Anda di halaman 1dari 40

E-majalah ini diberikan PERCUMA!

Hak cipta terpelihara oleh PemikirKaya.com, dilarang sama-sekali menerbit semula


dalam lain-lain bentuk atau mempergunakan e-majalah ini untuk tujuan keuntungan
kecuali dengan kebenaran bertulis dari pihak PemikirKaya.com. Namun begitu anda
dibenarkan, bahkan digalakkan menyebar e-majalah ini untuk tujuan kebaikan, tetapi
haruslah dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan. Setiap artikel yang diterbitkan
adalah hakmilik penulis dan eMajalah Pemikir Kaya.

Sudahkah Anda Mendaftar Nama Dan Email Anda Untuk Melanggan E-Majalah
Pemikir Kaya Untuk Keluaran Akan Datang? Jika Belum, Daftar Sekarang
Melalui Link Berikut :

http://www.Emajalah.PemikirKaya.com

Pemikir Kaya
e-Majalah Motivasi & Kewangan
www.PemikirKaya.com
Thinkerich Enterpriseerbit semula dalam lain-lain bentuk
atau mempergunakan e-majalah ini untuk tujuan
keuntungan kecuali dengan kebenaran bertuliari pihak

Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
2
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
SIDANG EDITORIAL

ertama sekali saya bagi pihak e-Majalah Pemikir Kaya ingin memanjatkan
kesyukuran kepada-Nya kerana dengan berkat dan rahmat daripada-Nya, akhirnya
e-Majalah PemikirKaya edisi ketiga sedia menemui pembaca sekalian.

Nampaknya dalam sedar tak sedar, April 2012 telah menjelma, masa berlalu begitu pantas
rasanya. Suku tahun pertama 2012 telah berlalu, bagaimana dengan azam tahun baru
anda? Adakah ianya telah berjalan sebagai mana yang dirancangkan sebelum ini? Jika
tidak, teruskan usaha untuk berada pada landasan perancangan yang telah dibuat sebelum
ini.

Merancang bukanlah perkara mudah tetapi sekiranya kita gagal merancang, ini bermakna
kita telah membiarkan diri kita dirancang oleh pihak lain. Begitu jua dalam perancangan
kewangan peribadi. Ramai yang masih gagal merancang kewangan mereka gara-gara
kurangnya pendedahan dan pengetahuan tentang bagaimana untuk merancang kewangan
sendiri. Akibatnya ramai yang terjebak dalam masalah dan belenggu hutang. Untuk itu dalam
edisi kali ini dikongsikan artikel yang sangat menarik 7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa
Yang Singkat!

Baiklah mulai edisi ketiga ini, emajalah Pemikir Kaya akan turut diserikan lagi dengan artikel
motivasi daripada salah seorang motivator terkenal negara kita. Siapakah beliau? Beliau
adalah pengasas modul Motivasi Alihan Pelajar (MAP) iaitu Y.M. Dr. Tengku Asmadi Tengku
Mohamad yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi
Muslim Malaysia (TAMRIN).

Pada edisi kali ini, turut dikongsikan adalah info daripada Bank Negara Malaysia berkaitan
Skim Cepat Kaya. Tujuannya cuma satu iaitu untuk membantu pembaca lebih celik dan
sedar tentang bahaya Skim Cepat Kaya yang merugikan ini. Baiklah, tanpa perlu
melengahkan masa, teruskan membaca, semoga apa yang dikongsikan dalam eMajalah kali
ini bermanfaat untuk kita semua.

Salam kekayaan!






P


KHAIRULNAHAR JAMALUDDIN
a.k.a THINKERICH
Ketua Pengarang & Editor
e-Majalah Pemikir Kaya
www.PemikirKaya.com


Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
3
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
Kandungan

Sidang Editorial 2
Sikap - Penentu Kejayaan 4
Bagaimana Merubah Impian Menjadi Satu Kenyataan (Siri Akhir) 8
7 Perkara Yang Wajib Anda Tahu Tentang Insurans & Takaful 11
8 Tips Berbelanja Yang Perlu Anda Tahu Ketika Menggunakan Wang
Atau Kad Kredit 14
Kriteria Asas Pemilihan Saham 16
Soal Jawab Tentang Skim Cepat Kaya 20
To Save Or To Spend Money 26
7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa Singkat 29
Soal Jawab Kewangan : Anda Tanya Thinkerich Jawab 32












Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
4
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
INFO Motivasi Diri

IKAP Penentu Kejayaan
Oleh : Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, Ph.D
http://www.laman-map.com


Lebih kurang 30 tahun yang lalu, iaitu 1974, masyarakat melayu telah gempar
dengan lahirnya seorang anak melayu yang telah mampu membaca akhbar pada
usia tiga tahun. Hampir kesemua media membuat liputan.

Hari ini, perkara sebegini bukanlah sesuatu yang mengkagumkan. Dengan adanya
pelbagai kemudahan dan teknologi multimedia, ramai anak-anak yang boleh
membaca pada usia sebegini. Tetapi pada 30 tahun yang lalu, diawal 70an pastilah
kebolehan seperti ini dikira sebagai menakjubkan.

Lebih-lebih lagi anak melayu ini hanya anak orang kampung dan tinggal di luar
bandar. Prof. Diraja Ungku Aziz pernah membawa anak ini balik ke tempatnya untuk
diberikan ujian IQ. Pengarah Filem Dato Jins Shamsudin pula menjadikannya
pelakun kecil.

Begitulah hebatnya anak yang bernama Mohd. Sohkeri Hadapi Aziz ini. Melihat
kepada kebolehan dan kehebatan anak ini maka tidak hairanlah kalau hari ini beliau
menjadi doktor atau pensyarah muda.



s

Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
5
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012

Tanggal 22 November 1997 masyarakat melayu sekali lagi digemparkan. Kali ini oleh
peristiwa seorang anak muda yang bekerja sebagai pembuat roti canai telah didakwa
kerana memiliki enam paket kecil ganja. Beliau telah didakwa dibawah Seksyen Akta
Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan dijatuhkan hukuman penjara selama 12
bulan.

Apa kaitannya antara dua cerita yang dinyatakan di sini? Kaitannya ialah inilah
orangnya yang menjadi tajuk perbualan 30 tahun yang silam. Inilah dia Mohd.
Sohkeri yang pernah dibanggakan dulunya. Beliau jauh sekali dari dikatakan berjaya.
Malah apa yang beliau lakukan hari ini langsung tidak menggambarkan kebolehan
sewaktu kecil beliau.

Rendahkah IQ lelaki ini? Tidak sama sekali. Tidak berkebolehankah lelaki ini? Jauh
sama sekali. Silapnya ialah kerana ia tidak pernah terdedah kepada ilmu
kecemerlangan diri dan pembentukan sikap pula tidak menguntungkan diri serta
masa depannya.

Saya yakin, kalau perkara seperti ini boleh berlaku kepada seorang individu, ia juga
telah berlaku, sedang berlaku dan akan terus berlaku kepada ramai lagi manusia
lain.

