Anda di halaman 1dari 3

Bak kata peribahasa Melayu yang berbunyi, bagaikan bangkai gaiah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru

lagi Demikianlah senario berkaitan dengan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada alaf siber yang penuh dengan pancaroba ini. Hampir saban hari kita dimomokkan dengan berita tentang penglibatan diri remaja dalam gejala sosial di negara tercinta ini. Contohnya ponteng sekolah, menagih dadah, menghisap rokok, merogol, membuli dan vandalisme tidak pernah lekang daripada menghiasi lembaran akhbar. Kemelut ini telah meningkatkan dari setahun ke setahun dan telah menggusarkan semua lapisan masyarakat serta menjadi hangat diperkatakan kerana fenomena ini telah menjadi duri dalam daging dalam masyarakat kita. Justeru, haruslah kita menyelami, apakah usaha-usaha yang perlu diambil dengan kadar yang segera oleh semua pihak sebelum kudis menjadi tonggak? Usaha perdana yang boleh diambil untuk mengatasi keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja sentiasa bermula pada diri remaja. Remaja perlulah mempunyai kesedaran sivik dan moral serta mempunyai motivasi dalam kehidupan masing masing. Tambahan pula, remaja perlulah mendalami agama. Hal ini demikian kerana dengan mendalami agama, remaja tidak akan menjerumuskan diri dalam perkara-perkara yang tidak mendatangkan kebaikan kerana mereka sedar bahawa manusia punya asa, Tuhan punya kuasa. Remaja juga mempercayai bahawa orang yang melakukan pahala akan pergi ke syurga manakala orang yang melakukan dosa akan pergi ke neraka. Kekukuhan jati diri remaja juga amat signifikan dalam zaman sekarang yang mencabar ini. Remaja seharusnya gigih berusaha untuk menuntut ilmu pengetahuan dan bukannya melibatkan diri dalam perkara yang akan menyebabkan keruntuhan akhlak kerana ilmu jambatan kejayaan. Albert Einstein, seorang ilmuan Yahudi pernah mengatakan ilmu tanpa agama adalah buta, agama tanpa ilmu adalah lumpuh. Ungkapan ini telah memaparkan pentingnya agama untuk melambari ilmu pengetahuan dan perlunya ilmu dalam pengamalan agama. Justeru, remaja seharusnya mempunyai didikan agama selain daripada menuntut ilmu dan perlulah mempunyai kemampuan dan kegigihan untuk bertukar bagi menjadi seorang remaja yang berkualiti. Bak kata mutiara, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi keruntuhan akhak dalam kalangan remaja. ibu bapa seharusnya memberikan semua yang terbaik termasuklah memberikan didikan agama kepada anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Remaja diibaratkan sebagai sepohon pokok kecil yang perlu disiram dengan penuh kasih sayang supaya dapat tumbuh dengan subur dan sempurna. Remaja juga diibaratkan sebagai sehelai kain yang putih, ibu bapalah yang harus mencorakkannya dengan berwarna-warni. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri ataupun menghantar mereka ke sekolah agama untuk diajar. Ketua keluarga perlulah membimbing semua anggota keluarga untuk menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-kitab. Didikan agama bagaikan perisai yang berupaya untuk membezakan kaca dengan permata dan mempunyai jati diri yang kukuh sebagai pedoman hidup. Malahan, ibu bapa juga perlulah sanggup menjadi suri teladan yang baik kepada anak dengan tidak melakukan aktiviti yang akan menyebabkan keruntuhan akhak dalam kehidupan seharian terutamanya di dalam rumah. Hal

ini demikian kerana remaja yang setahun jagung dan darah setampuk pinang pasti akan mudah mengikut jejak segala kelakuan ibu bapa. Bak kata pepatah, bapa borek,anak rintik. Ibu bapa juga haruslah meluangkan lebih banyak masa bersama-sama dengan anak di dalam rumah dan bukan mengejar materialistik sahaja.Dengan itu,remaja dapat meluahkan segala perasaan dan demikiran mereka supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak berfaedah untuk melepaskan tekanan mereka yang diakibatkan oleh ibu bapa yang mengejar materialistik. Di samping itu,lapisan masyarakat juga merupkan salah satu pihak yang penting untuk mengatasi fenomena tersebut . Hendrtk Ibsen pernah mengungkap bahawa masyarakat adalah seperti perahu, semua orang perlu membantu bagi menentukan arah kemudiannya. Ungkapkan ini pula menunjukkan pentingnya masyarakat dalam melakukan sesuatu pekara. Oleh hal yang demikian,sikap acuh tak acuh serta sikap seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing dalam kalangan masyarakat haruslah dielakkan dan semua lapisan masyarakat seharusnya membanting tulang empat dalam masalah ini. Bak kata peribahasa, yang berat sama dipukul, yang ringan sama dijinjing. Tamsilnya,lapisan masyarakat boleh menjadi mata dan telinga dengan melaporkan remaja yang terlibat dalam gejala sosial kepada pihak polis dan juga mengemukarkan cadangan-cadangan yang berkesan supaya dapat membanteras pemasalahan ini hingga ke akar umbi.Bak kata mutiara, Bertepuk tangan tidak akan bersembunyi. Oleh itu,komitment yang padu daripada lapisan masyarakat adalah sangat penting untuk menangani masalah ini di samping membentuk sebuah masyarakat yang prihatin dan bersifat penyayang dalam negara kita yang berbilang kaum ini. Jika ditinjau dari sudut yang berbeza,keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja juga boleh ditangani dengan peranan sekolah. Pihak sekolah mempunyai tanggungjawab untuk membentuk modal insan yang cemerlang dan sihat dari segi fizikal,mental dan sosial.Menurut penyelidikan dari Universiti Malaya, kita dapat tahu bahawa sebanyak 125 orang pelajar ponteng dan 10 daripada kumpulan pelajar ini berkatakan bahawa sekolah; terutamanya guruguru telah membosankan pembelanjaran di dalam kelas.Mereka langsung tidak berminat untuk belajar serta mempunyai kerja sambilan di luar.Ini dijadikan sebagai sebab mereka ponteng sekolah ;kelakuan yang dikategorikan sebagai keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.Justeru,pembelajaran yang konduksif termaksuklah pengajaran yang menarik harus dipratikkan.Pihak sekolah juga boleh menubuhkan lebih banyak kelab untuk kokurikulum supaya aktiviti yang berbagai-bagai dapat dijalankan oleh pelajar-pelajar sekolah. Pelajar yang menghabiskan lebih banyak masa mereka dalam aktiviti kokurikulum pasti akan menggelakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti yang tidak berfaedah yang mampu mencontengkan arang ke muka ibu bapa. Tambahan pula,ceramah atau kemotivasi mengenai kesan-kesan negatif menjerumuskan diri dalam aktiviti gejala sosial. Dengan ini,pelajar akan memahami kesan-kesan yang dibawa dengan lebih mendalam dan akan membuat pertimbangan yang wajar sebelum terlibat dalam aktiviti gejala social ataupun aktiviti-aktiviti lain yang menyebabkan keruntuhan akhlak. Sejajar dengan itu ,pepatah Melayu berkata, kerja baik harus disegerakan. Pihak kerajaan haruslah menjalankan pelbagai usaha bagi menyelesai dan membanteras masalah in

sehingga ke akar tunjang. Sebagai contohnya, pihak kerajaan haruslah memperkenalkan undang-undang yang tegas di negara kita. Remaja yang ditangkap terlibat dalam aktiviti gejala sosial akan dikenakan hukuman yang berat. Salah satu contoh ialah menghantar remaja ke sekolah juvana sehingga 18 tahun. Ibu bapa diseru untuk menggelakkan diri daripada sering menziarahi anak mereka yang sepanjang masanya berada di sekolah juvana kerana melalui cara ini, remaja akan belajar untuk berdikari, iaitu melakukan perkara atau membuat keputusan sendiri tanpa bergantung kepada ibu bapa. Dengan ini, barulah mereka akan menjadi seorang yang matang serta mematuhi undang-undang dari semasa ke semasa. Selanjutnya, remaja juga diggalakkan oleh pihak kerajaan untuk menyertai Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN). Hal ini demikian kerana keyakinan dalam diri remaja dapat dibina dan semangat patriotik dalam kalangan remaja juga dapat dipupuk. Bak kata pepatah, serampang dua mata. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga haruslah bekerjasama dengan pihak media massa untuk memaparkan serta menyiarkan kesan negatif melibat diri dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah melalui pelbagai media massa seperti televisyen, surat khabar, majalah dan radio. Dengan ini, kesan-kesan negatif akan dapat berjaya disuntikkan ke sanubari remaja supaya remaja mempunyai kesedaran mengenai perkara tersebut. Konklusinya, andai kata kita menyingkap lembaran sejarah Malaysia, setiap permasalahan yang dihadapi akan dapat diselesaikan dengan penggemblengan kudrat antara pelbagai pihak. Begitu juga dengan usaha menyelesaikan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja yang mengacaubilaukan minda segenap lapisan masyarakat kita. Usaha-usaha yang dinyatakan di atas perlulah dijalankan dengan drastic bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Pendekatan- pendekatan ini haruslah banyak dipraktikkan dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam atau melepaskan batuk di tangga. Pendek kata, selaku anak-anak Malaysia, marilah kita bersama-sama membulatkan tenaga dan azam supaya menangani masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja Dengan ini, negara akan Berjaya melahirkan golongan remaja yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Yang mampu menjadi bakal pemimpin negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara dan dapat maju menjelang wawasan 2020.