Anda di halaman 1dari 39

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER/ TAHUN 2011 (SMP KHAS)

HBEF 1403

SENI DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

PUSAT PEMBELAJARAN

HBEF 1403

ISI KANDUNGAN
NO. TAJUK 1.0 Pengenalan 1.1 1.2 1.3 2.0 Matlamat dan objektif Seni Dalam Pendidikan Objektif Seni dalam Pendidikan Kepentingan Seni dalam Pendidikan MUKA SURAT 2 23 3-4 4 5 6 6 7 7 8 - 12 12 - 16 17 18 18 21 21 24 25 - 26 26 27 28 28 28 33 33 33 36 36 37 37

Seni Muzik ( Peta Minda) 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Pengenalan asas muzik Matlamat dan Objektif Seni Muzik Definisi Muzik Matlamat dan Objektif Konsep Muzik Cara Penyampaian

3.0

Seni visual ( Peta Minda) 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Pengenalan Seni Visual Bidang-bidang dalam seni visual Unsur seni visual Prinsip rekaan Kesimpulan

4.0

Seni pergerakan ( Peta Minda) 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 Pengenalan Seni Visual Matlamat seni pergerakan Pergerakan asas Kemahiran Manipulasi Pendidikan Pergerakan Pendidikan kreatif Kesimpulan seni pergerakan

5.0

HBEF 1403

1.0

Pengenalan Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan

kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya.Mengikut Dr.Sharifah Norul Akmal Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk sebagai 3R iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf R adalah satu kata yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira. Matlamatnya adalah untuk melahirkan generasi yang berbudaya yang kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi dengan memupuk semangat kerjasama ke arah meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan selaras dengan pengukuhan jati diri bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membentuk dan mengukuhkan identiti bangsa Malaysia untuk mencerminkan semangat 1 Malaysia.Kita juga dapat memupuk masyarakat yang lebih kreatif dan mempunyai jati diri melalui pendidikan yang dijalankan.Melalui seni dalam pendidikan dapat memperluaskan kegiatan seni dan budaya yang lebih holistik dan menyeluruh.

1.1

Matlamat Seni Dalam Pendidikan Matlamat seni dalam pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk

generasi Malaysia yang celik budaya, berbudi bahasa dan mempunyai nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan dan prinsip-prinsip Rukun Negara serta Gagasan 1 Malaysia. Kandungan kurikulum merupakan satu langkah penerusan dan pengembangan seni dan budaya masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang merupakan warisan bersama. Ia juga membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap keindahan 2

HBEF 1403

ciptaan Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam seni dalam pendidikan telah mengintegrasikan 3 komponen yang akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri.Pengintegrasian ini telah memperkembangkan generasi muda dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek secara menyeluruh.

Celik BudayaDan Berbudi bahasa

Berkembang seni dan budaya

Meningkatkan pengetahuan ,daya kreativti dan inovasi

Matlamat Dan Objektif Seni Dalam Pendidikan Menghargai sumbangan tokoh-tokoh seni

Meningkat Toleransi dan perpaduan Memupuk Semangat kerjasama

1.2

Objektif Seni Dalam Pendidikan

Seni dalam pendidikan di sekolah rendah bertujuan: 1) Menghargai keindahan ciptaan Tuhan. 2) Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni dalam pendidikan yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. 3) Memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan.

HBEF 1403

4) Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasilan kerja. 5) Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata murid dan lain. 6) Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. 1.3 Kepentingan Seni Dalam Pendidkan Menurut Russel (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesdaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan kanakkanak berasa lebih seronok.Selain itu, kanak-kanak akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Maka seni dalam pendidkan ini telah menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, penyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran kanak-kanak. Aktiviti yang dijalankan akan memberi peluang untuk murid-murid membina keyakinan, menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik. Contohnya, kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama murid.Perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti yang dijalankan. Disebabkan kebolehan murid-murid adalah selari dengan perkembangan diri mereka maka mereka perlu bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang digunakan untuk mencipta pengetahuan baru semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikut proses pembelajaran.

HBEF 1403

2.0

Seni Muzik

HBEF 1403

2.1

Pengenalan asas muzik Pendidikan seni muzik merupakan pendidikan yang memberikan kemampuan

mengekspresikan seni secara kreatif untuk pengembangan keperibadian seseorang dan memberikan sikap-sikap atau emosional yang seimbang. Seni muzik membentuk disiplin, tolerasi, sosialisasi, sikap demokrasi yang meliputi kepekaan terhadap lingkungan. Dengan kata lain pendidikan seni muzik merupakan mata pelajaran yang memegang peranan penting untuk membantu pengembangan individu yang nantinya akan berdampak pada pertumbuhan akal, fikiran, sosialisasi, dan emosional.

2.2

Matlamat dan Objektif Seni Muzik Pendidikan seni muzik lebih menekankan pada pemberian pengalaman muzik,

yang nantinya akan melahirkan kemampuan untuk memanfaatkan seni muzik pada kehidupan seharian. Pendidikan Seni muzik diberikan di sekolah kerana keunikan, kebermanfaatan terhadap generasi yang terletak pada pemberian pengalaman estetik dalam bentuk kegiatan berekspresi melalui pendekatan: belajar dengan seni, belajar melalui seni dan belajar tentang seni. Ruang lingkup pendidikan seni muzik adalah kemampuan untuk menguasai vokal seperti dasar-dasar teknik bernyanyi, memainkan alat muzik.Kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam kegiatan seni muzik, selain dapat mengembangkan

kreativiti, dan juga dapat membantu perkembangan individu, membangun rasa keindahan, mengungkapkan ekspresi, mendisiplinkan diri dan mengenalkan siswa pada sejarah budaya bangsa mereka. Dalam KTSP 2006 menjelaskan bidang seni rupa, muzik, tari, dan keterampilan memiliki kekhasan tersendiri sesuai dengan keilmuan masing-masing. Dalam pendidikan seni dan keterampilan, aktiviti berkesenian harus menampung kekhasan tersebut yang tertuang dalam pemberian pengalaman dan mengembangkan konsepsi. Semua itu diperoleh melalui upaya eksplorasi elemen, prinsip, proses, dan teknik berkarya dalam konteks budaya masyarakat . Pendidikan seni muzik ini penting bagi anak-anak bangsa, bagi perkembangan dan kemajuan bangsa yang utuh dan damai sejahtera.

