Anda di halaman 1dari 12

(ASSIGNMENT TEMPLATE ENGLISH VERSION)

(COVER PAGE)

Faculty Of Education And Language

JANUARY 2011

HBEF2103 EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

COURSE> CODE>

Prakata
Psikologi Pendidikan merupakan salah satu subjek yang yang diperkenalkan dalam program pensiswazahan guru sekolah rendah. Psikologi ditafsirkan sebagai satu cabang penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia. Subjek ini sangat penting dikalangan guru untuk berhadapan dengan pelajar di sekolah. Penafsiran mental dan tingkah laku murid sangat penting dalam menentukan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah. Teori perkembangan manusia dan teori pembelajaran adalah dua tajuk yang terdapat dalam psikologi pendidikan. Teori perkembangan dan teori pembelajaran merupakan tajuk tugasan yang telah diberikan oleh OUM. Teori ini adalah hasil kajian tentang tingkah laku manusia oleh ahli-ahli psikologi yang terkenal seperti Pavlov, Watson, Thorndike, Bandura dan sebagainya untuk digunakan di dalam bilik darjah. Dengan adanya tugasan seperti ini, saya perlulah membuat kajian secara

terperinci setiap teori untuk dijadikan bahan tugasan. Secara tidak langsung, saya dapat mendalami dan memahami fungsi setiap teori untuk dijadikan modal untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar. Tugasan ini juga menyedarkan diri saya betapa pentingnya kajian seumpama ini untuk mendalami ilmu pendidikan bagi meningkat prestasi akademik pelajar. Selain daripada itu, ia juga dapat merangsang saya untuk berinteraksi dengan dunia luar bagi menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, saya merakam ribuan terima kasih kepada tutor, rakan serta keluarga kerana memberi tunjuk ajar serta sokongan moral untuk menyiapkan tugasan ini.

COURSE> CODE>

PENDAHULUAN Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Manakala secara umumnya Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan.Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Berdasarkan definis yang dinyatakan diatas dapatlah disimpulan bahawa

pengajaran dan pembelajaran ialah satu proses penyampaian ilmu kepada pelajar untuk membuat perubahan tingkahlaku disampaikan oleh guru. melalui tindak balas pelajar terhadap ilmu yang

BAHAGIAN 1 : SENARIO PENGAJARAN PEMBELAJARAN.

a .

Situasi kelas yang memaparkan

masalah yang timbul semasa Pengajaran

pembelajaran. Untuk menyampaikan ilmu tersebut kepada pelajar, tidaklah mudah kerana untuk

mengujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokan di dalam bilik darjah banyak cabaran yang harus dihadapi bukan sahaja melibatkan perancangan pengajaran malahan daripada sikap atau tingkah laku pelajar tersebut.

COURSE> CODE>

Di dalam bilik darjah terdapat ramai pelajar yang berbeza-beza tingkah lakunya. Ini disebabkan oleh setiap pelajar mempunyai pelbagai latar belakang, sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Faktor kepelbagai inilah biasanya akan mengujudkan masalah disiplin atau tingkahlaku bermasalah di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Apabila tingkah laku bermasalah atau disiplin berlaku dalam bilik darjah, secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu. Suasana pengajaran pembelajaran yang bermasalah dapat digambarkan bahawa apa yang dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana ujudnya faktor

gangguan daripada tingkahlaku pelajar yang terdapat di dalam bilik darjah. Masalah yang kerap berlaku semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung antaranya ialah pelajar suka mengganggu pelajar lain, pelajar bergerak bebas di dalam bilik darjah, pelajar tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, pelajar tidak melibatkan diri dalam aktivit perbincangan, dan pelajar tidak menumpukan perhatian terhadap aktiviti

pengajaran pembelajaran. Masalah seumpama ini akan merangsang situasi pengajaran dan pembelajaran yang bercelaru. Di mana guru dan pelajar tidak lagi dapat memberi fokus pada proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana sibuk menangani masalah tersebut.

b. Contoh Masalah Pengajaran Pembelajaran 1. Pelajar suka mengganggu pelajar lain.

