Anda di halaman 1dari 57

Kepentingan permainan tradisional

Pada era pascamodenisasi ini, rakyat kita telah menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan fizikal yang pesat. Ironinya pelbagai warisan nenek moyang kita semakin dipinggirkan oleh masyarakat kita, terutamanya golongan muda. Salah satu khazanah kebudayaan kita yang semakin luntur dalam gaya hidup yang moden ini ialah permainan tradisional kita yang terdiri daripada congkak, wau, gasing dan sebagainya. Oleh itu, generasi muda perlu disedarkan tentang kepentingan permainan tradisional kepada bangsa dan negara.

Salah satu kemaslahatan permainan tradisional ialah permainan ini merupakan kebanggaan aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana permainan tradisional adalah ciptaan nenek moyang kita yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita. Permainan tradisional tidak boleh disamakan dengan permainan elektronik atau permainan siber. Alat permainan tradisional juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul. Sebagai contohnya, wau bulan telah dihias dengan kertas warna-warni yang dilukis dan digunting dengan cantik nian. Jika permainan tradisional kita telah lenyap di bumi kita, apakah kebudayaan yang dapat memperlihatkan maruah bangsa kita? Ingatlah peribahasa, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Tambahan pula, permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang signifikan dalam industri pelancongan. Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan menikmati juadah yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin menghayati corak budaya kita yang berwarna-warni. Lantaran itu, permainan tradisional berupaya memukau hati pelancong yang melawat ke Malaysia. Seperti peribahasa, Tak kenal maka tak cinta, setelah diperkenalkan kepada pelancong, lazimnya mereka akan berminat dan turut bermain dengan seronoknya terhadap permainan tradisional. Rentetan daripada itu, hotel- hotel lima bintang dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita patut menyediakan tapak dan alat permainan tradisional kepada pelancong asing kita. Hal ini bukan sahaja dapat memangkinkan industri pelancongan tetapi juga memperkenalkan kebudayaan kita kepada bangsa lain, seperti peribahasa, serampang dua mata. Ternyata, permainan tradisional merupakan salah satu tarikan dalam industri pelancongan.

Lebih-lebih lagi, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi. Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramai-ramai. Tamsilnya, terdapat kawasan lapang yang sering dibanjiri oleh orang ramai untuk bermain layang-layang. Peminat itu tidak mengira bangsa dan budaya tetapi bersama-sama memperlihatkan lelayang yang beraneka corak . Mereka juga berkongsi idea dan pendapat tentang lelayang mereka. Tidak hairanlah akan tercetusnya suasana yang muhibah dan harmoni dalam masyarakat. Mereka turut melegakan tekanan dan menghabiskan masa bersama dengan keluarga sendiri. Senario ini jauh lebih baik daripada individu yang asyik bermain permainan komputer di kamar sendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain.

Natijahnya, permainan tradisional merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai. Oleh itu generasi muda bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini daripada generasi kepada generasi, seperti peribahasa, Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Walaupun zaman beredar, tetapi segala warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuh supaya bangsa kita tidak digelar sebagai etnik yang tidak berakar umbi dan sentiasa terhanyut oleh arus globalisasi.

Cara-cara untuk Mengembangkan Permainan Tradisional di Negara Kita

Dasawarsa ini, negara kita sedang menempuh arus globalisasi dan modenisasi sehingga mengalami pembangunan yang pesat sekali. Sehubungan dengan itu, permainan tradisional turut dipandang enteng dan dikesisikan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Hal ini berkait rapat dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam kalangan remaja dan belia kita. Adakah kita sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita ditelan dalam pengedaran zaman dan lenyap dalam bumi kita? Tepuk dada tanya selera. Sebelum nasi menjadi bubur, kita perlu mencari pendekatan yang efisien untuk membangkit permainan tradisional di negara kita semula, seperti peribahasa, di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh.

Sesungguhnya, Kempen Cintai Permainan Tradisional merupakan salah satu alternatif yang ampuh untuk mengembang permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara besar-besaran dengan kerjasama pihak media massa, terutamanya media cetak dan media elektronik, iaitu surat khabar dan pihak televisyen. Pihak berkenaan perlu menyiarkan dokumentari dan rencana untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita, seperti wau, gasing, congkak dan lainlain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu menyedarkan orang ramai tentang kepentingan permainan tradisional terhadap masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan karang-mengarang, pameran, dan peraduan poster dan sebagainya, bak kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Lantarannya golongan muda pasti terpengaruh oleh kempen tersebut dan berminat terhadap permainan tradisional kita.

Selain itu, pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus digalakkan supaya menubuhkan kelab atau persatuan permainan tradisional. Berpaksikan kelab permainan tradisional, pelajar boleh diajar tentang cara membuat alat permainan, cara bermain dan lain-lain lagi. Setelah disuntik ilmu itu, pelajar akan berminat untuk melibati permainan tradisional tersebut. Generasi muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan dan mewarnai masyarakat kita kelak. Nescaya pelibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita daripada membiarkan seni budaya kita terus lenyap dan pupus begitu sahaja. Bak kata peribahasa, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, atas komitmen pihak sekolah, putera-puteri yang sedang berjuang dalam medan ilmu pengetahuan dapat bergiat aktif dalam permainan tradisional untuk melegakan tekanan sebagai kegiatan riadah.

Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk membangkit permainan tradisional dalam masyarakat kita. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah, manusia memang suka bertanding dan berlaga. Lantarannya, pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh bergabung dengan korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan permainan

tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hingga antarabangsa. Salah satu contoh yang terbaik ialah Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor. Pertandingan layang-layang itu berjaya menarik peminat-peminat permainan tersebut dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian. Hal ini berjaya mempromosikan pelancongan dan permainan tradisional kepada pelancong asing, selaras dengan peribahasa, menyelam sambil minum air.

Secara intihanya, permainan tradisional harus dilestarikan supaya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Jika semua pihak bersikap acuh tak acuh dan hanya melepaskan batuk di tangga, khazanah budaya kita pasti akan lenyap di bumi kita. Ingatlah peribahasa, Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM-KAUM DI MALAYSIA

PENGENALAN Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masingmasing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU Sepak Raga

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola

kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Congkak

Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Permainan congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang

dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil kampung. Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil rumah. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak. Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA Mahjong

Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer. Go

Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wiq di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.

Xiang Qi

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti raja dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta sungai dan istana yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur. Yo-yo Cina

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA Kho-kho

Kho-kho merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan Lari dan kejar di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain. Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan foul, pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata Kho Kho. Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan Kho-Kho ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.

Chaturanga

Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih. Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga. Dalam terminologi sanskrit, Chaturanga berarti memiliki empat bagian dan dalam puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti tentara. Nama itu sendiri bersumber dari sebuah formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu. Ashtpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9. Ilmuwan Arab Abu al-Hasan Al al-Masd memberi rincian tentang penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan terkadang dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Masd juga menunjukkan Ivory di India merupakan daerah produsen alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan. Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain mengalami perubahan bentuk.

