Anda di halaman 1dari 48

95XXXX-XX-XXXX PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP PENEROKAAN TANAH DI KAWASAN BATU KAWA BERDEKATAN DENGAN TAMAN BOTANIKA

Abstrak Penerokaan tanah adalah sesuatu aktiviti yang perlu dijalankan bagi menapung manusia yang semakin banyak pada era ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor persekitaran yang mendorong pemilikan perumahan dan kesan projek pembinaan di kawasan Batu Kawa bedekatan dengan Taman Botanika terhadap persekitaran. Bagi menjalankan kajian, kaedah soal selidik, pemerhatian dan temu bual mengenai persepsi penduduk terhadap faktor dan kesan pembangunan kawasan pembinaan kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika telah digunakan. Borang soal selidik telah dibagi kepada 30 responden yang terdiri daripada 15 lelaki dan 15 perempuan. Dapatan telah menunjukkan persekitaran yang senyap merupakan faktor persekitaran yang mendorong pemilikan perumahan dan kedai di kawasan kajian. Selain itu, dapat dikenalpasti juga kesan yang paling banyak disokong oleh responden di kawasan tersebut adalah udara menjadi semakin panas. Cadangan yang dikemukakan ialah menanam lebih banyak pokok bunga, menambahbaikan sistem peparitan serta sistem pelupusan dan sebagainya bagi mengurangkan kesan negatif penerokaan tanah terhadap alam sekitar.

95XXXX-XX-XXXX KANDUNGAN Halaman SINOPSIS KANDUNGAN PENGHARGAAN 1.0 2.0 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 4.0 4.1 4.2 PENGENALAN OBJEKTIF KAJIAN LOKASI KAJIAN NEGERI SARAWAK BANDARAYA KUCHING KAWASAN PENEROKAAN DI KAWASAN BATU KAWA TAMAN BOTANIKA KAEDAH KAJIAN PERSAMPELAN PENGUMPULAN DATA 4.2.1 4.2.2 4.3 5.0 5.1 Data sekunder Data primer 5 6-7 8 9 - 10 11 11 12 13 14 - 16 17 18 19 19 19 19 - 20 20 21 21 22 - 23 24 25

TEKNIK PENGANALISAAN DATA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN DEMOGRAFI RESPONDEN 5.1.1 5.1.2 4.1.3 UMUR JANTINA PEKERJAAN

95XXXX-XX-XXXX 5.2 ANALISIS PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP FAKTOR DAN KESAN PEMBANGUNAN TERHADAP ALAM SEKITAR 5.2.1 5.2.2 FAKTOR PERSEKITARAN KESAN PROJEK PEMBINAAN 5.2.2.1 KESAN PEMBANGUNAN TERHADAP UDARA DAN AIR 5.2.2.2 KESAN PEMBANGUNAN TERHADAP TANAH DAN LAIN-LAIN 6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN 33 - 36 37 - 38 29 - 32 26 26 - 29 29

RUJUKAN

39

LAMPIRAN Borang soal selidik Borang catatan pemerhatian Borang Temubual Foto 40 - 44 45 46 51 52

95XXXX-XX-XXXX PENGHARGAAN . Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road iaitu Tuan Putit bin Haji Ped kerana telah memberi kebenaran kepada saya ketika menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu pengajian am iaitu Puan Pho Nee No kerana telah banyak memberi dorongan dan memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar dan dorongan beliau , sudah pasti wujud kepincangan di dalam proses penyediaan kerja kursus ini. Penghargaan yang tidak terhingga juga diucapkan kepada kedua-dua orang tua saya iaitu Sze Eng Khim dan Kong Ewe Chin @ Jiew Chin yang tidak jemu membakar semangat saya untuk terus menyiapkan kerja kursus ini. Segala dorongan dan semangat mereka amatlah dihargai. Tidak dilupakan juga kakak dan adik saya yang turut membantu menyiapkan tugasan ini. Jasa kalian amat saya hargai. Seterusnya ucapan terima kasih kepada 30 orang responden yang telah berbesar hati memberi kerjasama dan membenarkan saya membuat kajian dengan mengisi borang soal selidik yang telah saya berikan. Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat saya iaitu Sakura Choo Chee Ni, Hilary Lai Soh Hui, Veronica Wong Nie Cia dan rakan-rakan saya yang lain kerana telah banyak mambantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Begitu juga dengan individu-individu yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Jasa anda saya sentiasa kenang dan hargai.

95XXXX-XX-XXXX 1.0 PENGENALAN

Bagi melaksanakan tugasan yang diberikan, pengkaji telah memilih tema ekologi. Tajuk kajian pengkaji ialah faktor persekitaran yang mendorong pemilikan perumahan dan kedai serta kesan projek pembinaan di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika, 93250 Kuching, Sarawak. Penerokaaan tanah merupakan aktiviti pembukaan sumber hutan bagi membuka kawasan baru untuk dijadikan bandar, kampung, kawasan perumahan, sawah atau ladang. (http://prpm.dbp.gov.my) Perkataan penerokaan datangnya daripada imbuhan teroka yang bermaksud meneroka untuk mengetahui sesuatu tempat. ( Kamus Dewan Edisi Keempat) Dalam lain maksud, menjelajah, perasan dan mengembara sesuatu tempat yang belum diketahui. (Kamus Padu Terkini) Pada zaman ini, aktiviti penerokaan tanah dijalankan untuk projek pembangunan dan pembinaan bagi memenuhi permintaan manusia terhadap tempat kediaman, pusat membeli-belah dan sebagainya. Sebagai akibatnya, hutan di negara Malaysia semakin berkurangan dan telah mengakibatkan pelbagai jenis pencemaran dan peningkatan suhu. Walaupun orang ramai menyedari akan akibatnya, namun mereka tetap menyokong aktiviti penerokaan tanah dengan melabur pada projek pembinaan dan pembangunan di kawasan terutamanya di luar bandar. Kajian telah dijalankan bagi menyiasat faktor yang mendorong pemilikan perumahan dan kedai di kawasan luar bandar. Antara beberapa faktor yang dikemukakan ialah persekitaran yang bersih, tidak ada pencemaran udara, tidak ada pencemaran air, tidak ada pencemaran cahaya dan persekitran yang bersih.

95XXXX-XX-XXXX Rasional kajian ini ialah kawasan Bandar tercemar menyebabkan ramai memilih pinggir Bandar sebagai tempat tinggal. Kawasan Bandar yang menapung banyak penduduk telah semakin tercemar kerana kadar pemilikan kenderaan bermotor telah semakin meningkat. Akibatnya, pencemaran udara menjadi semakin serius dan persekitaran menjadi lebih bising dan kotor (Andrew Solway.2011). Rasional kedua kajian ialah penerokaan tanah untuk projek perumahan biasanya menjejaskan alam sekitar. Penerokaan tanah biasanya dilaksanakan bagi menjalankan aktiviti pembangunan dan pembinaan. Aktiviti pembangunan dan pembinaan ini selalunya akan mengakibatkan kesan yang negatif terhadap alam semula jadi. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji tentang kesan penerokaan tanah terhadap alam sekitar yang disebabkan oleh projek pembinaan di kawasan kajian. Aktiviti penerokaan tanah mempunyai banyak impak yang negatif terhadap alam sekitar. Secara terperincinya, penerokaan tanah akan menyebabkan permukaan bumi kehilangan litupan tumbuh-tumbuhan mengakibatkan bumi menerima pencaran matahari secara langsung. ( Malaysian Journal of Environmental Management) Penerokaan tanah juga akan menyebabkan fauna kehilangan tempat kediaman di hutan dan akan mengalami kepupusan. Bagi mengetahui kesan-kesan penerokaan tanah terhadap alam sekitar, kajian telah dijalankan. Antara beberapa kesan yang telah dikemukakan ialah udara menjadi semakin panas akibat kesan aktiviti penerokaan tanah dan pembinaan, kadar pencemaran bunyi semakin meningkat, perubahan pandang darat (landskap), sumber-sumber alam semula jadi mengalami kepupusan, berlakunya hakisan dan tanah runtuh, pencemaran udara dan pencemaran air.

10

95XXXX-XX-XXXX 2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertajuk faktor dan kesan projek pembinaan di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika . Untuk memulakan kajian ini beberapa objektif telah dimulakan terlebih dahulu. Objektif ini diwujudkan supaya pengkaji mempunyai garis panduan untuk melaksanakan dan mencapai matlamat kajian di akhir kajian nanti. Dengan itu, pengkaji akan memperoleh dapatan kajian berpandukan objektif yang telah disenaraikan. Berikut adalah objektif kajian tersebut:

1. Mengenalpasti faktor persekitaran yang mendorong pemilikan perumahan dan kedai di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika.

2. Mengenalpasti kesan projek pembinaan rumah dan kedai di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika.

3.0

LOKASI KAJIAN Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting.

Sebagai lokasi kajian, pengkaji telah memilih kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika kerana lokasi ini terletak berdekatan dengan tempat kediaman pengkaji, iaitu lebih kurang 2 kilometer dari tempat kediaman pengkaji. Kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika terletak kira-kira 4 kilometer dari Pusat Bandar Kuching dan kira-kira 6 kilometer dari Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road. Lokasi ini telah dipilih kerana projek pembinaan di kawasan tersebut amat besar iaitu kira-kira 1.5 km persegi. Kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika terletak di belakang St. Mark's Catholic Church, Jalan Batu Kawa, 93250 Kuching, Sarawak dan bersebelahan dengan Stesen Minyak Shell.

11

95XXXX-XX-XXXX

Peta 1 : Negeri Sarawak Sumber : www.mymalaysiabooks.com Sarawak adalah negeri yang terbesar antara 13 buah negeri di Malaysia dan terletak di Pulau Borneo iaitu di Malaysia Timur. Negeri Sarawak juga dikenali sebagai Bumi Kenyalang. Selain itu, Sarawak berada dalam kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan asset yang paling penting bagi negeri ini. Hutan hujan tropika yang tertua dan yang kedua terbesar selepas Amazon menjadikan Sarawak sebagai pusat biokepelbagaian. Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya. Bandar Kuching merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri dengan populasinya yang kira-kira 700000 orang. Sarawak juga terkenal dangan kira-kira 27 pecahan kumpulan etnik yang unik dan tersendiri. (http://www.sarawak.gov.my/)

12

95XXXX-XX-XXXX

Peta 2 : Bandaraya Kuching Sumber : http://maps.google.com Peta 2 telah menunjukkan bahawa Daerah Batu Kawa adalah merupakan kawasan pinggir Bandar manakala Kuching merupakan pusat Bandar. Kuching merupakan ibu negeri dan bandar terbesar di Sarawak. Ia mempunyai penduduk yang paling ramai di Malaysia Timur. Kuching juga ialah bandar yang terbesar di Pulau Borneo. Kuching dibahagikan kepada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Kuching terletak di tebing Sungai Sarawak yang terletak di bahagian barat laut Pulau Borneo.

13

95XXXX-XX-XXXX

Peta 2 : Kawasan Batu Kawa Sumber : http://maps.google.com

Peta 3 : Kawasan Penerokaan Sumber : http://maps.google.com

14

95XXXX-XX-XXXX

Foto 1 : Pembinaan kedai rumah di lokasi kajian Sumber : Kajian Lapangan (2014)

Foto 2 : Pembinaan Pusat membeli-belah Sumber : Kajian Lapangan (2014)

15

95XXXX-XX-XXXX

Foto 3 : Pembinaan kedai rumah di lokasi kajian Sumber : Kajian Lapangan (2014)

Foto 4 : Lokasi kajian bersebelahan dengan Stesen Minyak Shell, Batu Kawa Sumber : Kajian Lapangan (2014)

16

95XXXX-XX-XXXX

Foto 5 : Lokasi kajian berdekatan dengan Taman Botanika Sumber : Kajian Lapangan (2014)

Foto 6 : Taman Botanika Sumber : Kajian Lapangan

17

95XXXX-XX-XXXX 4.0 KAEDAH KAJIAN

Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian. Borang soal selidik telah dibagikan kepada 15 responden lelaki dan 15 responden perempuan bagi mendapatkan hasil kajian yang adil sesama jantina. Kaedah persampelan digunakan kerana proses untuk mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta relevan dengan objektif yang telah ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrument boring kaji selidaik yang mana ianya mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden (Marson et.al 1998).

