan membawa kepada tuntutan kemerdekaan melalui rombongan yang diketuai Tunku Abdul Rahman ke London. Amat jelas tuntutan kemerdekaan bukan jalan mudah tetapi perjuangan UMNO tetap mulia dan patut disanjung, bukan menagung-agungkan komunis yang memang menggangu-gugat perjuangan untuk memerdekakan tanah air! Juga amat jelas Mat Sabu sengaja mahu spin sejarah untuk kepentingan perjuangan PAS sambil menidakkan perjuangan UMNO.
Namun, sejarah tidak boleh diubah dan sumbangan UMNO perlu dihormati oleh semua pihak, walaupun pahit untuk ditelan pembangkang!
Hakikatnya, pergerakan setiap parti politik adalah untuk menjaga kepentingan kaum masingmasing. Perkembangan ini memperlihatkan corak masyarakat majmuk yang amat disukai oleh pihak British yang mendukung tujuan mengekalkan status-quo mereka di Tanah Melayu. Kaum Melayu pula dilihat sebagai kaum yang disamakan hak dan taraf mereka dengan kaum pendatang. Namun, keadaan selepas perang telah memperlihatkan perubahan mengenai sikap berpolitik antara kaum lebih ketara. Orang Melayu mula bergerak dalam kelompok politik yang lebih tersusun. Manakala orang bukan Melayu pula mula menuntut hak yang sama rata seperti orang Melayu.
Perlembagaan merupakan suatu dokumen yang paling tinggi letaknya dalam pentadbiran sesebuah negara. Ia mengandungi peraturan asas dan undang-undang bagi sesebuah negara. Perlembagaan adalah manifestasi sistem politik dan pentadbiran kerajaan yang dipraktikkan dalam sesebuah negara. Pembentukan undang-undang mesti selaras dan sesuai dengan semangat perlembagaan. Ia juga disesuaikan dengan institusi tertinggi dunia iaitu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Dalam amalan biasa, hanya hakim yang boleh mengintepretasi sesuatu klausa dalam perlembagaan. Ia disebabkan perlembagaan adalah rumit dan kompleks. Kewujudan sesebuah perlembagaan menggambarkan ketinggian pembentukan sesebuah tamadun masyarakat. TAKRIFAN PERLEMBAGAAN Secara umum, perlembagaan boleh ditakrifkan sebagai dasar atau formula yang menyatakan bagaimana kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagi-bahagi dan digunakan. Perlembagaan juga perlu melihat prinsip-prinsip asas yang membentuk institusi- institusi negara eksekutif, badan perundangan dan kehakiman sekaligus menyatakan bidang kuasa dan peranan mereka dalam kerangka itu. Perlembagaan juga mempunyai prinsip-prinsip yang
NAMA