Anda di halaman 1dari 68

NURUL AMIRA BINTI MOHD YUSOF DIPLOMA PEMASARAN JUN 2013 PTSB

JABATAN PERDAGANGAN

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

NURUL AMIRA BINTI MOHD YUSOF (16DPR11F2002)

WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD NO 1,WORLDWIDE@7, LOT LAZUARDI 7/29 SEKSYEN 7, 40000 SHAH ALAM SELANGOR

JUN 2013

JABATAN PERDAGANGAN

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

NURUL AMIRA BINTI MOHD YUSOF (16DPR11F2002)

WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD NO 1,WORLDWIDE@7, LOT LAZUARDI 7/29 SEKSYEN 7, 40000 SHAH ALAM SELANGOR

JUN 2013
2

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

OLEH

NURUL AMIRA BINTI MOHD YUSOF (16DPR11F2002)

DI

WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD NO 1,WORLDWIDE@7, LOT LAZUARDI 7/29 SEKSYEN 7, 40000 SHAH ALAM SELANGOR

Laporan Akhir Latihan Industri ini Dikemukakan Kepada Pensyarah Penilai Di Jabatan Perdagangan Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat Penilaian Latihan Industri Dan Penganugerahan Diploma Pemasaran

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

JUN 2013 i
3

PENGESAHAN PELAJAR Saya akui laporan latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

: ...........................................

Nama Pelajar

: NURUL AMIRA BINTI MOHD YUSOF

No. Pendaftaran

: 16DPR11F2002

Tarikh

: ..........................................

ii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNya serta keizinan daripadaNya ternoktahlah sebuah laporan yang mendokumentasikan segala tugasan dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh latihan industri saya.Terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Unit Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah kerana memberi peluang untuk memilih tempat latihan Industri di agensi yang dikagumi ini. Dengan adanya peluang ini, akhirnya dapat menjalani latihan industri dengan selamat dan jayanya. Setelah hampir lima bulan atau dua puluh minggu menjalani latihan industri di Worldwide Holding Berhad, banyak ilmu diperolehi yang amat bermanfaat dan sangat berguna melalui pembelajaran dan tugasan sepanjang latihan industri. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua warga Worldwide Holding Berhad dan pihak Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah kerana memberikan peluang untuk menjalani latihan industri ini. Sepanjang tempoh latihan, pelbagai jenis tugasan diperolehi dimana ianya amat berguna untuk digunakan pada masa hadapan.

iii
5

Setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih secara amnya diucapkan kepada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif iaitu En.Ahmad Azman Azizul Rahman dan Ketua Bahagian Hartanah iaitu En.Haji Rosli Ismail yang memberi peluang kepada saya untuk menjalani Latihan Industri di Worldwide Holding Berhad dan secara khasnya kepada En,Shahadat Umar selaku penyelia yang memantau saya sepanjang tempoh latihan industri,beliau juga telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya yang menjalani latihan industri dan berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang pentadbiran jualan dan pemasaran. Di sini tidak lupa juga untuk merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada staf staf di Worldwide Holding Berhad yang banyak membantu dan membimbing semasa menjalani latihan industri di sini Dirakamkan juga jutaan terima kasih kepada Pensyarah Pensyarah Jabatan Perdagangan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah kerana memberi peluang kepada para pelajar untuk menjalani Latihan Industri ini bagi merasai suasana di alam pekerjaan yang sebenar di mana berkemungkinan akan ditempuhi oleh para pelajar pada masa hadapan, tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ahli keluarga dan teman-teman seperjuangan yang telah membantu dalam mendapatkan maklumat tentang latihan industri ini. Sekian, terima kasih.

iv

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN Judul Pengesahan Pelajar Penghargaan Isi Kandungan Senarai Jadual Senarai Lampiran

MUKA SURAT i ii iii v vii viii

BAB 1

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1.1 1.2 1.3 1.4 Pendahuluan Objektif Latihan Industri Objektif Laporan Latihan Industri Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar 1 3 3 4

BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Pengenalan organisasi Latar belakang penubuhan organisasi Aktiviti syarikat Worldwide Holdings Berhad Halatuju syarikat Carta Organisasi Syarikat 6 7 12 12 14

BAB 3

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 3.1 3.2 Pengenalan Ringkasan Aktiviti Latihan Industri 15 15

BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL v
7

4.1 4.2 4.3 4.4

Pengenalan Dokumentasi Spesifikasi / Jenis Peralatan yang Digunakan Tatacara Penggunaan Peralatan Proses Kerja yang Dilakukan (Aliran Perjanjian Jual Beli)

24 28 29

39

4.5

Proses Kerja yang Dilakukan (Membuat Laporan Lengkap Projek) 41 48 49

4.6 BAB 5

Kesimpulan

KESIMPULAN

BAB 6

KOMEN DAN CADANGAN 8.1 8.2 8.3 Komen Untuk Organisasi Cadangan Untuk Organisasi Cadangan Kepada Pihak Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah BIBLIOGRAFI / RUJUKAN LAMPIRAN 54 55 51 51 52

vi

SENARAI JADUAL

NO 1.

TAJUK Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

MUKA SURAT 15

vii
9

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A B C D

TAJUK Contoh Muka Hadapan Perjanjian Jual Beli Contoh Hakmilik Contoh Cukai Tanah Contoh Fail Yang Lengkap

viii
10

BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1

Pendahuluan Latihan industri merupakan satu pendekatan yang diberi oleh pihak politeknik di seluruh Malaysia untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang situasi alam pekerjaan yang sebenar. Latihan industri ialah langkah awal bagi seseorang pelajar untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang suasana alam pekerjaan. Latihan industri ini amat berguna kerana ianya dapat mendedahkan kepada pelajar tentang selok belok pengurusan dalaman dan luaran bagi sesebuah organisasi dan ianya amat berharga pada masa akan datang.

Di samping itu, ia juga dapat meluaskan pengetahuan dan menambahkan pengalaman walaupun ianya mengambil masa yang singkat. Latihan industri ini dapat menerapkan pelajar dengan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berdisiplin, amanah dan bertanggungjawab. Semasa di politeknik, pelajar hanya mempelajari secara teori dan ianya akan dipraktikkan oleh pelajar ketika menjalani latihan industri. Pelajar akan tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh organisasi semasa menjalani latihan dimana segala masalah akan dirujuk kepada

11

pihak pengurusan dan bukan lagi kepada pihak politeknik, contohnya permohonan cuti.

