Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN Dasar Luar Malaysia boleh didefinisikan sebagai polisi sesebuah Negara terhadap situasi diluar batasan sempadannya.

Ia juga dapat difahami sebagai satu keputusan dan tindakan sesebuah Negara dalam usahanya untuk mencapai matlamat bernegara. Dengan kata lain, dasar luar ini melibatkan prinsip-prinsip sesebuah Negara bagi mewujudkan hubungan antarabangsa dengan negara-negara luar. Pembentukan dasar luar adalah satu ketetapan yang sering diubahsuaikan atau diperbaiki berikutan daripada perubahan persekitaran dunia, di samping berdasarkan keperluan dalam Negara yang agak stabil. Namun begitu, dasar luar yang dibentuk biasanya berdasarkan empat konsep yang agak penting iaitu pendirian sesebuah negara terhadap negara lain, objektif luar, strategi yang digunakan bagi mencapai objektif dasar luar dan akhir sekali ialah tindakan sebenar yang diambil pada peringkat diplomatik, politik dan ketenteraan dalam melaksanakan sesuatu dasar. Menurut Mohd. Nor Mat Yazid (1994) pula menyatakan, dasar luar dapat diertikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam usaha berhubung dengan sesebuah negara lain. Hubungan di antara sebuah negara dengan negara lain adalah perlu dan penting dalam menjaga kepentingan, keselamatan dan kemakmuran sesebuah negara. Manakala, definisi yang dikeluarkan oleh OUM adalah, Dasar luar negera merangkumi matlamat, perancangan dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara sehubungan dengan negara-negara lain. Dasar luar negera mengutamakan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan diluar bidang kuasanya. Dalam pengertian yang luas, dasar luar negara merangkumi matlamat, rancangan dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara sehubungan dengan negara-negara lain. Dalam pengertian yang terhad, dasar luar negara hanya mengutamakan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara untuk mempengaruhi keadaan- keadaan di luar bidang kuasanya. Dasar luar negara kita lazimnya ditentukan oleh Perdana Menteri dengan bantuan Kabinet dan dilaksanakan oleh Wisma Putra (Kementerian Luar negeri). Wisma Putra juga menasihati kerajaan dalam penentuan dasar luar negara. 1

Ranjit Singh Malhi, Kenegaraan Malaysia, Federal publications, K.Lumpur,1988, hal 213

Memandangkan

Islam

adalah

agama

rasmi

Persekutuan

Malaysia2,

Malaysia

amat

menitikberatkan hubungan yang baik dengan negara-negara Islam. Kecenderungan Dasar Luar Malaysia tidak lengkap tanpa penumpuan kepada isu Palestin. Pembabitan Malaysia dalam OIC (Organisation of Islamic Conference) sejak 1969 telah mempamerkan sokongan tinggi dan komitmen Malaysia terhadap perjuangan Palestin untuk menuntut semula Baitul Muqaddis dari tangan Israel. Walaupun pemimpin Malaysia silih berganti sehingga ke hari ini, namun komitmen negara terhadap isu Palestin tetap berterusan. Palestin dan Dasar Luar Malaysia Masalah Palestin bermula pada abad ke 20 apabila empayar jajahan kerajaan Uthmaniyyah ( termasuk wilayah Palestin) jatuh ke kuasa berikat. Masalah status dan kedaulatan Palestin mula muncul apabila Tranjordan ( yang meliputi wilayah Palestin ) jatuh ke tangan pemerintahan British melalui Perjanjian Sykes Piscot pada tahun 1916. Dasar British yang bersimpati dengan gerakan zionisme yang bermatlamat untuk menubuhkan sebuah negara yahudi telah membawa Palestin ke dalam percaturan barat dan orang yahudi. Ini telah menimbulkan masalah yang rumit dan kritikal di Palestin, apabila hak rakyat Palestin sebagai pemaustatin dinafikan dengan penghijrahan dan pendudukan orang yahudi di bumi Palestin. Secara ringkasnya, ia telah membawa kepada 4 masalah utama yang menjadi sebahagian kepada permasalahan utama yang dihadapi oleh Palestin yang semakin meruncing dan masih tidak menemui jalan penamat ; I. II. III. IV. Kedudukan dan kedaulatan bumi Palestin Kedaulatan, maruah dan hak rakyat Palestin Masalah pelarian Palestin Kekejaman dan penindasan Israel terhadap bumi Palestin

Isu Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam kerana kedudukan bumi Palestin sangat berkait rapat dengan Islam. Bumi Palestin merupakan tanah suci dan tanah yang diberkati bagi umat Islam berdasarkan Al-Quran. Selain itu, Palestin adalah bumi yang telah dan bakal menyaksikan beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam sejareah umat Islam iaitu menurut Mohsen M. Saleh (2001):
2

Terkandung dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Agama Islam ialah agama ras mi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.