4.1

PERSAMPELAN

Kajian ini menggunakan persampelan bukan probaliti iaitu teknik persampelan bertujuan iaitu untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Seramai 30 orang responden yang merupakan penduduk tempatan telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini, iaitu terdiri daripada 15 lelaki dan 15 perempuan. 3 orang responden juga telah dipilih dari 30 orang responden ini untuk ditemu bual oleh pengkaji. Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik. Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah, mereka seharusnya adalah penduduk tempatan yang tinggal berdekatan dengan kawasan kajian. Hal ini adalah kerana mereka yang merasai perbezaan sebelum dan semasa pembangunan. Selain itu, responden haruslah berumur 21 tahun dan keatas, kerana pada usia tersebut mereka boleh membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

18

95XXXX-XX-XXXX 4.2 PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaji selidik, pemerhatian dan temu bual. Soalan kaji selidik telah dibentuk untuk mendapatkan persepsi penduduk terhadap pembangunan ekopelancongan yang telah dijalankan di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika. 4.2.1 Data Sekunder Data sekunder diperoleh dari Perpustakan Negeri Sarawak dan perpustakaan SMK Green Road. Data- data penting termasuk buku-buku, majalah, jurnal-jurnal dan bahan ilmiah yang lain. Selain itu, peta juga diperoleh daripada laman web Google. 4.2.2 Data Primer Kaedah soal selidik dan temubual bersemuka dilakukan dengan penduduk tempatan. Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau keadaan kawasan kajian iaitu di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika. a) Pemerhatian

Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, pasar tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta persampelam tingkah laku. Kategori-kategori tesebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan. Lokasi kerja kursus kajian pengkaji ialah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika, Jalan Batu Kawa, 93250 Kuching. Melalui pemerhatian yang pengkaji lakukan adalah pengkaji telah pergi melawat ke lokasi kajian bagi memantau perkembangan projek pembinaan dan memeriksa kadar pencemaran udara dan peningkaan suhu tempatan. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian pada setiap hari Ahad bermula 19 Januari hingga 23 Februari. Pengkaji telah membat pemerhatian pada jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang.

19

95XXXX-XX-XXXX b) Borang soal selidik

Selain itu , pengkaji juga menggunakan kaedah soal selidik kepada penduduk yang bertinggal berdekatan dengan lokasi kajian dan selalu ada pergi ke Gereja St. Mark untuk mendapatkan maklumat. Pengkaji telah menyediakan beberapa soalan untuk diberikan kepada penduduk yang ada pergi ke Gereja St. Mark bagi memudahkan pengkaji untuk mengumpul maklumat dalam kajian ini. Borang soal selidik terbahagi kepada tiga

bahagian iaitu bahagian A,B dan C. Sampel yang dipilih terdiri daripada 30 orang. Pelbagai soalan telah diajukan oleh pengkaji melalui borang selidik yang telah pengkaji berikan untuk mendapatkan responden dari pihak mereka. Oleh itu, mereka adalah responden dan informan dalam penyelidikan kerja kursus pengkaji. Pengkaji telah mendapat banyak maklumat dari kaedah ini.

4.3

TEKNIK PENGANALISAAN DATA

Data dianalisiskan mengunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan , min dan juga kekerapan. Analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik yang diedarkan kepada responden. Tahap analisis dicapai apabial data yang diperolehi dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada angka. Seterusnya, data tersebut yang telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual. Dalam borang kaji selidik ini, Skala Likert 5 peringkat digunakan dalam menilai persepsi penduduk terhadap pembangunan ekopelancongan di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika. Setiap peringkat penilaian diberi nilai dalam bentuk angka menggunakan Skala Likert, dimana angka 5 mewakili sangat setuju, 4 mewakili setuju, 3 mewakili tidak pasti, 2 mewakili tidak setuju dan angka 1 mewakili sangat tidak setuju.

20

95XXXX-XX-XXXX 5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh 30 orang responden. Data yang telah dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan.

4.1

DEMOGRAFI RESPONDEN

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Tamn Botanika telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden meliputi aspek jantina, umur dan kaum yang telah dipersembahkan dalam bentuk rajah.

21

95XXXX-XX-XXXX 5.1.1 Umur

UMUR RESPONDEN Umur responden (tahun) 20 30 31 40 41 - 50 51 60 61 70 71 ke atas Jumlah (orang) 5 5 13 5 3 3 Jadual 2 Umur responden Sumber: Kajian lapangan (2014) Peratusan (%) 16.67 16.67 43.33 16.67 10 10

Umur Responden
10% 10% 16.67% 20 - 30 31 - 40 41 -50 51 - 60 61 - 70 43.33% 71 keatas

16.67%

16.67%

Rajah 1 Umur responden Sumber: Kajian lapangan (2014)

22

95XXXX-XX-XXXX Berdasarkan dapatan kajian, daripada 30 orang responden yang diberikan borang soal selidik, terdapat 5 orang responden (16.67 %) yang berusia 20 hingga 30 tahun. Responden yang berumur antara 31 tahun hingga 40 tahun adalah sejumlah 5 orang (16.67 %). Manakala reponden yang berumur antara 41 hingga 50 tahun adalah 13 orang (43.33%). Selebihnya adalah responden yang berumur di antara 51 hingga 60, 61 hingga 70 dan 71 ke atas yang masing-masing terdiri daripada 5 orang (16.67%), 3 orang (10%) dan 3 orang (10%) seperti dalam rajah 1. Responden yang berbeza usia ini adalah responden yang mempunyai pandangan yang berbeza-beza.

23

95XXXX-XX-XXXX 5.1.2 Jantina

JANTINA RESPONDEN Jantina responden Lelaki Perempuan Jumlah (orang) 15 15 Peratusan (%) 50 50

Jadual 2 Jantina responden Sumber: Kajian Lapangan (2014)

Jantina Responden

50%

50%

Lelaki Perempuan

Rajah 2 Jantina responden Sumber: Kajian lapangan (2014)

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden, seramai 15 orang (50 %) adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya sebanyak 15 orang (50%) adalah responden perempuan. Tidak ada perbezaan jurang yang besar dalam pemilihan jantina responden. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada rajah 4.2. Kajian ini adalah melihat persepsi penduduk, oleh yang demikian jantina yang dipilih perlulah seimbang agar jawapan yang diperoleh tidak memihak kepada satu gender sahaja.
24

95XXXX-XX-XXXX 4.1.3 Pekerjaan

Pekerjaan Responden Perkerjaan Sendiri Kerajaan Swasta Pencen Tidak bekerja Jadual 3 Pekerjaan responden Sumber: Kajian lapangan (2014) Jumlah (orang) 4 3 10 4 9

Pekerjaan Responden
10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 Sendiri Kerajaan Swasta Pencen Tidak bekerja

Rajah 3 Pekerjaan responden Sumber: Kajian lapangan (2014)

Kebanyakan responden adalah terdiri daripada kakitangan syarikat swasta iaitu sebanyak 10 orang, diikuti dengan tidak bekerja sebanyak 9 orang, selebihnya adalah terdiri daripada bekerja sendiri(4 orang), kerajaan(3 orang), dan pencen (4 orang).