Pelajar-pelajar tidak boleh mendedahkan maklumat-maklumat tentang syarikat yang dianggap menjadi kerahsiaan syarikat kepada orang lain. Ini adalah kerana ia dapat memberi kesan yang tidak diingini oleh pihak pengurusan seterusnya dapat memburukkan imej politeknik itu sendiri. Semasa menjalani latihan industri, pelajar-pelajar diwajibkan untuk mencatatkan apa saja aktiviti-aktiviti yang dilakukan, didengar/dilihat setiap hari di dalam buku laporan harian. Buku laporan ini hendaklah dihantar kepada pihak pengurusan pada setiap dua minggu sekali untuk disemak dan ditandatangani.

Catatan yang terdapat dalam buku laporan harian ini akan digunakan oleh pelajar sebagai bahan rujukan ketika menulis laporan seperti yang dikehendaki oleh Unit Penempatan Latihan Industri semasa melaporkan diri untuk meneruskan pengajian pada semester berikutnya. Tanpa buku laporan harian dan buku laporan latihan industri, para pelajar tidak dibenarkan untuk meneruskan pengajian ke semester berikutnya.

Buku laporan latihan industri ini juga boleh digunakan oleh pelajar untuk mendapatkan pekerjaan setelah pelajar menamatkan pengajian. Buku laporan ini boleh dijadikan bahan rujukan kepada majikan. Adakalanya

12

digalakkan supaya para pelajar menyediakan satu salinan untuk tujuan tersebut.

1.2

Objektif Latihan Industri Antara matlamat dan objektif latihan industri yang digariskan oleh politeknik ialah: a) Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar. b) Menanamkan semangat kerjasama dan perhubungan yang baik antara pelajar dan para pekerja firma tersebut. c) Memberi peluang kepada para pelajar untuk menghubungkaitkan antara kefahaman teori yang dipelajari dan mempraktikkannya ketika menjalani latihan industri. d) Menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri. e) Mendidik pelajar supaya mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh firma. f) Menyediakan laporan rasmi dan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh pihak politeknik.

1.3

Objektif Laporan Latihan Industri Buku laporan latihan industri adalah satu syarat yang perlu dilaksanakan oleh semua pelajar setelah menjalani latihan industri. Setelah tamat menjalani latihan industri selama hampir lima bulan, para pelajar dikehendaki untuk mendokumentasikan kembali segala aktiviti yang telah dilakukan sepanjang tempoh menjalani latihan tersebut.
13

Para pelajar diwajibkan untuk menyerahkan buku laporan latihan industri dan buku laporan harian kepada Unit Pusat Latihan Industri ketika mendaftarkan diri pada semester berikutnya untuk penilaian dan proses pemarkahan. Para pelajar juga dikehendaki untuk mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik ketika menulis laporan. Pihak politeknik juga mempunyai objektif yang tersendiri dalam penyediaan buku laporan ini. Antara objektif penyediaan buku laporan ini adalah : a) Menjadi satu bahan untuk mendokumentasikan atau menyampaikan maklumat aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh latihan dalam bentuk laporan yang tersusun dan sistematik. b) Penghasilan laporan yang baik, bermutu dan mengikut kehendak pemarkahan boleh digunakan sebagai simpanan peribadi semasa melangkah ke alam pekerjaan kelak. c) Penulisan dan pengolahan laporan yang baik adalah penting untuk memberi kepercayaan kepada pihak pembaca serta pihak yang memberi markah. Secara tidak langsung, ia mungkin akan mempengaruhi sesebuah syarikat untuk mengambil pelajar tersebut bekerja di firma itu. d) Ia juga dapat memperlihat sejauh mana pelajar memenuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Bagi memenuhi peraturan tersebut, kita boleh membuat penilaian ke atas seseorang pelajar. Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang berkebolehan dalam semua aspek. 1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

14

Latihan industri merupakan syarat kepada setiap pelajar politeknik. Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar akan dihantar ke jabatan-jabatan atau firma yang menerima dan melatih pelajar menjalani latihan industri di firma tersebut. Secara tidak langsung, pelajar berkenaan dapat merasai berada dalam alam pekerjaan yang sebenar. Di antara kepentingan latihan industri kepada pelajar ialah : a) Pelajar dapat mengetahui suasana alam pekerjaan dengan lebih mendalam dan mengetahui selok-belok tugas yang diberi di samping dapat menambahkan pengalaman sekiranyan menempuh alam pekerjaan yang sebenar. b) Dapat menyesuaikan diri dengan suasana alam pekerjaan dan menjaga hubungan sesama pekerja. c) Secara tidak langsung pelajar dapat membentuk imej serta keyakinan diri, mengetahui tentang selok belok mengenai firma, sistem organisasi serta pengurusan sesebuah syarikat. d) Latihan industri dapat membantu pelajar melahirkan idea-idea yang bernas melalui penghasilan laporan ini. Penulisan laporan ini memerlukan proses perancangan, huraian, gaya bahasa dan teknik penulisan yang betul untuk menghasilkan laporan yang bermutu. Ini dapat menjadi panduan kepada pelajar untuk menulis lain-lain laporan untuk semester yang seterusnya.

15

BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1

Pengenalan Organisasi 2.1.1 Pendahuluan Pada mulanya syarikat ini dikenali sebagai Tholec Limited, sebuah syarikat swasta dalam perniagaan perladangan, ditubuhkan pada tahun 1965, dan ia telah ditukar menjadi sebuah syarikat awam pada tahun 1967 dan telah disenaraikan di Malaysia dan Bursa Saham Singapura. Pada tahun 1971, ia dikenali sebagai Worldwide Holdings Berhad. Pada tahun 1989, Worldwide Holdings Berhad mengambil langkah penyusunan semula dengan penyenaraian di Bursa Malaysia Securities. Setelah disuntik aset daripada tiga syarikat di bawah Kumpulan Perangsang Selangor (Holiday Inn Centre, Perangsang Tin Consolidated and Perangsang Rio Tinto) ke dalam Worldwide Holdings , syarikat itu kini di bawah naungan Kumpulan Perangsang Selangor. Sejak itu, Worldwide Holdings Berhad telah terlibat dalam pelbagai industri seperti pembangunan hartanah dan pelaburan, perdagangan kayu , pembangunan infrastruktur , televisyen penyiaran berita, pengurusan sisa pepejal, pelaburan di luar negara dan pegangan pelaburan. Penggabungan semasa krisis kewangan Asia yang aktif di
16

seluruh dunia untuk pelbagai projek infrastruktur serta aset tidak berbayar dan pelaburan . Pada tahun 2008, Worldwide Holdings Berhad telah diswastakan dan telah secara rasmi dikeluarkan dari Bursa Malaysia dan kini merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor. Hari ini, Worldwide Holdings Berhad memberi tumpuan kepada empat perniagaan utama iaitu perkhidmatan harta pengurusan alam sekitar , pegangan pelaburan dan pembuatan peranti perubatan.

