Anda di halaman 1dari 4

Sistem Fail Bagi Program Pendidikan Khas Integrasi

1. Fail AM Pendidikan Khas Surat berkaitan urusan kelas pendidikan khas di sekolah. Fail ini disimpan di pejabat sekolah. Satu salinan fail (pendua) hendaklah disimpan di kelas pendidikan khas untuk memudahkan rujukan. 2. Fail Panitia Pendidikan Khas Sukatan & Huraian Kurikulum Pendidikan Khas, Senarai nama dan maklumat guru-guru pendidikan khas, Jadual Waktu Induk dan Jadual Waktu Peribadi guru -guru pendidikan khas, Senarai Peralatan ( Inventori ) Kelas Pendidikan Khas, Minit mesyuarat, Takwim Tahunan Kelas Pendidikan Khas, Kertas Kerja Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas, Salinan surat menyurat setiap Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas, Laporan Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas, Jadual Pencerapan P&P guru-guru pendidikan khas, Pekeliling-pekeliling berkaitan pendidikan khas. disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar dan di kelas pendidikan khas

3. Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas Pekeliling-pekeliling Pendidikan Khas, Borang Biodata Guru Pendidikan Khas, Borang Biodata Murid Pendidikan Khas, Statistik Murid Pendidikan Khas, Jadual Waktu Induk Kelas dan Jadual Waktu Peribadi Guru Pendidikan Khas, Rekod ujian / peperiksaan murid pendidikan khas, Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan. 4. Fail Mata Pelajaran Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran, Senarai buku-buku teks dan buku-buku rujukan, Maklumat semasa mengenai mata pelajaran, Senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunakan, Minit mesyuarat panitia mata pelajaran sekolah, Jadual peperiksaan / penilaian, Soalan-soalan peperiksaan / penilaian, Rumusan pencapaian setiap murid pendidikan khas selepas setiap peperiksaan / penila ian,

Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

5. Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas Fail ini diwujudkan untuk menyimpan salinan Laporan Status Program Pendidikan Khas yang wajib dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (u.p. Pegawai Khas Pendidikan Khas) pada setiap bulan. Penolong Kanan / Penyelaras Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskini fail ini. 6. Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas ( I-File) Borang Biodata Murid Pendidikan Khas, Surat Tawaran Penempatan ke Program Pendidikan Khas (Dalam Tempoh Percubaan) bagi murid berkenaan dari UnitPendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPN Perak, Salinan Lampiran A murid, Surat Pengesahan Penempatan ke Program Pendidikan Khas bagi mu rid berkenaan (jika murid itu lulus tempoh percubaan) dari Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPN Perak. Salinan Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak -Kanak Keperluan Khas (0-18 Tahun) murid atauBPKKK 1 (Pindaan 2012), Salinan Borang Pertukaran Sekolah murid - (jika ada), Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan murid, Salinan Kad Pengenalan ibu bapa / penjaga, 3 keping gambar murid berukuran pasport, Salinan Kad Orang Kurang Upaya murid, Kad atau Buku Kesihatan Murid, Salinan Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan yang diterima oleh murid, Rekod Prestasi Murid dan Laporan Pencapaian Akademik Murid, Salinan fotostat muka depan Buku Akaun BSN murid, Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan murid. 7. Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) Guru mata pelajaran bertanggungjawab menyedia dan mengemaskini Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) setiap murid mengikut mata pelajaran yang perlu. 8. Fail Kokurikulum Pendidikan Khas Jawatankuasa Kokurikulum Pendidikan Khas, Jadual Waktu pelaksanaan aktiviti kokurikulum pendidikan khas, Rekod kehadiran guru dan murid pendidikan khas, Maklumat mengenai jenis-jenis aktiviti kokurikulum pendidikan khas yang dijalankan pada setiap sesi, Kertas kerja setiap program / aktiviti kokurikulum pendidikan khas yang akan dilaksanakan, Salinan surat menyurat pelaksanaan setiap aktiviti kokurikulum pendidikan khas, Laporan setiap program / aktiviti kokurikulum pendidikan khas yang telah dilaksanakan,

Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

9. Fail Program Inklusif Jawatankuasa Program Inklusif, Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif, Jadual Waktu guru dan murid pendidikan khas yang terlibat, Biodata murid pendidikan khas yang diinklusifkan, Rekod kehadiran murid pendidikan khas ke kelas inklusif, Salinan surat menyurat pelaksanaan Program Inklusif, Laporan sebelum pelaksanaan, semasa pelaksanaan dan penilaian serta tindakan susulan, Rekod prestasi murid pendidikan khas, Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan. 10. Fail Disiplin Pendidikan Khas Jawatankuasa Disiplin Pendidikan Khas, Biodata murid pendidikan khas yang dikenakan tindakan disiplin, Catatan jenis masalah disiplin, masa dan tarikh ia berlaku, Cadangan model pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantu murid pendidikan khas tersebut, Surat pemakluman kepada ibu bapa / penjaga berkenaan, Surat perjanjian dengan ibu bapa / penjaga berhubung dengan pelaksanaan pengubahsuaian tingkahlaku ke atas anak mereka, Rekod perkembangan semasa disiplin murid pendidikan khas tersebut, Laporan akhir setelah masalah disiplin itu berjaya ditangani. 11. Fail Kad Harta Modal Daftar senarai item, Kad Harta Modal setiap item yang dibeli atau dibekalkan yang mengandungi maklumat seperti tarikh pembelian atau penerimaan, jumlah unit dibeli atau diterima, syarikat pembekal, harga seunit, jenama, dan lain-lain, Salinan invois pembelian setiap item, Salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) setiap item yang dibekalkan.

12. Buku Stok Buku stok diperolehi daripada pejabat sekolah.

13. Laporan Mingguan Guru Pendidikan Khas Bertugas dalam bentuk buku catatan atau helaian borang laporan yang boleh difailkan. Kandungan laporan guru bertugas adalah seperti berikut : guru pendidikan khas yang tidak hadir,

murid pendidikan khas yang tidak hadir, murid pendidikan khas yang balik awal, murid pendidikan khas yang sakit, guru pendidikan khas yang keluar untuk tugas rasmi, murid pendidikan khas yang ponteng selepas rehat, lawatan atau kunjungan dari pihak luar, hal-hal lain.

Bentuk Penulisan Refleksi/Impak RPH Guru & Buku Log Pembantu Pengurusan Murid
*(Buku Log PPM Pendidikan Khas setakat ini hanya diguna pakai oleh JPN Perak Sahaja)

Penulisan Impak & Refleksi Rancangan Pengajaran Harian - Guru IMPAK : Jumlah bilangan murid yang hadir dan mencapai objektif P&P atau tidak. Ditulis dalam bentuk bilangan dan bukan bentuk peratusan (%). REFLEKSI : Menulis/mencadangkan aktiviti pengayaan untuk murid yang mencapai objektif dan aktiviti pemulihan untuk murid yang tidak mencapai objektif. Tingkah laku murid sewaktu proses PdP tersebut juga dicatatkan. Contoh penulisan refleksi; 1. Pelajar memberikan respon yang sangat baik ketika sesi pengajaran sedang berlangsung. 2. Keadaan kelas kadangkala agak bising apabila terdapat segelintir XXX (murid) kurang bersedia dan tidak dapat menumpukan perhatian. 3. Kerjasama antara murid dan guru sangat baik dan objektif pembelajaran tercapai. 4. Aktiviti PdP ini dibawa ke hadapan kerana terdapat Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah. Penulisan Buku Log - Pembantu Pengurusan Murid Perlu ditulis mengikut jadual waktu kelas yang diurus dan aktiviti selepas waktu persekolahan / cuti persekolahan. Bentuk penulisan juga adalah merangkumi aktiviti / perkara/kejadian pengurusan murid/bilik yang bukan berada pada skop kerja (menyapu, mengemop dll). Tingkah laku bermasalah didalam aktiviti PdP juga perlu ditulis secara ringkas (murid muntah, membuang air besar dan sebagainya).Sewaktu cuti sekolah juga penulisan buku log masih perlu dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai