Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan British datang ke Tanah Melayu pada asalnya adalah untuk berdagang seperti mana yang kita ketahui

orang British yang datang ke Tanah Melayu pada abad ke-18 hanyalah merupakan sebuah syarikat dagang dari Britain iaitu Syarikat Hindia Timur (EIC). Apabila kepentingan ekonomi mereka terjejas akibat perbalahan dan pergolakan yang terjadi di negeri-negeri Melayu, mereka mengambil peluang dalam situasi tersebut untuk campur tangan secara tidak langsung.Tindakan pegawai-pegawai British di Semenanjung Tanah Melayu yang melakukan campur tangan secara tidak langsung perlahan-lahan telah

mengheret kerajaan Britain untuk campur tangan dalam hal politik negeri-negeri Melayu. Hal ini demikian kerana satu dasar yang mereka usahakan ialah menghasilakn keuntungan dan daripada keuntungan itu mereka yakin dapat menghancurkan monopoli dan menyingkirkan kuasa lain.1 Walaupun telah mendapat arahan daripada kerajaan Britain di India namun pegawaipeagawai British di Semenanjung Tanah Melayu tidak memperdulikan arahan tersebut. Akhirnya perjanjian demi perjanjian telah ditandatangani antara pegawai British dan pembesar serta raja-raja tempatan bermula dengan penyerahan Pulau Pinang, Singapura dan seterusnya negeri-negeri Melayu yang lain. Sepanjang tempoh imperialisme British yang mengenakan dasar tidak campur tangan pada asalnya dari tahun 1824 sehingga dasar campur tangan secara rasminya pada tahun 1874, terdapat peristiwa-peristiwa penting yang telah mengubah kedudukan kuasa British sebagai kuasa tunggal di Semenanjung Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu. Antara peristiwa penting yang telah mengubah kedudukan kuasa British dan kedudukan raja-raja Melayu sepanjang tempoh tahun 1824 sehingga tahun 1874 adalah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 Penubuhan Negeri Selat 1826, Perjanjian Burney 1824, serta Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian yang ditandangani hampir
1

Emerson, Malaysia, m/s 106

kesemuanya menyebelahi pihak British, keadaan ini menunjukkan betapa bijaknya Britih memanipulasikan raja-raja tempatan begitu juga dengan kuasa Siam hanya dengan perjanjian. Dasar British di Semenanjung Melayu Pada mulanya EIC di India menegaskan dasar tidak campur tangan kerana EIC ini merupakan sebuah badan perniagaan yang hanya mengutamkan keuntungan melalui perdagangan secara aman damai. EIC mengelak daripada campur tangan dala urusan hal ehwal politik dan pentadbiran negeri-negeri Melayu kerana akan membawa kepada penglibatan dalam operasi ketenteraan mahupun peperangan dan tentunya akan melibatkan kos perbelanjaan yang besar.2 Namun demikian pembaharuan Piagam Syarikat (charter) oleh parlimen pada tahaun 1834 telah menamatkan monopoli EIC terhadap candu dan juga barangan perdagangan dari China. Keadaan ini menyebabkan EIC berhadapan dengan persaingan pedagang negara lain seperti Perancis dan Jerman. Persaingan sedemkikian telah mengurangkan keuntungan EIC dan untuk menjaga kepentingan ekonomi mereka, pegawaipegawai British yang juga merupakan pedagang dan pelabur telah mula campur tangan secara tidak langsung ke atasa negeri-negeri Tanah Melayu. Pertukaran kerajaan di Britain, perbubaran EIC, peranan biji timah terhadap perkembangan sektor perindustrian khususnya industri mengetin makanan, dan kegiatan perlanun telah menjadi faktor kepada campur tangan British secara berperingkat-peringkat di negeri-negeri Malayu. Para pegawai British di Negeri selat yang tidak dikawal ketat dan rapi oleh pihak Syrikat membolehkan mereka bertindak dengan bebas dalam hal ehwal politik neger-negeri Melayu.3 Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak pegawai British untuk terus berkuasa mentadbir dan memerintah Tanah Melayu. Rundingan dan perjanjian dilakukan bersama raja-rajan tempatan dan juga Siam dalam usaha menakluk negeri-negeri Tanah
2 3