Rajah 1,Logo Syarikat 2.2 Latar Belakang Syarikat Worldwide Holdings telah berkembang daripada sebuah syarikat kecil Berhad swasta menjadi organisasi nasional terkenal. Dari pelbagai kepentingan dalam pelbagai industri di seluruh tahun menjadi tumpuan ke empat hari ini, Worldwide Holdings hari ini adalah pemimpin dalam hartanah dan perkhidmatan pengurusan alam sekitar. Ia adalah di peringkat akhir persediaan untuk menceburi perubatan peranti perniagaan pembuatan. Semua perniagaan ini adalah sejajar dengan memenuhi permintaan dunia
17

hari ini, termasuk permintaan untuk perumahan dan komersil yang baik dan tinggi nilai, tapak pelupusan yang berdedikasi dan perkhidmatan berkaitan alam sekitar, penjanaan kuasa, alat-alat perubatan dan lain-lain. Perniagaan pembangunan hartanah kami adalah membantu beribu-ribu rakyat memiliki rumah mereka sendiri, membina kawasan komersial dan membantu meningkatkan ekonomi negeri, membina bandar dan menjaga kepentingan masyarakat agar lebih terpelihara dan memberikan mereka kehidupan yang lebih berkualiti, bangunan pejabat yang tinggi seperti menara dibina untuk membolehkan syarikat global atau tempatan menubuhkan ruang pejabat dan ruang perniagaan mereka sendiri. Perkhidmatan pengurusan alam sekitar kami membolehkan negara untuk merealisasikan persekitaran yang bersih dan sihat untuk semua. Kami sedang membina dan mengekalkan tapak pelupusan sanitari untuk merawat berjuta-juta tan sisa, membawa teknologi yang terbaik, meninggalkan hari esok yang lebih baik untuk generasi yang akan datang Perniagaan pegangan pelaburan kami bertujuan untuk melabur dengan nilai yang tinggi dengan saham di dalam dan luar negara dan terus mencari kepentingan dalam bidang-bidang seperti penjanaan kuasa dan pelaburan hartanah. Melalui perkongsian strategik dan usaha sama dengan entiti yang terkenal di dunia, kami terus mencari peluang-peluang terbaik untuk melabur. 2.2.1 Visi Syarikat
18

Untuk menjadi organisasi yang terkemuka dan dikenali dalam perniagaan-perniagaan utama kami 2.2.2 Misi syarikat Untuk membangun dan meningkatkan kepakaran kami secara berterusan dalam bidang Hartanah,Alam sekitar, Pelaburan dan Kesihatan.Mengikut standard industry yang berkaitan dan mengatasi jangkaan kesemua pihak berkepentingan dengan mengoptimumkan modal insan,proses dan teknologi secara efektif 2.2.3 Nilai-Nilai Yang Diterapkan Dalam Kalangan Pekerja a) Integriti - Kami beretika,bertanggungjawab dan amanah dalam apa jua yang kami lakukan b) Pertumbuhan - Kami berusaha untuk mencapai peningkatan yang berterusan dalam pembangunan modal insane dan perniagaan c) Kecemerlangan - Kami sentiasa komited untuk memastikan penyampaian prestasi,produk dan perkhidmatan yang berkualiti d) Penyayang/mengambik berat - Kami mengambil berat penjagaan persekitaran,kebajikan para pekerja dan para pemegang saham

19

e)

Semangat berpasukan - Kami berkongsi matlamat dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain dalam satu persekitaran kerja yang harmoni

2.2.4 Latar Belakang Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Nama penuh beliau ialah En.Ahmad Azman Azizul Rahman,beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sains ( Kepujian) Ukur Bahan dari University of Reading, England. Beliau adalah seorang ahli Institut Diraja Juruukur Malaysia ( RISM ) , Royal Institute of Chartered Surveyors ( RICS ) UK dan seorang Juruukur Bahan berdaftar dengan Lembaga Juruukur Malaysia. Beliau telah menghadiri pelbagai kursus-kursus pengurusan dan program termasuk 2 bulan berasrama penuh Program Pembangunan Pengurusan (MDP) di Institut Pengurusan Asia (AIM ) di Manila pada tahun 1993 dan Program Pengurusan Kanan Advanced ASEAN Harvard Business School, Kelab Alumni Malaysia 2005. Pengalaman kerja beliau meliputi selama 28 tahun. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang Juruukur Bahan dengan UDA dan terlibat dalam pembangunan perdana UDA , Bandar Baru UDA , Johor Bahru. Beliau kemudiannya telah dipindahkan ke anak syarikat UDA UDAPEC Sdn. Bhd sebagai Pengurus Projek untuk menerajui permulaan projek dan pembangunan 750 ekar Bandar Tun Hussein Onn , Cheras . Projek ini telah memenangi pelbagai anugerah
20

termasuk daripada badan-badan yang terkenal seperti Institut Perancang dan FIABCI . Kedudukan beliau sebelum meninggalkan UDA adalah Pengurus Serantau bagi Wilayah merangkap Ketua Timur Pengurus UDA Murni Sdn Bhd Beliau menyertai Worldwide Holdings Berhad pada tahun 1996 sebagai Pengurus Kanan di Bahagian Hartanah dan kemudiannya meningkat ke jawatan sekarang iaitu Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif . Untuk sumbangan beliau kepada negeri Selangor , beliau telah dianugerahkan Anugerah Darjah Kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah ( AIS ) oleh DYMM Sultan Selangor pada tahun 2006. 2.2.5 Latar Belakang Ketua Bahagian Hartanah Nama penuh beliau iailah En. Rosli Bin Ismail, berumur 51 tahun, telah berkeluarga dan mempunyai 5 orang anak. Bidang kerja utama Haji Rosli Ismail adalah menyelia aktiviti-aktiviti kumpulan pembangunan hartanah, pentadbiran jualan, pengurusan hartanah dan aktiviti perkhidmatan pelanggan. Beliau memiliki Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi MARA. Beliau telah menghadiri Program Pengurusan di Institut Pengurusan Asia di Manila, Filipina.

