Anda di halaman 1dari 5

www.facebook.

com/KEM GEMILANG

KEM GEMILANG PROGRAM BINA INSAN (PBI ) - BOOSTER CAMP

PENDAHULUAN

PROGRAM BINA INSAN ( PBI ) BOOSTER CAMP bertujuan menimbulkan kesedaran dan memberikan pendedahan kepada murid agar mampu bertindak terhadap suasana yang berbeza samaada persekitaran atau pun pembelajaran. Program ini menjadi satu titik perubahan untuk mereka menjalani kehidupan sebagai seorang murid dengan lebih berkesan dan seimbang di samping dapat mengekalkan motivasi diri serta memantapkan jati diri daripada input yang diberikan. Program ini memberi fokus kepada pembentukan diri dan sahsiah murid agar ianya dapat mencapai hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menghasilkan kemenjadian murid dalam semua aspek terutamanya sahsiah, jati diri dan disiplin murid. PROGRAM BINA INSAN ( PBI ) BOOSTER CAMP juga selaras dengan PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 2025 yang mensasarkan untuk melahirkan murid yang mampu menjadi seorang warga global yang mempunyai nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh dan kreatif serta mempunyai semangat jati diri yang utuh.

RASIONAL

PROGRAM BINA INSAN ( PBI ) BOOSTER CAMP membolehkan para murid menyedari, merasai dan seterusnya mampu bertindak untuk menghayati nilai-nilai murni yang terkandung dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dan seterusnya dapat menghasilkan sahsiah diri yang terpuji dalam semua aspek bukan sahaja rohani malahan dari aspek lain juga iaitu emosi, jasmani dan intelek.

MATLAMAT

PROGRAM BINA INSAN ( PBI ) BOOSTER CAMP dimemfokuskan kepada pembangunan diri secara komprehensif para murid yang mana pada akhirnya menjadi tunjang kepada pembentukan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan matlamat yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara dan juga ke arah hasrat kerajaan untuk menghasilkan kemenjadian murid dalam semua aspek terutamanya disiplin murid.

www.facebook.com/KEM GEMILANG

KEM GEMILANG PROGRAM BINA INSAN (PBI ) - BOOSTER CAMP

OBJEKTIF

PROGRAM BINA INSAN ( PBI ) BOOSTER CAMP merupakan Kem Motivasi 3 hari 2 malam yang berkonsepkan TIGA Tuhan, Ibubapa, Guru dan Aku (murid). Inilah komposisi penting yang mampu menjana murid-murid menjadi insan yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah serta berjaya dunia dan akhirat. Sekiarnya TIGA ini mampu digarap dan diselesaikan, sudah pasti setiap murid akan lebih faham dan mampu memcapai objektif berikut : 1. Membimbing dan menyedarkan murid tentang tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah, murid, dan anak agar mereka mampu menjadi insan dan generasi yang bukan hanya cemerlang dari segi akademik bahkan bahkan melahirkan murid yang seimbang kecemerlangannya dari sudut rohani, jasmani, kreativiti, emosi dan intelektual. 2. Membentuk murid-murid agar mempunyai sahsiah dan disiplin yang cemerlang, azam, iltizam semangat, kekuatan mental dan emosi agar mampu mencapai kecemerlang dalam peperiksaan UPSR 2014. 3. Membina keterampilan diri dan kewibawaan murid dan pelajar sebagai pemimpin yang akan mewarisi kepimpinan Negara di masa akan datang. 4. Memupuk semangat kerjasama, setia kawan dan menerapkan nilai kasih sayang sesama insan dikalangan murid.

KUMPULAN SASARAN

1. Untuk sekolah rendah, kumpulan sasaran PROGRAM BINA INSAN ( PBI ) BOOSTER CAMP adalah semua murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2014

