Anda di halaman 1dari 38

BAB EMPAT

PENDIDIKAN DAN SEKOLAH

Aktiviti 4.1

a. Bagaimanakah masyarakat mempengaruhi sekolah?

b. Bagaimanakah sekolah mempengaruhi keperluan


masyarakat?

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 1


A. Pengaruh Masyarakat Terhadap Sekolah

Pada dasarnya sekolah dan masyarakat saling bergantungan di antara satu sama lain.
Masyarakat memerlukan sekolah untuk keperluan pendidikan anak-anak mereka dan sekolah
perlukan pelajar atau murid untuk menyampaikan ilmu melalui proses pengajaran dan
pembelajaran. Masyarakat terdiri daripada beberapa lapisan ahli atau kelas yang mempunyai
orientasi yang berbeza dan adalah sebagai salah satu sumber ke arah kecemerlangan bidang
pendidikan. Mengikut Kamus Dewan (1998) dalam buku Pendidikan Di Malaysia (Mok Soon
Sang, 2003), masyarakat terdiri daripada sekumpulan manusia yang hidup bersama dalam sesuatu
tempat mengikut peraturan-peraturan dan cara-cara tertentu. Sememangnya masyarakat dengan
pendidikan sangat erat dan saling mempengaruhi umpama isi dengan kuku.

Masyarakat yang berakhlak mulia, bertanggungjawab, baik, maju dan moden adalah masyarakat
yang mempunyai latar belakang dan tahap pendidikan maju dan moden. Dengan pendidikan yang
baik maka lahirlah individu yang berpendidikan tinggi dan dapat menyumbang kepada
pembangunan negara serta memenuhi keperluan tenaga kerja professional.

Masyarakat boleh bekerjasama dengan sekolah dengan cara menyalurkan derma dan bantuan untuk
projek dan pembangunan sekolah. Gotong-royong merupakan salah satu sumbangan tenaga
masyarakat untuk sekolah. Melalui aktiviti tersebut kemudahan yang terdapat di sekolah dapat
diperbaiki dan di tambah baik agar persekitaran dan iklim sekolah berada dalam keadaan yang
bersih serta selesa. Beberapa pengaruh masyarakat terhadap pendidikan sebagai berikut :

1. Terhadap Orientasi Dan Tujuan Pendidikan.

Pengaruh masyarakat terhadap program pendidikan di sekolah-sekolah dapat dilihat dengan


adanya perbezaan orientasi dan tujuan pendidikan di setiap negara di dunia. Setiap negara
mempunyai karekteristiknya yang tersendiri di dalam orientasi dan tujuan pendidikan.
Kehendak masyarakat diberikan pertimbangan dalam membentuk sesuatu kurikulum. Oleh
yang demikian kurikulum yang terdapat dalam bidang pendidikan tidak tetap kerana ia
boleh diubah, dinilai semula dan ditambah baik mengikut kesesuaian pelajar. Contohnya

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 2


untuk pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran di dalam kelas pendidikan
khas, sukatan mata pelajaran mereka diubah mengikut tahap pembelajaran pelajar tersebut.
Mata pelajaran yang diajar tidak sama dengan mata pelajaran bagi pelajar aliran perdana
kerana mereka di beri penekanan yang lebih tentang pengurusan diri dan kemahiran.

2. Terhadap Proses Pendidikan Di Sekolah.

Perubahan-perubahan yang terjadi dan ada di dalam masyarakat akan mempengaruhi


sistem pendidikan di sekolah kerana perubahan itu merupakan salah satu sumber yang ada
dari masyarakat. Menurut Durkheim (1956), (dipetik dari buku Sekolah Dan Masyarakat)
menyatakan perkembangan pendidikan adalah berkait secara langsung dengan perubahan-
perubahan idea dan keperluan dalam masyarakat. Oleh itu sekolah haruslah dapat mengajar
dan mendidik pelajar untuk dapat memajukan, mengembangkan dan menggunakan sumber-
sumber yang ada di masyarakat.

Misalnya dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih dari masa ke semasa
memerlukan pelajar untuk mempelajari mata pelajaran yang berkaitan dengan teknologi.
Maka mata pelajaran berkaitan teknologi di tambah supaya pelajar dapat menyesuaikan diri
dengan masyarakat yang celik teknologi apabila keluar bekerja nanti. Perubahan-perubahan
sosial telah menghasilkan perubahan dalam sistem pendidikan dan pada pada masa yang
sama para pendidik juga perlu mengawalnya dan mengikuti perubahan sosial.

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 3


B. Pengaruh Sekolah Terhadap Masyarakat.

Melalui pendidikan nilai-nilai kehidupan manusia dapat di kembangkan. Manusia belajar


untuk menghadapi kehidupan dan memperkembangkan kemahiran yang ada melalui pendidikan
yang telah dipelajari. Pendidikan membantu manusia untuk terus mendapat manafaat dalam
kehidupan. Walaupun begitu, pendidikan tidak lari dari faktor-faktor luar yang saling
mempengaruhi perlaksanaannya. Terutama bagi masyarakat sekelilingnya, yang mempunyai
hubungan kait dengannya.