HBEF 1403

2.3

Definisi Muzik Muzik adalah diakui sebagai satu cabang seni dan juga sains yang

menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid, bacaan quran, bunyi kipas dan bunyi-bunyi lain yang didengar dipersekitaran boleh didefinisikan sebagai muzik juga. Bahasa Arab, pengertian muzik adalah sebagai handasah alsawt yang bermaksud kejuruteraan bunyi secara artistik. Sebenarnya muzik ialah satu perkataan yang telah diwarisi daripada cerita-cerita dongeng zaman puba Yunani diberi nama sebagai Muses yang bemaksud semua bentuk seni halus termasuk muzik. Tetaoi pada hari ini perkataan muzik ini digunakan secara universal dan bermaksud seni bunyi-bunyian.

2.4

Matlamat dan Objektif Pendidikan muzik adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi dan

kualiti diri individu dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman muzik ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks budaya dan aspirasi negara. Dengan memahami muzik pelajar akan dapat: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) menikmati pelbagai pengalaman muzik; memperkembangkan nilai estetika, kreativiti dan ekspresi diri; merasai dan mengenal konsep muzik; meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif; mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang asas; memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian, muzik dengan gerakan dan permainan alat; (vii) memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin diri;

(viii) mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama; (ix) mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air, tradisional dan semasa yang sesuai; (x) (xi) mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain; dan menjadi pengguna muzik yang berpengetahuan dan berdiskriminasi. 7

HBEF 1403

2.5

Konsep Muzik Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti

tersendiri. Penghaslan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi Irama, Melodi, Harmoni, Warna Ton, Tekstur, Bentuk dan Ekspresi.

2.5.1 Unsur-unsur Muzik A) Melodi Melodi mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi. Pic adalah sesuatu bunyi yang tinggi atau rendah. Jeda ialah jarak pic di antara dua not. Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut langkah tertentu. Solfa ialah nyanyian pic menggunakan sebutan not C.

Elemen-elemen dalam melodi B) Harmoni Harmoni: Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not ini akan membentukkan kod. Kegunaan kod adalah untuk mengiringi melodi Triad: Gabungan tiga not maka terjadilah kod. Untuk membentuk triad not yang digunakan adalah not asas, not ketiga dan not kelima dari satu skel. Arpeggio: Not-not dalam sesuatu kod boleh dimainkan secara satu persatu, menaik atau menurun. Susunan not secara ini dinamakan arpeggio atau kod curai. Pergerakan kod: Apabila satu kod bergerak kesatu kod yang lain, ianya disebut sebagai pergerakan kod. Diantara pergerakan kod yang lazim digunakan adalah pergerakan kod I ..IV ..V. Kod-kod ini dinamakan sebagai kod primer. 8

HBEF 1403

Elemen-elemen dalam harmoni C) Irama Irama - Gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza akan menghasilkan irama yang berbeza. Detik - Bit yang konsisten. Contoh denyutan jantung. Meter - Masa bagi muzik dikawal oleh meter yang ditulis seperti berikut 2 4 3 4 4 4 2 2 6 8

Angka diatas menunjukkan bilangan detik dan angka dibawah menentukan jenis detik. Corak Irama - Gabungan nilai not yang berbeza akan menghasilkan corak irama yang berbeza. Rentak - Corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi nyanyian atau permainan alat. Contoh rentak masri. Tempo - Kelajuan sesebuah lagu atau muzik. Contoh allegro (cepat) moderato (moderate pace).

Elemen-elemen dalam irama

HBEF 1403

D)

Ekspresi Ekspresi merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan

vokal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamiks, istilah dan tanda isyarat. Gabungan aplikasi ciri muzikal boleh menghasilkan interpretasi tersendiri. Dinamiks - Simbol-simbol yang berkaitan dengan bunyi kuat atau lembut dalam muzik P (piano) F (forte) Istilah Tempo Alla marcia Andante Allegro Coda Da capo (D.C) Dal Segno (D.S) Fine Moderato Segno E) Bentuk Karya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri. Karya yang mempunyai struktur dua bahagian dinamakan binari atau bentuk AB. F) Warna Ton Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan warna ton dalam muzik. Warna ton bagi bunyi berbeza, berdasarkan bahan pembuatan alat tersebut serta cara ianya dimainkan. Warna ton dalam sesuatu muzik adalah seakanakan sama seperti warna ton dalam sesebuah lukisan. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan warna ton bunyi ialah seperti lembut, kasar, nyaring, garau, halius, gekap, terang, ringan dan berat. Dalam nyanyian, suara perempuan boleh dikategorikan dalam dua jenis iaitu soprano dan alto. Manakala suara lelaki boleh dikategorikan dalam tiga jenis iaitu bariton, tenor dan bes. Setiap jenis suara ini mempunyai warna ton tertentu. Dalam berkaitan dengan kelajuan dalam muzik berentak mac sederhana cepat rancak dan cepat bahagian tambahan dalam sesuatu ciptaan dari permulaan dari tanda segno tamat sederhana tanda lembut (soft) kuat (loud)

10

HBEF 1403

nyanyian koir yang mempunyai pelbagai jenis suara, hasilan warna tonnya adalah menarik dan harmonis. Dalam permainan gabungan alat muzik seperti permainan orkestra terdapat alat tali, alat tiup brass, alat tiap kayu dan perkusi. Setiap alat mempunyai pembuatan dan cara mainan tersendiri yang boleh menghasilkan pelbagai warna ton. Begitu juga keadaannya dalam permainan ensemble alat tradisional di mana terdapat gabungan warna ton alat ketukan logam, alat ketukan kayu an alat tiupan buluh. Permainan yang mempunyai gabungan alat-alat seperti ini boleh menghasilkan warna ton yang menarik an indah didengar. G) Jalinan Jalinan muzik merupakan satu ciri cara pemuzik mengadunkan bunyi muzik agar menjadi lebih menarik dan diminati ramai. Jalinan boleh dibahagikan kepada: (i) Monofoni Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiada iringan (no accompaniment) Penggunaan satu alat muzik sahaja. (ii) Homofoni (iii) Polifoni
Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod. Seperti gitar, piano, organ dan sebagainya.

Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan.

2.5.2 Kemahiran Muzik Untuk membina kemahiran menyanyi dan bermain alat muzik secara solo dan ensemble dengan teknik yang betul melalui aktiviti nyanyian dan bermain alat muzik bagi membolehkan pelajar mengalami, menuikmati dan menilai persembahan muzik serta mengamalkan nilai-nilai murni. Di bawah ini ianya telah dibahagikan kepada tiga komponen besar dalam pendidikan muzik. A) Kemahiran Muzikal Nyanyian (i)Mengetahui dan membina teknik menyanyi berasaskan elemen-elemen berikut: postur pernafasan sebutan artikulasi (ii) Membina kemahiran menyanyi Kemahiran Individu 11 ekspresi penghasilan ton (register) memfrasa

HBEF 1403

- menyanyi pelbagai jenis lagu secara solo - menyanyikan skel: jeda, arpeggio menaik dan menurun - menyanyikan semula keratan lagu yang didengarkan - menyanyi serta merta mengikut skor muzik Kemahiran Ensemble - menyanyi dalam ensemble vokal secara unison - menyanyi secara ensemble vokal secra berharmoni dalam lapisan suara. Sporano, alto dan tenor. - Mendengar secara aktif dan selektif B) Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan (i) Bergembira bergerak dengan muzik (ii) Melibatkan diri secara aktif (iii) Mendengar secara aktif dan selektif (iv) Melahirkan ekspresi diri melalui pergerakan (v) Memahami konsep muzik melalui pegerakan (vi) Mengenali aspek budaya yang berkaitan dengan pergerakan dengan muzik (vii) Meneroka dan menginterpretasi muzik melalui gerakan (viii) Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik. C) Kemahiran muzikal Permainan alat muzik. (i) Bergembira bermain alat muzik (ii) Melibatkan diri secara aktif (iii) Mendengar secara aktif dan selektif (iv) Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawal (v) Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dalam permainan alat (vi) Mengenali alat muzik tradisional (vii) Membuat improvisasi secara meneroka konsep muzik melalui aktiviti alat permainan (viii) Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.

2.6

Cara Penyampaian

2.6.1 Nyanyian Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan eknik pengeluaran suara. Kegiatan ensemble vokal diadakan bagi memastikan penglibatan semua pelajar secara harmonis dan 12

HBEF 1403

seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensembel. Penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutama melalui lagu yang berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia. Konsep muzik yang ditegaskan dalam bidang nyanyian ialah melodi dan irama. Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti berikut; (a) Mari Menyanyi (i) Menyanyi lagu yang digemari-lagu beraksi lagu berentak tradisional lagu pusingan dan lagu suara berlapis

(ii) Menyanyi secara spontan dan hafalan (iii) Menyanyi dengan menggunakan skor muzik (b) Menyanyi Secara Muzikal (i) Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan kepada tekanan dan latihan sebutan berirama (ii) Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada: pic, tempo,corak irama, melodi; dan ekspresi mengikut mud dan dinamik.

(c) Teknik dan Cara Menyanyi (i) Membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada latihan skel dan warna ton (ii) Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada; pernafasan pengeluaran suara artikulasi sebutan, dan postur.

(d)Meneroka dan Mengenal Muzik Nyanyian (i) Mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti monofoni dan polifoni. (ii) Membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannya. 13

HBEF 1403

(iii) Mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek; Lirik; Melodi; cara menyanyi: dan cara persembahan

(iv) Mendengar secara bebas dan berpandu dengan memberi perhatian kepada konsep muzik dan jenis muzik vokal (v) Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar, lagenda dan tokoh. (vi) Memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri. (vii) Mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional dan lagu dari negara lain.

2.6.2 Muzik dengan Gerakan Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagai respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini mementingkan kesedaran penggunaan semua anggota badan untuk melahirkan ekspresi diri melalui rangsangan muzik yang didengar sambil memahami konsep muzik khususnya irama dan ekspresi. Terdapat lima jenis kegiatan pergerakan dengan muzik yang disusun mengikut perkembangan dari yang mudah kepada yang kompleks. Kegiatannya adalah seperti berikut: (a) (b) (c) (d) (e) Gerakan mengikut lirik lagu Gerakan mengikut konsep muzik Interpretasi muzik dengan gerakan Gerakan bebas dengan muzik; dan Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik. Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik. Terdapat empat unsur pergerakan iaitu; (a) Imbangan berat badan Faktur ini ada kaitannya dengan tenaga bila bergerak, tegang dalam otot dan pegangan. Bahagian anggota bawah badan (paras pusat ke bawah) mencerminkan tenaga kekuatan manakala bahagian anggota atas badan (paras pusat ke atas)

14

HBEF 1403

mencerminkan keringanan. Pergerakan yang kuat memerlukan tenaga otot dan ketegangan otot tetapi pergerakan yang ringan memerlukan sedikit sahaja tenaga otot. (b) Ruang Pastikan ada ruang disekeliling angota badan. Dari satu tempat yang tetap kita boleh menggerakkan badan ke merata-rata arah dan aras tertentu. Ruang ini dinamakan lingkungan pergerakan. Pergerakan ini boleh dibuat mengikut cara-cara berikut: Dari jauh menuju ke pusat badan Dalam ruang yang ada mengelilingi badan, bergerak mengikut aras Dengan kaki, tangan, dekat atau jauh dari badan. Apabila sesuatu pergerakan badan boleh dibuat dalam ruang, badan boleh membuat pelbagai bentuk seperti panjang, bulat, luas dan sebagainya. Bila sahaja badan digerakan, ia bergerak ke kawasan umum. Beberapa pergerakan boleh dibuat dalam beberapa arah seperti ke depan, belakang, sisi, atas dan bawah. Aras tinggi boleh dicapai dengan menghulur, melonjak dan berguling di atas lantai (c) Masa Faktur ini melibatkan pergerakan yang cerdas dan banyak apabila membuat sesuatu pergerakan. Tiap-tiap pergerakan menggunakan masa, pergerakan yang cepat menggunakan sedikit masa dan pergerakan yang lambat menggunakan banyak masa. Kederasan pergerakan itu atau punurutan pergerakan tidak semestinya berterusan. Had kederasanboleh dibentuk menjadi rentak. Kualiti masa boleh ditunjukkan dengan pergerakan kawal lambat atau serta merta. Mengawal kederasan pergerakan amat penting untuk mengelakkan kemalangan. Kebolehan mempercepat atau melambat, memberhenti atau memulakan sesuatu pergerakanserta merta sangat perlu untuk kawalan dan kemahiran dalam pergerakan. (d) Daya/ aliran. Aliran pergerakan boleh dikawal atau bebas. Pergerakan terkawal ialah pergerakan yang boleh diberhentikan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja. Pergerakan bebas susah hendak diberhentikan dengan serta merta. Aliran pergerakan dalam satu gerakan atau beberapa gerakan boleh berpanjangan atau terputus. Pergerakan yang berpanjangan boleh melicinkan gerakan itu.

15

HBEF 1403

2.6.3 Permainan Alat Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik. Bidang ini menggalakkan pelajar meneroka dan mengeksperimen pelbagai aat muzik termasuk pengunaan anggota tubuh badan mereka. Seterusnya kegiatan dalam bahagian ini memberi latihan asas untuk pendengaran secara selektif, teknik permainan alat dan kreativiti melalui improvisasi susunan bunyi. Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi melalui penglibatan mereka bermain alat muzik. Terkandung di dalam bidang permainan alat muzik ialah amalan bekerjasama yang berlaku didalam kegiatan permainan alat secara ensemble. Konsep muzik yang ditegaskan didalam permainan alat ialah corak irama, warna ton, melodi dan ekspresi. Kebanyakkan alat muzik yang digunakan didalam permainan alat secara ensemble ini ialah alat perkusi, melodian, rekoder dan pilihan beberapa alat tradisional tempatan yang difikirkan sesuai.

Kastanet

Rhythm Sticks

Cara memegang dan bermain kastanet

Cara memegang dan bermain Rhythm Sticks 16

HBEF 1403

3.0

Seni visual

17

HBEF 1403

3.1

Pengenalan Seni Visual Pendidikan Seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak iaitu

bidang melukis dan membuat gambar, membuat rekaan corak, membentuk dan membuat binaan kraf tradisional.Seni visual ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.Ini bertujuan murid dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.

3.2

Bidang-bidang dalam seni visual

Kurikulum pendidkan seni visual sekolah rendah merangkumi 4 bidang iaitu: 1. menggambar 2. membuat rekaan dan mencorak 3. membentuk dan membuat binaan 4. kraf tradisional.

3.2.1 Mengggambar Menggambar merupakan salah satu bidang dalam Seni Visual di peringkat Sekolah Rendah. Bidang menggambar menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik jika ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan seperti lukisan ,catan ,gosokan dan resis.

18

HBEF 1403

Lukisan

Catan

Gosokan

Resis 19

HBEF 1403

3.2.2 Membuat rekaan dan mencorak Bidang ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.Contoh aktiviti seperti lipatan dan guntingan, cetakan dan tiupan.

3.2.3 Membentuk dan membuat binaan Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Melalui aspek ini, murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Contoh aktiviti seperti Stabail, model, diorama, boneka dan topeng.

Stabail

Topeng muka

3.2.4 Kraf Tradisional Kraf tradisional didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun menikut kaum masing-masing.Jenis-jenis kraf seperti wau, tembikar, anyaman ukiran dan lain-lain. 20

HBEF 1403

wau

gasing

anyaman

3.3 Unsur seni visual Sebagai seorang pelukis atau pereka yang kreatif, mereka akan membuat kembara seni melalui pemahaman bahasa seni visual seperti warna, jalinan, bentuk, ruang,

imbangan, dan kesatuan yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia, dan karya catan. Burgurt (1961) berpendapat semua orang yang terlibat dengan pembuatan karya seni semestinya membuahkan suatu keunikan secara personal untuk disampaikan dalam karyanya.Maka pelukis atau pereka akan mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti membuat catan. Terdapat enam unsur seni dalam pendidikan seni visual. Antaranya ialah garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Tidak dinafikan bahawa keenamenam unsur ini amat penting dalam penghasilan karya sesebuah seni mahupun dari segi seni sentuhan ataupun seni tampak. Dalam sesebuah karya seni sekurang-kurangnya terdapat satu unsur seni. A) Garisan Garisan merupakan cantuman titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak tertentu. Garisan memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan rupa, bentuk, jalinan,pergerakan,ton dan corak. Garisan juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan seseorang perasaan dalam sesebuah karya. 1. Garisan merupakan cantuman beberapa siri titik. 2. Garisan wujud pada alam sekeliling, baik pada alam semulajadi, alam benda, flora mahu pun fauna. 3. Terdapat pelbagai jenis garisan seperti garisan putus-putus, garisan tebal, garisan nipis, garisan berduri, garisan beralun dan pelbagai lagi.

