Anda di halaman 1dari 10

Kandungan 1 2 3 4 5 6 7 8 Pengenalan Aktiviti Syarikat Maxis Analisis Menegak Penyata Pendapatan Analisis Mendatar Penyata Pendapatan Penyata Kewangan

syarikat Current Ratio Inventory Turnover Return On Assets

Mukasurat 2 23 4 5 6 7 7 7

9 10 11

Return On Equity Equity Ratio Penutup Rujukan

8 8 8 9

1.0 Pengenalan Laporan tahunan merupakan laporan perkembangan dan pencapaian yang berhasil diraih organisasi dalam setahun. Data dan informasi yang tepat menjadi kunci penulisan laporan tahunan. Isi dari laporan tahunan tersebut mencakupi laporan kewangan dan prestasi organisasi selama satu tahun. Laporan tahunan perusahaan adalah cara yang paling penting menterjemahkan diri perusahaan tersebut kepada pelabur yang berpotensi. Oleh sebab itu maka seharusnya tidak mengejutkan bahawa laporan tahunan berfungsi untuk menyajikan sebuah perusahaan dalam situasi yang sebaik mungkin tanpa melanggar setiap peraturan - peraturan Securities and Exchange Commission (SEC) 2.0 Aktiviti dan Pencapaian Syarikat Maxis

i.

Perniagaan

Maxis adalah satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia, dan jangkauan serta capaian perkhidmatan yang meluas telah memperkayakan pengalaman pengguna serta pelanggan perniagaan. Syarikat ini memanfaatkan teknologi dengan sebaiknya untuk menginovasi serta menawarkan perkhidmatan mudah alih dan suara talian tetap, pesanan, Internet mudah alih serta jalur lebar berwayar dan tanpa wayar. Syarikat Maxis menumpukan usaha kami ke arah mewujudkan pengalaman terbaik buat para pelanggan pada bilab bila bila masa, di mana sahaja dan merentasi sebarang jenis peranti. ii. Misi

Terus kekal sebagai penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu yang ulung di Malaysia. iii. Visi

Untuk membawa kemajuan masa depan ke dalam kehidupan dan perniagaan pelanggan dengan cara yang mudah, peribadi dan berdaya maju. Kesemua ini akan dilaksanakan secara efektif dan kreatif dengan memanfaatkan teknologi maju yang terulung, di samping memberi pengalaman perkhidmatan jenama Maxis yang boleh dipercayai dan mempesonakan.
2

iv.

Jenama Maxis

Maxis: Jenama korporat utama yang merangkumi perkhidmatan pascabayar, kediaman dan perniagaan. Hotlink: Jenama yang memberi khidmat kepada segmen pengguna prabayar.

v.

Perniagaan

Syarikat Maxis menggerakkan teknologi terbaik bagi menawarkan perkhidmatan komunikasi dan pelengkap gaya hidup untuk para pengguna dan perniagaan, menghubungkan orang ramai serta memperkayakan kehidupan mereka walau di mana mereka berada di rumah, tempat kerja atau berhibur. Perkhidmatan Maxis senang diakses dan mudah. Kami mengupayakan pertumbuhan serta menyokong pelanggan perniagaan Maxis dengan mempertingkatkan kecekapan serta produktiviti mereka. Perniagaan Maxis turut menyokong agenda pembangunan negara.

vi.

Pembangunan mapan

Maxis melabur dengan penuh berhati-hati demi menjamin pertumbuhan yang seimbang antara pelaburan untuk masa depan dan memastikan pertumbuhan yang mampan dalam tempoh jangka pendek dan sederhana, sambil menyokong amalan mesra alam, memaju dan memperkayakan masyarakat, pelanggan serta rakan niaga, dan mewujudkan tempat kerja yang hebat untuk para pekerja Maxis.

vii.