Sekolah ialah sebuah insitusi pendidikan yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan masyarakat
dan penubuhannya oleh masyarakat. Sekolah merupakan salah satu komuniti dalam masyarakat
dan mempunyai hubungan yang erat, saling berinteraksi dan saling mempengaruhi. Dalam
pembentukan sahsiah pelajar sekolah merupakan pengaruh utama. Pengaruh sekolah merangkumi
aspek kebudayaan masyarakat iaitu agama, kepercayaan, norma, nilai, sikap, aspirasi, ilmu
pengetahuan dan warisan kebijaksanaan. Di Malaysia, penubuhan sekolah adalah bertujuan untuk
memenuhi keperluan masyarakat dan negara.

Sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu serta berkemahiran


seperti yang terdapat dalam Matlamat Pendidikan Negara.

Pengaruh sekolah terhadap perkembangan masyarakat seperti berikut :

1. Meningkatkan Taraf Kehidupan Masyarakat.

Peranan yang dimainkan oleh sekolah sangat penting di mana pelajar dididik dengan segala
ilmu kemahiran yang bersesuaian dengan potensi diri mereka. Sebagai contoh pelajar yang
telah mendapat kemahiran dalam bidang pertanian akan berusaha untuk membantu
memperkembangkan industri pertanian negara. Ia dapat membantu masyarakat pertani
dengan lahirnya graduan yang mampu meningkatkan hasil pertanian dengan penggunaan
teknologi moden. Taraf hidup mereka juga akan bertambah maju dan dapat menambah
pengeluaran hasil tanaman dengan berlipat ganda

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 4


2. Melahirkan Masyarakat Yang Berkemahiran Untuk Memenuhi Bidang Pekerjaan.

Di dalam kurikulum dan kokurikulum pelajar sekolah didedahkan dengan ilmu


pengetahuan, kemahiran, ketrampilan dan segala aspek yang berkaitan dengan dunia
pekerjaan. Contohnya, dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup pelajar di ajar kemahiran
menjahit, berkebun, menggendalikan alat elekronik serta pertukangan. Dengan kemahiran
yang telah di pelajari, pelajar boleh mengaplikasikannya untuk diri sendiri atau dalam
bidang pekerjaan nanti. Mereka boleh berniaga atau menjadi pekerja mahir.

3. Menerapkan Nilai-Nilai Murni Kepada Masyarakat.

Pendidikan di sekolah berteraskan Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan


Negara adalah lengkap kerana ianya merangkumi dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial (JERIS). Ianya adalah bertujuan untuk melahirkan individu yang boleh memberi
sumbangan kepada pembangunan dan kesejahteraan negara. Melalui nilai-nilai murni yang
terdapat dalam kurikulum pendidikan, pelajar dapat menghayati dan mengamalkan nilai-
nilai murni tersebut dalam kehidupan seharian. Pelajar yang mempunyai akhlak yang baik
dapat menjadi masyarakat yang hidup dalam keadaan harmonis, saling hormat-
menghormati dan bekerjasama. Nilai-nilai murni yang diterapkan di sekolah antaranya
ialah baik hati, berdikari, kejujuran, kerajinan, semangat bermasyarakat dan lain-lain.

Selain itu sekolah juga boleh memberikan perkhidmatan kepada masyarakat melalui persatuan-
persatuan dan unit beruniform seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Pancaragam, Kadet Polis,
Pengakap dan sebagainya. Guru-guru juga dapat menyumbangkan tenaga dan melibatkan diri
dalam aktiviti kemasyarakatan seperti perayaan atau majlis-majlis rasmi. Kemudahan-kemudahan
yang terdapat di sekolah seperti dewan, padang dan gelanggang boleh dipinjam oleh penduduk
setempat untuk kegiatan-kegiatan kemasyarakatan.

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 5


RUJUKAN

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Otman. (2008). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum (Edisi Kedua).
Tanjong Malim : Quantum Books.
Amir Hasan Dawi. (2009). Sekolah Dan Masyarakat. Tanjong Malim : Quantum Books.
Mok Soon Sang. (2003). Pendidikan Di Malaysia. (Edisi Ke-8), Subang Jaya : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 6


BAB ENAM

PERSEKOLAHAN MASYARAKAT
MALAYSIA

Aktiviti 6.4

Bandingkan sistem persekolahan sebelum merdeka dengan sistem


persekolahan semasa.

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 7


SISTEM PERSEKOLAHAN SISTEM PERSEKOLAHAN
SEBELUM MERDEKA SEMASA

Sejarah Awal Pendidikan Persekolahan Semasa

 Pendidikan tradisional informal yang  Berlandaskan Falsafah Pendidikan


bertujuan menjadikan anak lelaki Negara yang ingin menwujudkan insan
sebagai ketua keluarga dan anak yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
perempuan sebagai suri rumah. rohani dan intelek (JERI).
 Memberikan penekanan kepada  Terbahagi kepada dua peringkat iaitu
kesopanan, budi bahasa, pertahanan diri 1. Peringkat persekolahan (rendah dan
dan ekonomi sara hidup. menengah)
 Pendidikan adalah berasaskan sistem 2. Peringkat tinggi
pondok yang diadakan di madrasah dan  Menggunakan kurikulum yang selaras
di sekolah-sekolah agama. dan seragam iaitu Kurikulum Bersepadu
 Pendidikan agama diajar oleh guru Al- Sekolah Rendah (KBSR) bagi sekolah
Quran, merangkumi pembelajaran rendah dan Kurikulum Bersepadu
tentang fardhu kifayah, fardhu ain, Sekolah Menengah (KBSM) bagi
hafalan doa dan bahasa Arab. sekolah menengah.
 Dasar pendidikan Malaysia seragam
dengan Wawasan 2020 iaitu untuk
“mewujudkan masyarakat saintifik dan
progresif yang mempunyai daya
perubahan tinggi serta memandang ke
hadapan, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga
menyumbang kepada tamadun saintifik
dan teknologi masa depan” (INTAN
1994). (dipetik dari buku Sekolah dan
Masyarakat)