1. Sebahagian besar bilangan nabi-nabi berasal dan menetap di bumi Palestin.3 2. Dikenali dengan bumi Isra kerana peristiwa Isra dan Miraj melibatkan persinggahan Nabi Muhammad di Masjidil Aqsa yang terletak di Palestin. 3. Masjidil Aqsa di Paalestin merupakan masjid suci umat Islam kerana pernah menjadi kiblat umat Islam pertama sebelum Masjidil Haram.

Berdasarkan kedudukan istimewa bumi Palestin pada umat islam jelas menunjukkan bahawa ia mempunyai satu hubungan yang akrab dengan umat Islam sejagat kerana ia merupakn tempat suci yang telah dinyatakan dalam al-Quran dan hadis. Hal ini jelas menunjukkan mengapa rakyat Palestin sehingga kini tidak pernah berputus asa dan semangat untuk mempertahan Palestin dari israel. Manakala, dalam konteks Malaysia, isu Palestin merupakan satu perjuangan ummah yang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Sejarah telah membuktikan, bagi umat Islam, bumi Palestin adalah milik orang Arab Palestin dan orang Israel adalah rakyat asing yang telah menghapuskan hak orang asal Palestin. Perkara paling penting ialah, ia bukan sekadar melibatkan isu sensitiviti umat Islam tetapi melibatkan isu pencabulan hak rakyat Palestin. Dalam erti kata lain, dari perspektif masyarakat Islam, pihak Israel dan ideologi zionisme adalah punca utama yang membawa kepada isu Palestin dan masalah-masalah Palestin yang lain. Maka tidak hairanlah aspek ini memberi kesan negatif terhadap kepada hubungan diplomatik antara Malaysia dan Israel. Bagi menyingkap lebih lanjut mengenai pendirian dan bantuan Malaysia terhadap isu Palestin, kita perlu melihat tumpuan dan tindakan mengenai apa yang telah dilakukan oleh pemimpinpemimpin awal Malaysia dalam Dasar Luar Malaysia mengenai isu Palestin. Hal ini penting kerana ia menjadi asas kepada ikutan pemimpin Malaysia sekarang terhadap pendirian mereka terhadap isu Palestin dalam DLM. Sebagai sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan , tumpuan Tunku Abdul Rahman pada ketika itu lebih terarah kepada dasar pro-barat dan anti-komunis.4 Kesannya dasar luar yang

Dalam Al-Quran meneybut nabi yang pernah tinggal menetap di Palestin ialaha Nabi Ibrahim, Nabi Lut, nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Yusof, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Salleh, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan nabi Isa A.S

digasaskan oleh Tunku terlalu bergantung pada barat dan tidak tulen sifatnya bagi sebuah negara yang baru merdeka. Akan tetapi, apabila beliau mendapat tekanan daripada pihak parti pembangkang PAS dan parti beliau sendiri (UMNO) yang mahukan dasar luar yang lebih berunsurkan Islam dalam dasar luar khasnya terhadap isu kebebasan nasional negara Islam lain dan bersifat pro-Arab, Tunku telah mula memberi komitmen kepada isu negara Islam dalam DLM. Isu Palestin mula mendapat perhatian tinggi Tunku selepas insiden perang Arab Israel 1967 apabila Israel melancarkan perang ke atas Palestin dan negara Arab yang menentangnya untuk menduduki bumi Palestin. Dalam hal ini, pendirian Malaysia jelas tidak menyokong Israel. Sokongan kerajaan Malaysia terhadap kebebasan nasional rakyat Palestin jelas apabila Malaysia adalah antara yang pertama di Asia mengiktiraf pergerakan perjuangan Al Fatah yang dipimpin oleh Yassir Arafat dengan memberi kebenaran untuk membuka satu pejabat wakil pergerakan tersebut di Kuala Lumpur. Selain itu, Malaysia juga telah menyumbangkan sebanyak US$ 10 ribu kepada UNRWA (United Nations on Relief and Work Agency) untuk membantu pelarian Palestin yang ditempatkan di kem-kem pelarian. Walaupun pada masa tersebut Tunku Abdul Rahman masih berpegang pada dasar pro-barat tetapi ia difahami oleh massa sebagai impak perspektif Islam dalm DLM. Kemuncak kepada komintmen Malaysia terhadap isu Palestin lebih jelas semasa sidang kemuncak Persidangan Organisasi Negara-negara Islam (OIC) 1969 di Rabat melalui ucapan Tunku Abdul. Sebelum itu, di Kuala Lumpur, Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada mesyuarat di peringkat kerajaan bagi OIC yang antara lain cuba mencapai kata sepakat berkenaan dengan isu Palestin, status baitul Muqaddis dan pendudukan Israel. Sebagai PM yang pertama Tunku Abdul Rahman telah meletakkan satu asas penting dalam DLM terhadap dunia Islam dengan meletakkan isu Palestin sebagai salah satu isu penting yang perlu diberi tumpuan. Komitmen ini telah membawa PM selepasnya, Tun Anbul Razak dan Tun Hussein meletakkan isu Palestin sebagai isu penting dari segi dasar terhadap dunia Islam dengan sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Palestin. Semasa era Tun Abdul Razak melalui OIC, Malaysia mula menamakannnya sebagai negara Islam. Konotasi ini boleh dianggap jelas sebagai satu komitmen Malaysia terhadap dunia Islam
4

Kedudukan Malaysia yang baru merdeka dan persekitaran politik antarabangsa yang berteraskan kepada persaingan di antara blok barat dan blok komunis menyebabkan Tunku mengambil pendekatan berhati-hati dalam dasar luar supaya Malaysia tidak terdedah dengan sebarang ancaman yang boleh mengugat kestabilan Negara.

termasuk isu Palestin. Persamaan yang jelas bagi ketiga-tiga pemimpin awal Malaysia tidak rmengiktiraf kedudukan Israel sebagai entiti politik di Palestin. Pada 1977, Parlimen telah meluluskan akta yang melarang sebarang hubungan dagangan samada langsung atau tidak langsung dengan Israel. Ini membuktikan bahawa Malaysia tidak mengiktiraf tindakan pendudukan Israel di Palestin yang boleh disifatkan telah melanggar self determination rakyat negara itu. Menurut Khoo boo Teik (1995), semasa era pemerintahan Tun Mahathir Malaysia telah megalami satu pengalaman istimewa kerana beliau telah berjaya meletakkan Malaysia dalam peta dunia. Semasa era pemerintahan Tun Mahathir dunia Islam telah mengalami pelbagai kemelut dan cabaran yang lebih besar. Di Asia Barat sahaja beberapa insiden penting telah berlaku pada 2 dekad terakhir abad ke 20, yang telah memberikan dimensi baru dalam dunia Islam; gerakan intifadah di Palestin pada awal 1980an, perang iran-iraq, konflik irankuwait dan lain-lain. Rentetan daripada itu, masyrakat dunia mula melihat isu-isu kemanusiaan dan hak asasi manusia sebagai isu sejagat. Secara umumnya, Tun mahathir meneruskan kesinambunagn dasar luar yang diwarisi dari pemimpin sebelumnya, tetapi DLM semasa Tun Mahathir lebih khusus tetapi meluas. Beliau sering dilabelkan sebagai jurucakap kepada dunia ketiga kerana bersuara lantang dalam menyuarakan pandangan berkenaan dengan kepentingan dan kebajikan mereka. Tun Mahathir komited dengan setiap keutamaan dalam dasar luar dan lantang serta berani untuk melaksanakannya. Perkara yang paling penting ialah komitmen yang tinggi terhadap isu dunia Islam. Proriti dan komitmen semasa Tun Mahathir amat jelas dan tumpuan beliau dalam isu dunia Islam tidak terbatas pada rantau Asia Barat sahaja tetapi beliau memberikan tumpuan terhadap hampir setiap isu yang membabitkan kepentingan dan kebajikan umat Islam di setiap pelusuk dunia. Prioriti dunia Islam dalam DLM diletakkan setanding dengan kepentingan ASEAN (pertubuhan negara-negara Asia tenggara), pergerakan NAM ( Pergerakan negaranegara berkecuali) dan negara Komanwel. Lebih penting lagi ialah isu Palestin dalam DLM tidak terpinggir walaupun isu negara Islam lain menjadi tumpuan Tun Mahathir. Tetapi kaedah yang digunakan oleh Tun Mahathir lebih meluas berbanding dengan pemimpin sebelumnya dalam membawa isu tersebut ke peringkat lebih tinggi. Jika tahap awal perkembangan Malaysia, OIC dilihat sebagai satu mekanisme utama untuk Tunku, Tun Razak dan Tun Hussein meluahkan sokongan mereka terhadap perjuangan

