Anda di halaman 1dari 20

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN 1.0 SOALAN 1 2.0 SOALAN 2 3.0 SOALAN 3 4.0 SOALAN 4 5.0 SOALAN 5 6.0 REFLEKSI 7.0 - RUJUKAN

MUKA SURAT 1 2 3 8 11 13 16 18 20

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia dapat jua saya menyiapkan tugasan di dalam subjek Mata pelajaran Pengenalan kepada Konsep Asas (ELM 3101) ini dengan jayanya. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah mencuba sedayaupaya saya untuk menghasilkan satu laporan yang terbaik bagi memenuhi permintaan pihak pensyarah dan institut. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada individu-individu berikut. Pertama sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah mata pelajaran ini iaitu Encik Hegratul Al-Amin Sahbudin atas bimbingan dan tunjuk ajar serta dorongan yang beliau berikan kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tanpa bimbingan daripada beliau, mungkin sukar untuk kami menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seunit saya yang banyak menolong serta menyumbangkan idea dan bahan kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada semua rakan-rakan lain sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Tanpa pertolongan kalian, saya mungkin akan menghadapi banyak masalah untuk melaksanakan tugasan ini. Jasa baik kalian semua, hanya ALLAH S.W.T sahajalah yang mampu membalasnya. Akhir kalam, saya berharap hasil penulisan saya dalam tugasan ini akan dapat dijadikan panduan serta manfaat kepada semua terutama diri saya sendiri sebagai seorang guru.

Sekian, Terima Kasih.

SOALAN 1 : Seseorang yang bermoral perlu memiliki dan menguasai ketiga-tiga dimensi moral iaitu penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral. Huraikan satu contoh untuk setiap dimensi moral dalam konteks anda sebagai seorang guru.

Perkataan moral berasal daripada perkataan mores - bahasa Yunani yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undangundang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan. Konsep moral boleh difahami dengan lebih lanjut berdasarkan dimensi moral. Seorang insan yang berakhlak mulia yang seharusnya mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral.Secara amnya, kita boleh membahagikan moral kepada tiga dimensi, iaitu :-

Penaakulan Moral

Dimensi Moral
Perlakuan Moral Emosi Moral

Insan bermoral adalah lahir daripada amalan nilai murni berasaskan kepada dimensi dan pegangan prinsip moralnya. Kekuatan untuk mengamal dan mempertahankan prinsip moral yang selari dengan peraturan masyarakat menjadi faktor utama dalam melahirkan insan bermoral. Ketekalan moral menguatkan pegangan aku tetap aku walau dalam apa keadaan 3

dan di mana seseorang itu berada. Insan yang bermoral meliputi tiga dimensi iaitu penaakulan, emosi dan tingkahlaku moral. Dimensi moral ini juga boleh menjadi asas untuk seorang guru dalam menhadapi situasi dunia pendidikan mereka. Berikut merupakan huraian terhadap ketiga-tiga dimensi moral dan disertakan dengan contohnya dalam konteks seorang guru.

1.1 Penaakulan Moral Penaakulan moral juga disebut sebagai pemikiran moral dan pertimbangan yang dibuat secara rasional dan bebas.Ini bermaksud seserong individu yang mempunyai pemikiran moral dapat memikirkan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan berasaskan prinsip moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat. Prinsip keadilan dipentingkan semasa membuat sesuatu keputusan.Penaakulan moral juga boleh dikaitkan dengan proses kematangan dalam membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran. Penaakulan nilai moral dalam pendidikan moral menjadi asas bagaimana seseorang individu menterjemahkan amalan nilai-nilai murni di dalam kehidupan sehariannya. Melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni yang diperoleh dalam pendidikan moral, sama ada secara formal atau tidak, akan dapat mewujudkan satu masyarakat yang bermoral tinggi. Amalan nilai murni suatu masyarakat itu bermula dari diri individu itu sendiri. Dengan perkataan lain, penaakulan moral bagi seseorang individu itu adalah berdasarkan kepada pemikiran yang bebas dan rasional yang mana penekanan utamanya ialah memahami tentang nilai-nilai moral dan bertindak atau menunjukkan tingkah laku yang berasaskan nilai-nilai murni yang diterima dalam sesebuah masyarakat. Perkara ini selaras dengan apa yang diperkatakan oleh Kohlberg (1975), beliau menyatakan bahawa semakin tinggi tingkat penaakulan moral individu, semakin tinggi kemungkinan dia bertingkah laku moral. Antara pendapat tokoh-tokoh yang lain berkaitan penaakulan moral ialah seperti berikut : Menurut Gibbs, Basinger dan Fuller,(1992), penaakulan moral sebagai sebabsebab atau justifikasi yang dipegang oleh individu untuk menghasilkan sesuatu keputusan moral. Menurut ahli psikologi seperti Piaget (1968) dan Kohlberg, proses penaakulan moral melibatkan perkembangan moral secara berperingkat, dari peringkat 4

