Anda di halaman 1dari 7

Pokok Herba

pokok kaduk Inilah rupa pokok kaduk.. Sekali tengok macam daun sirih, tapi bukan. Kalau nak tahu perbezaannya, pokok sirih ada junjung tempat dia naik menjalar.. tapi pokok kaduk tumbuh melata dan mudah membiak.. Daun kaduk selain dibuat ulam dan kerabu, biasanya dicampur ke dalam masakan gulai siput sedut (siput sawah). Boleh juga dicampurkan ke dalam masakan singgang asam pedas (bagi orang-orang Kelantan/Terengganu). Mieng Kham juga satu hidangan istimewa pembuka selera, cukup popular di kalangan orang-orang Thai, juga disedikan dengan daun kaduk

Pokok Kemangi
Daun ini licin berbau, harum dan digunakan sebagai rencah, perasa juga sebagai ulam. Selasih hitam berbunga gelap dan berbau kuat sementara kemangi jantan mempunyai bunga berwarna cerah. Bunganya dalam bentuk karangan di hujung ranting yang tegak. Kelopak bunga yang tua mudah tumbuh meliar dan membiak melalui biji. Daun pokok kemangi dapat mengubati batuk kerana bersifat narkotik ringan. Caranya dengan meramas daun dan menyapukannya pada leher atau mengunyah lima helai daun di waktu pagi dan petang. Air rebusan daun yang diminum mampu menyembuhkan selesema, resdung, asma dan membuang angin dalam badan.

Campuran kemangi, lada hitam, halia dan madu dipercayai boleh mengurangkan stress, tekanan darah tinggi, kolesterol dan menstabilkan kandungn gula dalam darah. Amalan mengunyah daun juga dapat menghilangkan bau nafas.

Bijinya apabila direndam ke dalam air akan mengeluarkan jeli yang bersifat diuretik, stimulan dan merangsang pengeluaran peluh. Selain itu biji kemangi jantan yang telah direndam boleh mengubati penyakit usus dan sakit buah pinggang dan merendahkan suhu badan.

Terung Pipit
Terung pipit atau juga dikenali sebagai terung rembang (rimbang dalam bahasa Minang), atau terung manggul adalah sejenis ulam yang terdapat di hutan ASEAN. Nama botani terung ini adalah Solanum tarvum. Khasiat Secara saintifik Dalam tiap 100 g bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 89 g, protein 2 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 8 g, serat 1.0 g, kalsium 50 mg, fosforus 30 mg, ferum 2 mg, vitamin A 750 I.U., vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 80 mg. Secara tradisi Buahnya mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki. Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambakjambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih. Penggunaan Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah. Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya. Khasiat Terung Pipit Merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika.Biasanya dimakan secara mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Buah ini mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan.Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki. juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai soladin dengan kandungan sebanyak 0.84%.

Pokok Maman
Nama Famili: Capparidaceae Saintifik: Cleome gynandra

MAMAN adalah sayuran tradisional yang sangat digemari masyarakat desa. Pucuk atau daun muda yang dijeruk dimakan dengan nasi. Air jeruknya menjadi cicah ikan bakar atau dihirup seperti sup. Rasa masam jeruk maman ini merangsang selera sehingga nasi lebih enak dimakan dan lebih berselera daripada biasa. Pucuk Maman juga menjadi sayuran penyedap rasa dalam pindang ayam atau ikan dan pelbagai resipi masakan tradisional yang digemari. Maman, herba semusim setinggi antara 60 hingga 80 (sm). Batangnya lembut, bercabang di bahagian atas dan berwarna hijau kemerahan. Daun kompaun palmat yang terdiri daripada 3 hingga 5 segmen berbentuk obovat. Petiol 5 hingga 10 sm panjang. Infloresen terminal rasem dengan bunganya yang berwarna putih keunguan. Buah kapsul berbentuk silinder, 3 hingga 11 sm panjang, 3 hingga 6 milimeter (mm) lebar dan hujung berparuh runcing. Pedisel 1 hingga 3 sm panjang. Buahnya mengandungi biji-biji kecil berwarna hitam keperangan. Maman mengandungi khasiat makanan yang tinggi. Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan, Maman mengandungi air 88.3 g, protein (4.1 g), lemak (0.5 g), karbohidrat (3.5 g), serat (1.8 g), kalsium (275 mg), fosforus (28 mg), ferum (8.1 mg), natrium (16 mg), kalium (269 mg), karotena (5,816 ug), vitamin A (969 ug), vitamin B1 (0.14 mg), vitamin B2 (0.24 mg), niasin (1.4 mg) dan vitamin C (72. mg). Maman mudah dibiakkan dengan menyemai biji benih. Tanaman ini adalah tanaman parak dan sering ditanam selepas pembukaan tanah baru. Biji maman ditaburkan di tempat yang dibakar. Selepas 3 hingga 6 minggu atau sebelum berbunga maman ini dituai pucuknya atau dicabut terus.

Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata. Antara jenis-jenisnya ialah 1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil, 2. Pokok Pegaga Daun Lebar, 3. Pokok Pegaga Kelantan, 4. Pokok Pegaga Renek 5. Pokok Pegaga Salad 6. Pokok Pegaga Gajah 7. Pokok Pegaga Brunei Khasiat Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan. Antara khasiat lain pegaga adalah: * penawar alahan * anti kanser * melawaskan air kencing * penawar batu karang * penawar kencing berdarah * penawar ulser * merangsang peredaran darah * merawat cirit birit * menurunkan tekanan darah

Pucuk Putat "Barringtonia racemosa"


Putat merupakan tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan tepi sungai atau berhampiran dengan kawasan yang berpaya. Ia merupakan sejenis pokok yang bersaiz sederhana dan boleh mencapai ketinggian hingga 10 meter.Ia di jumpai tumbuh dikawasan asia tenggara dan kepulauan pasifik.Terdapat dua jenis putat yang selalunya dijadikan ulam oleh masyarakat melayu iaitu putat hijau dan putat merah. selain dari pucuknya buahnya juga boleh dijadikan ulam.Ada juga putat yang dipanggil putat laut(Barringtonia asiatic) seperti namanya putat ini biasa dijumpai tumbuh berhampiran dengan pantai.daunnya juga agak berbeza dengan daun putat paya dengan warna daunnya hijau gelap yang berkilat.Bentuk buahnya juga berbeza.Walaupun habitat asalnya berhampiran dengan laut ia juga boleh ditanam dalam medium yang lain.

Midin
Orang Terengganu biasanya letak dlm bubur lambut.. Dan di masak sayur air lada hitam...perghhhh sedap... Midin atau nama saintifiknya Stenochlaena palustris adalah tumbuhan liar yang tumbuh di tanah dataran rendah dalam hutan sekunder dan tempat terbuka seperti kebun getah serta gemar menumpang pokok lain. Tumbuhan ini juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan belukar. Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam. Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.