Berapa ramai lagi agaknya yang senasib beliau. Kita hanya mendengar cerita Mohd.
Sohkeri. Bagaimana pula dengan begitu ramai yang mungkin waktu kecilnya
cemerlang kini tidak mampu meneruskan kecemerlangan ini.

Saya sendiri telah menemui begitu ramai pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR,
atau 8A dalam PMR, akhirnya kecundang dalam SPM. Persoalannya adakah mereka
yang gagal dalam kehidupan hari ini selayaknya gagal?

Atau mereka tidak tahu yang sebenarnya dalam diri mereka ada sebutir permata
yang tinggi nilainya dan belum digilap. Inilah yang dikatakan sikap.

Tidak ada ertinya IQ yang tinggi serta kebolehan yang luarbiasa tetapi malas
berusaha, tangguh kerja, main-main dan ambil mudah. Mereka ini berpenyakit tetapi
tidak menyedarinya. Kalau AIDS dan JE boleh membunuh diri, penyakit sikap ini pula
boleh membunuh harapan dan masa depan.

Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
6
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012

Bagaimana Sikap Terbentuk?

Sikap adalah sesuatu yang dipelajari melalui pengamatan, pendengaran dan
pengalaman. Dengan kata lain, sikap adalah tindakan dan tingkahlaku diri
berlandaskan cara fikir seseorang individu.

Dua orang yang mempunyai cara fikir yang berbeza akan bertindakbalas secara
berbeza juga terhadap sesuatu peristiwa atau persekitaran. Cara fikir mengubah
tingkah laku seseorang dan mempengaruhi sikap seseorang. Cara fikir sebenarnya
sesuatu yang dipelajari dan ditiru melalui sumber-sumber seperti:

Orang sekeliling - Ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, idola
Pengaruh media - TV, radio, internet
Bahan bacaan - novel, majalah, akhbar, buku-buku.
Persekitaran - Agama, bangsa, kebudayaan
Peristiwa silam - besar atau kecil
Pengalaman

Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan bapa borek anak rintek. Kalau bapa
jenis panas baran maka anaknya berkemungkinan juga demikian. Tetapi tidak pula
semua anak berkelakuan serupa seperti bapa.

Mungkin anak yang lain pula cukup mengkagumi gurunya dan kebetulan pula guru
seorang yang penyabar maka sikap sabar ini mempengaruhi anak.

Maka sikap panas baran bapa tidak ditiru oleh anak ini kerana dia dapat menilai
bahawa sikap itu tidak menguntungkan sesiapa. Sebaliknya, pengaruh guru lebih
besar atas diri anak ini dalam dalam pembentukan sikapnya.

Jadi seorang anak membesar dengan meniru tingkah laku orang lain. Sikap-sikap
negatifnya mungkin diperolehi daripada gabungan pelbagai sumber. Pemarah
macam ayah, boros macam emak, malas macam abang, pakaian macam artis,
buang masa macam rakan-rakan dan sebagainya.



Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
7
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
Begitu juga dengan sikap positifnya juga ditiru dari orang lain. Berani macam ayah,
bercakap benar macam emak, suka mencuba macam abang, gigih macam artis
pujaan dan hormat ibu bapa macam rakan.

Satu kelemahan otak ialah ia menerima segala maklumat yang dilihat, dirasa dan
didengar ini, tanpa sekatan sama ada positif atau negatif. Apabila mesej yang sama
diterima berulang-ulangkali maka sedikit sebanyak mula terbentuk kepercayaan
dalam diri bahawa tidak salah untuk menerima pakai atau meniru cara orang lain ini.

Keadaan ini berlaku diluar kesedaran seseorang. Ia berlaku dalam tempoh masa
yang panjang sebelum menjadi lazim dalam pemikiran. Setelah ia menjadi kebiasaan
segala tindak balas kita menjadi spontan dan kerap kali tindakan kita diluar kawalan
diri.

Bolehkah Sikap Diubah?

Sikap yang negatif boleh diubah kepada positif hampir serta merta. Misalnya anda
membonceng motosikal rakan. Rakan anda membawa motosikal dengan laju dan
gopoh-gapah. Anda tumpang seronok.

Akibatnya berlaku kemalangan dan rakan anda mati ditempat kejadian. Ketika itu
juga anda berkemungkinan besar mula mengubah sikap anda apabila membawa
motosikal.

Walau pun ia berlaku hanya sekali dalam kehidupan, tetapi pengalaman tersebut
cukup menyakitkan dan menyedihkan. Ia mengubah cara fikir anda serta merta.
Sikap anda juga berubah serta merta. Satu peristiwa mengubah segalanya.

Ramai yang tidak menyedari bahawa sikap ibarat pakaian yang boleh dipilih untuk
disarungkan kebadan. Bagaimana mudahnya menukar pakaian begitu juga
mudahnya mengubah sikap. Dengan syarat tahu rahsia dan kaedahnya.







Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
8
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
INFO Motivasi Diri

agaimana Merubah Impian Menjadi
Satu Kenyataan (Siri Akhir)
Oleh : Khairulnahar a.k.a Thinkerich




Adakah anda mempunyai impian sendiri untuk dicapai? Saya sering bertanya
kepada ramai orang ketika menjalankan seminar. Namun hampir kesemua yang
hadir seolah-olah keliru dengan apa yang mereka impikan sendiri.

Ada yang menyatakan yang mereka memang telah lama memasang impian dan cita-
cita namun sehingga kini masih belum tercapai. Saya kira mereka itu bukannya
memasang impian sebaliknya hanya sekadar angan-angan.

Kenapa saya katakannya sebagai angan-angan? Sebab utama adalah mereka tidak
bertindak. Angan-angan tidak ubah seperti mencipta satu khayalan semata bukan
untuk menjadikannya satu realiti. Berbeza dengan berimpian, ianya perlu disusuli
dengan pelan perancangan dan tindakan.

Salah satu punca mengapa kebanyakan impian hanya tinggal menjadi mimpi adalah
kerana tiada keputusan yang diambil dan dibuat bagi mencapai satu-satu impian.
Ramai yang tidak sedar, langkah pertama untuk merubah impian menjadi kenyataan
sebenarnya bermula dari langkah pertama iaitu dengan membuat keputusan.

Kuasa keputusan sangat besar impaknya dalam kehidupan kita. Kebanyakan
daripada kita hari ini sebenarnya tidak sedar bahawa apa yang kita nikmati hari ini,
B

Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
9
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
bagaimana keadaan hidup kita hari ini dan apa yang terpaksa kita lakukan hari ini
adalah hasil daripada keputusan yang telah kita ambil sebelum ini.

Sebagai contoh jika hari ini anda berada dalam masalah kewangan, ianya adalah
hasil daripada keputusan yang telah anda ambil tanpa anda sedari kesannya
sebelum ini. Mungkin anda terperangkap dengan masalah hutang yang bertimbun-
timbun hanya kerana anda telah memutuskan untuk menyelesaikan masalah
kewangan sebelum ini dengan mendapatkan pinjaman dan hutang yang terlalu
banyak.

Mungkin jua ketika ini anda berada dalam kewangan yang baik dan mampu
merancang serta menguruskan kewangan hasil daripada keputusan yang anda ambil
sebelum ini untuk belajar dan menguasai ilmu kewangan peribadi.

