Anda di halaman 1dari 15

Pengenalan Kepada Kecelaruan Dysthymic

Menurut Azizi dan Jamaludin (2007), adalah sangat penting untuk memahami
apa yang dimaksudkan dengan tingkah laku abnormal bagi mengelak daripada
berlaku salah anggap oleh masyarakat yang akan memberi kesan dalam hidup
individu yang berkenanan. Tingkah laku abnormal atau bilazim adalah tingkah laku
yang melanggar atau diluar norma-norma sesuatu masyarakat dan undang-undang
dalam sesuatu Negara. Sesuatu tingkah laku itu yang dikatakan abnormal ada
kalanya berbeza mengikut sesuatu budaya atau nilai yang dipegang dalam sesuatu
masyarakat.

American Psychiatric Association (APA) telah memperkenalkan Diagnostic


and Statistical Manual of Mental Disorder (DSM) yang versi terbarunya ialah DSM-IV
yang dikeluarkan pada tahun 2001 dan mengandungi 290 kecelaruan psikologi
yang khusus. DSM merupakan sistem diagnosis yang diterima umum, yang
digunakan oleh ahli terapi, pekerja kesihatan mental dan ahli psikologi. DSM
mendefinisikan sesuatu kecelaruan psikologikal dengan menilai symptom
seseornag individu berdasarkan lima paksi atau dimensi yang berbeza.

Berdasarkan sejarah yang pendek sehingga tahun 1980 kebanyakkan pesakit


kemurungan kronik didiagnosiskan sebagai kemurungan neurosis, atau personaliti
masochistic. (Markowitz, 1994 dlm Markowitz, 1998). Pada tahun 1980, DSM-III
telah mengubahnya dimana Hogop Akiskal dalam seminar beliau mencadangkan
kemurungan kronik merupakan kecelaruan mood dan konsep dysthymic telah
dimasukkan dalam DSM-III-R yang menggunakan nama kecelaruan dysthymic serta
memberikan symptoms-simptoms yang berbeza. Namun, ianya masih dalam
keadaaan yang tidak jelas dari segi klinikal.

1
Menurut kepada DSM-IV, Dysthymic digambarkan dengan keadaan
kemurungan yang sangat kronik, mempamerkan dengan kemurungan mood hampir
sehari dan lebih daripada sehari sekurang-kurangnya dalam jangka masa 2 tahun.
Bagi kanak-kanak dan remaja, bengkengan (irritability) mood dan berlaku harus
sekurang-kurangnya dalam setahun. Tambahan lagi, sepanjang 2 tahun pertama,
pesakit tidak menunjukkan episode kemurungan major, manic, mixed, atau
hypomanic dan tiada kateria dalam kecelaruan Cyclothymic. Selain itu, tiada
symptom yang ditujukkan atas akibat daripada penggunaan dadah, alcohol, ubat-
ubatan atau keadaan ubatan umum. Simptom-simptom daripada kecelaruan ini
juga mengakibatkan kelemahan atau gangguan dalam sosial, perkerjaan,
pendidikan dan fungsi atau peranan penting individu tersebut yang lain (American
Psychiatric Association, 1994).

2
Teori kepada Dsythymic :

Teori Psikoanalisis Sigmund Freud

Teori Psikodinamik memberikan focus ke atas tingkah laku, perasaan,


pemikiran, dan pengalaman setiap individu. Kecelaruan mood dilihat sebagai
muncul daripada dalam diri individu. Teori Psikoanalisis Sigmund Freud merupakan
teori yang pertama terbentuk, dan diikuti dengan teori-teori lain. Dalam teori ini,
Freud menyatakan bahawa terdapat tiga bentuk atau tahap kesedaran mental
manusia iaitu sedar, pra sedar, dan bawah-sedar. Tahap sedar terdiri daripada apa
sahaja yang disedari oleh seseorang pada masa-masa tertentu, iaitu berkaitan
dengan pemikiran, perasaan, sensasi, atau ingatan. Tahap Prasedar pula
mengandungi ingatan-ingatan yang tidak disedari pada masa semasa, etapi boleh
dibawa kepada tahap kesedaran dengan cara mengingat kembali.