Swettenham, F. British Malaya, m/s 102 Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, m/s 235

Melayu demi kepentingan mereka. Raja-raja tempatan disedapkan dengan janji-janji sehingga satu demi satu negeri-negeri Tanah Melayu jatuh ke tangan British dan perjanjian Pangkor 1874 menjadi tanda campur tangan British secara rasmi. Peristiwa-peristiwa penting dalam tempoh tahun 1824 sehingga tahun 1874 Pejanjian Inggeris-Belanda 1824 Sebelum Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dimetrai antara pihak Inggeris dan Belanda, tumpuaan diberi kepada rantau Melayu dan tidak wujud konsep kenegaraan bangsa dan sempadan. Namun selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Tanah Melayu menjadi satu entiti politik diasingkan dari segi rohani dan budaya dari rakan-rakan lain di Barat Asia Tenggara. Konsep Tanah Melayu diperkenalkan berdasarkan geopolitik- persempadanan dan kekal hingga kini. Seluruh kedudukan Malaysia yang kini telah disusun mengikut apa yang telah ditetapkan dalam perjanjian tersebut.4 Antara syarat penting dalam perjanjian ini adalah Belanda mengiktiraf kedudukan Inggeris di Singapura, Belanda akan menyerahkan Melaka kepada pihak British sebagai balasannnya pihak British akan menyerahkan Bengkahulukepada pihak Belanda,

penghapusan lanun di kawasan Kepulauan Melayu menjadi tanggungjawab kedua-dua belah pihak, Belanda tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu demikian juga dengan British tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal mana-mana kerajaan di selatan Singapura yang mana berada di bawah pengaruh pihak Belanda. Perjanjian ini telah membahagikan Kepulauan Melayu keppada dua lingkungan pengaruh iaitu British dan Belanda. Empayar Johor Riau berakhir dengan wujudnya kawasan lingkungan pengaruh British dan kawasan lingkungan pengaruh Belanda yang mana
4

Emerson, Malaysia, m/s 100

Singapura dan Tanah Besar Johor dan ke atas jatuh ke tangan British manakala Kepualauan Riau jatuh ke tangan Belanda.. Hal ini menyebabkan British wujud sebagai kuasa tunggal di Semenanjung Tanah Melayu. Pembahagian kawasan ini membawa kepada persaingan sengit di antara Belanda dengan British untuk menguasai pelabuhan dan lalaun perdagangan China dan India. Penubuhan Negeri Selat Selepas perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British semakin terdesak mencari pangkalannya di kawasan kepulauan Melayu demi kepentingan perdagangan India-China. EIC menjalankan perdagangan yang besar nilai dan penting bagi bagi mereka perdagangan dengan China, oleh itu mereka terdesak mencari kawasan yang sesuai untuk menguasai laluan perdagangan dari China dan tempat yang strategic untuk dijadikan pelabuhan enterpot.5 Tambahan pula dengan Revolusi Amerika dan persaingan dari Belanda dan Perancis akhirnya membawa kepada pengambilan Pulau Pinang 1786 yang mana memperlihatkan peranan Francais Light campur tangan secara tidak langsung mendapatkan Pulau Pinang, Singapura pada tahun 1819 dan Melaka kemudian membentuk Negeri Selat pada 1826. Singapura sebagai pelabuhan bebas cukai pada ketika itu seperti mana yang dinyatakan dalam surat Stamford Raffles membayangi kepentingan ekonomi di Selat Melaka dan menyebabkan pelabuhan lain semakin merosot.6 Saudagar Cina yang berdagang dengan kerajaan Melayu mula beralih arah berdagang di pelabuhan British yakni di negeri-negeri selat dan peranan mereka dalam aspek perdagangan semakin menonjol. Kemasukan orangorang Cina yang mencurah-curah ke dalam Singapura, bidang perdagangan dikuasai mereka

