Anda di halaman 1dari 14

1

2












Diterbitkan oleh i-Zat Network
i-Zat Network 2012
Penulis: Haryzat Zulzahary
Idea dan Konsep: Haryzat Zulzahary
Reka Bentuk Kaver: Izuan Bakar









3





Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan
Dengan Kerajaan Dan Buat 5
Angka
Cerita Tentang RM0.5 Juta Dalam Masa 18 bulan Dari
Projek Pembekalan Kerajaan

Haryzat Zulzahary
i-Zat Network 2012
www.rahsiabisneskerajaan.com





4

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian penerbitan ini boleh dicipta semula atau
diedarkan dalam apa jua bentuk dan format tanpa kebenaran pihak penulis dan
penerbitan.

Haryzat Zulzahary, 2010

Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka: Cerita
Tentang RM0.5 Juta Dalam Masa 18 Bulan Dari Projek Pembekalan Kerajaan /
Haryzat Zulzahary.
ISBN
Edisi Pertama Jun 2012

Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka: Cerita
Tentang RM0.5 juta Dalam Masa 18 bulan Dari Projek Pembekalan Kerajaan

Segala strategi yang digariskan dalam ebook ini mungkin tidak sesuai bagi
sesetengah individu dan tiada jaminan dikeluarkan bagi menghasilkan sesuatu
keputusan. Segala nasihat, idea dan cadangan adalah sebagai panduan asas
dan nasihat profesional mungkin diperlukan.

Tiada jaminan dibuat berkenaan ketepatan maklumat yang terkandung di
dalam ebook ini. Penulis dan pihak penerbitan secara khusus tidak
bertanggungjawab terhadapa apa-apa kerugian dan risiko kehilangan peribadi
mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat secara langsung atau tidak daripada
penggunaan atau aplikasi daripada kandungan ebook ini.

Semua kandungan di dalam ebook ini adalah benar semasa ianya ditulis dan
merupakan pengalaman penulis semata-mata dan maklumat mungkin berbeza
pada waktu semasa.











5


Prakata

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t

Al-hamdulillah dan terima kasih kerana anda mendapatkan laporan Potensi
Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka ini. Laporan ini
bakal dedahkan bagaimana peluang dari modal yang kecil boleh menjana jualan
ratusan ribu ringgit dengan hanya menjalankan model perniagaan bisnes kecil-
kecilan dengan kerajaan.

Ramai yang salah anggap apabila berkata sahaja tentang berbisnes dengan
kerajaan maka yang akan disebut selalu adalah tender dan nilai jutaan ringgit.
Ramai yang tidak tahu bahawa pasaran kerajaan juga menawarkan peluang
bisnes kecil-kecilan yang bernilai RM50,000 ke bawah.

Saya pada kali ini di dalam laporan Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan
Kerajaan Dan Buat 5 Angka ini akan cuba membuka pandangan dan menukar
tanggapan yang salah termasuk isu-isu negatif yang sering digambarkan apabila
ingin berniaga dengan kerajaan. Saya berharap anda seronok membaca dan
paling penting membuat tindakan sekaligus berjaya!


Yang benar,

Haryzat Zulzahary
www.BisnesKerajaan.com













6


Apa Itu Bisnes Kerajaan?

Baiklah. Secara mudahnya apabila kita berkata tentang Bisnes Kerajaan di
dalam laporan saya ini adalah bermaksud kita berniaga dengan pihak kerajaan.
Ini termasuklah kita membekalkan produk atau perkhidmatan kepada pihak
kerajaan di mana kita adalah penjual dan pihak kerajaan adalah pihak yang
membeli dari kita.

Berita baiknya adalah kita boleh menjual hampir apa sahaja kepada pihak
kerajaan. Baik dari segi barangan ataupun perkhidmatan. Saya secara peribadi
dah menjual kepada pihak kerajaan dari barangan seperti kunci pintu, alas
meja, komputer sehinggalah kepada perkhidmatan pakar dan bantuan latihan.

Ramai di luar sana yang salah anggap apabila menjangkakan bisnes kerajaan ini
hanya boleh dilakukan oleh syarikat atau organisasi besar walhal ianya boleh
dilakukan juga oleh syarikat kecil perniagaan enterprise perseorangan sahaja.
Dan boleh bermula dan beroperasi dari rumah.

Namun apa yang penting di sini adalah saya nak tekankan bahawa anda juga
boleh berniaga dengan kerajaan. Anda boleh jual alat tulis dan kelengkapan
pejabat, bahan bacaan, peralatan komunikasi, cenderamata, alatan muzik,
makanan dan minuman, ubat-ubatan dan alatan hospital hingga ke kenderaan
dan jentera berat, perniagaan servis dan perkhidmatan, penyewaan,
pembersihan, rakaman video dan fotografi, baik pulih barangan, percetakan,
dobi, pembinaan, penulisan dan macam-macam lagi.

Walapun anda tidak mempunyai produk sendiri pun anda masih boleh berniaga
dengan kerajaan dengan hanya perlu beli dari supplier kemudian jual kepada
kerajaan dan jana untung atas angin. Mudah sahaja!


Keperluan Untuk Memulakan Bisnes
Kerajaan?

OK. Untuk membolehkan kita berniaga dengan kerajaan beberapa langkah dan
syarat perlu kita penuhi. Pertama adalah mempunyai perniagaan yang
didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mempunyai akaun semasa
7

syarikat dan juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi
mendapatkan sijil Kementerian Kewangan dan kepala-kepala bidang yang
dipilih. Beberapa kos pendaftaran yang rendah diperlukan bagi tujuan ini.


Apa itu Sijil Kewangan, Kepala Bidang dan e-
Perolehan?

Sijil Kewangan atau bahasa yang sering digunakan iaitu sijil MOF adalah satu
sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada syarikat
anda sebagai tanda syarat anda boleh mula menjalankan perniagaan dengan
kerajaan Malaysia. Di dalam sijil ini akan dinyatakan kepala-kepala bidang yang
diberikan mengikut permohonan anda semasa mendaftarkan Sijil Kewangan ini
tadi. Kepala bidang bermaksud kod yang mewakili jenis perniagaan yang
dibenarkan untuk anda jalankan perniagaan dengan kerajaan.

Seperti contoh anda ingin menjalankan perniagaan membekalkan alat tulis
dengan kerajaan maka di dalam permohonan Sijil Kewangan anda perlu
memohon kepala bidang alat tulis supaya anda layak menjual produk alat tulis
kepada kerajaan Malaysia. Dan apabila permohonan anda untuk kepala bidang
alat tulis diluluskan maka ianya akan dinyatakan di dalam Sijil Kewangan yang
bakal dikeluarkan kepada syarikat anda. Untuk makluman anda dibenarkan
mendaftarkan 10 jenis kepala bidang secara percuma semasa pendaftaran Sijil
Kewangan dan RM50 bagi satu kepala bidang seterusnya.

e-Perolehan pula adalah Sistem perolehan elektronik yang akan memudahkan
aktiviti perolehan (pembelian) kerajaan dan meningkatkan kualiti
perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. ePerolehan akan menukarkan
proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam jentera kerajaan kepada
perolehan elektronik menerusi Internet.

ePerolehan membolehkan anda mempamerkan produk anda di dalam jaringan
web sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta
menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet.

Katalog produk para pembekal akan ditukarkan ke bentuk katalog elektronik
atau eCatalogue, yang boleh dilihat dari mana-mana desktop menggunakan
perisian pelayar web.

8

Anda juga berupaya menghantar sebutharga, mendapatkan dokumen tender
dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan. ePerolehan
membolehkan anda mendaftar atau memperbaharui pendaftaran dengan
Kementerian Kewangan menerusi Internet. Anda dapat menghantar
permohonan, memeriksa status permohonan dan membayar bayaran
pendaftaran melalui ePerolehan.


Empat Jenis Perolehan Kerajaan Yang
Popular

Untuk pihak kerajaan membeli sesuatu mereka perlu melakukan mengikut
beberapa prosedur dan jenis perolehan. Berikut adalah empat jenis cara
perolehan yang sering dilakukan:

1. Tender
2. Sebut Harga
3. Pembelian Terus
4. Wang Panjar


Yang Ramai Orang Tahu?

Ramai yang di luar sana hanya tahu perolehan mengenai Tender dan Sebut
Harga sahaja. Tender dan sebut harga adalah satu perolehan atau kaedah
pembelian oleh kerajaan bagi pembelian bernilai RM100, 000 dan RM500, 000
keatas setiap satunya bergantung kepada beberapa perkara lagi. Perkara inilah
yang sering orang fikirkan apabila menyebut tentang berbisnes dengan
kerajaan.

