Anda di halaman 1dari 15

KEPERLUAN BERTALAQQIDAN BERMUSYAFAHAH DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN ILMU Al-QURAN: SATU TUNTUTAN



Oleh:
Izuli Dzulkifli
Abdul Rahman Abdul Ghani

ABSTRAK

Artikel ini membincangkan tentang kaedah serta kepentinganmempelajari al-Quran secara
bertalaqqi dan musyafahah.Ia akan membicarakan sejarah dan latar belakang kaedah ini serta
membincangkan teknik-tekniknya yang biasa digunakan oleh setiap peringkat individu dalam
pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Ia juga akan membicarakan mengenai hukum talaqqi
dan musyafahah secara ringkas dan tanpa panjang lebar. Seterusnya ia akan menghuraikan
beberapa kelebihan dan kepentingan talaqqi menurut pengalaman, pemerhatian dan pengamatan
penulis. Kepentingan yang terdapat di dalamnya menuntut supaya kaedah ini dipelajari dengan
mendalam oleh masyarakat Islam khususnya di Malaysia sejajar dengan keperluan untuk
berinteraksi dengan al-Quran.

PENDAHULUAN
Sebesar-besar perkara yang dirasakan oleh setiap mumin apabila membaca al-Quran ialah
bacaan yang meniti di bibir mereka itu merupakan kalamRab al-Alamin.Kalam yang tiada
setanding denganNya, kalam dari Tuhan yang tiada sekutu bagiNya.Ia merupakan kalam milik
Tuhan sekalian alam dan merupakan wahyu teragung pencipta langit dan bumi. Ia merupakan
petunjuk bagi bagi orang yang dalam kesesatan, penyelamat bagi orang yang dalam kemusnahan
dan pembimbing ke jalan yang lurus serta menjamin kebahagian di dunia dan akhirat.

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN
Di antara ibadat yang terbesar dan qurubatseorang hamba kepada Allah s.w.t ialah membaca al-
Quran sepertimana firman Allah s.w.t:
-' - -,- '- '
1

Begitu juga hadis dari Nabi s.a.w sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Umamah:
- - , -- ,- ' ,'= - _' : ',-- -',-' , -' -' -'
-'=-`
2

Dan dari Ibn Masud r.a berkata:
,- ' ,'= - _'- - , -- : --=' -- ' - '- - ' -
'+''`- -- , , ` ) ' ( ,- ` -' '
3

Demikianlah diantara ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang berbentuk arahan, galakan serta
saranan agarsetiap individu membudayakan amalan membaca al-Quran.
Perkara ini (membaca al-Quran) amat ditekankan lebih-lebih kepada setiap individu
sehingga ia dianggap oleh sebahagian ulama sebagai prasyarat bagi setiap individu yang bernama
muslim berdalilkan firman Allah s.w.t:
' ' - ,-''' . -' ,'-
4



1
Al-Muzammil:20.

2
Ahmad dan Muslim .

3
Al-Tirmizi no 6469.

4
Al-Naml: 91,92.


WAHYU PERTAMA
Penekanan terhadap budaya membaca telahpun bermula sejak penurunan wahyu yang pertama
lagi, ketikamana baginda s.a.w sedang bertahannuthdi Gua Hira seorang diri. Baginda telah
didatangi sejenis makhluk yang baginda tidak pernah temui sejak kelahirannya iaitu penghulu
sekalian malaikat iaitu Jibril a.s.
Baginda diperintahkan oleh Jibril a.s supaya membaca sedangkan baginda tidak tahu
membaca sehinggalah baginda dipeluk Jibril a.s dan diajar membaca. Peristiwa ini telah
dirakamkan dalam al-Quran yang berbunyi:
'= -' =- '- . '= - '--` '= . ` =- . '-''- '= -' . '=
' ' '- '--` .
5

Daripada intisari ayat tersebut jelas membuktikan bahawa membaca merupakan perkara yang
utama di dalam kehidupan manusia apatah lagi dalam mencari kebenaran dalam setiap perkara
serta menjauhkan diri dari sifat jahil. Melalui ayat tersebut juga kita dapati bahawa kaedah
pembelajaran secara berguru telah diterapkan pada wahyu pertama lagi ketikamana Jibril a.s
mengajarkan baginda s.a.w membaca yangmana ia merupakan arahan pertama Allah s.w.t.
Demikianlah kita dapati bahawa kaedah belajar membaca al-Quran secara berguru turut
dipraktikkan oleh Baginda s.a.w apabila bertalaqqi bersama Jibril a.s setiap kali tibanya
Ramadhan.Baginda turut mengajarkannya kepada para sahabat r.a, dan para sahabat
mengajarkannyan kepada tabien, dan seterusnya sehinggalah lahirnya generasi yang pandai
membaca serta menguasai al-Quran pada setiap zaman.