seorang mematuhi peraturan moral supaya tidak dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa sehingga ke peringkat dia, sebagai orang yang berautonomi (bebas), akan menepati peraturan moral selaras dengan prinsip-prinsip moral yang sejagat. Antara contoh situasi penaakulan moral dalam konteks dunia pendidikan yang dihadapi oleh para guru ialah:Seorang murid meniru dalam peperiksaan akhir tahun buat pertama kali kerana ayahnya sangat garang dan telah mengugutnya jika dia tidak dapat tempat pertama, dia tidak akan dapat pergi ke Australia menghadiri majlis konvokesyen kakaknya. Sahsiah murid ini cukup menyenangkan guru kelasnya. Walaubagaimanapun sebagai guru yang tegas dan adil, guru itu terpaksa mengambil tindakan mengikut peraturan sekolah. Keputusan yang diambil oleh guru tersebut tepat dan berdasarkan penaakulan moral. Keputusan yang dibuat itu tidak dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan juga emosinya. Walaupun murid tersebut terpaksa meniru demi mencapai apa yang dikehendakinya, namun sebagai seorang guru, tingkah laku murid tersebut perlu dihentikan dengan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Tindakan ini bertujuan untuk emmberi pengajaran kepada murid ini dan murid lain agar tidak mengulangi perkara yang sama pada waktu lain.

1.2 Emosi Moral Emosi moral merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati.Perasaan yang bermoral ini membawa kepada tindakan yangbermoral.Perasaan ini akan membawa kepada perlakuan individu secara moral. Oleh itu, emosi moral ini adalah penting untuk mengawal perlakuan, menghalang seseorang individu membuat sesuatu yang bersifat anti sosial. Misalnya, perasaan empati dan simpati akan menyebabkan seseorang

individu sentiasa membantu orang miskin atau cacat tanpa mengira kepentingan diri sendiri. Emosi moral ini akan memberi perangsang kepada seseorang untuk bertindak secara bermoral dengan lebih yakin. Seorang manusia yang normal akan mempunyai perasaan, hal ini akan menyebabkan seseorang itu akan membuat suatu keputusan 5

tanpa mengetepikan perasaan atau emosi di dalam diri mereka. Ianya juga akan membantu seseorang itu untuk bertindak secara positif. Namun, bukan semua perasaan boleh dikatakan sebagai emosi moral, emosi moral hanya merujuk kepada perasaan yang "betul" yang melibatkan kerasionalan dalam sesuatu situasi yang dihadapi. Seorang guru yang baik dan bermoral akan menggunakan emosi dalam setiap tinhkah laku atau tindakan yang akan diambil terhadap anak didik mereka. Tidak semua kesalahan yang dilakukan oleh murid-muridnya dilakukan dek kerana sengaja namun mereka mungkin mempunyai sebab yang tersendiri. Contohnya, seorang murid sentiasa berpakaian selekeh ke sekolah. Pakaiannya kotor dan lusuh. Jika mengikut peraturan sekolah, seorang murid itu perlu ke sekolah dengan berpakaian kemas dan bersih. Seorang guru yang bermoral tidak akan terus mengambil tindakan disiplin terhadap murid tersebut sebaliknya cuba menyelidik latar belakang murid tersebut dan cuba mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid tersebut yang menyebabkan dia terpaksa berpakaian sedemikian ke sekolah. Mungkin murid tersebut berasal dari keluarga yang sangat miskin sehingga mereka tidak mampu untuk membeli pakaian yang baru. Disebabkan perasaan simpati yang terdapat di dalam diri guru tersebut, maka tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap kesalahan murid tersebut. Perasaan belas kasihan dan simpati itu menjadi motivasi kepada guru tersebut untuk tidak mengambil tindakan disiplin dan guru tersebut mungkin boleh membantu murid tersebut dengan mendapatkan bantuan kewangan dari pihak sekolah. Tindakan guru tersebut merupakan suatu tindakan yang yang tepat dan dia mempunyai emosi moral yang betul.

