Anda di halaman 1dari 19

AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

SOALAN 7

BINCANGKAN SUMBANGAN PENTADBIRAN JEPUN DALAM


PERKEMBANGAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU.

PENGENALAN

Imperialisme Jepun dapat dilihat semenjak abad ke-19 lagi, apabila Jepun mempunyai

hasrat untuk membuat gerakan bagi mengusai Asia Tenggara yang dikenali sebagai “Nanshin”

iaitu Gerakan ke Selatan. Bagi mecapai matlamat tersebut Jepun telah menubuhkan Suruhanjaya

Laut Selatan di bawah Kementerian Luar Negara Jepun itu sendiri. Kemungkinan dengan

tertubuhnya Suruhanjaya tersebut telah membuatkan ketenteraan Jepun semakin kukuh. Hal ini

dapat dibuktikan apabila pada tahun 1894- 1895 pihak Jepun telah berjaya mengalahkan Negara

China dan seterunya Rusia pada tahun (1904- 1905).1 Kejayaan yang dikecapi oleh tentera Jepun

ini telah menyebabkan kedudukan mereka semakin kukuh dan mengakibatkan Jepun semakin

agresif di Asia bagi memperjuangkan dasar imperialismenya. Oleh sebab itu juga kedudukan

tentera Jepun semakin diambil serius oleh pihak Jepun yang memerintah. Setiap tahun

belanjawan ketenteraan yang dikeluarkan oleh pemerintah Jepun semakin meningkat iaitu

mencapai 11 900 juta yen antara tahun 1938-1942. Hal ini bertujuan untuk mempergiatkan lagi

ketenteraan Jepun bagi mendapatkan kepentingan ekonominya yang semakin berkembang maju.

Oleh itu, tentera Jepun mengambil langkah untuk menjayakan imperialisme di Asia bagi

meluaskan tanah jajahan terutamanya di Asia Tenggara. Hal ini kerana pada tahun 1930

Jepun telah mengalami kemelesetan ekonomi akibat sekatan ekonomi yang dibuat oleh kuasa

barat yang pada ketika itu mengawal pasaran dan kemasukan bahan mentah yang diperlukan oleh
1
Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800- 1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors
Sdn Bhd. Hlm. 276.

1
AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

perindustrian Jepun. Dengan sekatan yang dibuat oleh kuasa barat tersebut Jepun akhirnya ingin

meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara kerana beranggapan bahawa kawasan tersebut

sememangnya mempunyai kekayaan yang tersendiri seperti minyak, getah, bijih timah dan

bahan-bahan mentah yang lain agar dapat mengukuhkan kembali ekonomi yang melanda Jepun.2

Perang Dunia Kedua telah bermula di Benua Eropah pada 3 September 1939, apabila

negara Jerman di bawah kepimpinan Hitler telah melancarkan serangan ke atas Poland. Sebelum

itu pada 1936, Jerman (di bawah kepimpinan Hitler), Itali (Mussolini) dan Jepun (General Tojo)

telah membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai kuasa Paksi. Dalam pakatan tersebut Itali

dan Jerman akan menguasai Eropah dan Afrika, manakala Jepun akan menakluki benua Asia.

Terdapat juga satu lagi pakatan yang menjadi peranan dalam berlakunya Perang Dunia kedua

iaitu yang dikenali sebagai Kuasa Berikat. Kuasa Berikat ini terdiri daripada pihak British ,

perancis, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya yang membuat pakatan bersama termasuk

negeri Cina Kebangsaan. Pakatan kuasa paksi pula telah menggunakan pelbagai teknik untuk

mengusai bahagian-bahagian yang termasuk dalam perancangan meraka bagi bertujuan

mendapatkan kepentingan yang berganda dalam penguasaan Kuasa Paksi di Asia. Terutamanya

menewaskan Kuasa Berikat kerana pada masa itu kebanyakkannya di Asia dikuasai oleh kuasa

tersebut. Salah satunya teknik yang digunakan oleh Pihak Jepun iaitu cuba berpura- pura untuk

berbuat baik dengan Amerika Syarikat. Jepun telah menghantar utusan ke Amerikat Syarikat

untuk membuat rundingan bersama dengan Amerika Syraikat. Tetapi malangnya, rundingan

tersebut tidak dapat mencari kata putus yang muktamat bersama.

