Anda di halaman 1dari 6

TEKS JURUACARA MAJLIS

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG MURID 2007


SEK. KEB. SERI BARU

Mengumumkan, ketibaan En. Dzulkifli Bin Abd Rahman Penyelia Pendidikan


Swasta / Perhubungan Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak ke majlis
Anugerah Cemerlang SK Seri Baru kali ke-25.
Para hadirin diminta berdiri.
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka kata.
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh dan selamat sejahtera.
Yang berusaha,
En. Dzulkifli Bin Abd Rahman
Penyelia Pendidikan Swasta / Perhubungan Pejabat Daerah Hilir Perak
Yang Berusaha,
En. Hanafi Bin Abd Razak
Pemangku Guru Besar SK Seri Baru
Yang Dihormati,
En. Mohamad Bin Darus
Yang DiPertua PIBG SK Seri Baru
Guru-guru
Para Jawatankuasa PIBG
Ketua-ketua kampung
Ibu bapa
Murid-murid yang diraikan
Serta murid-murid sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
rahmatnya dapat sama-sama kita berada dalam majlis yang mulia ini, Majlis
Anugerah Cemerlang kali ke-25.
Bagi pihak jawatankuasa sambutan majlis anugerah dan seluruh warga SK Seri
Baru, kami mengalu-ngalukan kedatangan para jemputan, ibu bapa dan murid-
murid ke majlis ini.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, saya ingin menjemput Ustaz Nazri
bin Abd Ghani bagi mengetuai bacaan doa.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Amin amin Ya Robbanalamin.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Nazri b. Abd Ghani.
Para hadirin sekalian yang dirahmati sekalian,
Majlis Anugerah Cemerlang adalah merupakan acara tahunan sekolah dengan
bantuan daripada Pihak PIBG SK Seri Baru dengan tujuan untuk
menyampaikan penghargaan kepada murid-murid yang berjaya di dalam
bidang kurikulum dan kokurikulum khasnya, Acara ini juga merupakan acara
tradisi bagi setiap sekolah.
Para hadirin sekalian,
Bagi meneruskan majlis kita pada hari ini pihak majlis dengan segala
hormatnya menjemput Yang DiPertua PIBG En. Mohamad b. Darus untuk
memberi ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Mohamad b. Darus di atas
ucapan itu tadi.
Majlis dengan hormatnya menjemput Pemangku Guru Besar, En. Mohd Hanafi
b. Abd Razak untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Hanafi b. Abd Razak di atas ucapan
itu tadi.
Majlis dengan segala hormat dan penuh takzimnya menjemput En. Dzulkifli b.
Abd Rahman, Penyelia Pendidikan Swasta/Perhubungan Pejabat Pelajaran
Daerah Hilir Perak untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis Anugerah Cemerlang ke-25 SK Seri Baru tahun 2007.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada En.
Dzulkifli b. Abd Rahman di atas ucapan itu tadi.
Para hadirin yang dikasihi sekalian, bagi meneruskan acara kita pada pagi ini,
saya ingin mempersilakan murid-murid Prasekolah SK Seri Baru yang
dibimbing oleh Cik Nor Azliza bt Che Ahmad dan Cik Siti Salmah bt Mohd
Salleh untuk mempersembahkan sebuah lakonan.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid prasekolah itu tadi.
Persembahan seterusnya, saya menjemput murid-murid tahap 1 untuk
mempersembahkan nyanyian bahasa inggeris
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahap 1.
Majlis dengan segala hormatnya dijemput En. Hanafi b. Abd Razak mengiringi
En. Dzulkifli b. Abd Razak menyampaikan sijil dan anugerah seterusnya
menyempurnakan majlis konvokesyen murid Prasekolah SK Seri Baru.
Para hadirin sekalian, Prasekolah SK Seri Baru telah beroperasi sejak awal
tahaun 2006. murid-murid ini dibimbing oleh seorang guru dan dibantu oleh
seorang pembantu Prasekolah.
Murid-murid ini telah diajar pelbagai asas untuk persediaan memasuki
pendidikan formal apabila mereka memasuki tahun 1 nanti.
Oleh yang demikian, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
murid-murid Prasekolah ini untuk menerima sijil tamat prasekolah dan sijil
penghargaan.

Tempat pertama disandang oleh Nursahirah bt Rizal


Tempat kedua disandang oleh Nur Afifah bt Makmum
Tempat ketiga disandang oleh Norasyikin bt mohd sapakir dan Mohd ikhmal
Asraff b. Marjuni.

Tahniah diucapkan kepada murid-murid Prasekolah.


Terima kasih diucapkan kepada En. Dzulkifli b. Abd Rahman.
Persembahan seterusnya, saya menjemput murid-murid tahap 1 yang
dibimbing oleh …………………………………………………………. Untuk
mempersembahan sebuah tarian.
Dipersilakan.
Terima kasih sekali diucapakan kepada murid-murid tahap 1.
Majlis menjemput Pn. Noor Asmah bt Arshad mengiringi En. Hanafi b. Abd
Razak untuk menyampaikan anugerah program nilam 2007.
Dipersilakan.
Penerima Anugerah Program NILAM tahap Jauhari Tahun 2007,
Emas,
Dipersilakan adik ………………………..dengan jumlah………………

Perak,
Dipersilakan adik …………………………dengan jumlah…………….