Setiap masa kita semua telah mengambil keputusan tanpa kita sedari sama ada
keputusan yang kita ambil itu bakal membantu kita menjadi lebih baik atau
sebaliknya pada masa depan. Namun satu perkara yang harus diingat, kita mampu
merubah masa depan kita hasil keputusan yang kita pilih demi mencapai impian kita
sebelum ini.

Mungkin ramai yang masih tidak sedar dengan keputusan yang mereka ambil hari ini
menyebabkan mereka semakin jauh daripada impian mereka. Ada orang yang stress
dalam menghadapi masalah kewangan, namun masa mereka tidak diisi dengan
tindakan untuk mengatasi masalah tersebut. Sebaliknya mereka mengambil
keputusan untuk menghabiskan masa di hadapan TV, melayari internet, berfacebook
dan bersosial dengan alasan untuk menghilangkan stress.

Sedar dan ingatlah, keputusan yang anda ambil hari ini adalah amat penting kerana
ianya bakal menentukan dan mencorak masa depan anda. Jika hari ini anda
membuat keputusan untuk berhenti merokok, ambilah keputusan untuk berhenti
daripada memikirkan untuk menyalakan sebatang rokok dan menyedut asapnya.

Ramai orang hanya berkata, Mulai hari ini aku nak berhenti merokok! Namun
beberapa hari kemudian mereka mula mengambil keputusan untuk kembali merokok
dan mencipta pelbagai alasan, kenapa mereka tidak boleh berhenti merokok.
Sedangkan keputusan yang paling tepat adalah untuk mereka mencipta alasan
kenapa mereka patut berhenti merokok.

Begitu juga dengan mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Keputusan yang
patut mereka ambil adalah dengan mengurangkan kuantiti dalam pengambilan
makanan terutama daripada makanan berlemak dan berminyak. Dalam masa yang
sama mereka perlu tingkatkan aktiviti senaman dan sukan.

Sebenarnya untuk berubah anda tidak memerlukan masa yang panjang. Masa yang
panjang sebenarnya adalah untuk kita mengumpul maklumat dan membina
keyakinan serta kepercayaan. Apa yang perlu anda lakukan adalah membuat
keputusan sekarang!


Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
10
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
Setelah anda membuat keputusan tentang perlunya berubah maka perubahan
berlaku serta merta. Masa yang panjang ini sebenarnya boleh disingkatkan dengan
syarat anda mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menyokong kepercayaan
anda untuk berubah bagi mencapai impian anda itu sekarang.

Ramai yang tidak menyedari bahawa tindakan seharian yang mereka ambil setiap
hari adalah kerana keputusan yang mereka ambil pada ketika itu. Contohnya apa
yang mereka pakai, apa yang mereka makan dan minum, apa yang ingin mereka
lakukan kesemuannya bergantung kepada keputusan yang telah mereka ambil.

Perhatikan sejenak, adakah keputusan yang diambil oleh anda sebelum ini
membantu anda untuk mencapai impian dan cita-cita anda? Kalau tidak, segera
ambil tindakan untuk mengambil keputusan yang boleh membantu kea rah mencapai
impian anda. Kalau anda masih tidak mengubah keputusan dan tindakan anda
sekarang, anda juga pastinya mencapai hasil yang serupa 5 - 10 tahun yang akan
datang.

Sebab itulah anda perlu merubah keputusan yang anda ambil sekiranya anda benar-
benar serius untuk merubah hidup dan menjadikan impian anda satu kenyataan, dan
apa yang paling penting perubahan itu perlu dilakukan sekarang!

Ingat, Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya,

"Tidak Akan Aku Ubah Nasib Sesuatu Kaum Itu Sehinggalah
Mereka Ubah Apa Yang Ada Dalam Diri Mereka Sendiri"







KHAIRULNAHAR JAMALUDDIN a.k.a THINKERICH
Merupakan seorang Konsultan Motivasi & Kewangan dan dalam masa sama merupakan
seorang Internet Marketer (IM). Merupakan seorang Perancang Kewangan Berdaftar,
Affiliate Registered Financial Planner (Affiliate RFP) bersama Majlis Perancang
Kewangan Malaysia atau Malaysian Financial Planning Council (MFPC). Beliau
merupakan pengasas www.PemikirKaya.com

Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
11
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
INFO Insurans & Takaful


Perkara Yang WAJIB Anda Tahu
Tentang Takaful & Insurans :



1. Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti
anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat
insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang
polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda
dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang
kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar
pampasan kepada anda.

2. Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah.
Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam
bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak
(aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan
bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya
salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.
7

Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
12
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012


3. Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama.
Sebagai contoh, pemegang polisi (anda) mestilah mempunyai
kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang
diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian
kewangan sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan
kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan.

4. Anda tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi atau pelan untuk
melindungi harta anda. Sekiranya anda memiliki lebih daripada satu
polisi, anda hanya boleh membuat satu tuntutan jika sebarang
kerugian atau kerosakan berlaku. Jumlah yang boleh dibayar akan
disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat. Oleh itu,
anda tidak boleh meraih keuntungan daripada polisi insurans am
atau pelan takaful. Sekiranya anda mengalami kerugian, syarikat
insurans akan membayar pampasan yang setimpal atau anda akan
ditetakkan kepada keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian.
Walau bagaimanapun, anda boleh membeli lebih daripada satu polisi
untuk melindungi hayat anda.

5. Kontrak insurans atau takaful adalah atas prinsip penuh percaya
mutlak . Oleh itu, anda sebagai pemegang polisi atau pelan haruslah
mendedahkan semua maklumat penting yang diperlukan. Sekiranya
anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan
anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas
sebarang kerugian atau kerosakan.


Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
13
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012

6. Selain itu, di bawah pelan takaful, anda boleh menikmati perkongsian
lebihan daripada dana takaful, berdasarkan nisbah yang telah
dipersetujui sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan
sepanjang tahun tersebut.

7. Anda boleh membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful:
o Secara terus daripada syarikat insurans atau pengendali takaful
o Melalui ejen berdaftar atau broker berlesen
o Melalui institusi perbankan yang mempunyai urusan
bankasurans dengan syarikat insurans atau pengendali takaful
o Melalui Internet

Panduan penting apabila membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful.

Benar-benar memahami polisi insurans atau pelan takaful anda
termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan
pengecualiannya.

Memastikan premium insurans dan caruman takaful yang akan dibayar
adalah berpatutan.

Memastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan
keperluan anda.

Memastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.

Berurusan hanya dengan ejen berdaftar/broker berlesen atau secara terus
dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.

Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk membayar premium atau
caruman.


Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
14
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
INFO Kewangan Peribadi



Tips Berbelanja Yang Perlu Anda
Tahu Ketika Menggunakan Wang Atau
Kad Kredit


1. Hadkan jumlah kad kredit dan cuba tentukan sendiri had
perbelanjaan bagi setiap kad yang kita miliki.
2. Tinjau dulu harga barang sebelum membeli. Ini membolehkan kita
membuat perbandingan harga yang ditawarkan.
3. Ketahuilah keperluan kita. Senaraikan nama dan harga lebih kurang
barang-barang yang hendak dibeli. Ini dapat mengekang nafsu
berbelanja.
4. Jika kita tidak boleh mengawal diri ketika membeli-belah, seelok-
eloknya bawalah teman yang boleh mengawal kita untuk membuat
pilihan yang bijak.

8

Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
15
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
5. Gunakan bakul jika barang yang hendak dibeli tidak banyak. Elakkan
dari menggunakan troli kerana ia memancing kita untuk membeli
yang bukan-bukan.
6. Pastikan barang keperluan bulanan dibeli mencukupi bagi
mengelakkan selalu ke pasar raya yang akan menjejaskan jadual
berbelanja.
7. Bagi mengelakkan dir kita tergoda usah berlegar-legar di tempat
barang-barang yang kita tidak perlukan. Menghala terus k tempat
barang-barang yang diperlukan.
8. Catatkan setiap perbelanjaan.
Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut bagaimana menguruskan
perbelanjaan dan wang anda secara bijak dan teratur tanpa perlu risau
tentang wang lagi selepas ini, boleh rujuk www.KewanganPeribadi.com



















Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
16
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
INFO Pelaburan SAHAM



riteria Asas Pemilihan Saham?
Oleh : Razali Razman



Saham yang diperdagangkan di pasaran saham sebenarnya mewakili
pemilikan dalam sesebuah syarikat tersenarai yang menjalankan
perniagaan. Justeru, apabila anda mempertimbangkan untuk membeli
saham sesuatu syarikat, anda perlu menilai kedudukan kewangan dan
keuntungan syarikat.

Bagaimana untuk menentukan kedudukan kewangan syarikat? Terdapat
beberapa ukuran yang boleh membantu anda. Untuk membuat penilaian,
anda boleh mengumpulkan data asas daripada laporan tahunan dan
laporan suku tahunan syarikat di laman web Bursa Malaysia.



K

Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
17
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
1. Jualan atau Hasil
Jualan atau Hasil (istilah digunakan berbeza mengikut syarikat) ialah nadi
sesebuah perniagaan. Walaupun harga saham paling sensitif kepada
untung, jualan ialah faktor operasi paling penting kerana jika tiada jualan,
maka tiada keuntungan, tiada gaji kakitangan dan tiada perniagaan. Trend
yang perlu diperhatikan ialah peningkatan jualan dan peratus peningkatan.
Lazimnya syarikat yang mampu mengembangkan jualan berupaya
meningkatkan untung.

2. Keuntungan
Keuntungan ialah faktor yang mempunyai pengaruh paling besar dalam
menentukan harga saham. Keuntungan boleh dilihat dari pelbagai sudut
termasuk:
Trend peningkatan untung bersih
Keuntungan berbanding modal saham (Pulangan atas ekuiti)
Pendapatan sesaham (Untung bersih dibahagi jumlah saham)
Margin bersih (Untung bersih dibahagi jualan)

Pada pendapat saya, pendapatan sesaham ialah ukuran paling penting
kerana pendapatan sesaham ialah sesuatu yang boleh dibandingkan dengan
syarikat lain dan boleh digunakan untuk meninjau sama ada harga saham
berpatutan berbanding untung yang dicatatkan

3. Aliran Tunai
Kedudukan aliran tunai syarikat boleh ditinjau menerusi Penyata Aliran
Tunai. Terdapat tiga kategori aliran tunai, iaitu aliran tunai daripada
operasi, aliran tunai pembiayaan dan aliran tunai pelaburan. Aliran tunai
daripada operasi adalah yang paling penting kerana menunjukkan tunai
yang dijana oleh operasi syarikat.


Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
18
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
Aliran tunai ialah faktor penilaian sokongan utama kerana pengiraan
untung ialah berasaskan konsep akruan (untung dikira atas jualan yang
belum dibayar, walaupun tunai belum diterima), sedangkan perolehan
tunai memaparkan keadaan semasa yang menekankan kekuatan jangka
pendek syarikat.

4. Kedudukan Aset
Kedudukan aset boleh dinilai menerusi Nilai Aset Bersih, yang bersamaan
semua aset yang dimiliki oleh syarikat ditolak semua liabiliti syarikat. Nilai
aset bersih ini juga dikenali sebagai book value atau nilai buku. Jika
sesebuah syarikat mengembangkan nilai aset bersih setiap tahun,
kemungkinan besar bahawa harga saham syarikat juga akan meningkat
secara seiring.

5. Pembiayaan Hutang
Satu lagi faktor yang perlu diteliti ialah tahap pembiayaan hutang yang
digunakan oleh syarikat berbanding pembiayaan modal. Dalam keadaan
ekonomi yang baik dan keuntungan tinggi, pembiayaan hutang lebih
menguntungkan tetapi dalam keadaan ekonomi gawat atau kadar faedah
tinggi, pembiayaan hutang yang terlalu tinggi boleh menggugat kedudukan
syarikat. Pelabur perlu meninjau kedudukan hutang syarikat untuk melihat
sama ada syarikat mempunyai struktur pembiayaan yang optimum dalam
keadaan semasa.

6. Harga Saham
Sekiranya anda membuat analisis dan mendapati bahawa syarikat itu
sememangnya kukuh, jangan terburu-buru untuk beli kerana masih ada
satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan, iaitu harga saham.
Kadangkala syarikat mantap tetapi harganya sudah terlalu tinggi.


Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
19
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
Satu cara untuk menentukan paras harga ialah melihat nisbah harga
pendapatan atau price earnings (P/E) ratio. Anda boleh mengira nisbah ini
dengan membahagikan harga saham dengan pendapatan sesaham.

Untuk menentukan sama ada harga saham munasabah atau tidak,
bandingkan P/E semasa dengan purata P/E dalam tempoh 10 tahun lepas.
Berhati-hati jika P/E terlalu tinggi melainkan anda yakin bahawa syarikat
mampu meningkatkan keuntungan dengan ketara pada tempoh akan
datang.

Kesimpulan

Cara paling baik untuk memastikan anda tidak membuat kesilapan semasa
membeli saham ialah dengan menilai kekuatan syarikat dari segenap segi,
terutamanya dari segi kewangan. Penilaian yang teliti akan meningkatkan
peluang anda meraih pulangan tertinggi daripada pelaburan anda.












RAZALI RAZMAN
Razali Razman ialah penulis buku Panduan Bijak Melabur, Panduan Pelaburan Unit
Amanah dan Panduan Asas Saham.
Kunjungi blog beliau di www.Laburniaga.blogspot.com


Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
20
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
INFO Skim Cepat Kaya


Oal Jawab Tentang SKIM CEPAT KAYA
Oleh : Bank Negara Malaysia




1. Apakah Skim Cepat Kaya?

Satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi
atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa
yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas
daripada sebarang risiko.