21

Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam perniagaan pembangunan hartanah. Sebelum menyertai WHB pada tahun 1995, beliau telah berkhidmat dengan sebuah firma perunding kejuruteraan dan syarikat-syarikat pembangunan hartanah, iaitu Glomac Sdn Bhd dan Peremba Development Sdn. 2.3 Aktiviti Syarikat Worldwise Holding Berhad a) Bahagian Hartanah - Menyediakan produk yang berkaitan dengan pembinaan perumahan dan pembinaan bangunan kedai pejabat. b) Bahagian Alam Sekitar - Menyediakan tapak pelupusan sampah bagi mengurangkan sisa buangan dan menjadikan sisa tersebut sebagai barangan kitar semula untuk memelihara dan memulihara alam sekitar dimuka bumi ini. c) Bahagian Pelaburan - Menjalankan aktiviti membeli dan memiliki beberapa aset terbaik tempatan dan global serta dapat merancang kewangan dengan berhemat. d) Bahagian Kesihatan - Menjalankan aktiviti memproses dan membuatan benang dan jarum untuk pembedahan yang menggunakan jenama sendiri iaitu VESTI. 2.4 Halatuju Syarikat Halatuju syarikat Worldwide Holding Berhad ini adalah untuk menjadi syarikat yang lebih maju dalam menghasilkan pelbagai jenis produk dan
22

perkhidmatan pada masa akan datang dengan menggunakan teknologi yang canggih disamping dapat membantu negara dalam meningkatkan ekonomi dengan pelaburan saham dengan negara luar.

23

2.5

Carta Organisasi Syarikat

24

BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1

Pengenalan Mengikut seperti dalam jadual latihan industry, saya menjalani latihan praktikal di Worldwide Holdings Berhad lebih kurang lima bulan ataupun selama dua puluh minggu. Sepanjang saya menjalani latihan industry di syarikat ini, saya telah diberi peluang untuk melakukan kerja dan tugasan di bahagian pentadbiran jualan. Ringkasan aktiviti latihan industri yang saya telah lakukan adalah untuk setiap dua minggu bermula pada 17 Jun 2013 sehingga 1 November 2013.

3.2

Ringkasan Aktiviti Latihan Industri MINGGU 1 DAN 2 i. ii. AKTIVITI Melapor diri di syarikat pada jam 9.00 pagi. Mendengar taklimat daripada pegawai di bahagian sumber manusia iaitu Puan Suhana mengenai 17/6/2013 28/6/2013 iii. peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Menjalani sesi suai kenal dengan semua kakitangan yang berada di syarikat iv. Ditempatkan di bahagian pentadbiran jualan dan mendapat pendedahan awal daripada pegawai di

25

bahagian pentadbiran jualan iaitu En. Shahadat Umar v. Membaca dan memahami mengenai projek-projek yang sedang dijalankan oleh pihak syarikat melalui laman sesawang syarikat iaitu (www.whb.my ) vi. Belajar menggunakan sistem yang digunakan oleh kakitangan syarikat untuk menyimpan data-data yang penting mengenai semua projek. Semua data disimpan di dalam sistem yang dipanggil IFCA. vii. Menganalisis senarai Lot Billing & Collection Summary Report untuk mengenalpasti pelanggan atau pembeli yang masih tidak menyelesaikan bayaran berperingkat sebanyak 10%. viii. Diberi pendedahan menggunakan peralatan pejabat seperti mesin fotostat, mesin fax, telefon pejabat dan mesin mencetak surat. ix. Scan perjanjian jual beli yang baru diterima daripada pihak peguam bertujuan untuk memudahkan kakitangan pentadbiran jualan untuk membuat rujukan atau membuat semakan. x. Menyenaraikan nama pelanggan atau pembeli yang ingin dibatalkan pembeliannya atas sebab pembeli gagal menjelaskan bayaran yang ditetapkan.

26

xi.

Diarahkan untuk menghadiri mesyuarat yang membincangkan tentang status dokumentasi dan kutipan tertunggak, mesyuarat melibatkan kakitangan daripada bahagian pemasaran, bahagian kewangan dan bahagian pentadbiran jualan.

MINGGU 3 DAN 4 i. ii.

AKTIVITI Mengimbas dokumen perjanjian jual beli. Terlibat dengan program orientasi kakitangan baru dari jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00

1/7/2013 12/7/2013 iii.

petang Menyusun, mengimbas dan menamakan semula Hkmilik i-zone kapar. iv. Menghadiri majlis perhimpunan pagi dan diminta untuk memperkenalkan diri. v. Menyediakan minit mesyuarat untuk mesyuarat yang akan datang dengan bantuan daripada kakitangan yang lebih berpengalaman. vi. Menyemak dan memperbaharui no lot hak milik untuk Projek Safira.

MINGGU 5 DAN 6 i.

AKTIVITI Menyambung kerja-kerja mencetak title i-zone kapar sebanyak 2000 Hakmilik.

27

ii. 15/07/2013 26/07/2013 iii.

Melengkapkan borang permohonan untuk serahan balik tanah. Borang 12A(seksyen 197 ) Menyemak senarai pengiraan cukai dan hakmilik tanah bagi projek i-zone kapar

iv.

Menyiapkan minit mesyuarat bagi persediaan mesyuarat yang akan datang

v.

Menghadiri majlis tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh ustaz jemputan

vi.

Memeriksa plan tapak parkir kereta bagi kediaman kondominium Kristal sama seperti dalam perjanjian jual beli ataupun tidak.

vii.

Membuat pembetulan memo minit mesyuarat yang telah diperiksa oleh En.Shahadat Umar.

viii.

Ditugaskan untuk menjadi setiausaha mesyuarat dan tugas yang perlu dilaksanakan adalah mencatat minit mesyuarat.

MINGGU 7 DAN 8 i.

AKTIVITI Membuat salinan Hakmilik i-zone kapar bagi membuat persediaan menghantar segala

29/7/2013 9/8/2013 ii. iii.

dokumen bagi tujuan penyerahan balik tanah Mengisi borang 12A (Kanun Tanah Negara) Menghadiri mesyuarat berkenaan dengan Majlis berbuka puasa.

28

iv.

Menjadi salah seorang Ahli Jawatankuasa di bahagian pendaftaran semasa majlis berbuka puasa.

v.

Menyusun semula cukai tanah dan cukai taksiran.

MINGGU 9 DAN 10 i.

AKTIVITI Pada minggu ke 9 tidak banyak kerja yang dilalukan kerana bercuti sempena hari raya

12/8/2013 23/8/2013 ii.

aidilfitri Menyemak sistem IFCA bagi memastikan semua projek yang telah dikemas kini sama dengan apa yang dicatatkan didalam minit mesyuarat. iii. Membaca dan memahami handbook tentang projek Delima Semi-Detached 26 unit yang diberikan oleh staf yang menjaga projek tersebut. iv. Membantu staf menyusun fail-fail projek Seri Atria di almari yang disediakan. v. Menjadi ahli jawatankuasa di Majlis Jalinan hari raya anak syarikat PKNS di kompleks PKNS di kelana jaya.

MINGGU

AKTIVITI

29

11 DAN 12

i.