21

HBEF 1403

4. Garisan boleh diolah dengan pelbagai cara atau teknik dengan menggunakan pelbagai jenis media. Contoh menggunakan teknik gosokan, capan, pualaman atau catan. B) Warna Warna memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana yang tidak bosan.Warna dapat menunjukan perasaan seseorang pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna dalam penghasilan lukisan.Warna merupakan elemen yang amat penting dalam bidang seni visual. Warna terbahagi kepada : 1. Warna asas - merah, biru dan kuning Warna Primer (asas) terdiri daripada warna biru, merah dan kuning.Warna asas ialah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain, tetapi boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.

biru, merah dan kuning

2. Warna Sekunder Warna sekunder terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu.Warna sekunder terhasil daripada campuran 2 warna asas.Warna Asas Warna Sekunder Kuning + Biru = Hijau Biru + Merah = Ungu Merah + Kuning = Jingga 3. Warna tertiar - Warna Asas + Warna Sekunder = Warna Tertier terhasil daripada campuran 1 warna asas dengan 1 warna sekunder. Warna Asas + Warna Sekunder = Warna Tertier Biru + Ungu

Merah + Ungu Merah + Jingga Kuning + Jingga Kuning + Hijau Biru + Hijau

22

HBEF 1403

4.

Warna harmoni - sekumpulan warna yang terletak sebelah-menyebelah dalam

roda warna. Ia mempunyai hubungan warna, ton dan suhu warna yang sama. Warna harmoni dapat menimbulkan kesan perasaan selesa dan tenang. Ia sesuai digunakan untuk menghasilkan corak tekstil, hiasan dalaman, perabot, seni taman dan seni halus. Berikut ialah contoh warna yang berharmoni: *merah jingga, jingga, jingga kuning *hijau kuning, hijau, hijau biru

C)

Jalinan Nilai permukaan pada objek boleh dialami dengan cara melihat dan menyentuh.

Jalinan bermaksud kesan yang terdapat dalam sesuatu permukaan objek. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu : 1. Jalinan sentuh - dapat dilihat dan disentuh dengan deria

Jalinan pada hasil anyaman 2. Jalinan tampak - Hanya dapat dilihat dengan deria

Jalinan pada hasil kolej

Kesan jalinan yang dihasilkan oleh warna

Kesan jalinan yang dihasilkan oleh lukisan pensel

23

HBEF 1403

D)

Rupa Rupa ialah imej yang bersifat rata. Permukaan rupa adalah kosong dan ini

menjadikan rupa bersifat dua dimensi.Rupa merupakan sambungan penghujung garisan ke titikpermulaannya.Rupa tiada jisim dan hanya mempunyai satu permukaan sahaja. Rupa terbahagi kepada 2 iaitu :

1. Rupa geometri E) Bentuk

2. Rupa organik

Bentuk - Imej atau objek yang bersifat tiga dimensi. Bentuk ialah merupakan objek yang mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan mempunyai permukaan yang lebih daripada satu. Bentuk terbahagi kepada dua iaitu :

1. Bentuk konkrit

2. Bentuk ilusi

F)

Unsur seni- Ruang Ruang ialah kawasan kosong yang terdapat dalam sesuatu objek ataupun jarak

yang ada pada di antara kedua-dua objek dalam sesebuah karya seni. Ruang mudah diwujudkan dalam menggunakan garisan grid perspektif. Ruang terbahagi kepada dua iaitu:

1. Ruang nyata

2. Ruang ilusi

24

HBEF 1403

3.4

Prinsip rekaan Prinsip rekaan amat penting dalam penghasilan sesebuah karya seni. Dengan

adanya, prinsip-prinsip ini kita dapat memberikan kritikan dan pandangan atau huraian terhadap sesebuah karya seni dalam bidang seni visual.Antara prinsip yang terdapat dalam prinsip rekaan dalam bidang seni visual ialah seperti berikut :

1. Harmoni

2. Kontra

3. Penegasan

4. Imbangan

5. Ritma dan pergerakan

6. Kepelbagaian

7. Kesatuan

Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual: 1. Harmoni Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai. Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang. Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah. 2. Kontra Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan. Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan. Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan. 3. Penegasan Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan.Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan.Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan. 4. Imbangan 25

HBEF 1403

Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan. 5. Ritma dan Pergerakan Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar Fungsi ritma dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistik terhadap sesuatu gubahan.Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan lain-lain. 6. Kepelbagaian Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan.Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan.Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan. 7. Kesatuan Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan. Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa. Keberkesanan memperlihatkan keberkesanan penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan media dan teknik digabungkan untuk menjadikan gubahan yang sempurna.

3.5

Kesimpulan Dalam asas seni visual telah membuat perbincangan tentang unsur-unsur dan

prinsip-prinsip rekaan. Unsur seni juga diserap di sekolah rendah melalui pemilihan kaedah yang tepat, penggunaan peralatan yang penilaian yang bersesuaian.Maka pengetahuan asas seni visual telah menjadi bahan penting dan pelaksanaannya bukan terhad pada waktu yang ditetapkan tetapi boleh diserap dan diterap dalam mata pelajaran lain pada bila-bila masa sahaja.

26

HBEF 1403

4.0

Seni pergerakan

27

HBEF 1403

4.1

Pengenalan Seni Pergerakan Kurikulum seni pergerakan yang direkabentuk menuntut kita untuk membuat

pilihan tentang apakah yang penting pada masa kini bagi membantu murid untuk masa depan mereka.sekolah harus menyediakan peluang pendidikan dengan kurikulum berasaskan projek yang autentik dengan keadaan kehidupan sebenar, melibatkan murid menangani dan menyelesaikan masalah kehidupan sebenar serta isu yang penting dalam kehidupan sejagat. Pendidikan seni pergerakan yang diberikan harus meningkatkan pengetahuan dan kreativiti murid dan pada masa yang sama membolehkan murid berfikir, menaakul, membuat keputusan yang bijak, bekerja sebagai ahli pasukan dan melihat perhubungan dan perkaitan antara ilmu yang dipelajari merentas kurikulum.

