Anda di halaman 1dari 20

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyebut ”Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha

berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara."

Menurut Mohd. Azhar Abdul Hamid (2004), manusia yang pintar dan bijaksana

pada dekat ini bukan sahaja memiliki IQ yang tinggi malah EQ juga tinggi. Tanggapan ke

atas kepintaran kognitif sebagai lambang kepintaran dan kebijaksanaan seseorang sudah

dianggap sebagai kurang relevan khususnya pada zaman komunikasi maklumat ini.

1
Menurut Golemen (1995) juga, tahap kecerdasan emosi seseorang individu adalah

merupakan faktor utama kepada penentuan kejayaan seseorang individu, terutamanya

pelajar. Beliau juga berpendapat bahawa kecemerlangan seseorang individu adalah

bergantung kepada 20% daripada kecerdasan intelektual dan 80% lagi adalah bergantung

kepada pengurusan emosi secara berkesan. Ini jelas menunjukkan bahawa tahap

“pengurusan emosi” yang baik adalah faktor yang amat dititkberatkan dalam kehidupan

seseorang individu yang berjaya (dlm Zainuddin, 2000).

Menurut G. Stanley Hall yang terkenal dengan pandangan “Ribut dan Tekanan”

dalam melihat sudut perkembangan remaja, dimana beliau mengatakan bahawa remaja

sentiasa menghadapi konflik dan perubahan mood serta mengalami tekanan apabila

berbincang dengan ibu bapa kerana perbezaan pendapat (dlm Santrock, 2008). Pada sudut

pandangan biologikal pula, remaja mengalami perubahan hormon-hormon dan fizikal

yang menyebabkan remaja lebih bersikap moody, dan emosi yang berubah-ubah. Ini

menunjukkan bahawa tahap kecederasan emosi remaja adalah rendah.

Tambahan pula, remaja terdedah dengan pengaruh rakan sebaya dimana mereka

telah meluangkan masa jaga mereka dengan rakan-rakan sebaya mereka sebanyak 95%

dan selebihnya dengan dihabiskan bersama dengan ibu bapa mereka. Ini merupakan hasil

kajian Csikszentmihalyi & Larson (1984) dalam Jas (2002) yang telah mengkaji

kehidupan 75 orang pelajar sekolah menengah selama seminggu. Pelajar tersebut

dikendaki menulis laporan tentang aktiviti yang dilakukan selang 2 jam.

2
Keseronokan yang dirasai oleh remaja apabila bersama dengan rakan sebaya

mereka menyebabkan remaja lebih kerap atau lebih suka berada di luar rumah seterusnya.

Tambahan lagi, remaja kerap mengalami konflik dengan ibu bapa kerana perbezaan umur

dan corak kognitif. Dengan itu, adakah kelemahan remaja dalam pengawalan emosi atau

emosi dan pengaruh rakan sebaya ini membawa kepada tingkahlaku delinkuen di

kalangan remaja.

1.2 Permasalahan Kajian

Peranan golongan pelajar (remaja) tidak dinafikan kerana mereka merupakan pewaris

yang akan menentukan hala tuju masa depan negara. Mereka mempunyai pengaruh besar

terhadap keadaan sosial, politik dan ekonomi malahan kestabilan Negara juga. Merekalah

yang akan memegang tampuk pentadbiran, penggerak ekonomi dan pembangun generasi.

Namun dalam pada masa yang sama, kita tidak putus-putus dibebani dengan masalah

sosial remaja yang dewasa kini semakin meruncing. Masyarakat dikejutkan dengan

pelbagai paparan secara terbuka baik di media elektronik, media cetak mahupun di

internet.

Menurut Dr Shahizan, Tsai Chen Chian (2003), Antara masalah yang dihadapi

oleh remaja ialah tingkahlaku devian, delinkuen, penyalahgunaan dadah, bunuh diri,

ponteng sekolah, black metal, pink metal, gengsterisme, vandalism dan seks bebas. Di

Kota Tinggi seorang guru di sebuah sekolah dibelasah dengan topi keledar oleh dua

orang pelajar lelaki sehingga beliau terperosok ke dalam longkang di luar kawasan

3
sekolah di Jalan Bukit Seri Lalang yang mengakibatkan kecederaan di belakang kepala

dan bengkak tangan kirinya (Mohd Ramzi Sonny dan Ahmad Othman, 2001).