25

95XXXX-XX-XXXX 5.2 ANALISIS PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP FAKTOR DAN KESAN

PENEROKAAN TANAH DI KAWASAN BATU KAWA BERDEKATAN DENGAN TAMAN BOTANIKA Terdapat lima faktor persekitaran yang mendorong pemilikan kedai dan rumah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika , 93250 Kuching, Sarawak iaitu persekitaran yang senyap, tidak ada pencemaran udara, tidak ada pencemaran air, tidak ada pencemaran cahaya dan persekitaran yang bersih. Penerokaan tanah yang dijalankan akan meninggalkan impak yang negatif terhadap alam sekitar.

5.2.1 Faktor Persekitaran yang Mendorong Pemilikan Kedai dan Rumah di Kawasan Batu Kawa Berdekatan dengan Taman Botanika

Skala likert

Sangat setuju

Setuju

Tidak pasti

Tidak setuju

Sangat tidak setuju

Perkara Persekitaran yang senyap Tidak ada pencemaran cahaya Tidak ada pencemaran air Persekitaran yang bersih Tidak ada pencemaran udara

Jumlah (orang)

Peratus (%)

Jumlah (orang)

Peratus (%)

Jumlah (orang)

Peratus (%)

Jumlah (orang)

Peratus (%)

Jumlah (orang)

Peratus (%)

14

46.67

10

33.33

16.67

3.33

11

36.67

10

33.33

10.0

20.00

3.33

13.33

16.67

20.00

23.33

26.67

20.00

20.00

16.67

20.00

20.00

13.33

16.67

10

33.33

16.67

20.00

Jadual 4 Faktor Persekitaran Sumber : Kajian Lapangan (2014)


26

95XXXX-XX-XXXX
16 14 12 10 8 6 4 2 0 Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju Persekitran yang senyap Tidak ada pencemarean cahaya Tidak ada pencemaran air Persekitaran yang bersih Tidak ada pencemaran udara

Rajah 4 Faktor persekitaran Sumber: Kajian lapangan (2014)

Menurut hasil kajian, salah satu faktor persekitaran utama yang mendorong pemilikan kedai dan perumahan di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika adalah persekitaran yang senyap. Penduduk di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika memilih faktor persekitaran yang senyap sebagai pendorong utama bagi pemilikan kedai dan rumah di kawasan kajian. Kebanyakan responden sangat bersetuju dan bersetuju dengan pernyataan ini. Seramai 14 orang daripada 30 orang responden iaitu sebanyak 46.67 peratus yang sangat bersetuju, manakala sebanyak 33.33 peratus iaitu 10 orang yang bersetuju faktor persekitaran yang senyap merupakan faktor persekitaran yang mendorong pemilikan kedai dan rumah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika. 5 orang responden (16.67 peratus) tidak pasti dengan sebab ini manakala hanya seorang (3.33 peratus) yang tidak setuju dengan faktor ini. Tiada sesiapa yang sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Jadi, faktor persekitaran yang senyap merupakan faktor persekitaran yang mendorong orang ramai memilih kawasan Batu Kawa sebagai tempat tinggal mereka.
27

95XXXX-XX-XXXX Perspektif mengenai faktor tidak ada pencemaran cahaya yang mendorong pemilikan kadai dan rumah adalah sebanyak 36.67 peratus (11 orang) yang sangat bersetuju , 33.33 peratus (10 orang) bersetuju, masing-masing 20.0 peratus (6 orang) dan 3.33 peratus (1 orang) yang tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju serta selebihnya, 10.0 peratus yang tidak pasti. Jadi, faktor tidak ada pencemaran cahaya merupakan faktor yang kedua terpenting bagi mendorong pemilikan kedai dan rumah di lokasi kajian. Seterusnya,faktor tidak ada pencemaran udarayang mendorong pemilikan kedai dan rumah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika. Seramai 8 orang responden (26.67 peratus) yang sangat tidak setuju bahawa faktor tidak ada pencemaran udara merupakan faktor persekitaran yang mendorong pemilikan kedai dan rumah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika . 7 orang (23.33 peratus) tidak bersetuju, 6 orang (20.0) berasa tidak pasti dan masing-masing 5 orang (16.67 peratus) dan 4 orang (13.33) yang bersetuju dan sangat setuju. Kebanyakan responden sangat tidak setuju dan tidak setuju dengan faktor persekitaran ini kerana mereka mengatakan bahawa banyak kilang telah didirikan di sekitar kawasan Batu Kawa. Justeru itu, faktor tidak ada pencemran udara bukan salah satu faktor yang paling penting dalam pemilihan tempat tinggal. Hasil analisis menunjukkan masing-masing 20.0 peratus, iaitu 6 orang yang sangat setuju, setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju bagi faktor persekitaran yang bersih merupakan pendorong pemilikan kedai dan rumah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika. Selebihnya, iaitu 5 orang (16.67 peratus) yang tidak pasti dengan faktor berkenaan. Di samping itu, faktor tidak ada pencemaran air yang mendorong pemilikan kedai dan rumah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika. Seramai 10 orang (33.33 peratus) yang berasa tidak pasti dengan faktor ini manakala 6 orang (20.0 peratus) berasa sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Masing-masing 5 orang iaitu 16.67 peratus yang setuju dan tidak setuju dengan faktor ini. Selebihnya, 4 orang (13.33 peratus) berasa sangat setuju dengan faktor ini. Kebanyakan responden berasa tidak pasti dengan faktor ini.

