Anda di halaman 1dari 18

10 PENGENALAN.

Kajian Kes

John Williams mengalami masalah pening, keletihan dan kadang-kala pengsan.


Berdasarkan pengetahuannya, dia mengalami hypertensi atau tekanan darah tinggi
melalui keterangan yang diberikan oleh doktor. Selepas mendapat tahu akan tahap
kesihatannya, dia telah menjangkakan sejak awal lagi bahawa usia sepertinya akan
mengalami masalah kesihatan. Walaupun begitu, dia masih berasa bimbang akan
masa depan kerjaya dan sumber kewangan untuk diri dan keluarganya.

Sejarah Sosial

John Williams merupakan kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga kelas


pertengahan Afrika Amerika di Atlanta. Bapanya seorang peguam yang berjaya
manakala ibunya merupakan guru muzik di sekolah tinggi. Kehidupannya sewaktu
kecil sungguh manis dan dia mempunyai ramai kawan. Dia mempunyai banyak
kelebihan sama ada dalam bidang pelajaran mahupun dalam bidang sukan.
Disebabkan kelebihan yang baik dalam bidang pelajaran, maka dia diterima masuk
ke Kolej Harvard. Dia merupakan satu-satunya pelajar kulit hitam yang belajar di
kolej tersebut. Semasa berada di kolej, dia menyertai berbagai aktiviti termasuklah
diterima untuk menyertai kelab kolej yang mana kesemua ahli kelab tersebut terdiri
dari kalangan berkulit putih. Namun, pada masa yang sama berlakunya konflik
dimana dia berasa sangat curiga dengan keadaan pelajar dikolej berkenaan yang
memandang serong tentangnya. Dia menerima pelawaan untuk menjadi ahli kelab
tersebut kerana bagi memenuhi keinginan ayahnya yang sentiasa meletakkan
harapan yang tinggi terhadapnya.

Semasa berada di kolej, dia sering mengambil pil aspirin (sejenis dadah) yang
merupakan tabiatnya semenjak dia mula masuk ke kolej tersebut bagi
menghilangkan sakit kepalanya ekoran daripada kerisauan yang dialami. Dia
berjaya menamatkan pengajiannya dan berjaya dalam bidang yang diambil
sepertimana yang telah dijangkakan oleh keluarga terutama bapanya yang amat
berharap John berjaya menjadi seorang peguam sepertinya. Dia telah berkahwin
dengan seorang wanita Afrika Amerika dari keluarga yang terkenal tetapi dia
berasa tidak gembira dengan perhubungan tersebut kerana terpaksa untuk menjadi

1
yang terbaik dan sempurna di mata isterinya itu. Perubahan yang jelas kelihatan
ialah pada masalah hypertensinya. Isterinya sering memaksa dia menjalani rawatan
kesihatan, sesuatu yang sering dielakkannya sejak dikolej dahulu.

Doktor menyatakan bahawa tahap tekanan darahnya telah meningkat yang


menjadi penyebab kepada masalah kerisauan yang dialaminya. Isterinya tidak tahu
apa yang dilakukan telah memberi tekanan yang keterlaluan kepada John. Semasa
dia bekerja di firma guaman, dia cuba untuk masuk campur dalam hal yang
berkaitan dengan masalah peperangan di Vietnam, tetapi dia berasa takut akan
kehilangan kerja kerana masalah diskriminasi yang berlaku antara orang kulit putih
dengan orang kulit hitam.

Selain itu, dia juga berasa bersalah disebabkan tidak dapat membantu, namun
dia cuba untuk memberi sumbangan melalui bantuan kewangan bagi
menghilangkan rasa bersalahnya itu tetapi tidak juga berkesan. Dia membuat
keputusan untuk kembali ke tempat asalnya iaitu di Atlanta dan meninggalkan
dunia kulit putih. Namun, ayahnya mengingatkannya agar tidak berbuat demikian
kerana ia memberi pandangan yang negatif oleh masyarakatnya sendiri yang
mengaggap dirinya sebagai role model. Hal ini telah memberi kesan kepada
masalah kesihatannya sehinggalah dia berumur 40 tahun yang mana penyakit ini
(tekanan) dilihat semakin ketara.

DEFINISI KEBIMBANGAN (ANXIETY)

Kebimbangan berdasarkan pengertian umum adalah suatu perasaan takut akan


sesuatu perkara yang mana perkara tersebut belum lagi berlaku. Menurut Drever
(1952), kebimbangan adalah perasaan takut yang kronik dan kompleks dan ia
wujud dalam pelbagai jenis kecelaruan mental dan saraf. Manakala Jersild (1960)
menyatakan, kebimbangan adalah tindak balas keseluruhan pada bahaya yang
subjektif. Altrocchi (1980) menyebut berdasarkan pandangan ahli psikoloogi
mentakrifkan kebimbangan sebagai perasaan yag dirasai seseorang semasa
ketiadaan sebarang bahaya luaran yang dikenalpasti dan ia hanya sebagai tindak
balas terhadap tindak balas dalaman yang tidak realistik. Diagnostic and statistical
manual of mental disorders (DSM) edisi ke-tiga, pula mentakrifkan kebimbangan

2
sebagai gangguan yang pradominan atau ia dialami jika individu cuba menguasai
simptom-simptomnya.