Mesyuarat ringkas dengan semua staf di bahagian pentadbiran jualan yang dipengerusikan oleh En.Shahadat Umar

26/8/2013 6/9/2013 ii.

bertujuan membahagikan tugas untuk majlis perhimpunan bulanan syarikat. Mengemas kini laporan tentang projek di Subang Bestari. iii. iv. Mengemas kini status laporan projek cengal Ditugaskan untuk menyediakan soalan kuiz berkaitan kemerdekaan yang akan di laksanakan semasa majlis perhimpunan pagi dijalankan v. Menyediakan slide jawapan bagi soalan kuiz tersebut untuk dipamerkan kepada semua kakitangan syarikat. vi. Menhias bilik mesyuarat aras 3 untuk majlis sambutan hari raya vii. Menyediakan segala kelengkapan bagi persediaan untuk majlis perhimpunan pagi viii. Menjadi ahli jawatankuasa bagi majlis perhimpunan dan sambutan hari raya. ix. Ditugaskan untuk menyemak jawapan kepada soalan kuiz dan mendapatkan senarai nama pemenang.

30

x.

Menghadiri taklimat mengenai penyelarasan gaji semua staf di bahagian hartanah. Taklimat di sampaikan oleh ketua di bahagian sumber manusia.

MINGGU 13 DAN 14 i.

AKTIVITI Mengemaskini status pindahmilik hartanah tentang pembatalan dan penggantian nama pembeli bagi permohonan kebenaran

9/9/2013 20/9/2013

pindahmilik secara menyeluruh blanket consent di seksyen 13, Bandar Shah Alam, daerah Petaling ii. Terlibat dengan perbincangan antara salah seorang kakitangan dari bahagian pentadbiran jualan dengan kontrektor yang terlibat dengan penyediaan tapak parkir kereta yang bertindih di kondominium Kristal dan dapat diselesaikan dengan bantuan daripada En. Shahadat Umar. iii. Menulis maklumat mengenai nama dan number lot rumah dihadapan fail bagi memudahkan proses untuk merujuk dan mencari fail tersebut. iv. Membantu kakitangan yang lain membuat salinan perjanjian jual beli untuk pembeli yang baru sebelum dihantar kepada pihak peguam.

31

v.

Terlibat dengan mesyuarat mengenai status dokumentasi dan kutipan tertunggak dan dilantik menjadi setiausaha mesyuarat untuk mencatat memo minit mesyuarat.

vi.

Membantu kakitangan yang lain membuat Report Lot Billing & Collection Summary bagi projek Delima, Seri Atria, dan Safira.

vii.

Membuat memorandum mengenai mesyuarat status dokumentasi dan kutipan tertunggak.

MINGGU 15 DAN 16 i.

AKTIVITI Menaip surat untuk dihantar kepada pembeli yang tidak menjelaskan bayaran berperingkat sebanyak 10% dan kepada pembeli yang masih

23/9/2013 4/10/2013 ii.

belum menandatangani perjanjian jual beli bagi projek perumahan Meranti dan Jati. Membuat failling bagi projek Alami dan Datum Jelatek iii. Membuat failing dengan memasukkan resit-resit pembayaran kedalam fail. iv. Membuat failling bagi projek Meranti. AKTIVITI i. Mengimbas dan membuat salinan Sijil Carian Rasmi bagi projek i-zone Kapar.

MINGGU 17 DAN 18

32

7/10/2013 18/10/2013

ii.

Menyusun semua fail-fail bagi projek lama bertujuan untuk memudahkan kerja pencarian dokumen.

iii.

Membuat failling bagi projek Jati, Cengal DAN Safira.

iv.

Membuat Record Of Payment bagi projek Meranti.

v.

Menghantar semua dokumen mengenai i- zone kapar ke Pejabat Tanah Klang bertujuan untuk membuat pembatalan hakmilik perumahan kepada perindustrian.

MINGGU 19 DAN 20 i.

AKTIVITI Mengemaskini fail Alami dengan menulis nama, no kad pengenalan, no lot dan no rujukan. ii. Mengemas kini report untuk puncak Alami. Membuat dan mengasingkan senarai nama pembeli bumiputera dan bukan bumi puterauntuk memohon Blanket Consent. iv. Mengemaskini status laporan sebelum fail disimpan di dalam almari mengikut projek. v. Pergi ke Pejabat Tanah Shah Alam untuk menghantar senarai nama untuk memohon Blanket Consent.

21/10/2013 1/11/2013

iii.

33

BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL 4.1 Dokumentasi 4.1.1 Pengenalan Bahagian ini merupakan bahagian yang terpenting didalam rangkaian penjualan. Rangkaian ini bermula dengan bahagian pemasaran diikuti dengan bahagian pentadbiran jualan dan diteruskan dengan bahagian kewangan. Bahagian ini memainkan peranan penting kerana bahagian ini yang menguruskan segala hal atau perkara yang melibatkan dokumen. Nadi bagi bahagian pentadbiran jualan adalah fail dan segala dokumen yang terdapat didalamnya. Antara kerja yang dilakukan oleh kakitangan di bahagian pentadbiran jualan adalah melengkapkan fail, memastikan maklumat adalah tepat dan betul dan sebagainya. 4.1.2 Definisi Dokumentasi Dokumentasi adalah apa yang ditulis di atas kertas. Dokumentasi amat penting kerana mahkamah, peguam, agensi-agensi perkhidmatan social dan sebagainya membuat keputusan dengan melihat apa yang ditulis di atas kertas. Dokumentasi membantu untuk meyakinkan pihak lain tentang sesuatu perkara atau sesuatu
34

perjanjian yang telah dibuat dan ditandatangani. Dokumen yang sinonim dengan bahagian pentadbiran jualan adalah Perjanjian Jual Beli. 4.1.3 Definisi Laporan Selain dokumentasi, penyediaan laporan yang lengkap juga perlu diberi perhatian memandangkan setiap fail atau dokumen yang keluar masuk perlu direkod didalam laporan.Laporan adalah suatu bentuk penulisan yang mencatat atau merekodkan perkembangan sesuatu dokumen. Data dan maklumat yang tepat menjadi kunci dalam penulisan laporan. Terdapat beberapa fungsi asas dalam sesebuah laporan. Segala maklumat yang terdapat dalam dokumen perlu dicatat dalam laporan bagi memastikan sumber yang dicetak melalui kertas dapat disimpan dalam sistem yang boleh memudahkan kerja-kerja menyemak semula maklumat. 4.1.4 Definisi Perjanjial Jual Beli Perjanjian jual beli adalah kontrak undang-undang bertulis yang digunakan oleh pembeli rumah dan penjual rumah untuk mencapai persetujuan ke atas semua syarat-syarat pembelian . Perjanjian jual beli terdapat dalam semua jenis perniagaan tetapi yang sering digunakan ialah dalam jual beli yang melibatkan hartanah. Antara perkara yang terdapat dalam perjanjian jual beli adalah seperti berikut :
35

i.

