Anda di halaman 1dari 17

Topik4 X Muzik

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Menyenaraikan ciri-ciri Zaman Barok;

Apresiasi: ZamanBarok

Membezakan antara karya dari genre vokal dan instrumental; Mengenali latar belakang komposer-komposer Zaman Barok; Menyenaraikan beberapa karya dari Zaman Barok; dan Menganalisis karya Zaman Barok dari segi nada lagu, tekstur dan instrumentasi.

PENGENALAN

Bersama lagi dalam Topik 4 iaitu topik yang akan mendedahkan anda kepada satu zaman yang dikenali sebagai Zaman Barok (Baroque). Zaman Barok adalah antara zaman yang paling awal dalam sejarah muzik klasik barat. Zaman ini bermula pada kurun ke-17 iaitu lebih kurang dari tahun 1600 ke 1750. Muzik dalam zaman ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang penting seperti bentuk muzik yang berbeza, alat muzik, saiz orkestra dan dinamik. Ciri-ciri inilah yang membezakan Zaman Barok dari zaman-zaman yang lain. Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan kepada asal usul Zaman Barok. Kita akan membincangkan ciri-ciri penting dalam Zaman Barok bermula dengan latar belakang zaman ini. Anda juga akan mempelajari gaya komposisi zaman ini, komposer-komposer terkenal pada zaman ini dan juga karya mereka. Pada akhir topik ini, anda akan belajar teknik-teknik penting untuk menganalisis skor lagu zaman ini. Kebanyakan daripada ciri-ciri muzik zaman ini bermula sekitar tahun 1600 dan telah mula pudar pada 1730an. Antara matlamat utama muzik pada Zaman Barok adalah muzik harus mempunyai unsur emosi yang dapat menarik perasaan seseorang pendengar.

56 X

TOPIK 4

MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK

4.1

LATAR BELAKANG ZAMAN BAROK

Sebelum kita teruskan dengan lebih mendalam, kita lihat dahulu sejarah Zaman Barok. Zaman Barok bermula pada sekitar tahun 1600 dan berakhir sekitar tahun 1750. Zaman ini berlangsung selama lebih daripada satu kurun. Zaman ini telah menghasilkan antara komposer-komposer yang paling terkenal dalam era muzik klasik barat. Muzik zaman ini adalah merdu dan bersemangat. Muzik Zaman Barok mempunyai corak dan bentuk melodi yang sedap untuk didengar. Ciri-ciri muzik zaman ini sering dikaitkan dengan perkataan seperti tuneful, melodious dan lively. Muzik pada Zaman Barok amat digemari oleh golongan bangsawan dan kerabat diraja. Gereja pada masa itu tidak memainkan peranan yang penting dalam budaya muzik jika dibandingkan dengan Zaman Renaissance sebelum ini. Persembahan awam untuk golongan rakyat biasa tidak banyak diadakan sehingga tahun 1700an. Kebanyakan daripada persembahan diadakan untuk golongan yang kaya, bangsawan dan kerabat diraja. Ahli-ahli muzik dan musicologist zaman sekarang telah membahagikan muzik Zaman Barok kepada dua kategori. Jadual 4.1 menunjukkan kepada anda dua kategori muzik pada Zaman Barok.
Jadual 4.1: Dua kategori muzik pada Zaman Barok Kategori Pertama Bermula sekitar tahun 1600 sehingga 1664. Muzik pada era ini dikenali sebagai Music of the Early Baroque. Kategori Kedua Bermula dari 1650 ke 1750. Muzik pada era ini dikenali sebagai Music of the Late Boroque.

Muzik dari Zaman Awal Barok dan Zaman Akhir Barok mempunyai sedikit perbezaan dari segi penggubahan, alat muzik dan gaya muzik setiap komposer. Pada akhir zaman Barok, ciri-ciri muzik telah berubah dan bergerak ke arah Zaman Klasikal. Tetapi dalam topik ini, anda akan mempelajari ciri-ciri Zaman Barok secara keseluruhan iaitu ciri-ciri Zaman Awal Barok dan Akhir Barok. Komposer-komposer pada Zaman Barok percaya bahawa muzik seharusnya menyentuh perasaan seseorang pendengar. Muzik haruslah mempunyai unsur emosi yang dapat menarik perhatian pendengar. Idea ini datangnya daripada zaman sebelum Zaman Barok iaitu dari Zaman Renaissance. Falsafah utama Zaman Renaissance adalah muzik adalah alat komunikasi yang sangat penting dan dapat membangkitkan sebarang jenis emosi dalam pendengar. Falsafah yang sama telah dipraktikkan oleh komposer-komposer Zaman Barok. Antara

TOPIK 4

MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK

57

kesemua zaman dalam era klasik barat, muzik Zaman Baroklah yang mempunyai unsur emosi yang paling tinggi.

4.1.1

Ciri-ciri Muzik Zaman Barok

Zaman Barok mempunyai beberapa ciri-ciri yang penting yang membezakannya daripada muzik dari zaman lain. Antara ciri-ciri penting ini adalah: (i) (ii)

Basso Continuo atau Figured Bass;


Bahagian irama yang menggunakan banyak not semikuaver untuk menghasilkan perasaan berterusan;

(iii) Terraced Dynamics diperkenalkan; (iv) Penekanan diberikan kepada bahagian alat muzik bertali. Antara alat muzik yang banyak digunakan adalah violin, viola dan selo. Penggunaan alat muzik lute telah mula pudar pada tahun 1620an. Alat muzik utama dalam keluarga woodwind adalah flut, obo dan bason. Alat muzik brass seperti horn, trompet dan trombon digunakan dalam orkestra besar dan jarang digunakan dalam persembahan solo. Alat muzik tuba tidak digunakan dalam era Barok; (v) Muzik mode diganti oleh nada major dan minor;

(vi) Pergerakan kord yang menggunakan kord triad diperkenalkan; (vii) Tanda masa, baluk, tanda nada dan baluk dipopularkan dan dipraktikkan dengan lebih sistematik; (viii) Bentuk berlainan diperkenalkan dan dipopularkan seperti opera, oratorio, cantata dan sonata; (ix) (x) (xi) Melodi yang panjang penuh dengan ornamentasi. Tetapi hanya mempunyai satu motif; Tekstur polifoni banyak digunakan. Tetapi tekstur homofoni juga digunakan; dan Satu emosi dari permulaan lagu ke akhir lagu.

Dalam bahagian yang seterusnya, kita akan membincangkan dengan lebih lanjut beberapa ciri-ciri penting Zaman Barok yang telah dinyatakan di atas. Kita hanya akan membincangkan ciri-ciri yang utama yang menjadikan Zaman Barok itu unik dan berbeza dari zaman-zaman yang lain.

58 X

TOPIK 4

MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK

(a)

Basso Continuo
Harmoni adalah elemen muzik yang menjadi sangat popular dan banyak digunakan dalam gubahan-gubahan Zaman Barok. Basso Continuo merupakan bahagian bes yang dimainkan secara berterusan dan menghasilkan bahagian harmoni untuk sesebuah komposisi. Ia merupakan iringan bes yang konsisten. Dalam muzik Zaman Barok, Basso Continuo selalunya diwakili oleh satu baris notasi sahaja dan bahagian harmoni diwakili oleh nombor. Bahagian nombor ini dikenali sebagai figured bass. Komposisi-komposisi muzik Zaman Barok hanya akan mempunyai bahagian melodi dan bahagian bes sahaja. Pemain muzik dikehendaki untuk memainkan bahagian bes dan memasukkan harmoni untuk lagu tersebut dengan hanya membaca nombor-nombor di bahagian bes. Setiap nombor melambangkan inversion atau balikkan yang berlainan. Setiap pemain alat muzik continuo haruslah arif dengan balikkan yang dilambangkan oleh setiap nombor. Bahagian ini biasanya dimainkan oleh alat muzik seperti harpsichord, organ atau lute. Rajah 4.1 adalah contoh lagu 3 bar yang menggunakan iringan figured bass.