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 8


Semasa Penjajahan Inggeris Keutamaan Dalam Pendidikan

 Inggeris mengamalkan dasar Pecah-  Mengutamakan ICT dari segi pengajaran


Perintah iaitu dengan mengasingkan dan pembelajaran, peralatan dan
penduduk Tanah Melayu mengikut kemudahan.
bangsa masing-masing.  Sekolah dilengkapi kemudahan ICT.
 Sekolah terbahagi kepada Sekolah  Bilangan pelajar aliran sains bertambah.
Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil yang  Sekolah di kawasan luar bandar akan
di kenali sebagai Sekolah Vernakular. dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
 Sekolah-sekolah ini menggunakan  Di peringkat universiti, akan melahirkan
bahasa pengantar, kurikulum, buku dan tenaga kerja yang mempunyai model
guru masing-masing. intelektual dan pengetahuan baru.
 Membangunkan profesion perguruan.
 Pembelajaran sepanjang hayat

Sekolah Vernakular Melayu Pendidikan Pra Sekolah

 Sekolah Melayu menggunakan  Bermula bagi kanak-kanak berumur


kurikulum yang menekankan pelajaran linkungan lima tahun.
bacaan, mengarang, ejaan, menulis jawi  Terdapat tiga kategori
dan rumi, ilmu hisab, ilmu alam dan 1) Pra sekolah Annex
latihan jasmani. (Kurikulum Pra sekolah Kebangsaan
 Sekolah Melayu juga dilekakan dengan 2002)
cerita-cerita dongeng. 2) Pra sekolah badan tertentu
 Hanya untuk mengambil hati Pembesar (KEMAS, Perpaduan, ABIM)
Melayu dan memenuhi keperluan 3) Pra sekolah persendirian
politik.  Kurikulum menekankan kemahiran
umum dan asas serta lebih kepada

aktiviti (activity based) iaitu bermain

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 9


sambil belajar.
 Dalam permaianan juga diterapkan
dengan kemahiran 3M (membaca,
menulis, mengira)

Sekolah Vernakular Cina Pendidikan Sekolah Rendah

 Sekolah Cina pada mulanya menumpang  Bermula ketika kanak-kanak berumur


di rumah ketua masyarakat Cina, tokong tujuh tahun.
dan rumah perniagaan.  Matlamat pendidikan bagi memastikan
 Sukatan pelajaran datang dari Tanah perkembangan potensi kanak-kanak
Besar Cina dan menggunakan bahasa secara bersepadu, menyeluruh dan
Cina sebagai bahasa pengantar. seimbang.
 Kurikulum tertumpu pada hafalan klasik  Menekankan aspek jasmani, emosi,
lama, bahasa, ilmu hisab, lukisan, rohani dan intelek bagi melahirkan
nyanyian, latihan jasmani, sejarah, ilmu pelajar yang seimbang, berakhlak mulia
alam dan moral. dan harmonis.
 Kurikulum mengandungi kompenen-
kompenen yang membantu
perkembangan kanak-kanak (bersepadu
dan umum)
 Terbahagi kepada beberapa jenis
sekolah iaitu :
1. Sekolah Kebangsaan (SK)
2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC)
3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

(SJKT)
4. Sekolah Rendah Agama (SRA)

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 10


5. Sekolah Agama Rakyat (SAR)

Sekolah Vernakular Tamil Pendidikan Sekolah Menengah

 Sekolah Tamil menggunakan bahasa  Tempoh pendidikan selama lima tahun.


Tamil sebagai bahasa pengantar.  Matlamat pendidikan untuk
Kurikulum dan guru datangnya dari memperkembangkan potensi individu
India. secara menyeluruh, bersepadu dan
 Sekolah ini ditubuhkan kerana harmonis dari segi jasmani, emosi,
terdapatnya buruh-buruh India yang rohani dan intelek.
bekerja di ladang-ladang getah dan kopi.  Tebahagi kepada beberapa jenis sekolah
 Ianya mendapat bantuan dari kerajaan, iaitu :
pengurusan pihak majikan dan 1. Sekolah Menengah Harian
mubaligh. 2. Sekolah Berasrama Penuh
 Bagi ladang yang mempunyai lebih 3. Maktab Rendah Sains MARA
daripada 10 orang kanak-kanak (7-14 4. Sekolah Menengah Jenis
tahun), sekolah perlu disediakan. Kebangsaan.
5. Sekolah Menengah Agama Negeri
 Mata pelajaran terbahagi kepada dua
iaitu mata pelajaran teras dan mata
pelajaran elektif.
 Mata pelajaran teras merangkumi
komunikasi, matematik, sains dan
teknologi, nilai dan sikap serta
perkembangan diri.
 Mata pelajaran elektif lebih ke arah

minat, kecenderungan pelajar, bakat,


pengkhususan serta berkaitan dengan
alam pekerjaan seperti Ekonomi Rumah

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 11


Tangga, Sains Pertanian dan sebagainya.