Pelajar yang suka mengganggu pelajar yang lain secara tidak langsung akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung. Ini mungkin disebabkan oleh pelajar itu sendiri di mana ia hilang minat untuk belajar, tidak berminat dengan tajuk, tidak tahu apa yang dia perlu tahu atau tabiat yang sememangnya suka mengambil kesempatan untuk menggangggu pelajar yang lain. Di samping itu, mungkin guru juga kurang tegas dalam mengawal kelas, pemilihan kaedah yang kurang menarik minat pelajar ataupun keadaan bilik darjah yang kurang kondusif. Keadaan ini mengakibatkan bilik darjah menjadi bising dan proses pengajaran dan pembelajaran pun terganggu.

COURSE> CODE>

2.

Pelajar bergerak bebas di dalam bilik darjah. Bagi pelajar yang suka bergerak bebas tanpa tujuan dalam bilik darjah juga akan

mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Ini akan mengganggu pelajar lain yang sedang belajar. Faktor ketegasan guru mungkin kurang yang menyebabkan pelajar kurang takut dengan guru. Selain daripada itu, mungkin disebabkan oleh kurangnya aktiviti yang melibatkan pelajar. Jika pelajar tersebut dibiarkan bebas bergerak berterusan pelajar lain akan terganggu malahan bilik darjah juga akan menjadi bising.

3.

Pelajar tidak membuat kerja seperti yang diarahkan. Pelajar yang tidak membuat kerja atau latihan merupakan satu masalah pembelajaran

juga. Ini mungkin disebabkan oleh pelajar yang malas, tidak faham arahan, tidak minat belajar atau tidak mengambil perhatian semasa guru sedang mengajar menyebabkan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Di samping itu juga mungkin pelajar tersebut terpengaruhi dengan rakan-rakan sebayanya yang tidak mahu membuat kerja sekolah. Ketegasan guru dalam mendisiplinkan tentang membuat kerja kurang maka pelajar tersebut merasa seronok kerana guru tidak mengambil tindakan terhadapnya. 4. Pelajar tidak melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan. Sikap pelajar yang pendiam atau penakut merupakan satu masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebiasannya, pelajar ini tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran malahan ia akan terus menyendiri dengan membuat aktiviti yang diminatinya seperti melukis, membaca buku tidak berkaitan dan sebagainya. Ini mengakibatkan ia merasa tersisih daripada pelajar lain. Selain daripada itu, ia mungkin kurang diberi perhatian oleh guru kerana sikap pendiamnya yang menyebabkan keyakinan pelajar tersebut berkurang. Keadaan ini menyebabkan pelajar tersebut tidak dapat mendalami atau memahami isi pelajaran yang disampaikan pada hari tersebut sehingga tidak tahu membuat tugasan yang diberikan oleh guru.

COURSE> CODE>

5.

Pelajar

tidak

menumpukan

perhatian

terhadap

aktiviti

pengajaran

pembelajaran. Pelajar yang tidak menumpukan perhatiannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu masalah yang cukup besar. Sikap seumpama ini secara tidak langsung dia tidak melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Ini mungkin disebabkan pelajar tersebut melakukan aktiviti yang lain seperti membaca majalah, bermain, tidur dan sebagainya. Faktor guru juga mungkin menjadi penyebab antaranya, kaedah kurang menarik, suara tidak lantang dan tidak berintonasi, kurang tegas, atau kurang alat bantu mengajar. Faktor luaran juga boleh menyebabkan pelajar hilang tumpuan seperti kelas lain bising, pelajar di luar kelas berkeliaran, bunyi bising kenderaan dan sebagainya.

BAHAGIAN 2 : HURAIAN MASALAH MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN.

