Anda di halaman 1dari 7

2.

3 Cara-cara dan Aktiviti-aktiviti Yang Menggalakkan Kemahiran Pratulisan

dan Prabacaan di Kalangan Kanak-kanak

Menurut Golden (1984; 4) kanak-kanak pada seawal umur tiga tahun boleh

mengenalpasti perbezaan antara contengan untuk tulisan dan contengan untuk lakaran.

Pandangan beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak telah terdedah dengan

pengalaman tulisan (print) dan bacaan pada awal peringkat perkembangannya.

Peranan orang dewasa untuk memupuk minat ke atas tulisan dan bacaan boleh

bermula ketika kanak-kanak berumur tiga tahun.

Di pusat prasekolah kanak-kanak diberi penekankan dengan kemahiran menulis

secara mekanis dengan tujuan kanak-kanak dapat menghasilkan tulisan yang kemas.

Pada peringkat awal pembelajaran menulis dalam kalangan kanak-kanak prasekolah

adalah suatu aktiviti yang menyeronokkan Aktiviti-aktiviti seperti membuat corak,

menekap dan membentuk huruf adalah penting. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah

bertujuan untuk memberi latihan dan pengalaman asas. Melalui aktiviti tersebut ia dapat

membantu kanak-kanak prasekolah menguasai kemahiran menulis yang selanjutnya

seperti menulis huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.

Menurut Ann Miles Gordon et.al (1995), kebolehan kanak-kanak untuk menulis

dan membaca bukanlah ditentukan oleh faktor tahap umur. Kesediaan kanak-kanak

untuk menulis dan membaca (graphic language) mestilah disuburkan oleh orang

dewasa. Kecekapan bahasa kanak-kanak merupakan penentu ulung kesediaan


membaca di kalangan kanak-kanak. Peranan guru adalah untuk mengenal pasti faktor

kesediaan tersebut melalui sejauhmana kanak-kanak memahami struktur ayat dan

penggunaan perbendaharaan kata dalam interaksi seharian mereka.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak menguasai kemahiran

bahasa apabila wujudnya jalinan antara bahasa yang diungkap (baca) dengan

perkataan yang ditulis. Ini adalah sejajar dengan pandangan sarjana

”..... that sounds are how language is put together”

(Nurss, 1980)

Berdasarkan saranan tersebut guru boleh merancang aktiviti bahasa yang mengaitkan

perkara yang disebut (baca) dengan perkara yang ditulis (Gordon, 1995; 317).

Terdapat beberapa cara atau aktiviti yang dikenal pasti oleh ahli linguistik untuk

memupuk minat kemahiran menulis dan membaca di kalangan kanak-kanak prasekolah

(Beaty, J.J., 1998).

Antara cara-cara tersebut adalah :-

2.3.1 Menyediakan Sudut Tulisan


Apabila matlamat guru prasekolah untuk menggalakkan kanak-kanak

meneroka sendiri kemahiran menulis, kita seharusnya menyediakan satu

suasana untuk memungkinkan perkara tersebut berlaku. Bagi kanak-kanak sudut

bacaan mempunya kesan menarik sama dengan sudut main blok. Alat-alat

tulisan seperti meja, kertas, sampul suarat, kad, pelekat, pita, pembaris, getah

pemadam, pad stamp, klip kertas dan sebagainya disediakan di sudut ini

memang mempunyai daya tarikan pada diri kanak-kanak. Selain dari itu papan

tulis kecil atau stand-up chalk board dibekalkan untuk menggalakkan aktiviti

menconteng dan menulis menggunakan kapur. Minat dan keinginan mereka

untuk meniru tingkah laku menulis oleh orang dewasa dapat di penuhi dengan

melakukan cakaran, contengan dan lakaran tertentu di sudut ini.

2.3.2 Melengkapi Bilik Prasekolah Dengan Persekitaran Tulisan

Guru prasekolah bolehlah melengkapkan bilik prasekolahnya dengan

bahan-bahan yang menggambarkan persekitaran tulisan. Bahan-bahan yang

perlu disediakan dalam bilik prasekolah adalah seperti buku-buku, majalah-

majalah, katalog, poster, tanda nama jalan, isyarat-isyarat jalanraya, iklan-iklan,

logo-logo restoran seperti KFC dan sebagainya. Penyediaan persekitaran yang

dilengkapi dengan bahan-bahan tulisan (print) meningkatkan lagi kesedaran

(awareness) mereka tentang tulisan dan bacaan.

2.3.3 Menyediakan Sudut Bacaan


Pusat prasekolah perlu dilengkapi dengan sudut bacaan. Bahan-bahan

seperti buku-buku bergambar,buku-buku abjad, poster, majalah dan buku besar

ditempatkan di sudut ini.

2.3.4 Menggunakan Tray Pasir / Garam Untuk Menulis Dengan Jari

Guru boleh mempelbagaikan cara meningkatkan minat murid untuk

menulis. Dengan menyediakan di sudut tulisan dengan tray pasir / garam, kanak-

kanak boleh berlatih menulis menggunakan hujung jari di atas pasir atau garam.

Cara ini mudah bagi kanak-kanak untuk memadam dan menulis semula bentuk-

bentuk yang diminatinya. Kanak-kanak hanya perlu mengoyang (shake) tray jika

ingin memadam untuk menulis semula huruf dan sebaginya.

