Anda di halaman 1dari 9

Apabila kita terpaksa mengikut sistem-sistem yang dibentuk oleh masyarakat Barat, secara langsung kita dipengaruhi oleh

hegemoni Barat. Perkara ini menjadi kebiasaan dalam kehidupan kita pada hari ini, terutamanya apabila kita berinteraksi dalam dunia global. Penguasaan masyarakat Barat terhadap masyarakat dunia secara umumnya dan masyarakat Malaysia secara khususnya akan dilihat melalui penguasaan mereka terhadap media, ekonomi, politik, sosial dan hak asasi manusia. 1.0 Media

Penguasaan media merupakan satu perkara yang penting dalam pengekalan hegemoni Barat. Media massa merupakan tempat di mana masyarakat awam mendapatkan pelbagai maklumat tentang dunia sekeliling mereka. Melalui media massa juga masyarakat awam boleh mendapatkan beberapa bentuk hiburan yang mengisi masa lapang mereka. Media massa memainkan peranan penting dalam pembentukan minda dan persepsi masyarakat awam terdapat apa yang benar dan apa yang salah. Kebolehan mengawal jenis dan kandungan maklumat serta bagaimana maklumat tersebut disebarkan adalah penting bagi membentuk persepsi masyarakat awam. Masyarakat Barat mempunyai hampir kuasa penuh terhadap media massa dan penyebaran maklumat. Penyebaran maklumat melalui media massa pada waktu ini kebanyakkan dilakukan melalui tiga cara, siaran televisyen dan radio, Internet, dan media bercetak. Maklumat yang disampaikan melalui media massa adalah dalam bentuk berita terkini, isu-isu semasa, dan ilmu pengetahuan umum. Selalunya kita menggunakan siaran televisyen untuk memperoleh maklumat daripada siaran warta berita, rencana televisyen (tele-documentary), dan juga hiburan. Setiap satunya banyak dipengaruhi oleh nilai Barat. Secara umumnya siaran-siaran tempatan telah sedikit sebnayak diubah suai supaya ia bersesuaian dengan selera dan nilai masyarakat tempatan. Akan tetapi apabila kita berlanggan kepada siaran satelit, kita akan berhadapan dengan siaransiaran yang datangnya dari luar negeri. Apabila kita menonton siaran warta berita, kita harus memahami bahawa berita dari luar negara kebanyakannya datang daripada CNN (Cable News Network) yang berpusat di Amerika Syarikat dan BBC (British Broadcasting Corporation) yang berpusat di Great Britain. Kedua-dua kumpulan media ini sememangnya memaparkan berita yang

isi kandungannya lebih menyebelahi Amerika Syarikat dan Britain. Selain saluran gergasi CNN dan BBC News, terdapat beberapa saluran berita lain. Antaranya adalah Sky News (dari Great Britain), Bloomberg TV. Cable National Broadcasting Corporation (CNBC dari Amerika Syarikat) dan beberapa saluran lain. Saluran Al Jazeera juga satu saluran berita yang penting oleh sebab ia merupakan satu saluran yang memberi berita alternatif mengikut pandangan otang Arab. Selain memungut berita-berita mereka sendiri, saluran berita ini menerima berita daripada agensi-agensi berita. Sebenarnya terdapat banyak lagi agensi berita yang terlibat. Dua agensi berita yang terulung ialah Reuters dan Associated Press (AP). Kebanyakan maklumat yang dilaporkan dalam akhbar bersumberkan kedua-dua agensi berita ini. Konsep agensi tentang pemaparan berita lebih tertumpu kepada etika profesionalisme yang mementingkan kebenaran, ketelusan, tidak memihak,

penyampaian fakta daripada semua sudut, dan menjaga rahsia sumber maklumat. Terdapat beberapa masalah dengan etika-etika tersebut. Ia menganggap bahawa seseorang wartawan itu mampu untuk menjadi neutral dan menyampaikan maklumat dari semua sudut. Konsep neutrality atau tidak menyebelahi mana-mana pihak sama ada pihak yang menyokong (pro) atau pihak yang membangkang (con) mempunyai kelemahannya sendiri. Kadangkala apabila kita memilih neuttral, kita sebenarnya menyokong keadaan yang sedia ada (atau status quo). Keadaan yang sedia tidak semestinya adil. Kita juga perlu memahami bahawa kadangkala tidak ada jalan penyelesaian yang baik bagi semua. Sesetengah kepentingan sesuatu kumpulan manusia mungkin perlu diabaikan demi kebaikan semua. Perkara yang lebih berbahaya adalah apabila seseorang wartawan cuba menggunakan nilai-nilai yang dipercayainya untuk menilai sesuatu kumpulan manusia yang mengamalkan kebudayaan yang berbeza daripadanya. Kita perlu memahami bahawa amat sukar untuk mencari mana-mana dua budaya di dunia ini yang mempunyai mana-mana satu nilai yang seratus peratus serupa. Malahan, apabila kita melihat nilai-nilai masyarakat Barat sendiri, kita dapati terdapat banyak pecahan kecil yang setiap satu kumpulan mempunyai nilai mereka sendiri. Pihak kerajaaan Malaysia sedar tentang peranan agensi berita untuk penyebaran berita yang lebih tepat dengan keperluan masyarakat Malaysia. Untuk itu, Bernama ditubuhkan sebagai sumber rasmi berita dari sudut pandangan Malaysia