Rajah 4.1: Skor 1 (Melodi dan bahagian bes dengan iringan figured bass)

Setiap nombor mempunyai maknanya yang tersendiri. Sebagai contoh nombor di bawah not C diterjemahkan seperti dalam Rajah 4.2.

Rajah 4.2: Terjemahan not C

TOPIK 4

MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK

59

Setiap nombor di bawah Rajah 4.1 (skor 1) seharusnya dimainkan seperti dalam Rajah 4.3 (skor 2) di bawah.

Rajah 4.3: (Skor 2) Melodi dalam skor 1 dengan bahagian harmoni

(b)

Terraced dynamics Terraced dynamics bermaksud bunyi kuat atau lembut yang berlangsung
untuk satu jangka masa yang lama kemudian ia akan bertukar secara mendadak ke dinamik yang lain. Tetapi perubahan ini tidaklah sangat mendadak seperti dari pp ke ff. Dalam muzik zaman ini, dinamik seperti sangat kuat ff dan sangat lembut pp tidak digunakan. Jika komposisi tersebut bermula dengan f, maka hampir keseluruhan lagu tersebut akan berada pada dinamik yang sama. Tetapi ada ketika di mana dinamik ini akan bertukar ke p selepas satu frasa yang lama. Inilah yang dimaksudkan dengan terraced dynamics.

Terraced dynamics boleh dikaitkan dengan fenomena tangga. Dinamik


lagu tersebut akan menjadi lebih kuat atau lebih lembut seperti menaik atau menurun tangga. Terraced dynamics merupakan ciri-ciri muzik Zaman Barok yang penting. (c) Irama Irama dan meter tertakluk kepada emosi yang hendak ditunjukkan oleh seseorang komposer. Dalam Zaman Barok, iramanya banyak menggunakan not-not kuaver dan semi kuaver. Irama dalam muzik zaman ini mempunyai kesinambungan di antara satu bar ke bar yang lain dan satu frasa ke frasa yang lain. Irama dalam melodi zaman ini juga mempunyai perbezaan di antara bit yang kuat dan bit yang lembut. Pengelompokan not dalam setiap bar menjadi lebih teratur. Setiap corak irama dapat menimbulkan perasaan yang tertentu. Harmoni Pada permulaan Zaman Barok, chromaticism digunakan untuk tujuan emosi dan perasaan. Tetapi pada akhir zaman ini, chromaticism digunakan

(d)

60 X

TOPIK 4

MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK

untuk membentuk bahagian harmoni sesebuah lagu. Nada major dan minor digunakan untuk menunjukkan hubungan di antara kord-kord yang berlainan. Nada major digunakan untuk lagu-lagu yang bersemangat dan patriotik, manakala nada minor sering digunakan untuk menunjukkan perasaan sedih dan murung. Kehadiran harmoni dalam lagu telah membantu komposer-komposer untuk membangkitkan emosi dan perasaan yang dinyatakan. Bahagian harmoni biasanya jelas kedengaran dalam bahagian basso continuo apabila seseorang pemain memainkan kord-kord untuk mengisi ruang di antara melodi dan bahagian bes. (e) Perpaduan dalam mood lagu (Unity of Mood) Hanya satu emosi sahaja yang diberi tumpuan dalam muzik zaman ini. Emosi yang diperkenalkan pada permulaan lagu akan berterusan ke akhir lagu. Lagu yang bermula riang akan berakhir dengan mood yang sama. Dinamik lebih banyak digunakan dalam muzik Zaman Barok. Tanda p, mp, f dan mf lebih banyak digunakan jika dibandingkan dengan Zaman Renaissance. Beberapa corak irama dan melodi yang khusus digunakan untuk menunjukkan emosi-emosi ini. Sama dengan dinamik dalam lagu, mood dalam muzik Zaman Barok akan berkekalan untuk suatu jangka masa yang lama sebelum ia berubah sedikit ke mood yang lain bergantung kepada teks lagu atau keinginan komposer.

