Anda di halaman 1dari 2

Ayat aktif dan ayat pasif 1.

Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama. 2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.

Sebelum membuat latihan ayat aktif dan ayat pasif, semua murid perlu membezakan kata ganti diri pertama dan kedua daripada yang lain. Selain itu, para murid perlu menguasai imbuhan Me dengan huruf-huruf tertentu, seperti berikut: Imbuhan Untuk ayat aktif Me l, m, n, r, y, ng, ny Mem b, (p), (f), pr,pl Men c, d, j, (t), z, sy Meng a, e, i, o, u, g, h, (k), kh, kl,kr Meny s menge Satu suku kata seperti tin, pos, bom, syor, sah,
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya. 1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men-. Contohnya: (a) Emak memasak nasi dan sebagainya (b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu. (c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah. 2. Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya (a) tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua. Contohnya: i. Bola itu saya tendang. ii. Borang itu perlu anda isi. (b) berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga. Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak. 3. Ayat pasif terdiri daripada: (a) ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan mendan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya. (b) ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan mendan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya. (c) ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di-, diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya. 4. Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza. Contohnya: Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Pertama (a) Saya mencuci kasut sekolah. (a) Kasut sekolah saya cuci. (b) Kita menerima keputusan itu. (b) Keputusan itu kita terima. (c) Aku akan memetik bunga itu. (c) Bunga itu akan aku petik. (d) Kami sudah menyusun jadual itu. (d) Jadual itu sudah kami susun. Ayat Aktif (a) Anda harus menyiapkan kerja itu. (b) Awak mesti menyerahkan surat itu. (c) Engkau patut memulangkan duitnya. (d) Kamu perlu membaiki kereta itu. Ayat Aktif (a) Mereka mengecat bangunan. Ayat Pasif Diri Kedua (a) Kerja itu harus anda siapkan. (b) Surat itu mesti awak serahkan. (c) Duitnya patut engkau pulangkan. (d) Kereta itu perlu kamu baiki. Ayat Pasif Diri Ketiga (a) Bangunan dicat oleh mereka.

(b) Baginda meminta rakyat supaya bersabar. (b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar. (c) Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur. (c) Orang ramai diarahkan oleh beliau (d) Dia sedang menjahit baju. supaya beratur. (d) Baju sedang dijahit olehnya. Ayat Aktif 1. Ali membaca buku itu. 2. Ibu memasak nasi lemak. 3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita. 4. Salmah memukul adiknya dengan kuat. 5. Yusof membawa kerusi patah. Ayat Pasif Buku itu dibaca oleh Ali. Nasi lemak dimasak oleh ibu. Nasihat guru kita, mesti kita dengar. Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah. Kerusi patah dibawa oleh Yusof

Mengubah Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif Siri 1


Sering kali, pelajar melakukan kesilapan apabila menukar ayat aktif transitif kepada ayat pasif apabila melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua. Antara ganti nama diri pertama ialah saya, hamba, aku, kami dan kita manakala ganti nama diri kedua ialah awak, engkau, kamu, anda, dan tuan. Dalam ayat pasif melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua, perlu diingat bahawa: 1. Tidak boleh menggunakan kata oleh, 2. Kata bantu seperti akan, sedang dsb. mesti hadir sebelum ganti nama diri. 3. Ganti nama diri : contohnya, saya, anda mesti diikuti oleh kata kerja : contohnya, tulis, baca , sepak. 4. Kata kerja mestilah menjadi kata dasar seperti tulis bukannya menulis, baca bukannya membaca. Contoh 1 Ayat Aktif Transitif : Saya akan menulis rencana tentang isu vandalisme. Ayat Pasif : Rencana tentang isu vandalisme akan saya tulis. Contoh 2 Ayat Aktif Transitif : Anda telah menutup botol itu. Ayat Pasif : Botol itu telah anda tutup. Cuba anda tukarkan ayat aktif transitif di bawah dan seterusnya betulkan contohcontoh ayat pasif yang diberikan. Sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan, awak telah memanggil Amran ke dalam kelas. Amran telah dipanggil oleh awak ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan. (Ayat pasif ini salah kerana oleh diikuti oleh ganti nama diri pertama atau kedua). Amran, awak telah panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan. (Ayat pasif ini salah kerana ganti nama diri pertama/kedua mestilah diikuti oleh kata kerja). Yang betul ialah : Amran telah awak panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.

Anda mungkin juga menyukai