berkenaan Malaysia. Sungguhpun Bernama memainkan peranan tersebut, penggunaan Bernama sebagai sumber berita oleh syarikat-syarikat luar negara amat berkurangan. Selain maklumat, salah satu kegunaan penting media massa adalah untuk hiburan. Hiburan dalam bentuk wayang gambar, cerita bersiri, rancangan berbentuk TV realiti, muzik, seni persembahan dan sukan. Hiburan menjadi satu perkara yang penting dalam kehidupan pada hari ini. Rancangan-rancangan hiburan memainkan peranan penting dalam pemasaran barang perniagaan. Hal ini kerana sebahagian besar daripada masyarakat dunia cuba mencari hiburan melalui siaran hiburan di peti televisyen. Sebagai contoh, apabila kita menonton hiburan realiti TV Akademi Fantasia, kita akan mendapati bahawa rancangan itu mempunyai banyak penaja yang cuba menggunakan siaran itu untuk memperkenalkan barangan mereka kepada penonton. Hadiah-hadiah yang diberikan kepada peserta Akademi Fantasia menonjolkan kehebatan barangan tersebut kepada penonton dan digunakan untuk memujuk penonton supaya membeli barangan-barangan tersebut. Permainan sukan menjadi hiburan yang menarik perhatian ramai penonton. Selalunya sukan dianggap sebagai sesuatu realiti yang tulen, seperti permainan bola sepak dan badminton. Setiap rancangan sukan juga mempunyai beberapa penjana utama. Lebih ramai penonton sesuatu sukan, lebih tinggi yuran akan dikenakan kepada penjana untuk membeli waktu bagi menyiarkan iklan barangan mereka. Namun demikian, terdapat sukan yang menggabungkan hiburan ke dalam aspek suka tersebut, iaitu World Wrestling Entertainment (WWE) yang menggabungkan cerita bersiri dalam perlawanan gusti untuk menarik perhatian penonton. Pengiklanan juga memainkan peranan penting dalam media Internet dan media bercetak. Maklumat dan hiburan yang disalurkan kepada penonton memerlukan kos penyelanggaran yang agak tinggi. Penaja-penaja membayar sebahagian daripada kos ini apabila mereka membeli masa atau tempat untuk menonjolkan barangan mereka. Kita dapati bahawa produk-produk maklumat dan hiburan yang mampu menarik ramai penonton dan pada waktu yang sama mampu mengenakan bayaran tinggi untuk iklan dikuasai oleh masyarakat Barat. Penguasaan Barat memastikan nilai-nilai tertentu tentang produk maklumat dan hiburan serta barangan yang dijual dipilih oleh masyarakat Barat.