KABADI

Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British. Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang). Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian bdn mencecah tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring.

USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Bertepatan dengan peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, Malaysia kini berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada pembangunan yang pesat. Berkait rapat dengan perkembangan tersebut, generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional yang merupakan warisan pusaka sejak duhulu lagi. Lantaran itu, permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih daripada arus perdana kehidupan masyarakat. Sebagai individu, adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman yang berlaku? Mahukah kita membiarkan anak watan berterusan meminggirkan budaya mereka? Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian dengan kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut diusahakan secara bersungguhsungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa tercinta ini. Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan serta mempopularkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan memupuk minat bermain permainan tradisional. Mereka boleh membelikan anak-anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun sebagai hadiah kerana pencapaian cemerlang dalam akademik di sekolah. Ibu bapa juga boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan secara bersendirian atau bersama dengan rakan-rakan sekerja. Inisiatif ini dapat memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba bermain permainan tradisional seperti congkak, menaikkan layanglayang dan bermain gasing. Jelas bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan sesuatu permainan tradisional serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga, bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.

Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah. Rentetan daripada itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan permainan tradisional seperti Kelab Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional. Setelah mengetahui secara mendalam sesuatu permainan itu, pelajar akan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut. Usaha menanam minat terhadap generasi muda penting kerana mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan, justeru, penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional nescaya dapat mempopularkan permainan tersebut di Malaysia daripada pupus dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka iltizam pihak sekolah amat dituntut agar putera-puteri yang sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif mempopularkan permainan tradisional di samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan. Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan satu kaedah yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan mengarang, pameran, peraduan melukius poster dan lain-lain lagi. Melalui proses tersebut, permainan tradisional boleh menjadi lebih popular di merata-rata tempat bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang dilakukan tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada generasi baru.

Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi mempopularkan permainan tradisional. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di sini. Apabila mereka pulang ke negara mereka kelak, mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini. Usaha ini secara tidak langsung membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga kerana Malaysia masih mempunyai permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Perkara yang sama boleh dilakukan oleh agensi pelancongan yang bertindak sebagai medium penyebar maklumat untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada pelancong asing. Lantaran itu, agensi pelancongan boleh mengurus aktiviti seperti bermain gasing, galah panjang dan teng-teng di tempat penginapan pelancong asing. Diharapkan langkah ini akan membuatkan para pelancong terhibur sekali gus berminat dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas bahawa, pertukaran budaya antara negara dan peranan agensi pelancongan mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat luar. Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan merupakan inisiatif yang agak praktikal untuk mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui pertandingan yang diadakan semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah manusia, segelintir masyarakat memang suka bertanding untuk mendapatkan sesuatu. Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini, contoh yang terbaik ialah penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai badan korporat. Berdasarkan rekod yang ada, pertandingan layang-layang tersebut berjaya menarik peminat-peminat permainan layang-layang dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian. Terbukti di sini, penganjuran pelbagai pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan industri pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara.

Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk permainan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut ialah khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah serta bersedia melakukan pecutan akhir ke arah negara maju pada tahun 2020, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan menghadapi semangat habis kapak berganti beliung untuk merealisasikan impian negara tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh!

Itu diaa Chateh atau Sepak Bulu Ayam ^^

Wahhh! ramainya orang yang tengah bermain. Apakah ia?? Ia adalah permainan Sepak Bulu Ayam sama dengan Chateh. Permainan ini telah popular sejak zaman datuk nenek moyang kita lagi sehingga kini permainan ini begitu popular dan disukai tanpa mengira usia mahupun agama. Permainan ini juga boleh dimainkan pada bila-bila masa tapi seeloknya pada waktu petang dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.:) Bulu ayam yang digunakan hampir mirip kepada bulu tangkis yang ada pada masa kini. Cara penyediannya juga tidaklah rumit. Boleh juga menggunakan getah tiub tayar. Getah itu terlebih dahulu dipotong dengan ukuran pusat kira-kira 4 cm. Getah itu digamkan berlapis-lapis supaya tebal. Kemudian sebatang paku pendek dicucuk ditengah-tengahnya. Paku itu berfungsi sebagai pemberat dan sebagai tempat untuk mengikat pangkal-pangkal bulu ayam.

Permainan

ini

menekankan

kemahiran

menimbang

bulu

ayam

menggunakan

kaki.

Memandangkan permainan ini perlumbaan mengutip mata, penimbang akan menimbang bulu ayam sekerap yang mungkin tanpa menjatuhkannya ke tanah. Semakin tinggi jumlah timbangan semakin tinggilah kemahiran si pemain.Dari segi peraturan.

Pemain yang berjaya membuat banyak timbang dialah yang akan menjadi juara. Bulu ayam perlulah di sepak dengan tepi tumit atau sebelah dalam kaki. Dalam keadaan tertentu, pemain dibenarkan menyambut bulu ayam dengan menggunakan kepala, dada atau lutut. Tapi tidak boleh guna tangan kerana pemain akan dikira kalah atau pun mati. Tetapi kawan-kawan haruslah ingat timbangan yang dibuat selain dari kaki tidak diterima.

SEPAK RAGA A.K.A SEPAK TAKRAW

Nampak tak gambar yang dua pemain yang sedang bermain diatas. Ia adalah permainan yang di kenali sebagai Sepak Raga juga di kenali sebagai Sepak Takraw. Permainan ini telah wujud sejak 600 tahun yang lalu. Ia dimainkan oleh golongan bangsawan dan rakyat jelata yang juga mengemari permainan ini. Ia dimainkan di kawasan lapang dan luas. Sepak Raga telah berkembang dan dimainkan bermacam peringkat. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dan bentuk bulatan serta memerlukan kemahiran mengawal dan menimbang bola..ushhh~ nampak macam susahkan kawan-kawan.Nama Sepak Raga juga dikenali Sepak Takraw dan diterima di peringkat antarabangsa.

Mari kita lihat cara-cara bermain Sepak Takraw. Langkah 1) Sepak Takraw di mainkan dengan menanduk dan menyepak bola untuk melepasi jaringan dan memasuki gelanggang lawan. Anggota badan seperti kepala, bahu, dada dan peha boleh digunakan kecuali tangan. Langkah 2) Setiap regu dibarisi 3 pemain dikenali sebagai tekong iaitu pemain yang berada di tengah manakala pemain kiri dan kanan dikenali sebagai apit kiri dan apit kanan. Langkah 3) peringkat perlawanan, setiap pasukan akan diwakili tiga regu dalam setiap regu dan hanya dibenarkan membuat satu gantian atau pertukaran pemain. Langkah 4) Matlamat permainan Sepak Takraw adalah berusaha mematikan bola di gelanggang pihak lawan sehingga mencapai mata penamat iaitu 21.

