Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATAPELAJARAN SAINS

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Kelas: Tahun 3E Tarikh: 18 September 2012 (Selasa) Masa: 12.05 pagi 12.35 pagi (30 minit) Bilangan murid: 32 orang Bidang pelajaran: Bahan yang dapat menyerap air Objektif pembelajaran: Mengenalpasti bahan yang dapat menyerap air. Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat: A Menguasai isi kandungan a. Menyatakan bahan yang dapat menyerap air. b.menjalankan eksperimen untuk mengenalpasti bahan yang mana dapat menyerap air dan tidak dapat menyerap air. B Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir a. mereka bentuk dan menjalankan eksperimen dalam kumpulan untuk mengenalpasti bahan yang dapat menyerap air. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni a. melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan eksperimen berdasarkan prosedur yang dipersetujui dalam kumpulan b. menghargai masa dengan menjalankan eksperimen dengan pantas dan sentiasa menumpu kepada menjalankan tugasan tersebut

Konsep/prinsip/hukum/teori: Air a. Bahan yang diperbuat daripada kain, kertas, kayu dan kapas dapat menyerap air.

Bahan, peralatan dan bahan sumber: Bahan bahan yang mudah didapati oleh murid seperti kain, kertas tisu, suratkhabar, kertas A4, sudu plastik, kad manila, spam dan sarung tangan getah, cawan plastik lutsinar berisi air berwarna. MyCD (Teachers courseware) Langkah berjaga-jaga: Elakkan cawan yang berisi air daripada jatuh ke lantai.

Pengetahuan sedia ada: Murid pernah menggunakan bahan yang dapat menyerap air dalam kehidupan harian.

Fasa Permulaan/ Mencungkil idea (3 min)

Isi Kandungan Tuala mandi.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Buat kaitan dengan Murid memberi pengetahuan sedia respon ada pelajar dengan menyoal. Mengutarakan satu persoalan utama: Apakah yang sesuai digunakan untuk mengelap badan selepas mandi? Tanya hipotesis, reka bentuk eksperimen dan pembolehubah terlibat. Murid membuat hipotesis, beri cadangan reka bentuk eksperimen, menyatakan pembolehubah. Murid menjalankan eksperimen bagi menjawab persoalan yang dikemukakan. Aktviti pemulihan: Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil

Nota/Catatan Strategi/ Teknik: Penyoalan seluruh Kelas

Menstruktur/ Menstruktur semula (20 min)

Bahan yang dapat menyerap air dan sebaliknya.

Maklum balas Taksir kefahaman secara lisan Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak, dikumpul dalam satu kumpulan dan diberi penerangan kumpulan kecil

Strategi/ Teknik: Aktiviti inkuiri dalam kumpulan Sikap saintifik dan nilai murni: Penglibatan aktif Menghargai masa

Aplikasi Idea (5 min)

Mengenalpasti bahan yang dapat menyerap air

Tunjukkan gambar bahan yang dapat menyerap air dan sebaliknya. MyCD (aktiviti interaktif)

Pelajar mengenalpasti bahan yang dapat menyerap air.

Strategi: Perbincangan Kumpulan, memberi pandangan. Sumber pengajaran: MyCD (aktiviti

interaktif) Refleksi/ Penutup (2 min) Bahan yang diperbuat daripada kain, kertas, kayu dan kapas dapat menyerap air manakala bahan yang diperbuat daripada plastik dan getah tidak dapat menyerap air. Taksir kefahaman pelajar dengan meminta mengulangi keputusan hasil eksperimen. Soalan menyelesaikan masalah dalam buku latihan. Pelajar membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal. Lembaran kerja mukasurat 51
Strategi: Penyoalan keseluruhan kelas