Anda di halaman 1dari 12

Tugasan:

Dalam agama Islam dan agama Hindu, Buddha dan Kristian ada amalan
kerohanian tersendiri. Buat pembacaan dan laksanakan kajian tentang amalan
kerohanian dan moral dalam agama Islam, Hindu, Buddha dan Kristian.

1.0 Pengenalan

“Komponen Kerohanian dan Moral amat penting bagi pemupukan nilai Islam dan nilai
murni masyarakat berbilang kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang percaya
kepada Tuhan, berperibadi mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Komponen Kerohanian dan Moral mengandungi Pendidikan Islam untuk murid
Islam dan Pendidikan Moral untuk murid bukan Islam. Pendidikan Islam memberi fokus
kepada penyampaian ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan kepada Al-
Quran dan Al-Sunnah. Manakala Pendidikan Moral memberi fokus kepada
penyampaian ilmu untuk menjadikan seseorang insan berakhlak mulia dan bermoral
tinggi.”
[Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2007]

1.1 Amalan kerohanian agama Islam

Agama Islam telah menetapkan lima rukun Islam yang perlu dipatuhi dan menjadi
amalan setiap umatnya. Berikut adalah amalan-amalan atau rukun yang wajib dipatuhi
oleh umat Islam;

• Syahadah, iaitu fahaman asas atau ajaran Islam:

‘'ašhadu 'al-lā ilāha illā-llāhu wa 'ašhadu 'anna muħammadan rasūlu-llāh

Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad
adalah pesuruh Allah”.

1
Wasiat ini adalah asas untuk semua kepercayaan lain dan amalan dalam Islam.
Muslim harus mengulangi syahadah dalam sembahyang, dan bukan-Muslim
yang ingin memeluk Islam diperlukan untuk membaca fahaman ini.

• Solat, atau upacara sembahyang, iaitu harus dilakukan lima kali sehari. Setiap
solat selesai mengadap Kaabah di Makkah. Solat dilakukan untuk memfokuskan
minda pada Allah, dan dilihat sebagai komunikasi peribadi denganNya yang
meluahkan kesyukuran dan penyembahan. Solat adalah wajib tetapi fleksibiliti
dalam spesifik dibenarkan bergantung pada keadaan. Di kebanyakan negara
Muslim, peringatan yang dipanggil Adhan (panggilan kepada sembahyang)
disiarkan secara umum dari masjid tempatan pada masa yang sesuai. Ibadat ini
dilaksanakan dalam bahasa Arab, dan terdiri dari ayat dari Al-Qur'an.

• Zakat, atau pemberian-sedekah. Ini adalah amalan pemberian berdasarkan


pada kekayaan yang dikumpul, dan wajib untuk semua Muslim yang mampu.
Bahagian yang ditetapkan digunakan untuk membantu yang miskin dan yang
memerlukan, dan juga untuk membantu menyebarkan Islam. Zakat dianggap
kewajipan keagamaan (bertentangan dengan kebajikan sukarela) yang diluar
berhutang kepada yang memerlukan kerana kekayaan mereka dilihat sebagai
"amanah dari pemberian Allah". Al-Qur'an dan hadith juga mencadangkan
seorang Muslim memberikan lebih sebagai tindakan pemberian-sedekah
(sadaqah).

• Puasa, atau berpuasa pada bulan Ramadan. Muslim harus tidak makan atau
minum (dikalangan perkara lain) dari subuh hingga senja semasa bulan ini, dan
harus berwaspada dari dosa lain. Puasa ini ialah untuk menggalakkan rasa dekat
pada Allah, dan semasanya Muslim patut meluahkan kesyukuran dan
bergantungan mereka kepada-Nya, bertaubat dari dosa mereka yang lalu, dan
memikirkan pada yang memerlukan. Puasa tidak wajib untuk beberapa
kumpulan iaitu ia akan membawa kepada beban yang berlebihan. Untuk yang
lain, fleksibiliti dibenarkan bergantung pada keadaan, tetapi tertinggal puasa
lazimnya harus diqadakkan segera.

2
• Haji, iaitu merupakan ziarah semasa bulan Islam dari Zulhijjah di bandar
Makkah. Setiap Muslim yang berbadan-mampu yang boleh mampukannya harus
membuat ziarah ke Makkah sekurang-kurangnya sekali seumur hidupnya.
Apabila penziarah ialah sekitar 10 kilometer dari Makkah, dia harus berpakaian
dalam pakaian Ihram, iaitu terdiri dari dua helai tak kelim putih. Upacara Haji
termasuk berjalan tujuh kali mengelilingi Kaabah, menyentuh Batu Hitam,
berjalan tujuh kali antara Gunung Safa dan Gunung Marwah, dan secara
simboliknya melontar jamrah di Mina. Penziarah, atau penghaji, dianugerahkan
dalam komunitinya, walaupun guru Islam mengatakan bahawa Haji patut
dijadikan luahan dari kebaktian pada Allah berbanding dari kenaikan kedudukan
sosial.

1.2 Amalan kerohanian agama Hindu

Agama Hindu telah terpelihara sejak zaman Veda lagi dengan idea bahawa Tuhan
(Brahman) wujud dan boleh dialami secara mendalam dengan mencapai keadaan
kesedaran transenden. Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan
kelahiran semula (samsara) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan
(karma) seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain.
Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan antara Atman
(iaitu, roh dirih) dengan Brahman (Roh Agung atau Tuhan).
Brahman, Satu Realiti yang Menyeluruh, menjadi Isvara (Tuhan) melalui tiga
sifatnya iaitu;

• Brahma: Pencipta
• Vishnu: Pemelihara
• Shiva: Tuhan Pemusnah dan Kelahiran semula.
Ini mewakili Triniti Hindu atau Trimurti. Ini pula boleh ditambah dengan pemujaan
kuasa feminin alam semesta, iaitu Shakti yang juga dipanggil Devi. Orang Hindu
mempunyai tiga kepercayaan utama:

3
• Shaivisme
Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan Pencipta Semula.
Shiva juga dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa. Kuasa ciptaannya
dirayakan dengan penyembahan lingam, satu objek pujaan berbentuk huruf r
yang lazim terdapat di kuil-kuil dan juga rumah-rumah orang beragama Hindu.

• Vaishnavisme
Pemujaan dewa Vishnu merupaka amalan paling popular di kalangan orang
Hindu sebab Dewa ini sering mengambil bentuk manusia dari masa kesemasa
untuk membantu manusia. Dewa ini telah melalui sembilan kehidupan semula
(avataras) dan ia diramalkan akan kembali hidup semula dalam bentuk lain.
Daripada sembilan kelahiran ini, dua kelahiran yang paling utama adalah ketika
Dewa ini mengambil bentuk manusia sebagai Rama dan Krishna.

• Shaktisme: Pemujaan tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah Kali
dan yang lebih lembut, iaitu Dewa Parvati dan Uma.

1.3 Amalan kerohanian agama Buddha

Sebagai mana agama Islam dan Kristian ajaran Buddha juga menjunjung tinggi nilai-
nilai kemoralan. Nilai-nilai kemoralan yang diharuskan untuk umat awam umat Buddha

4
biasanya dikenal dengan Pancasila. Kelima nilai-nilai kemoralan untuk umat awam
adalah:

• Panatipata Veramani Sikkhapadam Samadiyami

• Adinnadana Veramani Sikkhapadam Samadiyami

• Kamesu Micchacara Veramani Sikhapadam

• Musavada Veramani Sikkhapadam Samadiyami

• Surameraya Majjapamadatthana Veramani Sikkhapadam Samadiyami

yang ertinya:

• aku bertekad akan melatih diri menghindari pembunuhan makhluk hidup

• aku bertekad akan melatih diri menghindari pencurian atau mengambil barang
yang tidak diberikan

• aku bertekad akan melatih diri menghindari melakukan perbuatan tatasusila

• aku bertekad akan melatih diri menghindari melakukan perkataan dusta

• aku bertekad akan melatih diri menghindari makanan atau minuman yang dapat
menyebabkan lemahnya kesadaran

Selain nilai-nilai moral di atas, agama Buddha juga amat menjunjung tinggi
karma sebagai sesuatu yang berpegang pada prinsip sebab akibat. Kamma (bahasa
Pali) atau Karma (bahasa Sanskerta) bererti perbuatan atau aksi. Guru Buddha dalam
Nibbedhika Sutta; Anguttara Nikaya 6.63 menjelaskan secara jelas erti dari kamma:

“Para bhikkhu, cetana (kehendak)lah yang kunyatakan sebagai kamma. Setelah


berkehendak, orang melakukan suatu tindakan lewat tubuh, ucapan atau pikiran.”
Jadi, kamma bererti semua jenis kehendak (cetana), perbuatan yang baik
mahupun buruk atau jahat, yang dilakukan oleh jasmani (kaya), perkataan (vaci) dan
fikiran (mano), yang baik (kusala) mahupun yang jahat (akusala).