28

95XXXX-XX-XXXX 5.2.2 Kesan Projek Pembinaan di Kawasan Batu Kawa Berdekatan dengan Taman Botanika Terhadap Alam Sekitar 4.2.2.1 Kesan Pembangunan Terhadap Udara dan Air KESAN PEMBANGUNAN TERHADAP UDARA DAN AIR Skala likert Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju Perkara Udara menjadi semakin panas Masalah pencemaran udara akan berlaku 13 43.33 11 36.67 5 16.67 1 3.33 0 0 14 46.67 12 40.0 2 6.67 1 3.33 1 3.33
Jumlah (orang) Peratus (%) Jumlah (orang) Peratus (%) Jumlah (orang) Peratus (%) Jumlah (orang) Peratus (%) Jumlah (orang) Peratus (%)

Banjir berlaku 4 13.33 12 40.0 9 30.0 4 13.33 1 3.33

Pencemaran air 7 23.33 12 40.0 8 26.67 3 10.0 0 0

Jadual 5 : Kesan Pembanguanan Terhadap Udara dan Air Sumber : Kajian Lapangan (2014)

29

95XXXX-XX-XXXX

14 12 10 8 6 4 2 0 Udara menjadi semakin panas Pencemaran udara akan berlaku Banjir berlaku Pencemaran air Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju

Rajah 4 Kesan pembangunan terhadap udara dan air Sumber: Kajian lapangan (2014)

Menurut hasil kajian, kebanyakan responden sangat bersetuju dan setuju dengan beberapa kesan pembangunan terhadap udara dan air.

Seramai 14 orang (46.67 peratus) responden daripada 30 orang responden yang sangat bersetuju bahawa udara menjadi semakin panas kesan aktiviti penerokaan tanah dan pembangunan. 12 orang (40.0 peratus) yang setuju dan 2 orang (6.67 peratus) yang tidak pasti terhadap pernyataan tersebut, manakala masing-masing seorang (3.33 peratus) yang tidak setuju dan sangat tidak setuju. Terdapat responden yang bercadang agar menanam lebih banyak pokok bunga di sekitar kawasan Batu Kawa agar keadaan ini dapat ditambahbaikan. Menurut salah satu responden yang ditemu bual, dia juga sangat setuju dengan kesan ini kerana aktiviti penebangan pokok bagi projek pembinaan di kawasan Batu Kawa semakin meningkat. Oleh itu, dapat dikonklusikan bahawa kesan udara menjadi semakin panas merupakan kesan yang paling ketara akibat aktiviti penerokaan tanah.

30

95XXXX-XX-XXXX Dalam masa beberapa tahun akan datang, masalah pencemaran udara akan berlaku disebabkan aktiviti penerokaan tanah dan pembangunan yang dijalankan disetujui oleh 12 orang (40.0 peratus), diikuti oleh 4 orang (13.33 peratus) yang sangat setuju. Selebihnya ialah responden yang tidak pasti, iaitu 9 orang (30 peratus) manakala responden yang tidak setuju dan sangat tidak setuju , masing-masing 3 orang (10.0 peratus) dan seorang (3.33 peratus). Jadi, masalah pencemaran udara juga merupakan kesan yang banyak disokong oleh penduduk di kawsan batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika.

Selain itu, penerokaan tanah telah menyebabkan kejadian banjir. Sebanyak 12 orang responden, iaitu 40.0 peratus yang setuju dengan penyataan ini manakala 9 orang (30.0 peratus) berasa tidak pasti. Bilangan orang responden yang sangat setuju dan tidak setuju adalah sama, iaitu 4 orang (13.33 peratus), manakala hanya seorang (3.33 peratus) responden yang sangat tidak setuju. Justeru itu, salah satu kesan penerokaan tanah adalah berlakunya kejadian banjir.

Mengenai kebersihan air sungai semakin tercemar, terdapat 40.0 peratus (12 orang) yang setuju dan 26.67 peratus (8 orang) yang berasa tidak pasti. Bagi responden yang sangat tidak setuju, jumlahnya ialah 7 orang (23.33 peratus). Seramai 3 orang responden (10.0 peratus) yang tidak setuju bahawa kebersihan air sungai berdekatan dengan kawasan kajian semakin tercemar. Tidak orang yang sangat tidak setuju dalam penyataan ini. Ada responden yang bercadang agar mengetatkan undang-undang bagi mengawal masalah pembuangan sampah ke dalam sungai manakala seorang lagi responden bercadang agar menambahbaikan sistem peparitan. Menurut seorang responden yang ditemu bual, dia bercadang agar pihak pembangunan harus mempunyai teknologi yang canggih untuk meminimumkan kesan yang mendatang dan pihak tersebut harus mengurangkan pembuangan sisa-sisa toksik semasa projek dijalankan. Oleh itu, melalui dapatan kajian ini, boleh dikatakan kebersihan air sungai semakin tercemar merupakan kesan aktiviti penerokaan tanah.

31

95XXXX-XX-XXXX Selain itu, menurut temu bual yang dijalankan, pencemaran tanah juga telah dikemukakan oleh salah satu responden. Dia turut sokong pandangannya dengan mengatakan bahawa aktiviti penebangan yang dijalankan bagi membangunkan projek tersebut akan menjejaskan ekosistem di kawasan kajian.

32

95XXXX-XX-XXXX 5.2.2.2 Kesan Pembangunan Terhadap Tanah dan Lain-lain

KESAN PEMBANGUNAN TERHADAP TANAH DAN LAIN-LAIN Skala likert Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju Perkara Perubahan pandang darat (Landskap) 9 30.0 12 40.0 9 30.0 0 0 0 0
Jumlah (orang) Peratus (%) Jumlah (orang) Peratus (%) Jumlah (orang) Peratus (%) Jumlah (orang) Peratus (%) Jumlah (orang) Peratus (%)

Hakisan dan tanah runtuh berlaku Pencemaran bunyi semakin serius Sumber alam mengalami kepupusan Pembuangan sisa domestic mengancam kesihatan penduduk setempat Jadual 6 : Kesan pembangunan terhadap tanah dan lain-lain Sumber : Kajian Lapangan (2014) 8 26.67 10 33.33 6 20.0 3 10.0 1 3.33 3 10.0 17 56.67 8 26.67 2 6.67 0 0 13 43.33 11 36.67 5 16.67 1 3.33 0 0 4 13.33 10 33.33 11 36.67 4 13.33 1 3.33

33

95XXXX-XX-XXXX

Kesan Pembangunan Terhadap Tanah dan Lain-lain


18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 Perubahan landskap Hakisan dan Tanah Runtuh Pencemaran Bunyi semakin serius Sumber alam mengalami kepupusan Pembuangan sisa domestik mengancam kesihatan

Sangat setuju

Setuju

Tidak pasti

Tidak setuju

Sangat tidak setuju

Rajah 6 : Kesan pembangunan terhadap tanah dan lain-lain Sumber : Kajian Lapangan (2014)

Dari sudut kesan perubahan pandang darat akibat pembangunan dan pembinaan, seramai 12 orang (40.0 peratus) responden daripada 30 orang responden yang setuju bahawa penerokaan tanah telah menyebabkan perubahan pandang darat (Landskap). Masingmasing 9 orang (30.0 peratus) responden yang sangat setuju dan tidak setuju dengan penyataan ini. Oleh itu, dapat dipastikan bahawa perubahan pandang darat merupakan kesan yang paling ketara terhadap tanah di lokasi kajian.

