Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA CADANGAN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0 PENDAHULUAN Selaras dengan keperluan proses pendidikan pada era yang kian mencabar ini, beberapa anjakan paradigma perlu dijalankan oleh warga pendidik, Hal ini bertujuan agar produk yang kita hasilkan (murid) adalah sesuai dengan keperluan dan aspirasi negara. Justeru, keberhasilan sebuah proses pendidikan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sejauhmana kompetensi dan profesionalisme guru. Oleh itu, untuk menjadikan proses pendidikan itu tidak layu dan kaku, maka guru sebagai antara agen pembaharuan perlu menghasilkan idea yang kreatif dan membuat beberapa inovasi yang sesuai mengikut keperluan semasa murid. Demi merealisasikan hasrat ini, beberapa program dan aktiviti pembangunan inovasi guru perlu dirancang dan dijalankan di peringkat sekolah. Sejajar dengan masalah yang berlaku terhadap guru pelatih ketika pemantauan dijalankan pada minggu ke-10, guru mendapati bahawa murid perlukan sesuatu kelainan ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan. Oleh itu, kertas kerja ini dibuat sebagai satu cadangan kepada pihak sekolah dengan tujuan untuk mendisiplinkan murid dari sudut pengawalan kelas agar murid dapat memberikan perhatian terhadap pembelajaran.

2.0 RASIONAL Sekolah sebagai medium untuk menterjemahkan hasrat kepimpinan nasional bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketrampilan. Justeru, guru yang menjadi penggerak kelancaran segala program sekolah, perlu menjadi agen pembaharuan serta memberikan sentuhan dinamis yang akan mendorong proses pendidikan yang berkualiti, kreatif dan berinovasi dapat dihasilkan.

4.0 MATLAMAT Cadangan pembangunan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran ini diharapkan agar dapat memberikan impak yang positif kepada murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

dijalankan. Murid juga akan mendengar arahan guru dalam keadaan senyap melalui inovasi guru yang dicadangkan ini.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Melahirkan murid-murid yang berdisiplin tinggi ketika proses Pengajaran dan Pembelajaran. 5.2 Menggalakkan peningkatan kualiti proses Pengajaran dan Pembelajaran. 5.3 Menjadikan guru sebagai ikon positif kepada murid untuk berubah menjadi lebih baik. 5.4 Meningkatkan prestasi dan pencapaian murid dalam segenap aspek. 6.0 CADANGAN TARIKH

Sepanjang sesi persekolahan 2014 7.0 TEMPAT

SK Bukit Beruang

8.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang terutamanya murid-murid yang diajar oleh guru pelatih DPLI-SR, j-QAF.

9.0 KEWANGAN

Segala peralatan untuk mebina inovasi adalah tanggungan guru pelatih sendiri.

10.0 PELAKSANAAN INOVASI

Pelaksanaan program inovasi yang dicadangkan adalah seperti berikut :10.1 Guru membina satu inovasi seperti Traffic Light yang mempunyai 3 warna sebagai satu isyarat kepada murid.

10.2 Warna yang terdapat pada Traffic Light ciptaan guru adalah sama seperti Traffic Light yang ada di jalan-jalan di Malaysia. Ini kerana murid tahu setiap fungsi warna tersebut. 10.3 Apabila guru membuka warna merah, murid perlu diam dan duduk di tempat masing-masing. Jika murid masih berjalan atau bising, murid tersebut akan dikenakan denda berupa duit sebanyak 20 sen. Seterusnya, bagi warna kuning pula murid perlu bersedia untuk menerima pelajaran atau bersedia untuk mula senyap. Dan seterusnya warna hijau murid boleh bergerak hanya ketika aktiviti dijalankan dan menandakan pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. (Model Inovasi boleh dilihat di Lampiran 1)

11.0 PENUTUP Semoga cadangan inovasi ini diterima oleh pihak pentadbir dan semua guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, biarpun hanya sedikit sumbangan bagi pihak sekolah sepanjang tempoh praktikum guru pelatih di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, apa yang penting adalah murid impak yang ketara terhadap murid dapat dijalankan berterusan sehingga murid berubah dan mematuhi arahan ketika Pdp dijalankan. Menjadi harapan juga agar semua pihak dapat turut menyumbangkan idea bagi menjalankan program-program inovasi dalam kalangan guru serta staf di SK Bukit Beruang.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, .. (ROSMARIEZA BINTI ROFIEE) Guru Pelatih, DPLI-SR, j-QAF Bahasa Arab IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Disah dan diluluskan oleh, (ENCIK MOHD ROZHI BIN IBRAHIM) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang