Anda di halaman 1dari 53

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Tajuk 1

Peneguhan KONSEP Muzik Melalui Aktiviti Kreatif Penciptaan/Penerokaan/Improvisasi/Amali

Sinopsis Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang peneguhan konsep muziki melalui aktiviti kreatif penciptaan/penerokaan/improvisasi/amali dengan memberi

penekanan kepentingan aktiviti pergerakan kreatif dalam Pendidikan Muzik. Aktiviti kreatif adalah penting dalam pendidikan muzik kerana aktiviti seperti ini menjana pengetahuan, meningkatkan fikiran yang kreatif dan kritis serta mencungkil minda seseorang pendidik muzik.

Hasil Pembelajaran 1. Meneroka aktiviti kreatif muzikal yang sesuai untuk memperkukuhkan kefahaman konsep muzik 2. Mengaplikasikan konsep muzik melalui pelbagai pergerakan kreatif yang sesuai diaplikasikan dalam bilik darjah di sekolah.

Kerangka tajuk ini

1.1 Pergerakan Secara Kreatif Untuk Pembelajaran Konsep Muzik

1.2 Bunyi (Berdasarkan BunyiBunyian; Tema;Unsur Muzik) 1.3 Permainan Alat Muzik Secara Muzikal

1.4 Pantomime/ Persembahan Boneka

1.5 Nyanyian (Lagu Beraksi Dan Lagu Finger Play)

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

1.1

Pergerakan Secara Kreatif Untuk Pembelajaran Konsep Muzik

Music not only touches peoples souls, it also shapes growing minds.

Muzik merupakan satu cara kanak-kanak dapat mengekspresikan diri sendiri. Ia adalah komunikasi melalui pergerakan. Apabila kanak-kanak menyanyi atau bermain muzik mereka akan menjadi lebih mahir semasa membaca, memikir and belajar. Apresiasi muzik dapat diperkembangkan melalui nyanyian, pendengaran, pergerakan kreatif dan permainan alat-alat muzik. Kanak-kanak dapat mempelajari perkataan, konsep muzik dan pemahaman budaya melalui muzik. Pergerakan kreatif merupakan satu cara yang berkesan untuk kanak-kanak mengekspresikan diri dan membina keyakinan diri sendiri. Pergerakan kreatif merupakan satu daripada bentuk komunikasi. Ia biasanya mula berkembang antara umur dua dan tujuh tahun. Pergerakan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak mengekplorasi melalui pergerakan badan. Kanak-kanak biasanya respon terhadap sesuatu bunyi dengan menepuk tangan, menendang kaki, menghayunkan badan. Badan seesorang digunakan untuk berkomunikasi.Contohnya berkomunikasi sesuatu imej, komunikasi idea or komunikasi emosi (feelings). Aktiviti pergerakan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak mengenalpasti badannya, mendorong pelajar untuk mengambil bahagian.

Seperti kata hikmah oleh Confuciuos: I hear and I forget I see and I remember I do and I understand!

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Aktiviti pergerakan kreatif dapat meningkatkan proses pembelajaran. Kesedaran deria: Aktiviti dengan deria meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang diri sendiri dan persekitarannya. Proses pembelajaran menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak di beri peluang menggunakan badannya. Semua deria dapat digunakan apabila kanak-kanak

mengekplorasi pelbagai aspek pergerakan. Antara deria yang sesuai digunakan adalah seperti berikut :

Deria kinestetik meningkat apabila kanak-kanak merasai pelbagai bentuk dan dan aksi dengan badannya.. Deria pendengaran dapat dipertingkatkan respon pada bunyi dan muzik yang didengar. Deria sentuh dialami melalui contohnya lari dengan kaki ayam, melakonkan pergerakan lantai atau bergerak dengan skaf. apabila kanak-kanak

Pergerakan kreatif meningkatkan interaksi antara kanak-kanak di mana mereka belajar berkongsi ruang (space) apabila mereka mengeksplorasi pergerakan bersama. Kanak-kanak bergerak secara sendiri dan memerhati cara kawan-kawan mereka bergerak. Apabila kanak-kanak terlibat dengan aktiviti pergerakan kreatif maka ini akan meningkatkan dan kemahiran

berkomunikasi,

berfikir,

memberi

tumpuan

memperkembangkan

kesedaran diri yang tinggi. Berkenaan ruang, kanak-kanak akan belajar tentang ruang sendiri (personal space) dan ruang yang dikongsi (shared space).Melalui pergerakan kreatif, keyakinan diri seseorang kanak-kanak juga dapat dipertingkatkan.

1.1.1 Apakah Itu Pergerakan Kreatif : Definisi Dan Pergertian Pergerakan Kreatif adalah penggunaan pergerakan anggota tubuh, irama dan daya kreativiti sebagai media untuk melahirakan daya ekspresi

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Pergerakan kreatif merupakan: 1) interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan

2)

ia memberi penekanan kepada empat elemen asas iaitu tubuh badan, ruang, masa dan tenaga

3)

pergerakan kreatif dapat dijadikan sebagai suatu pengalaman untuk menyalurkan perasaan kanak-kanak

4)

pengalaman-pengalaman dalam pergerakan kreatif dapat membebaskan diri seseorang daripada kongkongan perasaan malu dan ketegangan serta membina sifat-sifat keyakinan diri

5)

pergerakan pelbagai

kreatif

mendedahkan pergerakan yang

kanak-kanak berunsur

kepada seni. Ia

bentuk

membolehkan kanak-kanak menggunakan gerak geri anggota sebagai media untuk melahirkan perasaan dalaman,

mengintegrasikan motor dengan kognitif, meninjau hubungan antara personaliti dengan pergerakan, dan meneroka batasbatas tradisi yang menjadi ciri-ciri dalam proses pendidikan

1.1.2 Tujuan Pergerakan Kreatif Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai bentuk pergerakan yang berunsur seni. Pendidikan bentuk ini membolehkan kanak-kanak menggunakan gerak geri anggota sebagai media untuk melairkan perasaan dalaman,

mengintergrasikan motor dengan kognitif, meninjau hubungan antara personaliti dengan pergerakan, dan meneroka batas-batas tradisi yang menjadi ciri-ciri dalam proses pendidikan

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Pergerakan memainkan peranan yang penting pada peringkat awal kehidupan dan pendidikan seseorang kanak-kanak. Ia dapat

membantu proses pendidikan secara menyeluruh. Melalui Pergerakan Kreatif, pelajar-pelajar digalakkan untuk:

1)

membentuk kefahaman dan kesedaran tentang kemampuan tubuh manusia untuk bergerak, dan keupayaan ntuk

mempelajari kemahiran-kemahiran pergerakan yang asas

2)

menyedari tentang keupayaan mereka untuk bergerak , batasbatasnya dan kemahiran-kemahiran asas dalam permainan, gimnastik, akuatik, geraktari dan aktiviti-aktiviti fizikal yang lain

3)

membina sifat-sifat disiplin kendiri, keyakinan kendiri dan personaliti serta budi pekerti yang positif

4)

mempelajari cara-cara untuk belajar dengan berkesan

5)

mempelajari nilai-nilai afektif seperti sifat-sifat bekerjasama dan bertoleransi serta hormat dengan pihak-pihak yang lain

1.1.3 Ciri-Ciri Pergerakan Kreatif

Ada tiga aspek penting dalam pergerakan kreatif seperti yang berikut:

a) Kebebasan pengucapan idea dan perasaan bagi kanak-kanak di peringkat sekolah rendah, pergerakan adalah lebih efektif dan sesuai dengan naluri jiwa mereka sebagai media ekspresi berbanding dengan bahasa