2.0

Ekonomi Apabila kita membincangkan ekonomi, kita perlu memahami bahawa sistem

ekonomi yang dibicarakan dalam buku-buku teks hanya membincangkan sistem ekonomi Barat, yang dihasilkan oleh orang Barat. Sistem ekonomi Marx, sistem ekonomi sosialis, dan sistem ekonomi komunis semuanya hasil pemikiran bijak pandai Baratyanng menolak sistem ekonomi kapitalis ataupun pasaran bebas. Sistem ekonomi pasaran bebas juga berasal daripada pemikiran Barat. Kita perlu memahami bahawa terdapat banyak sistem ekonomi yang bukannya hasil ciptaan masyarakat Barat. Sungguhpun demikian, semua daripada sistem ekonomi yang lain ini telah pupus akibat penggunaan sistem ekonomi pasaran bebas ciptaan Barat yang telah berjaya dilaksanakan di seluruh dunia. Sistem ekonomi pasaran bebas pada mulanya merupakan satu usaha oleh masyarakat Eropah untuk mengubah sistem ekonomi feudal yang terdapat di Eropah pada awal zaman kebangkitan semula (atau renaissance) Eropah. Sistem ekonomi feudal berkait rapat dengan sistem politik feudal dan kepercayaan masyarakat Eropah pada waktu itu terhadap agama Kristian Katholik Rom. Sistem ekonomi ini hancur apabila ramai orang keluar daripada sistem ini untuk menyertai sistem ekonomi pasaran bebas. Satu sistem ekonomi alternatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia adalah sistem perbankan Islam. Kita perlu memahami hakikat bahawa sistem perbankan Islam bukanlah sebenarnya sistem ekonomi yang lengkap, ia merupakan permulaan kepada pengwujudan satu sistem ekonomi Islam yang lengkap. 3.0 Politik Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang besar daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan. Masyarakat yang dikatakan merdeka dalam banyak keadaan yang berkaitan dengan kebebasan membuat keputusan politik terutama di peringkat antarabangsa, masih tertakluk kepada telunjuk kuasa Barat. Sukar untuk dinafikan bahawa politik antarabangsa hari ini didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat. Negara Amerika Syarikat adalah negara terkuat dalam kalangannya yang mendominasikan

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom, Perancis dan China. Majlis Keselamatan PBB dari satu segi merupakan sebuah badan politik dunia yang terpenting. Bagaimanapun keputusan-keputusan yang dibuat hanyalah sekadar mengesahkan keputusan negara-negara kuasa besar terutama Amerika Syarikat yang mempunyai kepentingan tertentu. Ketika sesuai dengan kepentingannya, Amerika Syarikat akan menggunakan Majlis Keselamatan PBB untuk mencapai objektif-objektif tertentu yang berkaitan dengan polisinya. Pada masa-masa yang lain mereka akan bertindak secara bersendirian membelakangkan Majlis Keselamatan PBB seperti dalam peristiwa pengeboman Sudan dan Afghanistan pada tahun 1998, dengan helah untuk memusnahkan tempat-tempat yang dikatakan sebagai sarang-sarang pengganas. Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sama ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Khasmir dan lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri mereka sebagai polis dunia. Situasi ini mencerminkan kuasa politik yang mendominasikan global. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa politik perang dingin berakhir dan perpecahan Soviet Union, maka Amerika Syarikat telah muncul sebagai satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi. Negara tersebut memiliki senjata-senjata nuklear yang besar dan senjata-senjata yang tercanggih. Paling menggerunkan senjatasenjata ini dipunyai oleh sebuah negara yang masih mengekalkan semangat jingoisme (semangat superiority yang mendorong penguasaan atau dominasi ke atas bangsabangsa yang lain) ke atas masyarakat bangsa-bangsa manusia yang lain. 4.0 Sosial

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai sosial? Terdapat banyak makna bagi perkataan ini. Selalunya apabila kita menggunakan perkataan sosial dalam konteks seseorang itu terlalu sosial, kita maksudkan bahawa orang tersebut kurang mengikuti ataupun melampaui batasan masyarakat tempatan apabila bergaul dengan orang lain, terutamanya dengan jantina berlainan. Kita sering mendengar tentang masalah sosial dalam kalangan remaja. Apabila kita melihat sosial dari sudut pandangan ini, kita harus memahami bahawa setiap masyarakat manusia mempunyai nilai ataupun undangundang yang tidak bertulis berkenaan dengan perkara-perkara yang boleh dan tidak