Hal ini dibuat adalah kerana berkemungkinan Pihak Jepun ingin hanya menggunakannya

untuk mengaburi pandangan pihak Amerika Syarikat. Hal ini supaya Amerika Syarikat

menyangka bahawa Jepun benar-benar ingin berbaik dengan Amerika Syarikat yang telah
2
Ibid. Hlm. 277.
2
AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

membuat rundingan di Washington. Tetapi, tanggapan Amerika Syarikat tersebut telah hancur

apabila pihak Jepun telah melancarkan serangan secara mengejut tanpa mengisytiharkan perang

terlebih dahulu. Serangan tersebut dilancarkan di kawasan yang terdiri daripada pelbagai tempat

iaitu Pear Harbour di Pulau Hawai, Hong Kong, Filipina dan Tanah Melayu, termasuk

Singapura. Serangan tersebut adalah dilancarkan dalam masa yang sama iaitu pada tahun 8

Disember 1941 dan pada hari berikutnya barula Jepun mengisytiharkan perang ke atas Amerika

Syarikat dan Britain.3

PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 8 Disember 1941 apabila tentera Jepun

telah mendarat di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu iaitu di Kota Bharu, kelatan dan

ada juga tentera Jepun yang mendarat di Pattani dan Singgora yang terletak di pantai timur

selatan Siam.4 Pada masa itu, British menafsirkan serangan tentera Jepun yang akan dilancarkan

keatas Tanah Melayu adalah di bahagian pintu masuk daripada Singapura. Oleh itu, kelengkapan

perang British untuk mempertahankan Tanah Melayu kebanyakannya tertumpu di Singapura,

tetapi ramalan yang dibuat tersebut telah disalah tafsirkan.5 Dua hari kemudian selepas

pendaratan tersebut, pada tahun 10 Disember 1941 tentera Jepun telah menyerang dua buah

kapal perang angkatan tentera laut British yang mempunyai kelengkapan yang canggih di

pangkalan laut singapura yang telah digerakan ke pantai barat dan ingin belayar ke utara

Semenanjung Tanah Melayu bagi menambahkan kekuatan dan menangkis serangan tentera

3
Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit Pustaka Antara.
Hlm. 21-23.
4
Haji Buyong Bin Adil.(1982). Sejarah Terengganu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 197
5
Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit Pustaka Antara. Hlm.
23
3
AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

Jepun yang bermula daripada utara Tanah Melayu. Tetapi malangnya, angkatan perang kedua-

duanya yang bergelar Prince of Wales dan Repulse itu telah berjaya dimusnahkan oleh tentera

Jepun dengan cara mengebom kedua- dua kapal perang tersebut yang berdekatan dengan luar

pantai kuantan. Dengan penenggelaman kedua-dua kapal tersebut telah menimbulkan kesan

kepada British iaitu telah melemahkan kekuatan tentera British dan telah mengakibatkan kepada

kemaraan tentera Jepun untuk terus berjuang bagi menguasai Tanah Melayu dengan mudah.6

Sekitar bulan Februari 1942, pertahanan British di sepanjang Selat Johor bertambah lemah

akibat serangan tenterea Jepun. Hal ini telah memberi peluang kepada tentera Jepun untuk

menyeberangi selat itu dan mendarat di pantai barat laut Singapura. Angkatan tentera udara

British di Tengah, Kranji dan Seletar ditawan. Kedua-dua pihak telah bertempur di kawasan

Bukit Timah. Akan tetapi, bahagian utara dan tengah Singapura sudah jatuh ke tangan tentera

Jepun. Pada 15 Februari 1942, iaitu selama 70 hari bertempur. Akhirnya, tentera British di

Singapura telah menyerah kalah kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita, Komander Tentera Jepun

yang dikenali sebagai "Harimau Malaya". Tentera British diwakili oleh Jeneral A.E. Percival.

Jeneral Percival tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menyerah kalah dan telah

menandatangani surat perjanjian pada pukul 8.30 malam disebuah syarikat Motokar Ford di

Jalan Bukit Timah, Singapura. Surat perjanjian tersebut mempunyai syarat- syarat yang telah

dipersepakati oleh kedua- dua belah pihak pada tahun 15 Februari 1942. Hal ini kerana pasukan

tentera British telah mengalami kekurangan peralatan seperti peluru dan ubat bedil. Tambahan

pula, bekalan makanan dan air semakin berkurangan. Bilangan askar Jepun juga melebihi

bilangan askar British.7 Selain itu, kekalahan British di Tanah Melayu di tangan Jepun adalah
6
Haji Buyong Bin Adil. (1972). Sejarah Pahang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 359

7
Haji Buyong Bin Adil. (1971). Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 321.

4
AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

disebabkan akibat serangan yang dilakukan oleh Jepun secara mengejut dan diluar dugaan

British.8 Oleh itu, British mudah ditewaskan.

Serangan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu adalah merupakan sebahagian daripada

rancangan Jepun yang mempunyai cita-cita untuk menubuhkan “Pemerintahan Baharu Asia

Timur Raya”. Pemerintahan ini adalah merupakan suatu kawasan yang disatukan yang berpusat

di Negara Jepun, China dan Manchuku. Kawasan yang termasuk dalam rancangan Jepun tersebut

adalah terdiri daripada pulau-pulau dalam kekuasaan Jepun, Indo-China Perancis, Thailand,

Tanah Melayu, Borneo, Hindia Timur Belanda, Australia, New Zealand dan kemungkinan juga

Negara India. Kawasan-kawasan ini Jepun telah menganggap sebagai lingkungan

kesemakmuran, iaitu satu kawasan yang mempunyai kekuatan dari segi ekonomi yang boleh

begerak sendiri dibawah pimpinan politik Negara Jepun.9

SISTEM PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Sistem Politik

Ketika pendudukan Jepun, pentadbiran negara dikuasai sepenuhnya oleh Jepun. Jepun

telah mentadbir dan menguasai Tanah Melayu adalah bermula dari 15 Februari 1942 sehingga 15

Ogos 1945 yang mempunyai pelbagai senario dalam kehidupan masyarakat di Tanah Melayu

8
Lotfi Ismail. (1983). Sejarah Malaysia 1400 – 1963. Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors.Hlm.
236.
9
Zainal Abidin B. ABD. Wahid. (1972). Sejarah Malaysia Sa-pintas Lalu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm. 112.
.
5
AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

iaitu penuh dengan kucar-kacir, kepahitan dan kesengsaraan.10 Pentadbiran Jepun di Tanah

Melayu dipanggil sebagai Malai Baru oleh Jepun dan ianya diletakkan di bawah kuasa

pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Sementara itu, Singapura pula telah

dikenali sebagai Syonan dan diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu. Dari segi

pentadbiran , wilayah pentadbiran tentera telah menggabungkan NNS, NMB NMTB dan

Sumatera. NNS dan negeri-negeri Tanah Melayu diletakkan di bawah seorang Gabenor Jepun

dan manakala, Singapura pula ditadbirkan sebagai tanah jajahan yang diletakkan di bawah

seorang Datuk Bandar yang digelar sebagai Mayor. Sementara negeri Perlis, Kedah, kelantan ,

dan Terengganu diletakkan di bawah pemerintahan Siam pada Ogos 1943 sehingga 16 Ogos

1945.11 Hal ini bertujuan untuk membalas jasa pemerintah Thai kerana telah membantu Jepun

dalam peperangan untuk memasuki Tanah Melayu dengan mudah. Selain itu, kemungkinan juga

dapat mengurangkan beban terhadap pelaksanaan pentadbiran yang akan dijalankan oleh

pemerintahan ketenteraan Jepun.

Bagi memastikan agar tidak berlaku pemberontakan sebuah pasukan tentera telah

dibentuk iaitu pasukan polis tentera yang dikenali sebagai ‘kempetai’. Ditubuhkan untuk

mengambil tugas anggota polis British. Kempetai merupakan pasukan polis tentera Jepun yang

menjaga kepentingan pentadbiran Jepun. Ada anggota pasukan ini yang bertindak dengan kejam

dan ganas.12 Sebuah mahkamah tentera ditubuhkan untuk membicarakan kes politik. Bagi

mendapatkan sokongan rakyat, kedudukan raja-raja Melayu telah dikekalkan dan dijadikan

penasihat berhubung dengan hal-ehwal agama.13 Mereka dijanjikan elaun sepertimana sebelum
10
Lotfi Ismail. (1983). Sejarah Malaysia 1400 – 1963. Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors.Hlm.
238.
11
Barbara, Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. (1989). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya : MacMillan. Hlm. 288.
12
Haji Buyong Adil.(1982). Sejarah Terengganu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 198.
13
Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit Pustaka Antara.
6
AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

perang, walaupun bayaran tersebut tidak pernah dibuat sepenuhnya. Satu Majlis Penasihat

Negeri telah ditubuhkan dengan keanggotaannya terdiri daripada wakil semua kaum. Sultan

hanya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi atau penasihat kepada Residen Jepun yang menjadi

pengerusi. Bagi mendapatkan sokongan penduduk Tanah Melayu, pelbagai pertubuhan kebajikan

bagi kaum berlainan ditubuhkan tetapi tidak mendapat sokongan.