1.3 Perlakuan Moral. Dimensi moral seterusnya dikenali sebagai perlakuan moral. Ia bermaksud tingkah laku dan tindakan seseorang individu terhadap tindakan dan keputusan yang ditunjukkan dengan rasa penuh tanggungjawab berdasarkan kepada penaakulan dan emosi moralnya. Tingkah laku ini berkait rapat dengan ketekalan diri, kekuatan jati diri, dan kecekapan membuat keputusan dengan mengamalkan keadilan dan rasional. Anda perlu tahu bahawa sebenarnya emosi dan penaakulan moral adalah sama penting dari segi perlakuan moral. 6

Tingkah laku moral adalah dimensi moral yang menterjemahkan penaakulan dan emosi moral. Tingkah laku yang baik dan buruk adalah hasil daripada bagaimana seseorang itu menaakul dan menggunakan emosi moral dalam tingkah lakunya. Sebagai contohnya, seseorang yang membantu orang lain dalam kesusahan seperti ditimpa kemalangan jalan raya adalah hasil daripada pemikiran baik hati iaitu kita mesti membantu orang dalam kesusahan. Di samping itu, emosi pula menyatakan rasa empati dan belas kasihan kepada orang yang dalam kesusahan. Sebenarnya ketiga-tiga dimensi moral ini adalah sama penting dalam penghayatan dan amalan dari segi moral. Kupperman (1983), melaporkan bahawa orang yang membuat sesuatu yang tidak bermoral, tidak semestinya lebih bodoh atau lebih pandai berbanding dengan orang yang biasa. Bagaimanapun, individu yang tidak bermoral ini sentiasa tidak sensitif terhadap kesengsaraan mangsanya kerana kesukaran untuknya memperoleh perasaan moral. Apabila seseorang individu dapat menaakul secara rasional dan bebas, perlakuan individu dalam bentuk tingkah laku dan tindakan akan terhasil. Perlakuan ini akan dipengaruhi oleh emosi dan perasaan individu tersebut. Pada masa yang sama, perlakuan ini adalah bersifat moral, bukan hanya mengikut perintah atau arahan daripada penaakulannya serta yakin penaakulan ini mudah dikawal oleh autoriti luaran. Sebaliknya penaakulan tanpa rasional dan tidak bebas, serta tidak disertai oleh emosi atau perasaan moral, akan menghasilkan perlakuan individu yang tidak berautonomi dan mungkin tidak bermoral. Ini menyebabkan tindakan atau tingkah lakunya telah bertentangan dengan keluhuran hatinya. Rumusannya, insan yang bermoral mengembangkan penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral dengan seimbang. Dengan lain perkataan, ketiga-tiga dimensi ini mesti saling berinteraksi atau mempengaruhi antara satu sama lain untuk membina satu insan yang bermoral. Secara umumnya, seseorang insan yang bermoral adalah insan yang berautonomi, rasional dan bebas dalam penaakulan, perlakuan dan perasaannya.

SOALAN 2 : Sejauh Manakah Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan Boleh Melahirkan Insan Bermoral ? "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." (Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPK). Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Namun, sejauh manakah konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempu melahirkan insan bermoral berdasarkan intipati-intipati yang terkandung dalam FPK ini. Konsep insan bermoral ini berkait rapat dengan pendidikan agama. Insan Bermoral merupakan seseorang yang berkelakuan yang boleh diterima oleh masyarakatnya dengan cara mematuhi segala set peraturan yang telah ditetapkan oleh autoriti. Berdasarkan FPK yang telah digariskan ini, matlamat utama pendidikan negara kita adalah untuk melahirkan individu atau murid yang cemerlang dari lima aspek iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan juga Sahsiah. Penekanan terhadap setiap aspek ini amat dititikberatkan oleh kerajaan melalui pendidikan yang diberikan kepada murid di sekolah. Melalui penekanan yang diberikan dalam meningkatkan sahsiah dan juga rihani seseorang murid itu, kerajaan telah memasukkan matapelajaran yang tertentu 8

seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan juga Pendidikan Moral. Kesemua matapelajaran ini diajarkan di setiap sekolah dan ianya menjadi matapelajaran wajib di ajar di sekolah. Matapelajaran ini, mampu memberi pendedahan kepada murid dalam memantapkan aspek kerohanian dan juga sahsiah mereka. Sebagai contoh, Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai- nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang

bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. Selain itu, bagi murid yang beragama islam, mereka akkkan mempelaja matapelajaran Pendidikan Islam. Melalui matapelajaran ini, murid akan didedah dengan nilai-nilai yang baik yang terdapat di dalam ajaran agama islam. Melalui penerapan nilai-nilai ini, murid akan dapat membentuk keperibadian yang mulia dan juga akhlak yang baik sekali gus mampu menjadi insan yang bermoral. Ini bertepatan dengan apa yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, pihak kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai jenis program kerohanian yang tertumpu kepada murid-murid sekolah. Ini adalah kerana, murid-murid ini perlu diberi pendedahan sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila mereka menjadi dewasa kelak, mereka mampu menjadi insan yang sangat bermoral. Antara program yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah program Budi Bahasa Budaya Kita, Program Anti-Dadah di sekolah-sekolah dan banyak lagi. Melalui program seperti ini, murid-murid akan didedahkan dengan pelbagai jenis ilmu yang mampu membantu mereka menjadi seorang insan yang berkepribadian mulia. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada 9

manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu,

bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

10

SOALAN 3 :

Mengapa Ramai Pemimpin dunia menggunakan aliran utilitarianisme

semasa memerintah ?

Utilitarianisme adalah suatu teori dari segi etika normatif yang menyatakan bahawa suatu tindakan yang patut adalah yang memaksimalkan penggunaan (utility), biasanya didefinisikan sebagai memaksimumkan kebahagiaan dan mengurangi penderitaan.

"Utilitarianisme" berasal dari kata Latin utilis, yang bererti berguna, bermanfaat, berfaedah, atau menguntungkan. Istilah ini juga sering disebut sebagai teori kebahagiaan terbesar (the greatest happiness theory). Utilitarianisme sebagai teori sistematik pertama kali diutarakan oleh Jeremy Bentham dan muridnya, John Stuart Mill. Utilitarianisme merupakan suatu fahaman yang berpendapat bahawa yang baik adalah yang berguna, berfaedah, dan menguntungkan. Sebaliknya, yang jahat atau buruk adalah yang tak bermanfaat, tak berfaedah, dan merugikan Kerana itu, baik buruknya perilaku dan perbuatan ditetapkan dari segi berguna, berfaedah, dan menguntungkan atau tidak. Teori ini ialah salah satu aliran dalam teleologis (iaitu teori akibat). Konsep Utilitarianisme mengutarakan bahawa perbuatan yang menghasilkan kebaikan yang maksimum kepada sebanyak mungkin orang yang terlibat dalam sesuatu situasi. Mereka memandang akibat dan natijah baik sebagai matlamat kerja mereka. Ianya diasaskan oleh pemikir Jerman iaitu Jeremy Benthan (1784-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873). Mereka bermaksud kebaikan yang diamksudkan ialah yang terbaik dan untuk dinikmati oleh seramai mungkin faedah tindakan itu. Bagi mereka ungkapan seperti 'jangan menipu' dan 'tepatilah janji' adalah sesuatu yang umum. Hal ini boleh dilanggar sekiranya ada kebaikan yang lebih besar. Teori ini mengakibatkan manusia mula menjadi alat atau komoditi sains. Mereka ingin berfikir semaksima yang mungkin untuk memudahkan manusia dengan mengabaikan beberapa nilai moral yang dikatakan sebagai teori umum. Teori ini telah diserapi dengan nilai 'machavellian' iaitu matlamat menghalalkan cara. Walaubagaimana pun, sikap menepati janji dan berkata benar yang melampau sehingga memusnahkan masyarakat dan sistem pemerintahan Islam juga adalah dilarang dalam Islam. Berjanji dengan golongan 'musuh', bercakap benar dengan 'musuh' secara jelas dilarang di dalam banyak ayat Al Quran. Hal ini sebenarnya memerlukan pertimbangan semasa. Hal inilah yang menjadikan Islam sebagai agama yang waqii'yyah (mengikut zaman dan tempat).