2.3.5 Menggalakkan Kanak-Kanak Menulis Pesanan

Kanak-kanak pada peringkat memaknakan contengan dalam penerokaan

tulisan mereka boleh menulis pesan dalam aktiviti menulis olok-olok (mock

writing) kepada rakan atau ibu bapa mereka. Galakkan kanak-kanak melakukan

aktiviti menulis surat olok-olok (mock letter writing) kepada ibu bapa mereka.

Ketika kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat olok-olok, guru akan

menulis sebenar mesej surat tersebut dalam mock letter writing tersebut. Apabila

ibu bapa mereka bertindak balas terhadap surat tersebut kanak-kanak akan

merasakan bahawa tulisan mereka dapat dibaca oleh ibu bapa. Dari detik inilah

akan timbul motivasi mereka untuk terus belajar menulis huruf-huruf yang

sebenarnya.

2.3.6 Pengesahan Setelah Mendapat Giliran


Kanak-kanak digalakkan menggunakan sebarang bentuk tulisan olok-olok

(mock writing) dalam buku catatan khas yang ditempatkan disetiap sudut

pembelajaran sebagai menunjukkan atau membukti bahawa mereka telah

melaksanakan sesuatu aktiviti. Sebatang pensil atau pen diikat pada buku

tersebut supaya kanak-kanak tidak perlu mengambil masa untuk mendapatkan

pensil / pen bagi tujuan tersebut.

2.3.7 Mengenali Nama Dengan Abjad

Kanak-kanak lazimnya belajar dalam cara yang bermakna,

menyeronokkan dan berkait rapat dengan dirinya. Guru prasekolah atau orang

dewasa boleh membantu kanak-kanak mengenal abjad pertama tentang

namanya secara yang menyeronokkan. Misalnya guru boleh membuat rantai

leher yang diperbuat dari benang dan kad abjad pertama namanya digantungkan

padanya. Kanak-kanak kemudiannya diminta mencari rakan-rakannya yang

mempunyai abjad nama yang sama dengannya.

2.3.8 Kad-kad Abjad

Galakkan kanak-kanak bermain dengan kad abjad yang mempunyai

gambar selari dengannya. Cara begini dapat membantu kanak-kanak melihat

perkaitan abjad dengan persekitran yang selari dengannya.

2.3.9 Membaca Buku Abjad

Membaca buku abjad adalaah berkesan apabila dibaca oleh guru kepada

seorang atau dua orang kanak-kanak dalam sesuatu masa. Kanak-kanak perlu

duduk bersebelahan dengan guru ketika pembacaan sedang dilakukan oleh guru
agar mereka berpeluang untuk mengenal pasti objek yang sedang disebut dan

bentuk huruf yang berkenaan.

2.3.10 Peti Surat Peribadi

Kanak-kanak digalakkan membuat peti surat peribadi dengan

menggunakan kotak-kotak buangan yang sesuai. Kanak-kanak akan

menandakan kotak peti surat peribadi tersebut dengan nama mereka masing-

masing. Guru akan membuat pesanan ringkas setiap hari kepada murid-murid

tertentu dan guru akan memberi galakkan kepada mereka untuk membalas

pesanan tersebut.

2.3.11 Permainan Abjad Komputar

Dewasa ini setiap pusat prasekolah ada dibekalkan dengan kemudahan

komputer. Kanak-kanak amat meminati komputer. Guru boleh menggunakan

komputer sebagai media yang menggalakkan mereka untuk minat menulis dan

membaca. Program abjad komputer adalah amat baik untuk satu pengenalan

kepada kanak-kanak untuk mengenali abjad di papan kekunci komputer.

2.3.12 Buku Besar / Big Books

Walaupun harga sebuah buku besar jauh lebih mahal berbanding dengan

buku biasa, buku besar mempunyai peranan penting dalam meningkatkan minat

murid untuk membaca. Buku besar ini digunakan oleh guru untuk membaca

cerita atau ayat mudah kepada kanak-kanak secara kumpulan. Kanak-kanak

berpeluang melihat tulisan huruf dan gambar yang terdapat pada buku tersebut

dengan jelas.
2.3.13 Meletakkan Buku-Buku Di setiap Sudut Pembelajaran

Buku-buku bergambar sesuai ditempatkan pada setiap sudut

pembelajaran.Contohnya di sudut blok diletakkan buku Building a Bridge , sudut

permainan dramatik diletakkan buku If I Ran The Family, sudut Sains diletakkan

buku Planting a Rainbow, sudut matematik / manipulatif diletakkan buku Moving

from One to Ten, dan sudut motor kasar diletakkan buku No Jumping on the Bed

dan sebagainya.

2.3.14 Hidangan Sup Abjad

Permainan hidangan sup abjad membantu kanak-kanak untuk mengenal

pasti dan menyebut abjad-abjad yang terdapat dalam hidangan tersebut. Kanak-

kanak boleh membanding dan membuat perbezaan kandungan hidangan sup

abjadnya dengan rakan-rakannya.

2.3.15 Menyediakan Mesin Taip Manual

Guru prasekolah boleh menggunakan mesin taip manual untuk

meningkatkan minat kanak-kanak mengenali abjad dan membaca abjad. Kanak-

kanak seronok bermain dengan hurut-huruf dan perkataan-perkataan yang dapat

mereka taipkan dengan mesin taip manual. Kanak-kanak digalakkan menerokai

dan mempelajari secara sendiri bagaimana mereka menggunakan mesin taip

seperti menyiasat sendiri di manakah papan kekunci untuk menaip huruf yang

dikehendaki.