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

b) Ritma pergerakan yang terpendam dalam diri kanak-kanak boleh dimajukan dengan menggunakan muzik dan ritma- ritma tertentu

c) Kreativiti kreativiti melambangkan bakat semulajadi yang terdapat pada kanak-kanak

1.1.4 Unsur-Unsur Dalam Pergerakan Kreatif Ada empat unsur asas dalam pergerakan kreatif iaitu: a) Tubuh badan apakah yang dilakukan oleh tubuh badan atau bahagian-bahagian anggotanya? b) Ruang di mana dan bagaimana ruang digunakan dalam aktiviti pergerakan? c) Daya kualiti pergerakan d) Perkaitan bagaimana pergerakan dihubungkaitkan dengan bahagian-bahagian anggota tubuh badan, dengan orang lain atau objek-objek

a)

Aktiviti tubuh badan

Aktiviti-aktiviti fizikal boleh dibahagikan kepada tiga kategori seperti yang berikut: i. Aktiviti-aktiviti Lokomotor merujuk kepada pergerakan yang dilakukan dengan gaya bebas seperti berjalan, berlari, berpusing dan melompat melibatkan semua gerak laku yang menggerakkan tubuh badan dari satu tempat ke satu tempat yang lain atau dari 6

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

satu ruang ke ruang yang lain, atau dari satu asas sokongan ke aras sokongan yang lain

ii. Aktiviti-aktiviti Bukan Lokomotor merujuk kepada jenis-jenis pergerakan yang bergerak di tempat yang sama (on the spot) fokus utama ialah kepada gerak laku seluruh tubuh badan seperti perlakuan-perlakuan menutup, membuka,

membangun, merendah dan memusing dalam kategori ini sema aktiviti dilakukan di satu tempat dan ruang yang sama tanpa memindah kedudukan peserta. Contohnya seperti aktiviti-aktiviti gerak laku memusing dan memutarkan badan, membangun dan menurunkan badan ke paras lantai, membuka dan menutup, menarik dan menolak, melurus dan membengkokkan tangan dan kaki, dan mengimbangi badan.

iii. Aktiviti-aktiviti Manipulatif aktiviti-aktiviti kategori ini tidak banyak menggunakan peralatan sebaliknuya banyak menggerakkan daya imiginasi dan cara mengendalikanya. Contohnya melntar objek, menangkap objek atau merebut objek dan bergerak bersama objek.

b)

Aspek ruang : kearah manakah tubuh badan bergerak? Lima dimensi berikut memperincikan kategori-kategori ruang

i. ii. iii. iv. v.

kawasan arah aras laluan ekstensi (kelunjuran)

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

i.

Kawasan a) ruang peribadi ruang yang terdapat di sekitar

individu semasa bergerak atau berdiam diri di suatu tempat b) ruang umum ruang yang terbenntuk mengikut keadaan rupa bilik, dewan atau garis-garis

sempadan. Biasanya ruang yang begini dilihat sebagai ruang yang menyeluruh, iaitu saiz ruang yang terdapat untuk aktiviti pergerakan

ii.

Arah Konsep arah digunakan untuk menjelaskan tentang kedudukan tubuh badan semasa melakukan perubahanperubahan arah. Ini dapat dilakukan dengan dua cara:

a) dengan mengubah hala kedudukan badan b) dengan menghala mengekalkan ke dapn kedudukan sambil badan yang muka

memusing

menghadap ke pelbagai arah

iii.

Aras Aspek dimensi aras dalam klasifikasi ini menumpukan perhatian terhadap lokasi pergera kan dan

hubungannya dengan lantai. Ada tiga aras pergerakan iaitu rendah, pertengahan dan tinggi

iv.

Laluan Maksud laluan dalam konteks pergerakan ialah pola lantai yang dihasilkan oleh pergerakan melalui

penggunaan ruang. Dua garis asas yang membentuk laluan ialah garis lurus dan garis lekuk. Dengan

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

menggabungkanjalinkan kedua-dua garis asas tersebut ke dalam pelbagai kombinasi akan menghasilkan laluan yang berbentuk zigzag dan pintalan

v.

Ekstensi (kelunjuran) Konsep estensi dekat dan jauh merangkumi jarak sesuatu pergerakan daripada tubuh badan dan

hubungannya dengan pergerakkan-pergerakan yang melibatkan penggunaan objek-objek dengan tubuh badan

c) Aspek

daya

bagaimana

tubuh

badan

melakukan

pergerakan? Aspek daya dalam pergerakan merujuk kepada cara-cara individuindividu menggunakan tubuh badan mereka. Semua pergerakan mempunyai dimensi seperti yang berikut: i. Masa dihubungkan dengan unsur kelajuan, iaitu cepat dan perlahan

ii. -

Beban merujuk kepada unsur-unsur ketegangan dalaman yang membabitkan pergerakan otot sesuatu pergerakan itu boleh diklasifikasikan kepada tangkas (kuat, kukuh dan erat) ataupun lembut (lemah, longgar dan longlai)

iii. -

Ruang pergerakan menggunakan ruang, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung pergerakan yang menggunakan ruang secara langsun berbentuk lurus, tajam, halus 9

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

pergerakan yang menggunakan ruang secara tidak langsung mempunyai bentuk-bentuk yang fleksibel, beralun dan lemah lembut

iv. -

Aliran sesuatu pergerkana itu boleh menjadi bentuk terikat atau bebas pergerakan yang berbentuk terikat biasanya bergerak secara berhati-hati pergerakan gaya bebas mempunyai beberapa ciri tertentu seperti gerak-gerak yang lancar, menerkam, tangkas dan tidak terkongong

d)

Aspek perkaitan : Apakah perkaitan yang sedang berlaku?

Aspek perkaitan dalam pergerakan memberi erti kepada interaksi antara individu-individu dengan persekitarannya

Ada tiga jenis perkaitan yang asas seperti yang berikut:

i.

Perkaitan antara bahagian-bahagian anggota tubuh badan dengan bahagian-bahagain tubuh yang lain

ii.

Perkaitan

antara

individu-individu

dan

kelompok-

kelompok dengan individu-individu yang lain

iii.

Perkaitan antara individu-individu dan kelopok-kelompok dengan objek-objek, peralatan-peralatan, peraturanperaturan dan garias-garis sempadan

1.1.5 Kelebihan Pergerakan Kreatif Ia melibatkan diri dan badan sendiri 10

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Ia mengajar kesedaran diri dan apa yang boleh dilakukan oleh badan sendiri Memperkembangkan koordinasi dan kawalan pergerakan Ia merupakan disiplin yang berkait dengan imej kendiri, kesedaran diri dan kawalan diri. Ia meningkatkan keupayaan berekspresi dan berimaginasi Ia meningkatkan pemikiran kreatif dan kritik.

1.2 1.3

Bunyi (Berdasarkan Bunyi-Bunyian; Tema; Unsur Muzik) Permainan Alat Muzik Secara Muzikal

Konsep-konsep muzik yang dapat diaplikasikan melalui aktiviti muzikal pergerakan kreatif adalah seperti yang berikut :

Konsep Irama - terdiri daripada beberapa sub-konsep seperti detik, tekanan, meter, tempo,nilai not, tanda rehat dan corak irama.

Konsep Melodi - terdiri daripada sub-konsep seperti pergerakan pic, skel major atau minor Konsep Harmoni - terdiri daripada jenis iringan dalam harmoni seperti melodi kaunter, dron, ostinato melodi.

Konsep Warna Ton - warna ton pelbagai sumber bunyi seperti suara alat muzik, perkusi badan,bahan improvisasi dan bunyi alam sekitar

Konsep Tekstur - menunjukkan jenis lapisan suara yang nipis/tebal, frasa Konsep Bentuk - pembinaan bentuk seperti AB (binari) dan ABA (ternari) Konsep Ekspresi - terdiri daripada dinamik lembut/kuat, beransur lembut/beransur kuat dan deskripsi mud dalam muzik seperti riang,sedih, bersemangat,cemas,takut dan tenang.

11

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Contoh aktiviti pergerakan menggunakan Lummi sticks untuk menunjukkan konsep irama

Lummi sticks Ia merupakan rhythm sticks yang popular dikalangan kanak-kanak. Tujuan menggunakan lumni sticks adalah untuk mengajar kanak-kanak kemahiran yang mudah. Langkah pergerakan harus tidak mengelirukan. Kemahiran lokomotor dapat diperkembangkan dengan penggunaan lummi sticks

Nama lagu : This Old Man

Kemahiran : Drumming (seperti memainkan alat drum), tapping (mengetuk dengan rhythm sticks), shaking Rolling (memusing) Anda boleh gunakan chopsticks untuk menggantikan Lummi sticks (menggoncang), Pointing (menunjukkan ke arah atas),

12

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Penceritaan This old man, he played one.

Diskripsi Pergerakan Memainkan lummi sticks seperti pada drum samping (6 kali) Mengetuk lummi sticks bersama (6 kali) Menyentuh ibu jari menggoncang lummi sticks (6 kali) Menunjukkan lummi sticks ke arah atas Memusing lummi sticks (6 kali)

He played knick-knack on my thumb. With a knick-knack paddy whack, Give your dog a bone. This old man came rolling home.

Ulang pergerakan yang sesuai untuk rangkap 2 hingga 5 berdasarkan gambar di bawah. This old man, he played twoon my shoe This old man, he played threeon my knee This old man, he played fouron the floor This old man, he played fiveon my side

2. 3. 4. 5.

13

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Sambil berehat, cuba anda fikirkan bagaimana konsep-konsep muzik dapat diterapkan dalam aktiviti muzikal pergerakan kreatif. Sila rujuk laman web berikut:-

http://www.lessonplanspage.com/printables/PMusicPEMovingLikeWaves13.htm

http://www.lessonplanspage.com/printables/PMusicPEFlyButterflyFlyDramaticMovement 14

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

http://www.lessonplanspage.com/printables/PMusicMovementAndShooFlyDemonst rateRE

http://www.lessonplanspage.com/printables/PMusicPETempoTrain12.htm

http://www.lessonplanspage.com/printables/PMusicTexture.htm

Latihan 1 Anda dikehendaki mencari bahan dari pelbagai sumber tentang aktiviti-aktiviti muzikal pergerakan kreatif dari laman web.

Berdasarkan satu konsep muzik, rancangkan satu aktiviti muzikal pergerakan kreatif yang menggunakan bola /skaf/gelung untuk pelajar-pelajar sekolah rendah.

15

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

1.4

Pantomime/Persembahan Boneka Seseorang pelakon yang melakonkan sesuatu cerita dengan pergerakan (gestures) dan aksi tanpa penggunaan perkataan atau drama yang dilakonkan dengan aksi dan gerakan dengan diiringi muzik atau lirik nyanyian koir. Pantomime merupakan seni yang menggunakan pergerakan dan ekspresi muka daripada menggunakan perkataan untuk berkomunikasi. Pantomime digunakan untuk merujuk kepada persembahan individu dan juga produksi sebenar. Individu juga boleh dipanggil mime. Kemahiran pantomime berkait rapat dengan tarian (dance) dan sarkas (circus). Pantomime sekarang dipersembahkan dengan aksi teater yang lain. Kebanyakan pelawak jenaka (clowns) menggunakan elemen pantomime. Intepretasi tarian juga dikenali sebagai satu bentuk pantomime. Kemahiran pantomime digunakan iaitu berkomunikasi melalui pergerakan badan.

Anda dikehendaki memuat turun dari laman web Youtube contoh-contoh persembahan pantomime. Contohnya Jack and the Bean Stalk, Hansel and Gretel.

Cuba anda fikirkan satu aktiviti pantomime yang sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah.

16

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

1.5

Nyanyian (Lagu Beraksi Dan Lagu Finger Play)

Merupakan lagu kanak-kanak yang direka untuk diiringi pergerakan jari/tangan yang berkaitan dengan isi kandungan. Ia digunakan untuk menarik minat kanak-kanak di samping mendidik mereka Kanak-kanak dapat menikmati muzik dan lirik lagu-lagu fingerplay dan juga bergembira semasa melakukan pergerakan. Pada masa yang sama mereka juga dapat mempelajari koordinasi tangan dan mata, irama, mengikut arahan, sekuen, dan memori. Terdapat pelbagai jenis finger play.Contohnya finger play yang menceritakan sesuatu jalan cerita, finger play tentang benda dan pengiraan.

Berikut adalah beberapa contoh aktiviti finger play yang anda dapat cuba.

Contoh 1:Eency Weency Spider

The eency weency spider climbed up the water spout. (Touch index finger of right hand to thumb of left hand and vice versa. Make climbing motion alternating fingers) Down came the rain and washed the spider out. (Wiggle fingers in downward motion) Out came the sun and dried up all the rain (Arms in circle over head) And the eency weency spider climbed up the spout again. (Fingers repeat climbing motion)

17

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

18

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Contoh 2:-

Where Is Thumbkin? Where is Thumbkin? Where is Thumbkin? (Begin with hands behind back and bring out each finger as mentioned) Here I am, here I am. How are you today,sir? Very well I say sir Run away,run away. (Fingers on each hand motion to the other, then return to behind back) Where is Pointer? Where is Pointer? Here I am, here I am. How are you today,sir? Very well I say sir Run away,run away. Where is Tall Man? Where is Tall Man? Here I am, here I am How are you today,sir? Very well I say sir. Run away, run away Where is Ring Man? Where is Ring Man? Here I am, here I am. How are you today,sir? Very well I say sir Run away,run away. Where is Pinky? Where is Pinky? Here I am, here I am. How are you today,sir? Very well I say sir. Run away,run away.

19

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

20

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

21

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Latihan 2 1. Anda dikehendaki mencari pelbagai contoh finger play dan melakukan aktiviti finger play dengan rakan-rakan anda. Dengan menggunakan pengurusan grafik tuliskan kepentingan menggunakan aktiviti ini semasa kelas pendidikan muzik.

2. Dengan menggunakan OLL, bincangkan bersama rakan-rakan sekelas pendapat anda tentang kepentingan pergerakan kreatif / pantomime / finger play dalam perkembangan kanak-kanak.

Buku Rujukan Flohr,J.W.(2004). Musical lives of young children. New Jersey Prentice Hall Inc.

Herrold,R.M.(2001). New appraoches to elementary classroom music,3/E. New Jersey: Prentics-Hall Inc.

22

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Tajuk 2

SUARA KANAK-KANAK DAN REMAJA

Sinopsis Dalam tajuk ini anda akan diberi pendedahan tentang jenis dan ciri-ciri suara kanak-kanak dan remaja. Aspek yang difokuskan di dalam bilik darjah adalah langkah-langkah dalam pengajaran nyanyian. Di samping itu, pelajar dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam nyanyian kanak-kanak dan cara-cara mengatasinya. Pemilihan pelbagai repertoire yang merangkumi lagu sesuara dan lagu lapisan suara juga di beri penekanan.

Hasil Pembelajaran 1. 2. Mengenalpasti jenis suara kanak-kanak dan remaja; Mengaplikasikan teknik pengajaran dan pembelajaran nyanyian dalam bilik darjah 3. Mengenalpasti masalah nyanyian di kalangan kanak-kanak dalam bilik darjah. 4. Mengendalikan nyanyian satu suara dan lapisan suara dalam nyanyian solo dan berkumpulan.