boleh dilakukan apabila bergaul dengan orang lain. Keseluruhan nilai ini merupakan kebudayaan kumpulan atau masyarakat tersebut. Sebenarnya, apabila kita membincangkan sosial dalam konteks kursus ini, kita lebih melihat kepada sosial sebagai satu konsep yang diketengahkan dalam bidang pengajian Sosiologi. Pada asalnya sosial adalah satu perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris , iaitu social. Terdapat dua makna umum bagi penggunaan biasa perkataan sosial dalam bahasa Inggeris; social atau socialable. Dalam kebudayaan dan masyarakat Inggeris, socialable membawa maksud seseorang yang cuba membuat baik dan membuat kawan dengan sesiapa sahaja. Orang tersebut dianggap sebagai baik dalam masyarakat Inggeris. Akan tetapi, perbuatan ini mempunyai nilai yang agak berbeza dalam masyarakat Melayu yang menganggap orang yang sosial selalunya melampaui batasan-batasan kebudayaan dan oleh demikian, orang tesebut dikatakan tidak baik. Hal ini kerana masyarakat Melayu mempunyai nilai-nilai kebudayaan yang tidak sukakan keterlaluan, terutamanya apabila bergaul dengan orang asing dan juga jantina yang berlainan. Penggunaan biasa yang kedua bagi perkataan sosial dalam bahasa Inggeris membawa makna sesuatu yang berkaitan dengan masyarakat manusia. Untuk memahami makna sosial dengan lebih jelas, kita perlu memahami sedikit sebanyak tantang bidang Sosiologi dan falsafahnya. Sosiologi adalh satu bidang pengajian yang cuba mengkaji tentang manusia secara sains. Pada mulanya, bidang Sosiologi hanya membuat kajian sains terhadap masyarakat Barat untuk mendapatkan hukum-hukum umum tentang masyarakat. Ahli-ahli sosiologi berpendapat bahawa hukum-hukum umum ini boleh diperoleh dengan kajian sains yang berbentuk impirikal dan kuantitatif. Setelah hukum-hukum ini diperoleh, ia digunakan untuk menyelesaikan masalahmasalah masyarakat Barat. Semua komponen dalam sesebuah kajian Sosiologi sepatutnya boleh disukat secara kuantitatif (dan bukunya kualitatif). Salah satu komponen yang penting dalam Sosiologi masyarakat atau society. Ini adalah mana-mana satu kumpulan manusia. Mengikut kaedah sains penyelidikan Sosiologi, kumpulan manusia yang dikaji akan diasingkan daripada kumpulan manusia lain menggunakan sempadan-sempadan yang ditetapkan oleh pengkaji. Apabila sempadan yang memisahkan kumpulan kajian

daripada kumpulan manusia yang lain telah dibuat, bilangan ahli dalam kumpulan kajian boleh dikira jika perlu. Apabila membuat kajian terhadap masyarakat, ahli Sosiologi membahagikan sesuatu masyarakat kepada kumpulan yang lebih kecil. Tujuan pembahagian ini adalah untuk menyenangkan dan mempermudah kajian dilakukan. Unit kumpulan yang paling kecil dalam bidang Sosiologi ialah keluarga. Banyak kajian telah dilakukan oleh ahli-ahli Sosiologi tentang keluarga, terutamanya tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli keluarga. Perbandingan antara keluarga manusia sedunia pula selalunya dilakukan oleh ahli-ahli Antropologi Sosial. Bidang Antropologi Sosial merupakan satu perkembangan daripada bidang Sosiologi yang menggunakan teori-teori Sosiologi untuk mengkaji dan membandingkan masyarakat sedunia. Bidang pengajian Sosiologi membuat tumpuan kajian terhadap masyarakat dan bagaimana kumpulan tersebut mengekalkan kumpulan mereka. Perkataan sosial itu dianggap sebagai sesuatu yang mengekalkan sesuatu kumpulan manusia. Ada sesetengah ahli sosiologi menganggap bahawa komponen yang mengekalkan sesuatu kumpulan manusia, yang kadangkala digelar sebagai sosial boleh dilihat melalui kajian terhadap institusi-institusi sosial. Institusi-institusi sosial ini merupakan manifestari fizikal komponen sosial dan dianggap sebagai fakta sosial oleh ahli Sosiologi Perancis, Emile Duerkheim. Terdapat dua jenis institusi sosial dalam mana-mana masyarakat manusia, yanng formal dan yang tidak formal. Institusi formal merujuk kepada sesuatu yang didirikan oleh masyarakat dengan sengaja dan berfungsi dalam masyarakat secara nyata. Contoh institusi-institusi formal adalah seperti sekolah dan unit pengawal undangundang (polis). Institusi tidak formal pula merujuk kepada sesuatu yang tidak didirikan oleh masyarakat dan berfungsi dalam masyarakat secara tidak nyata atau bersembunyi. Contoh institusi tidak formal pula adalah seperti kumpulan kawan-kawan di kampung dan matlamat institusi sosial adalah untuk menguruskan perjalanan seharian sesuatu masyarakat. Ada juga beberapa institusi sosial yang bertujuan untuk membentuk dan melahirkan ahli-ahli masyarakat yang memahami dan mengikuti nilai-nilai. Kebudayaan pula adalah satu konsep yang agak berbeza daripada masyarakat. Seperti yang dibincangkan terlebih dahulu, masyarakat merujuk kepada satu kumpulan manusia yang jelas. Kebudayaan adalah konsep yang sukar untuk ditakrifkan secara

sains oleh sebab ia tidak boleh disukat menggunakan mana-mana skala yang mutlak. Secara umumnya kebudayaan merupakan satu kumpulan nilai yang dimiliki dan diamalkan oleh sesuatu kumpulan manusia. Namun demikian, tidak semestinya semua ahli dalam sesuatu kumpulan manusia mengamalkan ataupun memahami semua nilai yang sama. 5.0 Hak Asasi Manusia