Tahap bawah-sedar merupakan tahap yang terpenting, dimana menurut


Freud ianya merupakan faktor pendorong asas kepada tingkah laku manusia. Pada
tahap kesedaran ini, tersimpan ingatan-ingatan terdahulu adalah disedari tetapi
oleh kerana ingatan tersebut mendatangkan ketidakselesaan atau kebimbangan.
Oleh demikian, ingatan-ingatan ini ditekan iaitu secara paksa atau tidak sukarela
disisihkan daripada tahap sedar – represi. Tahap ini juga mengandungi semua
naluri, kemahuan, dan keinginan yang tidak dibenarkan masuk ke tahap kesedaran.
Impuls dan ingatan-ingatan yang ditekan ini menyebabkan kepada kecelaruan dan
gangguan psikologi. Sigmund Freud melopori pendekatan ini menyatakan bahawa
kecelaruan psikologi adalah disebabkan oleh konflik-konflik bawah-sedar atau
konflik yang tidak dapat diselesaikan semasa peringkat-peringkat perkembangan
psikoseksual.

3
Berdasarkan tiga tahap kesedaran ini, apabila ingatan atau pengalaman-
pengalaman yang membebankan dan memberi tekanan kepada individu
menyebabkan individu tersebut akan cuba untuk melupakan atau bertindak untuk
mengelak daripada menghadapi pengalaman yang sama. Seterusnya menyebabkan
individu tersebut mengalami kemurungan.

Dalam tahun 1920, Sigmund Freud mencadangkan satu konsepsi baru yang
mengandungi tiga sistem yang berbeza tetapi berkaitan iaitu id, ego, dan superego.
Id merupakan tempat di mana terletaknya naluri-naluri atau keinginan dan gesaan
yang berterusan memerlukan pengluahan. Id merupakan struktur yang hadir sejak
lahir dan sepenuhnya tidak disedari iaitu di dalam tahap kesedaran bawah-sedar. Id
terdiri daripada naluri-naluri yang dikategorikan kepada dua kategori iaitu naluri
hidup (eros) dan naluri mati (thanatos). id adalah sesuatu diwarisi, primitive, tidak
boleh disedari dan sepenuhnya terletak di bawah-sedar.

Id merupakan sumber kepada libido, dan beroperasi berlandaskan kepada


prinsip kenikmatan, mencari kepuasan segera dan mengelakkan kesakitan. Apabila
naluri muncul maka id akan cuba memuaskannya. Oleh kerana, id tidak berhubung
dengan dunia sebenar, ia hanya terdapat dua cara untuk memuaskan atau
memperolehi kepuasaan. Cara yang pertama adalah dengan tidakan-tindakan
pantulan (refleks), seperti batuk, yang dapat melegakan rasa tidak selesa. Cara lain
dengan melalui fantasia tau khayalan, atau apa yang dirujuk oleh Freud sebagai
pemuasan harapan. Freud juga telah mengemukakan peringkat-peringkat
psikoseksual dalam perkembangan kanak-kanak yang membawa kesan atau
lekatan ke atas personaliti dan masalah-masalah psikologi.

4
Naluri hidup atau eros seperti seksual, lapar, dan dahaga membantu manusia
untuk terus kekal hidup. Freud menekankan kepada naluri seksual, yang dilihatnya
sebagai lebih luas, termasuk dorongan tubuh badan yang menyeronokkan seperti
membuang air besar dan menghisap. Naluri hidup ini beroperasi dengan
menghasilkan tenaga yang dipanggil libido. Libido adalah sama seperti tenaga
fizikal, tetapi menyediakan tenaga unruk berfikir dan bertingkah laku dan ianya
juga tenaga psikik yang menggerakkan keseluruhan personality. Sekiranya naluri
hidup tidak dapat dipuaskan atauberlaku konflik ke atasnya, libido akan bertimbun
tambah dan menghasilkan tekanan, seperti wap yang tidak dapat dilepaskan. Untuk
seseorang itu berfungsi secara normal, tekanan yang disebabkan oleh timbunan
libido harus dikurangkan dan sekiranya tidak, libido ini akan meletup, menghasilkan
tingkah laku bilazim.

Teori Kognitif

Menurut Kaplan & Sadock () dalam Benjamin, Harold & Virginia (2007),
bahawa teori kognitif dalam kemurungan juga digunakan dalam kecelaruan
dysthymic. teori kognitif memberikan kita rangka tindakan mengenai proses
pembelajaran. Keupayaan untuk berfikir dan belajar menjadikan kita manusia yang
unik. Ia membolehkan kita menjadi rasional, membuat pengadilan yangbaik,
mentafsirkan dunia di sekitar kita, dan mempelajari kemahiran baru. tanpa fungsi
kognitif, kita tidak dapat mentafsirkan kehidupan harian kita, menyesuaikan diri dan
melakukan perubahan. Sehubungan dengan itu, teori ini menekankan bahawa
penyebab tingkah laku bilazim atau abnormal ialah kesilapan dalam berfikir dan
persepsi yang negatif atau herot. Sebagai contoh, pemikiran yang negatif boleh
menyebabkan kemurungan dan kebimbangan.

5
Teori Kognitif Beck tidak memberikan tumpuan ke atas tingkah laku
seseorang individu tetapi menekankan kepada penerimaan atau tanggapan individu
tersebut ke atas diri dan dunia di sekelilingnya. Beliau percaya bahawa kesedihaan
emosi dan tingkah laku negatif adalah berkaitan dengan salah konsepsi dan salah
interpretasi terhadap pengalaman. Terdapat dua komponen utama teori kognitif
Beck ialah skema dan triad kognitif. Skema kognitif adalah kepercayaan bahawa
pengawalan peribadi yang mempengaruhi cara seseorang individu memproses data
atau interpretasi mengenai dirinya dan orang lain yang berada di sekelilingnya.
Beck mempercayai bahawa skema kognitif ini menjadi aktif semasa kecelaruan
kemurungan, kebimbangan, serangan panik, dan kecelaruan personaliti.

Skema kognitif ini menyumbang kepada pembentukkan komponen kedua


dalam teori kognitif Beck iaitu pembentukkan konsep triad kognitif. Pembentukan
triad kognitif ini mempunyai 3proses iaitu (a) satu pandangan bahawa diri sendiri
adalah tidak sempurna atau tidak lengkap, (b) salah interpretasi terhadap
pengalaman semasa, dan (c) pandangan negatif terhadap masa hadapan. Apabila
seseorang individu terperangkap dalam proses ini, beberapa kognitif negatif akan
terbentuk dan seterusnya menyebabkan seseorang individu mengalami kecelaruan
kemurungan atau mood.

6
Simptom-simptom Kecelaruan Dsythymic

Menurut diagnosis DSM-IV-TR telah menetapkan 7 kriteria atau symptom-


simptom untuk kecelaruan dysthymic iaitu (1) menunjukkan atau mempamerkan
kemurungan mood setiap masa dalam sepanjang 2 tahun atau setahun bagi kanak-
kanak dan remaja. Semasa dalam keadaan kemurungan atau tertekan, (2) pesakit
menunjukan dua atau lebih symptom-simptom berikut iaitu (a) poor appertite or
overeating, (b) insomnia or hypersomnia, (c) low energy or fatigue, (d) low self-
estreem, (e) poor concentration or difficulty making decisions dan (f) feeling of
hopelessness. Semasa dua tahun yang pertama, pesakit menunjukkan kriteria-
kriteria ini dalam jangka masa 2 bulan.

Pada masa tersebut juga, (3) pesakit tidak menunjukkan sebarang episode
kemurungan major dalam sepanjang 2 tahun pertama dan satu tahun pertama
gangguan atau kecelaruan bagi kanak-kanak dan remaja. Contohnya, gangguan
atau kecelaruan adalah lebih baik tidak mengambil kira kecelaruan kemurungan
major kronik atau kemurungan major dalam remission tidak lengkap. Kemungkinan
juga terdapat episode kemurungan major sebelum berlakunya perkembangan
kecelaruan dysthymic .