Nama penjual rumah ataupun pemaju perumahan, nama pembeli dan nama peguam.

ii. iii. iv. v. vi.

Unit rumah Tapak plan Penerangan bangunan Maklumat terperinci pembeli Hakmilik sementara

36

4.1.5 Proses Menguruskan Perjanjian Jual Beli

Perjanjian jual beli diterima dari peguam

Memastikan semua maklumat tepat dan lengkap

Sekiranya lengkap dan betul

Perjanjian jual beli yang telah lengkap ditandatangan perlu diserahkan kepada peguam untuk stamping

Perjanjian jual beli akan dikembalikan kepada kakitangan pentadbiran jualan untuk simpanan

37

4.2

Spesifikasi / Jenis Peralatan Yang Digunakan Peralatan yang digunakan di dalam bahagian ini adalah seperti berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Komputer Mesin Faks Telefon Mesin Fotokopi Mesin scanning Mesin Cetak Surat Mesin penghancur kertas Almari

38

4.3

Tatacara Penggunaan Peralatan 4.3.1 komputer

Komputer merupakan peralatan elektronik yang dihubungkan dengan elektrik yang berfungsi untuk membantu sistem kerja manusia supaya lebih mudah, cepat dan tepat. Ia juga merupakan alat informasi dan komunikasi yang mengolah dan menyimpan data. Komputer ini saya gunakan untuk membuka sistem yang digunakan oleh syarikat iaitu sistem yang di panggil IFCA untuk membuat kerja-kerja yang berkaitan seperti: a) Memeriksa status laporan yang terkini mengenai semua projek yang dibangunkan oleh pihak syarikat.

39

b) Mendapatkan maklumat mengenai pembeli ataupun pelanggan seperti nama peguam yang digunakan, jenis pinjaman yang dibuat, tarikh surat tawaran jualan dikeluarkan dan sebagainya. c) Mengetahui peratusan billing yang telah dikeluarkan oleh kakitangan dari bahagian kewangan. 4.3.2 Mesin Faks

Mesin ini digunakan untuk menghantar dan menerima maklumat dari sesebuah syarikat ke syarikat yang lain dengan cepat. Kebiasaanya, saya akan menggunakan mesin faks ini untuk menghantar dan menunjukkan kesalahan yang dibuat oleh pihak peguam pada perjanjian jual beli. Cara menggunakan mesin faks:
40

i. ii. iii.

Letak kertas atau dokumen yang hendak di faks diatas cermin mesin Kemudian, tekan butang faks dan dail nombor yang ingin di faks Selepas itu, tunggu sehingga bunyi toot. Jika ia berbunyi, tekan butang start

iv.

Selepas selesai keluarkan semula kertas yang diletakkan diatas cermin mesin.

4.3.3 Telefon

Telefon adalah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi pada jarak jauh. Telefon merupakan alat telekomunikasi yang terpenting pada abad ini.telefon in saya gunakan untuk membuat panggilan, menjawab panggilan dan menyambung panggilan. Antara prosedur-prosedur adalah seperti berikut:
41

i. Prosedur Menerima Panggilan Telefon ii. Mengangkat ganggang telefon tidak melebihi tiga kali deringan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. iii. Ucapkan Selamat Sejahtera diikuti dengan menyebut nama syarikat. iv. Bertanyakan dengan jelas siapa yang membuat panggilan telefon dan apakah tujuannya. Bercakap mestilah sopan, fasih berbahasa dan jelas supaya pelanggan mudah memahami. v. Sekiranya orang yang hendak dihubungi tiada di pejabat, berikan alasan yang munasabah dan jika orang yang hendak dihubungi ada di pejabat, sambungkan talian tersebut kepadanya. a) Prosedur Menyambung Panggilan Telefon i. Mengangkat ganggang telefon tidak melebihi tiga kali deringan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. ii. Ucapkan Selamat Sejahtera diikuti dengan menyebut nama syarikat. iii. Bertanyakan dengan jelas siapa yang membuat panggilan telefon dan apakah tujuannya. Bercakap

42

mestilah sopan, fasih berbahasa dan jelas supaya pelanggan mudah memahami. iv. Sekiranya orang yang dihubungi ada di pejabat, tekan butang transfer diikuti nombor sambungan penerima. b) Prosedur Membuat Panggilan Telefon ke Pihak Luar i. Mengangkat ganggang telefon dan tekan line yang masih belum digunakan,contohnya number yang terdapat warna merah adalah line yang telah digunakan. ii. Terus dail nombor yang dikehendaki dengan betul. iii. Tunggu sehingga panggilan dijawab dan ucapkan Selamat Sejahtera dan memperkenalkan diri dan nama syarikat. iv. Memberitahu tujuan membuat panggilan telefon serta mendapatkan maklumat yang diperlukan. v. Akhiri ucapan panggilan diucapkan Terima Kasih

43

4.3.4 Mesin Fotokopi

Mesin fotokopi ini saya gunakan untuk membuat kerja-kerja seperti berikut : i. Fotostat Perjanjian Jual Beli bagi pelbagai tujuan (Sila rujuk lampiran A) ii. Fotostat title ataupun hakmilik sebanyak 2000 bagi projek i-zone di Kapar (Sila rujuk lampiran B) iii. Fotostat segala jenis surat atau memo yang dihantar kepada pelanggan, peguam, pihak atasan dan sebagainya sebagai bukti bahawa surat tersebut pernah ditandatangani ataupun pernah diberi mahupun diterima. iv. Fotostat kad kad pengenalan atau profil syarikat pembeli.

Cara mengendalikan mesin fotokopi : i. Nyalakan suis.


44

ii. iii. iv.

Tekan bilangan helaian yang diperlukan. Pilih saiz kertas yang diingini seperti A3, A4, A5 dan sebagainya Letakkan halaman yang hendak dicetak diatas cermin mesin dan selaraskan pada skil mengikut saiz kertas.

v.

Sekiranya banyak salinan yang diperlukan, tutupkan cermin mesin tersebut dan letakkan kertas yang hendak dicetak diatas Trill dan pilih kesesuaian kertas yang diperlukan serta bilangan.

vi.

Tekan butang Start untuk membuat salinan yang dikehendaki.