www.facebook.com/KEM GEMILANG

KEM GEMILANG PROGRAM BINA INSAN (PBI ) - BOOSTER CAMP

MODUL PROGRAM

PROGRAM BINA INSAN ( PBI ) BOOSTER CAMP merangkumi 11 Modul yang melibatkan aktivitiaktiviti berunsurkan kreativiti, pemikiran strategik dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Fokus modul dan aktiviti PROGRAM BINA INSAN ( PBI ) BOOSTER CAMP adalah berasaskan TIGA yang menekankan objektif berikut : 1. Membina Rohani dan Jati Diri Yang Mantap Murid akan melakukan beberapa aktiviti bagi mengenali diri mereka sebagai insan dan hamba Allah. Aktiviti yang dilaksanakan adalah untuk menimbulkan kesedaran siapa diri mereka yang sebenarnya. 2. Membina Emosi dan Fizikal Yang Stabil Murid akan dicanai hatinya supaya dapat membentuk emosi yang stabil dan tenang dalam apa jua keadaan melalui pelbagai aktiviti seperti slot Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ), permainan yang berbentuk penyelesaian dan 'team building games'. 3. Membentuk murid-murid agar mempunyai sahsiah dan disiplin yang cemerlang, azam, iltizam semangat, kekuatan mental dan emosi untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2014. 4. Membina Intelek Yang Cemerlang Murid diberikan penekanan mengenai kepentingan mempunyai intelek atau ilmu yang tinggi bagi bersaing untuk menghadapai cabaran yang mendatang melalui aktiviti berbentuk cabaran fizikal dan minda. 5. Senaman Otak Pintar ( Brain Genius Exercise ) SENAMAN OTAK PINTAR atau BRAIN GENIUS EXERCISE adalah serangkaian latihan berasaskan gerakan tubuh. Gerakan itu dilakukan untuk merangsang otak kiri dan kanan (dimensi lateral) belakang otak dan bahagian depan otak (dimensi pemfokusan), merangsang sistem yang berkait dengan perasaan/emosi, yakni otak tengah (limbis) serta otak besar (dimensi pemusatan).

www.facebook.com/KEM GEMILANG

KEM GEMILANG PROGRAM BINA INSAN (PBI ) - BOOSTER CAMP

JADUAL AKTIVITI
TARIKH MASA 02:30 ptg 03:00 - 04:30 pm Pendaftaran MODUL 1 SELAUTAN KASIH SEGUNUNG HARAPAN - Ice Breaking - TIGA ( Tuhan, Ibubapa, Guru & Aku ) - Inventori Keperibadian Diri - Brain Genius Exercise @ Breakclap Solat Asar / Tazkirah MODUL 2 SATU HATI SATU JIWA - Aku . Kau & Dia - Menara Impian - Brain Genius Exercis @ Breakclap & Battle Cry Makan Malam & Solat Maghrib / Isya / Tazkirah MODUL 3 SATU HATI ARAH - Siapa aku : Hamba & Insan Cemerlang - Graf Kehidupan - Brain Genius Exercise & Breakclap & Battle Cry SELAMAT MALAM MALAYSIA Solat Subuh / Tazkirah Badan Sihat Minda Cerdas & Sarapan Pagi MODUL 4 SATU HATI SATU TUJUAN - Pemikiran Strategik & Team Building Games - Brain Genius Exercise & Breakclap & Battle Cry Minum Pagi MODUL 5 SATU HATI SATU HARAPAN - Pengurusan Masa & Ciri-ciri Insan Cemerlang - Brain Genius Exercise & Breakclap & Bettle Cry Makan Tengah Hari & Solat Zohor / Tazkirah MODUL 6 SATU HATI SATU IMPIAN - Sharing & Caring / Mentor Mentee - Brain Genius Exercise & Breakclap & Battle Cry Minum Petang & Solat Asar / Tazkirah MODUL 7 SATU HATI PERKASA MINDA - Otak Pintar & Berfikir Di Luar Kotak Makan Malam & Solat Maghrib / Isya / Tazkirah MODUL 8 SATU HATI SATU RASA - Anakku Sayang Anaku Cemerlang ( Ibubapa ) - TIGA ( Peserta ) MODUL 9 SATU HARAPAN SATU IMPIAN - Refleksi Minda ( Pserta & ibubapa ) SELAMAT MALAM MALAYSIA Qiamullail & Solat subuh & Tazkirah Badan Sihat Minda Cerdas & Sarapan Pagi MODUL 10 NUERO LINGUISTIC PROGRAMING NLP - Aku Murid Cemerlang Kemasan Kawasan Program & Check Out MODUL 11 SATU HATI PERKASA UKHUWAH - Mind Setting & Binding Majlis Penutup AKTIVITI

HARI PERTAMA

04:30 - 05:00 pm 05:00 - 07:00 pm

07:00 - 09:00 pm 09:00 - 11:30pm

11:30 pm 05:45 - 07:00 am 07:00 - 08:00 am 08:00 - 10:30 am

10:30 - 11:00 am 11:30 - 12:30 pm

HARI KEDUA

12:30 - 02:00 pm 02:00 - 04:30 pm

04:30 - 05:00 pm 05:00 - 06:45 pm 06:45 - 09:00 pm 09:00 - 10:15 pm

10:15 - 11:00 pm 11.00 pm 05:30 - 07:00 am 07:00 - 08:30 am 08:30 - 10:30 am 10:30 - 11:00 am 11.00 - 12:30 pm 12:30 01:00 pm

www.facebook.com/KEM GEMILANG

HARI KETIGA

KEM GEMILANG PROGRAM BINA INSAN (PBI ) - BOOSTER CAMP