Kebimbangan juga dapat dianggap sebagai satu petanda bahawa bahaya


akan berlaku. Namun, bagi beberapa masalah psikologi kanak-kanak dan remaja
mendapati masalah kebimbangan tidak menunjukkan ia berkaitan dengan bahaya
secara fizikal. Jordan (1968) dan Bambers (1979) meyatakan terdapat dua konsep
yang memainkan peranan penting dalam bidang psikologi klinikal adalah
kebimbangan dan ketakutan. Namun, maksud sebenar kedua-dua istilah ini masih
lagi tidak jelas.

DEFINISI KECELARUAN KEBIMBANGAN UMUM (GAD)

Kecelaruan jenis ini dikaitkan dengan ciri-ciri kebimbangan dengan suasana


kehidupan kewangan, anak-anak dan hubungan sosial. Seseorang yang menghidapi
masalah ini berasa seolah-olah terapung-apung sebagaimana yang dijelaskan oleh
Freud (Rapee,1991). Kanak-kanak yang menghidap kecelaruan ini selalunya
bimbang pada prestasi akedemik, sukan dan aspek-aspek sosial persekolahan yag
lain.

2.0 SIMPTOM- SIMPTOM KEBIMBANGAN

Berdasarkan kepada DSM-III daripada American Psychiatric Association (APA) pada


tahun 1979, terdapat empat simptom-simptom kebimbangan iaitu pertama
ketegangan pada saraf motor seperti tidak dapat bertenang, menggigil dan
mengalami ketegangan. Kedua, hiperaktiviti autonomik seperti pening, degupan
jantung yang kencang dan kuat berpeluh. Ketiga, sentiasa berasa cemas, gelisah,
memperlihatkan dan memikirkan perkara yang menyebabkan ketegangan.
Keempat pula ialah terlalu memberi perhatian terperinci dengan cara mengawasi
segala gerak laku disekelilingnya.

Menurut Lief (1967) di dalam Bambers (1979) simptom-simptom


kebimbangan merujuk kepada bukti-bukti fisiologi yang membezakan antara

3
ketakutan dan kebimbangan. Hal ini demikian, ketakutan merujuk kepada reaksi
parasimpatetik atau trophotropik adalah manisfestasi klinikal yang dominan seperti
penurunan tekanan darah, denyutan jantung dan juga diselubungi dengan perasaan
lemah. Sementara, kebimbangan pula merujuk kepada sensitiviti dan respon kedua
belah sistem neoro-endokrin autonomi bertindak pantas secara serentak dan
manifestasi klinikalnya bergantung pada corak kebimbangan individu tersebut.

Manakala, menurut Nevid (2000) membahagikan simptom-simptom


kebimbangan kepada tiga bahagian iaitu simptom-simptom fizikal, tingkah laku dan
kognitif. Simptom- simptom fizikal kebimbangan adalah seperti degupan jantung
yang deras, tekak ataupun mulut menjadi kering, sukar untuk berkata, otot- otot
menjadi tegang dan kadang kala penghidap mendapat cirit-birit. Manakala,
simptom-simptom tingkah laku kebimbangan pula adalah seperti tingkah laku
menghindar atau mengelak, bergantung pada orang lain dan juga cuba untuk
menganggu orang lain. Sementara itu, simptom-simptom kognitif kebimbangan
pula adalah seperti risau pada sesuatu, terlalu sensitif pada sesuatu, sukar untuk
memberi tumpuan pada sesuatu, fikiran sentiasa berkecamuk dan sentiasa berasa
terancam oleh individu atau suasana yang dihadapi.

Dalam kajian kes John Williams pula, antara simptom-simptom yang terdapat
pada masalah John ialah dia mengalami sakit kepala, keletihan dan cepat marah
yang berlaku pada masa sekarang. John juga mengalami sakit kepala sejak dia
memasuki universiti lagi di mana dia sering mengambil aspirin untuk melegakan
sakit kepalanya itu. Pengambilan pil aspirin telah menjadi satu amalannya apabila
dia mengalami sakit kepala yang melampau. John juga mengalami kebimbangan
yang berlebihan terhadap kehidupan dan perhubungan psikososialnya semasa di
universiti dan keadaan persekitarannya sekarang. Kebimbangan ini menyebabkan
John sentiasa berada dalam keadaan yang tidak tenang memikirkan kehidupanya.
Kebimbangan John juga turut bertambah apabila ibu bapa John menaruh harapan
yang tinggi untuk melihat kejayaan John dalam bidang yang diambilnya.

3.0 PUNCA- PUNCA KEBIMBANGAN

4
Punca punca berlakunya kebimbangan dapat dijelaskan melalui beberapa faktor
yang menimbulkan kecelaruan kebimbangan seperti faktor-faktor biologikal iaitu
neurobiologi, biological dispositions atau keadaan yang mudah dipengaruhi oleh
biologikal dan juga fisiologi.