5
Kamma atau sering disebut sebagai Hukum Kamma merupakan salah satu
hukum alam yang bekerja berdasarkan prinsip sebab akibat. Selama suatu makhluk
berkehendak, melakukan kamma (perbuatan) sebagai sebab maka akan menimbulkan
akibat atau hasil. Akibat atau hasil yang ditimbulkan dari kamma disebut sebagai
Kamma Vipaka.

Ajaran dasar agama Buddha dikenal sebagai Empat Kebenaran Mulia, meliputi:

• Dukkha Ariya Sacca (Kebenaran Arya tentang Dukkha),


• Dukkha Samudaya Ariya Sacca (Kebenaran Ariya tentang Asal Mula Dukkha),
• Dukkha Nirodha Ariya Sacca (Kebenaran Ariya tentang Terhentinya Dukkha),
• Dukkha Nirodha Ariya Sacca (Kebenaran Ariya tentang Jalan yang Menuju
Terhentinya Dukkha).

Secara umum sama dengan aliran agama Buddha lainnya, Theravada


mengajarkan mengenai pembebasan akan dukkha (penderitaan) yang ditempuh
dengan menjalankan sila (kemoralan), samadhi (konsentrasi) dan panna
(kebijaksanaan).
Agama Buddha Theravada hanya mengakui Buddha Gotama sebagai Buddha
sejarah yang hidup pada masa sekarang. Meskipun demikian Theravada mengakui
pernah ada dan akan muncul Buddha-Buddha lainnya. Dalam Theravada terdapat 2
jalan yang dapat ditempuh untuk mencapai Pencerahan Sempurna yaitu Jalan Arahat
(Arahatship) dan Jalan Kebuddhaan (Buddhahood).

1.4 Amalan kerohanian agama Kristian

Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau
sepertiga jumlah penduduk dunia. Agama Kristian adalah sebuah agama monotheis

6
yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana
ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Agama Kristian
berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi, dan kerana
sebab ini, ia juga digelar sebuah agama usulan Abraham. Penganut Kristian atau
Nasrani, mengikuti ajaran Yesus Kristus (Yehoshua ‫ יהושע‬dalam bahasa Ibrani). Yesus
dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'.
Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan, dan cara sembahyang yang memegang
pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya
dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu
tahun dahulu:

• Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan lebih dari 1 bilion penganut
yang telah dibaptis),
• Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),
• Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi,
Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)

Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahwe. Beliau


dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di
Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud persatuan
Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu
Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum
terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang
perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di
"tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.

Sub Tugasan:
i. Buat kajian pemerhatian mengenai kurikulum prasekolah
kebangsaan.
ii. Rancangkan pengurusan pelaksanaan nilai-nilai perkembangan
kerohanian dan moral dalam kurikulum prasekolah kebangsaan.

7
2.0 Konsep kerohanian dan moral kanak-kanak

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kerohanian bermaksud perihal rohani, sifat-sifat
rohani dan rohaniah.
Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan ‘mores’ - bahasa Yunani yang
membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat.
Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas
kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila,
tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-
mana masyarakat yang dimaksudkan.

2.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kerohanian dalam agama


lain

Menurut Jayaletchumi Mottan dan Halim Masnan dalam Panduan Kurikulum


Prasekolah, latar belakang, persekitaran dan cara gaya keibubapaan memberi impak
yang besar kepada perkembangan moral dan nilai kanak-kanak. pengalaman yang
dilalui termasuk apa yang dilihat, didengar dan dirasai dapat membentuk impresif dalam
minda kanak-kanak yang menjadi landasan dalam corak pemikiran dan pembentukan
nilai yang dipegang.

2.2 Perkembangan kanak-kanak dari segi rohani dan moral

Piaget (1869-1980) berpendapat bahawa perkembangan moral kanak-kanak berlaku


mengikut peringkat-peringkat yang berterusan, di mana setiap peringkat melibatkan
sesuatu pencapaian perkembangan yang tertentu. Piaget membahagikan
perkembangan moral kanak-kanak kepada dua tahap; iaitu tahap moraliti