34

95XXXX-XX-XXXX Selain itu, aktiviti penerokaan tanah dan pembangunan telah menyebabkan hakisan dan tanah runtuh disetujui oleh 10 orang responden (33.33 peratus) . Sebanyak 36.67 peratus (11 orang) yang berasa tidak pasti manakala masing-masing 13.33 peratus (4 orang) yang sangat setuju dan tidak setuju dengan penyataan ini. Hanya 3.33 peratus (1 orang) yang sangat tidak setuju. Responden yang ditemu bual mengatakan fenomena tanah runtuh akan berlaku kerana penebangan pokok akan menyebabkan tanah tidak kukuh akibat tidak disokong oleh akar pokok. Pada cadangannya, benteng simen boleh dibina untuk menstabilkan tanah agar tidak runtuh dan tanaman pokok bunga yang kecil boleh ditanam supaya akar dapat mencengkam tanah dengan kukuh. Dengan itu, antara kesan yang disebabkan oleh penerokaan tanah dan projek pembangunan ialah hakisan dan tanah runtuh. Kajian lepas tentang hakisan tanah di Sungai Melana, Johor juga telah membuktikan bahawa hakisan tanah mudah berlaku di tapak yang baru diterokai. (http://www.efka.utm.my/, 2009)

Tambahan pula, kadar pencemaran bunyi juga semakin meningkat akibat projek pembangunan di kawasan kajian. Terdapat 13 orang (43.33 peratus) responden yang sangat setuju dengan pernyataan ini, manakala seramai 11 orang (36.67 peratus) responden yang setuju. 16.67 peratus (5 orang) yang berasa tidak pasti. Bakinya, iaitu hanya 1 orang responden (3.33 peratus) yang tidak setuju. Tidak orang yang sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Oleh itu, pencemaran bunyi juga merupakan kesan yang disebabkan oleh projek pembinaan di kawasan kajian.

Hasil analisis menunjukkan 17 orang (56.67 peratus) responden yang setuju dengan kepupusan sumber-sumber alam semula jadi kerana aktiviti penerokaan tanah. 26.67 peratus (8 orang) berasa tidak pasti, manakala 10.0 peratus (3 orang) pula mengatakan sangat setuju. Hanya 2 orang (6.67 peratus) responden yang tidak setuju dengan penyata ini dan tidak ada responden yang sangat tidak setuju. Memandangkan melebihi separuh responden yang setuju dengan kepupusan sumber-sumber alam semula jadi, kesan ini dapat dikenalpastikan dalam kajian ini.

35

95XXXX-XX-XXXX

Di samping itu, pembuangan pelbagai sisa domestik seperti sampah sarap dan sisa kilang mengancam kesihatan penduduk setempat. Penyataan ini telah disetujui oleh 10 orang (33.33 peratus) responden dan sangat disetujui oleh 8 orang (26.67 peratus) responden. Terdapat 6 orang (20.0 peratus) yang tidak pasti manakala 3 orang (10.0 peratus) pula berasa tidak setuju. Bakinya, hanya 1 orang (3.33 peratus) responden yang sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Dalam borang soal selidik, responden juga telah mencadangkan bahawa menambahbaikkan sistem pelupusan sampah sarap dan bahan kimia agar dapat menjamin kesihatan penduduk setempat. Melalui pemerhatian, sampah sarap telah dibuang di merata tempat serta di dalam parit besar dan bau busuk dapat dihidu di persekitaran parit besar. Keadaan ini sangat tidak baik kepada kesihatan penduduk tempatan. Menurut seorang responden melalui temu bual, dia bercadang agar pihak berkuasa harus menjaga kebersihan kawasan pembinaan semasa projek dijalankan. Oleh itu, kesan yang dapat dilihat melalui kajian ini ialah pembuangan pelbagai sisa domestik akan mengancam kesihatan penduduk setempat.

36

95XXXX-XX-XXXX 5.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor persekitaran yang mendorong pemilikan kedai serta perumahan di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika dan kesan projek pembangunan serta pembinaan di kawasan tersebut terhadap alam sekitar. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Kaedah pemerhatian dan temu bual juga digunakan bagi menyiasat kesan projek pembangunan di kawasan kajian terhadap alam sekitar.

Kajian telah dilaksanankan ke atas 30 orang responden pelbagai status yang kebanyakan merupakan penduduk setempat lokasi kajian. Data mentah yang telah diperolehi daripada kajian ini telah dianalisiskan. Analisis kajian ini dilakukan secara deskriptif dengan mengambil kira kekerapan dan peratusan.

Keseluruhan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor dan kesan projek pembangunan dan pembinaan di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika terhadap alam sekitar. Alam sekitar merupakan sumber yang harus manusia hargai bagi memastikan kehidupan mereka yang sejahtera. Oleh itu, pihak berwajib perlu berganding bahu bersama industri dan masyarakat untuk melindungi alam sekitar tanpa menjejaskan pembangunan setempat.

Berdasarkan faktor persekitaran yang mendorong pemilikan kedai dan rumah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika, Faktor utama yang responden paling sangat setuju adalah persekitaran yang senyap. Hal ini kerana kawasan kajian bukan terletak di kawasan bandar.

Akan tetapi, faktor tidak ada pencemaran udara telah dinafikan oleh kebanyakan responden. Hal ini kerana terdapat beberapa kilang yang telah didirikan berdekatan dengan lokasi kajian. Pengkaji yang lain boleh membuat kajian yang seterusnya tentang pencemaran udara di kawasan tersebut bagi menyiasat punca-punca pencemaran dengan lanjut.
37

95XXXX-XX-XXXX Selain itu, kajian juga dilakukan bagi mengenalpasti kesan projek pembangunan kedai dan rumah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika terhadap alam sekitar. Salah satu kesan yang paling ketara adalah perubahan pandang darat (landskap). Hal ini terbukti apabila melebihi separuh peratus responden telah mengkategorikan mereka di golongan responden sangat bersetuju dan setuju. Responden yang selebihnya pula berasa tidak pasti manakala tidak ada responden yang tidak setuju atau sangat tidak setuju dengan kesan ini.