5 6

Swettenham, F. British Malaya, m/s 34. Swettenham, F. British Malaya, m/s 74

kerana kekuatan dan kebolehan orang Cina dalam bidang ekonomi.7 Keadaan ini menyebabkan penguasaan perdagangan Melayu di Selat Melaka dan negeri-negeri Melayu terhakis. Perlanunan di kawasan negeri-negeri Melayu menyebabkan pedagang luar hanya berasa selamat berdagang di kawasan pengaruh British yang menjanjikan keselamatan perdagangan ketika berada di Negeri Selat. Isu perlanunan ini dijadikan alasan oleh pihak pegawai-pegawai British untuk campur tangan secara tidak langsung ke atas negeri-negeri Melayu yang mana perjanjian ditandatangani dan kandungan perjanjian dengan raja-raja Melayu ini nyata lebih mnyebelahi pihak British dan sesuai dengan kepentingan ekonomi dan politik British. Penubuhan Negeri Selat pada tahun 1826 membawa kepada kemunculan tiga buah pelabuhan penting Britih iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang merupakan kawasan pertemuan semua bangsa di sebelah Timur yang kesemuannya disatukan dibawah pemerintahan yang tegas.8 Kemudian British terus merancang untuk menakluki kawasan negeri-negeri Melayu yang terdekat dan memberi kepentingan besar kepada mereka dari aspek ekonomi khususnya. Negeri-negeri Melayu yang berada dibawah kuasa Siam ditangani dengan bijak oleh British juga melalui perjanjian. Walaupun kerajaan Inggeris di India menentang secara keras penglibatan pegawai-peagawai Britih di dalam hal ehwal dan pertelingkahan di negeri-negeri Melayu namun ianya diketepikan demi menjaga kepentingan mereka.9 Perjanjian Burney 1826 Walaupun British sudah berjaya menguasai pelabuhan utama yakni menubuhkan Negeri Selat namun British masih bimbang terhadap kuasa Siam yang memegang negeri-

7 8

Emerson, Malaysia, m/s 330 Emerson, Malaysia, m/s 332 9 Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, m/s 167

negeri Melayu utara pada ketika itu. Oleh yang demikian Sir Henry Burney dihantar ke Siam untuk rundingan bersama Siam akibat kebimbangan British apabila Siam cuba memulihkan hubungan dengan negeri-negeri Melayu yang mana Siam telah memaksa Kedah untuk menawan Perak dan memaksa Perak menghantar ufti. Siam juga telah menuduh Kedah berkomplot dengan Burma menentang Siam, raja Siam telah mempersoalkan penyerahan Pulau Pinang kepada Inggeris tanpa keizinan daripada Siam begitu juga Siam sebenarnya tidak mengiktiraf perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dan Siam menjadi satu ancaman besar kepada British. Sultan Ahmad Tajuddin yang memerintah ketika itu tidak menghiraukan arahan Raja Siam dan hal ini menyebabkan Siam menyerang Kedah dan Sulatan telah cuba meminta bantuan Inggeris. Bagi pihak Inggeris pula adalah penting untuk menjaga hubungan mereka sama ada dengan raja-raja Melayu mahupun raja Siam. Keadaan inilah yang menyebabkan Sir Henry Burney dihantar ke Bangkok dan satu perjanjian telah ditandatangani dan dikenali sebagai Perjanjian Burney. Perjanjian ini telah berjaya menyekat pengaruh Siam di Tanah Melayu begitu pengaruh raja-raja Melayu dan Britih terus mengorak langkah memanipulasi raja-raja Melayu dan raja Siam demi kepentingan ekonomi dan politik mereka. Manipulasi Burney telah memperkukuhkan bahawa Kedah, Kelantan, Terangganu di bawah Siam. Namun begitu dalam perjanjian ini kedudukan Perak dan Selangor kabur kerana Siam dibenarkan menghantar utusannya ke dua negeri tersebut dan negeri-negeri ini bebas menghantar atau tidak ufti kepada Siam.10 Seterusnya, Selangor dalam perjanjian tersebut tidak boleh menyerang Perak dan Inggeris tidak akan campur tangan di Perak. Perjanjian bagaimanapun telah ini mewujudkan kawasan lingkungan kuasa Siam di negeri-negeri Melayu.