Sekolah Vernakular Inggeris Peringkat Pengajian Tinggi

 Sekolah Inggeris terbahagi kepada 3  Terdapat tiga pilihan untuk pelajar


jenis iaitu yang di tubuhkan oleh sekolah menengah melanjutkan
Persatuan Pendakwah Kristian, pelajaran ke pengajian tinggi melalui:
persendirian dan Sekolah Inggeris 1. STPM di tingkatan enam.
Kerajaan. 2. Matrikulasi
 Sekolah-sekolah tersebut hanya terdapat 3. Terus ke universiti atau politeknik
di kawasan bandar dan menggunakan dan maktab untuk program diploma.
bahasa Inggeris sebagai bahasa  Institusi pengajian tinggi terbahagi
pengantar. kepada pengajian tinggi awam (IPTA)
 Menggunakan kurikulum yang dan institusi pengajian tinggi swasta
menitikberatkan akademik. Mata (IPTS).
matapelajaran yang di ajar ialah sains,  Sistem meritokrasi digunakan untuk
ilmu alam, pendidikan jasmani, lukisan, pemilihan pelajar memasukinya.
bahasa Inggeris, sejarah Eropah,
matematik dan sastera Inggeris.
 Ianya hanya memokuskan kepada anak
bangsawan Melayu.

Selepas Pendudukan Jepun Sekolah Bestari

 Kesedaran penduduk telah meningkat  Penyediaan pelajar ke arah globalisasi


dengan kedatangan Jepun.
SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 12
 Terhasilnya laporan-laporan berikut :  Salah satu aplikasi perdana dalam
a) Laporan Barnes (1951) – menyemak dan Koridor Raya Multimedia (MSC).
memperbaiki keadaan pendidikan kaum  Untuk melahirkan pekerja ilmu yang
Melayu. bermaklumat, mahir berketrampilan dan
b) Laporan Fenn-Wu (1951) – menyemak mempunyai etika yang positif.
pendidikan kaum Cina.  Berbeza dari sekolah biasa kerana :
c) Ordinan Pelajaran (1952) - 1. Dihubungkan melalui jaringan
mengesyorkan sekolah kebangsaan kawasan setempat (LAN)
sebagai corak persekolahan kebangsaan. - Berkongsi maklumat di peringkat
d) Laporan Razak (1956) – meletakkan dalaman sekolah
asas bagi perkembangan system 2. Dihubungkan melalui kawasan yang
pendidikan untuk memupuk perpaduan lebih luas (WAN)
melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan. - Perhubungan di antara sekolah-
sekolah lain, peringkat daerah,
negara dan dunia.
 Kurikulum menggunakan kemudahan
teknologi yang terkini. Menekan
kemahiran ICT, generik dan pelbagai
kecerdasan.

Sekolah Wawasan

 Bagi perlaksanaan kurikulum terpendam

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 13


untuk perpaduan kaum, interaksi sosial
yang luas, realiti masyarakat majmuk,
pengurusan sumber dan ruang serta
memupuk semangat toleransi.
 Tiga aliran sekolah iaitu Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil di tempatkan dalam satu
kompleks atau kawasan.
 Menggunakan bahasa pengantar masing-
masing dan mereka digalakkan
berkongsi semua kemudahan yang ada
seperti kantin, lapangan perhimpunan,
padang dan sebagainya.
 Menggalakkan murid mempelajari
bahasa, mengeratkan hubungan pelbagai
kaum dan menjalin semangat kekitaan.

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Otman. (2008). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum (Edisi Kedua).

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 14


Tanjong Malim : Quantum Books.
Amir Hasan Dawi. (2009). Sekolah Dan Masyarakat. Tanjong Malim : Quantum Books.
Mok Soon Sang. (2001). Pendidikan Di Malaysia (Edisi Ke-8). Subang Jaya : Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Rancangan Malaysia Ke-9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Modul Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan. Bab 2; Sistem Pendidikan Kebangsaan – Perletakan Asas.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Fakta Pendidikan Zaman Penjajah. www.scribd.com
Pendidikan Di Malaysia. www.wikipedia.org.com

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 15


BAB TUJUH

GURU, SEKOLAH DAN KOMUNITI

Aktiviti 7.1

Dapatkan kod etika perguruan Malaysia dan buat interpretasi


mengenainya.

KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA

Profesion perguruan juga seperti profesion yang lain mempunyai kod etikanya yang
tersendiri. Di Malaysia “Tatasusila Profesion Keguruan” disarankan oleh Kementerian Pelajaran

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 16


Malaysia. Kod etika ini sebagai satu garis panduan untuk para guru supaya menjaga imej
profesionnya.

Melalui ikrar para guru telah berjanji untuk menjaga nama baik profesion keguruan serta maruah
diri sendiri. Dalam erti kata lain etika perguruan adalah satu set tingkah laku atau tanggungjawab
guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Selain itu Kod Etika Perguruan juga merupakan satu sistem prinsip yang mengawal kemoralan dan
perlakuan guru. Guru harus mematuhi peraturan yang terkandung dalam kod etika tersebut.
Berikut ialah Kod Etika Perguruan Malaysia :

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

1. Lebih mengutamakan keselamatan dan kebajikan pelajar kami dari lain-lain hal.
- Guru seharusnya mengamalkan sikap mementingkan kepentingan pelajar dari
kepentingan diri sendiri kerana tanggungjawab utama seorang guru adalah
mengajar. Selalunya kecemerlangan pelajar lebih diutamakan hingga mengabaikan
kebajikan pelajar. Seharusnya kedua-dua aspek tersebut seimbang.

2. Adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik,
ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
- Guru harus mengetepikan semua unsur-unsur lain dan bersikap adil dengan semua
pelajarnya. Tetapi yang sebaliknya terjadi apabila pelajar kelas pandai diberikan
perhatian sepenuhnya manakala pelajar kelas kurang pandai dibiarkan sahaja.
Kedua-dua kategori pelajar tersebut harus mendapat perhatian yang sama rata tanpa
mengira kaum, agama dan taraf sosial.

3. Merahsiakan maklumat iktisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 17


- Merahsiakan maklumat pelajar adalah penting dan sebagai amanah yang patut
dipegang oleh guru demi menjaga maruah pelajar. Hanya orang atau pihak tertentu
sahaja yang boleh mengakses maklumat tersebut.
- Tetapi apa yang berlaku di sekolah hanya Unit Bimbingan Kaunseling sahaja yang
memegang kerahsiaan tersebut manakala yang lainnya hanya menganggap ianya
sebagai kerahsiaan biasa. Perkara begini tidak sepatutnya terjadi kerana ianya
melibatkan maruah pelajar malah maruah keluarga pelajar tersebut sekali.

4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam bilik darjah atau mana-mana mata
pelajaran yang di ajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
- Guru perlu menggelakkan diri daripada menerima sebarang hadiah daripada ibu
bapa kerana guru telah mendapat gaji tetap setiap bulan. Walau bagaimanapun bagi
kelas tambahan kebiasaannya guru di bayar melalui elaun khas atau skim baucer
tuisyen oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberi contoh
yang baik kepada pelajar.
- Guru menjadi ‘role model’ atau ikutan kepada pelajar. Oleh itu segala pertuturan,
perlakuan dan pakaian akan diperhatikan oleh pelajar malah adakalanya akan di tiru
bulat-bulat oleh mereka.
- Guru haruslah sentiasa berpenampilan kemas, sopan dan baik sepanjang masa.
Selain itu pertuturan dan tingkah laku juga harus sentiasa yang terbaik.
- Guru perlu menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan agar boleh menjadi sumber
inspirasi dan tauladan kepada pelajar.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 18


1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
- Mendidik anak-anak adalah tanggungjawab utama ibu bapa mereka, tetapi apa yang
berlaku sebaliknya. Pada masa sekarang tanggungjawab tersebut sedikit sebanyak
terpaksa di pikul oleh para guru terutamanya bagi pelajar yang di tinggal di asrama.
- Bagi guru janganlah pula menyalahgunakan tanggungjawab tersebut sebaliknya
haruslah menghormati hak mutlak ibu bapa.

2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.
- Guru harus menjalinkan hubungan yang mesra dan erat dengan masyarakat
sekeliling. Ianya boleh di praktikkan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru, aktiviti
gotong-royong, hari keluarga, hari terbuka sekolah dan lain-lain. Melalui aktiviti
tersebutlah guru dapat bergaul mesra, bertanya khabar dan bertanya tentang
masalah berkaitan pelajar mereka kepada ibu bapa.

3. Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
menggunakan maklumat yang di terima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
- Maklumat seperti Rekod Kemajuan pelajar, aktiviti kokurikulum di hantar kepada
ibu bapa pelajar agar segala maklumat berkaitan anak-anak mereka dapat di ketahui
oleh ibu bapa.
- Guru dan ibu bapa harus saling bertukar-tukar maklumat

4. Mengelakkan diri dari menggunakan atau di pengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi pelajar.
- Layanan diberikan kepada setiap pelajar adalah sama rata tanpa mengira latar
belakang keluarga atau status sosioekonomi mereka.
- Guru tidak seharusnya memilih pelajar dalam menyampaikan ilmu kerana semua
pelajar mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik.

5. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 19


- Sifat neutral perlu ada dalam diri pendidik dan tidak boleh menghasut pelajar
membenci ibu bapa atau penjaga mereka. Sekiranya pelajar mengadu berkenaan ibu
bapa mereka, maka guru hendaklah memberi nasihat kepada pelajar tersebut dan
bukannya memburuk-burukkan lagi ibu bapa mereka.
- Guru hendaklah memupuk pelajar agar sayang kepada keluarga dan menerapkan
nilai-nilai murni agar mereka menghormati dan menyayangi keluarga mereka.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar, masyarakat atau negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
- Guru tidak sepatutnya melibatkan fahaman sendiri semasa mengajar ataupun
membawa pelajar dalam gerakan reformasi.
- Guru harus membimbing dan memyampaikan ilmu supaya pelajar menjadi insan
yang bertanggungjawab dan harmonis.

2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang dapat membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan
berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
- Melalui kegiatan kokurikulum pelajar boleh memupuk sikap tolenrasi, bekerjasama,
tolong-menolong di antara pelajar pelbagai kaum. Semangat patriotisma dapat di
semai dan pelajar belajar menghormati bangsa serta budaya kaum lain.

3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab


sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagaian dalam sebarang
kegiatan masyarakat.
- Setiap program sekolah perlu melibatkan masyarakat setempat seperti Hari
Keluarga, Maal Hijrah dan sebagainya.
- Para pendidik juga harus melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat setempat agar
dapat menjalinkan hubungan yang baik, mesra dan erat.