11

Pandangan Utilitarianisme terbahagi kepada dua iaitu ; (a) Utilitarianisme Tindakan : setiap orang patut melakukan tindakan yang akan membawa kebaikan maksima untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan itu. Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi dan orang adalah berlainan.

(b) Utilitarianisme Peraturan: setiap orang patut membentuk dan mengikut suatu peraturan atau peraturan-peraturan yang akan membawa kebaikan maksima bagi semua orang terlibat. Pendukung teori ini percaya terdapat niat, tindakan dan situasi manusia yang serupa untuk mewajarkan pembentukan peraturan yang akan diaplikasikan kepada semua orang dalam apa jua situasi. Contohnya, Tindakan membunuh akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan bagi pihak majoriti dan dalam kebanyakan situasi, maka pembunuhan tidak harus dilakukan kecuali dalam keadaan tertentu seperti mempertahankan diri.

Kebanyakkan pemimpin dunia menggunakan aliran utilitarianisme dalam corak pemerintahan mereka kerana aliran ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai. Aspek tanggungjawab dititikberatkan dalam aliran ini. Namun, disebalik aspek tanggungjawab yang dititikberatkan dengan memberikan segala keseronokan dan kemewahan kepada rakyatnya, cara mereka mendapatkan kemewahan tersebut tidak bermoral. Mereka akan cuba menggunakan pelbagai cara dan taktik bagi mendapatkan sesuatu yang dapat memuaskan hati mereka walaupun cara tersebut akan menyebabkan kesengsaraan kepada suatu golongan lain. Sebagai contoh, ketika British datang ke Tanah Melayu dahulu, mereka datang hanya untuk mendapatkan hasil bumi yang terdapat di Tanah Melayu ketika itu seperti bijih timah, emas dan lain-lain lagi. Dalam proses menjajah Tanah Melayu, mereka telah melancarkan perang dan peperangan ini telah menyebabkan ribuan nyawa terkorban dek kerana demi mencapai tujuan dan hasrat meraka.

12

SOALAN 4 : Mengapakah Teori Keperibadian Mulia Sukar Dijadikan Asas Kemoralan. Teori ini diperkenalkan oleh Aristotle bahawa kecenderungan untuk mencapai sesuatu tujuan akan menjadikan seseorang itu manusia yang sempurna. Keperibadian mulia ialah teori yang menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik. Seseorang individu perlu mengetahui kualiti dan taraf hidup yang ia inginkan. Matlamat ini akan menjadi piawai untuk individu itu menentukan keadaan dirinya. Seterusnya, keperibadian mulia dianggap tidak dihasilkan di dalam diri seseorang oleh alam semulajadi, yakni tidak dikudratkan atau dilahirkan dengan sifat baik atau jahat. Sebaliknya, cara untuk memperolehi atau memiliki keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan menyeronokkan. Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle. Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa (excellence). Terdapat dua jenis keperibadian mulia:

Keperibadian mulia intelektual

Teori Keperibadian Mulia

Keperibadian mulia moral.

Keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle menganggap bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru. Sementara itu, keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik. Sifat-sifat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan.

13

Seseorang dianggap berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut: a. b. c. Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan; Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai; Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan keburukan; d. e. f. Berpegang kepada prinsip; Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan; dan Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan kesengsaraan. Penjelasan Aristotle menerima banyak kritikan kerana beliau berpendapat bahawa keperibadian mulia itu bukan sesuatu yang semula jadi ditentang oleh golongan yang percaya kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa sesetengah insan, seperti para nabi dan rasul, memiliki keperibadian mulia secara semula jadi kerana pemberian dan keredaan Tuhan. Selain itu, keperibadian mulia seseorang itu tidak semestinya melalui kecenderungan atau latihan kerana manusia mempunyai sifat naluri ingin tahu dan sifat meniru. Oleh itu, peribadi individu ini boleh dipengaruhi oleh sosial masyarakat, perkembangan ekonomi dan rakan sebayanya. Jelasnya, keperibadian mulia boleh diperolehi dengan memerhati dan bergaul rapat dengan mereka yang mempunyai sifatsifat mulia dan berbudi pekerti yang baik. Satu lagi ciri kepribadian mulia yang dinyatakan oleh Aristotle ialah setiap keperibadian itu merupakan suatu jalan tengah iaitu tidak berlebihan dan tidak terlalu kurang. Tindakan yang berlebihan atau terlalu kurang itu adalah tindakan yang salah, jahat, buruk dan boleh dicela. Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Hal ini demikian perbuatan sederhana berbeza antara setiap individu. Selain itu, emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan. Sebagai contoh, dalam permainan bola sepak. Keperibadian yang mulia yang ada pada setiap pemain dapat memastikan kelebihan pasukan itu. Kemahiran adalah kebolehan seseorang itu melakukan tendangan yang bagus dan baik. Sebelum menjadi 14