A. Masalah 1 Gangguan Pelajar Terhadap Rakan. Pelajar yang suka mengganggu pelajar yang lain mungkin disebabkan proses pengajaran pembelajaran pada masa tersebut kurang menarik perhatian serta membosankannya. Di samping itu juga, pelajar tersebut kurang takut dengan guru kerana guru tersebut kurang tegas atau tidak mengambil perhatian terhadapnya. Maka timbullah keinginannya untuk mengusik pelajar yang lain untuk mengurangkan perasaan kebosanannya. Selain daripada itu, pelajar tersebut pernah melihat atau mengalami gangguan-gangguan daripada pelajar yang lain semasa dia sedang belajar. Daripada keadaan ini maka ujudlah keinginannya untuk mencuba mengusik rakan yang lain pula. Bila berlakunya keadaan ini maka ujudlah suasana bilik darjah tersebut akan menjadi bising kerana mungkin berlakunya pergaduhan, pertengkaran, kejar-mengejar atau jerit-menjerit. Secara tidak langsung ini akan menyebabkan berlakunya gangguan keseluruhan kelas yang mengakibatkan pelajar lain tidak lagi dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran dan pembelajaran. 5

COURSE> CODE>

Huraian Masalah Mengikut Teori Pembelajaran. Teori Pembelajaran Sosial Dalam teori pembelajaran sosial yang di pelopori oleh Albert Bandura, faktor kognitif, sosial dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Menurut ahli psikologi sosial seperti Albert Bandura, Walter Mischel, Julian Rotter, Martin Seligman dan lain-lain, mereka mengatakan bahawa manusia saling memerlukan dan pengaruhmempengaruhi antara satu sama lain. Terdapat tiga cara pembelajaran diperolehi yang boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut yang pertama dengan cara melihat, kedua melalui peniruan dan yang ketiga ialah memerhatikan tingkah laku oran lain. Dalam situasi tersebut, pembelajaran peniruan tingkah laku telah berlaku di mana pelajar tersebut pernah melihat dan mengalami gangguan daripada rakan-rakan sekelasnya. Dengan keadaan pembelajaran yang membosankan dan ditambah dengan personaliti guru yang kurang tegas, maka pelajar tersebut mengambil peluang untuk mengusik rakanrakan yang lain. Tindak balas yang diberikan oleh rakan-rakan yang diusiknya telah menambahkan lagi keinginan dan kepuasannya untuk terus mengusik.

B. Masalah 2 Pelajar tidak membuat kerja sekolah seperti yang diarahkan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, terdapat pelbagai kaedah digunakan untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar antaranya kaedah perbincangan, soaljawab, simulasi dan sebaginya. Untuk menentukan adakah objektif pembelajaran itu tercapai, latihan akan diberikan kepada pelajar untuk menguji pengetahuan pelajar. Semasa pengujian diadakan ada di antara pelajar tidak membuat latihan sebaliknya mereka suka bercakap, berjalan-jalan dan sebaginya. Bila ditanya oleh guru mengapa tidak membuat tugasan, pelajar tersebut menyatakan bahawa dia tidak faham, tidak tahu, dan sebaginya sedangkan pelajar tersebut seorang yang cerdik dan pandai. Tetapi jika guru memberi syarat kepada pelajar sesiapa yang tidak menyiapkan tugasan dia tidak dibenarkan rehat, maka semua pelajar dapat menyempurnakan tugasan dengan cepat dan betul.

COURSE> CODE>

Huraian Masalah Mengikut Teori Pembelajaran. Teori Pembelajaran Behaviorisme Situasi yang dinyatakan di atas boleh dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Behaviorisme yang dipelopori oleh ahli psikologi behavioral yang terdiri daripada ahli-ahli pelaziman klasik Pavlov dan Watson serta ahli pelaziman operan Thorndike dan Skinner. Teori ini menyatakan bahawa pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Dalam kes ini, pelajar yang tidak akan membuat tugasan sekolah jika di beri dendaan dia akan menyiapkan tugasan tersebut. Dendaan yang diberikan kepada pelajar supaya pelajar menyiapakan tugasan tersebut merupakan konsep peneguhan negatif yang terdapat dalam Teori Pelaziman Operan Skinner. Dalam Teori Pelaziman Operan ini, Skinner menyatakan bahawa gerak balas boleh diperkuatkan jika diberi peneguhan sebaik gerak balas itu ditujukkan. Dendaan ini merupakan rangsangan serta merta yang tidak menyenangkan pelajar

supaya pelajar tersebut sentiasa menyiapkan tugasan tanpa syarat atau dendaan lagi.

