Anda di halaman 1dari 2

Sumbangan tokoh-tokoh yang muncul pada zaman Renaissance.

1. Francesco Petrach Dikenali bapa humanisme. Menubuhkan perpustakaan kerana minat dalam ilmu. Menyimpan koleksi karya agong zaman Yunani dan Rom yang diterjemahkan oleh cendekiawan Islam dan Paderi. Memerhati sendiri apa yang ditulis untuk mengelakkan percanggahan pendapat. Memperkenalkan kaedah penulisan melalui sistern pernerhatian. 2. Niccolo Machiavelli Dikenali tokoh humanisme. Menghasilkan buku "The Prince" Menyarankan seorang raja harus berkuasa mutlak. Pemerintah harus ditakuti dan bukan disayangi rakyat. Rakyat perlu memberi taat setia kepada Gereja Katolik. Memperkenalkan aliran aliran nasionalisme di Eropah. Ideanya mendorong pembentukan negara bangsa di Eropah.

Seorang versatil dengan menguasai semua bidang ilmu seperti seni bina, seni ukir, kejuruteraan, botani, falsafah, geografi dan strategi ketenteraan. Mendahului zamannya mempunyai semangat inkuiri untuk mencari jawapan segala kejadian silam. Membuat buku catatan dengan pelbagai lakaran ciptaan teknikal seperti busur panah gergasi digerakkan dengan roda. kesan yang berlaku selepas Renaissance di Eropah. 1. Kemunculan monarki baru - Monarki baru ini terdapat di Portugal, Castile dan Aragon (Sepanyol), England, Perancis dan Belanda. -kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan. 2. Pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat - memperkukuhkan kedudukan raja menyebabkan kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan semakin kurang. 3. Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa - semakin berkembang dan meluas manakala kegiatan ekonomi sara diri kian pupus. 4. Kemajuan dalam bidang matematik, geografi, kartografi (teknik melukis peta) dan astronomi -menyebabkan perkembangan kegiatan penjelajahan dan penerokaan. - Menekankan ciri-ciri inkuiri, keobjektifan, dan eksperimen dan merintis jalan kepada pembangunan dan perkembangan ilmu sains seperti biologi, fizik, kimia dan perubatan.

3. Leonardo da Vinci Seorang tokoh seniman dan cendekiawan yang terkenal. Melukis dan mengukir untuk mencantikkan gereja dan katedral di Rom. Menjadi pelukis terkenal dengan menghasilkan lukisan "Mona Lisa". Berjaya membina dan mengembangkan bakat sebagai manusia yang ideal.

5. Perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia - melahirkan emosi atau perasaan yang dicerminkan di dalam muzik, lukisan, dan ukiran yang dihasilkan. - Perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik. 6. Pendidikan baru - menekankan tanggungjawab sosial seseorang dalam masyarakat melahirkan manusia Renaissance yang mempergunakan minda mereka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memajukan kehidupan manusia. - Pengajaran daripada Zaman Renaissance ialah kita harus mempunyai sifat inkuiri dan berani untuk meneroka perkara dan bidang baru untuk mencapai kejayaan dalam semua jurusan

Anda mungkin juga menyukai