Anda di halaman 1dari 4

PENGAPLIKASIAN PELBAGAI TEKNIK PENGAJARAN BAHASA SIMULASI

Pendahuluan. Terdapat banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mejadikan pengajaran seseorang guru itu lebih menarik, berkesan dan sebagainya. Kaedah-kaedah itu terletak di atas satu kontinum yang melibatkan murid-murid belajar secara langsung. Salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P d P) ialah simulasi.

Kaedah simulasi. Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti. Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah. Dalam aktiviti PdP di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satusatu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya.

Jenis-jenis simulasi. Terdapat dua kaedah dalam simulasi yang biasa di gunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Dua jenis yang di maksudkan ialah sosiodrama dan main peranan.

Sosiodrama. Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengap pada kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan lebih awal agar ianya dapat difahami, dibaca, dan membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan ssuatu watak yang di berikan oleh guru. Main peranan. Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang spontan yang melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip, ianya adalah merupakan lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pada ketika itu. Biasanya, di dalam aktiviti main peranan pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan situasi yang dibayangkan tadi dengan secara spontan. Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan ditimbulkan oleh guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini pada kebiasaannya keterangan yang ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akan dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringkas tadi baharulah guru memilih sesiapa yang berminat untuk melakonkan situasi

tersebut. Oleh kerana aktiviti main peranan ini merupakan satu lakonan yang di lakukan secara spontan masa yang diberikan hendaklah pendek sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja. Setelah selesai penilaian hendaklah dibuat di dalam bilik darjah.

Tujuan-tujuan simulasi. Untuk menguasai kemahiran : simulasi melatih bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Ianya juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat. Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis : semasa menjalankan aktiviti lakonan, murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara penyelesaian yang di lakukan.

Untuk membina sikap positif : memalui simulasi yang dilakonkan, konflik sosial itu dapat diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikaf yang positif akan dapat dibentuk dan dipupuk.

Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif : melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi pelajaran pendidikan moral, murid-murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain.

Untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah : misalnya, untuk menjelaskan konsep demokrasi murid-murid boleh melakonkan sebagai pengundi-pengundi dalam situasi pilihanraya yang direka.

Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran : simulasi meruakan suatu teknik mengajar tambahan yang juga boleh membantu murid-murid

mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa dengan berkesan.

Kelebihan simulasi. Memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan. Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka. Simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok, dan membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan. Murid-murid dapat dilatih berlakon dengan gaya yang betul. Mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar.

Selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid, ianya juga memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik, seterusnya mengubah sikap negatif dan membina sikap positif.

Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar bilik darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah. Secara tidak langsung,bakat lakonan murid dapat diasah.

Kelemahan simulasi. Perasaan gelisah yang mungkin timbul di kalangan murid yang tidak pernah ada pengalaman berlakon.

Prestasi pelakon yang kurang menarik akan menimbulkan perasaan bosan di kalangan penonton yang mungkin membuat bising atau akan mengejek kesilapan yang di lakukan oleh pelakon-pelakon.

Hanya murid-murid yang terlibat di dalam lakonan sahaja mendapat pengalaman secara langsung dan faedah-faedah berlakon.

Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan tidak mudah untuk dilakukan.