SEMAK KENDIRI 4.1


1. 2. Apakah yang anda faham tentang Basso Continuo? Apakah yang dimaksudkan dengan Terraced Dynamics?

4.1.2

Genre Vokal dan Instrumental

Sekarang kita akan bincangkan tentang genre vokal dan juga instrumental. Genre vokal adalah genre yang lebih terkenal dan mendapat sambutan yang lebih baik jika dibandingkan dengan genre instrumental. Genre vokal dan instrumental adalah dua genre yang amat berbeza. Muzik dalam kedua-dua genre ini mempunyai bentuk yang berlainan.

TOPIK 4

MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK

61

(a)

Genre Vokal Genre vokal boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu: x x Berunsur agama (sacred); dan Tidak mempunyai unsur agama (secular).

Antara genre vokal yang terkenal ditunjukkan dalam Rajah 4.4.

Rajah 4.4: Antara genre vokal terkenal

(i)

Opera Persembahan drama vokal yang mempunyai iringan muzik. Dipersembahkan dengan kostum di atas pentas bersama iringan orkestra. Teks dalam persembahan opera tidak mempunyai unsur agama. Persembahan opera adalah mengenai perkara yang dialami oleh setiap masyarakat seperti cinta, pergaduhan, perkahwinan dan komedi. Chamber Opera Opera yang lebih kecil daripada opera yang biasa.

(ii)

(iii) Concertato Madrigal Komposisi vokal di mana bahagian alat muzik dan vokal diberi penekanan yang sama. (iv) Cantata Cantata adalah antara genre vokal yang paling terkenal dalam Zaman Barok. Pada awal kurun ke-17, Cantata membawa maksud komposisi vokal yang dipersembahkan oleh satu penyanyi solo diiringi oleh bahagian basso continuo. Tetapi pada pertengahan kurun ke-17, Cantata biasanya dipersembahkan oleh beberapa orang penyanyi diiringi oleh sekumpulan pemuzik. Beza di antara Cantata dan opera adalah penyanyi opera mempunyai pakaian atau kostum mereka yang khusus bersama dengan perhiasan pentas yang terperinci. Tetapi Cantata tidak mempunyai perhiasan pentas atau kostum. (v) Oratorio Komposisi muzik berskala besar yang berunsur agama untuk penyanyi solo diiringi oleh orkestra dan kumpulan koir. Persembahan

62 X

TOPIK 4

MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK

Oratorio juga tidak mempunyai perhiasan pentas atau kostum. Teks dalam persembahan Oratorio adalah berunsur agama. (b) Genre Instrumental Genre instrumental amat terkenal pada Zaman Barok. Dalam zaman ini, alat muzik bertali seperti violin, viola dan selo dan alat muzik woodwind seperti picollo, flut dan klarinet banyak digunakan. Antara genre dan bentuk instrumental yang terkenal pada Zaman Barok ditunjukkan dalam Rajah 4.5.

Rajah 4.5: Antara genre dan bentuk instrumental yang terkenal pada Zaman Barok

(i)

Suite Suite adalah sebuah komposisi instrumental biasanya dalam gaya tarian. Suite adalah komposisi instrumental yang pertama yang merangkumi beberapa pergerakan. Suite merupakan antara bentuk instrumental yang sangat terkenal dalam era Barok. Sonata Perkataan Sonata digunakan untuk merujuk kepada beberapa jenis komposisi dalam Barok. Sonata pada amnya merujuk kepada sebuah karya muzik untuk satu atau lebih alat muzik dalam beberapa pergerakan. Sonata biasanya dikategorikan sebagai sonatas da chiesa (sonata untuk gereja) atau sonatas da camera (sonata untuk dewan). Sebagai contoh, Sonata for Two Violins, Piano Sonata, Trio Sonata dan sebagainya.

(ii)

TOPIK 4

MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK

63

(iii) Theme and Variation Komposisi di mana satu tema yang utama dimainkan dan kemudian tema ini akan mempunyai beberapa variasi yang berlainan. Genre ini adalah amat popular pada era Barok. (iv) Concerto Concerto adalah komposisi instrumental yang digubah untuk satu alat muzik solo diiringi oleh orkestra. (v)

Tocata Tocata merujuk kepada komposisi muzik untuk alat muzik seperti organ dan keybord. Ia merangkumi satu pergerakan yang pendek.