5
Al-Alaq.
BUDAYA BELAJAR MENULIS DAN MEMBACA DI ZAMAN NABI S.A.W.
Sepertimana yang diketahui,Nabi Muhammad s.a.w telah diutuskan kepada ummat yang
ummiyyiaitu yang tidak pandai menulis serta membaca sehingga boleh dikatakan tidak ada yang
mampu membaca di kalangan orang arab Mekah kecuali sebilangan kecil sahaja sebelum
kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. di antaranya ialah Abu Bakr al-Siddiq, Umar al-Khattab
dan Abu Sufyan r.a.
Demikianlah wujudnya sebilangan kecil orang Arab Mekah yang pandai membaca dan
menulis sehinggalah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah dan baginda
menggalakkan pengikutnya supaya belajar menulis dan membaca sehinggakan baginda
menjadikan syarat untuk membebaskan diri bagi setiap tawanan kafir Quraisy dalam Perang
Badar adalah setiap tawananmesti mengajarkan kepada sepuluh kanak-kanak orang muslim di
Madinah menulis serta membaca.
Ia merupakan titik tolak sejarah pembudayaan belajar secara berguru samada belajar
menulis dan membaca apatah lagi kedua-duanya dapat dipraktikkan dalam usaha membentuk
ummat Islam yang mahir menulis dan membaca al-Quran dengan baik di kalangan umat Islam
ketika itu.
Maka dapat dirumuskan bahawa kaedah belajar menulis dan membaca hanya dapat di
kuasai dengan salah satu kaedah yang utama iaitu melalui teknik pembelajaran secara berguru.
Dan diantara teknik yang terbaik untuk pembelajaran membaca al-Quran secara berguru adalah
bertalaqqi ataupun dikenali sebagai musyafahah.

KEPENTINGAN MEMPELAJARI AL-QURAN DAN MENGAJARKANNYA

Menyibukkan diri serta memanfaatkan waktu dengan perkara yang berfaedah merupakan suatu
tuntutan dalam Islam sepertimana firman Allah s.w.t:
-' . -= -' --` . ` ,-,- =''- ,-,- -='-' ,'-= ,-- -'
--''- .
6

Melalui ayat-ayat tersebut dapat kita fahami bahawa manusia yang beruntung dan tidak
berada dalam kerugian adalah mereka yang sentiasa berada dalam kebaikan dan memanfaaatkan
waktu mereka dalam perkara-perkara kebaikan.
Di antara perkara yang berfaedah bagi seseorang individu muslimdalam kehidupan
seharian ialah menghabiskan waktu bersama al-Quran samada mempelajarinya atau
mengajarkannya kepada orang lain. Ianya termasuk dalam perkara yang yang dianjurkan oleh
Islam. Ianya sebaik-baik ilmu di antara ilmu-ilmu yang lain kerana ianya berkaitan dengan
kitabullah. Dan sebaik-baik perkara yang berkaitan dengankitabullah ialah dengan
memperelokkan bacaannya serta memperhalusi pada setiap huruf dan kalimah. Ianya adalah
sepertimana sabda Nabi s.a.w:
-'= -' '- - ,=
7

Maka selayaknya bagi orang yang belajar serta mengajarkan al-Quran mesti berbangga
dengan pengiktirafan yang telah dinyatakan oleh baginda s.a.w. Sekiranya ada yang berbangga
dengan harta dan wang ringgit, maka selayaknya bagi mereka yang mempunyai ilmu al-Quran
lebih layak berbangga denga apa yang mereka miliki kerana mereka itu ahlullah wa khassatuh.
Sabda Nabi s.a.w sepertimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a:
'-' - ,' - , .,- : ' +, - . - : --'= - . -' .
8





6
Al-Asr.

7
Al-Bukhari, Bab Khairukum man Taalam al-Quran waAllamahu.

8
Al-Suyuti, Jamu al-Jawami, Bab: Harf al-hamzah.


KAIFIYAT MEMBACA AL-QURAN

Allah s.w.t telah mensyariatkan kepada kita supaya membaca al-Quran dengan sifatnya yang
tertentu. Baginda s.a.w turut menekankan perkara tersebut sepertimana firman Allah s.w.t:
`,-- -' .-
9