Selain itu gengsterisme juga telah menular dalam kalangan pelajar. Antara kes

yang berlaku ialah kematian Mohd Zulkarnain Rahim, yang berusia 14 tahun, pelajar

tingkatan dua, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yassin, Johor

Bahru. Beliau mati setelah dipukul oleh samseng sekolah. Terdapat juga kes yang

dilaporkan di mana seorang pelajar perempuan berusia 10 tahun di sebuah sekolah rendah

telah membunuh seorang kanak-kanak yang berusia tujuh tahun dan mencederakan

seorang yang lain. Dalam kejadian yang lain pula, seorang pelajar Sekolah Menengah

Teknik telah menumbuk gurunya sehingga pengsan. ( Naapie Mat. 1997).

Selain daripada itu, Hafizi Jumhari yang berusia 16 tahun dari Sekolah Menengah

Teknik Batu Pahat telah kehilangan buah pinggang kirinya setelah dibelasah kira-kira 10

orang pelajar. Begitu juga seorang lagi pelajar, Mohamad Al Hafiz Aziz, berusia 17 tahun

dari Sekolah Perantis Putra Tentera Darat, Port Dickson Negeri Sembilan yang dibelasah

oleh kira-kira 30 orang pelajar sehingga patah tulang rusuk kanan dan cedera paru-

parunya (Ahmad Nazri, 2003).

Berdasarkan kejadian-kejadian tersebut, faktor kecerdasan emosi dan pengaruh

rakan sebaya dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku delinkuen seseorang

pelajar. Walaupun pencapaian akademik yang cemerlang sering dikaitkan dengan

4
kecerdasan pelajar yang tinggi namun, kecerdasan emosi dilihat amat perlu untuk

menjadikan sesebuah kehidupan lebih harmoni dan bermakna. Walau bagaimanapun, ahli

psikologi telah menyedari akan kepentingan peranan kecerdasan emosi pelajar membawa

kepada kemajuan pelajar terhadap kesempurnaan hidup.

1.3 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan kecerdasan emosi dan pengaruh rakan

sebaya dengan tingkah laku delinkuen.

Secara khususnya, objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1) Melihat hubungan kecerdasan emosi dan pengaruh rakan sebaya dengan

tingkah laku delinkuen.

2) Melihat perbezaan kekerapan tingkah laku delinkuen di antara remaja

lelaki dan remaja perempuan.

1.1 Kepentingan Kajian

Remaja merupakan asset paling penting bagi Negara, bukan sahaja sebagai pemimpin

pelapis kelak tetapi merupakan sumber manusia yang penting dalam pelbagai sektor

dalam memajukan Negara. Emosi remaja yang tidak stabil akhirnya akan menjadikan

5
remaja mudah merasa gelisah, tertekan, lalu tidak dapat berfikir dan bertindak secara

rasional. Ini akan menyebabkan individu itu tidak dapat memberi tumpuan dan tidak

boleh melakukan kerja dengan baik, sukar tidur, kurang selera makan sehingga

menjejaskan produktiviti individu itu sendiri, institusi atau tempat bekerja dan seterusnya

produk negara.

Kelemahan dari segi pengawalan emosi ini menyebabkan remaja mudah terdedah

dengan pelbagai masalah-masalah psikologikal seperti anxieti dan kecelaruan mental

yang mengundangkan kepada tingkah laku yang di luar kawalan mereka dan berbahaya

seperti bunuh diri, aktiviti-aktiviti tidak sihat, dan tingkah laku delinkuen.

Pengaruh rakan sebaya yang kuat kerana kepercayaan yang kuat di antara rakan

sebaya kerana mempunyai umur, lokasi, perasaan dan emosi yang dikongsi bersama

menguatkan lagi ikatan kepercayaan di antara mereka. (Jas, 2002). Walaupun, rakan

sebaya sangat penting dalam proses perkembangan remaja terutamanya dalam

pembentukan identity dan konsep kendiri remaja tetapi rakan sebaya juga membawa

pengaruh negatif ke atas perkembangan remaja dan tingkah laku delinkuen.

Rahimah (1982) menjalankan kajian bagi melihat perlakuan pelanggaran disiplin

pelajar-pelajar di sekolah menengah. Hasil kajian itu, didapati faktor keluarga, sekolah

dan sikap guru tidak mempengaruhi pelajar-pelajar dalam pelanggaran disiplin.