tendangan yang bagus, setiap pemain perlu melakukan latihan yang banyak dan betul. Jadi, sikap pemain perlulah positif dan berdisiplin. Pemain juga perlu bersikap sederhana dan tidak berlagak. Jika berlagak selepas memenangi sesuatu perlawanan, ia akan memberikan kesan yang buruk. Selain daripada itu, kelemahan teori ini juga ialah kita tidak dapat mengetahui dengan lebih jelas siapakah yang sebenarnya mempunyai keperibadian mulia. Barnes (1979) pula mengkritik doktrin jalan tengah Aristotle kerana doktrin itu tidak mempunyai tenaga nasihat atau kekuatan untuk membuat sesuatu. Nasihat bertindak mengikut jalan tengah atau bertindak sederhana sama maksudnya bertindak seperti mana kamu patut bertindak. Bimbingan dan nasihat jalan tengah ini tidak memberi nasihat dan maklumat tentang kemungkinan atau cara yang dikatakan patut, sederhana atau baik apabila menghadapi desakan situasi moral. Ini menjadikan seseorang itu kabur dan ragu-ragu apabila membuat sesuatu keputusan. Etika keperibadian mulia secara keseluruhan adalah penting untuk memajukan kebajikan masyarakat dan menjaga kepentingan orang lain. Individu yang mempunyai keperibadian mulia akan mendapat kepercayaan dan penghormatan sosial yang tinggi. Frankena (1973) ini telah mencadangkan sifat mulia dapat dikenalpasti melalui sifat mulia keadilan dan sifat mulia kemurahan hati seseorang individu. Etika mestilah melibatkan keperibadian mulia dan kemoralan pula seharusnya mempunyai

kecenderungan, sikap, sifat dan cirri-ciri watak yang cemerlang serta murni. Kemoralan dan kemuliaan ini akan diterima oleh masyarakat yang bertamadun dan mempunyai keperimanusiaan. Walaupun terdapat beberapa pendapat yang mengkritik, teori ini adalah berguna secara umumnya kerana ia menyarankan manusia supaya menyatukan taakulan dan emosi serta mengelakkan berlakunya gejala tidak sihat,sekaligus dapat menjamin kebahagiaan diri ,keluarga,masyarakat dan negara.

15

SOALAN 5 : Apakah prinsip moral yang diamalkan oleh aliran Eksistensialisme ? Eksistensialisme berasal daripada perkataan existent yang bermaksud wujud atau ada. Deontologikal tindakan ini dipelopori oleh Jean Paul Satre yang menekankan kebebasan iaitu manusia bebas memilih tindakannya. Individu bebas buat pilihan atau keputusan moral dan tidak membenarkan pilihan atau keputusannya dipengaruhi orang lain.Prinsip Eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskan pilihan individu secara bebas. Menurut Sartre (1905-1980) seorang ahli falsafah Perancis berpendapat bahawa peraturan dan prinsip kemoralan adalah terlalu abstrak, subjektif dan berubah-ubah. Beliau juga menyatakan bahawa tidak ada satu set peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan tindakan bermoral. Tindakan baik atau buruk adalah berasaskan kepada pilihan individu secara bebas. Individu akan bebas bertindak dan dialah yang bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri. Sebagai contoh, setiap individu bertanggungjawab dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan kemajuan negara. Oleh itu sebarang tindakan individu yang menggugat keharmonian negara adalah pilihan inividu itu sendiri secara bebas dan mereka perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka. Ini adalah kerana manusia perlu bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri. Eksistensialisme juga dikaitkan dengan pilihan moral (First Hand Choice) iaitu membuat pilihan terus dari akal rasional berdasarkan kepada sesuatu keputusan moral yang sentiasa berubah, tidak universal, bersifat subjektif, tidak mutlak, tidak kekal dan individualistik. Contohnya, seseorang individu tidak dilahirkan terus untuk menjadi guru, tetapi merupakan pilihan individu tersebut untuk menjadi guru atau pekerjaan lain. Begitu juga dengan pelaksaan tindakan lain oleh seseorang yang dirasakan yakin dan betul untuk dilaksanakan. Aspek ini mementingkan kebebasan individu untuk memilih tanpa dipengaruhi oleh faktor lain tetapi masih dalam konteks rasional membuat pemilihan. Individu mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri. Aspek ini sama dengan pandangan Heideggar yang memperkenalkan konsep kewujudan sah. Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat pilihan dan keputusan moral yang tulen dan tidak membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang lain dalam membuat pilihan dan keputusan moral. Apabila individu itu membenarkan orang lain membuat pilihan moral untuk dirnya, dia dianggap berada dalam kewujudan yang tidak sah.

