Anda di halaman 1dari 5

Minggu 13 Istiadat Perhimpunan Kumpulan / Troup bersiap sedia dalam bentuk ladam / tapak kuda.

Pemimpin-pemimpin berbaris panjang 3 langkah di belakang tiang bendera, pemimpin bertugas ( 3 langkah di kiri tiang bendera ) akan memberi arahan berikut : 1. BENDERA - semua mengadap bendera. Ketua Patrol bertugas keluar terus ke tiang bendera. Petugas berhenti jarak 1 langkah di hadapan tiang bendera. Petugas menarik tali bendera dengan tangan kanan dengan satu tarikan. Petugas selangkah ke belakang lalu memberi hormat kepada bendera serta diikuti oleh semua pemimpin dan pengakap lain tanpa mengira bendera berkibar atau tidak. Petugas berpusing ke belakang dan berjalan kembali ke posisi asal ( berkawad ). 2. NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN - para pemimpin dan pengakap menyanyi bersama-sama dgn penuh semangat. ( Jika ada bendera negeri / pengakap, bolehlah menyanyi lagu Negeri atau lagu pengakap selepas lagu kebangsaan ). 3. BACAAN DOA - pemimpin bertugas memberi isyarat up dan doa dibacakan. Pengakap beragama lain berdoa mengikut cara masing-masing. Pemimpin bertugas memberi isyarat up sekali lagi tanda turunkan tangan ke kedudukan sedia. Pemimpin bertugas memberi arahan senang diri . Seterusnya Ketua Kem / Pemimpin Bertugas / Pemimpin akan memberikan ucapan/taklimat dan seumpamanya kepada pengakap sebelum mengarahkan mereka keluar baris / bersurai. Istiadat Melantik Istiadat melantik Pengakap Kanak-Kanak adalah seperti berikut: 1. PEK berada dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan. Penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang tiang bendera. PEK berdiri dalam keadaan sedia. 2. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan.

3. Ketua Sekawan yang berkenaan membawa ahli baru itu berdiri di hadapan AKELA. Selepas itu, Ketua Sekawan balik ke tempatnya. 4. Serentak dengan itu, Penolong Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah AKELA dengan membawa topi, sekaf dan lencana keahlian. 5. AKELA : "Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak?" PKK Baru : "Ya, AKELA." AKELA : "Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap" PKK Baru : "Ya, AKELA." 6. AKELA melafazkan Persetiaan Pengakap dan diikuti oleh PKK baru itu. "Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan; Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut Undang-Undang Pengakap" 7. AKELA berjabat tangan dengan Pengakap Kanak-Kanak yang baru dan berkata "Saya percaya kamu akan buat habis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu sekarang adalah seorang Pengakap Kanak-Kanak dan seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Sedunia." 8. AKELA menyematkan lencana keahlian, menyarungkan sekaf dan memakaikan topi kepada Pengakap Kanak-Kanak itu. 9. Pengakap Kanak-Kanak memberi tabik hormat kepada AKELA. Kemudian PKK itu berpusing dan memberi hormat kepada PEK. PEK membalas hormat sebagai tanda mengalu-alukan PKK (Adik baru) ke dalam PEK. 10. Ketua Sekawan berkenaan membawa Pengakap Kanak-Kanak baru itu dan memperkenalkannya kepada Sekawan itu. 11. Istiadat ini diakhiri dengan Laung Agung yang dibuat kali pertama disertai Pengakap KanakKanak tersebut. 12. Sekiranya semua Sekawan adalah ahli baru, maka istiadat perlantikan diadakan dalam dua peringkat. Ketua Sekawan dilantik terlebih dahulu dan ahli lain dilantik kemudian. Istiadat Bendera ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA Tujuan diadakan :

1. Sebelum memulakan sesuatu majlis. 2. Bagi menanda pemilikan bagi sesuatu kawasan yang sedang menjalankan aktiviti. 3. Bagi menunjukkan identiti sesuatu pasukan. 4. Bagi menaikkan semangat perpaduan atau kecintaan dalam satu pasukan. Cara Melaksanakannya : 1. Sebelum istiadat dimulakan, bendera telah dilipat dan diikat awal pada bahagian hujung tiang bendera. 2. Setelah istiadat bermula, Akela akan berteriak "BENDERA". Semua PKK mengadap bendera. 3. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) akan terus keluar berjalan (berkawad) menuju ke tiang bendera. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di hadapan tiang bendera. 4. Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera untuk "memecah bendera" yang telah diikat awal sebelum istiadat dimulakan. 5. Kemudian, terus bergerak selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera serta diikuti pemimpin dan PKK lain. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke tempat asalnya dengan berkawad. 6. Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap kembali ke dalam bulatan seperti asal. 7. Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing-masing. Selepas tamat doa Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat turunkan tangan. 8. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapor kepada Ketua Pemimpin atau minta menjalankan tugas lain. 9. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan memeriksa kesilapan uniform PKK sebelum membuat pengumuman. ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA 1. Semua PKK berdiri dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan dalam keadaan sedia. 2. 3. AKELA berteriak "BENDERA" Petugas mara ke tiang bendera dan terus menaikkan bendera.

4. 5.

AKELA mengarah semua yang hadir menyanyi lagu Kebangsaan. Setelah bendera sampai ke puncak tiang, petugas berundur selangkah ke belakang dan memberi hormat. Semua yang hadir memberi hormat.

6. 7. 8. 9.

Petugas balik ke tempat asal. Semua menyanyi lagu Pengakap. Membaca doa. Akela memberi arahan "SENANG..... DIRI"

10. Akela memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain. ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA 1. 2. 3. Petugas memberi arahan PEK..Sedia Petugas memberi arahan Bendera. Semua PKK akan menghadap bendera. Dua orang PKK berjalan ke arah tiang bendera, berhenti dan bersedia di hadapan tiang bendera. 4. Seorang PKK yang berada di hadapan akan menurunkan bendera dan seorang lagi di belakang akan memastikan bendera agar tidak mencecah tanah (sangkut pada bahu). 5. 6. Kemudian, bendera dilipat menjadi segitiga. Setelah selesai, hanya PKK di hadapan sahaja membawa bendera kepada pemimpin, beri hormat dan serahkan bendera. 7. Setelah PKK masuk baris, upacara bacaan doa dijalankan dan pemimpin akan memberi ucapan. 8. Seterusnya, arahan keluar baris diberikan.

Istiadat Penyampaian Lencana Lencana disediakan di dalam dulang dan di bawa oleh Penolong Pemimpin. 1. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu 2. Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera 3. Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan) 4. Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima 5. Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat 6. Akela menyematkan lencana

- Lencana Kemajuan di kiri lengan baju - Lencana Kepandaian di kanan lengan baju 7. Akela bersalam dan ucapan Syabas. 8. PKK tabik hormat 9. Selesai semua - Pek beri sorakan Tahniah dan dijawab oleh penerima lencana 10. PKK balik ke sekawan masing-masing.