Kerangka tajuk ini 2.1 Perkembangan Vokal Kanak-Kanak Dan Remaja 2.2 Melatih Teknik Vokal Untuk KanakKanak Dan Remaja SUARA KANAK-KANAK DAN REMAJA 2.3 Menyanyi Mengikut Pic Yang Tepat 2.4 Mengenal Pasti Dan Menangani Masalah Nyanyian Dalam Kelas 2.5 Membuat Koleksi Repertoire Nyanyian Sesuara Dan Berlapisan Suara Untuk Sekolah Rendah

23

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

2.1

Perkembangan Vokal Kanak-Kanak Dan Remaja 2.1.1 Kanak-Kanak Sekolah Rendah ( 6 hingga 7 tahun) Terdapat banyak ciri-ciri yang sama antara kanak-kanak pra-

sekolah dan kanak-kanak di sekolah rendah, walaupun terdapat perubahan dari segi perkembangan bahasa, kemahiran

manipulatif, penumpuan dan suara untuk menyanyi. Antara ciriciri yang ketara adalah seperti yang berikut :-

A) 1.

Ciri-Ciri Individu Antara umur enam dan lapan tahun, gigi depan akan tanggal dan ini akan menjejaskan pertuturan yang jelas.

2.

Kerja berkumpulan adalah lebih berjaya dibandingkan semasa mereka peringkat pra sekolah. Kematangan

seiringan dengan aktiviti harian sekolah membantu dalam aktiviti yang berstruktur walaupun penumpuan kanak-kanak ini adalah pendek. 3. Imitasi dan aktiviti talun adalah seronok - contohnya mengimitasi irama atau melodi yang ditunjukkan oleh guru. 4. Kanak-kanak sekolah rendah menunjukkan sifat penyayang dan kurang bergantung kepada orang dewasa. 5. Peraturan merupakan perkara biasa yang bertumpu kepada pengulangan dan kebiasaan. Kreativiti setiap individu mungkin akan terjejas kecuali jika diamalkan di persekitaran bilik darjah. 6. Pertumbesaran berlaku dengan cepat dan kesedaran tentang tubuh badan dan pergerakan bahagian badan menjadi ketara.

24

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

B) 1.

Ciri-Ciri Muzikal Suara nyanyian pada peringkat ini masih tidak stabil tetapi pada gred kedua kanak-kanak dapat menyanyi dengan pic yang betul. Renj suara menjadi lebih luas.

2.

Terdapat kesedaran tentang tonality. Kanak-kanak dapat merasa nada yang dinyanyikan

3.

Dengan latihan, kanak-kanak dapat kemahiran tentang detik. Apabila kemahiran ini diperolehi kanak-kanak dapat membezakan detik dan corak irama (menepuk mengikut lirik atau irama melodi)

4.

Kemahiran motor yang lebih luas membantu kanak-kanak memainkan alat-alat perkusi yang mempunyai kepingan logam yang besar seperti glockenspiel untuk iringan dan membuat improvisasi.

5.

Perkembangan

bahasa

dan

minat

yang

meluas

membolehkan penggunaan pelbagai lagu dan bahan cerita. Apabila kanak-kanak mengimitasi bunyi, mereka dapat mempelajari bahasa mudah dari pelbagai bangsa. Ingatan tentang pendengaran bertambah membolehkan ingatan corak talun yang lebih kompleks dan lebih panjang. 6. Kesanggupan membantu untuk bekerjasama tentang dalam kumpulan dan

kesedaran

bunyi

ensembel

kefahaman tentang maksud menyanyi kanak-kanak dengan pic yang betul bersama rakan-rakan lain.

C) 1.

Kesimpulan Tentang Pengalaman Muzikal Lagu-lagu dalam skel pentatonik (mengabaikan not

keempat dan ketujuh dalam skel) adalah yang paling mudah untuk kanak-kanak sekolah rendah yang betul. 2. Renj vokal adalah antara d (satu oktaf lebih tinggi dari C tengah) hingga d (dua oktaf lebih tinggi dari C tengah). 25 menyanyi dalam pic

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

3.

Aktiviti

drama

dan

pergerakan

dengan

muzik

harus

diteruskan. Penggunaan patung/boneka dan alatan pentas (prop) membantu kanak-kanak memberi respons secara serta merta. 4. Penggunaan alat-alat perkusi berpic dan tidak berpic memperkayakan pengalaman muzikal dan mengembangkan motor halus dan kemahiran aural.

2.1.2 Peringkat Pertengahan Kanak-Kanak ( 8- 9 tahun) Perkembangan kanak-kanak dari segi intelek dan kematangan sosial pada umur lapan atau sembilan tahun membantu dalam menghasilkan aktiviti muzikal yang menarik. Oleh kerana kanakkanak pada peringkat ini lebih berdikari dan mempunyai minat yang meluas memperbanyakkan penggunaan bahan dan strategi pengajaran.Kanak-kanak dapat berinteraksi dengan elemen-

elemen muzik dalam persekitaran permainan kreatif.

A) 1.

Ciri-Ciri Individu Perkembangan fizikal adalah lambat. Kemahiran motor halus berkembang pada peringkat ini.

2.

Pada peringkat ini, takut kepada kegagalan merupakan faktor yang memalukan.

3.

Kanak-kanak lebih bertenaga, berwaspada dan keinginan untuk belajar.

4.

Kanak-kanak pada peringkat ini memerlukan kebenaran dari orang dewasa dan banyak dipengaruhi oleh contoh dari orang dewasa.

5.

Terdapat juga kesedaran tentang perkara yang betul dan salah.

6.

Kerja dalam kumpulan lebih efektif pada peringkat ini.

26

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

B) 1.

Ciri-Ciri Muzikal Kebanyakan kanak-kanak dapat menyanyi dengan pic yang betul pada peringkat ini dan mereka juga faham tentang kepentingan menyanyi dengan pic yang betul bersama rakan-rakan yang lain. Renj vokal adalah antara c (satu oktaf lebih tinggi dari C tengah) ke e (dua oktaf lebih tinggi dari C tengah).

2.

3.

Kesedaran tentang tonality membantu dalam improvisasi dan awal nyanyian lapisan suara.

4.

Suara lebih diperkembangkan dengan karektor dan jelas, nyanyian secara solo muncul.

5.

Ingatan

muzikal

bertambah

dan

membantu

dalam

mengingati bentuk muzik yang panjang dan lebih sukar.

C) 1.

Kesimpulan Tentang Pengalaman Muzikal Kanak-kanak berumur lapan atau sembilan tahun bersedia untuk mempelajari prinsip-prinsip asas vokal seperti register kepala, pernafasan postur dan sebutan yang membantu dalam membuat persembahan vokal.

2.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah menyanyi dengan pic yang betul harus diberi bantuan.

3.

Nyanyian secara berkumpulan dapat diperkenalkan pada peringkat ini dan harus diperkukuhkan.

4.

Nyanyian secara berharmoni boleh dilakukan melalui nyanyian secara lagu pusingan, ostinato, deskan dan nyanyian dua suara yang mudah.

5.

Literasi muzikal boleh diajar melalui bacaan dan penulisan dictation.

6.

Pengalaman

kreatif

dengan

muzik

seperti

drama

dan

improvisasi perlu di amalkan. Melodi dan irama yang diimprovisasi boleh ditulis.

27

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

2.1.3 Peringkat Atas Kanak-Kanak (10 11 Tahun) Peringkat akhir ini adalah amat ketara di mana tumbesaran berlaku menyebabkan beberapa kesan tidak selesa kerana menghampiri zaman remaja. Kanak-kanak peringkat ini banyak menyumbang ke arah ensembel muzik, dengan kebolehan vokal, motor dan intelek untuk menjadi kumpulan yang menonjol.

