Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod ( mencampurkan pelbagai

bahasa dalam satu pertuturan ) yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu. Bahasa Rojak boleh dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila satu entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka dan pelabuhan ini menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya. Pedagang dunia dan penduduk yang menguna pakai pelbagai bahasa dalam satu perbualan amat biasa berlaku. Mengikut kata Ensiklopedia Malaysia (vol. Bahasa dan Budaya) ini merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai Bahasa Rojak di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya, seseorang mungkin memulai perbualan dalam bahasa Melayu dan kemudian menyambung dengan bahasa Inggeris, dan seterusnya mencampurkan satu atau dua perkataan bahasa Kantonis dan bahasa Tamil dan menamatkan ia dengan istilah bahasa Mandarin atau bahasa Jepun. Semasa pemerintahan Parameswara apabila dua kumpulan pedagang tanpa satu bahasa kongsian, mereka akan cuba untuk bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami antara satu sama lain, dan hasilnya mungkin suatu pijin atau Rojak. Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia, yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Baru-baru ini kerajaan Malaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak. Sebagai contoh, TV3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai. Majalah komik sering disalahkan kerana menjadi punca Bahasa Rojak dan isu ini sering diperdebatkan. Perkataan atau frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering ditekstebalkan untuk memungkinkan pembaca mengenalpasti mereka (seperti dalam majalah Ujang dan Apo?). Secara khususnya, menjelang akhir tahun 2003, majalah Gempakdan Kreko menggunakan bahasa yang lebih formal dan meminimakan penggunaan Bahasa Rojak

LOKASI KAJIAN Saya telah menjalankan kajian saya ini di sekitar kawasan Pulau Pinang. Ini kerana, tugasan ini saya laksanakan semasa saya pergi bercuti ke pulau mutiara tersebut sewaktu cuti sekolah yang lalu.

Pulau Pinang Pulau Mutiara

ANALISIS KAJIAN Contoh Kesalahan Penggunaan Bahasa Malaysia

Papan tanda hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dalam semua aspek tatabahasa. Kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang digunakan pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru, terdapat segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau menjadikan bahasa rojak pada papan tanda premis mereka.

Memandangkan kesalahan dan kecelaruan bahasa pada papan tanda ini semakin berleluasa, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah berkerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) bagi memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Hasil kerjasama ini telah terjalin sejak tahun 2007 dan masih berterusan sehingga sekarang. Dalam konteks kerjasama ini, usaha yang dijalankan adalah agar setiap papan tanda perniagaan perlu mendapat pengesahan bahasa daripada DBPWS terlebih dahulu. Tanpa

pengesahan bahasa daripada DBPWS, permohonan mahupun pembaharuan lesen bagi peniaga dan pengiklan tersebut tidak akan diluluskan oleh pihak MBJB. Usaha MBJB ini mendapat perhatian Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan mulai tahun 2011, MPPG turut melaksanakan kaedah yang sama kepada pihak peniaga dan pengiklan yang ingin memohon atau memperbaharui lesen mereka agar mendapatkan pengesahan bahasa daripada DBPWS. Sesungguhnya usaha MBJB dan MPPG ini merupakan usaha yang amat baik bagi meningkatkan martabat bahasa Melayu. Dalam hal ini, peniaga dan pengiklan akan sedar peri pentingnya penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat, khususnya dalam papan tanda dan papan iklan.

Papan tanda hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang betul.

Kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa

yang digunakan pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru, terdapat segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau menjadikan bahasa rojak pada papan tanda premis mereka. Antara kesalahan tersebut yang biasa saya temui ialah: i. Konsortium Bas Ekspress yang sepatutnya adalah Bas Ekspress Konsortium. ii. Goreng Pisang Panas sepatutnya Pisang Goreng Panas iii. Perlantikan sepatutnya Pelantikan iv. Kedai Kerinting Rambut sepatutnya Kedai Keriting Rambut Begitu juga, mencedok perkataan asing untuk dimuatkan ke dalam sesuatu ayat bahasa Melayu memang tidak dihalang, malah memang benar seperti kata-kata Pendeta Zaba dalam buku klasiknya Ilmu Mengarang Melayu bahawa dalam bahasa Melayu sedia terdapat sekian banyak perkataan yang asalnya adalah dari pelbagai punca: Sanskrit, Inggeris, Portugis, Belanda, Parsi, Arab, Cina dan sebagainya. Tidak perlu bagi saya menyatakan perkataan-perkataan itu kerana umum sudah pun tahu. Bagi aspek kesalahan bahasa, masih banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu.Contohnya kesalahan penggunaan kata di sebagai kata sendi nama dan penggunaan kata di sebagai imbuhan kata kerja. Antara kesalahan penggunaan kata di sebagai imbuhan kata kerja adalah seperti dalam ayat di bawah:-

1) Kerja pembersihan sedang di jalankan. 2) Di larang masuk 3) Di beri nama bersempena nama Gabenor Negeri-negeri Selat 4) Di-larang meletakkan baisikel2 di-hadapan gudang ini. Contoh ini telah ditemui di tandas awam yang terdapat di Padang Kota Lama. Penggunaan kata di dalam ayat di atas merupakan imbuhan kata kerja yang mana ejaannya perlu dirapatkan. Namun pengguna melakukan kesalahan apabila mengeja perkataan ini secara