Figur yang besar dan urusniaga yang besar. Kebiasaanya tender dan sebutharga
bakal diiklankan di laman web rasmi jabatan kerajaan, surat khabar dan media
lain. Justeru banyak syarikat kebiasaanya syarikat besar yang menyertai
pembidaan projek jenis ini.




9

Yang Ramai Orang Tidak Tahu?

Ini adalah lubuk sebenar buat duit dengan kerajaan bagi kita yang
menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Ramai yang tidak tahu mengenai
pembelian terus dan wang panjar. Pembelian terus adalah kaedah pembelian
oleh kerajaan yang dilakukan secara terus tanpa perlu mengiklankan kepada
umum. Nilai pembelian pula adalah bernilai bawah RM50, 000 bagi satu-satu
projek atau pembekalan manakala bagi wang panjar adalah RM500. Pembelian
boleh dilakukan terus daripada anda tanpa perlu melalui proses yang sukar dan
panjang.

Misal kata pihak kerajaan hendak membeli 10 unit komputer. Maka mereka
akan menjemput anda untuk memberikan sebut harga kepada mereka.
Terbalik. Jika tender anda yang perlu propose untuk bida tetapi pembelian
terus anda dijemput untuk bida. Jika sebut harga anda bersesuaian dan
terendah antara tiga syarikat yang dijemput maka pihak kerajaan akan membeli
dari anda. Tidak perlu melalui jawatankuasa yang seperti tender dan sebut
harga. Dalam masa 14 hari waktu bekerja pihak kerajaan akan membuat
bayaran kepada anda untuk pembekalan yang dilakukan. Dan peluang
perolehan secara pembelian terus ini adalah mudah dan lebih kerap
berbanding tender dan sebut harga.

Antara kesempatan yang boleh diperolehi daripada pembelian terus dan wang
panjar ini adalah ianya tidak diketahui umum. Maka saiangan pun adalah
kurang. Jika kita selalu dan rajin buat marketing maka peluang untuk sapu
projek kerajaan kategori ini adalah tinggi. Walaupun ianya bernilai RM50,000
ke bawah namun jika kita dapat projek pembelian terus bernilai RM50,000
dalam 4 kali setahun kita sebenarnya dah sedut RM200,000 duit kerajaan ke
dalam akuan syarikat kita dalam masa 12 bulan. Tak banyak ke? 30%
keuntungan dari RM200,000 adalah bersamaan RM60,000. RM60,000 bersih
dalam akaun. Amazing!


Dan Ramai Yang Lebih Kaya Dengan Lubuk
Ini!

Ya benar! Walaupun nilai perolehan dan wang panjar adalah di bawah
RM50,000 namun ianya kerap dilakukan berbanding tender dan sebut harga
10

yang mungkin hanya 2 ke 3 kali setahun. Perolehan secara pembelian terus dan
wang panjar hampir dilakukan setiap hari! Maknanya peluang untuk anda grab
projek pun setiap hari terhidang.

Cuba bayangkan anda grab projek pembelian terus setiap bulan satu projek
dengan purata projek bernilai RM10,000 sebulan. Cukup 12 bulan anda
sebenarnya dah sedut RM120,000 duit kerajaan ke dalam akaun anda dengan
mungkin untung bersih sekitar 30% bersamaan RM36,000 setahun.

RM36,000 bersamaan dengan RM3,000 sebulan atau bersamaan dengan gaji
seorang Jurutera kerajaan atau hampir gaji Doktor baru masuk kerja. Itu jika
sebulan satu projek berjaya digrab. Macam mana kalau anda jadi saya yang
pernah merekodkan dalam sebulan mendapat 8-10 projek pembekalan? Anda
tahu sendiri berapa nilainya.

Dan bagi orang yang hanya mengetahui projek tender dan sebut harga pula
mereka mungkin tidak mudah untuk menjana wang dari bisnes kerajaan ini
kerana beberapa sebab. Antaranya saingan yang tinggi, kekerapan tawaran
yang kurang dan juga pengaruh luar yang kuat.

Berbanding bagi anda yang main projek di dalam pembelian terus saya boleh
katakan mereka tak mampu menjadi semudah anda meraih rezeki dari bisnes
kerajaan. Serius!


Case Study Buat 5 Angka BerBisnes Kecil-
Kecilan Dengan Kerajaan

Talk is cheap! Bercakap semua orang pun boleh bercakap. Kali ini saya bawakan
beberapa bukti atau case study sebenar rakan-rakan saya yang pernah saya
bimbing dalam berbisnes kecil-kecilan dengan kerajaan ini. Ini saya tunjukan
kejayaan-kejayaan kecil milik rakan-rakan saya dahulu. Yang saya punya nanti
saya tunjukan.