Selain itu, (4) episode manic, mixed, atau kriteria dalam kecelaruan
Cyclothymic juga tidak dipamerkan serta (5) tiada simptom yang dipamerkan yang
berpunca daripada daripada penggunaan dadah, alcohol, ubat-ubatan atau keadaan
ubatan umum. Simptom-simptom daripada kecelaruan adalah (6) secara klinikal
signifikan mengakibatkan kelemahan atau gangguan dalam sosial, perkerjaan,
pendidikan dan fungsi atau peranan penting individu tersebut yang lain. Gangguan

7
atau kecelaruan ini (7) tidak terjadi semasa kecelaruan chronic psychotic seperti
schizophrenia atau kecelaruan delusional.

Faktor-Faktor Kecelaruan Dysthymic

Psychopathologists telah mengenal pasti bahawa terdapat beberapa faktor


yang menyumbang kepada kecelaruan ini iaitu (1) faktor biologikal, (2) faktor
psikologikal (3) faktor sosial dan faktor-faktor lain. Teori integrative dalam etiologi
kecelaruan mood consider terdapat hubungan yang kuat daripada tiga faktor ini
dengan anxiety dan kemurungan.

Pendekatan Biologikal menekan pengaruh genetik, sistem neurotransmitter,


sistem endocrine dan sleep and circadian rhythms dalam kecelaruan ini. Menurut
kajian yang telah dilakukan oleh Kaplan (n.d), pesakit kecelaruan ini mempunyai
sejarah keluarga yang mempunyai kecelaruan ini. Pendekatan biologikal
menekankan faktor biologi yang merupakan faktor yang asas bagi kecelaruan
dysthymic dan kecelaruan kemurungan major. Namun, kedua-dua kecelaruan ini
dibezakan dari segi pathophysiology iaitu kajian tidur dan kajian neuroendocrine.
Menurut kajian tidur yang dilakukan pengurangan kekerapan atau kecepatan
pergerakan mata (REM) dan peningkatan density REM yang berlaku pada pesakit
kecelaruan kemurungan major yang juga terjadi secara kadar yang signifikan pada
pesakit kecelaruan dysthymic. Kajian neuroendocrine pada kecelaruan dysthymic
adalah axis adrenal dan thyroid yang diuji menggunakan dexamethasone-
suppression test (DST) dan thyrotropin-releasing hormone (TRH).

8
Pendekatan psikologikal pula menekankan tekanan daripada kehidupan
seharian, dan corak kognitif sebagai faktor kepada kecelaruan ini. Kehidupan yang
penuh dengan tekanan dan keadaan yang tidak dijangka berlaku secara tiba-tiba
seperti seorang ibu tunggal diberhentikan kerja menyebabkan wanita ini akan
mengalami tekanan dan seterusnya mengalami kemurungan atau kecelaruan
dysthymic. Corak kognitif Negatif yang diperkenalkan oleh Aaron T. Beck (1967,
1976), pula menekankan bahawa kecelaruan ini diakibatkan oleh keherotan dalam
pemikiran. Individu yang mengalami kecelaruan ini melihat diri mereka, keadaan
dunia di sekeliling, dan masa hadapannya dengan cara negatif. Selain itu, individu
yang mengalami kecelaruan ini juga mempunyai gagasan peribadi, atau konsep
kendiri yang negatif dan salah interpretasi pengalaman-pengalaman yang dihadapi
serta tingkah laku orang lain terhadap dirinya.

Pendekatan psikodinamik menyatakan bahawa individu yang mengalami


kecelaruan ini tidak mampu meluahkan perasaan agresif dan negatif mereka secara
berkesan. Perasaan-perasaan negatif ini dialihkan ke dalam iaitu dengan
memendam perasaan-perasaan tersebut sehingga menyebabkan menghadapi
kemurungan.