Gangsa,
Dipersilakan adik …………………………dengan jumlah…………….
Terimakasih diucapkan kepada …………………………………. dan syabas
diucapkan kepada penerima anugerah.
Tanpa melengahkan masa lagi, saya menjemput murid-murid tahap 2 untuk
mempersembahkan ……………………………………………..
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahap 2.
Majlis menjemput ……………………………………………………….
diiringi oleh …………………………………………….. untuk menyampaikan
anugerah akademik, cemerlang dan anugerah peningkatan prestasi 2007.
Untuk tahun …………………………….
Tempat pertama………………………………dengan gred…………….

Anugerah peningkatan prestasi murid tahun ……………………….di sandang


oleh………………………………dengan gred…………………………….

Terima kasih diucapkan kepada ………………………………………………..


Para hadirin sekalian ,
Seterusnya majlis menjemput ………………………………………… diiringi
oleh ……………………………………………….. untuk menyampaikan
anugerah mata pelajaran terbaik 2007.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Bagi penerima anugerah ………………….

Terima kasih diucapkan kepada …………………………………………


Seterusnya, majlis menjemput murid-murid tahun 6 mempersembahkan
…………………………………yang bertajuk……………………………..
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun 6.


Majlis menjemput ……………………………………………… diiringi oleh
………………………………………………………………… untuk
menyampaikan sumbangan PIBG untuk murid tahun 6 sesi 2007.
Dipersilakan.

Dimulai oleh adik ………………………

Terima kasih diucapkan kepada En. Hanafi b. Abd Razak.


Para hadirin sekalian,
Majlis menjemput En. Mohamad b. Darus diiringi oleh En. Hanafi b. Abd
Razak untuk menyampaikan anugerah galakan simpanan Bank Rakyat dan
Anugerah galakan simpanan Bank Pertanian.
Dipersilakan.
Anugerah Galakan Simpanan Bank Rakyat disandang oleh Nur Zahidah bt.
Mhd Bahari dengan jumlah simpanannya RM880.93.

Anugerah Galakan Simpanan Bank Pertanian disandang oleh Siti Haslina bt


Azahat dengan jumlah simpanannya RM3040.75

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohamad b. Darus.


Bagi anugerah yang seterusnya, anugerah ketua dan penolong ketua kelas,
ketua dan penolong ketua pengawas pusat sumber sekolah dan anugerah ketua
dan penolong ketua pengawas sekolah. Dengan segala hormatnya saya
menjemput ………………………………………………………………..
diiiringi oleh ………………………………………………………………..
untuk menyampaikan anugerah.
Dipersilakan.

Anugerah ketua darjah,

Anugerah penolong ketua darjah,

Anugerah ketua pengawas pusat sumber,


Nurul Amani bt Mohd Mashod

Anugerah penolong ketua pengawas pusat sumber


Muhammad Fitri b. Saiful Bahri

Seterusnya,
Anugerah ketua pengawas sekolah
Mohamad Azhari b. Jaapar
Nadhia bt Mohd Yusoff
Anugerah penolong ketua pengawas sekolah,
Mohamad Shahriel b. Zainuddin
Nur Zahirah bt mhd Bahari

Terima kasih diucapkan kepada ……………………………………………….


Para hadirin sekalian,
Seterusnya majlis menjemput ……………………………………. diiringi oleh
……………………………………………………… untuk menyampaikan
Anugerah-anugerah khas bekas pelajar SKSB.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Anugerah kecemerlangan kurikulum 2007, dipersilakan Adik Nur Zahirah bt
Mhd Bahari

Anugerah kecemerlangan kokurikulum 2007, dipersilakan adik Nadhia bt


Mohd Yusoff.
Anugerah ibu bapa cemerlang kurikulum,
Dipersilakan En. Bahari b. Yusof

Anugerah ibu bapa cemerlang kokurikulum


Dipersilakan En. Mohd Yusoff b. Adnan
Seterusnya, majlis mempersilakan …………………………………… untuk
menyampaikan cenderamata kepada En. Dzulkifli b. Abd Rahman sebagai
tanda penghargaan daripada pihak sekolah.
Terima kasih diucapkan kepada ……………………………………………….
Akhir sekali, pihak majlis ingin memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat
kesilapan disepanjang majlis ini berlangsung kerana yang baik itu datang
daripada Allah dan yang buruk itu dating dari kami sendiri.
Sebelum bersurai marilah kita sama-sama membaca Surah Al- Asr. Dengan
itu, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.
KALAU ADA SUMUR DILADANG
BOLEH KAMI MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG
TAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI
Para hadirin dijemput ke kantin untuk menikmati jamuan.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.