4.3.5 Mesin Scanning

Mesin ini saya gunakan untuk scan hakmilik, perjanjian jual beli, salinan kad pengenalan dan salinan profil syarikat pembeli, plan tapak lokasi dan sebagainya untuk simpanan kakitangan di bahagian pentadbiran jualan. Kepentingan scan adalah memudahkan kerja untuk membuat salinan
45

kerana kakitangan tidak perlu membuang masa mencari fail kerana semuanya telah disimpan didalam komputer. Cara menggunakannya : i. Masukkan kertas yang hendak di scan pada permukaan cerminnya mengikut saiz kertas. ii. Tutup semula alas cermin tersebut dengan perlahan dan sempurna. iii. iv. Mula scan dengan kawalan melalui komputer. Paparan gamba atau dokumen yang di scan akan masuk ke dalam komputer.

4.3.6 Mesin Mencetak Surat

46

Mesin pencetak surat ini digunakan untuk mencetak surat pembatalan pembelian, surat peringatan dan sebagainya. Cara-cara menggunakannya : i. Pastikan mesin pencetak dihidupkan sebelum digunakan ii. Selaraskan kertas dengan betul iii. Pilih dokumen yang hendak dicetak di dalam komputer. iv. Cetak dokumen yang dikehendaki.

4.3.7 Mesin Penghancur Kertas.

47

Mesin penghancur kertas ini berfungsi untuk menjadi pemusnah utama dokumen penting yang dicetak di atas kertas terutamanya jika dokumen tersebut merupakan dokumen yang melibatkan rahsia syarikat, maklumat penting pembeli dan sebagainya. Dengan itu segala maklumat dapat dihapuskan dengan selamat disamping dapat mengelakkan pembakaran terbuka. Cara menggunakannya : i. Hidupkan suis ii. Letakkan kertas yang tidak begitu tebal diatas permukaan mesin yang terbuka iii. Kertas akan masuk dengan sendirinya, kemudian matikan suis.

48

4.3.8 Almari

Almari ini digunakan untuk menyimpan fail-fail yang mengandungi perjanjian jual beli pelanggan, maklumat peribadi, surat-surat yang ernah dihantar kepada pembeli dan sebagainya. 4.4 Proses Kerja Yang Dilakukan (Aliran Perjanjian Jual Beli) a. Dalam tempoh 3 hari selepas tarikh penjualan unit, kakitangan dibahagian pemasaran harus menyerahkan fail yang telah lengkap dengan salinan kad pengenalan atau profil syarikat kepada kakitangan di bahagian pentadbiran jualan. b. Selepas menerima fail, kakitangan pentadbiran jualan perlu merekodkan dalam 1 folder. Setiap 1 projek mempunyai 1 folder.

49

c. Fail perlu dikemaskini dengan menulis segala butir-butir pelanggan seperti nama, no lot dan no rujukan supaya memudahkan proses untuk mencari dan menyimpan fail di dalam almari mengikut giliran no lot. d. Follow-up pembeli untuk menandatangani perjanjian jual beli selepas 7 hari daripada tarikh surat tawaran dikeluarkan. e. Pembeli perlu menjelaskan pembayaran berperingkat sebanyak 10 peratus dari harga pembelian selewat-lewatnya 14 hari selepas surat tawaran dikeluarkan. f. Selepas 14 hari daripada perjanjian jual beli ditandatangani pembeli perlu memaklumkan cara pembayaran, sama ada secara tunai atau pinjaman. g. Jika tiada tindakan diatas, kakitangan pentadbiran jualan yang bertanggungjawab keatas projek tersebut akan mengeluarkan surat peringatan untuk menjelaskan pembayaran berperingkat sebanyak 10 peratus dan untuk menandatangani perjanjian jual beli. Dalam masa 14 hari. h. Sekiranya pembeli tidak memberi tindak balas berkenaan cara pembayaran, pihak pentadbiran jualan akan mengeluarkan surat untuk memastikan pembeli membuat pembayaran secara tunai atau pinjaman, jika masih tiada tindak balas dalam masa 14 hari, pembeli dianggap sebagai cash buyer.

50

i. Selepas 14 hari jika tiada tindak balas pembeli akan menerima surat pembatalan pembelian dari pihak syarikat dengan persetujuan dari ketua di bahagian Hartanah j. Jika bayaran 10 peratus dan perjanjian telah ditandatangani, tanggungjawab untuk memastikan pembeli membuat pembayaran mengikut billing yang dikeluarkan adalah tanggungjawab kakitangan di bahagian kewangan. 4.5 Proses Kerja Yang Dilakukan (Membuat Laporan Lengkap Projek) Laporan boleh dibuat dengan merujuk kepada sistem yang digunakan oleh syarikat iaitu property plus yang dipanggil IFCA. Sistem ini digunakan oleh semua kakitangan di bahagian pemasaran, pentadbiran jualan dan bahagian kewangan. a. Langkah-langkah untuk membuat laporan yang pertama adalah memasukkan maklumat pembeli kedalam laporan. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Masukkan nama pengguna Masukkan kata laluan Klik ok seperti dibawah Pilih nama projek Tekan butang financial accounting Klik account receivable Pilih enquiry Klik lot enquiry Semua maklumat pembeli dipaparkan.
51

ii iii

iv

52

v vi

vii

vii i

ix

53

b. memasukkan maklumat tentang peratusan billing yang telah dikeluarkan. i. ii. iii. iv. v. vi. Pilih nama projek Tekan financial accounting Klik account receivable Pilih settlement report Klik lot billing & collection sum (Alloc) Segala maklumat dapat dilihat.

54

iv ii iii

vi 55

c. Langkah-langkah mendapatkan Sales Receivable And Summary Report. i. ii. iii. iv. v. Pilih nama projek Klik property sales Pilih report Klik Sales Receivable And Summary Report Maklumat boleh diperolehi.

56

iv ii

iii

d. Segala maklumat dapat direkodkan didalam microsoft excel

57

58

BAB 5 KESIMPULAN Kesimpulannya,Langkah pihak politeknik menempatkan pelajar-pelajar untuk menjalankan Latihan Industri merupakan salah satu langkah yang bijak. Saya pasti ramai dalam kalangan kita tidak menyedari sesebuah syarikat / organisasi yang berkembang maju adalah bermula daripada sistem pengurusan dan pentadbiran yang sempurna, sistematik dan stabil. Latihan Industri yang dijalankan sememangnya memberi kelebihan dan kebaikan berbanding dengan keburukan. Program ini harus diteruskan kerana ianya banyak memberi manfaat kepada pelajar khususnya dan peluang kepada para pelajar untuk memahami alam pekerjaan yang sebenar bagi mendapatkan pengalaman bekerja di sesebuah organisasi firma ataupun syarikat. Dengan adanya latihan sebegini, ianya dapat memberi keyakinan kepada para pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan sebenar yang mencabar dan bijak menggunakan peluang yang ada seperti ini. Pendedahan sebegini perlu dimiliki oleh setiap pelajar sebagai persediaan awal untuk bersaing dipasaran globalisasi. Seterusnya, dengan latihan ini, para pelajar tersebut merupakan bakal pekerja yang berkualiti daripada segala aspek untuk memenuhi keperluan organisasi. Sepanjang tempoh lima (5) bulan saya menjalani latihan industri di Worldwide Holdings Berhad saya mendapati bahawa firma ini merupakan satu tempat yang sangat sesuai untuk pelajar menjalani latihan industri kerana organisasi ini sangat memahami keadaan dan situasi sebagai seorang pelajar. Sepanjang saya berada
59