Sebelum bermain kawan-kawan mestilah mengetahui kesalahan pemain. 1. Menyentuh jaring ketika permainan berjalan adalah satu kesalahan. Maka mata atau servis akan diberikan pada pihak lawan. 2. Pertukaran gelanggang akan dilakukan dalam setiap pusingan. 3. Jika kedudukan mata seri 1-1 pemainan diteruskan dalam pusingan yang ketiga. 4. Didalam pusingan ini, mana-mana regu yang mendahului atau mencapai mata lapan,pertukaran gelanggang akan dilakukan. 5. Kiran mata kemudian akan diteruskan sehingga ke mata penamatt..

Teeeettttt.

Gambar diatas menunjukkan terdapat tiga sentuhan a) Sentuhan pertama- mengawal bola. b) (b) Sentuhan kedua- mengumpan. c) (c) Sentuhan Ketiga- rejaman.

Ceper a.k.a Tutup botol

Kawan-kawan tahu tak dulu-dulu punya permainan adalah Ceper juga di kenali sebagai tutup botol dikalangan masyarakat melayu. Tapi zaman sekarang mungkin dah macam-macam style / syarat yg diubahsuai untuk jadikan permainan ni lebih thrill..hahha..

Bermain tutup botol nih perlukan fokus tau kawan-kawan. Ia dapat melatih sifat sabar dalam diri kitea :)

orang lama vs orang baru..siap ada "pelapis" kat tepi tu.

Nih la tutup botol yang perlu ada jika kawan-kawan ingin bermain dengan nya^^

Step 1:Kawan-kawan kena serakkan 5 bijik tutup botol tu. pastu angkat 1 tinggalkan 4. pastu pihak lawan akan tunjukkan yang mana yang nak tembak dulu.

Step 2: kalau nak susahkan pihak lawan kawan-kawan mestilah pilihlah yang bijik tutup botol yang senand and kawan- kawan gunalah tangan sebelah lagi sebagai penahan untuk kena tutup botol yang ada halangan. huhuuhhuuu.. senangkan main tutup botol nih kawan-kawan asalkan kawan-kawan ada niat untuk mencuba :) Selamat GOOD LUCK Posted by permainan tradisional feradis at 05:16 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Permainan dahulu kalaa~~ OSOM^^ mencuba~

Setiap

orang

ada

kenangan

masa

zaman

kecik-kecik

dahulu

kan???

Mesti kawan-kawan pernah bermain Osom kn?? Tapi apakah Osom itu??

Rock-paper-scissors is a hand game played by two or more people.

The game is often used as a selection method in a way similar to coin flipping, drawing straws, or throwing dice . Did you know how to play Rock-paper-scissors?? let me explain first~

1)The players count aloud to three, or speak the name of the game (e.g. "Rock! Paper! Scissors!" and each time raising one hand in a fist and swinging it down on the count. 2)On the third count (saying, "Scissors!" ) the players change their hands into one of three gestures, which they then "throw" by extending it towards their opponent. 3)players use a fourth count "Shoot!" before throwing their gesture, or a version where they only shake their hands twice before "throwing." Others prefer a five count cadence by saying "Says Shoot!" 4)The gesture are like:

Rock, represented by a clenched fist. Scissors, represented by the index and middle fingers extended and separated (or

in South Korea, by the thumb and index finger extended).

Paper, represented by an open hand, with the fingers connected (horizontal).

The objective is to select a gesture which defeats that of the opponent. Gestures
Rock

are resolved as follows: blunts or breaks scissors: that is, rock defeats scissors cut paper: scissors defeats paper
Scissors Paper If

covers, sands or captures rock: paper defeats rock

both players choose the same gesture, the game is tied and the players throw

again.

Kawan-kawan

tahu dekat korea depa pown ada bermain Osom tauu..

kalau tak percaya lihatlah gambar di atas ini..hehehhee~


Tetiba teringat

pula cerita dalam in my heart ^^ yeepii :)

Apa lagii

tunggu, jom lah kita main kawan-kawan.

Posted by permainan tradisional feradis at 04:33 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Wednesday, 20 March 2013 ~GALAH PANJANG~

*Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong.

*Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain.

*Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris.

*Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang.

*Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. *Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah. CARA BERMAIN Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain. 1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar

bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter. 2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua.

Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang. 3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjagaa gelanggang akan menjaga

gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang. 4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua

akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang. 5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan

yang dijaganya. 6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh

oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.

7.

Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir

melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti. SYARAT PERMAINAN 1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati

atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang. 2. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan

tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.

Posted by permainan tradisional feradis at 07:33 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook KONDA KONDI *Konda-kondi ialah sejenis permainan memukul kayu kecil dengan kayu panjang.

*Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikirkan arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang

dikuis

untuk

mematikan

pihak

lawan.

*Permainan konda-kondi ini merupakan salah satu permainan yang ringkas dan menyeronokkan.

Permainan Konda kondi

TUJUAN

PERMAINAN

Permainan ini menguji kepintaran pemain memukul kayu dan mengelaknya daripada disambut oleh pemain lawan.

KAWASAN

PERMAINAN

Kawasan

yang

terbuka

dan

lapang

PERALATAN

Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada: Dua batang kayu kecil berukuran 15cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibuLubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.

CARA BERMAIN 1. Sediakan dua batang kayu iaitu, satu kayu pendek berukuran kaki dan satu kayu

panjang berukuran 1 kaki. 2. 3. 4. Sebuah lubang dikorek di tempat permainan. Kayu pendek diletakkan secara melintang di atas lubang. Pemain dibahagikan kepada dua pasukan. Setiap pasukan sama banyak

bilangannya. 5. Undian di buat bagi menentukan kumpulan mana yang main dahulu. Pemain yang

memulakan permainan akan berdiri dekat lubang tempat bermain. 6. 7. Pasukan lawan pula akan berdiri di serata tempat. Permainan akan dimulakan dengan pemain menguis kayu pendek ke hadapan

dengan mengunakan kayu panjang. 8. 9. mati. 10. 11. 12. Mata akan dikira daripada bilangan ukuran yang dibuat. Permainan diteruskan apabila pemain berjaya melaksanakan langkah 1. Mata yang dikumpulkan oleh pemain-pemain dalam pasukan itu dicampurkan Ukur jarak kayu pendek itu dari lubang dengan kayu panjang. Apabila pihak lawan dapat menangkap kayu pendek, pasukan yang bermain dikira

bagi mendapatkan jumlah keseluruhan. 13. Kumpulan yang mengumpul bilangan mata terbanyak akan memenangi

permainan itu.

Cara bermain konda kondi

UNDANG-UNDANG

PERMAINAN

Sepanjang permainan ini, jika kayu pendek itu dapat ditangkap oleh sesiapa dalam kumpulan B, jadi pemain yang menguis kayu pendek dikira mati. Jika pemain dalam kumpulan B berjaya menangkap kayu pendek dengan menggunakan satu tangan sahaja, semua pemain dalam kumpulan A dikira mati dan kumpulan B akan memulakan permainan pula. Jika kumpulan lawan berjaya mencampakkan kayu pendek ke dalam lubang, pemain yang menguis kayu pendek dikira mati dan terpaksa memberhentikan permainan, pemain lain dari kumpulan yang sama, pemain yang seterusnya pula akan meneruskan permainan. Posted by permainan tradisional feradis at 07:19 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook SOROK SOROK (HIDE AND SEEK)

*Dibeberapa

tempat

permainan

ini

dinamakan

juga

sebagai

main

sorok-sorok.

*Kanak-kanak lelaki dan perempuan amat mengemari permainan ini, ia amat mudah dan jumlah pemain yang tidak terhad.

*Lebih ramai yang bermain lebih mendatangkan keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi mereka. *Jenis permainan luar rumah dan memerlukan kawasan yang luas, persekitaran rumah akan dijadikan gelanggang.

*Sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau rumah iaitu induk untuk pemain yang akan mencari rakan mereka yang menyorok.

Undian

Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang dinamakan pencari. Undian secara lai lai li tam plong dijalankan kepada semua pemain.

Cara Bermain dan Peraturan 1. Setelah pencari ditentukan, ia hendaklah berdiri dengan menutup matanya di

rumah induk. 2. 3. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara kuat. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain lain yang

menyorok disekitar kawasan yang telah ditetapkan. 4. Jika terdapat pemain yang menyorok diluar kawasan yang telah ditetapkan ia

dikira jadi dan akan mengambil peranan sebagi pencari pula. 5. Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari mereka, hendaklah disebut

dengan kuat namanya dan dituruti dengan sebutan ibu.

6.

Dalam masa yang sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit

induk, dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu tidak boleh mencuit induk pula. 7. Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua pemain yang menyorok

ditemui. Setelah seleasi kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun yang dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka pemain yang mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula. 8. Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu dari pencari

ke rumah induk, maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan permainan dimulakan semula. 9. Hal yang sedemikian juga boleh terjadi sekiranya salah seorang dari pemain

mencuit rumah induk dengan menjeritkan perkataan ibu, maka permainan akan dimulakan semula dan pencari akan tetap memegang peranannya.

ULI ~

~ GULI ~

sedapnya coklat. yummy. opss. ehh! jangan terkejut jika gambar di atas sebenarnya adalah GULI? *o*! aipp.. tutup mulut dan berhenti buat muka terkejut tu! tengok bawah ni.

APA KEBENDANYA GULI TU? tak ramai anak muda zaman kini tahu bagaimana nak main guli ni. kan? iyakan je. *guli adalah sejenis permainan tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak dan sering dimainkan pada zaman dahulu selain gasing, congkak, wau dan lain lain. *malah dinamakan sebagai Kelereng *guli berbentuk bulat, kecil dan mudah dibawa ke mana mana. *gemar dimain oleh kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Zaman dulu : potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk dijadikan sebuah guli.

Selepas Perang Dunia Pertama : guli dibuat dari bahan kapur yang diadun dengan simen. Ia sebesar ibu jari kaki.

Sekarang : guli diperbuat dari bahan-bahan kaca dengan ukuran yang pelbagai saiz, dari ukuran jari kaki kelingking hingga ibu jari kaki.

*Guli dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat dengan mengenakan sasarannya. *Jumlah pemain pula tidak melebihi lima orang. *Kawasan tanah rata dan lapang merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menjadi gelanggang bermain guli

Gelanggang: 1. Satu bulatan dilukiskan di atas tanah yang berukuran garis pusat 1m. 2. Sebuah lubang sebesar 10sm, lebar dan sedalam 7sm dilekukkan di tengah-tengah bulatan. 3. Tanah dilekukkan dengan menghentakkan tumit kaki ke tanah. 4. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. 5. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m daripada bulatan besar tersebut. 6. Garisan ini adalah penanda mula tempat permainan. namun zaman kini permainan guli tidak terhad hanya boleh dimainkan di atas tanah tetapi boleh dimainkan di atas lantai .

cara membuat gelanggang guli di atas lantai : 1. sediakan peralatan seperti pen marker, pita pelekat dan guli.

2. lukis bulatan di atas lantai seperti gambar di bawah.

3. lekatkan pita pelekat jauh sedikit daripada bulatan sebagai tanda penanda jarak pemain boleh melontarkan guli.

4. pemain lontarkan guli dan singkirkan guli pemain yang lain.

5. boleh juga diletakkan kertas bersama pita pelekat untuk lebih jelas dan peka dengan penanda jarak untuk melontar guli.

6. pemain dengan hasil lontaran yang bagus akan dapat menyingkirkan guli pihak lawan dan mengutip guli terbanyak. Pemain dengan jumlah guli terbanyak akan memenangi permainan guli.

contoh gelanggang guli di atas tanah.

contoh guli :

Dewasa ini, permainan tradisional tidak lagi digemari oleh generasi muda malah kedapatan juga permainan yang telah pupus ditelan zaman. Terdapat banyak faktor yang telah menyebabkan fenomena ini berlaku. Oleh sebab itu, pelbagai langkah drastik perlu dilakukan untuk mempopularkan kembali permainana tradisional. Pada umumnya, permainan tradisional merupakan permainan yang dicipta oleh masyarakat tradisional pada zaman lampau. permainan tradisional ini menjadi kebanggaan masyarakat dan seterusnya diwarisi dari satu generasi kepada generasi berikutnya. pada kebiasaannya, permainan tradisional ini dimainkan pada masa lapang, pada perayaan-perayaan tertentu atau selepas tamat sesuatu musim, misalnya musim menuai padi. Namun demikian, pada hari ini permainan tradisional hanya dimainkan oleh segelintir masyarakat sahaja. Hal ini sedemikian kerana permainan tradisional yang menjadi lambang kemegahan dan warisan tradisi masyarakat terdahulu semakin dilupai oleh generasi muda. Terdapat banyak faktor yang telah menyebabkan permainan tradisional semakin dilupai oleh masyarakat kini. Faktor utama yang menyebabkan fenomena ini berlaku ialah remaja zaman sekarang beranggapan bahawa permainan tradisional sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi dimainkan. Persaingan dengan permainan moden yang canggih seperti permainan komputer juga merupakan ancaman kepada permainan tradisional. Remaja hari ini juga lebih cenderung kepada sukan lasak yang dianggap lebih mencabar dan memerlukan daya saing serta daya tahan yang tinggi. Hal ini menyebabkan generasi muda tidak lagi berminat dan kian melupai cara sesuatu permainan tradisional dimainkan.

Kita, sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama bertanggungjawab dan berganding bahu untuk mempopularkan kembali permainan tradisional agar terus popular seperti kata peribahasa tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. terdapat beberapa langkah untuk mempopularkan kembali permainan tradisional. langkah pertama yang perlu diambil oleh pihak kerajaan ialah mewajibkan setiap sekolah di Malaysia mengambil bahagian dalam pertandingan permainan tradisional sama ada di peringkat sekolah , daerah, negeri dan kebangsaan. Langkah ini bagi memperkenalkan kembali sesuatu permainan tradisional dan cara-cara memainkannya agar sentiasa segar dalam ingatan generasi muda. Dalam hal ini, kita amat berasa bangga dengan usaha Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim yang menganjurkan Festival Layang-layang Peringkat Antarabangsa yang bertempat di Pasir Gudang, Johor. Selain dapat memperkenalkan warisan tradisi masyarakat Malaysia, usaha ini juga dapat menarik kedatangan pelancong asing datang ke negera kita. Pihak Kerajaan dengan kerjasama media massa dalam dan luar negera juga memainkan peranan besar untuk mempopularkan kembali permainan tradisional. pihak kerajaan dan media massa haruslah mengadakan pelbagai kempen mempromosikan permainan tersebut dengan mengadakan pameran dan pertandingan berkaitan permainan tradisional. Kempen-kempen ini perlulah diadakan secara berterusan terutama di tempat-tempat yang dikunjungi ramai masyarakat tempatan dan para pelancong. Tegasnya apa yang akan dilakukan oleh semua pihak perlulah menunjukkan komitmen yang tinggi dan tidak bersifat bagai melepaskan batuk di tangga sahaja. Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka. Mereka perlu mengajar cara-cara permainan tradisional sejak kecil lagi. Situasi ini dapat dikaitkan dengan peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. ibu bapa boleh membelikan anak mereka permainan tradisional seperti gasing, congkak, wau dan lain-lain lagi. Mereka juga boleh bermain bersama-sama anak mereka. Situasi ini secara tidak langsung dapat mengeratkan pertalian antara keluarga dan menyelami hati dan perasaan mereka, ibarat kata peribahasa sambil menyelam minum air. Natijahnya semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk sama-sama mempopularkan kembali permainan tradisional yang semakin pupus. Hal ini amat penting agar permainan tradisional tetap popular dalam kalangan generasi muda.

PENGENALAN Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panaswalaupun popularitinya semakin berkurangan. Generasi muda hari ini tidak mengenali permainan tradisional dengan mendalam kerana kemajuan teknologi yang begitu pesat. Pelbagai pihak telah berusaha untuk mengembalikan populariti permainan tradisional masyarakat kita. Namun begitu, belum ada tanda-tanda permainan tradisional akan kembali diminati. Jadi, beberapa langkah yang sesuai wajar dilaksanakan untuk menghidupkan kembali warisan budaya bangsa ini. Kerajaan wajar menganjurkan pertandingan-pertandingan permainan tradisional di semua peringkat sosial. Langkah ini bertujuan untuk menarik minat masyarakat untuk bergiat cergas dalam bidang sukan tradisional yang semakin dilupakan. Pelbagai hadiah yang menarik wajar disediakan keranaada gula ada semutnya. Permainan tradisional seperti wau, gasing, galah panjang, congkak, dan sebagainya sesuai untuk dipertandingkan. Pertandingan ini wajar dijadikan acara bulanan atau tahunan agar pendedahannya lebih kerap dan bukan sekadar hangathangat tahi ayam. Jadi, penganjuran pertandingan akan dapat mengembalikan populariti permainan tradisional bangsa kita. Selain itu, pihak berwajib perlu menjadikan permainan tradisional sebagai satu acara untuk menarik pelancong kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan mendapat sagunya. Kebanyakan pelancong mancanegara sudah tentu berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang permainan tradisional Malaysia yang pelbagai jenis. Kementerian Pelancongan wajar melatih generasi muda untuk menjadi duta kecil untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada pelancong asing. Untuk menjadikan permainan tradisional lebih popular, konsep inap desa turut memasukkan permainan tradisional sebagai acara wajib dalam program berkenaan. Oleh yang demikian, permainan tradisional dapat diperkenalkan kepada pelancong asing dengan lebih berkesan Satu lagi langkah untuk memperkenalkan permainan tradisional adalah dengan memasukkan permainan tradisional sebagai satu aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi. Malahan, kanak-kanak di peringkat prasekolah juga wajar didedahkan dengan permainan tradisional kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kelab-kelab permainan tradisional hendaklah ditubuhkan dan murid-murid diwajibkan menjadi ahli manamana kelab permainan tradisional yang digemari oleh mereka. Tambahan pula, pertandingan

permainan tradisional antara sekolah-sekolah akan menyemarakkan lagi semangat murid untuk memahirkan diri dengan permainan-permainan tradisional tertentu. Langkah ini sudah tentu dapat menghidupkan kembali kegemilangan permainan tradisional dalam kalangan generasi muda di negara kita Kesimpulannya, permainan tradisional memang wajar dikembalikan kegemilangannya dalam kalangan generasi muda. Semua pihak hendaklah berganding bahu untuk mempopularkan kembali warisan bangsa yang tidak ternilai harganya ini. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Jika tidak permainan tradisional warisan berzaman ini hanya tinggal nama sahaja pada suatu masa nanti. Kerjasama dan iltizam semua pihak akan dapat mempopularkan kembali warisan bangsa kita sampai bila-bila.

USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL Bertepatan dengan maksud peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan,kini Malaysia sedang berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada pembangunan yang pesat. Berkait rapat dengan perkembangan tersebut generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer sehingga seakan melupakan permainan tradisional yang merupakan warisan pusaka sejak duhulu lagi. Lantaran itu, permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih daripada arus perdana kehidupan masyarakat. Sebagai individu, adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman yang berlaku? Dalam hal ini , sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian dengan kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa tercinta ini. Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenal serta mempopularkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian keranan kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasamelentur buluh biarlah dari

rebungnya bagi tujuan memupuk minat bermain permainan tradisional. Mereka boleh membelikan anak-anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun sebagai hadiah kerana cemerlang dalam akademik di sekolah. Ibu bapa juga boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan secara bersendirian atau bersama rakan-rakan sekerja. Inisiatif ini dapat memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba bermain permainan tradisional seperti permainan congkak, menaikkan layang-layang dan bermain gasing. Jelas bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan sesuatu permainan tradisional serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga,bak kata peribahasa sambil menyelam minum air. Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah. Rentetan daripada

itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan permainan tradisional seperti Kelab Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional. Setelah mengetahui secara mendalam sesuatu permainan itu, pelajar akan rasa berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut. Usaha menanam minat terhadap generasi muda penting kerana mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan. Justeru, penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional nescaya dapat mempopularkan permainan tradisional di Malaysia daripada membiarkan seni budaya kita terus pupus dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka komitmen pihak sekolah amat dituntut, agar putera-puteri yang sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif mempopularkan permainan tradisional di samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan. Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan

tradisional merupakan satu kaedah yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan karangmengarang, pameran, dan peraduan poster dan sebagainya. Melalui proses tersebut, permainan tradisional boleh menjadi lebih popular di merata tempat bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang dilakukan tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada generasi baru. Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi mempopularkan permainan tradisional. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di sini. Apabila mereka pulang ke negara mereka kelak,mereka akan mengajar rakan-

rakan dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini. Usaha ini secara tidak langsung membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga kerana Malaysia masih mempunyai permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas. Perkara yang sama berlaku apabila pelancong asing melancong ke Malaysia dan menginap di desa yang mana mereka akan diajar cara-cara bermain tradisional seperti gasing, galah panjang dan teng-teng. Diharapkan langkah ini akan membuatkan para pelancong terhibur sekali gus berminat dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas bahawa, pertukaran budaya antara negara mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat luar. Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandinganmerupakan inisiatif yang agak praktikal untuk mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui pertandingan yang diadakan semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah manusia, segelintir masyarakat memang suka bertanding dan berlaga untuk mendapatkan sesuatu. Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini, contoh yang terbaik ialah penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai badan korporat. Berdasarkan rekod yang ada, pertandingan layang-layang tersebut berjaya menarik peminat-peminat permainan layang-layang dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian. Terbukti di sini, penganjuran pelbagai pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan industri pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara. Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk permainan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut adalah khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah serta bersedia melakukan pecutan akhir ke arah negara maju 2020, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usulnya dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh

memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan menghadapi semangat habis kapak berganti beliung untuk merialisasikan impian negara tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh!. Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Lantaran resam yang majmuk ini, maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Tonggak penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Keadaan ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh hal yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat antaranya termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain. Namun begitu,akibat daripada kemajuan dunia dalam pelbagai skop,permainan ini seolah-olah dianaktirikan begitu sahaja oleh masyarakat kita. Oleh itu,pelbagai langkah yang pragmatik perlu dilaksanakan dalam usaha menggiatkan permainan tradisional pada hari ini.

Keluarga mendukung obligasi yang dominan dalam usaha ke arah menggiatkan permainan tradisional tanah air. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menghadiahi anak-anak dengan set-set permainan tradisional sebagai hadiah hari lahir iaitu congkak dan gasing. Melalui langkah ini,ternyata anak-anak akan berasa terhibur dan teruja selain dapat mengenali warisan nenek moyang kita .Pada waktu senggang, ibu bapa boleh membawa setiap ahli keluarga mereka bermain permianan tradisional ini agar anak-anak akan mempunyai semangat untuk bermain permainan ini memandangkan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bahkan,ibu bapa juga mampu menyerapkan minat terhadap permainan ini dalam kalangan anak-anak dengan

menggalakkan mereka menyertai pertandingan permainan tradisional di peringkat sekolah mahupun anjuran badan-badan bebas. Hal ini dapat mencambahkan minat generasi muda untuk terus berkecimpung dalam tradisi permainan ini. Golongan pascamerdeka khususnya generasi baru sepatutnya menyanjung dan menjunjung warisan budaya kita persis peribahasa Melayu yang berbunyi biar mati anak,jangan mati adat. Oleh itu,setiap ahli keluarga terutamanya ibu bapa memikul tanggungjawab murni untuk mempopularkan permainan tradisional negara kita.

Selain itu,permainan tradisonal juga dapat digiatkan dengan adanya peranan daripada pihak sekolah. Pihak sekolah boleh memainkan peranan dengan menganjurkan kelab permainan tradisionald dalam aktiviti kokurikulum. Dalam hal ini,pihak sekolah perlu memastikan kelab ini bergerak secara aktif bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Pelajar sekolah perlu diberi galakkan untuk menyertai kelab ini kerana dapat didedahkan dengan pelbagai jenis permainan tradisional yang boleh menjadi salah satu hobi mereka. Sebagai contoh, permainan congkak,permainan gasing dan permainan batu seremban.Bahkan, pelajar juga dapat mendominasi teknik bermain permainan warisan ini dengan tepat dan betul. Dengan itu, mereka akan lebih menguasai permainan ini kerana mereka telah belajar dengan orang yang berpengalaman dan profesional kerana jauhari jua yang mengenal manikam. Pihak sekolah boleh menjemput pihak luar seperti orang perseorangan yang mahir dalam sesuatu permainan tradisonal untuk mengajar asas dan teknik permainan. Pelajar akan dibimbing secara efektif dengan pihak yang berkemahiran itu.Sebagai contoh, dalam permainan congkak, pelajar dapat mengetahui tentang guli yang dikenali sebagai buah dan kawasan pemain dikenali sebagai rumah. Pihak sekolah juga boleh menggiatkan permainan tradisional dalam kalangan pelajar sekolah dengan menyediakan lebih banyak alatan permainan ini. Hal ini mencerminkan dengan jelas sekiranya mereka sukar mendapatkan permainan ini,minat mereka mulai pudar dan beranggapan peluang untuk mendekatkan diri dengan permainan amat nipis. Alatan permainan tradisonal juga sukar diperoleh di pasaran dan kebiasaannya amat terhad. Pelajar akan menemui kesukaran untuk membeli alatan permainan pusaka nenek moyang ini. Dengan cara membeli alatan permainan ini terus daripada kilang,kos untuk membelinya menjadi bertambah murah. Dengan itu, pihak sekolah dapat membelinya dalam kuantiti borong yang banyak. Dengan adanya pelbagai permainan tradisional yang dibekalkan oleh pihak sekolah,pelajar akan berminat untuk bermain permainan ini. Bukan sahaja pelajar yang menyertai kelab ini,bahkan

semua pelajar boleh mencuba untuk bermain permainan tradisional ini. Masalah seperti kekurangan peralatan untuk bermain tidak akan timbul lagi. Pihak sekolah juga boleh menjadi pendukung utama dalam mempopularkan permainan tradisonal dalam kalangan pelajar sekolah dengan menyediakan tempat-tempat permainan ini. Hal ini akan memudahkan mereka untuk bermain dalam suasana yang selesa dan kondusif. Mereka menyediakan padang untuk bermain gasing dan kawasan yang luas untuk bermain wau. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk menggiatkan permainan dalam kalangan masyarakat dapat dilaksanakan dengan adanya peranan pihak sekolah dalam memikul obligasi tersebut kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Dalam fasa itu,masyarakat memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam menjayakan usaha ini. Pihak masyarakat wajar memberikan sokongan terhadap permainan tradisional dengan menubuhkan kelab permainan tradisonal di tempat tinggal. Dengan wujudnya kelab-kelab seperti ini seperti kelab sepak raga,kelab congkak dan kelab wau, usaha untuk membaja kembali permainan ini akan menjadi lebih mapan. Hal ini demikian kerana dengan adanya kelompok besar masyarakat yang memperjuangkan warisan ini, permainan tradisional tidak akan lapuk dek hujan,tidak akan lekang dek panas. Hal ini berbeza sekiranya perjuangan mempertahankan kerana sebatang permainan hanya mengharapkan sebilangan kecil rakyat Malaysia seberkas