Bagi memastikan agar Tanah Melayu terputus hubungan luar khususnya maklumat dari

siaran radio pihak Berikat, Kerajaan Jepun pada Ogos 1942 telah membuat keputusan untuk

mengharamkan simpanan ataupun penggunaan radio gelombang pendek. Pada September 1943,

filem-filem kepunyaan musuh Jepun telah diharamkan penayangannya di Tanah Melayu. Pada

tahun 1944, muzik pihak musuh telah diharamkan daripada dimainkan atau disimpan dan tempat

hiburan.14 Dalam usaha untuk memastikan orang Melayu memberi sokongan kepada pemerintah

Jepun, tentera Jepun telah membebaskan tahanan politik yang ditahan semasa pemerintahan

British dan telah kembali menghidupkan pertubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang

dipimpin oleh Ibrahim Yaakob. Walaupun begitu, pihak Jepun telah mengharamkan KMM pada

1942 kerana gerakan ini mula menunjukkan sikap penentangan terhadap pemerintah Jepun.15

Ekonomi

Pada pemerintahan Jepun, ekonomi Tanah Melayu juga turut berubah iaitu ekonomi bebas

kepada ekonomi sara diri dan telah menjalankan dasar tutup pintu di Tanah Melayu. Hal ini

Hlm. 28.
14
Lotfi Ismail. (1983). Sejarah Malaysia 1400 – 1963. Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors.
Hlm. 239.

15
Abdullah Zakaria bin Ghazali & Zainal Abidin Borhan. (1994). Johor Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur :
Persatuan Muzium Malaysia. Hlm. 223-225.

7
AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

kerana Jepun ingin menjadikan ekonomi Tanah Melayu bergantung semata-mata kepada

pengeluaran terutamanya dalam pembekalan makanan dan tidak menggalakkan eksport,

sebaliknya menggalakkan industri-industri ringan yang menghasilkan barangan keperluan

Negara Jepun. Terdapat permit-permit perniagaan yang dikeluarkan oleh pentadbiran tentera

Jepun bagi memastikan syarikat-syarikat berpuas hati dengan urusan perniagaan yang dibuat

oleh Jepun. Oleh itu, pengurusan perusahan dan perniagaan diserahkan kepada kaisha yang
16
dikenali sebagai syarikat dan kumiai yang dikenali sebagai persatuan perniagaan. Perusahan-

perusahan yang di buat di Tanah Melayu adalah untuk menghasilkan barangan gentian yang

dapat diimport seperti minyak masak, sabun, gula, tayar, kertas, tali dan benang. Disamping itu,

Jepun juga telah memaksa rakyat menanam tanam-tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek

dan keladi untuk mengatasi masalah kekurangan sumber makanan. Pada masa pentadbiran Jepun

ianya lebih mudah dikenali sebagai ‘Zaman Ubi Kayu’.17 Hal ini kerana pada masa itu ubi kayu

merupakan makanan yang utama bagi menggantikan beras yang semakin berkurangan.

Kemungkinan besar yang mengakibatkan makanan beras semakin berkurangan adalah

disebabkan tindakan pentadbiran Jepun itu sendiri yang telah memberikan sebahagian besar

Negeri-negeri Utara kepada Siam yang sememangnya mempunyai tanah yang rata dan subur

sesuai dengan penanaman padi. Oleh itu, berkemungkinan tanah yang subur untuk menanam

padi telah berkurangan dan mengakibatkan penduduk hanya menanam ubi kayu sebagai

makanan harian.

Selain itu, perusahan bijih timah dan getah turut mengalami nasib yang sama apabila

British telah memusnahkan peralatan lombong dan logi pemprosesan getah semasa berundur ke

16
Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800- 1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors
Sdn Bhd. Hlm. 284.
17
Ibid. Hlm. 284.
8
AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

Singapura bagi mengelakkan ianya jatuh ke tangan Jepun.18 Tindakan British ini dikenali sebagai

dasar ‘bumi hangus’.19 Berkemungkinan British tidak mahu hasil kegiatan yang mereka usahakan

selama ini di Tanah Melayu, terutamanya bijih timah dan getah yang merupakan penyumbang

ekonomi yang terpenting sekali bagi ekonomi British. Oleh itu, British terpaksa

memusnahkannya agar kegiatan tersebut tidak memberi faedah langsung kepada pentadbiran

Jepun yang akan mentadbir Tanah Melayu akibat kekalahan British ditangan tentera Jepun.

Dalam masa yang sama, pihak Jepun juga telah memperkenalkan mata wang sendiri

kemungkinan bagi memudahkan pengurusan jual-beli. Tetapi apa yang berlaku pengeluaran

wang kertas yang dicetak telah melebihi keperluan akibat tanpa kawalan yang ketat. Oleh yang

sedemikian telah berlakunya inflasi yang cukup ketara iaitu semasa dua bulan pentadbiran Jepun,

sebanyak 65 juta sahaja wang jepun berada dalam pasaran tempatan dan diguna pakai. Tetapi

pada bulan Februari 1943 telah meningkat iaitu dianggarkan terdapat 285 juta wang kertas yang

berada di pasaran.20 Oleh itu, harga barang-barang telah melambung tinggi dan nilai mata wang

Jepun telah jatuh. Hal ini telah menambah lagi kerumitan dalam kehidupan masyarakat tempatan

bagi mendapatkan keperluan-keperluan barangan yang berguna kepada mereka seperti beras.