A) 1.

Ciri-Ciri Individu Terdapat banyak perbezaan pertumbuhan terutamanya di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan (kanak-kanak perempuan membesar dengan lebih cepat). Terdapat

perubahan fizikal yang ketara pada peringkat ini. 2. Kemahiran bahasa berkembang dengan baik, sesetengah kanak-kanak memasuki peringkat operasi formal yang di sarankan oleh Jean Piaget dan digambarkan melalui

kebolehan menyelesaikan masalah dan berkemampuan untuk menangani idea abstrak dan pemikiran simbolik. 3. Pengaruh rakan sebaya adalah sangat penting, tidak

Walaubagaimanapun dikecualikan . 4.

perhubungan

orang

dewasa

Terdapat peningkatan minat dalam budaya orang lain dan perasaan ingin tahu tentang dunia luar.

5.

Kanak-kanak berumur sepuluh atau sebelas tahun adalah mudah tersinggung pada kritikan.

B) 1.

Ciri-Ciri Muzikal Suara kanak-kanak dan mencapai suara tahap tertinggi lelaki mula

perkembangannya,

kanak-kanak

mengalami perubahan. 2. Renj diantara Bb ke F (dua oktaf lebih tinggi dari C tengah) adalah biasa.

28

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

3.

Koordinasi diperkembangkan untuk membolehkan permainan irama dan melodi yang lebih kompleks pada alat-alat muzik seperti glockenspiel, zailofon. Terdapat kanak-kanak yang berkebolehan bermain piano dan alat-alat muzik orkestra.

4.

Harmoni dan tonality diperkembangkan, dan nyanyian padu suara adalah menyeronokkan.

5.

Kanak-kanak

agak

sukar

untuk

melakukan

pergerakan

mengikut muzik pada peringkat ini 6. Sesetengah kanak-kanak lelaki mula mengalami perubahan suara. 7. Kanak-kanak berumur sepuluh atau sebelas tahun mungkin mempunyai kebolehan menilai sendiri persembahan mereka dan patut diberi galakan untuk melakukannya secara rutin dan secara objektif.

C) 1.

Kesimpulan Tentang Pengalaman Muzikal Perkembangan fizikal membolehkan pengawalan pernafasan dan lebih perhatian kepada aspek psikologi dalam nyanyian. Kanak-kanak perlu memahami mekanisma vokal dan belajar cara menggunakan suara dengan betul.

2.

Aspek-aspek lain dalam nyanyian (frasa, sebutan, ekspresi dan intonasi) boleh di tekankan.

3.

Kanak-kanak dapat mengawal suara dan menghasilkan bunyi memuaskan. Kanak-kanak mempunyai harapan yang tinggi dan seronok membuat persembahan jika telah membuat persediaan. Terdapat penyanyi solo yang akan muncul dari kumpulan ini. Head voice perlu ditekankan dan perubahan suara perlu dibincangkan.

4.

5.

Minat pada budaya lain boleh membantu pergerakan melalui tarian rakyat.

29

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

6.

Kembangkan pengalaman dalam membaca, menulis dan menganalisis muzik sementara meneruskan aktiviti aural (eartraining).

2.2

Melatih Teknik Vokal Untuk Kanak-Kanak Dan Remaja Terdapat lima komponen utama dalam melatih teknik vokal untuk kanakkanak dan remaja seperti yang berikut:

2.2.1 Pernafasan Pernafasan yang betul adalah asas kepada teknik nyanyian yang baik. Walaubagaimanapun, untuk belajar bernafas dengan cara yang betul mengambil masa yang agak perlahan untuk kanak-kanak.

2.2.2 Fonasi Aktiviti pengucapan dapat membantu dalam perkembangan suara untuk menyanyi. Kanak-kanak perlu diberi galakan untuk

memperkembangkan suara mereka sebagai sebahagian daripada latihan untuk warna ton, dinamik, pic dan register.

2.2.3 Penghasilan ton dan resonan Mengajar cara menyanyi dengan pengeluaran suara yang betul adalah penting agar tidak merosakkan pita suara.

2.2.4 Sebutan Sebutan perlu ditekankan pada awal pembelajaran vokal. Latihan sebutan membantu dalam menghasilkan sebutan yang lancer dalam nyanyian.

2.2.5 Ekspresi Ekspresi akan membawa kepada penghayatan dan interpretasi yang bermakna. Latihan menyanyi mengikut frasa yang betul,

memperluaskan renj suara, mengvariasikan dinamik dan tempo,

30

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

kelicinan serta makna dan mud adalah tergolong dalam cara mengintepretasi lagu yang bermakna. . 2.3 Menyanyi Mengikut Pic Yang Tepat Penghasilan pic yang tidak tepat mungkin disebabkan oleh faktor-faktor psikologi dan fizikal. Walaubagaimanapun tidak ramai kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran kerana fizikal.

Masalah kelemahan dalam nyanyian mengikut pic yang tepat mungkin disebabkan oleh beberapa faktor psikologi seperti perhatian kepada bunyi pic, maklumbalas yang betul dan cara pengajaran nyanyian. 2.3.1 Memberi tumpuan kepada bunyi pic Tidak memberi tumpuan atau tidak fokus kepada bunyi pic mungkin di sebabkan kedudukan kanak-kanak dalam bilik darjah. Kanak-kanak yang duduk di belakang dan menyanyi tidak mengikut pic boleh diubah kedudukannya ke hadapan dan dapat membantunya memberi fokus untuk menghasilkan pic yang betul. Gangguan persekitaran juga mungkin menyebabkan masalah dalam memberi tumpuan.

2.3.2 Maklumbalas yang betul Maklumbalas visual dikatakan dapat membantu dalam persepsi pic. Contohnya dengan mengerakkan tangan ke atas dan ke bawah dapat membantu kanak-kanak untuk menyanyi mengikut pic tinggi dan rendah.

2.3.3 Cara pengajaran nyanyian Terdapat tiga cara atau mod untuk mengajar pic iaitu dengan menggunakan visual, audio dan kinestatik. Dengan menggabungkan ketiga-tiga cara atau mod mengajar, pengajaran adalah lebih berkesan. Contohnya apabila kanak-kanak belajar menyanyi, aktiviti visual melibatkan membaca notasi, manakala aktiviti audio adalah menggunakan model dan imitasi. Pengajaran menggunakan aktiviti

31

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

kinestatik melibatkan kesedaran tentang pergerakan iaitu membuat pergerakan beserta aksi semasa menyanyi.

2.4

Mengenal Pasti Dan Menangani Masalah Nyanyian Dalam Kelas Antara sebab nyanyian tidak tepat boleh dibahagikan kepada empat kategori seperti yang berikut:

2.4.1 Persekitaran Di sebabkan oleh kurang pendedahan tentang muzik.

2.4.2 Organik Di sebabkan oleh kecatatan fizikal atau disebabkan oleh penyakit.

2.4.3 Psikologi Di sebabkan oleh kurang yakin dan kurang daya ingatan.

2.4.4 Kawalan vokal yang lemah Di sebabkan oleh kelemahan dalam sokongan pernafasan, kurang kesedaran kinestatik dalam penghasilan vokal dan tidak

berkebolehan dalam memindah suara ke register suara yang tinggi dan menyebabkan penghasilan suara yang tegang.

32

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Terdapat beberapa aktitviti yang dapat menangani masalah dalam nyanyian seperti yang berikut:

1)

Aktiviti persepsi pic Masalah persepsi pic boleh dibantu apabila kedua-dua maklumbalas aural dan visual digabungkan. Contohnya ialah apabila kanak-kanak menyanyi, ia disertakan dengan pergerakan tangan untuk

menunjukkan pic tinggi atau rendah.