Selain itu, sumber-sumber alam semula jadi mengalami kepupusan kerana aktiviti penerokaan tanah. Hal ini juga terbukti apabila melebihi separuh peratus responden bersetuju dengan penyataan ini. Oleh itu, semua pihak harus berusaha melindungi alam sekitar bagi memastikan persekitaran kehidupan generasi akan datang yang baik.

Kebanyakan responden juga menyetujui bahawa projek pembangunan telah menyebabkan kebersihan air sungai menjadi semakin tercemar. Terdapat responden yang ditemu bual memberi cadangan agar mengetatkan undang-undang dan melarang

pembuangan sampah ke dalam sungai bagi melindungi sungai di kawasan tersebut.

Kesimpulannya, kerjasama antara pihak berkepentingan iaitu kerajaan, industri dan masyarakat harus ada jika mahu pembangunan tersebut terus mampan dan tidak menjejaskan alam sekitar. Pembangunan dan pembinaan kedai dan rumah adalah perlu bagi menapung manusia yang semakin banyak ini. Oleh yang demikian, pembangunan yang dijalankan haruslah mengutamakan kepentingan alam sekitar bagi melindunginya.

38

95XXXX-XX-XXXX RUJUKAN

Andrew Solway. 2011. Siri Teknologi Baharu : Teknologi Alam Sekitar. Kuala Lumpur : Institut Terjemahaan Negara Malaysia Berhad. Azahan Awang, Abdul Samad Hadi, Jamaluddin Md. Jahi, Asmah Ahmad & Abdul Hadi Harman Shah. 2006. Malaysian Journal of Environmental Management: Environmental Management Society Malaysia Frederick Nicholas Kerlinger, Howard B. Lee. 1973. Foundations of Behavioral Research, Fourth Edition. Holt Rinehart and Winston, Inc. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007. Selangor Barul Ehsan : Dawana Sdn. Bhd. Kamus Padu Terkini, 2001. Selangor Darul Ehsan: United Publishing House (M) Sdn. Bhd. Laman Web Google. 2014. http://maps.google.com [12 Mac 2014] Laman Web My Malaysia Books. 2014. http://www.mymalaysiabooks.com/ [5 Mac 2014] Laman Web Rasmi Pusat Rujukan Persuratan Melayu. 2014. Definisi penerokaan tanah. http://prpm.dbp.gov.my/ [3 Mac 2014] Laman Web Rasmi Kerajaan Sarawak. 2014. http://www.sarawak.gov.my/ [12 Mac 2014] Marson, J. 1998. Quantitative Methods. In: Taylor, J.Steven and Bogdan, R ed. Quantitaqtive Research Methods: A Guide Book And Resource. London: John Wiley & Sons, inc.85-88

39

95XXXX-XX-XXXX

BORANG SOAL SELIDIK KERJA KURSUS PENGAJIAN AM KOD MATA PELAJARAN 900/4

Maklumat Kepada Responden :

Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) untuk mata pelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji faktor dan kesan penerokaan tanah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan ia akan hanya digunakan bagi kepentingan kajian sahaja.

BAHAGIAN A

: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN

Arahan : Lengkapkan atau Tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan.

1) Umur : ________________

5)

Jantina : Lelaki ( ) )

Perempuan (

2) Status perkahwinan : Bujang Berkahwin Duda / Janda ( ( ( ) ) )


40

6)

Bangsa : Melayu Cina India ( ( ( ) ) )

95XXXX-XX-XXXX 3) Bil isi rumah : ________orang 4) Pekerjaan : Sendiri Kerajaan Swasta Pencen Tidak bekerja ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Lain-lain : _______________ 7) Tempoh menetap di daerah ini : _______________tahun.

BAHAGIAN B : PENGETAHUAN AM Arahan : Tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan.

1. Adakah anda mengetahui maksud penerokaan tanah?

Ya

Tidak

2. Adakah anda mengetahui tentang kesan penerokaan tanah?

Ya

Tidak

41

95XXXX-XX-XXXX BAHAGIAN C : FAKTOR PENEROKAAN TANAH Arahan : Berdasarkan ukuran di bawah, berikan persepsi anda mengenai faktor yang mendorong pemilikan kedai dan rumah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika dengan menandakan ( / ) dalam ruang yang disediakan. Perkara Sangat Setuju Skor 5 4 Setuju Tidak Pasti 3 Tidak Setuju 2 Sangat Tidak Setuju 1

Bil 1 2 3 4 5

Perkara Persekitaran yang senyap Tidak ada pencemaran udara Tidak ada pencemaran air Persekitaran yang bersih Tidak ada pencemaran cahaya

42

95XXXX-XX-XXXX BAHAGIAN D : KESAN PROJEK PEMBINAAN DI KAWASAN BATU KAWA BERDEKATAN DENGAN TAMAN BOTANIKA Arahan : Berdasarkan ukuran di bawah, berikan persepsi anda mengenai kesan projek pembinaan di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika terhadap alam sekitar dengan menandakan ( / ) dalam ruang yang disediakan. Perkara Sangat Setuju Skor 5 4 Setuju Tidak Pasti 3 Tidak Setuju 2 Sangat Tidak Setuju 1

Bil. 1

Perkara Udara menjadi semakin panas kesan aktiviti penerokaan tanah dan pembangunan

2 3

Kadar pencemaran bunyi semakin meningkat Penerokaan tanah telah menyebabkan perubahan pandang darat (Landskap)

Sumber-sumber alam semula jadi mengalami kepupusan kerana aktiviti penerokaan tanah

Aktiviti penerokaan tanah dan pembangunan adalah faktor utama berlakunya hakisan dan tanah runtuh

Penerokaan tanah telah menyebabkan kejadian banjir

Dalam

masa

beberapa

tahun

akan

datang,masalah pencemaran udara akan berlaku disebabkan aktiviti penerokaan tanah dan

pembangunan yang dijalankan 8 Kebersihan air sungai semakin tercemar

43

95XXXX-XX-XXXX 9 Pembuangan pelbagai sisa domestik seperti sampah sarap dan sisa kilang mengancam kesihatan pendududk setempat

BAHAGIAN E : PANDANGAN UMUM Arahan : Tuliskan jawapan di ruang yang disediakan.