6
Sebenarnya faktor rakan sebaya adalah lebih mempengaruhi pelajar-pelajar dalam

pelanggaran disiplin.

Demikian itu, hasil dari kajian ini diharapkan dapat mengenal pasti punca sebenar

masalah salahlaku pelajar dan mencadangkan program yang sesuai untuk meningkatkan

potensi perkembangan pelajar. Hasil kajian ini juga penting bagi bidang pendidikan

khusunya untuk mengenal pasti punca sebenar masalah pelajar sehingga mendorong

mereka bertingkah laku delinkuen.

Oleh itu, kajian ini penting bagi melihat hubungan kecerdasan emosi dan

pengaruh rakan sebaya dengan tingkah laku delinkuen dan hasil kajian ini dapat

membuka mata semua orang terutamanya remaja itu sendiri. Seterusnya, remaja akan

lebih cuba belajar mengawal emosi mereka dan lebih berhati-hati dalam pemilihan rakan

mereka.

1.2 Kajian-Kajian Lepas

Kajian oleh Maizatul Akmam Bt Abu Bakar (2007) iaitu Perkaitan antara Hubungan

Keluarga, Pengaruh Rakan Sebaya dan Kecerdasan Emosi dengan Tingkah Laku

7
Delinkuen Pelajar. Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan di antara

tahap hubungan keluarga dan tahap kecerdasan emosi dengan tingkah laku delinkuen.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat perkaitan di antara hubungan keluarga dengan

tahap kecerdasan emosi pelajar

Berndt (1979) dalam Jas (2002) telah melakukan kajian tentang kecenderungan

menurut seseorang remaja. Seramai 251 kanak-kanak dan remaja diambil sebagai sample

dan dikategorikan mengikut kumpulan umur. Hasil kajian beliau mendapati bahawa

penurutan ibu bapa semakin berkurang mengikut umur dan pada umur yang sama,

penurutan rakan sebaya semakin meningkat.

Selain itu, daripada hasil kajian Berndt (1979) dalam Jas (2002) juga mendapati

bahawa pengaruh rakan sebaya semakin meningkat pada umur 10 tahun hingga 12 tahun.

Kecenderungan atau pengaruh rakan sebaya paling tinggi adalah pada umur 12 tahun

hingga 14 tahun dan konflik di antara remaja dengan ibu bapa juga meningkat pada

peringkat umur ini.

Arifin (1998) mengkaji pelajar-pelajar tingkatan empat di tiga buah sekolah lain

di Marang, Terengganu yang melibatkan 200 orang pelajar dan mendapati faktor rakan

sebaya adalah yang paling dominan kepada penyebab masalah disiplin di Sekolah

Menengah berbanding faktor diri sendiri, kekeluargaan dan guru. Dalam kajian Mohd.

8
Shubari (2000) ke atas 300 orang pelajar di tujuh buah sekalah di daerah Manjung, Perak

juga menunjukkan rakan sebaya memainkan peranan yang paling penting mempengaruhi

kejadian salah laku di sekolah menengah. (dlm Ismail, 2008).

1.3 Pendekatan Teori

1.3.1 Teori sosiologi

Ahli sosiologi mengkaji aspek tingkah laku delinkuen daripada perspektif pemindahan

budaya. Shaw dan McKay (1931) menjelaskan bahawa perlakuan jenayah dipelajari

melalui proses komunikasi dan interaksi dengan orang lain. Perlakuan delinkuen

dipindahkan dari satu kelompok kepada kelompok yang lain atau satu generasi kepada

generasi yang lain. Ahli-ahli sosiologi berpendapat tingkah laku delinkuen pelajar adalah

disebabkan oleh pengaruh struktur sosial yang devian, tekanan kumpulan, peranan sosial,

status sosial, atau simbol dalaman yang keliru (dlm Kartini Kartono, 1986)

Dalam pendekatan sosiologi juga menyatakan bahawa faktor budaya dan sosial

mempengaruhi struktur institusi-institusi sosial, peranan individu dalam masyarakat dan

kumpulan sosialnya. Menurut Suherland & Cressey, 1960 dalam Kartini Kartono (1986),

pelajar yang delinkuen disebabkan oleh keterlibatan mereka di tengah-tengah

persekitaran sosialnya, di mana idea dan teknik delinkuen tertentu dijadikan panduan

9
yang efektif untuk mengatasi kesulitan hidupnya. Hubungan sosial yang sedang

berlangsung itu, membesarkan lagi kemungkinan pelajar melakukan delinkuen.