di syarikat ini, banyak perkara dan pengalaman yang saya perolehi terutama di bahagian pentadbiran jualan syarikat ini. Selain itu, kesediaan kakitangan yang sedia membantu menjadi salah satu aset yang penting dalam sesebuah organisasi bagi melahirkan pekerja yang mampu bekerjasama dalam kumpulan. Di samping itu, syarikat ini sangat mengutamakan kebajikan pekerja seperti menyediakan tempat bekerja yang selesa, persekitaran yang nyaman dan lain-lain supaya pekerja disini berasa selesa semasa menjalankan tugas. Saya juga diberi banyak peluang untuk mendapatkan pengalaman di bahagian pentadbiran jualan terutamanya seperti membuat surat, mengemaskini status laporan dan sebagainya. Saya turut gembira kerana sepanjang saya menjalani latihan industri di Worldwide Holdings Berhad, mereka berpuas hati dengan prestasi dan komitmen yang saya berikan. Akhir sekali, saya menyarankan kepada rakan-rakan yang ingin menjalani latihan industri pada masa akan datang supaya memohon di Worldwide Holdings Berhad dan mencadangkan kepada pihak Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah supaya menyenaraikan Worldwide Holdings Berhad ini sebagai salah satu tempat untuk para pelajar mejalani latihan industri.

60

BAB 6 KOMEN DAN CADANGAN 6.1 Komen Untuk Organisasi i. Dalam pemerhatian saya syarikat ini kurang aktiviti riadah selepas waktu bekerja. ii. Organisasi perlu menitikberatkan maklumat yang terdapat dilaman web rasmi syarikat, ini kerana maklumat tersebut tidak dikemaskini. 6.2 Cadangan Untuk Organisasi i. Pemberian hadiah atau anugerah adalah perkara yang boleh memberi sedikit suntingan dan semangat kepada pekerja oleh itu saya mencadangkan agar pihak syarikat boleh mewujudkan satu anugerah pekerja terbaik pada setiap bulan dan pemenangnya akan diumumkan pada perhimpunan bulanan syarikat. Nilai yang diambil kira adalah seperti kehadiran yang penuh setiap bulan, masuk kerja pada waktu yang ditetapkan dan sebagainya. ii. Penggunaan uniform oleh kakitangan syarikat dapat mencerminkan imej syarikat disamping dapat mengekalkan keseragaman antara kakitangan, di samping itu saya mencadangkan uniform perlu dipakai pada setiap hari isnin, rabu, jumaat dan pelepasan diberikan pada hari selasa dan khamis. iii. Memandangkan syarikat ini sentiasa berhubung dengan pelanggan dan pihak luar adalah lebih baik sekiranya semua kakitangan diwajibkan untuk memakai tag nama ataupun access card yang
61

telah diberikan untuk memudahkan pihak lain mengenali pekerja tersebut dan ini juga membantu sekiranya pihak luar ingin memberikan pujian mahupun kritikan. iv. Daripada pemerhatian saya selama 20 minggu di syarikat ini, kebanyakan pekerja sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak-anak yang kecil, adalah baik sekiranya pihak syarikat dapat menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak, pembayaran dibuat dengan potongan gaji pada setiap bulan. 6.3 Cadangan Kepada Pihak Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah i. Lawatan secara menyeluruh perlu dilakukan pada setiap organisasi yang terdapat pelajar menjalani latihan industri. Ini kerana terdapat segelintir pelajar yang mungkin mengambil peluang ini untuk bercuti panjang sekiranya tiada lawatan dari pihak Politeknik. Selain itu, ia juga membolehkan pensyarah mengenali pelajarnya dengan lebih dekat. Lawatan ini juga akan membuat pelajar lebih bersedia untuk menyiapkan laporan harian mereka untuk semakan pensyarah. ii. Pihak Politeknik harus lebih peka terhadap kerja-kerja yang diberikan oleh organisasi kepada pelatih. Ini adalah untuk melindungi pelatih tersebut daripada menjadi mangsa kerahan tenaga oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai seorang pelajar yang menjalani latihan industri di jabatan Kerajaan, sudah sedia maklum pelajar tidak diberikan elaun dan datang bekerja hanyalah untuk belajar tetapi jikalau terperangkap dalam situasi ini, sedikit sebanyak akan

62

memberi impak besar dalam diri pelajar yang mungkin akan menimbulkan tekanan kerja semasa menjalani latihan industri. iii. Selain itu, saya mencadangkan agar tempoh latihan industri dapat dipendekkan bagi para pelajar akan datang atau para pelajar menjalani latihan industri pada akhir semester. Hal ini kerana, sesetengah syarikat mengatakan bahawa tempoh latihan industri pelajar Politeknik agak panjang. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak pencadang berterima kasih di atas segala usaha yang pihak tuan usahakan untuk pelajar-pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

63

Bibliografi / Rujukan Temuramah 1. En. Shahadat umar. Ketua bahagian pentadbiran jualan (26 Ogos 2013) 2. Puan Nurul Huda binti Hamis. Eksekutif pentadbiran jualan (19 September 2013) 3. Cik Zuriati binti yaacob. Eksekutif pentadbiran (19 Septermber 2013) Internet 1. http://en.wikipedia.org/wiki/documentation. (1 Oktober 2013) 2. http://en.wikipedia.org/wiki/report. (1 Oktober 2013) 3. http://www.businessdictionary.com/definition/Sales-And-PurchaseAgreement-SPA.html. (1 Oktober 2013) 4. http://www.investopedia.com/terms/s/salesandpurchase.asp (1 Oktober 2013) Buku 1. Prinsip penilaian statut. Penulis Ahmad Ariffian Bujang, Hasmah Abu Zarin. 2. Fatinah Binti Aplop. Buku Laporan Industri Politeknik Sultan Idris Shah. 3. Nor Asyikin Binti Zuhairi. Buku Laporan Industri Politeknik Sultan Idris Shah.

64

LAMPIRAN A

Contoh muka hadapan perjanjian jual beli

65

LAMPIRAN B

Contoh Hakmilik

66

LAMPIRAN C

Contoh cukai tanah

67

LAMPIRAN D

Contoh Fail Yang Lengkap

68