Menurut Nevid (2000), terdapat beberapa faktor yang menyebabkan


berlakunya kecelaruan kebimbangan antaranya ialah faktor tingkah laku,
persekitaran dan sosial, biologi, kognitif dan emosi, dan juga faktor biologikal.
Menurut Mowrers (1948) di dalam Nevid (2000) terdapat dua model faktor tingkah
laku iaitu pelaziman klasik dan pelaziman operan yang terlibat dalam menimbulkan
kebimbangan jenis fobia. Komponen ketakutan fobia diperolehi akibat pelaziman
klasik. Ini bermakna, objek- objek dan persekitaran yang biasa dapat
membangkitkan perasaan takut jika digabungkan dengan rangsangan yang tidak
disukai. Sebagai contoh, seorang kanak- kanak yang takut dengan salakan anjing
boleh mengalami fobia pada anjing. Selain itu juga, kurangnya peluang bagi
menghilangkan ketakutan juga boleh menyebabkan kebimbangan akan berkekalan.
Oleh itu, menjauhi rangsangan ketakutan sudah diperkukuhkan secara negatif oleh
perasaan dapat melepaskan diri daripada kebimbangan. Menjauhi rangsangan yang
mendatangkan fobia walaupun mengurangkan kebimbangan sebenarnya
memperkukuhkan secara negatif tingkah laku menghindar itu.

Dalam kes John Williams, kebimbangan John adalah pada perasaannya


samada untuk menyertai kelab orang berkulit putih atau tidak kerana selama ini
terdapat diskriminasi kaum antara orang kulit putih dengan orang kulit hitam. Ini
menyebabkan John mempunyai perasaan kebimbangan atau takut untuk memasuki
kelompok orang putih tersebut sedangkan dia adalah seorang yang berkulit hitam.

Selain itu, punca yang menyebabkan berlakunya kebimbangan adalah


disebabkan oleh faktor persekitaran dan sosial. Menurut perspektif pelaziman
klasik, pengalaman traumatik berfungsi sebagai rangsangan tidak terlazim yang
kemudiannya berpasangan dengan ransangan neutral seperti bunyi, bau, dan
penglihatan yang digandingkan dengan pengalaman traumatik. Contohnya seperti
suasana di medan peperangan ataupun keadaan persekitaran semasa seseorang
itu dirogol atau dirompak.

5
Selain itu juga, ahli teori pembelajaran juga mendapati pemerhatian pada
perasaan takut orang lain berperanan dalam menimbulkan ketakutan. Ini boleh
berlaku semasa memerhatikan dan menerima maklumat negatif sama ada melalui
pendengaran ataupun pembacaan berkaitan dengan sesuatu rangsangan yang
menakutkan juga boleh menimbulkan fobia. Sementara itu, kekurangan sokongan
sosial boleh menimbulkan kebimbangan.

Wood Rachman (1994) telah mencadangkan satu pandangan bagi


memahami kebimbangan. Mereka berpendapat bahawa individu yang mengalami
kebimbangan umum melihat dunia sebagai satu tempat yang mengancam
keselamatannya dan melihat tempat yang menjamin keselamatannya sangat
terhad. Perasaan kehilangan sumber yang menjamin keselamatannya seperti
pasangan yang sentiasa membantu, meningkatkan lagi kebimbangan dan
mengundang perasaan bagi mencari sumber lain yang menjamin keselamatannya.

Sementara itu, dalam faktor biologi terdapat dua faktor lagi yang
mempengaruhi dalam menimbulkan kebimbangan yang pertama ialah faktor
genetik. Pelbagai kecelaruan kebimbangan seperti fobia sosial, fobia khusus dan
kecelaruan obsesif- kompulsif cenderung berlaku dalam lingkungan ahli keluarga
yang sama (APA, 1994). Namun demikian, kaitan kekeluargaan tidak semestinya
bermaksud kecelaruan ini berpunca daripada asal genetik kerana keluarga juga
berkongsi persekitaran yang sama.

Kajian yang dilakukan pada pasangan kembar perempuan menunjukkan,


faktor genetik berperanan penting menyebabkan kepada kebanyakan jenis
kebimbangan. Faktor yang kedua dalam biologi ialah gangguan pada sistem saraf
semenjak lahir ataupun kemalangan. Penglibatan komponen fizikal yang kuat pada
kecelaruan panik mendorong para pengkaji bahawa serangan ini mempunyai
landasan biologinya yang tersendiri, yang berkemungkinan membabitkan
kegagalan otak berfungsi.

Menurut Donal klein di dalam Nevid (2000), telah mencadangkan bahawa


kegagalan otak bertindak balas pada masalah sesak pernafasan berperanan dalam
menimbulkan kecelaruan ini. Klein menjangkakan, individu yang mempunyai sistem
amaran saraf yang luar biasa mendorong kepada simptom- simptom panik seperti
sesak nafas, pening kepala, kepenatan, peningkatan kadar denyutan jantung,

6
menggeletar dan rasa panas sejuk pada anggota tubuh badan. Dalam kes John
Williams pula boleh dilihat melalui penyakit yang dihidapi olehnya iaitu
hypertention. Penyakit yang dihidapi oleh John sedikit sebanyak menyebabkan
kebimbangan terhadap dirinya sendiri. John mengalami kebimbangan apabila dia
tidak boleh menyembunyikan penyakitnya yang boleh menampakkan kesan- kesan
fizikal yang nyata.