1.3.2 Psikologi Perkembangan Remaja

G. Stanley Hall (1904) yang merupakan “father of the scientific study of adolescence”

menyatakan remaja adalah dalam lingkungan umur 12 tahun hingga 23 tahun dan

dikateriakan sebagai pergoladakan atau kekacauan (upheaval). Menurut pandangan ribut

dan tekanan (storm and stress) G. Stanley Hall, remaja sentiasa menghadapi konflik dan

perubahan mood serta mengalami tekanan apabila berbincang dengan ibu bapa kerana

perbezaan pendapat (dlm Santrock, 2008).

Menurut teori-teori biologikal, remaja akan mengalami perubahan hormon-

hormon dan perubahan bentuk tubuh badan yang membawa kepada perubahan mood

yang tidak menentu dan berubah-ubah. Perubahan-perubahan ini juga menyebabkan

remaja menjadi moody dan mengalami kemurungan. Emosi yang tidak menentu ini,

secara tidak langsung menganggu kecerdasan emosi remaja.

1.4 Kerangka Teoritikal

10
KECERDASAN
REMA
TING
RAJAH 1.1

DEL
Kerangka Teoritikal Mengenai Hubungan Kecerdasan Emosi dan Pengaruh Rakan

Sebaya dengan Tingkah Laku Delinkuen.

1.5 Definisi Konsep

Dalam kajian ini, terdapat beberapa konsep harus diterangkan agar lebih mudah difahami.

Konsep-konsep yang dimaksudkan ialah kecerdasan emosi, rakan sebaya, remaja dan

tingkah laku delinkuen.

1.5.1 Kecerdasan Emosi

Menurut Daniel Goleman (1996), kecerdasan emosi adalah kebolehan memahami

perasaan sendiri dan menggunakannya untuk membuat keputusan yang berkesan di dalam

kehidupan. Dengan mempunyai kecerdasan emosi, seseorang dapat kecewa dan lain-lain

perasaan mengawal rasa kecewa, sedih, yang negatif dengan baik. Seterusnya ia juga

membolehkan seseorang mengawal dorongan (impulses) diri. Sekiranya emosinya

11
seseorang menghadapi kesusahan, kecerdasan dapat membantunya tetap bermotivasi dan

optimistik harapan untuk tetap mencapai matlamat yang berupa empati dan mengetahui

serta menaruh telah ditentukan.

Secara operasional, kecerdasan emosi dalam kajian ini adalah merujuk kepada

jumlah skor soal selidik kecerdasan emosi yang dibentuk oleh Maizatul Akmam Bt Abu

Bakar (2007) (lihat lampiran 1).

1.5.2 Rakan sebaya

Mengikut Kamus Dewan, rakan sebaya bererti anak-anak muda yang sama umurnya

dalam satu kumpulan. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru, terikut dan

terpengaruh dengan rakan sebaya. Pada tahap peringkat umur yang muda ini, remaja

masih mentah, nalurinya kurang tabah dan sifat ingin mencuba itu mudah berkobar-

kobar. Jadi apabila dipujuk atau dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya, mereka sudah

tentu tidak dapat mengawal perasaannya untuk turut terlibat dalam gejala negatif. Remaja

yang tidak dapat kasih sayang, kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada keluarga

lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.

Dalam kajian ini rakan sebaya merujuk kepada rakan pelajar yang berusia antara

10 tahun hingga 18 tahun sama ada masih bersekolah atau pun telah berhenti sekolah.

Golongan rakan sebaya ini biasanya cenderung suka untuk berdampingan dan

membentuk identiti kumpulan sendiri.

12
Secara operasional, pengaruh rakan sebaya dalam kajian ini adalah merujuk

kepada jumlah skor soal selidik yang dibentuk oleh Maizatul Akmam Bt Abu Bakar

(2007) (lihat lampiran 2).

1.5.3 Remaja

Jika dalam bahasa inggeris, “adolescence” itu berasal daripada perkataan latin

“adolescere” yang bermaksud “membesar” atau “membesar menjadi matang” (Rogers,

1981 dlm Jas, 2002). Ini bermakna zaman remaja itu suatu proses dan bukannya satu

jangkamasa. Proses yang dimaksudkan di sini ialah proses mencapai atau memperolehi

sikap dan kepercayaan yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam

masyarakat. Ia juga boleh didefinisikan sebagai suatu pergerakan.