Menyanyi melodi dalam frasa yang pendek dalam pelbagai nada adalah lebih mudah daripada menyanyi pic secara satu persatu.

Kanak-kanak biasanya menghadapi masalah dalam membezakan diantara suara percakapan dan suara untuk menyanyi. Elakkan daripada menggunakan lagu dalam nada yang rendah sebalikkan galakkan kanak-kanak menyanyi dalam pic yang tinggi.

Menyanyi dengan betul memerlukan pendengaran yang cekap. Kanak-kanak memerlukan masa sebelum memberi tindakbalas apabila dikehendaki mengimitasi melodi kerana mereka memerlukan pendengaran dalaman sebelum menghasilkan bunyi pic.

2)

Latihan tambahan dalam nyanyian Memberi latihan tambahan dalam nyanyian seperti vocal drill dapat membantu kanak-kanak dalam menangani masalah dalam nyanyian. Humming yang dijalankan pada awal latihan vokal (pemanasan suara) dikatakan dapat membantu dalam perkembangan pendengaran secara dalaman.

33

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Berikut adalah contoh latihan hummingl yang dapat dijalankan pada awal latihan vokal (pemanasanan suara).

Latihan 1

Latihan 2

34

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

3)

Pengajaran tentang teknik vokal Proses penghasilan vokal juga dapat membantu dalam menangani masalah dalam nyanyian.

Di antara proses penghasilan vokal adalah menggunakan pernafasan daripada diafragma. Kanak-kanak yang menyanyi dengan pernafasan yang tidak betul akan menghasilkan pic yang tidak tepat dan suara yang tegang.

Berikut ialah bentuk diafragma dan abdomen semasa proses pernafasan.

35

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Postur yang betul dan pengurusan pernafasan iaitu cara mengawal dan menyokong pernafasan penghasilan vokal yang mantap. juga adalah unsur asas dalam

Berikut ialah contoh postur yang salah dan postur yang sepatutnya dalam nyanyian.

SALAH

BETUL

36

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Sebutan dan ekspresi juga adalah sebahagian daripada proses dalam penghasilan vokal yang mantap. Sebutan yang betul bergantung kepada pengguaan alat-alat artikulasi seperti rahang, lidah dan gigi. Unsur-unsur dalam ekspresi pula melibatkan frasa, renj, dinamik, tempo dan kelicinan dalam nyanyian. Berikut adalah contoh latihan sebutan yang dapat dijalankan pada awal latihan vokal (pemanasan suara). Latihan 1

Latihan 2

Latihan 3

37

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

2.5

Membuat koleksi repertoire nyanyian sesuara dan berlapisan suara untuk sekolah rendah

Kebanyakan koleksi lagu dalam buku lagu mengandungi pelbagai jenis lagu dan lagu dalam pelbagai renj iaitu dari mudah ke sukar. Guru perlu memilih dan mengatur lagu tanpa diberi panduan dan informasi bagaimana cara dan bila lagu tersebut perlu diajar.

Berikut adalah beberapa cadangan untuk membantu guru merancang dan memilih lagu-lagu yang sesuai daripada koleksi yang sedia ada.

2.5.1 Renj Memilih lagu dalam renj yang sesuai untuk suara kanak-kanak iaitu lebih kurang di antara pic A dibawah C tengah hingga ke G atau A di atas C tengah.

2.5.2 Jeda dan struktur melodi Lagu kanak-kanak perlu mempunyai irama dan melodi yang berulangulang. Lagu yang mempunyai jeda menurun dan beberapa jeda yang luas dalam melodi juga digalakkan. Struktur melodi adalah mudah di mana setiap frasa dapat dinyanyikan dalam satu nafas.

2.5.3 Kandungan senikata lagu Kanak-kanak perlu diberi lagu yang mempunyai senikata dan maksud mengenai pelbagai perkara. Perkara yang utama dalam memilih kandungan senikata lagu adalah perbendaharan kata (vocabulary) yang terdapat dalam lagu tersebut. Lagu yang dipilih hendaklah mengandungi perkataan yang mudah disebut dan maksud yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Aktiviti nyanyian banyak

membantu kanak-kanak mempelajari perkataan baru. Aktiviti ini dikenali sebagai language builder.

38

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Terdapat beberapa penggunaan teknik nyanyian yang dapat memberi pendedahan awal kepada nyanyian secara berharmoni bagi kanak - kanak. Berikut adalah maksud bagi setiap teknik nyanyian berharmoni.

a)

Dron

Dron adalah nyanyian yang menggunakan satu not biasanya not tonik dalam nada yang sama dengan melodi yang dinyanyikan sepanjang lagu.

b)

Bordun

Bordun adalah nyanyian yang menggunakan not tonik dan dominan dalam nada yang sama dengan melodi, yang dinyanyikan sama ada secara serentak atau berasingan sepanjang lagu.

c)

Ostinato melodi

Ostinato adalah nyanyian yang menggunakan satu corak melodi yang mudah yang dinyanyikan secara berulang kali sepanjang lagu.

d)

Canon atau lagu pusingan

Canon atau lagu pusingan adalah lagu yang sama tetapi dinyanyikan bermula pada bar yang lain secara berulang ulang sepanjang lagu.

e)

Kaunter lagu

Kaunter lagu adalah ciptaan melodi yang mudah bagi suara tinggi yang dinyanyikan mengiringi melodi asal.

f)

Lagu berkembar (patner song)

Lagu berkembar adalah dua lagu yang berlainan tetapi mempunyai nada, pergerakan kod dan bilangan bar yang sama, yang dinyanyikan serentak.

39

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Latihan 2.1

1.

Anda dikehendaki melayari internet dan mencari maklumat berkaitan pelbagai jenis lagu berharmoni yang dinyanyikan menggunakan pelbagai kaedah seperti dron, bordun, canon atau lagu pusingan, ostinato melodi dan kaunter lagu. Anda perlu mencari sekurang-kurangnya satu teknik lagu bagi setiap kaedah tersebut.

2.

Masukkan semua bahan anda ke dalam portfolio. Portfolio perlu diserahkan semasa interaksi bersemuka.

40

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Tajuk 3
Sinopsis

PENGEMBANGAN REPERTOIRE UNTUK MENINGKATKAN PENGHARGAAN ESTETIK

Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang pengembangan repertoire untuk meningkatkan penghargaan estetik dalam pengajaran dan pembelajaran muzik. Hasil Pembelajaran 5. Membina dan mengembangkan bahan pendengaran yang sesuai untuk pembelajaran aspek Persepsi dan Penghargaan Estetik. 6. Menghuraikan fungsi, konsep muzik dan elemen estetik semasa mendengar muzik masyarakat Malaysia. Kerangka tajuk ini Pengembangan repertoire untuk meningkatkan penghargaan estetik

3.1 Perkembangan Pendengaran Perseptif

3.2 Mengintegrasi Aktiviti Pendengaran Secara Aktif Dalam Pengenalanpastian Konsep Muzik

3.3 Membuat Koleksi Repertoire Untuk Meningkatkan Persepsi Estetik

3.4 Membina Repertoire Muzik Malaysia Yang Sesuai Untuk Pelaksanaan Aspek Penghargaan EstetikDalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Rendah

41

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Apakah jenis pendengaran yang anda gunakan?