4.2

Matlamat seni pergerakan Kurikulum seni pergerakan ini bertujuan membina murid menjadi individu yang

cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup. Murid melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul berdasarkan konsep
pergerakan. Mereka boleh mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran

motor. Selain itu, murid juga boleh mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan dan memerihal kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala. Murid juga dapat melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat. Dalam melakukan aktiviti, murid harus mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.

4.3

Pergerakan asas Pergerakan beristilah proses yang membantu murid untuk memperolehi kecekapan

pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Pergerakan asas yang penting menjadi kata kunci dalam aktiviti pergerakan seperti berjalan, berlari, melompat, memintal, berpusing, meregang dan menguncup. Kemahiran 28

HBEF 1403

ini diajar dalam pengajaran adalah meningkatkan berkebolehan murid melakukan pelbagai pergerakan lokomotor asas dengan lakuan yang betul.Jadual di bawah menunjukkan contoh-contoh pergerakan asas yang dipanggil pergerakan lokomotor. 4.3.1 Pergerakan lokomotor Pergerakan Lokomotor Berjalan Berlari Melompat Skip Mencongklang(Gallop) Melompat satu kaki (Hop) Melonjak(Leap) Menggelongsor (sliding) (Pangrazi, 2001) Pergerakan Bukan Lokomotor Membongkok Mengilas Memusing Mengayun Mengimbang Meregang Menolak Menarik (Pangrazi, 2001)

A) Kemahiran lokomotor asas - berjalan Berjalan ialah kemahiran yang paling asas yakni kita banyak melakukannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Imbangan badan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul. Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. Semasa berjalan, hujung kaki hendaklah menghala lurus ke hadapan dengan sisi bahagian dalam kedua-dua belah kaki seolah-olah mengikut satu garisan lurus. Tangan melenggang bebas berselangseli mengikut arah kaki melangkah. Perlakuan seumpama ini dapat memberi imbangan badan sambil dapat pula membawa bahagian badan bergerak ke hadapan. Terdapat ketikanya apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah, dan pada masa inilah satu tapak berpijak yang baru terhasil bagi menahan anggota badan daripada rebah. Kedudukan badan hendaklah sentiasa tegak dan dalam keadaan yang lega. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru, iaitu Berjalan Bebas Dalam Pelbagai Arah dan Kelajuan.(sila rujuk lampiran) Postur badan semasa berjalan : Badan tegak 29

HBEF 1403

Pandang ke depan

B)

Berlari Pola berlari adalah sama dengan pola berjalan.Yang berbeza ialah semasa berlari

ada ketikanya kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi. Lutut lebih kerap diangkat dan dibawa kea rah hadapan. Tangan dibengkokkan di bahagian siku sambil diayun ke arah hadapan dan belakang bertukar ganti dengan arah pergerakan kaki. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru, iaitu Berlari Bebas .

C)

Berlari serta berlonjak Berlari serta berlonjak hamper menyerupai pergerakan berlari, cuma ketika berlari

pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. Semasa berlari, lutut di angkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak. Kaki belakang bengkok serta terangkat daripada tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjuran untuk bergerak maju. Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas kaki yang satu lagi.Kebiasaanya lonjakan

30

HBEF 1403

didahului dengan satu atau beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru, iaitu Tali kekang kuda .

D)

Lompatan Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat

berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada diudara buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru, iaitu Stesen berhalang .

4.3.2

Kemahiran Persepsi Motor Pendedahan kepada pelbagai aktiviti persepsi motor (perceptual-motor) adalah

penting bagi pembinaan pergerakan berkordinasi. Pelajar perlu mempunyai rasa kewujudan dirinya dalam ruangan. Pelajar perlu mengenalpasti arah kiri dan kanan dan boleh memahami perkaitan bentuk atau corak. Perkembangan persepsi motor juga memainkan 31

HBEF 1403

peranan dalam pencapaian akademik kanak-kanak. Kemahiran persepsi motor diperlukan bagi membaca huruf isyarat (decoding) dan kemahiran ini merupakan suatu keperluan awal bagi kemahiran membaca. A) Imbangan Mengimbang boleh dibina melalui berdiri di atas sebelah kaki atau ketingting atau berjalan di atas palang pengimbang. Penggabungan aktiviti-aktiviti mengimbang dengan permainan lebih menyoronokkan bagi pelajar. Pelajar berpeluang membayangkan diri mereka sebagai ahli sarkas yang berjalan di atas tali atau mengimbang di atas sebelah kaki di atas belakang kuda sarkas. B) Kesedaran Badan Kesedaran badan merupakan persepsi tentang diri sendiri. Kesedaran ini adalah penting bagi pemahaman pelajar tentang potensi pergerakannya. C) Kesedaran Ruang Kita hidup di dalam ruangan dan tubuh badan kita mengisi ruangan tersebut. Apabila kita bergerak, kita sebenarnya bergerak melalui ruang dan tubuh badan kita memenuhi ruang seperti juga benda-benda lain yang berada dipersekitaran kita. Kita juga menyedari tubuh badan kita serta perkaitannya di antara benda-benda disekitar. Hal ini merupakan konsep asas yang perlu di terokai oleh pelajar supaya mereka boleh menyedari tentang keadaan zahir tubuh badan mereka yang sebenarnya. D) Kesedaran Arah Kesedaran ini membolehkan seseorang menyedari arah ke kiri, kanan atas, bawah hadapan dan belakang di dalam ruang persekitarannya. Kesedaran lauran arah ini terbina daripada kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala-datar. Pelbagai jenis penerokaan pergerakan dapat menggerakkan perkembangan kesedaran arah ini. Umpamanya bergerak kehadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan, ke atas, dan ke bawah boleh membina kesedaran arah. Melalui pergerakan seumpama ini pelajar dapat membiasakan dan menyesuaikan pengalaman yang diperlukan apabila memerhati baris-baris perkataan di dalam muka surat bercetak iaitu semasa membaca. E) Kordinasi Tangan- mata atau kaki- mata Tujuan melakukan sesuatu pergerakan hanya akan tercapai jika kordinasi diantara pergerakan bahagian-bahagian badan disempurnakan dengan baik. Interaksi ini haruslah dilakukan dengan mudah, cekap dan tepat. Ini melibatkan interaksi yang licin di antara 32

HBEF 1403

kumpulan-kumpulan otot imbangan yang sempurna dan turutan jangkaan yang betul.Contoh aktiviti yang boleh dijalankan seperti permaian bola merupakan kordinasi tangan-mata yang amat baik.