Dalam kajian ini remaja merujuk kepada pelajar atau individu yang berlingkungan

umur di antara 10 tahun hingga 18 tahun sama ada masih bersekolah atau pun telah

berhenti sekolah. Golongan rakan sebaya ini biasanya cenderung suka untuk

berdampingan dan membentuk identiti kumpulan sendiri.

1.5.4 Tingkah Laku Delinkuen

Tingkah laku delinkuen ini merupakan tingkah laku yang bertentangan dengan norma-

norma masyarakat dan undang-undang. Dalam kajian ini, tingkah laku delinkuen ini

memfokuskan kepada tingkah laku delinkuen pelajar di dalam dan di luar sekolah seperti

ponteng, lepak, bergaduh dan buli.

13
Secara operasional, kekerapan tingkah laku delinkuen dalam kajian ini adalah merujuk

kepada jumlah kekerapan tingkah laku delinkuen dalam soal selidik yang dibentuk oleh

Maizatul Akmam Bt Abu Bakar (2007) (lihat lampiran 3).

1.6 Hipotesis

Berdasarkan objektif kajian, beberapa tanggapan atau jawapan sementara akan dibina

terhadap masalah yang dikaji. Jawapan atau saranan sementara ini akan dinyatakan

sebagai hipotesis alternatif (H1). Menurut Sidek Mohd Noah (2002), hipotesis alternatif

ialah versi hipotesis yang dinyatakan dalam bentuk terdapat perbezaan atau terdapat

hubungan antara pembolehubah.

Pembentukan hipotesis alternative seperti berikut merupakan jangkaan bagi kajian

ini:

1. Terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan emosi dan pengaruh

rakan sebaya dengan tingka laku delinkuen.

2. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam tingkah laku delinkuen di antara

remaja lelaki dan remaja perempuan.

BAB 2

14
METADOLOGI

2.1 Pendahuluan

Bahagian ini akan mengemukakan metodologi kajian yang meliputi rekabentuk kajian,

subjek kajian, tempat kajian, alat kajian, cara pemarkatan, tatacara kajian dan analisis

data yang akan digunakan dalam kajian ini.

2.2 Rekabentuk Kajian

Kajian yang akan dijalankan adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal

selidik.

2.3 Subjek Kajian

Dalam kajian ini, subjek pelajar sekolah menengah di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

2.4 Tempat Kajian

Sekolah Menengah di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

2.5 Alat Kajian

15
Soal selidik yang akan digunakan dalam kajian ini, terdapat 4 bahagian iaitu bahagian A,

bahagian B, bahagian C dan bahagian D. Bahagian A merupakan soal selidik Kecerdasan

Emosi, bahagian B merupakan soal selidik Pengaruh Rakan Sebaya, bahagian C

merupakan soal selidik Tingkah Laku Delinkuen dan bahagian D merupakan demografi

untuk mendapatkan maklumat-maklumat respondent seperti jantina, umur, etnik, agama

yang dianuti, jurusan aliran pelajaran, tempat tinggal, status perkhawinan ibu bapa, tahun

pengajiaan dan tingkatan, bilangan adik beradik, kedudukan dalam adik-beradik dan

pendapatan isi rumah respondent. Alat kajian ini dibentuk oleh Maizatul Akmam Bt Abu

Bakar (2007).

1.5.1 Kecerdasan Emosi

Bagi melihat pengaruh kecerdasan emosi, penyelidik menyediakan soal selidik yang

mengandungi 20 soalan untuk mengukur tinggi atau rendah pengaruh kecerdasan emosi

terhadap tingkah laku delinkuen pelajar. Respons bagi item-item yang digunakan dalam

soal selidik ini mengikut skala 5 mata seperti berikut:

5 - sangat setuju

4 - setuju

3 - kadang-kadang setuju

2 - tidak setuju

1 - sangat tidak setuju

Pemberatan item ini diterbalikkan nilainya sekiranya item-item itu berbentuk

negatif. Item tersebut ialah soalan 1, 3, 4, 6, 7, 11, 13, 15, 19 dan 20. Kedua-dua nilai

16
positif dan negatif ini kemudiannya dicampurkan untuk mendapatkan min bagi aspek-

aspek yang dikaji. Ini dapat ditunjukkan dalam rajah berikut :