3.1

Perkembangan pendengaran perseptif Keseronokan dan pengahayatan muzik adalah perkara yang berkaitan. Kita mungkin boleh mendapat kepuasan dan keseronokan dalam menghayati muzik tanpa memahaminya. Pengembangan repertoire untuk meningkatkan penghargaan estetik dapat diperkembangkan melalui pelbagai jenis pendengaran. Terdapat dua kategori dalam proses pendengaran:1) Mendengar secara pasif (passive listening) Dalam keadaan tertentu, muzik yang didengar tidak bertujuan menuntut sepenuhnya perhatian daripada pendengar. Contohnya, muzik sewaktu malam bertujuan hanyalah sebagai muzik latar yang dimainkan untuk menambah rasa keseronokan sewaktu berbual-bual dan makan. Ianya bukanlah satu konsert muzik yang perlu ditonton dengan penuh perhatian. Begitu juga muzik latar dalam sesebuah filem bertujuan untuk memberikan kesan bunyi mengikut mud scenario dalam adegan-adegan filem tersebut Persembahan marching band yang kita lihat di tengah padang juga merupakan satu pertunjukan dan bukannya satu

persembahan konsert Dalam situasi yang demikian, perhubungan pendengar dengan muzik adalah sesuatu yang pasif. Passive Listening is listening without reacting

42

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Passive listening is little more that hearing. It occurs when the


receiver of the message has little motivation to listen carefully, such as when listening to music, story telling, television, or when being polite.

a) mendengar mengikut kesedapan pancaindera (sensuous listening) Pendengaran cara ini memerlukan lebih perhatian dan penumpuan Di sini pendengar peka dan dapat menikmati akan keindahan yang didengar daripada muzik, seperti merdunya bunyi seruling, keindahan bunyi loceng dari jauh atau keharmonian koir yang besar atau keindahan warna ton orkestra simfoni yang bermain Semua ini adalah bunyi muzik yang boleh dinikmati dengan keseronokan oleh pendengar tanpa mengetahui dan memahami apa yang berlaku dalam muzik tersebut. Nikmat sensasi didapati oleh pendengar daripada bunyi muzik tersebut namun ianya hanyalah untuk keseronokan sewaktu mendengar tanpa merasainya dengan mendalam.

2)

Mendengar secara aktif (active listening) Pendengaran secara aktif termasuk persepsi deria pendengaran pasif tetapi juga menggunakan emosi dan pemikiran dalam proses pendengaran. Ia melihat mesej yang terkandung dalam sesuatu lagu dan bagaimana ia memainkan peranan kepada seorang pendengar.(Active listening, on the other hand, includes the sensory perceptions of passive listening but also engages the heart and the mind in the process. It seeks to understand the message that is contained in the song or thought and how it might apply to the listener).

Pendengaran

aktif

adalah

di

mana

pendengar

akan

menunjukkan

pemahaman melalui reaksinya. Non-verbal cues seperti mengangguk 43

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

kepala, ekspresi mimik muka menunjukkan bahawa seorang pendengar memberi penumpuan terhadap muzik yang didengar. Pendengaran secara aktif merupakan proses dimana pendengar memahami mesej yang terkandung dalam sesuatu lagu. Contohnya memahami dari segi konsep muzik yang diaplikasikan dalam sesuatu repertoire. a) mendengar secara emosi (emotional listening) Sikap pendengar yang mementingkan perasaan sendiri dalam reaksinya bila mendengar muzik Ianya mengikut mud dan emosi yang dibangkitkan oleh muzik tersebut Muzik dapat membangkitkan pengalaman emosi kepada

pendengar. Mendengar mengikut emosi ialah sikap yang diwarisi oleh pendengar bila mendengar dan menghayati muzik Oleh yang demikian, ia tidak memerlukan konsentrasi dan latihan yang mendalam b) mendengar secara perseptif (perceptive listening) Mendengar dan menghayati muzik secara perseptif memerlukan konsentrasi dan pendengaran yang tajam tentang apa yang berlaku secara muzikal dalam muzik tersebut. Sikap mendengar secara inilah yang paling sesuai dalam apresiasi muzik Dalam erti kata lain, mengetahui apa yang hendak didengar, memahami apa yang didengar Contohnya memahami cara mendengar konsep-konsep muzik yang dimainkan dalam sesuatu repertoire

Antara semua jenis pendengaran di atas, mendengar secara perseptif yang paling memerlukan daya usaha yang gigih dan mendalam serta membina sikap mengikut kebolehan sendiri untuk menghayati muzik.

44

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Perkembangan pendengaran perseptif dapat dilakukan melalui beberapa cara:-

1.

Penumpuan Menumpukan perhatian sepenuhnya dalam mendengar muzik Memberikan konsentrasi terhadap apa yang didengar

2.

Pengulangan Muzik yang didengar haruslah dilaksanakan berulang kali supaya pendengar benar-benar memahaminya Setiap pendengaran yang diulang sudah tentu mendapat kemahiran dan pengalaman yang baru

3.

Familiariti Pengulangan mendengar muzik tertentu akan dapat membiasakan penengaran kita kepada muzik tersebut Kita akan lebih selesa dan dapat memahami dengan lebih mendalam dimainkan Sentiasalah bersikap ingin menerokai muzik yang didengar dengan lebih mendalam apabila mendengar muzik yang selalu

4.

Latar belakang muzikal Latarbelakang dan pengalaman muzik amat perlu untuk membina persepsi dalam menghayati muzik Contohnya menonton konsert dan produksi muzikal,

mendengar muzik daripada media penyiaran, cakera padat, menyanyi dalam kumpulan koir dan bermain dalam orkestra Membaca buku/artikel tentang pencipta ,stail ciptaannya

45

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

5.

Penglibatan dalam aktiviti muzikal

Penglibatan seperti dalam pasukan koir atau orkestra dapat meningkatkan sumbangan terhadap penghayatan seni muzik

Cuba anda fikirkan apa jenis pendengaran yang anda gunakan semasa mendengar sebuah lagu nyanyian atau muzik instrumental?

3.2

Mengintegrasi aktiviti pendengaran pengenalanpastian konsep muzik

secara

aktif

dalam

Apa yang anda faham tentang Penghargaan Estetik? Mengikut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah penghargaan estetik memberi pendapat terhadap hasil karya dan

persembahan muzik masyarakat Malaysia dan menyatakan budaya yang berkaitan dengannya secara lisan dan bertulis.

Dalam aspek ini murid menghayati dan meletak nilai terhadap bahan muzik dan persembahan. Murid mendengar, merasa, mengecam, mengenalpasti, membanding beza, mengklasifikasi, menganalisis, menghuraikan, berkongsi pandangan dan berbincang secara lisan dan bertulis.

Dua bidang muzik yang melibatkan penghargaan estetik adalah:-

a)

Nyanyian

Memberi respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau persembahan muzik vokal seperti konsep muzik (irama, melodi, bentuk, ekspresi); fungsi muzik (perayaan, tarian, upacara); dan teknik persembahan.

46

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Antara pelbagai muzik vokal yang digunakan adalah seperti berikut: Nyanyian solo Nyanyian berkumpulan Nyanyian dua lapisan suara

b)

Muzik Instrumental Memberi respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau persembahan muzik instrumental seperti konsep muzik (irama, melodi, bentuk, ekspresi); fungsi muzik (perayaan, tarian, upacara); dan teknik persembahan.

Antara pelbagai muzik instrumental yang didengar adalah seperti berikut: Muzik instrumental solo Muzik instrumental berkumpulan

3.3 3.4

Membuat koleksi repertoire untuk meningkatkan persepsi estetik Membina repertoire Muzik Malaysia yang sesuai untuk pelaksanaan aspek Penghargaan Estetikdalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Rendah Pendengar harus meneliti masyarakat Malaysia dari segi: Fungsi Konsep muzik Elemen estetik

Antara aras pendengaran yang dapat di capai adalah seperti yang berikut:

Aras 1 Mencirikan elemen-elemen muzik dalam muzik masyarakat Malaysia yang diperdengar dengan betul

47

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Aras 2 Menghuraikan muzik masyarakat Malaysia dengan betul mengikut ciri-ciri elemen muzik yang diperdengar.