Faktor kognitif dan emosi juga merupakan salah satu punca yang
menyebabkan berlakunya kebimbangan. Antara faktor kognitif dan emosi ialah
seperti konflik psikologi yang tidak terlerai. Menurut perspektif psikodinamik,
kecelaruan kebimbangan dilihat sebagai neurosis. Kebimbangan yang dialami
dalam neurosis membayangkan satu perasaan yang tidak dapat diterima oleh
minda sedar serta perasaan takut pada apa yang akan terjadi. Selain itu, sensitiviti
ketakutan yang tinggi pada isyarat yang mengancam diri pesakit dalah ciri teras
kecelaruan kebimbangan. Individu yang mempunyai fobia akan melihat bahaya
pada suasana yang mana orang lain melihatnya sebagai selamat. Sensitiviti
ketakutan yang tinggi pada ancaman juga selalunya menyebabkan persepsi pada
bahaya luaran diperbesar- besarkan.

Manakala, pemikiran yang tidak rasional juga menjadi penyebab kepada


kecelaruan kebimbangan ini. Ahli teori kognitif mengaitkan kecelaruan obsesif-
kompulsif dengan kecenderungan memperbesar- besarkan risiko negatif yang akan
dialami oleh pesakit dan akibatnya individu itu akan membina kepercayaan yang
tidak rasional seperti perfectionistic. Oleh kerana pesakit obsesif- kompulsif
merasakan seolah- olah ada perkara buruk akan berlaku, dia akan melakukan serta
mengulangi perbuatan yang dianggap boleh melindungi dirinya daripada menerima
risiko negatif tersebut.

Selain daripada itu juga, faktor biologikal juga merupakan punca- punca yang
menimbulkan kebimbangan. Di dalam faktor biologikal terdapat beberapa lagi
faktor seperti neurobiologi. Kajian mengenai otak bagi menemui mekanisme
neurobiologikal yang akan menjadi asas reaksi kebimbangan yang sangat luas.
Kerosakan otak yang disebabkan oleh berbagai- bagai perkara seperti kesukaran
semasa bersalin, encephalitis dan trauma otak. Faktor kedua dalam neurobiologikal
ialah genetik. Kajian genetik mendapati sesetengah orang mewarisi sifat sistem

7
saraf automatik, ini menyebabkan mereka mudah dalam keadaan kebimbangan
seperti terlalu responsif, reaktif dan terlalu beremosi. Dalam kata lain, individu ini
mudah berasa bimbang tetapi sikap mudah ini tidak akan diketahui tanpa tekanan
yang cukup keatasnya. Terdapat bukti yang menunjukkan apa yang kita pelajari ini
sedikit sebanyak dikawal oleh biologi yang kita warisi.

4.0 DIAGNOSIS ASAS ATAU TUJUAN RAWATAN

Terma diagnosis asas digunakan apabila seseorang itu sesudah dikaji ia menerima
rawatan secara berpusat di bawah seliaan. Diagnosis asas ini merupakan penyebab
utama sesudah dikaji yang menyebabkan seseorang itu hadir untuk menerima
rawatan. Istilah tujuan rawatan pula digunakan apabila diagnosis diberikan kepada
seseorang itu dalam suasana sebagai pesakit luar.

Dalam kebanyakan kes diagnosis asas atau tujuan rawatan menjadi fokus
utama rawatan. Zahirnya adalah agak sukar untuk membezakan antara dianosis
asas dengan tujuan rawatan, terutamanya apabila wujud situasi kedua-dua
diagnosis digunakan. Contohnya, apabila seseorang itu dimasukkan ke wad rawatan
disebabkan skizofrenia dan toksikasi amphetamine. Kedua-dua diagnosis
memainkan peranan yang sama penting dalam kewujudan keperluan rawatan.

PENILAIAN PELBAGAI PAKSI DALAM DSM IV-TR

Penilaian pelbagai paksi melibatkan penilaian ke atas beberapa paksi yang setiap
satunya mewakili kumpulan maklumat atau data yang berbeza yang mungkin dapat
membantu perwat mernacang rawatan dan menjangkakan keputusan atau
hasilnya. Terdapat lima paksi dalam klasifikasi pelbagai paksi DSM IV-TR.
Penggunaan sistem pelbagai paksi ini membolehkan penilaian menyeluruh dan
sistematik dengan memperluas aras tumpuan kepada pelbagai kecelaruan mental
dan gangguan fizikal (Ramli, 1990), masalah psikososial dan persekitaran, serta
aras fungsi yang mungkin diabaikan sekiranya tumpuan hanya terfokus kepada satu
masalah yang jelas kelihatan. Di samping itu, penggunaan sisteem pelbagai paksi

8
juga menggalakkan aplikasi pendekatan bioppsikososial dalam arena klinikal,
pendidikan dan penyelidikan.

Paksi-1 ,merupakan Kecelaruan Klinikal atau keadaan lain yang mingkin


menjadi focus perhatian klinikal. Kod V digunakan bagi sesuatu yang berlaku yang
tidak disebakan oleh gangguan mental tetapi menjadi fokus dan juga rawatan.
Paksi-1 melaporkan keseluruhan kecelaruan atau gangguan dalam klasifikasi
kecuali kecelaruan personaliti dan kerencatan mental. Sekiranya terdapat lebih
daripada satu kecelaruan Paksi-1 yang jelas kelihatan maka diagnosis asas atau
tujuan rawatan harus dinyatakan terlebih dahulu. Sekiranya wujud kecelaruan
daripada kedua-dua paksi iaitu Paksi-1 dan Paksi-2 maka diagnosis asas atau tujuan
rawtan akan disenaraikan sebagai Paksi-1 melainkan diagnosis Paksi-2 diiringi
dengan frasa diagnosi asas atau tujuan rawatan. Jika tiada kecelaruan Paksi-1 maka
kod yang harus dipakai ialah V71.09 dan sekiranya ada kecelaruan Paksi-1 yang
kelihatan tetapi memerlukan pemeriksaan lanjut maka kod yang digukan adalah
799.9.

Paksi-2 melaporkan kecelaruan personaliti dan kerencatan mental. Paksi-2


juga boleh digunakan untuk mengkaji simptom personaliti maladaptif yang jelas
dan juga mekanisma kawalan. Pertimbangan sewajarnya harus diberikan kepada
kemungkinan kehadiran kecelaruan personaliti dan kerencatan mental melalui
suatu paksi yang khusus untuk kecelaruan personaliti dan kerencatan mental.

Paksi-3 melaporkan tentang keadaan kesihatan atau fizikal yang mungkin


relevan kepada pemahaman atau pengurusan kecelaruan mental seseorang.

Paksi-4 merupakan masalah psikososial dan persekitaran yang mungkin


mempengaruhi diagnosis, rawatan dna prognosis kecelaruan mental terkandung
dalam Paksi-1 dan Paksi-2. Masalah psikososial dan persekitaran mungkin boleh
terdiri daripada peristiwa negatif dalam hidup, masalah persekitaran, tekanan
keluarga atau hubungan interpersonal dan kekurangan sokongan sosial atau
sumber peribadi.

Paksi-5 melaporkan pendirian ahli klinikal terhadap tahap kebolehfungsian


seseorang secara menyeluruh. Maklumat ini penting untuk merancang rawatan dan
mengukur kesannya serta menjangkakan keputusan atau hasilnya. Paksi ini menilai

9
fungsi semasa dan juga tahap fungsi terbaik dalam satu tahun. Kod yang digunakan
adalah dari angka 1 hingga 100. Misalnya seseorang yang tidak mengalami
simptom atau hanya mengalami simptom yang minimum dan dapat berfungsi
dengan baik kodnya adalah antara 81 hingga 100. Manakala seseorang yang
sentiasa meletakkan dirinya atau orang lain dalam keadaan berbahaya kodnya
adalah 1 hingga 10.

DSM IV-TR BERDASARKAN KAJIAN KES

Pada Paksi-1 John Williams dilaporkan mengalami Kecelaruan Kebimbangan Umum


atau Generalized Anxiety Disorder, GAD. Antara simptom-sipmtom yang boleh
mengkategorikan John Williams mengalami kecelaruan ini adalah kebimbangan
yang berlebihan di mana John Williams bimbang terhadap pencapaiannya dalam
setiap penglibatannya di dalam pelbagai bidang. John Williams bimbang tidak dapat
memenuhi segala pengharapan yang tinggi yang diletakkan terhadapnya oleh
keluarganya terutama sekali daripada ayahnya. Ayahnya mengharapkan John
Williams memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam pelajaran dan dalam
bidang yang lain.

Selain daripada itu, semasa John Williams sudah berkahwin, dia juga
mengalami kebimbangan yang berlebihan ekoran daripada pengharapan yang
terbaik daripada isterinya dari aspek kejayaan dalam hidup dan juga aspek
kesihatan. Maka, John Williams terpaksa menjadi yang terbaik di mata isterinya.

Di samping itu, John Williams juga mengalami kebimbangan yang berlebihan


terhadap hubungan psikososial. Kebimbangan tersebut jelas kelihatan semasa dia
berada di Kolej Harvard seperti mana yang terdapat di dalam sejarah sosialnya.
Manakala simptom-simptom fizikal yang jelas kelihatan pada John Williams adalah
dia sering mengalami pening kepala, keletihan dan juga cepat marah. Dia sering
mengalami sakit kepala sejak dia berada di universiti lagi di mana dia sering
mengambil pil aspirin untuk melegakan sakit kepalanya itu.