S

Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
21
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
Skim "Cepat Kaya" yang berikut adalah dilarang di bawah undang-
undang yang dikuat kuasakan oleh Bank Negara Malaysia:
Aktiviti pengambilan deposit secara haram

Aktiviti pengambilan deposit secara haram adalah suatu
perbuatan menerima, mengambil, atau menyetujuterima
deposit (wang, logam berharga, batu berharga, apa-apa artikel
lain dan sebagainya) daripada orang awam atau pelabur, yang
menjanjikan pembayaran semula deposit tersebut biasanya
dengan faedah atau pulangan atau dengan sebarang balasan
yang berupa wang atau nilaian wang, tanpa mempunyai satu
lesen yang sah di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi
Kewangan 1989.
Urus niaga mata wang asing haram

Perbuatan yang berikut tergolong kepada urus niaga mata
wang asing haram:
Membeli atau menjual mata wang asing di antara dua
orang dan tiada seorang daripada mereka adalah seorang
peniaga yang diberi kuasa melainkan jika orang itu telah
mendapatkan kebenaran daripada Pengawal Pertukaran
Wang Asing di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang
1953 (AKPW).
Membeli atau menjual mata wang asing oleh seorang
pemastautin yang bukan seorang peniaga yang diberi
kuasa dengan seorang di luar Malaysia melainkan jika
orang itu telah mendapat kebenaran Pengawal
Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW.








Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
22
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
AMARAN: Skim Pelaburan Melalui Internet
Orang awam diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pelaburan
yang dipromosikan melalui internet. Sesetengah syarikat dan laman
web yang menawarkan skim pelaburan melalui internet tidak
dilesenkan atau diberi kuasa oleh Bank Negara Malaysia untuk
mengambil deposit atau membuat urus niaga mata wang asing.
Aktiviti sedemikian biasanya menawarkan pulangan pelaburan yang
menarik atau peluang pelaburan yang membabitkan kadar pulangan
yang tidak realistik dan tanpa risiko atau berisiko rendah.
Pelabur adalah diingatkan supaya membuat deposit hanya dengan
institusi yang berlesen atau menjalankan urus niaga mata wang asing
dengan institusi yang diberi kuasa oleh Bank Negara Malaysia agar
mereka boleh mendapat perlindungan yang sepatutnya. Pengendali
tidak berlesen boleh berhenti menjalankan perniagaan mereka yang
menyebabkan pelabur-pelabur tidak mempunyai apa-apa cara untuk
mendapatkan semula wang pelaburan mereka atau membuat
tuntutan terhadap mana-mana orang yang terbabit dengan skim
tersebut.

2. Bagaimanakah untuk mengesan Skim Cepat Kaya?
Skim pengambilan deposit secara haram
Orang berkenaan (individu, syarikat atau organisasi)
menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit
daripada orang awam tidak mempunyai lesen di bawah
seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan
1989;
Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit
dengan atau tanpa faedah atau pulangan (faedah atau
pulangan pelaburan dijanjikan untuk dibayar dalam
suatu tempoh masa dan dalam bentuk wang atau nilaian
wang, sebagainya); dan
Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit
pokok apabila pembayaran balik dituntut atau pada suatu
masa atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui oleh
atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dan
orang yang menerimanya, dengan apa-apa balasan
berupa wang atau nilaian wang (pembayaran pelaburan
pokok adakalanya dimasukkan sekali dalam faedah atau
pulangan tetap yang dijanjikan).



Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
23
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
Amaran Untuk Pelabur
Aktiviti pengambilan deposit secara haram selalunya berselindung dengan
pelbagai cara untuk menipu orang awam menjadi mangsa skim pelaburan haram,
antaranya, melalui tawaran pemberian emas dan barang berharga yang lain
sebagai sebahagian daripada pulangan yang dijanjikan. Selain itu, orang ramai
juga disogok dengan dakwaan bahawa deposit itu diterima sebagai pinjaman
kepada syarikat.
Aktiviti pengambilan deposit secara haram seringkali digambarkan mampu
memberi kadar faedah atau pulangan yang tinggi atau tidak realistik dalam suatu
masa yang singkat berbanding dengan institusi-institusi berlesen yang lain.
Bagaimanapun, skim-skim seperti ini tidak boleh bertahan lama;
Jangka hayat skim-skim seperti ini bergantung kepada penyertaan pelabur
baru di mana dana pelaburan yang diterima akan digunakan untuk pembayaran
dividen kepada pelabur lama. Sekiranya syarikat pengendali gagal mendapatkan
pelabur baru, skim ini akan gagal kerana ketiadaan sumbangan dana dari pelabur
baru.
Pada permulaannya, pelabur-pelabur awal akan dibayar pulangan pelaburan
seperti yang dijanjikan. Bagaimanapun, akhirnya pengendali akan melarikan diri
dengan wang deposit yang dipungut apabila pengendali mendapati skim akan
mengalami kegagalan yang akhirnya menjadikan pelabur rugi.

Skim Urus Niaga Mata Wang Asing Haram
Urus niaga mata wang asing dengan seseorang, selain daripada
seorang yang diberi kuasa, yang tidak mendapat kebenaran oleh
Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW sering:
Menawarkan kepada pelabur atau orang awam peluang
untuk berurus niaga mata wang asing dengan syarikat
induk (yang kononnya mempunyai lesen sah untuk
berurus niaga mata wang asing di luar negara);
Memudahkan urus niaga mata wang asing dengan
menyediakan akses kepada laman web syarikat induk
dan kemudahan urus niaga melalui internet;
Menggaji lepasan siswazah sebagai eksekutif pemasaran
dan mempengaruhi mereka supaya membuat ahli
keluarga mereka membuat pelaburan;
Mengarahkan pelabur-pelabur untuk mendeposit wang
pelaburan sama ada ke dalam akaun bank syarikat induk
atau akaun bank pihak ketiga; dan
Mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menambah jumlah
pelaburan ("panggilan margin") atau menghadapi risiko
kehilangan pelaburan mereka .

Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
24
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
Amaran untuk Pelabur
Pengendali skim mata wang asing haram akan cuba menyakinkan bakal-bakal
pelabur dengan strategi pasaran yang menjanjikan pulangan segera dan tinggi-
Melalui penampilan imej yang profesional dan bereputasi dengan barisan
pekerja yang berpakaian segak, keadaan pejabat yang bercirikan teknologi tinggi
dan kemudahan IT yang terkini yang memudahkan pelabur-pelabur untuk
mengendalikan akaun-akaun mereka melalui internet;
Dengan peralatan urus niaga seperti suatu skrin berita yang menunjukkan
pergerakan dalam kadar pertukaran untuk memberi gambaran bahawa sesuatu
perniagaan yang profesional dan sah di sisi undang-undang sedang dijalankan;
Kebiasaannya, pelabur juga dikehendaki untuk menandatangani satu kontrak
urus niaga dengan syarikat. Kontrak-kontrak ini sering tidak ditandatangani oleh
syarikat. Ini bermakna tiada tindakan boleh diambil oleh pelabur terhadap
syarikat kerana tiada kontrak formal yang mengikat.