Aras 3 Menyatakan alasan yang sesuai untuk memberi nilai lagu masyarakat Malaysia yang diberi.

Contoh cara menggunakan pendengaran lagu Muzik Masyarakat Malaysia

Tajuk lagu: Setangkai Mawar oleh Mahzan Manan Setelah mendengar lagu tersebut, seorang pendengar muzik telah meneliti lagu tersebut dari segi fungsi, konsep muzik dan elemen estetik

Fungsi lagu Sebuah lagu menyatupadukan rakyat Malaysia

Konsep Muzik

1) Konsep Melodi Pergerakan pic dalam lagu. Contohnya pic menaik,menurun,mendatar,bertangga dan melompat skel diatonik yang digunakan. Skel minor harmonik

2) Konsep Irama Corak irama pada rentak. Rentak Masri Meter lagu : 4 4 Tempo : sederhana Nilai not : minim bertitik, krocet bertitik, krocet, kuaver

3) Konsep Warna Ton Warna ton pelbagai sumber bunyi: suara yang digunakan (suara perempuan/lelaki) 48

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

4) Konsep Harmoni - Jenis iringan dalam harmoni : melodi kaunter, nyanyian dalam empat suara (soprano, alto, tenor dan bes) - kord-kord iringan yang digunakan

5) Konsep Ekspresi - Perubahan dinamik semasa menyanyi. Aras dinamik : lembut, kuat Perubahan dinamik : beransur lembut; beransur kuat

6) Konsep Tekstur - Deskripsi tekstur dalam muzik solo dan muzik berkumpulan; (tebal atau nipis)

7) Konsep Bentuk - Jenis bentuk muzik : A B A - Bentuk ternari

Elemen estetik Menyatakan perasaan terhadap lagu yang didengarkan Memberi komen terhadap lagu yang didengar dengan jelas Memberi nilai lagu Setangkai Mawar pada pendengar

Latihan 3.1 Sambil berehat, anda dikehendaki mencari dari pusat sumber rakaman muzik instrumental Malaysia. Setelah mencari rakaman yang sesuai, cuba anda dengar muzik instrumental masyarakat Malaysia pilihan anda.

Semasa mendengar muzik tersebut, cuba anda kenal pasti fungsi, beberapa konsep muzik serta elemen estetik rakaman tersebut.

Anda dikehendaki menginterpretasi muzik yang didengari dalam bentuk grafik.

49

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Tajuk 4

PENGEMBANGAN DAN PENGUMPULAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sinopsis Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang kepentingan membina bahanbahan dari internet dan cara-cara mengaplikasikannya dalam bilik darjah. Pelajarpelajar akan didedahkan dengan cara menggunakan Search Engine dan mencari bahan-bahan internet seperti bahan bacaan, rakaman video dan latihan-latihan yang sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik di sekolah rendah.

Hasil Pembelajaran 7. Mengenalpasti cara memuat turun dari pelbagai Search Engine bahanbahan yang sesuai diaplikasikan untuk pengajaran dan bilik darjah. Mengumpul dan mengaplikasikan bahan pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik yang dibina dalam bilik darjah.

8.

Kerangka tajuk ini

4.1 Pengembangan dan pengumpulan bahan pengajaran dan pembelajaran

4.2 Membina bahanbahan dari internet dan cara-cara mengaplikasikannya dalam bilik darjah

50

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

4.1

Pengembangan Pembelajaran

Dan

Pengumpulan

Bahan

Pengajaran

Dan

Dalam dunia teknologi moden sekarang Internet merupakan satu kaedah yang paling baik untuk seseorang guru mencari bahan-bahan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai Search Engine yang boleh anda gunakan sebagai seorang guru pendidikan muzik. Antara Search Engine yang sesuai digunakan adalah seperti berikut: Yahoo Google Fusion MSN SearchBing Lycos

4.2

Membina bahan-bahan dari internet dan cara-cara mengaplikasikannya dalam bilik darjah Terdapat beberapa cara untuk membina bahan dari internet. Bahan-bahan yang dicari dari internet dapat digunakan sebagai bahan bacaan, tayangan video serta latihan-latihan yang sesuai digunakan dalam kelas pendidikan muzik di sekolah.

Contohnya anda sebagai seorang guru muzik boleh mencari bahan-bahan tentang teknik menyanyi dengan menggunakan Search Engine Google. Anda hanya harus taip vocal productiondan pelbagai sumber tentang vokal akan muncul pada skrin komputer. Contoh alamat untuk teknik vokal adalah:-

http://www.vocalfocus.com/vocal-anatomy.html

Selepas ini anda boleh tunjukkan gambar rajah struktur bahagian kepala dan bahagian-bahagian yang penting dalam vokal production. Ini akan memberi gambaran yang jelas kepada pelajar-pelajar tentang bahagian-bahagian 51

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

penting

dalam

sistem

pernafasan

seseorang.Anda

akan

dapat

melaksanakan teknik nyanyian dengan lebih efektif dan pelajar-pelajar juga akan memahami peranan sistem pernafasan dengan jelas.

Untuk bahan bacaan tambahan anda sebagai seorang guru muzik, anda boleh juga menggunakan Search Engine Google Scholar dan muat turun artikel dari buku-buku vokal tentang perkembangan vokal kanak-kanak, cara melatih suara kanak-kanak, renj suara kanak-kanak mengikut umur, cara memilih repertoire yang sesuai.

Contoh alamat internet adalah seperti berikut:www.geocities.com/EnchantedForest/Glade/7438/.

Berikut adalah cara anda sebagai seorang guru muzik dapat menggunakan internet untuk mencari bahan yang sesuai bagi tajuk eksplorasi pelbagai corak irama dengan penggunaan bahan-bahan buangan untuk memahami konsep irama dan warna ton.

Contohnya apabila anda sebagai seorang guru muzik ingin mengajar tentang konsep irama dan warna ton dengan penggunaan bahan-bahan buangan atau bahan-bahan masakan, maka anda boleh mengikut langkahlangkah berikut: Masuk ke Search Engine Google Taipkan perkara yang hendak dicari. Contohnya persembahan dengan alat-alat buangan kumpulan yang mashyur adalah STOMP Fail-fail dari YouTube akan dipaparkan Buka fail berkenaan dan saksikan persembahan STOMP Muat turun fail berkenaan dari YouTube Tunjukkan kepada pelajar-pelajar di kelas supaya mereka dapat pemahaman yang jelas Pelajar-pelajar akan dapat mendapat gambaran yang jelas tentang cara persembahan dan dapat mengaplikasikan idea yang disaksikan dalam aktiviti kumpulan di kelas mereka.

52

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Dengan menggunakan OLL, anda dikehendaki berbincang dengan rakan sekelas anda tentang kepentingan menggunakan salah satu Search Engine semasa mencari bahan-bahan untuk pengajaran dalam bilik darjah.

Banding beza pendapat yang diberikan oleh rakan sekelas anda dan catitkan

Latihan 4.1 Fikirkan satu topik pengajaran dari sukatan KBSR pendidikan muzik. Setelah anda membuat keputusan tentang topik yang sesuai, anda dikehendaki melayari internet dan mencari bahan-bahan yang sesuai dengan tajuk pilihan anda. Kumpulkan semua bahan-bahan dalam folio.

Latihan 4.2 Secara individu, catitkan bagaimana anda akan menggunakan bahanbahan internet yang dikumpulkan dalam pengajaran pendidikan muzik di bilik darjah.

Aplikasikan penggunaan bahan-bahan tersebut dengan kelas yang anda mengajar di sekolah.

Catitkan refleksi penggunaan bahan-bahan internet tersebut dan simpannya dalam folio anda.

53

Anda mungkin juga menyukai