16

Golongan eksistensialisme menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of choice) dalam situasi yang mereka berada. Terdapat tiga bentuk kebebasan: Kebebasan jasmani Kebebasan kehendak Kebebasan moral Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa amanah, paksaan dan larangan. Mengikut eksistensialisme, seseorang itu merasakan kewajipannya bukan suatu yang dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri. Dengan menjauhi semua prinsip dan peraturan moral, individu mesti menggunakan kebebasannya untuk mendapat fakta yang betul berhubung dengan situasi yang dihadapinya, iaitu menilai secar teliti situasi berkenaan, kemudian membuat pilihan dan keputusan moralnya sendiri. Eksistensialisme menekankan pilihan terus daripada sumber asal (first hand choice). Contoh prinsip moral dalam aliran eksistensialisme dalam aspek pendidikan ialah sistem sekolah atau guru tidak mempunyai hak untuk menekankan matlamat pendidikan ke atas murid. Maka, matlamat pendidikan tidak digariskan. Selain hal itu, mazhab ini juga tidak menggariskan subjek-subjek yang perlu diajarkan di sekolah. Walau bagaimanapun, subjek-subjek yang bersifat estetik dan berfalsafah seperti seni, kesusasteraan, dan drama difikirkan relevan. Dari aspek guru pula, guru berperanan sebagai pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan bagi anak murid meluahkan perasaan dan emosi. Guru juga perlu menggunakan teknik atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan aktiviti serta berpusatkan murid-murid. Contoh asimilasi aliran mazhab ini dalam konteks pendidikan adalah: Hari ini, Cikgu Nani mengajar tentang haiwan yang memakan daging. Esok Cikgu Nani bercadang untuk mengajar tentang haiwan herbivor pula. Jadi, Cikgu Nani telah bertanyakan kepada anak muridnya jika mereka mahu belajar tentang haiwan herbivor pada keesokan hari. Jika semua muridnya bersetuju, Cikgu Reeni memberi arahan kepada anak muridnya agar datang ke kelasnya pada esok hari dengan membawa bahan-bahan yang telah diambil dari buku, internet, majalah dan sebagainya untuk belajar berkaitan dengan dengan tajuk yang pelajar inginkan. Daripada situasi di atas dapatlah dirumuskan bahawa Cikgu Reeni

menggunakan falsafah eksistensialisme dalam proses pengajaran dan pembelajarannya dengan memberi kebebasan kepada anak muridnya untuk memilih tajuk yang ingin dipelajari dan bebas memilih bahan yang ingin digunakan semasa P&P nanti.

17

REFLEKSI
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, saya berjaya menyiapkan tugasan bagi mata pelajaran Pengenalan kepada Konsep Asas (ELM 3101 ) dengan jayanya. Sekalung apresiasi saya kalungkan

