Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Teater dalam pendidikan merupakan satu seni dalam persembahan yang menggabungkan seni lakonan dengan pelbagai yang lain seperti seni muzik, seni tari dan seni busana. Untuk semester 6 ini, saya mengambil subjek Teater Kanak-Kanak: PSE 3104 sebagai subjek elektif. Dalam subjek ini, saya dan rakan-rakan sekelas saya diberi tugas untuk mengurus dan mengelola satu pementasan teater kanak-kanak. Saya dan rakan-rakan sekelas saya perlu menjawat jawatan dalam organisasi mengurus pementasan teater kanak-kanak kami dan saya telah menjawat jawatan pengurus produksi. Tugas pengurus produksi tidak semudah yang disangka. Bidang tugas pengurus produksi sangat besar dan mempengaruhi bidang tugas jawatan lain. Jika pengurus produksi tidak memainkan peranan yang sepatutnya, maka sesuatu organisasi itu tidak akan berjalan dengan lancar dan akan mengalami kesukaran. Seperti yang telah saya maklumkan, bidang tugas pengurus produksi tidak mudah. Antara tugas pengurus produksi ialah, mencari wang untuk membiayai produksi dan berhubung dengan pihak luar yang meminta produksi atau pembiaya produksi (client). Pengurus produksi juga perlu mencari serta mendapatkan hak atau kelulusan skrip yang mahu dipentaskan. (jika ada). Pengurus produksi perlu mendapatkan pengarah, pelaku, perekabentuk, petugas pentas dan lain-lain yang berkaitan dengan produksi dan menyewa dewan, panggung atau ruang persembahan (jika perlu). Pengurus produksi juga mestu menyelia tugas-tugas perlaksanaan produksi, membuat promosi (jika perlu), menyedia belanjawan untuk sesebuah produksi dan membuat laporan hasil produksi untuk dijadikan dokumentasi. Semasa menjalankan tugasan pementasan ini, saya telah melakukan kesilapan besar. Saya tidak mencari dan mendapatkan hak penggunaan skrip teater kami iaitu Teater Legasi dari Sekolah Seni Johor Bahru. Saya hanya dapat berjumpa dengan penulis asal skrip ini, Saudari Ezryn Bt. Mohamad, tiga hari sebelum pementasan. Perkara ini sedikit banyak menjejaskan nama baik pensyarah pembimbing kami iaitu Puan Faziah bt Sulaiman dan institute. Namun atas tunjuk ajar semua pihak termasuk pensyarah pembimbing saya, saya telah melakukan perkara yang sewajarnya. Saya

telaj meminta maaf kepada semua pihak yang terlibat dan saya berjanji perkara ini tidak akan berulang lagi dan saya akan mengambil iktibar daripada kejadian ini. Projek pementasan teater ini sangat seronok untuk dilaksanakan. Walaupun penat kerana melakukan tugas ini semasa praktikum, kami semua dapat menjayakan juga projek ini. Saya juga mendapat pelbagai ilmu baharu serta pengalaman berharga untuk mementaskan teater kanak-kanak dan menguruskan sesebuah organisasi. Saya berharap dapat menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi ini semasa di sekolah nanti. Tugasan seperti ini sangat membantu bakal guru seperti kami untuk menimba ilmu baharu dan pengalaman. Ia juga dapat memupuk semangat kerjasama dan bantumembantu dalam sesebuah organisasi atau kumpulan. Saya berharap tugasan ini akan terus dilaksanakan untuk pelajar yang akan datang supaya mereka boleh memperolehi ilmu dan pengalaman seperti yang telah saya dapat.