Manakala pada Paksi-2 iaitu kecelaruan personaliti atau dan kerencatan


mental didapati John Williams tidak mengalami kedua-dua permasalahan tersebut.

10
John Williams tidak mengalami masalah kecelaruan personaliti dan kerencatan
mental yang mana dapat dilihat dengan jelas bahawa keadaan personaliti dan
mental John Williams dalam keadaan yang normal dan stabil.

Pada Paksi-3 pula iaitu keadaan kesihatan am John Williams didapati John
Williams mengalami masalah tekanan darah tinggi iaitu pada tahap kedua iaitu
160/110. Sementara itu, John Williams sudah mengalami tekanan darah tinggi
semasa dia mula-mula berkahwin dengan isterinya iaitu pada tahap tekanan darah
tinggi tahap pertama iaitu 130/85. Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan
terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan
jantung. Tekanan darah mempunyai dua ukuran dan biasanya diukur seperti 120 /
80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat
denyutan jantung. Ianya dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80)
menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil
tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah
semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Bacaan Tekanan Darah.

Kategori Tekanan Darah Tekanan Darah Tekanan Darah


Tinggi Systolic (Angka bacaan Diastolic (Angka
di atas) mmHg bacaan di bawah)
mmHg

Normal < 120 < 80

Pra Hypertensi 120- 139 80 - 89

Hypertensi/Tekanan Darah 140 - 159 90 - 99


Tinggi Peringkat 1

11
Hypertensi/Tekanan Darah > 160 > 100
Tinggi Peringkat 2

Manakala Paksi-4 pula merupakan masalah psikososial dan persekitaran.


Merujuk kepada kajian kes, didapati John Williams mengalami dua punca tekanan
iaitu tekanan draipada keluarga dan tekanan daripada persekitaran iaitu hubungan
psikososial John Williams. Melalui tekanna keluarga, John Williams mendapat
tekanan daripada ayah dan juga isterinya yang mana terlalu mengharapkan yang
terbaik daripada John Williams. Ayahnya menginginkan John Williams menjadi yang
terbaik di dalam akademik dan juga dalam bidang yang lain. Selain itu, ayahnya
mengharapkan John Williams menjadi peguam yang berjaya seperti mana dia yang
mana juga dapat membuktikan bahawa kaum kulit hitam juga mampu berjaya di
dalam kelompok majoriti kaum kulit putih. Sementara itu, isterinya juga
mengharapkan yang sempurna dan terbaik daripada John Williams dalam pelbagai
aspek. Ekoran daripada itu, John Williams terpaksa sentiasa menjadi yang terbaik
dan sempurna di mata isteri dan ayahnya.

Manakala tekanan daripada persekitaran pula dilihat dari sudut hubungan


psikososial John Williams di mana dilihat dengan jelas bahawa John Williams
mengalami masalah perbezaan kaum. Semasa di Kolej Harvard, John Williams
merupakan satu-satunya pelajar kulit hitam yang dikira berjaya dengan cemerlang
di bumi kaum kulit putih. Pada masa tersebut dilihat John Williams mempunyai
tahap kecurigaan yang tinggi terhadap pelajar kulit putih dalam penerimaan
mereka kepada pelajar kulit hitam seperti dia. John melihat mereka terlalu
mendiskriminasi pelajar kulit hitam kecuali dia disebabkan faktor kejayaan yang
diperolehi John dalam akademik dan bidang lain. Kecurigaan dan kebencian John
Williams terhadap kaum kulit putih berterusan sehingga dia berjaya mendapat
pekerjaan yang terkemuka di bumi kaum kulit putih. Peristiwa yang menambahkan
lagi kebencian John terhadap kaum kulit putih adalah diskriminasi yang dilakukan
oleh kaum tersebut di Vietnam yang mana John ingin membantu tetapi terpaksa
memikirkan kerjaya yang telah dia pilih menghalang dia daripada memberi
bantuan.

12
Paksi yang terakhir iaitu Paksi-5 yang mana melaporkan penilaian fungsi
menyeluruh, GAF. Merujuk kepada kajian kes, John William mengalami GAD (kodnya
adalah 300.02). Sejak dia memasuki kolej Har iaitu kebimbangan terhadap
pengharapan yang terlalu tinggi yang diletakkan terhadapnya dan perhubungan
sosialnya. Kemudian, John William mengalami GAD semula pada usianya 40 tahun
ekoran daripada ketidakpuashatian terhadap diskriminasi yang dilakukan oleh kaum
kulit putih terhadap kaum yang lain. John didapati mengalami simptom-simptom
yang minimum dan tidak membahayakan dirinya sendiri dan orang lain. Maka kod
GAF bagi kes permasalahan John Williams ini adalah 51-60 iaitu mempunyai
simptom-simptom pada tahap sederhana dan kesukaran di dalam perhubungan
psikososialnya.