4.4

Kemahiran Manipulasi Kemahiran manipulatif alatan hendaklah dibina di peringkat umur yang lebih awal.

Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, menangani atau mengawasi sesuatu objek. Kemahiran manipulatif berikut merupakan asas kepada pembinaan kemahiran diri seseorang pelajar seperti membaling, menyambut, memukul, dan menendang atau menyepak.

4.5

Pendidikan Pergerakan
Pendidikan pergerakan adalah suatu kaedah pengajaran yang unik kerana apabila pelajar

sedang belajar untuk bergerak mereka juga belajar sambil bergerak. Melalui pergerakan, pelajar itu bergerak, berfikir dan merasi sesuatu secara langsung. Dia akan belajar pelbagai domain iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Belajar melalui pergerakan membolehkan perkembangan yang menyeluruh diri kanakkanak iaitu perkembangan fizikal dan psikologi, kebolehan untuk belajar dan bergaul diantara satu dengan lain. Perasaan terhadap diri sendiri dan perhubungan dengan persekitarannya juga turut berkembang melalui pelbagai pergerakan itu.

4.5.1

Gimnastik Pendidikan Gimnastik pendidikan dibahagikan kepada kategori pengalaman lantai, pengalaman

atas rumput, tikar getah atau permainan yang tidak banyak memerlukan peralatan untuk meningkatkan cabaran. Pengalaman peralatan pula terdiri daripada pergerakan yang menggunakan alat-alat seperti bangku panjang, palang, dan peralatan taman permainan. Pada peringkat awal, sebahagian besar latihan ditumpukan kepada aktiviti-aktiviti lantai, tetapi apabila murid sudah mahir, sebahagian besar tumpuan dialihkan pula kepada kegiatan-kegiatan pengalaman peralatan. A) Pengalaman lantai Murid yang sudah dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas, tumpuan seterusnya, secara keseluruhan hendaklah kepada usaha merapatkan seluruh anggota menjadikannya 33

HBEF 1403

satu bentuk paduan. Apabila setiap murid telah dapat menguasai aksi-aksi dan mengekalkan bentuk-bentuk aksi itu, mereka bolehlah menumpukan perhatian kepada lakuan lain seperti menggulingkan tubuh ke arah yang berlainan. Pengalaman-pengalaman pada tahap kawalan termasuk antaranya lakuan mengguling daripada kedudukan berdiri kepada bergerak dan mengguling. B) Pengalaman peralatan Selepas murid telah boleh menguasai aktiviti-aktiviti lantai, maka pelajar itu bolehlah membuat gimnastik dengan menggunakan peralatan-peralatan gimnastik seperti menggunakan bangku panjang, meja, kerusi, gegelang, tali panjat dan rangka-rangka panjat untuk menerapkan pengalaman gimnastik menerusi pengunaan alatan. Latihan-latihan permainan berhalangan yang mudah dengan menggunakan peralatan seperti meja, bangku panjang, kerusi, gelong rotan, tali, bongkah dan rotan sesuai digunakan untuk mempelajari konsep-konsep seperti di atas iaitu menyimpang, menerusi dan bawah. Murid yang berada pada peringkat kawalan boleh mencuba menggunakan pelbagai cara untuk bergerak di atas alang, bergayut di atas palang atau tali, melompat dari meja atau kerusi, ataupun bergerak dari satu bahagian ke satu bahagian lain di atas palang bertingkat. Setelah murid itu mahir menggunakan peralatan, anda bolehlah menggalakkan mereka memindahkan kemahiran aktiviti lantai kepada aktiviti menggunakan peralatan.

4.5.2

Gimnastik Irama Dalam gimnastik irama pelaksanaan kemahirannya dilakukan secara beransur-ansur

dan kemudian diikuti dengan iringan irama muzik. Melalui latihan berirama ini pelajar bukan sahaja berasa lebih gembira tetapi juga dengan sendirinya akan memantapkan kemahiran-kemahiran mereka yang kompleks dan mencabar itu. Aktiviti gimnastik berirama ini biasanya dilakukan pada bentuk awalan dengan menggunakan peralatan seperti bola, gelang, rotan, tali dan reben. Apabila pelajar itu telah mahir menggunakan perlatan itu, bolehlah ia menggabungkan pergerakan dengan pola rutin yang mudah. Penggabung jalinan rutin-rutin seperti gimnastik bola berirama, gimnastik gelang berirama atau gimnastik reben berirama dan lain-lain itu ke dalam program gimnastik .Contoh-contoh gimnastik irama adalah seperti berikut. 34

HBEF 1403

A) Gimnastik Berirama (Bola)

- Berikut adalah teknik-teknik asas dalam memanipulsikan bola seperti mengguling, mengayun, dan melontar yang digubah mengikut muzik.

B) Gimnastik Berirama - Belantan yang digunakan adalah lebih kurang tiga kaki persegi (Belantan) panjang. Teknik-teknik penggunaan belatan serta aktivitinya adalah seperti dengan muzik berentak Waltz. C) Gimnastik Berirama - Gelang yang digunakan berukuran 20-27 inci diameter dengan (Gelung) tapak tangan menadah ke atas dan ke bawah untuk aktivitiaktiviti gelang dengan muzik berentak waltz.