3. Bagaimanakah untuk melindungi diri daripada terjebak dengan
skim seperti ini?
Ingatlah pada kata hikmat ini - Sesuatu yang
menguntungkan tetapi seakan terlalu mustahil untuk
diterima akal, berkemungkinan besar merupakan satu
penipuan;
Berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesen
dan peniaga mata wang asing yang di beri kuasa;
Semak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa yang
berkaitan;
Jangan gopoh atau membiarkan diri dipaksa untuk
melabur;
Berhati-hatilah dengan pelaburan yang dibuat melalui
internet;
Berwaspada dengan sebarang peluang pelaburan yang
tidak bertulis; dan
Jika suatu pelaburan telah dibuat, simpan kesemua
dokumen yang berkaitan dengan pelaburan dan
komunikasi dengan selamat.



Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
25
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
4. Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda menjadi
mangsa skim seperti ini?
Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti
pengambilan wang secara haram atau urus niaga mata wang asing
secara haram atau anda sendiri adalah mangsa kepada aktiviti atau
skim haram seumpamanya tersebut , sila hantar maklumat lanjut atau
aduan anda beserta dengan dokumen berkaitan kepada Bank Negara
Malaysia seperti berikut:
Alamat:
Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faksimili: 03-26987467
E-mel: upkinfo@bnm.gov.my
Atau boleh dihubungi di nombor telefon yang berikut:
Tel.: 03-2691 5090 / 2698 4163 / 2691 0824 / 2692 6482 / 2694
2143





















Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
26
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
INFO Personal Finance


O Save Or To Spend Your Money ?
By : KCLau.com



Have you ever received conflicting advice from other people or well
meaning friends? One such advice is
Enjoy your life now while you are still fit to do so. Spend some money to go
travelling and visit other places. You wont get to do this when you are old and
less energetic. Life can be short and you may miss the chance completely.

To emphasize his point, your best friend goes on to give a good example,
Remember so and so who died of a heart attack at the age of 45 years old?
Apparently, he had a comfortable amount of savings put aside plus a house
and a property. He was working hard and did not even get the chance to enjoy
life before he died. What a complete waste.



T

Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
27
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
The opposite of the advice above goes something like this,
Dont spend money now as you may need it urgently later on. Who knows
what lies in the future or during your retirement years? It is prudent to
reserve your money now as much as possible and only enjoy it later.

Sounds familiar? Now, for the example that goes with the second advice
Hey, did you read the story about the old man who was abandoned by his
only son? The son could not support him and sent him to the old folks home.
The old man did not have any money and was totally dependant on his son for
support but the son was not doing so well either. I heard that during his
younger days, the old man managed to travel quite a bit and even drove a big
car. What a pity he did not think to save some of his money for old age or
retirement.

Which advice would you listen to? Would you go for the first one or the
second one?
You may gravitate towards the second advice while another person may
choose to go along with the first one. The opposing preference only shows
that each person is different. Both advices are valid though.
I know that the two stories sound exaggerated but I believe that they do
apply to some real life people.
Now and then, you do hear of similar stories cropping up. The dilemma is if
you spend money now, maybe you wont have enough during your
retirement years.
On the other hand, if you hog your money now, you may not get to enjoy the
fruits of your labor later on due to bad health that normally comes with old
age.

Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
28
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
Finding a balance
You would probably have guessed already at the obvious solution to the
above dilemma. The answer is to find a balance between saving and
spending money.
You want to avoid regretting not saving sufficient money for your old age
and also avoid regretting not spending some while you are able to.
Finding the correct balance can be tricky though but only you can give the
green light to how much money is to be reserved for your retirement years
and how much money you can spend for enjoyment now.
Do some financial planning to put your money situation into the proper
perspective.
If you have achieved all your money goals, for example your savings amount
is on target, you have no bad debts and you are earning a stable income,
nobody can stop you if you want to spend some money for pleasure or
leisure now. Spending some money means spending a reasonable amount
that you can afford.
On the other hand, if your money situation is precarious with debts to pay
off and a savings target that has not been met, it is better to stint now to
strengthen your financial situation.
As the proverb goes, As you sow, so shall you reap, your actions now will
dictate the consequences later on. Im sure Ive used this proverb before but
there is no harm in repeating it again.
Once you have reached a satisfactory stage in your finances, then you can
start to enjoy the results of your hard work.





Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
29
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
INFO Pengurusan Hutang


Strategi Bebas Hutang
Dalam Masa Yang Singkat!

Oleh : Khairulnahar a.k.a Thinkerich




Menyelesaikan hutang merupakan perkara yang paling sukar untuk
dilaksanakan oleh kebanyakan orang. Namun sebenarnya jika anda serius
untuk bebas daripada masalah hutang dan seterusnya menjadi bebas
hutang bukanlah perkara sukar jika kita semua tahu prinsip dan langkah
yang perlu diambil.

Berikut prinsip-prinsip yang boleh digunakan untuk melangsaikan
sebahagian mahu pun kesemua hutang dengan cepat:


Strategi #1:

Jangan Buat Hutang Lagi.

Selagi kita boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang.
Seboleh mungkin belilah secara tunai. Jika tiada tunai di tangan dan
bukannya satu keperluan, jangan sesekali berhutang. Kalau terpaksa
berhutang, itu bermakna kita belum mampu. Jadi, mesti kumpul duit atau
usahakan untuk dapatkan duit terlebih dulu.


7

Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
30
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012

Strategi #2:

Langsaikan Hutang Yang Interest Ratenya Paling Tinggi Dulu.

Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum
car loan (3% - 5% setahun). Jadi, cuba senaraikan semua hutang-hutang
yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena
settlekan dulu.

Hutang baik seperti pinjaman perumahan perlu disettlekan paling last
sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai good debt iaitu hutang yang
terdiri daripada kumpulan aset! Namun ianya bergantung kepada ciri-ciri
atau bentuk pinjaman tersebut juga. Adakah ianya dikira berdasarkan
kadar harian, bulanan, tahunan mahu pun secara tetap? Baca Panduan
Bebas Hutang untuk fahami topik ni.


Strategi #3:

Buka Dana Kecemasan.

Dana ni penting sebab kita dapat mengelakkan daripada terus berhutang.
Biasanya kita berhutang kerana tiada simpanan dana kecemasan seperti ini.
Bila berlaku perkara yang tidak dijangka, biasanya kita berhutang.
Wujudkanlah dana ini sekurang-kurangnya 6 bulan perbelanjaan bulanan.
Dengan adanya dana ini anda akan dapat mengelakkan diri daripada terus
buat hutang baru. Tapi ingat! Dana ini hanya boleh digunakan untuk
sesuatu yang benar-benar terdesak, dan bukannya untuk digunakan bagi
membeli Telefon Bimbit yang baru!


Strategi #4:

Gunakan Duit Bonus Tahunan Untuk Langsaikan Hutang Dulu.

Gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Kalau boleh
semua sekali lagi bagus! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu
kan, tapi kena berkorban la sikit. Janji dapat bebas daripada hutang dengan
cepat!







Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
31
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012

Strategi #5:

Gunakan Duit Kenaikan Gaji Tahunan 100% Untuk Bayar Hutang

Jangan gatal tangan usik kenaikan gaji tahunan ini! Setiap kali kenaikan gaji,
cuba kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang.
Contohnya, gaji naik RM150, kos sara hidup bertambah RM100 sebulan
sebab dapat seorang lagi anak. So gunakan lebihan RM50 (RM150
RM100) untuk bayar salah satu hutang yang tertunggak.