18
Mohamad Idris Saleh, Che Su Mustaffa & Fuziah Shafie. (1994). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu.
Kuala Lumpur : Penerbit Pustaka Antara. Hlm. 77.

19
Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800- 1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors
Sdn Bhd. Hlm. 284.

20
Ibid. Hlm. 284.
9
AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

Gambar 1.*

Gambar 2.*

( sumber: http://radzami.blogspot.com/2009/01/duit-jepun-pokok-pisang-dengan-siri-no.html).21

Hal yang paling buruk sekali dalam pentadbiran Jepun adalah menggunakan buruh-buruh

paksa untuk memenuhi kepentingan ekonomi. Hal ini dapat dilihat yang paling teruk semasa

melaksanakan pembinaan jalan kereta api maut di Burma yang dianggarkan sebanyak 73 502

orang yang dikenali sebagai romusha yang dipaksa dan tanpa diberi upah. Jika sesiapa yang

tidak mematuhi arahan tersebut akan diambil tindakan yang keras oleh polis tentera iaitu

kempetai.22 Akibatnya beratus-ratus orang telah terkorban dalam pembinaan jalan kereta api

maut tersebut. Apa yang dilaksanakan oleh pentadbiran Jepun dalam ekonomi Tanah Melayu ini

21
Radzami. (2009, January 21). Duit Jepun Pokok Pisang. Diperolehi October 17, 2009, dari
http://radzami.blogspot.com/2009/01/duit-jepun-pokok-pisang-dengan-siri-no.html.
* Contoh duit Jepun, pokok pisang dengan siri no MA 680597, 10 Dollars bersaiz (159 x 77 mm).
. Digunakan di Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun.

22
Ibid. Hlm. 285.
10
AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

cukup jelas bahawa pentadbiran Jepun hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata sahaja dan

sehinggakan memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan masyarakat tempatan.

Sosial

Manakala, dasar pentadbiran Jepun dalam aspek sosial pula dapat dilihat bahawa

pentadbirannya sangat memilih perkauman. Pentadbiran Jepun telah memberi layanan yang

berbeza kepada setiap kaum. Dimana dapat dilihat masyarakat Melayu dan India dilayan dengan

baik bagi mereka yang bersefahaman dengan pihak Jepun. Tetapi, ada juga yang dilayan dengan

kejam bagi masyarakat ini. Layanan Jepun terhadap masyarakat Cina di Tanah Melayu adalah

sebaliknya iaitu telah dilayan dengan teruk sekali.23 Hal ini kerana kebanyakkan masyarakat Cina

adalah anti-Jepun dan Jepun mengetahui juga bahawa masyarakat Cina ini telah membantu

perjuangan Nasionalis China semasa China menentang Jepun pada tahun 1937 dengan memberi

sumbagan ‘moral’ dan ‘material’ yang banyak kepada kerajaan Chungking yang dibawah

pimpinan Jen. Chiang Kai Shek. Masyarakat Cina sering menjadi mangsa kesengsaraan dan

buruan pihak Jepun kerana mudah dikenali akibat ditubuh mereka sering ada tanda-tanda yang
24
dikenali sebagai ‘tatoo’. oleh itu, ramai orang Cina telah lari ke dalam hutan untuk

mengelakkan penyeksaan, kebuluran dan kezaliman Jepun dan menyertai tentera MPAJA.25

Pada masa yang sama, ramai orang Melayu yang bekerja dengan tentera Jepun sebagai askar dan

polis. Ini menyebabkan apabila berlakunya pertempuran antara tentera Jepun dengan MPAJA,

23
Ibid. Hlm. 285-286.
24
Abdullah Zakaria bin Ghazali & Zainal Abidin Borhan. (1994). Johor Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur :
Persatuan Muzium Malaysia. Hlm. 227.
25
Ibid. hlm. 227.
11
AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

maka pertempuran ini melibatkan orang Melayu dengan orang Cina. Keadaan ini secara tidak

langsung telah memperlihatkan permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina.

Dalam usaha untuk menyemai sikap anti penjajah Barat, tentera Jepun telah menjadikan

Bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar di sekolah dan telah menutup sekolah-sekolah Inggeris.