8
heteronomous dan tahap moraliti autonomous atau kerjasama.
Tahap moraliti heteronomous adalah apabila kanak-kanak mula percaya bahawa
undang-undang atau peraturan berasal dari ibu bapa atau yang mempunyai lebih
autoriti darinya di antara individu yang berlainan dan mula menumpukan perhatian
terhadap niat seseorang. Manakala tahap moraliti autonomous pula adalah apabila
kanak-kanak dapat membezakan peraturan di antara individu yang berlainan dan mula
menumpukan perhatian terhadap niat seseorang.
Menurut Piaget, kematagan pemikiran dan pengalaman seseorang kanak-kanak
memainkan peranan penting dalam penaakulan dan pemahaman moral mereka. Beliau
menambah kesedaran moral adalah lebih bersifat dalaman dan mengikut
perkembangan kognitif seseorang. perkembangan ini terjadi akibat perubahan daripada
peringkat egosentrik ke peringkat desentrasi, iaitu kebolehan melihat sesuatu daripada
pelbagai sudut. Kanak-kanak juga belajar berlaku adil melalui interaksi dengan kawan
mereka di mana mereka berlumba, bekerjasama dan pinjam meminjam antara satu
sama lain.
Kolhberg pula menerangkan bahawa banyak teori yang menerangkan tentang
tahap perkembangan kanak-kanak pertengahan dan akhir antaranya ialah teori
perkembangan kognitif Jean Piaget (1980-1986) yang mengutamakan pertimbangan,
pemikiran atau penaakulan moral, teori psikoanalisi pula yang menerangkan tentang
aspek-aspek perasaan atau emosi dan pendekatan teori pembelajaran yang hanya
aspek tingkah-laku.
Walau bagaimanapun, Kolhberg (1972) dianggap sebagai pelopor utama dalam
menghuraikan tentang teori perkembangan moral. Ini kerana, beliau pernah menjadi
professor di Universiti Hervad dan mula popular sekitar tahun 1970. Mengikut Kolhberg,
beliau membahagikan perkembangan moral kepada 3 peringkat yang utama dan setiap
peringkat dipecahkan kepada 2 tahap. Bagi kanak-kanak pertengahan dan akhir,
Kolhberg menerangkan bahawa mereka berada pada pada peringkat prakonvensional
dan konvensional yang merangkumi usia 6 hingga 12 tahun.

2.3 Implikasi perkembangan fizikal dan kognitif

9
Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia
melahirkan murid yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial di antara
satu dengan yang lain. Ini bermakna, setiap murid di dalam bilik darjah adalah unik dan
berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus merancang aktiviti pengajaran-
pembelajaran mengikut kebolehan murid. Sehubungan ini, guru harus menggunakan
strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan
dan sebagainya, untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi
dan sosialnya.
Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya
mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan
menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat
kesimpulan dan kurang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Untuk membantu murid-murid ini mengatasi masalah pembelajaran mereka, program
pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling
berkesan.
Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid di dalam sesebuah kelas
berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan
sebagainya. Oleh yang demikian, kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di
dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaan-perbezaan ini
sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru secara penuhnya.
Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat, guru
terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka. Dalam
keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah tentu tidak
boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di
belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang ditentukan.
Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan
serta-merta supaya masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke
peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi.
Murid-murid yang lemah dalam pelajaran mereka memang memerlukan
perhatian dan bimbingan guru semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran dan
membuat kerja bertulis. Murid-murid dalam golongan ini biasanya tidak bermotivasi
untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan cara menyelesaikan masalah di samping tidak

10
berdisiplin semasa belajar. Mereka juga mudah terganggu dan mudah berputus asa.
Mereka biasanya kurang cerdas, lambat berfikir dan bertindak serta cepat lupa
kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Murid-murid ini memang memerlukan banyak
perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan kecil atau secara individu.
Justeru itu, program pemulihan haruslah disediakan untuk membantu mereka
mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi.

3.0 Rujukan

Bustam K. (2007). Pendekatan dan Kurikulum dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak:


Kuala Lumpur: Open University Malaysia
Bustam K., Putri Zabariah A. R., & R. Hamizah. (2005). Tadika Berkualiti. Pahang: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Haliza Hamzah, Joy N.Samuel, Rafidah Kastawi. (2008). Perkembangan Kanak-kanak.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

11
Nor Hashimah Hashim, Yahya C. L., (2007). Panduan Pendidikan Prasekolah. Pahang:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Putri Zabariah Megat A. Rahman. (2007). Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Kuala Lumpur: Open University Malaysia
Rohani Abdullah. (2001). Perkembangan Kanak-kanak: Penilaian Secara Portfolio.
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia
http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/implikasi-perkembangan-fizikal-
dan_16.html

12