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 20


4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan
kehidupan moral, kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat. Berpegang kepada
tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami
sehari-hari dengan baik.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN

1. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.
- Guru perlu menjauhkan diri dari kegiatan yang tidak berfaedah seperti gejala
penagihan dadah atau merempit. Ini adalah kerana kegiatan tersebut boleh
menjejaskan kecekapan guru serta menjatuhkan maruah guru dan profesion
keguruan.

2. Sentiasa membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion
perguruan.
- Guru sepatutnya saling bantu membantu di antara sama lain dan tidak ada rasa
cemburu atau iri hati terhadap rakan sejawat. Komunikasi di antara guru perlu di
perkemaskan lagi di semua peringkat dari peringkat atasan mahupun bawahan.
- Dengan adanya sikap saling bantu-membantu, proses pengajaran dan pembelajaran
dapat di perkukuhkan lagi untuk membentuk masyarakat yang berdaya cipta dan
boleh menyumbang kepada perabadan dunia.

3. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa.
- Para guru perlu menjaga profesion perguruan serta maruah seorang guru. Guru
tidak boleh sewenang-wenangnya memburukkan guru lain walaupun guru tersebut
sememangnya menghadapi masalah.
4. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 21


- Walaupun perkara ini telah termaktub dalam etika perguruan tetapi masih ramai
yang tidak terlibat dalam pertubuhan guru. Sepatutnya perkara ini tidak terjadi
kerana pertubuhan tersebutlah yang akan membela nasib para guru.
- Sekiranya timbul sebarang ketidakadilan maka kepada pertubuhanlah para guru
akan mengadu. Maka adalah penting untuk para guru melibatkan diri dalam
pertubuhan tersebut.

5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
- Guru hendaklah mengawal diri dari melakukan sesuatu yang oleh merosakkan nama
baik profesion perguruan.
- Guru tidak harus terlibat dalam gerakan reformasi parti politik atau yang seangkatan
dengannya.

RUJUKAN
SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 22
Amir Hasan Dawi. (2009). Sekolah Dan Masyarakat. Tanjong Malim : Quantum Books.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang. (2001). Pendidikan Di Malaysia (Edisi Ke-8). Subang Jaya : Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2006). Inventori Sahsiah Keguruan INSAK Dan Isu-isu Pendidikan. (Edisi
Kedua). Puchong : Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2008). Inventori Sahsiah Keguruan INSAK. Puchong : Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Kod Etika Profesion Perguruan. www.scribd.com
Laman Sumber ICT. Pengantar Etika Perguruan. www.tripod.com

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 23


BAB LAPAN

INTERAKSI SEKOLAH DAN


MASYARAKAT

Aktiviti 8.10

a. Terdapat pelbagai surat pekeliling dikeluarkan oleh


Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkaitan masalah
disiplin pelajar. Senaraikan surat-surat pekeliling berkenaan.

b. Semak surat-surat pekeliling ikhtisas berikut. Nyatakan tajuk


setiap surat, kandungannya dan nyatakan nama Ketua
Pengarah Pelajaran yang menandatanganinya.

i. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 6/1996


ii. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 4/1997
iii. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 16/1998
iv. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 6/2000
v. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 8/200

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 24


SOALAN A

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1988 (Bil. 8543/(10) 10 September 1968)


Pembuangan Murid-Murid daripada sekolah rendah kerana kelakuan curang

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/68 (KP. 8543 02 (12) 18 September 1968
  Tatatertib Di Sekolah-Sekolah

3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/88 & 9/68 (KP. 8543 (11) 12 Oktober 1968)
Tambahan Kepada Surat Pekeliling "Professional"

4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972 (0504/11/(144) 4 Februari 1972)


Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1959

5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975 (KP. 8548/8/(75) 5 September 1975)


Murid-Murid Menghisap Rokok

6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1976 (KP. 8543/Vol.II(58) 7 Januari 1976


Potongan Rambut Murid-Murid

7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/1976 (KP. 8591-9(11) 9 Oktober 1976)


Mengharamkan Semua Jenis Permainan Judi Di Sekolah-Sekolah

8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/77 (8610-3B(15) 7 September 1977)


Pengelolaan Walkaton Di Sekolah-Sekolah

9. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1977 (KP. 8610/(30) 3 Oktober 1977)


Menganjur Dan Menjual Loteri Di Sekolah-Sekolah

10. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1978 (KP. 8542/07/ Jld.XI/(85) 2 Mei 1978)
Acara Suaikenal Di Sekolah-Sekolah

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 25


11. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1979 (KP(BS)8786-51/Jld.IV/(20) 26 Mac 1979)
Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan
Pertolongan

12. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1982 (KP. 8591/(97) 1 Oktober 1982)
Permainan 'Pin-Table, Video Game, Game Watch'

13. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983 (KP. 8591/(99) 25 Februari 1983)
Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-Sekolah

14. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983 (KP(BS)8591/Jld.II/(2) 9 Mac 1983)


Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah

15. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1983 (KP(BS)8591/Jld.II/(6) 23 April 1983)


Larangan Bermain Bahan-Bahan Letupan

16. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1983 (KP(BS)8591/Jld.II.(7) 11 April 1983)


Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Murid-Murid Sekolah

17. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983 (KP(BS)8591/Jld.II/(17) 7 November 1983)


Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid Yang Melakukan Perbuatan Salah
Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran

18. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984 (KP(BS)8591/Jld.II/(24) 14 Jun 1984)


Perhimpunan Sekolah

19. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984 (KP(BS)8591/Jld.II/(26) 10 September 1984)


Perhimpunan Sekolah (Tambahan Kepada Surat Pekeliling Iktisas Bil 4/84)

20. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1985 (KP(BS)8591/Jld.II/(39) 22 November 1985)


Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 26


SOALAN B

i. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 6/1995


Tajuk : Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah
Kandungan :
1. Pegawai Bahagian/Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru perlu
mengambil tindakan bagi membanteras salahlaku ponteng sekolah dan kelas.
2. Bagi memastikan TIADA Salahlaku Ponteng di kalangan pelajar, langkah-
langkah berikut hendaklah dilakukan :
I. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Bahagian/Daerah hendaklah mengesan kadar ponteng sekolah dan
ponteng kelas setiap bulan dan memastikan sekolah melakukan usaha
mengatasi masalah tersebut.
II. Pihak sekolah hendaklah memastikan tindakan mengatasi masalah
ponteng dilakukan secara bersungguh-sungguh dan berterusan. Segala
panduan yang terdapat di dalam Buku Panduan Mengatasi Masalah
Ponteng dilaksanakan sepenuhnya.
III. Pihak sekolah hendaklah merealisasikan Sekolah Penyayang, Pelajar-
pelajar berhak disayangi, dikasihi, dikasihani dan dibimbing. Dengan ini
pelajar akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah.
IV. Memastikan Briged Komuniti dilaksanakan dengan berkesan dan
mencapai matlamatnya sama ada di peringkat Negeri, Bahagian/Daerah
dan sekolah.
V. Memastikan bahawa Jawatankuasa Disiplin Sekolah atau Lembaga
Tatatertib sentiasa proaktif dengan menggariskan program dan aktiviti
yang berupaya mencegah salahlaku ponteng sejak awal-awal lagi
terutamanya sebelum sesi persekolahan bermula.

Ditandatangani Oleh : Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Mohd Noordin

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 27


ii. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 4/1997
Tajuk : Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok
Kandungan :
1. Surat ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
6a/1975 : Disiplin Murid-Murid Menghisap Rokok, perkara 2 (iv) (a).
2. Semua Pengetua dan Guru Besar hendaklah mengambil tindakan ke atas murid
yang didapati bersalah dengan mengunakan hukuman seperti berikut :
Kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali
Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali
Kesalahan Kali Ketiga : Rotan 3 kali
Kesalahan Kali Keempat : Gantung Persekolahan
(selama tempoh tidak melebihi 14 hari)
Kesalahan Kali Kelima : Buang Sekolah

Ditandatangani Oleh : Datuk Matnor Daim

iii. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 16/1998


Tajuk : Menangani Kegiatan Gengster Di Sekolah
Kandungan :
1. Pelajar-pelajar yang menyertai kegiatan gangster didapati mengganggu
ketenteraman sekolah dan pelajar-pelajar lain dengan cara mengancam,
mengugut atau memeras wang.
2. Tindakan pemulihan perlu dilakukan ke atas pelajar yang telah disahkan terlibat.
Antara tindakan tegas yang disarankan adalah seperti berikut :
I. Profil pelajar yang terlibat hendaklah dikumpul.
II. Bagi pelajar yang terlibat, hendaklah diketahui sejauh mana
penglibatannya.
III. Ibu bapa atau penjaga pelajar yang terlibat hendaklah dimaklumkan
untuk mendapat kerjasama dalam menangani masalah ini.
3. Pencegahan

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 28


I. Mengingatkan pelajar dalam perhimpunan sekolah mengenai keburukan
kegiatan gangster dan kesan melibatkan diri dalam kegiatan tersebut.
II. Menerapkan nilai-nilai murni semasa menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah.
III. Menganjurkan kempen “Basmi Kegiatan Gengster” di sekolah.

Ditandatangani Oleh : Dato’ Dr. Abdul Shukor Abdullah

iv. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 6/2000


Tajuk : Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan Gengster
Kandungan :
1. Memperingatkan semula kepada semua Pengetua dan Guru Besar supaya
mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam usaha memastikan sekolah
sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini, seperti
murid diugut, diculik, diperkosa atau penglibatan dengan dadah serta perlakuan
ala-gengster dan menceburkn diri dalam kegiatan gengster atau “trait society”

Ditandatangani Oleh : Dato’ Dr. Abdul Shukor Abdullah

v. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 8/2001


Tajuk : Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah
Kandungan :
1. Semua Pengetua dan Guru Besar diingatkan supaya mengambil langkah-
langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin di sekolah-
sekolah. Antara langkah-langkah tersebut seperti dibawah :
I. Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah
 Profil murid yang mengandungi maklumat peribadi murid hendaklah
sentiasa di kemas kini dan dipindahkan secara sulit mengikut pergerakan
murid, sama ada berpindah kelas atau sekolah.

