Anda di halaman 1dari 3

GST: Rakyat miskin pun kena bayar cukai Kumpulan Kewangan Antarabangsa (IMF) mahu semua negara di dunia

melaksanakan Cuk ai Barangan dan Perkhidmatan (CBP - Goods and Services Tax) dengan alasan supaya sistem pencukaian menjadi seragam di seluruh dunia to create a more level playi ng field amongst trading nations. IMF mendakwa bahawa sistem cukai langsung yang masih diamalkan oleh banyak negara sedang membangun telah digunakan untuk menyoro kkan dasar perlindungan perdagangan yang mereka amalkan. Ia memberi contoh cukai yang tinggi dikenakan oleh sesetengah negara sedang membangun ke atas otomobil i mport telah menghalang pertandingan sihat di dalam industri otomobil dunia dan m emaksa penduduk sesebuah negara sedang membangun menggunakan kereta keluaran dal am negara sendiri yang bermutu rendah berbanding kereta import dari negara maju. IMF berpendirian bahawa CBP pro-perdagangan bebas dan setiap negara miskin atau kaya - hendaklah melaksanakannya. Penulis menghidu maksud tersirat dari dasar ini tidak lain ialah untuk mengekalkan penguasaan blok Barat ke atas ekonomi dun ia. IMF sudah menggesa Malaysia supaya segera melaksanakan CBP dan kerajaan sudah be rsedia untuk tunduk kepada gesaan itu seawal tahun 2005 lagi. Ketika membentang Belanjawan 2005, Menteri Kewangan mengumumkan CBP bakal dilaks anakan di Malaysia berkuatkuasa 1 Januari 2007, menggantikan cukai jualan dan pe rkhidmatan yang sedia ada. Walau bagaimanapun, berikutan penentangan kuat rakyat , maka pada 22 Februari 2006, kerajaan mengumumkan penangguhan. Selepas lebih tiga tahun dibekukan, kerajaan menghidupkan semula rancangan untuk melaksanakan CBP bila mana pada Disember 2009, Bil CBP dibentangkan untuk pemba caan kali pertama di parlimen diikuti pembacaan kali kedua pada April 2010. Namu n, sehingga sekarang ia belum dilaksanakan, mungkin kerana kerajaan kurang yakin pelaksanaannya akan diterima baik oleh rakyat. Sejak akhir-akhir ini, selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke tiga belas yang be rlangsung pada 5 Mei 2013, sudah ada bayangan bahawa CBP bakal dilaksanakan dala m masa yang terdekat ini kerana dengan berbekalkan 133 kerusi parlimen yang dime nangi, kerajaan merasa cukup yakin bahawa ia sudah mendapat sokongan rakyat terb anyak untuk melaksanakannya. Sebelum PRU13, kerajaan ini tidak berani untuk mela ksanakan CBP kerana penentangan kuat rakyat boleh diterjemahkan kepada kekalahan pilihan raya. Seperti yang bayangkan oleh Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdan Menteri (lihat GST can generate RM27b in revenue ), kadar CBP bakal d Business Times, 18 Mei 2013 itetapkan pada 7 peratus, iaitu, 3 poin peratusan lebih tinggi dari kadar yang p ernah disebut sebelum ini. Pada kadar 7 peratus, dianggarkan Malaysia akan men jana hasil tambahan sebanyak RM27 bilion. Pernah disebut oleh Perdana Menteri b ahawa hasil yang dijana dari pelaksanaan CBP akan digunakan untuk menaikkan gaji kakitangan awam dan membina infrastruktur. Di bawah sistem CBP semua rakyat - ada pendapatan mahupun tiada pendapatan - ken a membayar cukai, tiada kecuali, kerana tiada siapa pun di dalam sesebuah ekonom i yang tidak menggunakan barangan dan perkhidmatan. Orang termiskin di dalam eko nomi membayar cukai ke atas barangan yang mereka gunakan sama seperti orang yang terkaya kerana tiada siapa pun yang terlepas dari menggunakan sesuatu di dalam sesebuah ekonomi. Dalam sistem pencukaian yang diamalkan sekarang, hanya individu yang pendapatann ya melebihi threshold income yang ditentukan yang membayar cukai. Atas asas ini di katakan hanya 1.5 rakyat Malaysia yang membayar cukai kerana berpendapatan meleb ihi threshold income yang ditentukan. Di bawah CBP, tiada threshold income bermakna , 29 juta rakyat Malaysia kena menanggung beban cukai. Lagipun, cukai korporat d an cukai pendapatan individu akan di kurangkan bermakna beban golongan yang memb