terpisah. Selain itu kesalahan penggunaan di sebagai imbuhan kata kerja ini juga telah ditemui di beberapa papan tanda yang terdapat di sekitar Lebuh Gurney. Sebagai contoh, dalam gambar papan tanda di bawah. Gambar1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Kata di dalam penggunaan di papan tanda adalah merujuk kepada imbuhan kata kerja namun telah dieja secara terpisah oleh pengguna. Bagi kesalahan penggunaan di sebagai kata sendi nama pula boleh juga dilihat pada papan tanda yang digunakan oleh penjual di kedai-kedai makan. Antara contoh yang dapat ditemui sewaktu berada dalam perjalanan ke Lebuh Gurney ialah dalam ayat berikut: a) Kari kepala ikan ada dijual disini. Dalam ayat di atas penggunaan kata di ialah sebagai kata sendi nama iaitu untuk menunjukkan tempat dan sepatutnya dieja secara terpisah, namun dalam ayat yang ditemui, kata di dieja secara rapat dengan perkataan sini yang menunjukkan tempat. Hal yang sama juga dapat ditemui pada papan tanda yang terdapat di Kota Cornwallis iaitu seperti di dalam ayat dan gambar di bawah : a) Dilarang memanjat. Tembok diatas bervoltan tinggi. b) Perhentian bas ini telah ditempatkan semula ke tapak disebelah Gudang 8. c) Menjadi yang pertama di kalangan

Gambar5

Gambar 6

Gambar 7

Penggunaan kata di dalam ayat di atas adalah sebagai kata sendi nama yang sepatutnya dieja terpisah tetapi pengguna mengejanya secara rapat. Selain itu, saya turut menemui kesalahan ejaan bagi ejaan kata majmuk. Sebagai contoh kata majmuk hak milik. Pengguna mengeja perkataan hak milik ini secara rapat iaitu hakmilik sedangkan perkataan hak milik ini merupakan kata majmuk yang belum mantap dan sepatutnya dieja secara terpisah. Buktinya dapat dilihat dalam gambar di bawah : Gambar 8

Di samping itu, terdapat juga kesalahan penggunaan kata yang tidak sesuai yang dapat dilihat pada papan iklan dan papan tanda seperti dalam ayat dan gambar di bawah:

a) Happy hair is beautiful hair Ayat ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai rambut yang sihat ialah rambut yang cantik. Penggunaan kata happy dilihat tidak bersesuaian dengan terjemahannya.

Gambar 9

Selain itu, terdapat juga perkataan bahasa Inggeris yang tidak setara dengan terjemahan bahasa Melayu yang disertakan.Antaranya ialah perkataan masuk dan way in.Way in jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu ialah jalan masuk. Selain itu, dalam ayat kawal an sprinkler injap dan pam, diterjemahkan sebagai sprinkler control valves and pumps menunjukkan bahawa perkataan bahasa Inggeris sprinkler dikekalkan dalam bahasa Melayu. Perkataan bahasa Melayu yang sepatutnya digunakan ialah perenjis. Contoh-contoh kesalahan lain yang boleh dilihat ialah:

a) Ayat sumber, TEMPAT LARANGAN. DI LARANG MASUK JUKA TIADA KEBENARAN Ayat sasaran, PROTECTED PLACE. NO ADMITTANCE TO UNAUTHORISED PERSON

b) Ayat sumber Di beri nama bersempena nama Gabenor Negeri-negeri Selat 1880-1887, Sir Federick Weld. Jalan baru dibina di persisiran laut, selari dengan lebuh Pantai selepas tebus guna tanah pada tahun 1880an. Ayat sasaran Named after Sir Frederick Weld, Gavernor of Straits Settlements 1880-1887. Beach Street used to have sea frontage until land reclamation in 1880s move.

Gambar 10

Gambar 11

Gambar12

Gambar

13

Di samping itu, terdapat juga kesalahan penggunaan kata yang dieja secara terbalik pada satu papan tanda iklan seperti ejaan yang terdapat pada Ambulans. Kesalahan ini dapat dilihat pada perkataan SALE di sebuah kedai di Plaza Gurney. Malahan, terdapat juga kedai yang menggunakan satu huruf untuk mewakili dua perkataan yang berbeza. Contohnya dapat dilihat dalam perkataan dan gambar di bawah : Gambar 14

Gambar 15

Seterusnya ialah analisis terhadap dapatan di Plaza Gurney. Secara keseluruhannya, kebanyakan premis dan kedai yang terdapat di Plaza Gurney merupakan kedai yang eksklusif dan para pekerjanya dilihat berbangsa Cina.Dari segi penggunaan bahasa pula, mereka lebih banyak bertutur dalam bahasa Cina dan ada juga yang bertutur di dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Saya mendapati, pekerja yang sama bangsa seperti pekerja berbangsa Cina, mereka bertutur dengan rakan sekerja menggunakan bahasa Cina. Apabila saya memasuki kedai, mereka menggunakan bahasa Cina untuk bercakap dengan Suan dan mereka menggunakan bahasa Inggeris untuk bercakap dengan pelajar berbangsa Melayu.

KESIMPULAN Kesimpulannya, banyak aspek dapat dikaji dan diperolehi sepanjang lawatan ini. Kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh pengguna dalam menuturkan bahasa Melayu adalah dari aspek penggunaan bentuk panggilan, dan kesalahan ejaan. Penggunaan bentuk panggilan yang betul oleh pekerja kedai adalah penting untuk menunjukkan tanda hormat kepada pengunjung. Begitu juga dengan kesalahan ejaan, ia tidak sepatutnya berlaku di tempat-tempat awam yang sentiasa dikunjungi oleh orang awam. Kesalahan bahasa ini perlu diperbaiki dan ditangani bagi memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia kerana banyak pelancong asing yang mengunjungi Negara kita. Kerajaan juga perlu peka dengan aspek kesalahan ejaan serta bahasa yang terdapat pada setiap papapn tanda yang terdapat di Negara kita. Ini kerana bahasa melambangkan bangsa. Kerajaan juga boleh mengambil tindakan yang sewajarnya seperti mengenakan denda dan kempen bagi mengatasi masalah.

Anda mungkin juga menyukai