Strategi #6:

Bila Dah Settle Satu Hutang, Tambah Bayaran Duit Installment Hutang
Tersebut Ke Hutang Yang Berikutnya

Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya
RM600 sebulan, gunakan RM600 tu untuk bayar hutang pinjaman
perumahan pula. Jangan sekali-kali guna duit tersebut untuk tukar kereta
baru!


Strategi #7:
Bayar Hutang Secara Automatik!

Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa
bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu. Bila dah tertunggak, tu
yang buat kita terpaksa bayar lebih banyak interest.

Tip terakhir, apa yang dikongsikan di atas adalah pilihan yang boleh anda
praktikkan. Namun ada banyak lagi tips dan teknik yang boleh anda
lakukan ikut kesesuaian dan kedudukan kewangan anda. Baca banyak
buku-buku, ebook-ebook, majalah-majalah, blog-blog dan artikel-
artikel kewangan. Buku seperti Bajet Wang 7 Cara Untuk Mengatasi
Masalah Kekurangan Wang, ebook Panduan Wang Gaji & ebook
Kewangan Peribadi tu wajib baca. Dah baca, jangan lupa praktiskan apa
yang diajar. Tahu sahaja tapi tak AMAL tak guna jugak!

Semoga anda semua boleh jadi G.O.O.D person. Iaitu Get Out Of Debt... apa
yang dikongsikan ini adalah sebahagian daripada panduan bebas hutang.
Nak dapatkan lebih idea, boleh rujuk www.PanduanBebasHutang.com




Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
32
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
SOAL JAWAB Kewangan
Anda Tanya THINKERICH Jawab
Daripada : Idruss


Salam tuan,

Inflasi yang berlaku sejak Mei 2011 lalu telah menyebabkan kedudukan kewangan kami
sekeluarga terjejas. Kami telah melakukan beberapa tindakan segera seperti memulakan
perniagaan online serta menilai semula segala bajet bulanan yang tidak diperlukan.
Kebetulannya baru-baru ini kereta kami yang berusia 10 tahun mengalami kerosakan enjin
yang melibatkan kos pembaikkan sehingga RM3,000.00 dan rumah yang diduduki mengalami
keretakkan dinding yang kritikal melibatkan kos tambahan RM10,000. Kami terpaksa
mengeluarkan duit simpanan untuk mengelakkan penggunaan kad kredit. Kami memerlukan
tips untuk menghadapi kesan inflasi yang semakin mencabar ini.

Terima kasih.
---
idruss

JAWAPAN :

Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada Idruss kerana mempunyai
kesedaran kewangan masa depan yang baik. Tindakan dan usaha menambah
pendapatan melalui perniagaan online dan menilai semula bajet bulanan
adalah tindakan yang tepat. Cumanya pastikan perniagaan online yang
dijalankan tersebut betul-betul yang boleh mendatangkan hasil dan bukannya
terjebak dengan program internet buat duit segera yang akhirnya merugikan
diri sendiri.

Tindakan menggunakan wang simpanan ketika kecemasan adalah keputusan
yang tepat berbanding membuat pinjaman atau hutang. Simpanan adalah
penting ketika kecemasan. Sebab itulah dalam ebook Panduan Wang Gaji saya

Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
33
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012
amat menyarankan setiap orang perlu mewujudkan Dana Kecemasan sekurang-
kurangnya 6 bulan perbelanjaan bulanan.
Dengan menggunakan simpanan dan bukannya pinjaman atau penggunaan kad
kredit, ianya secara tak langsung akan mengurangkan liabiliti masa depan
saudara. Kebanyakan orang yang tiada simpanan terpaksa menggunakan
pinjaman atau berhutang, tindakan ini akan menyebabkan mereka terus
menerus berada dalam belenggu hutang yang berpanjangan. Tindakan sebegini
sebenarnya sesuatu yang amat merugikan.

Salah satu tips untuk menghadapi kesan inflasi adalah dengan memastikan
wang yang kita belanjakan hari ini untuk simpanan dan pelaburan
mengambilkira pulangan yang optimum atau dengan kata lain mampu
memberi pulangan lebih besar daripada kadar inflasi semasa. Contohnya
melabur dalam komoditi seperti emas. Boleh rujuk ebook Akaun Emas & ebook
Rahsia Pelaburan Emas Yang Menguntungkan.

Inflasi semasa negara kita selalunya diandaikan adalah berada pada paras
purata 4% setahun. Walau bagaimanapun ianya sentiasa berubah-ubah dan
mampu meningkat naik kesan kenaikan harga minyak, perbelanjaan kerajaan
yang agresif terhadap infrastruktur dan projek-projek berkaitan Program
Transformasi Ekonomi serta pemberian tunai kerajaan dan kenaikan gaji
perkhidmatan awam termasuk pengenalan gaji minimum untuk sektor swasta
bakal memberi tekanan inflasi yang lebih tinggi.

Namun kadar inflasi sebenar bergantung pada lokasi dan kawasan tertentu.
Semakin tinggi kos barangan dan perkhidmatan sesuatu barangan keperluan di
sesebuah lokasi maka lebih tinggi kadar inflasinya. Ini kerana barangan dan
perkhidmatan yang sama tetapi harganya lebih tinggi di satu-satu lokasi akan
menyebabkan jumlah wang semakin besar diperlukan. Ini secara tak langsung
menjatuhkan nilai matawang itu sendiri. Sekiranya ingin tahu lebih lanjut
tentang inflasi boleh rujuk buku saya berjudul Bajet Wang.









Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
34
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012


Daripada : Redza

Salam,

1. Saya Berminat Utk Membeli Emas Goldbar. Adakah Ia Lebih Berbaloi Utk Pelaburan
Berbanding Buka Akaun Emas? Saya Nak Buat Utk Jangka Masa Panjang.

2. Saya Ada Melabur Dalam Unit Trust Kenanga Syariah. Tuan Pernah Dengar? Ada
Sebarang Pendapat?Bagus Ke Tak Berbanding Public Mutual?

3. Saya Ada Membeli Rumah. Harga Rm230k. Saya Buat Pinjaman Dengan Cimb Islamic.
Boleh Ke Kita Kurangkan Tahun Bayaran Utk Rumah?Saya Buat Pinjaman Selama 40
Tahun. Rasa Macam Lama Sangat. Ingat Nak Kurangkan. Boleh Ke Refinance Dengan
Kurangkan Tahun Bayaran? Kalau Tak Boleh Ada Ke Cara Lain?

4. Apa Bentuk Tabung/Simpanan Yang Sesuai Untuk Anak Kecil? Sspn Bagus Ke? Ke
Memadai Simpan Di Tabung Haji Saja?

5. Saya Tengok Ramai Orang Melabur Perak Sekarang Ni. Ebooknya Saya Tak Sempat Beli.
Apa Pandangan Tuan Tentang Pelaburan Perak?

terima kasih.
---
redza


JAWAPAN :

1. Saya Berminat Utk Membeli Emas Goldbar. Adakah Ia Lebih Berbaloi Utk
Pelaburan Berbanding Buka Akaun Emas? Saya Nak Buat Utk Jangka Masa
Panjang.