(vi) Fugue Komposisi untuk alat muzik yang mempunyai tekstur counterpoint. Ini bermaksud komposisi ini mempunyai dua suara atau lebih yang sama penting yang dimainkan serentak. Irama dan melodi dalam komposisi fugue adalah lebih ceria dan rancak.

AKTIVITI 4.1
Berikan EMPAT jenis komposisi instrumental yang digubah dalam genre yang telah dibincangkan di atas.

4.2

KOMPOSER

Zaman Barok telah menghasilkan antara komposer-kompoer yang paling terkenal dalam era muzik klasik Barat. Komposer Zaman Baroklah yang menjadi perintis di antara kesemua zaman untuk menghasilkan muzik yang masih dimainkan dan dipersembahkan sehingga ke hari ini.

4.2.1

Kronologi Nama-nama Pencipta

Seterusnya anda akan diperkenalkan kepada beberapa komposer Zaman Barok yang terkenal. Jadual 4.1 menunjukkan komposer-komposer terkenal pada zaman Barok.

64 X

TOPIK 4

MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK

Jadual 4.1: Komposer-komposer terkenal pada zaman Barok Bil. 1 2 3 4 5 6 7 Komposer Claudio Monteverdi Henry Purcell Johann Pachelbel Antonio Vivaldi Johann Sebastian Bach George Frideric Handel Domenico Scarlatti Tahun 1567-1643 1659-1695 1659-1706 1678-1741 1685-1750 1685-1759 1685-1787

(a)

Claudio Monteverdi (1567-1643) Monteverdi adalah seorang komposer Itali dan merupakan antara komposer Zaman Barok yang terawal. Komposisi-komposisi beliau masih mempunyai elemen-elemen dan ciri-ciri dari Zaman Renaissance. Beliau sering dirujuk sebagai seorang revolusi yang menjadi komposer perintis yang memulakan era Zaman Barok walaupun karya beliau yang awal tidak mempunyai ciri-ciri Zaman Barok. Henry Purcell (1659-1695) Purcell merupakan komposer Zaman Barok dari England yang paling terkenal dari negara ini. Purcell berasal daripada keluarga yang agak berada. Bapa beliau merupakan seorang pemuzik untuk kerabat diraja. Purcell telah menggubah untuk hampir kesemua genre muzik dalam zaman beliau. Beliau telah menggubah beberapa opera, choral muzik dan lagu instrumental. Johann Pachelbel (1659-1706) Antara karya terkenal komposer ini adalah Canon in D yang sering dirujuk sebagai Pachelbels Canon. Pachelbel adalah seorang komposer Jerman. Beliau juga telah menggubah untuk genre-genre lain seperti vokal, instrumental, chamber dan orkestra. Antonio Vivaldi (1678-1741) Vivaldi merupakan seorang komposer dari Itali. Antara karya terkenal beliau adalah The Four Seasons yang merupakan antara karya Zaman Barok yang paling terkenal. Beliau banyak menggubah untuk vokal dan orkestra. Beliau juga terkenal untuk komposisi solo concerto, concerto dan sonatas.

(b)

(c)

(d)

TOPIK 4

MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK

65

(e)