Rajah 2.1 : Item-item Pengaruh Kecerdasan Emosi Skor Positif dan Negatif

Item yang berbentuk positif (Pemberatan Item yang berbentuk negatif (Pemberatan

skor 5 sebagai tertinggi dan 1 paling skornya diterbalikkan di mana jawapan 5

rendah) adalah paling rendah dan 1 paling tinggi)


2, 5, 8, 9, 10, 12, 14, 16, 17, 18 1, 3, 4, 6, 7, 11, 13, 15, 19, 20

1.5.2 Pengaruh Rakan Sebaya

Bagi melihat pengaruh rakan sebaya, penyelidik menyediakan soal selidik yang

mengandungi 10 soalan untuk mengukur tinggi atau rendah pengaruh rakan sebaya

terhadap tingkah laku delinkuen pelajar. Respons bagi item-item yang digunakan dalam

soal selidik ini mengikut skala 5 mata seperti berikut:

5 - sangat setuju

4 - setuju

3 - kadang-kadang setuju

2 - tidak setuju

1 - sangat tidak setuju

Pemberatan item ini diterbalikkan nilainya sekiranya item-item itu berbentuk

negatif. Item tersebut ialah soalan 1, 3, 5, 7 dan 10. Kedua-dua nilai positif dan negatif ini

17
emudiannya dicampurkan untuk mendapatkan min bagi aspek-aspek yang dikaji. Ini

dapat ditunjukkan dalam rajah berikut :

Rajah 2.2 : Item-item Pengaruh Rakan Sebaya Skor Positif dan Negatif

Item yang berbentuk positif (Pemberatan Item yang berbentuk negatif (Pemberatan

skor 5 sebagai tertinggi dan 1 paling


skornya diterbalikkan di mana jawapan 5
rendah)
adalah paling rendah dan 1 paling tinggi)
2, 4, 6, 8, 9 1, 3, 5, 7, 10

1.5.3 Tingkah Laku Delinkuen

Soal selidik mengenai tingkah laku delinkuen telah disediakan sebanyak 28 item. Skala 5

mata digunakan iaitu 5 sebagai skor yang tertinggi dan 1 sebagai skor terendah seperti

ditunjukkan di bawah ini.

5 - lebih sepuluh kali

4 - 7 hingga 10 kali

3 - 4 hingga 6 kali

2 - 1 hingga 3 kali

1 - langsung tidak pernah

2.1 Cara Pemarkatan

18
Setiap soal selidik menggunakan min yang sama untuk menentukan tahap rendah, tahap

sederhana dan tahap tinggi seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Rajah 2.3 : Tahap Min untuk Skor

Min Tahap
1.0 – 2.33 Tahap rendah
2.34 – 3.67 Tahap sederhana
3.68 – 5.0 Tahap tinggi

2.2 Kebolehpercayaan dan Kesahan Alat Kajian

Berdasarkan kajian rintis yang dilakukan oleh Maizatul Akmam Bt Abu Bakar (2007)

dalam kajian beliau iaitu Perkaitan antara Hubungan Keluarga, Pengaruh Rakan Sebaya

dan Kecerdasan Emosi dengan Tingkah Laku Delinkuen Pelajar mendapati bahawa:

i. Perkataan-perkataan dan struktur ayat yang digunakan dalam instrument adalah

mudah difahami oleh responden yang terlibat dalam kajian rintis ini.

ii. Walaupun semua pernyataan adalah dalam pengalaman responden namun

beberapa pengubahsuaian ke atas instrumen telah dilakukan. Beberapa struktur

ayat dipermudahkan agar sesuai dengan pengalaman responden tanpa mengubah

kehendak pernyataan asal.

iii. Selain itu, beberapa item dalam soal selidik perlu diperbaiki kerana mempunyai

min yang rendah berbanding item yang lain.

iv. Hasil kebolehpercayaan terhadap keseluruhan item soal selidik adalah seperti

berikut :

19
Jadual 2.4 : Kebolehpercayaan Item

Perkara P
Kecerdasan Emosi 0.8913
Pengaruh Rakan Sebaya 0.6984
Tingkah Laku Delinkuen 0.4808
P keseluruhan 0.7097

2.1 Kaedah Analisis Data

Data yang akan didapati dari kajian ini akan dianalisis dengan menggunakan perisian

Statistical Package For The Sosial Sciences (SPSS) versi 16. Hipotesis-hipotesis dalam

kajian ini akan diuji dengan menggunakan kaedah kolerasi Pearson, dan ujian-t.

20