lidi amat mudah

dipatah-patahkan

berbanding

lidi.Pastinya,dengan penglibatan bilangan komuniti yang ramai,usaha untuk mempopularkan permainan nenek moyang ini tidak akan menjadi sekadar hangat-hangat tahi ayam. Tambahan lagi, masyarakat perlu berusaha untuk mewujudkan tapak permainan tradisional di kawasan perumahan mereka. Hal ini dapat menarik perhatian penduduk sekitar beriadah sambil memainkan permainan ini. Pelbagai pertandingan berkisarkan permainan tradisional dapat dianjurkan di tapak itu bagi mengelakkan permainan ini daripada terus berkubur begitu sahaj tanpa mendapat sebarang pembelaan. Oleh hal yang demikian, pihak masyarakat perlu berganding bahu dalam mengetengahkan permainan tradisional agar permainan ini akan terus utuh berdiri dalam arus perdana.

Langkah yang paling afdal bagi memajukan permainan tradisional ialah kerajaan hendaklah mengadakan lebih banyak lagi kempen dan promosi yang progresif menerusi media

massa serta media cetak bagi mendedahkan masyarakat tentang peri pentingnya kita menjaga warisan nenek moyang kita iaitu permainan tradisional yang sudah lama wujud di negara kita ini. Kita acap kali diperdengarkan mengenai peribahasa yang berbunyi sesal dahulupendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. Dengan itu, Kementerian Warisan dan Kebudayaan telah mengambil langkah bagi mempopularkannya dengan mengadakan kempen seperti kempen Jom Main Permainan Tradisional dan pertandingan Festival Layang Layang Antarabangsa yang merupakan rencah maslahat untuk memajukannya. Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat tidak kira dari dalam negara mahupun luar negara mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta. Bukan itu sahaja, kerajaan juga boleh menetapkan satu bulan sebagai Bulan Permainan tradisional.Oleh hal yang demikian,dengan adanya langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang.

Minat yang mendalam terhadap permainan tradisional seperti wau,layang-layang,sepak raga, gasing dan sebagainya tidak mencukupi sekiranya tiada kemudahan untuk

memainkannya.Bagi menangani isu ini, kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak tempat atau gelanggang permainan tradisional untuk memudahkan rakyat bermain permainan ini. Pembinaannya pula hendaklah di tempat-tempat yang strategik seperti di sekitar taman perumahan supaya setiap lapisan masyaarkat lebih-lebih lagi golongan belia dapat menghabiskan waktu senggang mereka dengan bermain permainan tradisional. Selain itu,jurulatih yang terlatih juga patut disediakan di setiap gelanggang bagi mendidik para pemain tentang cara-cara sebenar untuk memainkannya. Gandingan kedua-dua ini dapat menambahkan bilangan peminat permainan tradisional di seluruh negara sekali gus mempopularkannya di mata dunia. Sekolah juga memainkan peranan penting dalam memajukan permainan tradisional ini. Oleh itu, kerajaan boleh menetapkan pemainan tradisional sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah. Kelab Permainan Tradisional juga boleh ditubuhkan serta pihak sekolah boleh menjadikan permainan tradisional sebagai salah satu acara dalam sukan. Kerjasama yang erat antara kaum ibarat aur dengan tebing dalam permainan ini dapat meningkatkan perpaduan dan merapatkan

hubungan silaturahim antara satu sama lain sekali gus visi kudsi 1 Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perpaduan dapat digarap sepenuhnya.

Secara tuntas, pelbagai pihak memainkan peranan yang sepada dalam usaha mempopularkan permainan tradisional. Oleh itu, mereka perlulah mengambi langkah yang vital,imperatif ,kritis dan pragmatik supaya dapat memanifestasikan generasi pelapis negara yang tidak akan lupa akan warisan mereka ibarat kacang lupakan kulit. Generasi pada hari ini perlu digarap agar menghargai dan menjunjungi pusaka warisan mereka sejak dari rebung lagi. Barulah warisan permainan tradisional akan terus hidup subur dalam kehidupan masyarakat kita. Generasi muda perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan warisan ini tidak hanyut ditelan zaman. Sekarang tibalah waktunya anak-anak remaja yang merupakan generasi penggerak wawasan menimba sebanyak ilmu pengetahuan agar dapat digunakan dalam usaha memelihara permainan tradisional ini pada masa akan datang. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu bagai lebah menghimpun madu,agar impian ini tidak akan dipersia-siakan begitu sahaja dan terus dapat dihidupkan dari semasa ke semasa.

Permainan Tradisional

Definisi

Permainan yang dimainkan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi masa senggang.

Merupakan satu cara masyarakat pada zaman dahulu berhibur kerana pada masa tersebut tiada media elektronik yang boleh menghiburkan mereka.

Terdiri daripada gasing, wau, dam haji, galah panjang, ketingting bulu ayam, tarik upih, konda kondi

Faktor Kepupusan Budaya Tradisional

1. Kegilaan terhadap permainan yang menggunakan teknologi moden menyebabkan permainan tradisional terus terpinggir. 2. Sikap segelintir generasi pada masa kini yang menganggap permainan tradisional adalah ketinggalan zaman dan hanya wujud pada zaman puntung asap sahaja haruslah dikikis. 3. Kecanggihan permainan moden melekakan generasi pada masa kini yang telah menjadi kera sumbang kerana asyik terperap di dalam kamar sahaja. 4. Sikap acuh tak acuh sesetengah pihak dalam mengembalikan kegemilangan permainan tradisional ini menyebabkan permainan ini semakin terus dilupakan. Langkah-Langkah