1. Cadangan anda, apakah usaha yang harus diambil oleh pihak berkepentingan untuk mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

~~~ TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA ~~~

44

95XXXX-XX-XXXX BORANG CATATAN PEMERHATIAN Nama Penyelidik Tarikh Hari Masa Lokasi : : : : : Sze Jun Wen 16 Mac 2014 Ahad 3.30pm 4.00pm St. Mark Church

Item Pemerhatian Debu di permukaan meja :

Catatan Debu di permukaan meja tebal walaupun baru dibersihkan beberapa hari lalu.

Keadaan kebersihan parit besar

1. Air di parit sangat kotor dan berbau busuk. 2. Terdapat sampah sarap yang terapung di dalam parit.

Keadaan suhu terhadap penduduk

1. Banyak penduduk yang mengadu kepanasan 2. Banyak perumahan telah memasangkan penghawa dingin.

Pemerhatian disertakan dengan gambar foto. Tandatangan _______________________ Tarikh : ________________

45

95XXXX-XX-XXXX Borang Temubual kerja Kursus Pengajian Am Tajuk : Kajian Faktor dan Kesan Penerokaan Tanah Terhadap Alam Sekitar di Kawasan Batu Kawa Berdekatan Dengan Taman Botanika ________________________________________________________________________ MAKLUMAT AM Nama Penyelidik Nama Responden Tarikh Temu Bual Tempat Temu Bual : : : : SZE JUN WEN MANDY WONG MAN YEE 16/03/2014 St. Mark Church

________________________________________________________________________ SOALAN TEMUBUAL 1. Pada pendapat anda, apakah kesan persekitaran yang paling ketara akibat aktiviti penerokaan tanah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika? Pada pendapat saya, kesannya adalah peningkatan suhu. Penebangan pokok akan menyebabkan suhu bumi meningkat. Selain itu, pencemaran alam juga akan berlaku di kawasan penerokaan tanah dijalankan.

2. Pada cadanagn anda, apakah sistem atau kemudahan yang boleh diubahsuai atau ditambahbaikan bagi mengurangkan kesan pencemaran di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika? Program menanam semula pokok-pokok di setiap perumahan di kawasan ini. Selain itu, kempen kesedaran juga boleh diadakan undang-undang harus dilaksanakan dengan mendenda mereka yang mencemarkan kawasan persekitaran ini.

46

95XXXX-XX-XXXX 3. Pada cadangan anda, apakah langkah yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa pembangunan bagi mengurangkan kesan pencemaran terhadap alam sekitar di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Tman Botanika? Sisitem pelupusan ditubuhkan untuk mengurangkan sampah di kawasan ini. Sistem peparitan juga harus diperbaiki dan dipertingkatkan.

47

95XXXX-XX-XXXX Borang Temubual kerja Kursus Pengajian Am Tajuk : Kajian Faktor dan Kesan Penerokaan Tanah Terhadap Alam Sekitar di Kawasan Batu Kawa Berdekatan Dengan Taman Botanika ________________________________________________________________________ MAKLUMAT AM Nama Penyelidik Nama Responden Tarikh Temu Bual Tempat Temu Bual : : : : SZE JUN WEN MARY CHIENG CHING RU 16/03/2014 St. Mark Church

________________________________________________________________________ SOALAN TEMUBUAL 1. Pada pendapat anda, apakah kesan persekitaran yang paling ketara akibat aktiviti penerokaan tanah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika? Pada pendapat saya, pencemaran tanah merupakan kesan yang paling ketara. Hal ini kerana penebangan yang berlaku untuk membangunkan program tersebut turut menjejaskan ekosistem di kawasan Batu Kawa.

2. Pada cadanagn anda, apakah sistem atau kemudahan yang boleh diubahsuai atau ditambahbaikan bagi mengurangkan kesan pencemaran di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika? Pihak tersebut harus mempunyai teknologi yang canggih untuk meminimumkan kesan yang akan mendatang. Sebagai contohnya, sistem peparitan harus dilancarkan dengan licin di kawasan ini.

48

95XXXX-XX-XXXX 3. Pada cadangan anda, apakah langkah yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa pembangunan bagi mengurangkan kesan pencemaran terhadap alam sekitar di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Tman Botanika? Menjaga kebersihan kawasan pembinaan semasa menjalankan projek tersebut.

49

95XXXX-XX-XXXX Borang Temubual kerja Kursus Pengajian Am Tajuk : Kajian Faktor dan Kesan Penerokaan Tanah Terhadap Alam Sekitar di Kawasan Batu Kawa Berdekatan Dengan Taman Botanika ________________________________________________________________________ MAKLUMAT AM Nama Penyelidik Nama Responden Tarikh Temu Bual Tempat Temu Bual : : : : SZE JUN WEN JOSEPH CHIN MING TECK 16/03/2014 St. Mark Church

________________________________________________________________________ SOALAN TEMUBUAL 1. Pada pendapat anda, apakah kesan persekitaran yang paling ketara akibat aktiviti penerokaan tanah di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika? Pada pendapat saya, fenomena tanah runtuh akan berlaku. Hal ini demikian kerana penebangan pokok akan menyebabkan tanah tidak kukuh kerana tidak disokong oleh akar pokok.

2. Pada cadanagn anda, apakah sistem atau kemudahan yang boleh diubahsuai atau ditambahbaikan bagi mengurangkan kesan pencemaran di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Taman Botanika? Benteng simen boleh dibina untuk menstabilkan tanah agar tidak runtuh. Selain itu, tanaman bunga pokok yang kecil boleh ditanam supaya akar dapat mencengkam tanah dengan kukuh.

50

95XXXX-XX-XXXX 3. Pada cadangan anda, apakah langkah yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa pembangunan bagi mengurangkan kesan pencemaran terhadap alam sekitar di kawasan Batu Kawa berdekatan dengan Tman Botanika? Mengurangkan pembuangan sisa-sisa toksik semasa projek dijalankan.

51

95XXXX-XX-XXXX

Foto 1 : Debu di permukaan meja Sumber : Kajian Lapangan (2014)

Foto 2 : Longkang penuh dengan sampah Sumber : Kajian Lapangan (2014)

Foto 3 : Persekitaran yang penuh dengan sampah Sumber : Kajian Lapangan (2014)

52

Anda mungkin juga menyukai