Anda di halaman 1dari 5

Bagaimana Kemahiran berfikir Aras Tinggi Dapat dikembangkan secara Berkesan dalam pembelajaran Sains Sekolah Malaysia

Penggenalan Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggumumkan Bajet 2013, beliau telah menggumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM 500 juta kepada Kementerian Pelajaran , ini menggambarkan keprihatinan kerajaan terhadap usaha meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita . Sebenarnya peruntukan tambahan ini adalah untuk melaksanakan beberapa program seperti latihan,kursus atau penambahbaikan kepada guru-guru berfokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi atau high order thinking skils Peruntukan tambahan ini adalah khusus untuk melaksanakan latihan, kursus atau penambahbaikan kepada guru berfokus kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau High Order Thinking Skills.(HOTS) Semasa berucap merasmikan konvensyen Guru-guru muda 2011 beliau pernah menjelaskan tentang perlunya Negara mempunyai warga pendidik yang yang memiliki daya kreativiti dan inovasi yang tinggi selain komitmen dan sikap dedikasi terhadap profesion perguruan. Ketika melayari era globalisasi ini golongan guru perlu berkemahiran tinggi dalam soal adaptasi dan bersikap proaktif serta melakukan penambahbaikan semasa menjalankan tugas Tindakan seperti ini akan menyebabkan para pelajar tida merasa bosan ketika mengikuti pembelajaran dan pengajaran.Yang Berhormat Perdana Menteri Dato Seri Najib pernah berkata Kita tidak mahu anak- anak bangsa kita hanya menggunakan kaedah menghafal atau rote learing dalam pembelajaran mereka.

Apakah Sebenarnya kemahiran berfikir aras tinggi itu.? Secara umumnya ada dua jenis berfikir iaitu kemahiran berfikir aras rendah atau Lower Order Tinking Skills (LOTS) yang tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Sementara itu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pula lebih mementingkan kemahiran intelek yang tinggi. Sebelum adanya KBAT, sistem pendidikan kita lebih lebih menggunakan kaedah LOTS (Lower Order Thinking Skills) yang lebih mementingkan kemahiran membaca, menghafal dan mengingat semula atau mengaplikasikan konsep atau pengetahuan yang sedia ada. Manakala KBAT pula memerlukan seseorang pelajar itu berfikir sebelum membuat penjelasan dengan mengenalpasti, menilai,menjana idea, pilihan membuat keputusan,menyelesaikan masalah dan membuat perancangan . Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga membawa maksud tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah.Mengikut Kemahiran Berfikir Aras (KBAT) seseorang itu harus berfikir daripada biasa( out of the box ) atau mudah kata ,seseorang murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam berbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif. Pada tahu 1957 George Polya telah membina satu model yang dikenali sebagai Model Polya untuk penyelesaian masalah matematik.Ia diangap sebagai suatu model yang mengutamakan aras fikiran kognitif yang tinggi.. KBAT juga merupakan aras yang paling tinggi dalam hirarki proses kognitif. Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru , menyimpan dalam memori dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan memanjangkan maklumat ini untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit.

Definisi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Menurut definisi yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, Kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,berinovasi dan mencipta sesuatu. Manakala Onosko dan Newmann(1994) pula mendifinasikan Pemikiran Aras tinggi sebagai penggunaa minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran yang baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir ,menganalisis atau manipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang di kemukakan.Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah dalam situasi yang baru mungkin tidak akan membuahkan hasil. Zevi (1995) pula berpendapat Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi.

Kenapa Kemahiran Berfikir perlu di beri keutamaan Kajian kajian yang di lakukan di peringakat antara bangsa menunjukan Malaysia telah jatuh jauh ke bawah dalam ranking dunia dalam pencapaian pendidikan, Berikut adalah maklumat yang dikeluarkan oleh beberapa ejensi Pendidikan antara bangsa:a) Kajian Yang dilakukan oleh UN Education Index. Malaysia berada di tempat yang ke 179 daripada 181 buah Negara b) Kajian Progranne for Internasional Student Assesment(PISA)Malaysia berada di tangga 57 daripada 74 buah Negara

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Malaysia menetapkan sasarannya perlu mencapai 1/3 tempat TIMSS dan PISA.Kajian tinjauan ke atas syarikat-syarikat Malaysia dan syarikat antarabangsa juga melaporkan bahawa pelajar Malaysia gagal menguasai kemahiran insaniah yang diperlukan oleh bakal majikan. Oleh itu kemahiran berfikir aras tinggi perlu diterapkan dalam system pendidikan di Malaysia umumnya dan pendidikan Sains khasnya, supaya pelajar palajar dapat bersaing di pringkat global dan semua bidang,samaada bidang pelajaran ataupun bidang bidang lain termasuk pekejaan dan perdagangan.

Mengapa Kemahiran berfikir Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Sains Untuk terus bersaing dengan masyarakat global rakyat Malaysia, khususnya pelajarpelajar perlu memperkembangkan intelektual.Kemahiran intelektual ini sangat diperlukan untuk terus bersaing di dunia yang pesat berubah dan berorientasikan teknologi.

Bagaimana Kemahiran berfikir Aras Tinggi Dapat dikembangkan secara Berkesan dalam pembelajaran Sains di Sekolah.

Bagi menerapkan atau mengembangakn kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan murid, peranan guru sangat signifikan.Usaha untuk ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak iaitu kerajaan ,ibupapa dan para pendidik dari semua peringkat iaitu dari sekolah sekolah rendah ke institut pengajian tinggi. Sebenarnya berfikir aras tinggi bukanlah asing kepada guru-guru kerana mereka telah pun didedahkan dengan konsep dan kaedah berfikir aras tinggi ini semasa mengikuti latihan perguran di maktab atau unversiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka.

Pendidikan Sains merupakan usaha yang berterusan bagi melahirkan masyarakat santifik dan progresif serta berilmu dan membentuk rakyat Malaysia yang kritis,kriatif dan berketerampilan yang mengamalkan sains dan teknologi. Pendidikan sains menumpukan kepada kemahiran-kemahiran seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatip, kemahiran manipulative dan kemahiran saintifik.Strategi Pembelajaran dan pengajaran sains haruslah berfokus kepada sains sebagai proses inkuiri dan berasaskan konstruktivisma, pembelajaran konteksual,pembelajaran masteri dan pendekatan sains dan massyarakat. Kaedah Pembelajaran dan pengajaran perlu dipelbagaikan dan lebih berpusatkan misalnya dengan menjalankan lebih banyak eksperimen, perbincangan, simulasi, lawatan,penyelesaian masalah,penggunaan sumber luar bilik darjah dan penggunaan teknologi dalam TMK/ ICT. Proses Inkuri Pembelajaran Kontekksual Eksperimen Pebincangan Simulasi Lawatan Penyelesaian masalah Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK/ICT )