C. Masalah 3 Keganasan dalam bilik darjah Faktor keganasan juga kekadang berlaku di dalam kelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Bukan hanya pada pelajar yang sememangnya yang mempunyai masalah disiplin tetapi pelajar yang baik juga boleh berlaku. Di mana, pelajar tersebut bertindak kasar secara sepontan seperti membaling dengan objek, menumbuk, menendang dan sebaginya terhadap rakan sekiranya diusik atau diganggu tanpa menghiraukan kehadiran guru di dalam kelas tersebut.

Huraian Mengikut Teori Perkembangan Manusia. 1. Teori Perkembangan Robert Havighurst. Menurut Teori Perkembangan Robert Havighurst, perkembangan seorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh alam sekitarnya. Oleh itu, perkembangan personalitinya juga dipengaruhi nilai, norma serta budaya masyarakat di persekitarannya. Bagi seorang pelajar yang belajar di sekolah, dia menghabiskan masa lebih kurang enam jam setiap hari bersama rakan sekelas dan sekolahnya. Di sini, pelajar tersebut terdedah dengan 7

COURSE> CODE>

pelbagai tingkah laku rakan-rakan. Secara tidak langsung perkembangan personaliti pelajar tersebut akan dipengaruhi oleh personaliti rakan-rakannya. Sebagai contoh, jika rakan-rakannya rajin belajar maka pelajar tersebut akan menjadi rajin tetapi jika rakanrakannya malas belajar, suka mengganggu rakan lain, suka berjalan-jalan dalam kelas maka pelajar tersebut akan menjadi seperti itu.

2. Teori Perkembangan Sosial. Dalam teori kognitif sosial (Albert Bandura), kelakuan manusia saling bertindak antara persekitaran dalam perkembangan manusia. Di mana, kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan untuk membentuk satu idea bagaimana kelakuan dilaksanakan dan apakah kesannya. Sebagai contohnya jika seorang pelajar sering melihat rakan-rakannya tidak membuat latihan yang diberikan oleh guru, maka pelajar tersebut akan meniru perlakuan tersebut.

3. Teori Psikoanalisis Sigmund Freud. Teori Psikoanalisis ini telah dipelopori oleh Sigmund Freud. Dalam teori ini, Sigmund Freud menyatakan bahawa di dalam diri manusia terdapat tiga alam kesedaran iaitu alam sedar, alam pra-sedar dan alam tidak sedar. Sigmund Di dalam peringkat alam tidak sedar,

Freud menyatakan bahawa terdapat pemikiran yang mendorong manusia

menunjukkan tingkah laku yang sukar diterima oleh manusia. Justeru itu tidak hairanlah jika terdapat pelajar dalam sesebuah kelas tiba-tiba menunjukkan tingkah laku yang tidak baik seperti bising, bergaduh, ponteng dan sebagainya.

COURSE> CODE>

BAHAGIAN 3 : PELAN MENGATASI MASALAH BERLANDASKAN TEORI

PEMBELAJARAN.

A. Masalah 1 Gangguan Pelajar Terhadap Rakan. 1. Implikasi Teori Pembelajaran Sosial. Dalam Teori Pembelajaran Sosial, bahawa pelajar mengalami perubahan tingkah lakunya daripada pengaruh persekitaran melalui pemerhatian dan peniruan. Jika pelajar terdedah dengan tingkah laku positif maka pelajar tersebut memiliki tingkah laku positif tetapi jika sebaliknya pelajar tersebut mempunyai tingkah laku negatif.

2. Implikasi pengajaran. Dalam Teori Pembelajaran Sosial, pemerhatian dan peniruan merupakan satu cara pemerolehan tingkah laku yang baru. Maka untuk mengatasi masalah negatif yang sering ditimbulkan oleh pelajar, guru perlulah mengggunakan persekitaran untuk dijadikan model dalam mengujudkan kaedah peniruan dan pemerhatian pelajar.