Penggunaan Bahasa Jepun dalam pendidikan di Tanah Melayu ini merupakan salah satu kaedah

yang digunakan oleh Jepun untuk menjepunkan mayarakat Tanah Melayu. Selain itu, Jepun

menginginkan masyarakat Tanah Melayu supaya mempunyai semangat yang tinggi. Dengan itu

Jepun telah melatih pemuda-pemuda tempatan menerusi sekolah khas yang dikenali sebagai koa-

kurenjo di Singapura dan Melaka. Melalui latihan yang diberikan tersebut Jepun cuba menyemai

‘seishin’ iaitu semangat pemuda berkemungkinan agar pemuda-pemuda tempatan lebih setia

dengan Jepun. Di masa yang sama Jepun juga menggalakkan rakyat tempatan menyertai

persatuan-persatuan yang diwujudkan bagi membina semangat kejiranan seperti Epposho dan

Hudasho. Di samping menyemai semagat kejiranan ia juga dapat memudahkan pengawalan

rakyat tempatan dan dapat mewujudkan hubungan yang harmoni antara Jepun dengan rakyat

tempatan.26

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga telah menyebabkan taraf hidup dan kesihatan

penduduk Tanah Melayu semakin merosot dan pelbagai penyakit berjangkit telah merebak tidak

seperti mana pentadbiran British yang teratur dan menjaga kepentingan kesihatan rakyat

tempatan. Terutamanya penyakit tropika semakin merebak yang tidak ada tindakan yang diambil

oleh Jepun untuk rakyat tempatan tetapi lebih menumpuhkan perhatian kepada kesihatan tentera

Jepun sahaja. Dalam kesukaran untuk mendapatkan makanan yang berzat ditambah lagi dengan

kemudahan perubatan yang terhad telah menjejaskan mutu dan taraf kesihatan penduduk di

26
Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800- 1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors
Sdn Bhd. Hlm. 286-287.
12
AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

Tanah Melayu.27 Selain itu, hal ini dapat menunjukkan bahawa sikap Jepun yang tidak

bertanggungjawab dan tidak berperikemanusian kerana hanya ingin menumpang kesenangan dan

telah menindas rakyat tempatan dengan penuh kejam bagi menjaga kepentingan Jepun sahaja

terutamanya dalam setiap aspek pentadbiranya tidak kira politik, ekonomi dan sosial. Walau

bagaimanapun, kesan penyadbirannya sebegini telah menyumbangkan dan meningkatkan

semangat nasionalisme dalam diri rakyat tempatan secara tidak langsung bagi menentang

penjajah.

Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu telah berakhir apabila Amerika telah menggugurkan

bom atom ke Bandar Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan di bandar Nagasaki pada 9 Ogos 1945

yang telah mengakibatkan banyak bangunan yang hancur dan ramai rakyat Jepun yang telah

terkorban dalam serangan yang telah dibuat oleh Amerika secara tidak disangka-sangka.

Maharaja Jepun iaitu Tenno Heika telah membuat satu surat mengisytiharkan menyerah kalah

kepada Amerika dan sekutu-sekutunya. Akhirnya, pada 15 Ogos 1945 telah membuat pengakuan

dan menyebarkan kekalahan Jepun ke seluruh dunia dengan tiada bersyarat. Tetapi tandatangan

telah dibuat pada 2 September 1945 yang ditandatangan oleh wakil Maharaja Jepun dengan

pemerintah tertinggi angkatan perang Amerika disebuah kapal yang bergelar Missouri yang

berhampiran dengan Teluk Tokyo.28 Oleh yang sedemikian dapat dilihat bahawa Jepun telah

mentadbir dan menguasai Tanah Melayu adalah bermula dari 15 Februari 1942 sehingga 15

27
Lotfi Ismail. (1983). Sejarah Malaysia 1400 – 1963. Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors.
Hlm. 238-239.

28
Haji Buyong Adil. (1971). Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 322.
13
AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

Ogos 1945 yang mempunyai pelbagai senario dalam kehidupan masyarakat semasa pentadbiran

Jepun tersebut.

SUMBANGAN PENTABIRAN JEPUN DALAM PERKEMBANGAN


NASIONALISME DI TANAH MELAYU

Sumbangan pentadbiran Jepun dalam meningkatkan perkembangan nasionalisme di Tanah

Melayu pada mulanya dapat dilihat semasa bermulanya serangan Jepun ke atas Tanah Melayu itu

sendiri. Dimana Jepun telah menggunakan propaganda iaitu telah melaungkan selogan ‘Asia

untuk orang Asia’ bagi menarik perhatihan rakyat Tanah Melayu untuk menyokong Jepun bagi

membebaskan Asia Tenggara daripada terus dikuasai oleh barat terutamanya British. Propaganda

yang digunakan ini dapat memberikan kesan dalam menyemai sikap antiimperialisme Barat

dalam kalangan rakyat tempatan.29 Dengan kekalahan British di tangan Jepun telah membuktikan

bahawa orang Asia mampu untuk bangkit dan meningkatkan lagi semangat nasionalisme rakyat

29
Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800- 1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors
Sdn Bhd. Hlm. 277.
14
AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

tempatan.30 Oleh itu, pandangan rakyat tempatan di Tanah Melayu terhadap British telah berubah

dan inginkan kebebasan atas bantuan Jepun. Dengan kedatangan Jepun ini telah memberi kesan

terhadap menaikkan semangat rakyat tempatan secara tidak langsung.