Tadbir Urus

Lembaga Pengarah Maxis beriltizam mendukung standard tadbir urus korporat yang tertinggi berlandaskan ketelusan, kebertanggungjawapan, kewibawaan serta prestasi korporat sebagai prasyarat menjadi sebuah warga korporat yang bertanggungjawab. Ia dicapai menerusi
3

kewujudan sebuah Lembaga Pengarah yang seimbang dengan perwakilan yang adil dan yang terdiri daripada para pengarah bebas, penglibatan dalam tanggungjawab korporat, mengaitkan ganjaran dan KPI yang disokong oleh prestasi untuk semua pekerja, amalan antirasuah serta menggalakkan tingkah laku yang menentang persaingan. viii. Pengurusan risiko

Syarikat Maxis menguruskan risiko berdasarkan prinsip berikut mempertimbang dan menguruskan risiko di seluruh perusahaan, menyepadukan pengurusan risiko ke dalam aktiviti perniagaan, menguruskan risiko menurut rangka kerja pengurusan risiko, menyesuaikan tindak balas mengikut keadaan perniagaan, memaklumkan tentang risiko dan tindak balas kepada pihak pengurusan serta memastikan kesinambungan perniagaan. ix. Hasil

Pertumbuhan hasil sebanyak 1.9% tahun berbanding tahun (TbT) Hasil mudah alih meningkat sebanyak RM91 juta kepada RM8.5 bilion dengan didorong terutamanya oleh peningkatan dalam hasil perkhidmatan bukan suara. Hasil tetap perusahaan meningkat sebanyak 12.2% atau RM22 juta kepada RM203 juta. Hasil dalam segmen Gerbang Antarabangsa meningkat sebanyak 25.6% atau RM40 juta kepada RM196 juta dengan tumpuan kepada laluan yang lebih menguntungkan Hasil dalam segmen Kediaman berkembang sebanyak 82.4% atau RM14 juta kepada RM31 juta Hasil perkhidmatan bukan suara tumbuh 5.8% TbT kepada RM3.9 bilion dan bahagian hasil mudah alih naik 2.1% mata kepada 45.6% x. Rangkaian Maxis

Rangkaian berprestasi tinggi dan bertaraf dunia yang syarikat ini miliki meliputi lebih 95% penduduk Malaysia dikukuhkan lagi dengan rangkaian operasi dan runcit di kesemua 13 negeri dan wilayah Malaysia. Pada Januari 2013, syarikat Maxis telah melancarkan secara komersial rangkaian LTE 4G yang terbaik dalam kelasnya di kawasan-kawasan terpilih dan ia akan terus diperluaskan ke kawasan lain. Rangkaian data Maxis telah diberi penarafan terbaik di Malaysia oleh agensi bebas.

3.0 Analisis Menegak Penyata Pendapatan

4.0 Analisis Mendatar Penyata Pendapatan

5.0 Penyata Kewangan Tahunan

6.0 Current Ratio (Matawang dalam Juta US Dollar)

Current ratio

Current Assets Current liabilities

$5,445.7 $ 846.8 0.16

7.0 Inventory Turnover

Assets turnover

Cost of goods sold

$ 1,320.5 6.61

Inventory

$ 36.0

8.0 Return On Assets

ROA

Net Income

$ 567.8 0.10

Total Assets

$ 5,445.7

9.0 Return On Equity

ROE

Net Income

$567.8 0.26

Total Common Equity

$2,156.3

10.0

Equity Ratio

Equity Ratio

Net Income

$567.8 0.5

Total Common Equity

$2,156.3

11.0

Penutup

Laporan tahunan syarikat yang diterbitkan setiap tahun dan disampaikan ke pemegang saham syarikat dan berbagai pihak lain yang tertarik. Laporan tersebut menilai operasi tahun tersebut dan membahas tentang perencanaan serta prospek perusahaan pada tahun yang akan datang.

Rujukan 2012 Maxis Annual Report (2010) Wikipedia (2014). Annual Report and Accounts Contents http://tutor2u.net/business/accounts/annual-report-and-accounts-contents.htm Dictionary of Finance and Investment Terms by John Downes and Jordon Elliot Goodman Barron 1995 ISBN 0-8120-9035-7 page 23 http://investing.businessweek.com/research/stocks/financials/financials.asp?ticker=MAXIS:MK &dataset=balanceSheet&period=A&currency=US%20Dollar

10