11


Case Study #1: Bisnes Katering Kecil-Kecilan

Bisnes katering ini dijalankan oleh seorang rakan saya yang bernama A.
Sebenarnya beliau bukanlah pemilik kepada perniagaan ini tetapi dimiliki oleh
bapanya. Pada awalnya mereka membuka sebuah restoran di Putrajaya yang
menawarkan makanan western. Tetapi selepas 6 bulan beroperasi perniagaan
restoran mereka hampir lingkup dan GAGAL sama sekali. Dengan sewa kedai
sahaja menjangkau RM4,700.

Saya yang kasihankan melihat kepada mereka mencadangkan mereka untuk
membuat pembekalan makanan bermasak Islam atau katering kecil-kecilan
kepada pihak kerajaan. Saya menunjukan kepada mereka bagaimana
mendaftarkan sijil Kewangan dan proses seterusnya.

Dengan plan marketing yang saya siapkan mereka saya cadangkan untuk
membekalkan sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang untuk kuantiti
untuk 20 orang dalam satu-satu tempahan dahulu.

Akhirnya dengan marketing plan yang tepat mereka mula mendapat projek
membekalkan sarapan pagi seperti nasi lemak dahulu. Kemudian kepada
makanan tengahari dan seterusnya kepada pembekalan minum petang yang
sebenarnya mereka beli kuih di gerai tepi jalan dan kemudian bekalkan kepada
pihak kerajaan.

Dari satu agensi di Putrajaya ke satu agensi lain. Hampir menakluk banyak
jabatan kerajaan di Putrajaya. Dengan hanya bermula membekalkan sarapan
pagi untuk 20 orang pada satu-satu masa mereka akhirnya menjana jumlah
jualan RM90, 000 dalam masa 6 bulan beroperasi dalam bisnes kerajaan.
Bagaimana ini terjadi? OK. Satu mesyuarat pagi yang mereka bekalkan
makanan sarapan pagi dah memberikan mereka jualan sebanyak RM120.

Itu baru satu dan bagaimana mereka yang dah takluk market Putrajaya ini
punya bekalan? Pasti satu hari untuk sarapan pagi sahaja dah melebihi 5
tempahan. Belum masuk lagi makan tengahari dan minum petang. Cuba
fikirkan berapa banyak mesyuarat dan majlis yang di adakan oleh pihak
kerajaan dalam sehari?

12

Dan kemuncak kejayaan bisnes kerajaan rakan saya ini apabila terpilih
membekalkan sarapan pagi kepada 2000 orang pada satu-satu masa yang
ditempah kerajaan. RM4 x 2000 = RM8,000 hanya pada satu pagi. Marvelous!

Dan kejayaan rakan saya dan bapanya berterusan. Restoran yang asalnya
hampir tutup kini masih beroperasi tetapi sebagai dapur sahaja dan kini
menyewa rumah kedai 3 tingkat untuk kegunaan dapur tambahan dan juga
asrama pekerjanya. Bisnes supply sarapan pagi, makan tengahari dan minum
petang sahaja. Untuk makluman untung kasar bisnes katering ini adalah
bersamaan hampir 60%. Banyak tu. Hanya denganberniaga bisnes simple ini
dengan kerajaan rakan saya dan bapanya berjaya menyedut RM90, 000 dari
kerajaan dalam masa 6 bulan. OK ke tidak?


Case Study #2: Bisnes Printing Kecil-Kecilan

Seorang sahabat saya iaitu M. Beliau merupakan seorang pereka grafik. Nak
dijadikan cerita sedang mengumpul duit untuk kahwin. Saya syorkan kepada
beliau agar buat perkhidmatan printing kepada kerajaan. Beliau menggunakan
syarikat saya dahulu sebelum mendaftarkan syarikat sendiri.

Alhamdulillah job pertamanya yang diperolehi beliau bernilai RM3,800 dari
K*S. Kerja beliau hanya perlu mempromosikan rekaan kad bisnes dan grafik
korporat kepada agensi kerajaan dan kemudian ambil tempahan cetakan di
lubuk printing.