5.0 RAWATAN

Masalah Generalized Anxiety Disorder (GAD) boleh dirawat dengan pelbagai


cara antaranya penggunaan ubat-ubatan dalam pendekatan atau terapi biologi iaitu
penggunaan ubat Anti-kemurungan (Anti-depressant) dan Benzodiazapines. Selain
itu, terapi kognitif, pendekatan psikologikal dan terapi psikoterapi juga digunakan
dalam rawatan tersebut.

Pendekatan atau terapi biologi merupakan rawatan yang diberikan kepada


pesakit yang bertujuan untuk mengurangkan atau menghapuskan simptom-
simptom kecelaruan psikologi dengan cara mengubah cara tubuh badan berfungsi
(Kaplan dan Saddock, 2003). Terapi biologi adalah melibatkan penggunaan ubat-
ubatan tertentu iaitu penggunaan terapi elektokonvulsif (TEK) dan psikosurgeri.
Penggunaan ubat-ubatan untuk merawat kecelaruan dikatakan lebih berkesan
berbanding dengan kaedah psikoterapi. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan
keberkesanan pengambilan ubat-ubatan tersebut mestilah dimbil secara berterusan
untuk suatu tempoh masa yang mencukupi seperti yang dicadangkan oleh psikiatri.
Penggunaan ubat dengan dos yang terlalu rendah atau tempoh pengambilan yang
singkat akan mendedahkan pesakit kepada risiko dan kegagalan terapi tersebut.

Ubat-ubatan (dadah) yang digunakan dalam terapi biologi unutk merawat


masalah GAD ialah Anti-kemurungan atau Anti-depressant dan Benzodiazapines.

13
Anti-kemurungan atau Anti-depresant adalah digunakan untuk membangkitkan
mood seseorang yang mengalami kemurungan. Pesakit yang mangambil ubat ini
didapati menjadi lebih gembira dan ceria. Walau bagaimanapun, penggunaan ubat
ini juga akan menberikan kesan negatif kepada pesakit. Ia akan mengakibatkan
pesakit mengalami kerosakan pada hati.

Penggunaan ubat Anti-kemurungan terdiri daripada dua jenis iaitu


manoamine oxidase (MAO) perencat dan trisiklik. MAO perencat bertindak
meningkatkan tahap interaksi neuron-neuron dalam otak. MAO merupakan sejenis
cecair pada otak yang bertindak melemahkan kadar interaksi neuron dan
meningkatkan kadar interaksi serta dapat memperbaiki mood pesakit GAD. Ubat
jenis ini tidak memberikan sebarang kesan kepada individu normal. Manakala ubat-
ubatan trisiklik akan memberikan sedikit kesan sampingan selepas penggunaan
ubat tersebut antaranya ialah kekeliruan, pertambahan berat badan dan kadar
perpeluhan yang meningkat. Ubat-ubat ini dapat memberikan kesan penyembuhan
yang panjang berbanding dengan ubat lain. Sekiranya ubat-ubatan ini tidak
memberi kesan yang diharapkan maka pesakit adalah digalakkan untuk menjalani
rawatan TEK.

Rawatan TEK dikenali sebagai terapi kejutan. Terapi tersebut bertindak


mengaktifkan neuron-neuron tertentu dalam otak. Kekerapan terapi ini akan
menyebabkan kemerosotan daya ingatan. Selain itu, pesakit juga akan mengalami
sakit kepala, merasa keliru dan racauan (delirium) selepas menjalani rawatan
tersebut. Penggunaan rawatan TEK ini tidak boleh dilakukan kepada pesakit yang
menghidap masalah jangkitan pari-paru, penyakit jantung atau demam yang kuat.

Penggunaan ubat jenis Benzodiazapines akan bertindak kepada system saraf.


Selain itu, ubat tersebut juga sangat berkesan sebagai enzim penenang kepada
pesakit GAD. Apabila pesakit telah mengambil ubat tersebut, ia akan memberikan
kesan kepada pesakit iaitu pesakit akan merasa mengantuk dan kabur
penglihatannya. Walau bagaimanapun, kesan penenang ubat tersebut tidak dapat
bertahan lama dan pesakit akan mula bergantung kepada ubat tersebut apabila
mengalami rasa takut dan bimbang walaupun sedikit. Keadaan tersebut akan
menyebabkan ketagihan dan boleh membawa maut sekiranya pesakit turut
mengambil alkohol pada masa yang sama.

14
Terapi kognitif merupakan terapi yang mana pesakit akan diminta untuk
mengenal pasti dan memperbetulkan kepercayaan yang salah. Ahli terapi juga akan
membantu pesakit mempelajari aliran pemikiran yang logik di dalam mindanya.
Pendekatan aliran tingkah laku juga menekankan penggunaan teknik yang hampir
sama dengan pendekatan pembelajaran. Cuma ia menggabungkan teknik
pendekatan pembelajaran dengan teknik terapi kognitif bagi mendapatkan hasil
yang lebih berkesan. Pendekatan pembelajaran merupakan teknik yang
menggunakan pelbagai teknik yang ditujukan khas bagi membantu pesakit
mengahadapi sesuatu perkara atau situasi yang mendatangkan kebimbangannya.