Seterusnya, semasa pentadbiran Jepun telah bermula pada tahun 1942 dasar pemerintahan

Jepun adalah dasar ketenteraan. Oleh itu, Jepun telah menubuhkan beberapa pasukan pertahanan

tempatan yang telah memberi peluang kepada rakyat Tanah Melayu untuk mempelajari pelbagai

ilmu dalam ketenteraan. Antara pasukan yang telah ditubuhkan ialah Jeikedan, Tonariguni,

Heiho, Giyugun dan PETA iaitu Pembelah Tanah Air. Kebanyakan ahlinya adalah terdiri

daripada bekas Kesatuan Melayu Muda dan pasukan ini dibawah tanggungjawab Ibrahim

Yaakob yang diberi pangkat sebagai Lt. Kolonel.31 Dalam pertubahan persatuan-persatuan ini

dapat diambil bahawa telah memberi pendedahan kepada semangat kebangsaan. Umumnya telah

mendedahkan semangat mempertahankan negara sehingga titisan darah yang terakhir. Semangat

seishin ini merupakan aspek terpenting dalam perjuangan tentera Jepun menikmati

kemenangan.32 Melalui PETA telah dapat meningkatkan kesedaran dalam mempertahankan

negara dan mengenal erti kemerdekaan yang sebenar. Hal ini nyata apabila Jepun mengundurkan

diri.

Disamping itu, dalam sistem pendidikan semasa pentadbiran Jepun turut memberikan

peluang kepada orang-orang Melayu menerima semangat kebangsaan. Melalui sistem pendidikan

yang menggalakkan penduduk tempatan untuk mencari ilmu yang pelbagai telah meningkatkan

30
Lotfi Ismail. (1983). Sejarah Malaysia 1400 – 1963. Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors.
Hlm. 236.
31
Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800- 1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors
Sdn Bhd. Hlm. 287.
32
Ibid. Hlm. 286.
15
AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

ilmu pengetahuan rakyat tempatan jika dibandingakan dengan sistem pendidikan yang telah

diperkenalkan semasa pentadbiran British di Tanah Melayu. Orang-orang Melayu tidak diajar

secara akademik, tetapi hanya dalam bidang kemahiran dan mendedahkan orang-orang Melayu

kepada ilmu pengetahuan.33 Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkan intelek Melayu

yang akhirnya dapat digunakan untuk mencetuskan semangat dan kesedaran nasionalisme. Selain

daripada faktor-faktor yang dinyatakan, kesengsaraan yang dialami oleh orang-orang Melayu

dalam kehidupan seharian dan penipuan yang dilakukan Jepun telah mendorong orang-orang

Melayu bangun untuk mengwujudkan organisasi anti-Jepun. Oleh itu, telah wujud askar-askar

wataniah dan Force 136. Pasukan ini telah menjalankan ketenteraan secara gerila bagi

menentang pentadbiran Jepun dengan bantuan dan sokongan British.34 Hal ini menunjukkan

bahawa semangat nasionalissme telah berkembang dalam diri rakyat tempatan untuk menentang

Jepun. pasukan ini akhirnya telah menjadi tulang belakang kepada askar Melayu setelah negara

mencapai kemerdekaan.

Manakala, dapat dilihat juga pada kaum-kaum yang lain dalam perkembangan

nasionalisme akibat kesan pentadbiran Jepun yang telah dijalankan di Tanah Melayu.

Terutamanya kaun Cina dan India yang mempunyai cara tersendiri mengikut keadaan dan

layanan Jepun terhadap kaum-kaum tersebut dalam perkembangan nasionalisme semasa Jepun.

Kaum India pada masa pentadbiran Jepun lebih kurang layanan yang telah diberikan kepada

kaum Melayu. Jepun telah mempengaruhi cara nasionalisme kaum India agar lebih menumpukan

kepada Negara asal mereka iaitu India yang masih dalam naungan British. Jepun telah

mengadakan hubungan dengan pemimpin-pemimpin yang berada dalam buangan dan telah

33
Abdullah Zakaria Ghazali & Zainal Abidin Borhan. (1994). Johor Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur :
Persatuan Muzium Malaysia. Hlm. 222.
34
Haji Buyong Adil. (1972). Sejarah Pahang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 360.
16
AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

membantu menubuhkan Tentera Nasional (INI) dan Liga Kemerdekaan India (IIL).35 Penubuhan-

penubuhan yang telah ditubuhkan ini adalah dibawah pimpinan Subhas Chandra Bose. 36 Hal ini

dilakukan oleh Jepun berkemungkinan untuk mengurangkan rasa benci kaum India terhadap

Jepun. Oleh itu, Jepun telah menaikkn semangat kebangsaan India agar tertumpu di India sahaja.