Sebahagian ulama berpendapat makna ayat tersebut adalah, bacalah al-Quran dengan tenang
serta tadabbur, dengan cara melatih lidah, sentiasa membacanya mengikut kaedah tajwidnya
yang sebenar seperti ghunnah,ikhfa,idgham dan sebagainya.
Semua kaedah tajwid tersebut tidak akan dapat dikuasai melainkan dengan menjaga
bacaan sepertimana yang telah terbit dari bacaan Baginda s.a.w yang thabit secara tawatir dan
melalui hadis sahih. Anas bin Malik telah ditanya tentang bacaan Baginda s.a.w, lalu berkata:
,''- -- -''- -- - --- -- ,' -' -'--- -- - --'
10

Bacaan Baginda s.a.w tersebut telah sampai kepada kita dengan riwayat yang tawatir
iaitu melalui musyafahah dimana setiap pembaca telah mempelajarinya dari seorang syaikh, dan
syaikh tersebut telah mempelajari dari syaikhnya dan begitulah seterusnya sehinggalah sampai
kepada bacaan Baginda s.a.w.
Nabi s.aw.telah mengajarkan al-Quran kepada para sahabat r.a sepertimana yang telah
beliau terima dari Amin al-Wahy iaitu Jibril a.s. Baginda telah mengajarkan al-Quran tersebut
dengan sifatnya yang sama sepertimana yang diterimanya serta menggalakkan para sahabat r.a
melaziminya serta mempelajarinya.
Baginda s.a.w juga turut menekankan beberapa sahabat r.a supaya mereka memperhalusi
bacaan al-Quran sehingga mereka menjadi pembaca al-Quran yang hebat di antaranya Ubay

9
Al-Muzammil:4.

10
Al-Bukhari, KitabFadail al-Quran.
bin Kaab, Abdullah bin Masud, Zaid bin Thabit, Abu Musa al-Asyari, Uthman bin Affan, Ali
bin Abu Talib, Abu Darda, Muadz bin Jabal dan lain-lain lagi.
Rasulullah s.,a.w sentiasa meminta para sahabat r.a supaya memperdengarkan bacaan
mereka kepadanya, dan kadangkala Rasulullah s.a.w. meminta mereka memperdengarkan bacaan
mereka sesama sahabat r.a.
Telah thabit dari Anas bin Malik r.a berkata:
- - -` ' ,'= - _'- - , ' " : =,'= -- - " - ' :
' =' -'- - " : ' '- - " - ' : - - .= .
11

Begitu juga hadis dari Abdullah bin Masud yang telah berkata:
' ,'= - _'- --' ' ' " : -' '= " -' " : =,'= =,'=
' - " : ,= - - - - " -'- '-' '--' , -=--' ) '-- -,
-,+- `, _'= =- '-- -,+-- - . - (
12
' " : =-- " '-- -'-,= ' ,' ---'' .
13

Berkemungkinan permintaan Baginda s.a.w. supaya diperdengarkan bacaan al-Quran
kepadanya supaya perkara tersebut menjadi salah sebuah sunnah dan boleh diikuti serta
diamalkan. Berkemungkinan juga bertujuan supaya pendengar dapat mentadabbur serta
memahami ayat-ayat yang dibacakan kerana yang mendengar lebih dapat mentadabbur kerana
tidak terjejas tumpuannya berbanding pembaca yang lebih menumpukan terhadap bacaannya.
Nabi Muhammad s.a.w turut menggesa umat Islam ketika itu supaya mempelajari al-
Quran secara berguru dalam erti kata bertalaqqi daripada sahabat-sahabat yang mutqin lagi
mahir sepertimana sabdanya:
" - - -' -= : ,-- - - --= - , '' , '- , - - - "
14


11
Muslim.Bab Istihbab Qiraah al-Quran ala ahl al-Fadl.

12
Al-Quran, al-Nisa:41.

13
Al-Bukhari.Bab Man Ahabb an Yastami al-Quran min Ghayrih. 5049.


Semua dalil-dalil tersebut menunjukkan bahawa terdapat sifat tertentu dan cara yang
tersendiri untuk membaca al-Quran yang tidak boleh tidak mesti disempurnakan. Ianya diambil
dari bacaan baginda s.a.w kerana kepadanyalah al-Quran diturunkan.

KONSEP TALAQQI
Talaqqi al-Quran berasal dari masdar ilqa yang memberi maksud melontar atau
mencampakkan.
15

Manakala mengikut istilah pula,ia bermaksud manhaj pembelajaran lafaz-lafaz al-Quran
di mana seorang guru akan membacakan sepotong ayat kepada murid, lalu murid tersebut akan
membacakan semula ayat tersebut dengan cara bacaan guru tadi.
16

Melalui kedua-dua takrifan tersebut dapat kita fahami bahawa talaqqi al-Quran
merupakan suatu proses pembelajaran al-Quran antara kedua-dua belah pihak iaitu antara guru
dan murid.Ia juga dikenali sebagai musyafahah yang bermaksud mempelajari bacaan al-Quran
secara berguru secara lisan. Musyafahah mengandungi dua elemen utama iaitu al-Ard dan al-
Sima '--' ' ( ).
Sebahagian ulama pula mentakriffkan talaqqi itu adalah talqiniaitu murid mendengar
bacaan yang dibacakan oleh guru dengan lafaz dan bacaan yang tersendiri. Kita boleh
mengambil sumber talqin berdasarkan dengan apa yang pernah dilakukan oleh Jibril a.s yang
mentalqinkan bacaan kepada baginda s.a.w setiap kali turunnya wahyu.
Para sahabat r.a turut mengambil bacaan dari Rasulullah s.a.w dalam ertikata talqin
sepertimana Ibn Masud r.a yang mengambil bacaan dari Rasulullah s.a.w sebanyak 60 surah.

14
Al-Bukhari.Bab al-Qurra min Ashab al-Nabi s.a.w. 4999.

15
Abd al-Salam Muqbil al-Majidi, 2000, Talaqqi al-Nabi Sallallah Alaihi wa Sallam Alfaz al-Quran al-
Karim, Bayrut, Muassasah al-Risalah, hlm 129.

16
Abd al-Salam Muqbil al-Majidi, 2000, Talaqqi al-Nabi Sallallah Alaihi wa Sallam Alfaz al-Quran al-
Karim, Bayrut, Muassasah al-Risalah, hlm 129.

Begitu juga sebahagian dari para sahabat r.a telah ditalqinkan bacaan al-Quran oleh Rasulullah
s.a.w secara langsungatuupun mubasyarah, dan sebahagian lain mengambil bacaan Rasulullah
melalui solat.
Bahkan kaedah talqin ini juga telah dipraktikkan kebanyakan qurra terdahulu seperti
Imam al-Kisaie ketikamana terlalu ramai murid yang belajar dengannya, lalu disediakan baginya
sebuah mimbar supaya dia dapat mentalqinkan bacaanya kepada murid-muridnya.
Begitu juga Imam Ibn al-Jazari turut mentalqinkan bacaannya kepada muridnya yang
terlalu ramai ketika mana beliau berada di Qahirah dan tidak berkesempatan untuk mengajarkan
bacaannya terhadap setiap murid, lalu apabila ditalqinkan bacaan maka semua muridnya
membacakan kembali bacaan yang ditalqinkan.
17


HUKUM TALAQQI
Mengikut kaedah asal, setiap sesuatu perkara itu hukumnya adalah harus.Jika ditinjau pula dari
aspek bertalaqqi al-Quran pula sebahagian ulama menyatakan hukumnya adalah wajib.
18

Wajib di sini bermaksud tidak boleh tidak mestilah kita menjadikan kaedah talaqqi,talqin
ataupun musyafahahsebagai manhaj yang utama dalam pembelajaran al-Quran.
Ianya berdasarkan dalil-dalil yang telah dibincangkan sebelum ini samada dari al-Quran
mahupun hadis-hadis.

TURUQ TALAQQI
Tiada sesiapun yang mampu mempelajari bacaan al-Quran dengan hanya membaca tanpa
merujuk dan menyemak kepada guru yang mahir lagi mutqin, kerana mushaf al-Quran ditulis
dengan kaedah rasm uthmani di mana kaedah tersebut tidak sama dengan kaedah imlaie. Oleh

17
Ibrahim Muhammad al-Jarmi, 2001, Mujam Ulum al-Quran, Dimasyq, Dar al-Qalam, hlm106.

18
Abd al-Salam Muqbil al-Majidi, 2000, Talaqqi al-Nabi Sallallah Alaihi wa Sallam Alfaz al-Quran al-
Karim, Bayrut, Muassasah al-Risalah, hlm 133.
yang demikian kita boleh dapati sebahagian pembaca tersalah pada bacaannya kerana tidak
membacanya secara bertalaqqi.
Bertalaqqi sepertimana yang telah kita soroti bermula pada waktu penurunan wahyu
yang pertama lagi telah ditelusuri jalannya oleh para sahabat dan tabien serta tabie tabien bahkan
oleh para imam qurra yang terdahulu sehinggalah ke zaman ini.