Pendekatan behaviorisme menekankan bahawa kecelaruan ini disebabkan


faktor pembelajaran dan persekitaran. Individu yang mengalami kecelaruan ini
mempunyai kelemahan dalam kemahiran sosial yang diperlukan untuk
memperolehi peneguhan sosial daripada orang disekelilingnya dan membentuk
reaksi negatif daripada mereka. Misalnya, mereka yang mengalami kecelaruan ini
biasanya kurang tersenyum, bermuram dan mendapat reaksi negatif daripada
orang lain. Oleh itu, individu tersebut tidak memperolehi peneguhan positif malah
lebih banyak mengalami kemurungan.

9
Formacological and Psychological Treatment;

Rawatan psikologikal yang berkesan dalam merawat kecelaruan ialah


Cognitive-Behavioral Therapy (CBT), dan Interpersonal Psychotherapy (IPT) yang
mana telah direka bentuk untuk merawat kecelaruan mood.

CBT diperkenalkan oleh Aaron T. Beck berdasarkan pemerhatian beliau ke


atas peranan pemikiran atau kognitif yang negatif dan herot dalam pembentukkan
kecelaruan ini. Rawatan ini juga merupakan rawatan yang berdasarkan
pemerhatian ke atas pesakit yang mempunyai sifat kognitf yang herot sebagai
contoh, “saya seorang yang tidak berguna”, “Tiada harapan dalam hidup saya”,
“hidup saya tidak akan berubah menjadi lebih baik” yang mana ditunjukkan atau
dilahirkan oleh pesakit secara automatik. Idea atau gagasan seperti ini membawa
kepada kesengsaraan dan menyekat fungsi individu yang normal.

Terapis CBT akan mendorong atau menggalakkan pesakit untuk meneliti dan
menguji kognitif congruent-mood berbanding dengan mudah mempercayainya.
Selain itu, pesakit saling setuju dengan tugas tingkah laku sebagai contoh “berjalan
keluar daripada rumah” atau “bersiar-siar” dimana ianya lebih baik berbanding
dengan hanya berada di dalam rumah. Mengikut kajian tentang CBT, terapi atau
rawatan ini mempunyai masa terhad iaitu hanya 12 hingga 20 sesi sahaja.

10
IPT diperkembangkan oleh Myrna Weissman dan Gerald klerman dan
merupakan terapi atau rawatan masa terhad iaitu hanya 12-20 sesi dan
diajadualkan seminggu sekali. Terapi atau rawatan ini diagnosis-fokus, dengan
menentukan hubungan mood pesakit dengan kaeadaan atau situasi kehidupan
pesakit. Ianya berdasarkan daripada pemerhatian kepada episode kemurungan
cenderung terjadi bukan kerana dalam vakum tetapi dalam konteks kesukaran
situasi kehidupan: masalah hubungan, perubahan hidup dan kematian sesorang.
Terapi ini akan memperbaiki fungsi interpersonal individu dan menyelesaikan krisis
hidup yang menjadi punca kepada masalah mood.

Selain itu, terdapat beberapa rawatan yang berasaskan ubat-ubatan atau


dadah seperti anti-kemurungan: tricyclic antidepressant, monoamine oxidase (MAO)
inhibitors, dan serotonim-specific reuptake inhibitors (SSRIs), dan Lithium. Kedua-
dua rawatan member kesan yang berbeza ke atas pesakit, rawatan berasaskan
ubat atau dadah memberi kesan yang cepat tetapi hanya dalam jangka masa yang
pendek. Manakala, rawatan psikologikal pula member kesan yang lambat tetapi
ianya dalam jangka masa panjang.

11
Statistik Related and Prevelence

Lazimnya, kecelaruan dysthymic kebanyakkan populasi umum dan dikesan


kepada 5% hingga 6% daripada semua individu di dunia ini. Kecelaruan ini juga
dapat dilihat kebanyakan daripada pesakit dalam klinik psikitri umum dimana ianya
dikesan diantara 1/2 hingga 1/3 daripada jumlah pesakitnya. Selain itu, tiada
perbezaan gender untuk kadar perbandingan.

Namun, kecelaruan ini lazimnya dikesan atau dihadapi oleh wanita yang lebih
muda iaitu berumur 64 tahun ke bawah berbanding dengan lelaki daripada semua
lingkungan umur. Kecelaruan ini juga biasanya dihadapi oleh individu yang belum
berkahwin atau tidak berkahwin, orang muda dan orang yang mempunyai
pendapatan yang rendah.