10

Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, m/s 240

Kedudukan kuasa British Peristiwa penting yang demikian telah dibincang telah memperkukuhkan kedudukan British di Semenanjung Tanah melayu sebagai kuasa tunggal. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 walaupun tidak mendapat pengiktirafan daripada Siam namun Inggeris sudah berjaya menyingkirkan kuasa Belanda di kawasan Semenanjung Tanah Melayu sekali gus menguasai selat Melaka dan pelabuhan penting pada ketika itu. Melalui hal ini dapat kita lihat kebijaksanaan British mengekang kuasa Belanda daripada terus menerus meluaskan pengaruh di negeri-negeri Melayu. Kawasan Semenanjung Tanah Melayu menjadi kawasan lingkungan pengaruh British dan untuk terus bertahan di Semenanjung Tanah Melayu langkah seterusnya adalah untuk mengekang kuasa raja-raja Melayu dan juga kuasa Siam di negari-negeri Melayu. Penubuhan Ngeri Selat pada tahaun 1826 pula menjadikan British penentu hala tuju ekonomi negeri-negeri Melayu. Hal ini demikian kerana melalui pembentukan Negeri Sleat ini, British seratus peratus mengusai laluan perdagangan dari China dan India yang memberi keuntungan lumayan kepada mereka melalui kutipan cukai dan juga pasaran barangan mereka kepada China dan India yang mempunyai bilangan penduduk yang banyak. Isu perlanunan yang timbul di kawasan negeri-negeri Melayu menyebabkan para pedagang luar dan juga pembesar tempatan hanya berasa selamat berdagang dengan pelabuhan Inggeris. British yang berpegang kepada prinsip kapitalisme memperlihatkan mereka menentukan arah kegiatan ekonomi di negeri-negeri Melayu di bawah dasar tidak campur tangan secara langsung tetapi mereka juga mungkin lebih senang dangan cara mewujudkan wakil Inggeris untuk menasihati raja-raja Melayu untuk memerintah secara bertamadun serta memupuk suasana yang sesuai agar perniagaan berkemabang maju.11 Ringkasnya pembentukan Negeri

11

Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, m/s 175

Selat menyebabkan kegiatan ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu dipegang oleh kuasa British dan kedudukan mereka semakin kukuh dalam aspek ekonomi. British seterusnya berhadapan dengan kuasa Siam dan Burney telah memanipulasikan perjanjian Burney 1826, demikian juga Gabenor Pulau Pinang tidak mematuhi arahan EIC di India. Dengan kebijaksanaan pegawai British memanipulasi raja-raja tempatan dan raja Siam, perjanjian Burney yang telah ditandatangani oleh pihak British dan Siam berjaya membendung pengaruh Siam di Semenanjung. Walaupun Siam diiktiraf sebagai tuan kepada negeri-negeri Melayu Utara khususnya namun Siam tidak lagi mempunyai kuasa memaksa negeri-negeri berkenaan untuk menghantar ufti kepada Siam. Negeri-negeri Melayu Utara mempunyai kebebasan untuk menghantar atau ufti kepada Siam dan kebebasan yang diterima ini bermakna Inggeris dapat campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu kerana menjadi kebebasan negeri-negeri berkenaan untuk mengadakan hubungan dengan manamana pihak. Kedah yang dijanjikan pemulihan kedudukannya ada motif disebaliknya bukan semata-mata ingin memulihkan kedudukan kesultanan Kedah tetapi sebenarnya hubungan baik dengan Kedah adalah untuk mendapatkan bekalan makanan yakni beras secara berterusan. Keinginan British untuk memastikan Perak dan Selangor benar-benar bebas daripada pengaruh Siam berjaya didapatkan melalui perjanjian Burney ini. British menginginkan kedua-dua negeri ini kerana memberi keuntungan dari aspek pelaburan dari Negeri Selat hasil daripada pungutan cukai dan hasil bahan mentah. Kawasan Larut Perak misalnya kaya dengan biji timah dan dapat memenuhi keperluan industri pengetinan di Eropah dan penglibatan orang Eropah dan orang China dari NegeiSelat dalam perbalahan perebutan kuasa memburukkan keadaan.12 Perjanjian Burney telah memastikan kepentingan British di Semenanjung Tanah Melayu terjaga dan kedudukan kuasa Britih sebagai kuasa
12

Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, m/s 239

tunggal semakin kukuh yang mana kuasa besar seperti Siam sekalipun sudah berjaya dikekang daripada terus mengongkong negeri-negeri Melayu. Namun begitu Inggeris tidak patuh kepada Perjanjian Burney 1826 yang mana syarat tentang Perak longgar, Inggeris bimbang Siam boleh menyerang pada bila-bila masa dikhendakinya. Oleh yang demikian Perjanjian Low pada tahun 1826 ditandatangani. Dalam perjanjian tersebut Sultan Perak tidak akan hantar ufti kepada Siam, Inggeris janji akan lindungi Perak daripada Siam dan akan membantu Perak tubuhkan pentadbiran yang bebas daripada Siam. Seperti yang diketahui EIC di India masih berpegang kepada dasar tidak campur tangan kerana perbendaharaan di India sudah menanggung beban berat yang ditimpakan ke atasnya oleh Tanah Jajahan.13 Oleh itu, EIC di India tidak mengiktiraf perjanjian ini namun begitu tiada tindakan yang diambil untuk membatalkan perjanjian tersebut malah perjanjian ini telah menjadi asas hubungan EIC dengan Perak. Perjanjian ini terus digunakan bagi mengelak Perak dan Selangor menerima kuasa asing lain pada ketika itu yang mana kuasa asing seperti Perancis dan Amerika menunjukkan minat terhadap kedua-dua negeri ini. Pihak British sebenarnya tidak kisah siapa yang memerintah sesebuah negeri itu selagi mana kepentingan ekonomi dan kemakmuran mereka tidak terjejas seperti mana yang dikatakan oleh Gabenor Blundell tentang pemerintahan Pahang (1855-59).14 Kedudukan raja-raja Melayu Perjanjian Inggeris-belanda 1824 menjadi titik tolak kepada perluasan kuasa British secara tidak langsung di semananjung Tanah Melayu. Raja-raja Melayu pula pada ketika ini masih berada di bawah ketuanan Siam dan pada masa yang sama berhadapan dengan British. Kehadiran British bagi raja-raja Melayu merupakan satu peluang kepada mereka untuk melepaskan diri dari ketuanan Siam namun persahabtan yang dijalin bersama British nyata
13 14

Emerson, Malaysia, m/s 35 Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, m/s 168