Dengan itu dapat dilihat sebah sedikit wujudnya perkembangan nasionalisme dalam pentadbiran

Jepun terhadap kaum India walaupun semangat kebangsaan meraka tertumpu di Negara asal

mereka atas pengaruh Jepun. Meskipun begitu, keadaan yang tidak tenteram di Tanah Melayu

berkemungkinan terdapat juga segelintir kaum India yang menentang Jepun di Tanah Melayu.

Masyarakat Cina yang ada di Tanah Melayu sememangnya telah mengalami nasib yang

malang tidak sama dengan kaum Melayu dan India. Mereka sangat dianti oleh Jepun akibat

sokongan mereka terhadap peperangan yang berlaku antara Jepun dengan China pada tahun

1937. Oleh itu, kaum cina telah dilayan dengan teruk dan kejam. Layanan yang tidak baik ini

telah mengakibatkan mereka lari masuk hutan dan membuat satu gerakan bersenjata dengan cara

serangan gerila yang mendapat sokongan daripda pihak British pula. Oleh kerana Jepun telah

menggunakan semangat kebangsaan bagi mendapatkan sokongan kaum Melayu dan India. Parti

Komunis Malaya (PKM) telah menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)

yang kebanyakan di sertai oleh kaum cina sendiri. MPAJA telah diberikan latihan oleh Sekolah

Latihan Khas 101 di bawah pimpinan colonel J.M Gavin dan F. Spencer Chapman bagi

menentang Jepun.37 Oleh itu, semangat nasionalisme kaum cina telah tercetus akibat pentadbiran

35
Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800- 1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors
Sdn Bhd. Hlm. 285.
36
Ibid. Hlm. 288.
37
Ibid. Hlm. 288.

17
AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

dan layanan yang buruk Jepun terhadap mereka. Akibatnya kaum cina telah menunjukkan

kebangkitan dalam memperjuangkan rasa ketidakpuasan mereka terhadap Jepun dalam gerakan-

gerakan yang dibuat secara gerila.

KESIMPULAN

Jepun telah mentadbir dan menguasai Tanah Melayu adalah bermula dari 15 Februari

1942 sehingga 15 Ogos 1945. Semasa pentadbiran Jepun dapat dilihat telah mengamalkan dasar

pemerintah secara ketenteraan dan telah banyak mengubah dasar pentadbiran tidak kira dalam

aspek politik, sosial dan juga ekonomi. pentadbiran Jepun ini telah banyak mendatangkan kesan

terhadap penduduk sama ada kesan positif atau negatif. Oleh itu, pemerintahan tentera Jepun

telah menyumbang kepada perkembagan semangat nasionalisme rakyat Tanah Melayu secara

tidak langsung. Kehidupan masyarakat dalam era pentadbiran Jepun telah menyedarkan rakyat

tempatan supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk

menuntut kemerdekaan selepas kekalahan Jepun.

18
AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

BIBLIOGRAFI

Abdullah Zakaria Ghazali & Zainal Abidin Borhan. (1994). Johor Dahulu dan Sekarang.
Kuala Lumpur : Persatuan Muzium Malaysia.

Barbara, Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. (1989). Sejarah Malaysia.


Petaling Jaya : MacMillan.
Haji Buyong Adil. (1972). Sejarah Pahang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haji Buyong Adil. (1971). Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haji Buyong Adil.(1982). Sejarah Terengganu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur :


Penerbit Pustaka Antara.

Lotfi Ismail. (1983). Sejarah Malaysia 1400 – 1963. Kuala Lumpur : Utusan Publications
dan Distributors.

Mohamad Idris Saleh, Che Su Mustaffa & Fuziah Shafie. (1994). Sejarah Perjuangan
Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit Pustaka Antara.

Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800- 1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications
dan Distributors Sdn Bhd.

Radzami. (2009, January 21). Duit Jepun Pokok Pisang. Diperolehi October 17, 2009, dari
http://radzami.blogspot.com/2009/01/duit-jepun-pokok-pisang-dengan-siri-no.html.

Zainal Abidin B. ABD. Wahid. (1972). Sejarah Malaysia Sa-pintas Lalu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

19