4.5.3

Gimnastik Artistik Untuk melaksanakan gimnastik artistik murid seharusnya telah boleh menguasai

semua asas gimnastik. Di mana tahap penggunaan dan kecekapan itu sudah boleh memanipulasi tubuh mereka serta mempunyai asas pengalaman gimnastik seperti aksi-aksi dirian tangan, roda kereta, gulingan, imbangan dan sebagainya. Bimbingan daripada guru amatlah penting dalam pelaksanaan gimnastik berirama ini. Dalam gimnastik artistik, guru perlulah membuat satu demontrasi sesuatu kemahiran itu dengan betul supaya mudah diikuti oleh murid. Beberapa orang murid yang telah cekap menguasai sesuatu aktiviti boleh dijadikan contoh untuk melakukan aktivitiaktiviti supaya dapat diikuti oleh pelajar yang lain. Matlamat gimnastik artistik ini ialah untuk membolehkan murid melaksanakan kemahiran-kemahiran yang telah ditentukan melalui kaedah-kaedah yang khusus. Guru dikehendaki membimbing murid untuk meningkatkan kebolehan mereka bergerak dalam melaksanakan aktiviti, memupuk keyakinan diri dan kebolehan menginterpretasikan tugas serta menentukan cara terbaik untuk mempraktikkan kemahiran-kemahiran. A) Gulingan Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian anggota yang lain di sekeliling suatu paksi. Pelajar di tahap pengggunaan boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan menggabungkan lakuan-lakuan mengguling ke dalam aktivitiaktiviti lain seperti pergerakan lokomotor atau lakuan-lakuan menangkap dan mengguling. Mereka juga boleh mempraktikkan lakuan mengguling dengan cara menjunam, atau mempraktikkan lakuan mengguling dengan kadar pergerakan yang berbeza-beza. 35

HBEF 1403

B)

Imbangan Mengimbang bermaksud kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang

sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri kesepaduan unsurunsur estetik yang menarik. Aktiviti yang dilakukan di tahap penggunaan ini termasuklah mengimbang dalam persekitaran yang dinamik, memindah dan menukarkan bebanan menjadi tetap, sambil pada masa yang sama melakukan imbangan dalam pelbagai kedudukan. Ini adalah penting untuk membantu murid membuat keputusan menegenai gabungan pergerakan di samping membolehkan memilih dan mencipta cara menjalinkan satu jenis pergerakan dengan cekap. Murid digalakkan memperhaluskan gaya pergerakan lantai mereka daripada satu kedudukan kepada satu kedudukan serta membentuk cara lakuan dengan baik dan menggunakan fokus sepenuhnya.

4.6

Pendidikan kreatif Dalam pergerakan yang kreatif, pelajar akan berasa bebas untuk bergerak untuk

meluahkan perasaannya kerana kreativiti pada umumnya adalah berkaitan dengan ekspresi idea, perasaan, emosi dan semua aspek ini sering dilihat apabila melihat pelajar bermain. 4.6.1 Unsur pergerakan kreatif Dengan bermain, pelajar berasa bebas untuk terlibat mengikut cara mereka tersendiri, menginterpretasi tugas mengikut kefahaman mereka sendiri dan memberi peluang kepada mereka mencuba langkah-langkah yang boleh mereka fikirkan tanpa batasan atau had yang ditetapkan oleh guru.Maka pergerakan kreatif boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Untuk memahami unsur pergerakan dengan lebih baik disenaraikan di bawah komponen-komponen asas pergerakan. A)Imbangan (i)Tenaga yang digunakan untuk bergerak. (ii)Bahagian bawah anggota badan mencerminkan kekuatan tenaga badan. (iii)Bahagian atas mencerminkan keringanan B) Masa (i)Pergerakan yang cepat sedikit menggunakan masa (ii)Pergerakan lambat banyak menggunakan masa 36

HBEF 1403

(iii)Kederasan pergerakan tidak semestinya berterusan (iv)Had laju atau kederasan pergerakan bolehlah dijadikan sebagai rentak, beat atau pulse. C) Ruang (i)Merupakan lingkungan pergerakan samada lingkungan umum

(personal space)atau lingkungan kendiri (general space) (ii)Aras: tinggi, sederhana dan rendah (iii)Arah: depan, belakang, sisi, atas, bawah D) Aliran (i)Pergerakan yang dilakukan itu samada bergerak secara bebas atau terkawal.

4.7

Kesimpulan seni pergerakan Dalam seni pergerakan telah memberi penekanan tentang pengetahuan asas tentang

pergerakan yang merangkumi pergerakan asas, pendidikan pergerakan dan pendidikan kreatif.Penekanan kepada pergerakan banyak tertumpu kepada potensi nilai pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabiat sosial yang murni. Ini adalah bertujuan untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang berkaitan bagi membantu murid untuk mencapai keupayaan sebagai warga negara yang bertanggungjawab dan penyumbang yang aktif dalam masyarakat.

37

HBEF 1403

RUJUKAN Definisi Cetakan.[Online].Available: http://berusdankrayonkami.blogspot.com/2010/04/definisi-cetakan.html [2011, Oktober, 20]

Kementerian Pendidikan Malaysia.(1998).Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual,KBSR.Kuala Lumpur: DBP

Pengenalan Aktiviti Catan.[Online].Available: http://www.scribd.com/doc/39699427/Definisi-catan [2011, Oktober, 20]

Zulkifli Yaakob, Mohd. Jamel Ismail.(2010).HBEF 1403 Seni dalam Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Scribd. Inc [Online] // Kepentingan Muzik dalam Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas. - 2011. - http://www.scribd.com/doc/39541651/Kepentingan-Muzik-DalamPengajaran-Dan-Pembelajaran-Di-Dalam-Kelas.

38