Johann Sebastian Bach (1685-1750) Bach adalah antara komposer Barok yang paling terkenal yang berasal dari Jerman. Beliau belajar untuk bermain harpsichord dan violin dari bapanya yang merupakan seorang pemain organ di St. George's Church. Karyakarya beliau sering dikatakan mempunyai ciri-ciri Barok yang sangat ketara. Komposisi-komposisi beliau sering menggunakan elemen counterpoint yang merupakan antara teknik komposisi yang terkenal pada era Barok. Beliau banyak menggubah untuk alat muzik organ, harpsichord dan clavichord. George Frideric Handel (1685-1759) Handel adalah seorang komposer Jerman yang terkenal untuk karya-karya opera, oratorio dan concerti grossi berliau. Handel telah mendapat pendidikan awalnya di Jerman dan Itali dan kemudian telah tinggal di England untuk suatu jangka masa yang lama. Bapa beliau adalah seorang doktor yang telah menentang aspirasi anaknya untuk menjadi seorang pemuzik. Antara karya terkenal Handel adalah Messiah yang merupakan sebuah oratorio. Domenico Scarlatti (1685-1787) Scarlatti adalah seorang komposer Itali yang merupakan antara komposer terakhir Zaman Barok. Karya-karya beliau banyak mempunyai pengaruh muzik Zaman Barok dan juga muzik dari zaman selepas Zaman Barok iaitu Zaman Klasik. Seperti karya-karya oleh komposer yang lain, kebanyakan daripada hasil karya Scarlatti hanya mendapat tumpuan dan dicetak selepas kematian beliau.

(f)

(g)

4.2.2

Karya-Karya

Apa kata sekarang kita pelajari karya-karya popular dari Zaman Barok. Perbezaan yang amat ketara di antara karya Zaman Barok dengan karya dari zaman-zaman yang lain adalah dalam penggunaan alat muzik dan warna ton alat muzik. Penggunaan harpsichord dan clavichord memberikan karya-karya pada zaman ini warna ton yang amat berbeza. Berikut adalah senarai beberapa karya popular dalam genre vokal dan instrumental dari Zaman Barok.

66 X

TOPIK 4

MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK

(a)

Karya Instrumental (i) Brandenburg Concerto No. 1 in F Major oleh J. S. Bach (ii) Toccata & Fugue in D Minor oleh J. S. Bach (iii) Air on G String dari Orchestral Suite Overture No. 3 in D Major oleh J. S. Bach (iv) The Four Seasons Concerto For Violin, Op. 8 oleh Antonio Vivaldi (v) Pachelbels Canon in D oleh Johann Pachelbel Karya Vokal (i) Messiah oleh George Frideric Handel (ii) Jephtha oleh George Frideric Handel (iii) Wachet Auf oleh J. S. Bach (iv) Mass in B Minor oleh J. S. Bach

(b)

4.3

MENGANALISA KARYA-KARYA

Dalam bahagian ini, kita akan menilai beberapa karya terkenal dari Zaman Barok. Karya-karya ini akan dianalisis dari segi nada, melodi, alat muzik, bentuk dan tekstur. Kita akan mulakan dengan karya oleh J. S. Bach iaitu Orchestral Suite Overture No. 3 in D Major. Bahagian solo violin untuk karya ini telah diadaptasikan oleh August Wilhelmj, seorang pemain violin Jerman yang amat terkenal pada kurun ke-19. Beliau telah mengadaptasikan Overture ini untuk dimainkan oleh violin dan piano. Beliau telah menukar nada asal lagu ini untuk memudahkan permainannya di atas tali G dalam violin. Maka nama untuk bahagian Overture ini adalah Air on G String.

TOPIK 4

MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK

67

(a)

Analisis Lagu bagi Air on G String oleh J. S. Bach Sekarang kita akan menganalisa lagu Air on G String oleh J.S. Bach (Sila lihat Rajah 4.6)

Rajah 4.6: Skor lagu Air on G String oleh J. S. Bach

(i) (ii)

Lagu ini adalah dalam nada D major, nada asal lagu ini. Bahagian lagu dalam skor di atas adalah dalam bentuk A, B dan C. x x x Bahagian A adalah dari bar 1 ke bar 6. Kemudian frasa ini diulangi dan berakhir di bar 7. Bahagian B bermula dari bar 8 dan berakhir di bar 11. Bahagian C Bermula dari bar 12 dan berakhir di bar 19.

(iii) Alat muzik yang digunakan untuk lagu ini adalah violin dan piano. Tetapi lagu ini juga telah disusun untuk dimainkan oleh alat tali seperti violin, viola, selo dan contra bass.

68 X

TOPIK 4

MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK

(iv) Tekstur untuk lagu ini adalah polifonik kerana setiap alat muzik mempunyai peranannya yang tersendiri. (b) Analisis Lagu bagi Pachelbels Canon in D Sekarang kita akan menganalisa lagu Pachelbels Canon in D (Sila lihat Rajah 4.7)

Rajah 4.7: Sebahagian daripada lagu Pachelbels Canon in D

Lagu ini mempunyai beberapa jenis penyusunan atau susunan skor untuk alat muzik yang berlainan. Dalam bahagian ini, kita akan menganalisis skor Canon in D yang disusun oleh Danial Dorff untuk Violin I, Violin II, Viola dan Cello. (i) (ii) Lagu ini adalah dalam nada D Major. Canon bermaksud melodi yang dimainkan secara contrapuntal di mana frasa melodi yang dimainkan oleh satu alat muzik akan di imitasi oleh alat muzik yang lain. Canon adalah antara jenis imitasi contrapuntal yang dipopularkan pada Zaman Barok.

TOPIK 4

MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK

69

(iii) Perhatikan bahawa frasa yang dimainkan oleh Violin 1 di imitasi oleh Violin II bermula dari bar ke 5 dan kemudian diimitasi oleh Viola bermula dari bar ke 9. Inilah yang dimaksudkan dengan Canon. (iv) Bahagian bes untuk keseluruhan canon ini bergerak dalam sekuan dari I V vi iii - IV dan ke I. Jarak antara setiap kord dalam satu bar adalah pada jeda ke 5.

AKTIVITI 4.2
1. Dalam kumpulan yang kecil, tuliskan analisa untuk lagu dalam skor di bawah. Analisa anda haruslah merangkumi, nada lagu, jenis instrumentasi, tekstur dan harmoni.

2.

70 X

TOPIK 4

MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK

Zaman Barok bermula pada sekitar tahun 1600 dan berakhir sekitar tahun 1750. Muzik Zaman Barok mempunyai corak dan bentuk melodi yang sedap untuk didengar. Ciri-ciri muzik zaman ini sering dikaitkan dengan perkataan seperti tuneful, melodious dan lively. Antara ciri-ciri penting Zaman Barok:         

Basso Continuo atau Figured Bass digunakan;


Bahagian irama yang menggunakan banyak not semi kuaver untuk menghasilkan perasaan berterusan;

Terraced Dynamics diperkenalkan;


Penekanan diberikan kepada bahagian alat muzik bertali. Alat muzik tuba tidak digunakan dalam era Barok; Pergerakan kord yang menggunakan kord triad diperkenalkan; Tanda masa, baluk, tanda nada dipraktikkan dengan lebih sistematik; dan baluk dipopularkan dan

Bentuk berlainan diperkenalkan dan dipopularkan seperti opera, oratorio, cantata dan sonata; Tekstur polifoni banyak digunakan. Tetapi tekstur homofoni juga digunakan; dan Satu emosi dari permulaan lagu ke akhir lagu.

x x

Genre vokal dan instrumental menjadi popular. Bentuk dan genre muzik baru diperkenalkan dalam genre instrumental seperti sonata dan theme and variation. Opera, Chamber Opera, Concerto Madrigal, Cantata dan Oratorio adalah antara genre vokal pada Zaman Barok. Suite, Sonata, Theme and Variation, Concerto, Tocata dan Fugue adalah antara genre instrumental pada Zaman Barok.

TOPIK 4

MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK

71

Komposer terkenal pada Zaman Barok adalah        Claudio Monteverdi Henry Purcell Johann Pachelbel Antonio Vivaldi Johann Sebastian Bach George Frideric Handel Domenico Scarlatti

Basso Continuo Canon Cantata Chamber Opera Concertato Madrigal Contrapuntal

Opera Oratorio Sekuan Sonata Suite

Terraced Dynamics
Tocata Theme and Variation

Figured Bass Fugue Harpsichord

Kamien, R. (1996). Music: An appreciation (7th Ed). New York: McGraw-Hill Companies, Inc. Taylor, E. (1989). The AB guide to music theory. London: ABRSM