Pendekatan psikologikal merupakan pendekatan yang digunakan untuk


membantu pesakit supaya berkeadaan tenang ketika menghadapi sesuatu perkara.
Pendekatan ini mempunyai manfaat yang hampir sama dengan pengunaan dadah
dalam merawat masalah kecelaruan GAD. Tetapi pendekatan ini adalah lebih baik
berbanding penggunaan dadah. Ini kerana pendekatan tersebut menunjukkan
keputusan yang baik pada jangka masa yang panjang. Pendekatan ini mengajar
pesakit bagaimana untuk tenang dan mengatasi tekanan yang dihadapi. Dalam
pendekatan ini juga, pesakit akan diminta membuat renungan atau meditasi.

Teknik psikoterapi merupakan bentuk rawatan perbualan yang menghasilkan


gerak balas terapi. Selain itu, teknik psikoterapi juga mengabungkan antara teori
psikoanalisis dengan teori pembelajaran. Melalui teknik ini ahli terapi hendaklah
mengenal pasti pemindahan dengan segera dan menganalisisnya. Pemindahan
tersebut mestilah dihubungkan dengan hubungan antara pesakit dengan ibu
bapanya.

Teknik terapi kemanusiaan merupakan antara beberapa bentuk psikoterapi.


Terapi ini lebih dikenali sebagai terapi berpusatkan klien. Teknik ini tidak bertujuan
untuk memahami konflik dalaman pesakit tetapi bertanggungjawab untuk
memotivasikan pesakit supaya mencapai perkembangan kendiri. Ini kerana konsep
kendiri dan personaliti seseorang amat mempengaruhi tingkah laku seseorang dan
cara ia bersosial. Selain itu juga ia menekankan kewujudan manusia dan bagaimana
ia mempersepsikan realiti di sekelilingnya serta pemerimaannya kepada
kehidupannya sebagai suatu fenomena.

15
6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kebimbangan yang berlebihan boleh mendatangkan


banyak kesan negatif kepada seseorang yang mana kesan yang paling jelas
kelihatan adalah pada masalah tahap kesihatan seseorang. Sekiranya individu
tersebut mengalami kecelaruan kebimbangan umum, secara automatiknya individu
tersebut akan mengalami masalah tekanan darah tinggi. Sekiranya masalah
tekanan darah tinggi ini tidak dikurangkan atau diatasi dengan segera khususnya
tekanan darah tinggi peringkat kedua, maka individu tersebut berkemungkinan
mendapat komplikasi tertentu.

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-


organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Di antara komplikasi atau
kesan akibat penyakit tekanan darah tinggi adalah seperti komplikasi pada otak
yang mana merangkumi serangan stroke atau stroke ringan dan sementara
(Transient Ischaemic Attack), penyakit jantung seperti Coronary Heart Disease,
Congestive Heart Failure dan Left Ventricular Hypertrophy, komplikasi pada mata
seperti perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata dan
keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy, komplikasi pada buah
pinggang iaitu kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi,
Microalbuminuria, Proteinuria) serta Peripheral vascular Disease seperti Aneurysm
dan kehilangan satu atau lebih denyut nadi.

Oleh demikian, rawatan yang betul dan berkesan harus diberikan kepada
pesakit GAD seperti John agar beliau dapat menjalani kehidupan beliau dengan
lebih baik tanpa merisaukan atau membimbangkan pelbagai perkara secara
keterlaluan sehingga mengganggu perjalanan sosial dan hidupnya.

16
RUJUKAN

Ab Alim Abdul Rahim, (1994). Pengantar Psikologi Bilazim. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad & Sharifuddin Ismail. (2005).
Punca dan

rawatan kecelaruan tingkah laku. Selangor: PTS Professional.

Azizi Yahaya & Jamaludin Ramli. (2007). Psikologi Abnormal. UTM, Johor: Pencetakan
Info

Meditasi.

Barlow, D. H. & Durand, V. M. (2004). Abnormal Psychology: An Integrative

Approach. (5th Edition). Canada: Wadsworth Cengage Learning.

Karen Huffman. (2007). Psychology In Action (8th Edition). USA: John Wiley & Sons,
Inc.

Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah. (2002). Psikologi. Universiti Putra Malaysia:
McGraw-Hill.

Midwest Behavioral Health Network. (2009, September). Guidelines to Use of Axis V:

Global Assessment Functioning Scale. Diakses pada September 14, 2009

daripada pautan

http://www.newavenuesonline.com/provider/forms/getpdf.aspx?id=45

National Institutes of Health. (t. thn.). Anxiety Disorder. Diakses pada September

14, 2009 daripada pautan

http://www.nimh.nih.gov/health/publications/anxiety-disorders/complete-

index.shtml#pub7

17
Wikimedia Foundation. (t. thn.). Generalized Anaxiety Disorder. Diakses pada

September 17, 2009 daripada pautan

http://en.wikipedia.org/wiki/anaxietydisorder

Wikimedia Foundation. (t. thn.). DSM-IV Codes. Diakses pada September 17, 2009

daripada pautan http://en.wikipedia.org/wiki/DSM-IV_Codes

18