1. Warisan nenek moyang ini akan luyput ditelan zaman jika tiada usaha untuk menggemilangkan kembali tradisinya. 2. Tiada lagi deraian ketawa jiran tetangga dan rakan taulan yang mengiringi setiap langkah permainan seperti gasing dan wau. 3. Jangan kita biarkan nostalgia nenek moyang hanya tinggal dalam lipatan sejarah yang dikuburkan sendiri oleh cucu-cicitnya yang tidak tahu menghargai warisan bangsa. 4. Kecenderungan masyarakat moden untuk hidup seperti enaun dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan permainan tradisional ini hanya tinggal dalam buku-buku dan majala-majalah sahaja. 5. Sepatutnya generasi pada masa kini tampil sebagai pewaris pusaka tradisi nenek moyang yang terbilang. 6. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk mempopularkan warisan ini kerana permainan tradisional ini merupakan satu daripada warisan silam yang perlu dipertahankan. 7. Permainan tradisional merupakan sumber hiburan utama masyarakat silam tetapi kini perkembangan teknologi moden telah merubah segala-galanya. 8. Permainan tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri dan merupakan warisan budaya bangsa Malaysia. Hilang budaya, maka lenyaplah sesuatu bangsa. 9. Sudah tiba masanya langkah-langkah konkrit diambil bagi mempertahankan permainanpermainan tradisional ini. Jika tidak permainan-permainan ini akan lenyap ditelan zaman. 10. Kita tidak harus membiarkan sahaja warisan bangsa dibawa oleh angin lalu kerana sejarah yang berlaku banyak mengajar kita akan erti kehidupan yang sebenar. Justeru, hubungan yang renggang dapat dieratkan dengan adanya permainan tradisional seperti congkak, konda kondi, dan ketinting bulu ayam ini. 11. Kita tidak mahu anak bangsa kita menjadi manusia robotik yang hanya tahu menggunakan mesin sahaja tetapi tandus dalam hubungan sosial dengan masyarakat. 12. Kita perlu mewujudkan acuan sendiri dan tidak terikut-ikut dengan budaya hedonisme masyarakat barat.

13. Kita tidak mahu menjejaskan ikatan kemesraan jika hanya tinggal di dalm mahligai indah tanpa bergaul dengan masyarakat sekitar akibat terlalu asyik dengan permainan komputer. 14. Kita tidak harus bersikap dingin terhadap warisan bangsa kita hingga meminggirkan khazanah yang amat berharga dan menjadi daya tarikan pelancong asing ke negara kita. 15. Janganlah kita menjadikan asakan pengaruh video, televisyen, internet dan pawagam sebagai alasan untuk tidak mempopularkan permainan ini kepada golongan muda. Kesimpulan 1. Biar sebagus mana sekalipun permainan moden, permainan tradisional tidak patut sekalikali dipinggirkan.

PERMAINAN TRADISIONAL PENDAHULUAN Permainan tradisional ialah permainan yang kerap dimainkan oleh orang-orang dahulu kala pada masa senggang mereka. Antara jenis-jenisnya wau atau layang-layang, gasing, congkak, ting ting. Tetapi kini, permainan tradisonal tidak popular kerana disaingi oleh permainan moden seperti bola sepak, badminton, hoki, ragbi atau permainan komputer. Sejarah Permainan Tradisional Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan.Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Hal demikian ini termasuklah suka bergotong royong menjalankan kegiatan ekonomi, dimana ikatan itu terus diperkukuhkan dan dipereratkan dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradisonal

telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang bangsa Melayu suatu ketika dahulu Asas penting menjamin kesinambungan ialah keseragaman cara hidup nenek moyang masyarakat Melayu. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak berbeza. Membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa sama. Apabila musim menuai berakhir dan musim tengkujuh tiba, pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Tempoh peralihan antara musim ini digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.Apabila sesuatu permainan di adakan di sesebuah kampung, penduduk berdekatan akan hadir memeriahkan pesta. Akan mewujudkan interaksi sosial di antara penduduk kampung. Oleh itu permainan tradisonal dikenali sebagai permainan rakyat.Ada permainan tradisonal sekarang tidak dimainkan tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek sahaja.Tetapi ada juga yang masih dimainkan sehingga hari ini.

Jenis Permainan Tradisional congkak gasing guli sepak raga jaring wau atau layang-layang Ketin ting selambut galah panjang Kepentingan / Kebaikan Permainan Tradisional 1. Permainan ini dapat melahirkan masyarakat yang berdaya tahan. permainan tradisional itu suatu ketika dahulu digemari oleh penduduk tempatan terutamanya lapisan kanak-kanak termasuk orang dewasa tanpa mengira jantina dan umur. Seperti lumba lari dalam guni, lumba menaiki upih (pelepah pinang), menganyam ketupat, main wau atau layang-layang, lambung getah dan banyak lagi. 2. Permainan tradisional ini dapat mengeratkan tali siratulrahim Komunikasi semasa bermain mengeratkan perhubungan.Suasana mesra dapat mengenali antara satu sama lain. Malah dapat bertemu jodoh.

3. Perselisihan faham juga dapat diatasi dengan mudah. Perasaan tidak puas hati tentang sesuatu dapat dileraikan apabila perhubungan yang mesra. Masalah perhubungan yang dihadapi akan terhapus secara semula jadi 4. Menjadi Warisan budaya bangsa Malaysia. Permainan tradisional mempunyai keunikan yang tersendiri. Nilai tradisional yang tidak sama dengan permainan zaman moden. Hilang budaya, maka lenyaplah sesuatu bangsa. 5. Mempunyai keunikannya tersendiri, mudah dimainkan dan menyeronokkan. Permainan tradisional ini hanya menuntut ketrampilan dan ketajaman akal. Misalnya, permainan congkak menguji minda seseorang pemain untuk menangkis langkah helah pihak lawan. Gasing pula menekankan kesabaran dan ketekunan kepada gasing perlu dilarik dengan hatihati agar seimbang dan dapat berputar pada paksinya untuk tempoh yang lama

Langkah-langkah Mempopularkan Permainan Tradisional 1. Generasi muda didedahkan dengan permainan tradisional ini Diperkenalkan di sekolah sebagai salah satu aktiviti kokurikulum. Penubuhan persatuan permainan dan sukan di sekolah seperti Kelab Permainan Tradisional, aktiviti pertandingan antara pelajar sekolah atau peringkat daerah dan negeri. 2. Peranan media elektronik Sistem televisyen tempatan sama ada kerajaan dan swasta harus lebih gigih menyiarkan rancangan tentang cara-cara bermain permainan tradisional ini. Dilaksanakan secara kreatif dan inovatif pasti dapat menarik minat mendalam terutama kepada generasi muda. 3. Peranan Kementerian Penerangan, Komunikasi , Kebudayaan dan Warisan Menganjurkan pertandingan dan tunjuk cara serta pameran permainan tradisional bagi menarik minat para pelancong dari dalam dan luar negara.Pesta Layang-Layang di Pasir Gudang, Johor. 4. Peranan Kementerian Belia dan Sukan Melalui persatuan-persatuan belia harus berusaha mengetengahkan beberapa jenis permainan kepada ahli-ahli dan menjadikannya sebagai

aktiviti pertandingan. Permainan tradisional ini dapat dijadikan hobi oleh kaum muda jugaorang dewasa kerana asyik dan menarik dimainkan. Dapat menghindarkan daripada terjebak dalam aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, berfoya-foya dan berpeleseran 5. Peranan syarikat swasta atau korporat Menaja pertandingan permainan tradisonal ini. Penyertaan terbuka kepada orang ramai Menjadi penganjur atau menyediakan hadiah-hadiah yang menarik. Pertandingan dijalankan di kawasan lapang atau tempat tumpuan orang ramai seperti Pesta Layang-Layang di Pasir Gudang,Johor.