mengakibtakan raja-raja Melayu tergadai tanah-tanah pemerintahan. British bijak memanipulasi perjanjian untuk kepentingan mereka terutamanya dalam menjaga kepentingan ekonomi mereka daripada terjejas akibat perbalahan raja-raja Melayu dan kemasukan Siam ke tanah Melayu yang cuba membaik pulihkan kedudukannya di sebagai tuan negeri-negeri Melayu. Perjanjian antara British dan pembesar serta raja-raja Melayu mengakibatkan penyerahan Pulau pinang diikuti penyerah Singapura kepada British. Kesan penyerahan negeri-negeri yang membentuk negeri Selat ini pada kemudiannya mengakibatkan kuasa ekonomi dan politik raja-raja Melayu di alam Melayu dan negeri Melayu Semenanjung terhakis. Setelah pembentukan Negeri Selat khususnya, raja-raja Melayu bukan lagi penentu ekonomi Semenanjung Tanah Melayu apabila kuasa penentu itu diambil alih oleh British yang bertapak kukuh dengan sistem pentadbirannya yang lebih sistematik dan mampu menarik banyak pedagang-pedagang dari China dan India berdagang di pelabuhan mereka. Hal ini demikian kerana kemampuan British menjamin keselamatan para pedagang daripada perlanunan dan pelabuhan-pelabuhan tradisional Melayu terjejas. Dalam hal-hal politik juga sama, raja-raja Melayu yang dijanjikan pemulihan pemerintahan Kedah misalnya hanya janji kosong apabila perjanjian Burney 1826 ditandatangani bersama Siam, ternyata kedudukan Sulatan Kedah semakin diperkukuhkan berada dibawah ketuanan Siam.15 Keadaan ini memburukan lagi kedudukan Sultan Kedah yang mana janji British untuk memulihkan kedudukan Sulatan Kedah tidak berlaku, hal yang sebaliknya berlaku apabila Kedah diiktiraf berada dibawah naungan ketuanan Siam. Demikian juga dengan negeri-negeri Melayu yang lain, kebijaksaan British memanipulasi perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani mengakibatkan raja-raja Melayu ini sudah tidak berkuasa sepenuhnya dalam hal ehwal politik negeri mereka kerana kuasa mereka sudah
15

Emerson, Malaysia, m/s 119.

10

berjaya dikekang oleh Britih hanya melalui perjanjian. Pendudukan British dan dasar yang mereka laksanakan akhirnya menghakis pengaruh raja-raja dan melahirkan politik baharu di Semenanjung serta menggerakkan campur tangan secara rasmi dalam hal ehwal pentadbiran negeri-ngeri Melayu pada tahun 874.16 Kesimpulan Dari tahun 1824-1826, EIC memulakan langkah yang selesa kerana sudah berjaya mengekang kuasa Siam begitu juga dengan kuasa raja-raja Melayu Pemerintah Melayu selesa mendapat rakan baru atau bakal pelindung yang baru. Langkah perluasan kuasa Inggeris di Semenanjung bermula, tanpa tekanan hebat, tidak perlu tergesa-gesa dan tidak perlu modal. Pihak British tidak perlu akan kekuatan ketenteraan untuk menakluk tanah melayu, cukup dengan otak mereka. Kompromi dengan para pembesar dan sultan tempatan diperolehi melalui mulut manis saja sudah cukup tambahan pula pihak British akan menyelidik dengan rapi siapa yg patut disokong skiranya timbul perbalahan antara dua pihak. British bijak bermain kata dan secara tersirat telah Berjaya memanipulasi raja-raja tempatan dan Siam yang menjadi ancaman utama kepadanya selapas isu dengan Belanda selesai melalui perjanjian Inggeris-Belanda. Ringkasnya pergolakan politik negeri-negeri Melayu dan perjanjian Pnagkor telah mengakibatkan campur tangan secara rasmi British ke atas negeri-negeri Melayu. Perjanjian demi perjanjian termetrai dan dengan manipulasi yang begitu pintar telah menyebabkan satu demi satu negeri-negeri Melayu dikuasai oleh British. Kedudukan british sebagai kuasa tunggal di Semenanjung Tanah Melayu semakin kukuh manakala kuasa raja-raja Melayu pula semakin terhakis.

16

Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, m/s 235

11

Bibiliografi Abdul Rahman Haji Ismail. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005. Emerson. Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1987. Leornad Y. Andaya. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publisher (M) Sdn. Bhn. 1983. Swettenham, F. British Malaya. London: John Lane the Bodley Head. 1948.

12

Anda mungkin juga menyukai