Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM:

PPG Ambilan Jun 2011

KOD DAN NAMA KURSUS:

MZU 3119 Ciptaan & Ensembel II

NAMA PELAJAR:

SEMESTER:

1 / 2014 (Jan - Mei 2014)

TARIKH MULA:

8 Mac 2014

TARIKH HANTAR:

TARIKH HANTAR:

6 April 2014

I. Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Mencipta karya muzik pendek dengan mengintegrasikan pengetahuan konsep muzik menggunakan kibod digital (LL2) ;

2. Mempersembah, menghayati dan melaporkan secara bertulis hasil ciptaan muzik eksperimental dari pelbagai sumber dan persembahan muzikal yang telah ditonton ;

3. Mengaplikasikan teknik-teknik permainan ensembel instrumental yang dipelajari dalam persembahan ensembel ;

4. Mewujudkan kebolehan bekerja secara berpasukan dan mengamalkan nilai-nilai etika persembahan ; dan

5. Mengaplikasikan teknik memimpin yang betul semasa memimpin sesuatu persembahan ensembel vokal atau instrumental.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5

II. Objektif Projek:

1. Mengumpul maklumat tentang ciptaan eksperimental, perisian Sonar dan rakaman MIDI serta mengumpul bahan bukti untuk menunjukkan proses penggubahan.

2. Merancang dan melaksanakan satu persembahan instrumental secara berkumpulan dan menggubah muzik iringan dengan kreativiti masing-masing.

3. Membuat laporan dan ulasan kritis tentang persembahan yang dipersembahkan oleh anda dan rakan dan menyokong hujah yang dikemukakan dengan memberi justifikasi.

III.

Tugasan Projek (100%)

Kursus ini memfokuskan pengetahuan dan cara-cara menghasilkan muzik ciptaan eksperimental yang berasaskan kepada pelbagai sumber, ensembel instrumental, dan memimpin. Ensembel instrumental meliputi permainan ensembel rekoder dan perkusi.

A Persembahan (80%)

1. Tugasan individu : Dalam tugasan ini anda dikehendaki mencipta sebuah karya muzik eksperimental MIDI dengan menggunakan kibod, kabel MIDI, aplikasi komputer dan perisian Cakewalk Sonar. (40%) :

i. Durasi ciptaan anda sekurang-kurangnya 3 minit dengan menitikberatkan ciri-ciri ciptaan seperti motif, sekuen, imitasi, pengulangan dan lain-lain. (20%)

ii. Anda juga dikehendaki menggubah lagu ciptaan anda dengan memasukkan sekurang-kurangnya 4 trek selain daripada trek melodi. (contoh : trek dram, trek bes, trek piano dan trek string, dll) dan hendaklah disimpan (save) dalam format MIDI sebagai ’minus one’ untuk dijadikan muzik iringan. (10%)

iii. Mempersembahkan hasil gubahan minus one anda dengan menggunakan perisian Sonar, komputer dan kibod. Anda dikehendaki memainkan melodi ciptaan anda secara solo dengan alat muzik ATAU dinyanyikan secara solo. (10%)

2. Tugasan berkumpulan : secara BERKUMPULAN (ensembel) 7 orang, anda dikehendaki merancang dan melaksanakan satu persembahan muzik instrumental dengan melodi dimainkan oleh rekoder soprano sepanjang sekurang-kurangnya 5 minit. (40%) :

i. Gubahan ensembel rekoder soprano boleh diambil dari mana-mana gubahan yang telah sedia ada. Anda boleh memasukkan rekoder alto, tenor dan juga bes jika anda mahu memasukkannya.

ii. Pecahan pemain : seorang konduktor (pemimpin), 4 orang pemain rekoder dan 2 orang pemain perkusi.

iii. Persembahan ensembel hendaklah diiringi oleh minus one muzik MIDI untuk menonjolkan lagi kreativiti pelajar. Dalam minus one tersebut, anda dikehendaki menggabungkan alat-alat muzik mengikut kreativiti kumpulan anda.

B Ulasan Kritis dan Laporan Persembahan (20%)

Secara individu :

1. Anda dikehendaki membuat satu laporan tentang ensembel yang telah anda dan rakan anda persembahkan. Dalam laporan tersebut anda perlu :

i. menyatakan etika persembahan

ii. membuat ulasan secara kritis tentang konduktor, pemilihan lagu dan gubahan minus one muzik iringan serta permainan alat muzik yang dimainkan.

C Panduan Pelaksanaan Projek

1.

Tugasan ini adalah tugasan individu dan berkumpulan

2.

Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh enam minggu.

3.

Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

3.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini

3.2 Fon Arial

3.3 Saiz huruf - 11

3.4 Langkau 1.5 baris

3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

3.6 Lampiran adalah wajib

3.7 Jawab dalam Bahasa Malaysia sahaja

4

DC/DVD ciptaan melodi, gubahan minus one dan gubahan ensembel hendaklah disertakan sekali bersama dengan ulasan kritis dan laporan persembahan.

5.

Amalan plagiat tidak dibenarkan.

6.

Anda perlu membuat latihan yang mencukupi untuk menghasilkan ensembel yang bertaraf tinggi dari segi melodi, irama, tempo, dan ekspresi.

7.

Anda WAJIB menyertakan Borang Maklum Balas Tugasan dan Kriteria Pemarkahan di hadapan tugasan anda.

8.

Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.

9.

Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat mengikut format yang ditetapkan oleh IPG.

10.

Tugasan A membawa markah 80%. Tugasan B membawa markah 20%.

D Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut :

Ulasan Kritis

a. Kefahaman tentang ciri-ciri sesebuah lagu yang betul dalam setiap bentuk lagu mengikut proforma kursus.

b. Keupayaan menilai kekuatan dan kelemahan persembahan ensembel dan ciri lagu dan memberi justifikasi.

c. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah dikemukakan.

d. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan ilmiah.

e. Format dan organisasi laporan perlu tersusun dengan kemas, teratur, jelas dan koheren.

f. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.

E Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan

Disediakan oleh:

rubrik pentaksiran yang disediakan Disediakan oleh: (SAMSI BIN IJAI) Unit Muzik Jabatan Sains Sosial IPG

(SAMSI BIN IJAI) Unit Muzik Jabatan Sains Sosial

IPG Kampus Ipoh

Tarikh : 3 Mac 2014

Disahkan oleh :

Sosial IPG Kampus Ipoh Tarikh : 3 Mac 2014 Disahkan oleh : (EN. MOHD KAMAL BIN

(EN. MOHD KAMAL BIN Ketua Jabatan, Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Ipoh

Tarikh : 5 Mac 2014

MAT YUSOF)

Disemak oleh:

SAMSI BIN IJAI
SAMSI BIN IJAI

(

)

Pakar Bidang (SME) Pendidikan Muzik

Jabatan Sains Sosial

IPG Kampus Ipoh

Tarikh : 3 Mac 2014