Hak asasi manusia seperti yang difahami dan dimaksudkan pada hari ini datangnya daripada warisan sejarah dan kebudayaan masyarakat Eropah (dan Barat). Pemikiran tentang hak-hak asasi manusia bermula akibat daripada penindasan masyarakat Eropah dari segi ekonomi, politik, dan agama oleh golongan diraja dan Gereja Katholok Rom pada suatu masa dahulu. Selepas zaman kebangkitan semula (renaissance) masyarakat Eropah, timbul banyak pendapat berbeza-beza untuk memahami keadaan manusia dan peranannya di dunia ini. Sebahgian daripada ahli cendekiawan Eropah menolak ajaran Gereja Katholok Rom dan cuba membuat tafsiran batu terhadap kitan Injil berkenaan perkara tersebut. Tafsiran-tafsiran baru terhadap kitab Injil dilakukan untuk memastikan

penindasan terhadap masyarakat seperti yang terdapat pada masa dahulu di Eropah tidak berulang lagi. salah satu tafsiran yang masih lagi digunakan oleh masyarakat Barat pada hari ini boleh dilihat dalam dokumen Pengisytiharan Kemerdekaan Barat (Decleration of Independence) yang dibuat oleh rakyat Amerika Syarikat: ...We hold these truths to be self-evident: That all men are created equal; that they are endowed by their Creator with certain unalienable rights; that among these are life, liberty, and puursuit of happiness;... Kita perlu memahami bahawa mengikut pemikiran Amerika Syarikat, tiga hak asasi manusia yang penting ialah kehidupan, kebebasan, dan mengejar kebahagian. Hak-hak ini begitu penting dari sudut pandangan mereka dan merupakan hak yang dianugerahkan kepada mereka oleh tuhan. Manusia lain (temasuk kerajaan) tidak boleh mengambil hak ini daripada mereka tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada mereka. Hak yang pertama, kehidupan, membawa maksud bahawa setiap manusia berhak untuk hidup dan hak ini tidak boleh diambil daripadanya. Kemunculan hak asasi ini mungkin daripada masalah penindasan yang berlaku di Eropah pada satu masa

dahulu di mana pihak Raja dan Gereja mempunyai hak untuk membunuh sesiapa sahaja mengikut kehendak mereka tanpa sebarang pembicaraan yang berkecuali. Hak asasi yang kedua, kebebasan, bermakna setiap manusia bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan dia tidak menghalang hak asasi mana-mana orang lain. Hak asasi yang ketiga, mengejar kebahagiaan, sebenarnya adalah kebebasan untuk mengumpulkan harta. Masyarakat Barat pada waktu dahulu tidak bersetuju dengan kuasa Raja dan kerajaan mereka yang boleh mengenakan sebarang cukai terhadap mereka tanpa mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu. Mereka menganggap bahawa harta adalah satu anugerah daripada Tuhan. Kebolehan memungut harta dianggap penting untuk membolehkan mereka menunaikan kewajipan terhadap tuhan. Oleh yang demikian, kerajaan tidak boleh memungut sebarang cukai tanpa mendapat persetujuan daripada mereka. Ketiga-tiga hak asasi yang dibincangkan di atas lebih menjurus kepada hak individu. Ini berkait rapat dengan pemikiran masyarakat Barat terhadap kepentingan individu. Kepentingan ini menjadi penting hasil daripada penolakan masyarakat Barat terhadap pemikiran kumpulan lebih penting daripada kepentingan individu yang diamalkan oleh masyarakat Eropah pada zaman pertengahan Eropah. Pemikiran terhadap hak asasi manusia pada waktu ini banyak dipengaruhi oleh pemiliran hak asasi seperti yang terdapat dalam dokumen Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang telah dibincangkan di atas. Pemikiran ini muncul akibat sejarah penindasan yang berlaku di Eropah pada satu masa dahulu. Ia berdasarkan nilai-nilai yang dianggap penting oleh masyarakat Eropah. Pada waktu yang sama, sebahagian besar daripada masyarakat Barat menganggap diri mereka sebagai lebih mengetahui perkara-perkara ini dan menganggap bahawa nilai-nilai ini penting dan sama bagi semua kumpulan manusia di dunia ini.