kepada Encik Hegratul Al-Amin Sahbudin, selaku pensyarah pembimbing bagi subjek ELM 3101 KELAS PPG BM1 / 2012 yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada semua rakanrakan yang membantu saya sepanjang melaksanakan tugasan ini. Tugasan ini telah diberikan kepada saya untuk disiapkan dalam masa dua bulan. Tugasan ini memerlukan saya membuat penulisan dengan menjawab lima soalan yang telah diberikan. Soalan tugasan adalah seperti berikut : 1) Seseorang yang bermoral perlu memiliki dan menguasai ketiga-tiga dimensi moral iaitu penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral. Huraikan satu contoh untuk setiap dimensi moral dalam konteks anda sebagai seorang guru. 2) Sejauh Manakah Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan Boleh Melahirkan Insan Bermoral ? 3) Mengapa Ramai Pemimpin dunia menggunakan aliran utilitarianisme semasa memerintah ? 4) Mengapakah Teori Keperibadian Mulia Sukar Dijadikan Asas Kemoralan. 5) Apakah prinsip moral yang diamalkan oleh aliran Eksistensialisme? Kesemua soalan ini perlu dijawab dalam bentuk esei dan tugasan ini merupakan tugasan secara individu. Setelah mendapat tugasan ini dari pihak pensyarah, saya cuba mendapatkan maklumat yang berkaitan daripada pelbagai sumber antaranya buku-buku, internet dan bahan bacaan yang lain. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah mendapat pelbagai input-input baru yang sangat berguna kepada saya terutama berkaitan matapelajaran konsep asas pendidikan moral ini. Pelbagai pengetahuan am yang saya peroleh. Ilmu-ilmu ini saya peroleh melalui pembacaan yang saya lakukan bagi mendapatkan jawapan soalan yang diberikan. Antara yang saya peroleh ialah berkaitan dengan dimensi moral. Hasil pembacaan saya, saya mendapati untuk menjadi insan yang bermoral seseorang itu perlu mempunyai ketiga-tiga dimensi moral 18

iaitu penaakulan moral, emosi moral dan juga perlakuan moral. Dalam konteks pendidikan pula, seseorang guru itu perlu mempunyai moral yang baik. Seorang guru yang mempunyai moral yang baik mampu membantu anak muridnya kea rah yang lebih baik. Selain itu, saya juga dapat memahami serba sedikit berkaitan aliran-aliran yang terdapat dalam pendidikan moral ini antaranya aliran utiliterisme dan juga aliran eksistensialisme. Jika dikaji aliran-aliran ini, kita akan memahami bahaw aterdapat pelbagai teori yang diutarakan oleh pengkaji barat berkaitan dengan moral ini. Ada diantara mereka mengatakan bahawa seseorang itu bebas untuk melakukan apa sahaja yang mampu memberi kebahagian kepada diri mereka walaupun perbuatan tersebut bertentangan dengan norma masyarakat. Sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan budi bahasanya yang luhur, saya yakin bahawa selagi kita berpegang dengan apa yang diajarkan oleh agama islam, kita akan dianggap bermoral. Sepanjang melaksanakan tugasan ini juga, saya menghadapi beberapa masalah. Antaranya ialah masalah kesuntukan masa. Memandangkan saya mempunyai tanggungjawab mengajar disekolah, saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkan tugasan ini. Namun, hasil usaha saya dengan membahagi masa, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini seperti yang dikehendaki oelh pihak pensyarah. Selain itu, saya juga menghadapi masalah dalam mendapatkan bahan bacaan untuk menyelesaikan tugasan ini. Namun, hasil perkongsian dan perbincangan dnegan rakan-rakan saya yang lain, saya dapat mengatasi masalah saya ini. Sebagai penutup bicara, sekalung penghargaan serta jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan saya ini. Hanya Allah sahaja lah yang dapat membalas jasa kalian. Harapan saya agar apa yang saya lakukan dalam tugasan ini akan dapat memberikan seribu satu manfaat kepada diri saya sendiri dan juga para pelajar yang lain. Akhir kalam, saya amat mengharap agar tugasan yang saya dan ahli kumpulan saya lakukan ini menepati ciri-ciri serta kehendak para pensyarah dan institut ini. Apa yang baik itu datang daripada Allah S.W.T dan apa yang kurang itu adalah kelemahan diri saya sendiri. Sekian, terima kasih.

19

RUJUKAN

BUKU Abd Rahman Aroff (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.

Ahmad b. Khamis (1999). Etika (Pendidikan Moral) untuk institusi pengajian tinggi. K. Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral:Siri Pendidikan Tinggi, Petaling Jaya, Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

INTERNET

http://amelan2013.blogspot.com/2013/06/insan-moral.html http://drsir.blogspot.com/2013/01/mpw-1153-prinsip-eksistensialisme.html http://cikguskskr.blogspot.com/2012/08/pengenalanrakyat-malaysia-memang.html http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/05/teori-keperibadian-mulia.html http://nas-pgsrbahasamelayu.blogspot.com/2010/08/teori-keperibadian-mulia.html

20