oleh Ibnuyaacob
Kegagalan eskperimen Philadelphia yang dibina Dajjal terus gagal hingga sekarang tetapi
masih ada usaha-usaha yang dilakukan agar hasrat ini tercapai kelak.
Kemampuan teknologi Zikir pula masih pada carta teratas dan masih tiada tandingan
dengan mana-mana teknologi lain. Teknologi ini khusus kepunyaan ahli tasawuf (sufi)
dan tidak mungkin dimiliki oleh ulama’ fekah atau hadith sekiranya tidak diamalkan.
Antara ulama’ fekah yang dalam masa yang sama memiliki keramat tasawuf ialah Imam
Al-Ghazali dan Imam As-Syafie.
Pada artikel lepas telah pun ditunjukkan akan kemampuan ahli tasawuf dari Pulau
Maluku menerbangkan objek dari suatu lokasi ke lokasi lain tanpa sebarang alat, mesin
atau jentera atau tenaga cahaya.
Pergerakan kubah tersebut lambat dan terapung meyakinkan semua orang akan
kemampuan ahli tasawuf berikut. Tapi apakah jangkaan kita selepas kejadian itu? Apa
yang pasti apabila kejaidian itu berlaku orang awam lebih tertarik mengenali ahli tasawuf
berikut daripada mengenali alat (zikir) yang digunakan untuk menerbangkan kubah.
Begitulah rakusnya manusia dalam menghargai kejadian, sedangkan zikir itulah punca
objek kubah itu terbang. Dan ahli tasawuf itu hanya sebagai “Pengguna” alat tersebut.
Begitu juga apabila kita melihat orang kaya menaiki sportcar, apa yang disanjung ialah
pemandu sedangkan pencipta sportcar yang bertungkus lumus menghasilkan teknologi
dilupakan malah tidak diendahkan langsung.
Jawapannya , Ya.
Teknologi yang dimiliki oleh Asif bin Baqriya bukanlah dicipta dan dimiliki oleh beliau
seorang. Teknologi memindahkan objek ini dipunyai oleh semua ulama tasawuf dan
semua ulama’-ulama’ bidang ini tahu selengkapnya tentang eksperimen jenis ini.
Kemampuan Asif ada diceritakan di dalam kitab-kitab karangan ulama’ Tanah Melayu.
Malah Asif amat terkenal akan kekuatan batinnya melebihi kekuatan Ifrit.
Selain Asif, terdapat seorang ulama dari Pattani yang memilikinya. Ulama tasawuf
termasyur itu ialah Syeikh Daud Abdullah al-Fatani yang berasal dari Pattani, Selatan
Thai. Beliau adalah ulama’ termasyur yang mengarang banyak kitab. Kitab-kitab
karangannya adalah yang terbanyak dicetak di Malaysia dan Indonesia.
Antara kitab termasyurnya ialah Muniyatul Musolli, Bulaghatul Mahram, Fawaid dan
sebagainya.
Saya gunakan perkataan eksperimen agar ia kelihatan terkini dan segar. Biasanya
kejadian pelik yang dilakukan oleh seseorang Islam yang berpakaian jubah dan serban
akan diandaikan sebagai sihir dan mistik.
Sedangkan kejadian pelik yang dilakukan oleh orang barat yang berkot dan bertali lahir
akan dipangil eksperimen atau ujikaji. Begitulah sikap masyarakat Islam sekarang berat
sebelah terhadap agama sendiri.
Syeikh Abdullah al-Fatani sudah terkenal dengan karamahnya sebagai ulama’ dan
kekasih Allah. Tidak hairanlah apa yang dihajatkan akan tercapai dalam sekelip mata.
Dalam buku karangan allahyarham Wan Mohd. Abdullah Saghir berkenaan Biografi
Ulama Nusantara, beliau menjelaskan tentang suatu kejadian karamah (future
technology) yang dilakukan oleh Syeikh Daud.
Untuk melengkapkan ilmu tasawufnya, beliau dan seorang rakannya telah mengembara
ke Afrika Utara kerana dikatakan di sana terdapat seorang ahli tasawuf yang terkenal.
Sesampainya mereka berdua berjumpa orang alim tersebut, ulama’ Afrika itu menguji
dahulu kealiman kedua-duanya.
Ulama’ Afrika itu meminta Syeikh Daud Abdullah ‘menghadirkan’ buah tembikai di
hadapan ulama’ tersebut. Setelah melakukan solat sunat, dan berdoa, maka muncullah
tembikai dari Tanah Melayu itu di hadapan Syeikh Afrika tersebut dan yakinlah syiekh
itu akan kealiman Syeikh Daud Abdullah al-Fatani.
Ahli tasawuf juga memiliki perbezaan karamah mengikut tahap kewalian masing-masing.
Jika dilihat kepada 3 individu yang telah dibincangkan sebelum ini iaitu
Manakala Kiyai-kiyai di Pulau Maluku pula mengambil masa agak lama dan terpaksa
pula mengumpul 3000 orang kiyai untuk memindahkan objek. Namun begitu, kiyai-kiyai
mampu melakukan sama juga seperti Asif bin Barqiya jika mereka berkehendak.
Kesimpulan teknologi di atas ialah kesemua mereka mengambil ilmu tasawuf itu dari
kitab Allah.
Dan jika benar teknologi ini akan dimiliki orang bukan Islam maka tidak perlulah Dajjal
bersusah payah ke Makkah untuk mengepung dan membunuh Isa Ibnu Maryam.
Teknologi tasawuf adalah hadiah khusus dari Allah kepada umat Islam untuk mencapai
kemenangan peprangan akhir zaman.
Kita boleh mempelajari ilmu tasawuf ini dengan menyertai tarekat-tarekat yang dipimpin
ulama’-ulama’ mursyid. Di Malaysia ada beberapa tempat yang masih wujud tetapi tdak
dihebahkan kerana bimbang masyarakat menganggap ia ajaran sesat.
Tarekat ini paling banyak di Pattani, Selatan Thai dan di Indonesia sendiri.
Kesimpulan
Saya amat berkeyakinan tidak akan sesekali Allah membenarkan teknologi ini dimiliki
oleh Al-Masikh Ad-Dajjal. Dan Dajjal sendiri tahu ia tidak mampu mengatasi teknologi
ini dan seperti yang saya sebut dalam artikel sebelum ini, cara Dajjal menghapuskan
teknologi ini ialah dengan membunuh ulama’-ulama’ tasawuf.
Atau dengan cara terbaik menghapuskan sistem pengajian pondok yang mana kitab
tasawuf adalah kitab wajib dipelajari khususnya kitab Syarah Hikam. Kita sendiri dapat
melihat bagaimana kurangnya minat ibu bapa sekarang menghantar anak ke sekolah-
sekolah agama rakyat.