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 29


II. Pemantapan Pengurusan Disiplin
 Semua guru perlu mengambil tanggungjawab bersama dalam
menentukan disiplin di sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan
terkawal terutamanya guru kelas.
III. Pemantapan Pengurusan Kaunseling Di Sekolah
 Guru kaunseling hendaklah mempunyai maklumat yang terkini
mengenai murid yang bermasalah daripada guru kelas.
IV. Sekolah Penyayang
 Menekankan rasa sayang menyayangi serta menimbulkan kemesraan di
antara guru dengan murid, murid dengan murid serta warga sekolah
dengan ibu bapa.
V. Pendidikan Keselamatan Dan Perlindungan Diri
 Pendidikan keselamatan diri boleh dilakukan melalui aktiviti kelab-
kelab yang terdapat di sekolah seperti Kelab Pencegahan Jenayah, Skim
Lencana Anti Dadah dan Badan-Badan Beruiform dengan menyebarkan
maklumat berkaitan kemalangan/jenayah.
VI. Permuafakatan Ibu Bapa, Sekolah Dan Masyarakat
 Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa dengan memaklumkan tentang
tingkah laku anak-anak mereka yang luar biasa agar tindakan
pembetulan dapat dibincangkan secara bermuafakat.
VII. Sekolah Selamat (Safe School)
 Pemeriksaan berkala hendaklah dilakukan terhadap sistem pendawaian
elektrik di sekolah, sistem bekalan gas dan semua sistem yang boleh
mengundang bahaya di sekolah.

Ditandatangani Oleh : Datuk Abdul Rafie Bin Mahat

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 30


RUJUKAN

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995: Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah, rujukan
KP(BS)8591/Jld.VI / (9)
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997: Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok, rujukan
KP(BS)8591/Jld.VII / (75)
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/1998: Menangani Kegiatan Gengster Di Sekolah, rujukan
KP(BS)8591/Jld. XIV / (16)
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000: Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan Gengster,
Rujukan KP(BS)8591/Jld. XVI (6)
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001: Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah, rujukan
KP(BS)8591/Jld. XVII (8)
http://www.moe.gov.my

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 31


BAB SEPULUH

PASCAMODENISME DAN ISU


PENDIDIKAN MASYARAKAT

Aktiviti 10.4

Bahagikan universiti awam mengikut kategori universiti apex,


universiti penyelidikan, universiti fokus dan universiti
komprehensif.
Nyatakan slogan setiap universiti dalam usaha masing-masing
menarik minat masyarakat menganggap universiti berkenaan
adalah yang terbaik.

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 32


1. UNIVERSITI APEX

UNIVERSITI APEX Universiti Sains Malaysia


(USM)

2. UNIVERSITI PENYELIDIKAN

UNIVERSITI PENYELIDIKAN

Universiti Malaya Universiti Sains Universiti Putra Universiti


(UM) Malaysia Malaysia Kebangsaan Malaysia
(USM) (UPM) (UKM)

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 33


3. UNIVERSITI FOKUS

Universiti Utara Malaysia Universiti Malaysia Perlis


(UUM) (UniMAP)

Universiti Teknologi Malaysia Universiti Malaysia Terengganu


(UTM) (UMT)

Universiti Pendidikan Sultan Idris Universiti Teknikal Malaysia Melaka


(UPSI) (UTeM)

UNIVERSITI
FOKUS

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


(UPNM) (UTHM)

Universiti Darul Iman Malaysia Universiti Sains Islam Malaysia


(UMD) (USIM)

Universiti Malaysia Pahang


Universiti Malaysia Kelantan
(UMP)
(UMK)

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 34


4. UNIVERSITI KOMPREHENSIF

Universiti Teknologi
MARA
(UiTM)

Universiti Islam
Universiti Malaysia Antarabangsa
UNIVERSITI Malaysia
Sabah
KOMPREHENSIF (UIA)
(UMS)

Universiti Malaysia
Sarawak
(UniMAS)

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 35


NYATAKAN SLOGAN SETIAP UNIVERSITI.

1. Universiti Sains Malaysia (USM)


 Kami Memimpin

2. Universiti Malaya (UM)


 The Leader In Research & Innovation

3. Universiti Putra Malaysia (UPM)


 Berilmu Berbakti

4. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)


 Kerana Tuhan Untuk Manusia

6. Universiti Utara Malaysia (UUM)


 Ilmu Budi Bakti

7. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)


 Pengetahuan Suluh Budiman

8. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)


 Excellence Through Competency

9. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)


 Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan

10. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)


 Ilmu Demi Faedah Insan
SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 36
11. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
 Engineering, Technology & Creativity

12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


 Berilmu, Berdisiplin & Bertakwa

13. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)


 Terokaan Seluas Lautan

14. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)


 Garden Of Knowledge & Virtue

15. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)


 The Entrepreneurial University

16. Universiti Malaysia Sabah (UMS)


 Bertekad Cemerlang

17. Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS)


 Glorious UniMas

18. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)


 Dengan Hikmah Kita Meneroka

19. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)


 Kewajipan Maruah Integriti

20. Universiti Teknologi MARA (UiTM)


 Usaha Taqwa Mulia

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 37


RUJUKAN

Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia www.jpt.mohe.gov.my


www.um.edu.my
www.usm.my
www.ukm.my
www.upm.edu.my
www.utm.my
www.iiu.edu.my
www.uum.edu.my
www.unimas.my
www.ums.edu.my
www.upsi.edu.my
www.usim.edu.my
www.uitm.edu.my
www.umt.edu.my
www.uthm.edu.my
www.utem.edu.my
www.ump.edu.my
www.unimap.edu.my
www.umk.edu.my
www.upnm.edu.my

SEKOLAH & MASYARAKAT (KPS5042) 38

Anda mungkin juga menyukai