Berdasarkan kajian Epidemiologic Catchment Area (ECA) dalam Markowitz


(1998), yang mengkaji mengenai populasi yang mempunyai risiko mengalami
kecelaruan ini mendapati bahawa daripada 18 000 orang subjek 1.5 hingga 3 kali
wanita daripada subjek didiagnosikan menghadapi kecelaruan ini. Remaja dan
dewasa dalam lingkungan umur 18 tahun hingga 64 tahun mempunyai risiko yang
lebih tinggi berbanding dengan individu yang berumur 65 tahun ke atas. Kajian ini
juga mendapati hubungan diantara jantina dan umur dimana, wanita yang berumur
dalam lingkungan umur 45 tahun hingga 64 tahun mempunyai risiko yang tinggi
menghadapi kecelaruan ini. Subjek dalam kajian ini yang berumur dalam

12
lingkungan umur 18 tahun hingga 44 tahun dilaporkan mempunyai pendapatan
yang rendah iaitu kurang daripada 2000 US Dollah. Manakala, kajian ini juga
mendapati bangsa, tahap pendidikan, dan status perkerjaan tidak mempunyai
hubungan dalam kecelaruan ini.

Kajian ECA juga mendapati bahawa pesakit dsythymic telah kerap kali
menggunakan rawatan. Secara puratanya, pesakit-pesakit ini tidak didiagnosikan
sebagai pesakit dsythymic dalam menjalani rawatan umum kesihatan sejak enam
bulan yang pertama dan menerima tiga kali rawatan kesihatan mental. Oleh itu,
mereka tidak menerima rawatan yang sepatutnya.

Conclusion

Kesimpulanya, kecelaruan dysthymic ini harus didiagnosiskan secara berhati-


hati dan teliti kerana kecelaruan ini mempunyai persamaan atau berkongsi dengan
symptom-simptom kecelaruan lain seperti kecelaruan kemurungan kronik,
kecelaruan kemurungan major dan kecelaruan dwikemurungan.

Kesilapan dalam mengediagnosikan kecelaruan ini mengakibatkan kesalahan


dalam penentuan rawatan dan seterusnya boleh mengakibatkan kecelaruan pesakit
bertambah teruk atau tidak sembuh. Kecelaruan ini juga menyebabkan kegagalan
individu berfungsi dengan baik samaada di dalam masyarakatnya dan keluarga
serta dirinya sendiri. Kecelaruan ini juga menyumbang kepada tingkah laku bunuh
diri dan tingkah laku-tingkah laku deviant atau delinkuen oleh kanak-kanak dan
remaja yang menghadapi kecelaruan ini.

13
Justeru itu, kajian mengenai kecelaruan ini harus dipertingkatkan lagi dalam
usaha memahami dengan lebih mendalam mengenai kecelaruan ini dan membantu
ahli-ahli psikologi membentuk rawatan-rawatan yang lebih baik pada masa
hadapan.

Reference

Ab Alim Abdul Rahim, (1994). Pengantar Psikologi Bilazim. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Beck, A., T., & Alford, B., A. (2009). Depression ; Causes and Treatment. (2nd
Edition) USA: University of Pennsylvania Press.

Benjamin, J. S., Harold, I. K., & Virginia, A. S. (2007). Kaplan & Sadock's Synopsis Of
Psychiatry :Behavioral Sciences / Clinical Psychiatry. (10th Edition).
Philadelphia: Wolter Kluwer/Lippincott Williams & Wilkins.

Karen Huffman. (2007). Psychology In Action. (8th Edition). USA: John Wiley & Sons,
Inc.

Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah. (2002). Psikologi. Universiti Putra Malaysia:
McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Markowitz, J., C. (1998). Interpersonal Psychotherapy for Dysthymic Disorder. USA:


American Psychiatric Press, Inc.

14
Spitzer, R., L., First, M., B., Gibbon, M., & Willians, J., B. (2004). Treatment
Companion to The DSM-IV-TR Casebook. USA: American Psychiatric Press, Inc.

15