ayar cukai selama ini akan menjadi ringan. Beban itu dipindahkan kepada rakyat M alaysia yang selama ini tidak pernah membayar cukai. Golongan yang tidak membayar cukai sekarang akan membayar cukai bila CBP dilaksa nakan. Kira-kira 32 peratus dari jumlah isi rumah (household) di Malaysia berpen dapatan di bawah RM2,000 sebulan yang tidak membayar cukai pendapatan. Mereka in i akan menjadi pembayar cukai apabila CBP dilaksanakan. Mereka membayar cukai a tas barang yang tiada dalam senarai barang dikecualikan di bawah CBP seperti pak aian, permainan kanak-kanak, makanan yang diproses, makanan dalam tin dan sebag ainya yang mereka gunakkan. Ini bermakna, golongan berpendapatan rendah dan gol ongan yang economically vulnerable dalam masyarakat terpaksa menanggung beban cuka i. Ahli ekonomi dan pencukaian mengakui bahawa CBP adalah satu sistem pencukaian ya ng regressive yang bermakna ia tidak adil. Semakin rendah pendapatan seseorang ma ka semakin besarlah bahagian pendapatannya yang pergi kepada membayar cukai. Ata u kebalikannya: semakin tinggi pendapatan seseorang maka semakin kecillah bahagi an daripada pendapatannya yang pergi kepada membayar cukai. Jelas, CBP membebank an golongan berpendapatan rendah dan miskin dalam masyarakat. Hal ini bertentang an dengan ciri sistem pencukaian yang adil, iaitu, sesuatu sistem cukai yang hen dak dilaksanakan perlu memiliki sifat progressive. IMF mengakui sifat regresif pada CBP ini dan mencadangkan supaya diwujudkan sena rai barangan dan perkhidmatan bagi menangani kelemahan ini. Secara amnya, barang makanan asas dan keperluan-keperluan asasi dikeluarkan daripada senarai baranga n dan perkhidmatan yang dikenakan cukai di bawah CBP. Ini masih tidak memadai un tuk mengurangkan sifat regresif itu kerana di bawah CBP, orang kaya dan orang mi skin membayar cukai yang sama kadarnya. Seorang peminta sedekah apabila membeli sebotol minuman ringan membayar cukai yang sama seperti yang dibayar oleh seoran g taukeh judi yang kaya raya apabila membeli sebotol minuman ringan yang sama. Di bawah CBP, semua orang membayar cukai pada kadar yang sama, tidak kira kaya a tau miskin, walhal sistem pencukaian yang adil menghendakki orang kaya dan orang yang mampu membayar cukai (berpendapatan melebihi threshold income yang ditentuka n) dikenakan cukai supaya hasil cukai dapat dijadikan alat fiskal yang berkesan untuk mencapai agihan pendapatan dan kekayaan negara yang lebih merata, adil dan saksama. Sistem cukai yang progresif juga menjamain bahawa semakin tinggi penda patan seseorang, maka semakin tinggilah beban cukai yang ditanggungnya. Oleh itu , CBP yang bersifat regresif ini hanya akan membebankan rakyat terbanyak dan mel ebarkan lagi jurang pendapatan di antara golongan kaya dan miskin. Memang diakui oleh ahli ekonomi dan pakar pencukaian bahawa CBP adalah inflationa ry. CBP ialah consumption tax dikenakan ke atas kesemua (kecuali barangan dan perk hidmatan yang dikecualikan) barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan di dalam n egera mahupun yang diimport. Juga, ia adalah multi-tier stages of tax dikenakan ke atas setiap peringkat pengeluaran sesuatu produk daripada bahan mentah sehingga lah ke produk siap (finished products). Walau wujud credit offset mechanism di baw ah CBP, namun, pada perkiraan mutakhirnya, penggunalah yang menanggung beban cuk ai. Misalnya, apabila cukai 7 peratus dikenakan ke atas perkhidmatan pengangkuta n, kos pengangkutan akan naik dan ini akan membawa kenaikan kepada harga seluruh barangan dan perkhidmatan di dalam ekonomi termasuk barangan dan perkhidmatan y ang dikecualikan cukai. Akhir, rakyat terbanyak akan menanggung beban kembar kena bayar cukai dan kena tanggung inflasi. Lagi sekali, beban ini mengena lebih teru k kepada golongan miskin berbanding golongan kaya. Memang, dari sudut hasil kerajaan, CPB ada kebaikannya, misalnya, ia mengurangka n kebergantungan besar ke atas cukai langsung dan cukai petroleum, menjamin sumb er hasil yang lebih stabil bagi kerajaan berbanding cukai pendapatan dan oleh ke rana CBP berasaskan kepada penggunaan, hasil kurang terjejas oleh kemelesetan ek onomi kerana apabila ekonomi meleset, penggunaan biasanya mampu bertahan.

Benar, tetapi di bawah kerajaan yang korup, manfaat ini tidak membawa apa-apa ma kna kepada rakyat terbanyak. Apakah gunanya hasil yang tinggi jika sebatang scre w driver yang harganya RM25 dibeli melalui tender pada harga RM200? Apakah manfa atnya kepada rakyat apabila membeli kapal selam pada harga berkali-kali ganda le bih mahal kerena menteri mahukan komisyen? Apakah gunanya membina stadium yang m ahal tetapi runtuh atapnya? Perkara yang meruncing di dalam ekonomi Malaysia sek arang ia menghasilkan pulangan maksimum ke atas setiap ringgit wang rakyat yang dibelanjakan, bukan memaksa rakyat yang tidak mampu membayar cukai untuk membaya r cukai. Sesungguhnya, CBP adalah cukai yang menzalimi rakyat berpendapatan rend ah dan miskin. Yang beruntung besar adalah orang kaya dan syarikat multinasional kerana cukai korporat dan cukai pendapatan direndahkan.

Anda mungkin juga menyukai