Makin lama makin berkembang. Dan kali terakhir saya melihat jumlah duit yang
masuk ke akaun syarikat saya dari bisnes printing beliau adalah RM8,000
sebulan. Selepas itu beliau dah tubuhkan syarikat sendiri dan saya tak dapat
lihat income beliau lagi kerana payment sudah masuk terus ke akaun syarikat
beliau sendiri. Namun saya sering dapat tahu beliau masih konsisten dengan 4
angka income sebulan dari perkhidmatan reka grafik dan printingnya dengan
kerajaan. Bolehlahkan daripada tiada langsung? RM8,000 sebulan dengan
untung bersih RM5,000 sebulan siapa nak beri? Tambahan lagi rakan saya itu
buat secara part time sahaja. Best tak?





13


Case Study #3: Bisnes Latihan Kecil-Kecilan

Sahabat saya seorang pensyarah. Ingin menambahkan pendapatan beliau. Pada
asalnya saya mengupah beliau untuk memberikan latihan kepada agensi
kerajaan berkenaan satu subjek IT yang mana syarikat saya terpilih untuk
memberi perkhidmatan latihan.

Setelah melihat model bisnes kerajaan di bidang latihan ini mudah, lantas
beliau ingin mencuba sendiri pula. Dengan marketing yang tepat dan betul
beliau mula masuk ke agensi-agensi kerajaan dan menawarkan latihan-latihan
IT kepada agensi kerajaan.

Berapakah bayaran yang beliau dapat? Memandangkan rakan saya En. F ini
mempunyai Master di dalam bidangnya maka dengan mudah RM6,000 ke RM
8,000 boleh diperolehi untuk satu-satu kursus atau bengkel selama 4-5 hari.
Modalnya hanya print out tutorial, kepakaran, duit minyak dan air liur sahaja.

Kini memandangkan beliau masih sayang dengan tugas sebagai pensyarah di
sebuah IPTA terkemuka negara maka beliau terhadkan hanya memberi dua sesi
latihan untuk kerajaan dalam sebulan. Dua sesi pun beliau dah boleh dapat
sehingga paling sedikitpun RM12, 000 sebulan. Hanya daripada bisnes kerajaan
membekalkan latihan IT kepada agensi kerajaan. Alhamdulillah.


Dan Saya Pula Menyedut Lebih RM0.5 Juta
Dari Kerajaan Dalam Masa 18 Bulan!

Ya. Anda dengar dengan betul. Saya sedut RM0.5 juta dengan bisnes kerajaan.
Seperti yang saya katakan dan tunjukan di dalam case study sebelum ini yang
bisnes kerajaan dalam peluang pembelian terus ini boleh memberi keuntungan
dan paling best apabila ramai lagi yang masih tidak tahu tentang ini. Mereka
hanya tahu 3 perkara tentang bisnes kerajaan iaitu Tender, Kabel dan Rasuah!

Sedangkan berbisnes dengan kerajaan adalah lebih dari itu. Seperti tiga case
study yang saya bentangkan kepada anda sebentar tadi sebenarnya saya nak
beritahu banyak lagi peluang dan bidang (niche) bisnes kecil-kecilan yang
14

boleh buat income 5 angka sebulan dengan menjualnya kepada pihak
kerajaan.

Dan pastinya teknik marketing yang betul juga bakal memainkan peranan
penting untuk memastikan kejayaan berbisnes kecil-kecilan dengan kerajaan.


Saya sudah ceritakan cerita-cerita anak didik saya di dalam bisnes kerajaan ini.
Jika tiada masalah saya akan kongsikan cerita RM0.5 juta saya pula kepada
anda. Ini termasuklah :

Bidang perniagaan yang menguntungkan untuk diniagakan bersama
kerajaan.
Cara-cara marketing terbaik dan bersih untuk rangkul job dari kerajaan.
Perihal andai tiada modal nak bermula dan menguruskan pembekalan.
Kaedah proposal yang terbaik dan berkesan.
Cara mendaftar sijil Kementerian Kewangan jadi anda tak perlu kena tipu
sehingga RM3, 000 hanya untuk selesaikan urusan pendaftaran.
101 perihal berbisnes dengan kerajaan.
Dan seterusnya copy paste sistem RM500K kejayaan bisnes kerajaan saya
sendiri.

Berita baiknya saya sudah bundlekan kesemua cerita, teknik dan trik saya
dalam menyedut RM0.5 juta dari akaun kerajaan kepada akaun saya dengan
berbisnes kecil-kecilan ini di dalam satu tempat. Sekiranya berminat sila layari
alamat web di bawah untuk maklumat lanjut :

http://www.bisneskerajaan.com/hop.php?ref=dpli

Anda mungkin juga menyukai