3. Contoh. Apabila pelajar menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti mengusik rakan, bising, menconteng meja, tidak membuat kerja sekolah dan sebagainya, guru perlulah memberitahu pelajar tersebut bahawa perbuatan tersebut adalah salah. Jika pelajar tersebut mengulangi lagi perbuatan tersebut, guru mestilah memberi dendaan yang bersesuaian dengan kesalahan seperti jika pelajar menconteng dinding maka ia denda dengan membersihkannya. Selain daripada itu, guru boleh mengujudkan seorang pelajar untuk dijadikan model kepada pelajar yang lain sebagai motivasi seperti pelajar yang rajin hadir kesekolah, rajin membuat kerja sekolah, diam semasa guru mengajar dan sebagainya. Dengan cara ini, guru dapat mengujudkan situasi peniruan dan pemerhatian pelajar terhadap tingkah laku yang baik dan tidak baik di dalam kelas. Pelajar dapat membezakan apakah jenis tingkah laku yang boleh ditiru dan sebaliknya.

COURSE> CODE>

Pelajar juga memahami kesan terhadap mereka jika membuat peniruan perlakuaan yang negatif. B. Masalah 2 Pelajar tidak membuat kerja sekolah seperti yang diarahkan. 1. Implikasi Teori Pembelajaran Behaviorisme. Teori pelaziman operan yang dipelopori oleh Skinner lebih menekankan kepada peneguhan diberikan selepas pelajar berjaya dalam sesuatu usaha atau berlakunya peningkatan positif. Peneguhan positif menjurus kepada pemberian ganjaran setelah perlakuan diulang atau perkuatkan manakala peneguhan negatif pula dikaitkan dengan rangsangan serta merta yang kurang selesa terhadap sesuatu perlakuan. Selain daripada itu, dendaan juga digunakan untuk mengubah perlakuan yang tidak diingini.

2. Implikasi pengajaran. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah, terdapat pelbagai perlakuan yang positif mahupun yang negatif yang ditunjukkan oleh pelajar. Guru haruslah memberi peneguhan positif terhadap perlakuan positif pelajar supaya sentiasa kekal dan meningkat. Manakala perlakuan negatif pelajar haruslah diatasi dengan peneguhan negatif supaya perlakuan yang diingini guru dapat di capai. Dendaan juga digunakan untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya perlakuan negatif yang tidak diingini.

3. Contoh. Di dalam bilik darjah terdapat pelbagai perlakuan pelajar, ada yang rajin dan ada juga yang malas membuat kerja sekolah. Bagi pelajar yang rajin, guru haruslah berusaha mengekalkan serta meningkatkan perlakuan pelajar tersebut melalui peneguhan positif dengan cara memberi pujian, hadiah, senyuman, motivasi, dan sebagainya. Manakala bagi pelajar yang malas pula, guru perlulah membuat peneguhan negatif dengan memberi teguran, nasihat, dan sebagainya supaya pelajar tersebut menyiapkan kerja sekolahnya. Jika perlakuan berulang lagi maka kaedah dendaan digunakan seperti tidak boleh rehat, larian padang, tugas tambahan dan sebaginya sehinggalah perlakuan negatif beransur-ansur berkurangan. 10

COURSE> CODE>

(JUMLAH PERKATAAN : 2523 ) RUJUKAN / REFERENSI 1. Boon Pong Ying. Ragbir Kaur, (1998), Psikologi 11(Diploma Perguruan), Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd, Shah Alam. 2. Lee Shok Mee, (1997), Psikologi Pendidikan 2: Teori dan Aplikasi Psikologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Kumpulan Budiman SDN.BHD, Kuala Lumpur. 3. Murugiah Velayutham, (1997), Psikologi Pendidikan 1:Psikologi Perkembangan, \ Kumpulan Budiman.SDN.BHD, Kuala Lumpur. 4. Prof Dr Khadijah Rohani. Mahani Razali.Ramlan Jantan., (2011), HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN, Open University Malaysia (OUM).

11