Berikut adalah tiga kaedah yang utama dalam bertalaqqi:

1. Al-Simawa al-Ard. ' '--' ( ) Maksudnya ialah murid mendengar bacaan
yang dibaca oleh guru, kemudian murid tersebut membaca kembali bacaan yang
diajarkan kepada guru tersebut.
Kaedah ini merupakan kaedah yang terbaik dalam bertalaqqi al-Quran, kerana seorang
murid akanduduk bersama dengan guru dan mendengar bacaannya serta membacanya
kembali. Kaedah ini selalunya diamalkan oleh mereka yang baru mempelajari al-Quran
atau yang baru menghafaz al-Quran.

2. Al-Ard. ' ( ) Maksudnya ialah murid memperdengarkan bacaannya kepada guru, di
mana guru hanya mendengar bacaan murid tersebut dan memperbaiki kesalahan bacaan
tersebut samada ianya kesalahan kecil ataupun kesalahan besar.
Kaedah ini diamalkan oleh golongan mutaakhirun.Ianya biasa diamalkan oleh orang yang
sudah mempunyai asas yang kuat dalam bacaannya lalu mencari guru untuk
mempersembahkan bacaannya.

3. Al-Sima. '--' ( ) Maksudnya ialah murid hanya mendengar bacaan yang dibaca oleh
guru tanpa membacanya semula kepada guru.
Ia merupakan kaedah yang diamalkan oleh mutaqaddimin.Kaedah ini telah diparktikkan
oleh salah seorang imam qurra yang bernama al-Kisaie.Kaedah dipraktikkan kerana
terlalu ramai muridnya dalam majlisnya.Perkara ini merupakan suatu perkara yang biasa
dilakukan pada zaman dahulu kerana orang-orang ketika itu amat fasih bacaan mereka
serta jauh dari kesalahan berbeza dengan orang di zaman ini.Maka kaedah ini tidak
digalakkan penggunaannya pada zaman ini.

KEPENTINGAN BERTALAQQI
Berikut adalah beberapa kepentingan bertalaqqi:

1. Memperbaiki sebutan.
Ianya dapat dicapai melalui membaca pada guru secara musyafahah.Perkara tersebut tidak
dapat dicapai hanya sekadar mendengar dari kaset ataupun radio, bahkan ianya mestilah
melalui pembacaan secara berguru. Perkara ini turut dipraktikkan oleh baginda s.a.w. di
mana baginda turut memperdengarkan bacaannya kepada Jibril a.s. sekali setiap tahun
pada bulan Ramadhan sehinggalah pada tahun kewafatannya baginda telah
memperdengarkan sebanyak dua kali. Dengan demikian adalah untuk penambahbaikan
dalam bacaan baginda s.a.w.

2. Kaedah utama.
Bertalaqqi merupakan suatu tradisi yang tidak dapat dipisahkan dengan pengajian al-
Quran. Walaupun kita dapati pada zaman moden ini berbagai-bagai buku tajwid yang
telah diterbitkan, namun ianya tidak dapat membantu secara total dalam membantu
pengajian al-Quran. Kaedah bertalaqqi telah diamalkan semenjak zaman baginda s.a.w.
sehinggalah ke hari ini dan ianya terbukti dapat melahirkan pembaca al-Quran yang baik.

3. Menilai kemampuan diri.

Dengan bertalaqqi kita boleh mengukur serta menguji sejauh mana penguasaan ilmu
tajwid ataupun bacaan al-Quran yang telah kita pelajari. Dengan demikian kita dapat
memastikan adakah kita benar-benar perlu kepada bimbingan lanjutan dalam pengajian al-
Quran, ataupun kita sudah sampai ke tahap untuk mengajarkannya kepada orang lain.


