Anda di halaman 1dari 2

Kelebihan Alat Bantu Mengajar ( Buku Skrap ) Penggunaan alat sebenar yang berkesan sebagai alat bantu mengajar

(ABM) boleh menarik minat dan membimbing pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapat meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap kandungan pembelajaran. Pelajar dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka berkaitan dengan apa yang telah mereka pelajari. Pelajar yang lemah dan tidak berminat mempelajari matapelajaran pendidikan jasmani adalah disebabkan tidak dapat memahami kandungan pelajaran yang diajar. Mereka tidak dapat membayangkan secara intuitif perkaitan antara kemahiran yang dipelajari dengan keadaan yang sebenar. Penggunaan alat yang sebenar dalam pengajaran, pelajar akan lebih memahami dengan mendalam apa yang disampaikan. Alat bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah (Kamaruuin Hussin, 1986, m/s 133). Minat adalah sesuatu yang boleh dibentuk dan dikembangkan. Ianya memerlukan bimbingan daripada orang disekeliling pelajar. Menurut Abu Zahari, (1988, dalam Rohani Kasmani, 1999, m/s 5), mengatakan minat dan kecenderungan memainkan peranan untuk mempengaruhi pencapaian pelajar. Dapat membantu pelajar memperkukuhkan dan mengaplikasikan hasil pembelajaran yang dipelajari oleh mereka. Penggunaan alat sebenar sebagai ABM berkesan dan mampu menarik minat pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Perkaitan Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Dengan Kefahaman Konsep Matapelajaran Pendidikan Jasmani. Boleh digunakan untuk membantu mencapai objektif pembelajaran. Dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Daya kefahaman pelajar terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi berbanding hanya dengan tertumpu kepada teks dan bahan paparan saja. Penggunaan alat sebenar dapat memberikan pendedahan dan gambaran sebenar berkaitan yang dipelajari oleh pelajar. Ciri-ciri penting yang terdapat pada alat sebenar dalam pembelajaran adalah memudahkan kefahaman pelajar kerana dapat melihat benda yang akan dipelajari. Membolehkan pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan cara pendedahan dan pengalaman yang betul.

Selain itu, alat bantu mengajar yang kami sediakan ini juga menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Antara kelebihan lain ABM kami iaitu Buku Skrap adalah seperti berikut : 1. Memberi minat dan daya tarikan kepada pelajar berdasarkan kepada rekabentuk dan hiasan yang menarik. 2. Memudahkan pengajaran guru. Guru hanya perlu menunjukkan buku kepada murid dan menerangkan kepada mereka. 3. 4. Proses Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan Memberi kefahaman kepada pelajar dengan mudah dan cepat menggunakan buku skrap yang ` ringkas dan mudah difahami. 5. Menggalakkan penglibatan pelajar di dalam bilik darjah dengan menyuruh pelajar menjawab soalan yang terdapat dalam buku skrap.

Anda mungkin juga menyukai