Kedua-dua bentuk pelaburan ini ada kelebihan dan kekurangan
tersendiri bergantung kepada tahap risiko yang anda boleh terima
dan ambil. Cuma dengan Akaun Emas anda tiada emas untuk
disimpan atau dimiliki kecuali dengan Akaun Emas yang patuh
syariah. Boleh rujuk www.AkaunEmas.com Untuk jangkamasa
panjang simpanan dan pelaburan emas memang berbaloi dan
menguntungkan.


Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
35
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012

2. Saya Ada Melabur Dalam Unit Trust Kenanga Syariah. Tuan Pernah Dengar? Ada
Sebarang Pendapat? Bagus Ke Tak Berbanding Public Mutual?

Unit trust pada asas adalah sama. Kita serahkan wang kita kepada
Pengurus Dana untuk dilaburkan wang tersebut bagi pihak kita di
Pasaran Saham bersama-sama wang orang lain. Bagus tak bagus
sebenarnya bergantung kepada kemampuan dan prestasi Pengurus
Dana dalam memberikan pulangan yang optimum ke atas wang yang
telah kita laburkan itu. Yang perlu diberi perhatian, berapakah caj
perkhidmatan yang dikenakan? Adakah ianya terlalu tinggi
berbanding Pengurus Dana yang lain?



3. Saya Ada Membeli Rumah. Harga Rm230k. Saya Buat Pinjaman Dengan Cimb
Islamic. Boleh Ke Kita Kurangkan Tahun Bayaran Utk Rumah?Saya Buat
Pinjaman Selama 40 Tahun. Rasa Macam Lama Sangat. Ingat Nak Kurangkan.
Boleh Ke Refinance Dengan Kurangkan Tahun Bayaran? Kalau Tak Boleh Ada
Ke Cara Lain?

Setiap produk pinjaman mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Saya
tidak dapat berikan jawapan yang tepat kerana anda tidak
menjelaskan ciri-ciri produk ini. Saranan yang paling baik, cuba
temui pihak bank dan bertanyakan sendiri persoalan di atas. Anda
boleh jawapan yang lebih tepat.








Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
36
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012

4. Apa Bentuk Tabung/Simpanan Yang Sesuai Untuk Anak Kecil? SSPN Bagus
Ke? Ke Memadai Simpan Di Tabung Haji Saja?

Kedua-dua bentuk produk terebut di atas mempunyai objektif atau
tujuan yang berbeza. Tabung Haji adalah produk simpanan untuk
tujuan mengerjakan Ibadah Haji, manakala SSPN adalah produk
tabungan pendidikan anak-anak. Pada pandangan saya,
(perbandingan antara keduanya) - jika anda ingin menyediakan
tabungan pendidikan anak-anak, SSPN menawarkan lebih banyak
kelebihan biarpun pulangan yang dijanjikan jauh lebih rendah
daripada Tabung Haji atau instrument pelaburan lain. Antara
kelebihannya adalah seperti pengeculian potongan cukai RM3,000
setahun, perlindungan insuran RM50,000 (simpanan minima
RM1,000), dan pemberian geran sepadan untuk ibubapa
berpendapatan kurang RM2,000 setahun.

5. Saya Tengok Ramai Orang Melabur Perak Sekarang Ni. Ebooknya Saya Tak
Sempat Beli. Apa Pandangan Tuan Tentang Pelaburan Perak?

Perak atau Silver juga merupakan salah satu pelaburan logam
komoditi untuk jangkamasa panjang yang sangat baik seperti
emas. Yang lebih menariknya rekod kadar pulangan Perak hampir
sama dengan Emas namun harganya jauh lebih murah daripada
emas. Untuk maklumat lanjut tentang pelaburan silver boleh baca
artikel berikut Masa Untuk Pelaburan Silver! (Klik link
berikut)









Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
37
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012


Sudahkah Anda Mendaftar Nama Dan Email Anda Untuk Melanggan E-Majalah
Pemikir Kaya Untuk Mendapatkan Keluaran Terdahulu Dan Yang Akan Datang?
Jika Belum, Daftar Sekarang Melalui Link Berikut :

http://www.Emajalah.PemikirKaya.com


e-Majalah ini diberikan PERCUMA!

Hak cipta terpelihara oleh PemikirKaya.com, dilarang sama-sekali
menerbit semula dalam lain-lain bentuk atau mempergunakan e-majalah
ini untuk tujuan keuntungan kecuali dengan kebenaran bertulis dari pihak
PemikirKaya.com.

Namun begitu anda dibenarkan, bahkan digalakkan menyebar e-majalah
ini untuk tujuan kebaikan, tetapi haruslah dikekalkan sifatnya tanpa
sebarang ubahan. Setiap artikel yang diterbitkan adalah hakmilik penulis
dan e-Majalah Pemikir Kaya.


Pemikir Kaya
e-Majalah Motivasi & Kewangan
www.PemikirKaya.com
Thinkerich Enterpriseerbit

Berminat Menyumbang Artikel Kewangan & Motivasi?
Kami sedang berusaha untuk berkongsi sebanyak mungkin informasi kewangan dan
motivasi buat semua masyarakat dan pengguna internet. Jadi sekiranya anda punyai
kepakaran dan kebolehan dalam bidang motivasi, kewangan, perniagaan dan
pemasaran, hubungi kami melalui blog PemikirKaya.Com
Apakah kelebihan menyumbang artikel bersama kami? Anda akan dapat membina
kredibiliti, promosi dan publisiti secara meluas melalui media internet secara
autoviral dan yang paling penting ianya percuma!
Pihak kami akan mempergiatkan promosi untuk menambah bilangan pembaca
sepanjang masa dan uniknya eMajalah ini akan terus diedarkan dari masa ke semasa
dan setiap hari akan ada pembaca baru yang akan memuat turun eMajalah ini
sampai bila-bila
Jadi sekiranya anda berminat hubungi kami segera, dan kami bersedia
mempertimbangkan artikel anda untuk manfaat dan kebaikan para pembaca di luar
sana. Jadi tunggu apa lagi, mungkin artikel anda akan tersiar bagi edisi keluaran
akan datang!


Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
38
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012



www.KewanganPeribadi.com



www.RahsiaMenjadiKaya.com


www.AkaunEmas.com




www.WangGaji.com




Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
39
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012




www.Teknik.PanduanBebasHutang.com






www.RahsiaPelaburEmas.com

wwww




www.PemikirKaya.com/bajetwang









Hakcipta Terpelihara 2012 PemikirKaya.Com
40
eMajalah Pemikir Kaya Sumber Informasi Motivasi & Kewangan Edisi #3 : April 2012




www.Tips.KewanganPeribadi.com











www.Ebook.KewanganPeribadi.com





www.KewanganPeribadi.com/asbloan





www.PanduanBebasHutang.com

Anda mungkin juga menyukai