4. Persaingan.

Di dalam suatu halaqah pengajian al-Quran sudah tentu dihadiri oleh beberapa jumlah
pelajar. Setiap pelajar akan sentiasa berlumba-lumba untuk menguasai bacaan dan hukum
tajwid yang telah diajarkan oleh guru. Sudah tentu pelajar yang lemah akan cuba berusaha
untuk mencapai bacaan yang memuaskan sebagaiman sahabatnya yang lain. Perkara
seperti ini sangat digalakkan dalam sistem pelajaran sepertimana sabda Nabi s.a.w:
- ` -- ` - , : '+-' '- .,'' '- - ,- ,+ -' - -'- . , .
'+-' '- .,'' '- --- ,+ `'- - -'-
19


5. Waqaf dan Ibtida
Di dalam talaqqi juga para murid dapat mengetahui tempat waqaf dan ibtida.Mengetahui
Waqf dan ibtida amat penting bagi seorang pembaca al-Quran agar kehendak dan
maksud ayat al-Quran tidak tersasar dari yang dikehendaki dan yang dimaksudkan. Ianya
amat berguna bagi mereka yang tidak menguasai bahasa arab. Jadi, guru yang mahir lagi
mutqin dapat menyatakan tempat yang boleh berhenti dan yang dimulakan pada sesebuah
ayat kepada muridnya.


19
Al-Bukhari, Fadail al-Quran, babIgtibat Sahib al-Quran.
6. Memelihara sunnah.
Seperti yang telah dinyatakan di atas, sudah pasti setiap apa yang telah dilakukan oleh
Nabi s.a.w dari segi perbuatan, percakapan dan pengakuannya adalah sunnah. Sebagai
seorang muslim sudah pasti menjadi tanggungjawab bersama dalam menjaga sunnah,
lebih-lebih lagi dalam memelihara al-Quran dari terpesong dan kesalahan. Bukansahaja
tersalah atau terpesong dari isi kandungannya, bahkan memelihara dari kesalahan sebutan
huruf-hurufnya dari segi sifat dan makhrajnya juga adalah amat penting.

7. Teknik pengajaran dan pembelajaran.
Iaitu melalui pengalaman berguru secara bertalaqqi kita akan mengetahui serba sedikit
tentang selok belok dalam pengajian al-Quran. Ia dapat membantu kita memilih kaedah
yang mana bersesuaian dipraktikkan untuk mengajar al-Quran kepada orang lain. Ianya
juga bergantung kepada kebolehan masing-masing dalam memahami teknik bertalaqqi
tersebut.




KESIMPULAN
Penguasaan terhadap bacaa al-Quran hanya akan dicapai melalui pembelajaran secara talaqqi
dan musyafahah. Setiap individu haruslah berusaha untuk mencapai kepada husnu al-
tilawahyang merupakan tuntutan dalam membaca al-Quran supaya dapat memelihara hukum-
hukum tajwid.
Di samping itu juga, waqaf dan ibtida dapat dipelihara dalam mempelajari al-Quran
supaya tidak tersasar dari makna yang dikehendaki.Penguasaan terhadap sebutan pada setiap
huruf juga amat penting, lebih-lebih lagi dalam memelihara sifat-sifat huruf dan
makhrajnya.Perkara-perkara seperti ini tidak akan dapat dicapai melainkan denga bertalaqqi
dengan syaikhatau guru yang mahir lagi mutqin.













RUJUKAN

Al-Quran
Abd al-Munim Ibrahim, 2000, al-Bayan Syarh al-Tibyan fi Adab Hamalati al-Quran,
Maktabah Awlad al-Syaikh lil al-Turath.
Abd al-Salam Muqbil al-Majidi, 2000, Talaqqi al-Nabi Sallallah Alaihi wa Sallam Alfaz al-
Quran al-Karim, Bayrut: Muassasah al-Risalah.

Ahmad Hasan bin Mustafa bin Ahmad, 2008, al-Ijazat wa al-Asanid al-Quraniyah Sual
waJawab, al-Qahirah: Dar Al Yasir.
Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail Abu Abdullah, 1987, Sahihal-Bukhari, Tahqiq: Mustafa al-
Bugha, Bayrut: Dar Ibn Kathir.
Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail Abu Abdullah, 1987, Sahihal-Bukhari, Tahqiq: Mustafa al-
Bugha, Bayrut: Dar Ibn Kathir.
Ibrahim Muhammad al-Jarmi, 2001, Mujam Ulum al-Quran, Dimasyq: Dar al-Qalam.

Muslim, Ibn al-Hajjaj al-Qushayri, 2005,Sahih al-Muslim,Bayrut : Dar Ma 'rifah.
Al-Suyuti, Jamu al-Jawami.
Al-Tirmidhi, Muhammad ibn Isa, t.th, Sunan al-Tirmidhi, Bayrut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi.

Anda mungkin juga menyukai