rakyat Palestin. Tun Mahathir pula sering menggunakan pelbagai institusi antarabangsa untuk mengemukakan pandangan Malaysia dalam isu Palestin. Selain sidang OIC 5, antara institusi yang menjadi sebahagian platform untuk beliau membicarakan isu Palestin ialah ASEAN, G77, NAM dan perhimpunan Agung PBB. Dalam persidangan agung PBB, Tun Mahathir sering menyelitkan isu Palestin dalam ucapannya untuk menekankan kepentingan masalah tersebut diselesaikan segera. Bagi Tun Mahathir, masalah Palestin ini mungkin boleh selesai jika institusi antarabangsa seperti PBB memainkan peranan yang lebih baik dan bijak dalam menangani konflik tersebut. Lebih penting lagi, sokongan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin dan kecaman terhadap tindakan Israel lebih kerap diperdengarkan kepada masyarakat antarabangsa oleh beliau seolah-olah satu peringatan kepada dunia supaya membantu menangani konflik tersebut. Di awal

pemerintahannya lagi, beliau telah menunjukkan komitmennya terhadap masalah Palestin antaranya dengan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Antarabangsa Berkaitan Persoalan Palestin pada 3 May 1983. Dalam siri-siri pertemuan atau dialog dengan pemimpin dunia Tun Mahathir tidak lupa untuk mengingatkan dunia tentang penderitaan rakyat Palestin. Dalam banyak ucapannya Tun Mahathir memperjuangkan isu Palestin dengan mengambilkira kepentingan aspek kemanusiaan dan hak asasi. Komitmen Malaysia untuk membantu rakyat Palestin tidak bersifat retorik sahaja kerana Malaysia konsisten menjadi salah sebuah negara yang menyumbangkan bantuan kewangan kepada agensi PBB yang bertanggungjawab ke atas pelarian Palestin, UNRWA sebanyak US$25, 000 setiap tahun. Selain itu, imej anti-zionis dalam kerajaan Malaysia juga jelas berdasarkan siri ucapan beliau di sidang PBB. Dalam siri ucapan di peringkat negara atau luar negara, Tun Mahathir sering memperlihatkan sikap anti-Israel ekoran sikap dan tindakan Israel di Palestin. Sikap anti-Israel ini turut diiringi dengan kecaman terhadap kuasa barat yang dianggap menyokong Israel. Bagi beliau fenomena keganasan yang timbul dari pihak Palestin berpunca daripada penindasan yang diterima mereka daripada pihak Israel. Dari segi komitmen dunia untuk prihatin dalam isu Palestin, Tun Mahathir sering bersikap iconoclastic dalam menyelar dan mengkritik kuasa besar khususnya Amerika Syarikat yang bersikap bias dalam isu

Komitmen tun Mahathir dalam isu dunia islam dan palestin jelas apabila pada 2003, Malaysia menjadi tuan rumah bagi 10th Session of Islamic Summit Conference, pada 16-17 oktober 2003 di Putrajaya.

Palestin khasnya dalam setiap usaha damai yang mereka cuba aturkan di antara Israel-Palestin. Bagi Tun Mahathir, sikap dan polisi barat yang menjadi penyumbang kepada masalah-masalah di Asia Barat. Secara amnya, Tun Mahathir selama 22 tahun menerajui Malaysia telah meletakkan isu Palestin ke satu tahap yang tinggi dalam DLM. Walau bagaimanapun, DLM terhadap dunia Islam semasa beliau sifatnya. Selain isu Palestin, banyak isu negara Islam lain turut mendapat perhatian dalam dasar luarnya. Sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Dato Seri Abdullah dianggap bertuah kerana mewarisi pentadbiran negara daripada pemimpin sebelumnya yang begitu tegas dalam menyuarakan sebarang isu yang bersangkut paut dengan perhubungan antarabangsa. Namun tidak bermakna beliau hanya meneruskan Dasar Luar sedia ada dan tidak mempunyai misi dalam memperbaiki hubungan tersebut. Perdana Menteri kelima itu meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia era Perdana Menteri sebelumnya di samping memperhalusi dan mengukuhkan dasar luar sedia ada. Beliau meneruskan komitmen Malaysia untuk memperjuangkan isu Palestin. Dalam satu ucapannya di Persidangan Misi Ketua-ketua Negara di Putrajaya, beliau menegaskan pendirian Malaysia dalam dasar luar untuk terus mengamalkan dasar bebas dan berkecuali. Lebih penting lagi apabila beliau turut menegaskan dasar Malaysia yang akan terus komited terhadap isu Palestin ke arah keamanan dunia. Ini terbukti dalam kata-kata beliau: In this regard, the problem of Palestine remains an urgent and important issues requiring a comprehensive and durable solution. The plight of the people of Palestine cannot be ignored because if we do so, we would seriously put at risk the peace and security of the world. The international community must be resolute in upholding the rights of the Palestinian people to national independence and the exercise of sovereignty in their own state, Palestine.6 Malaysia akan menentang secara tegas sebarang keganasan yang mensasarkan orang awam sebagai mangsa. Istilah jihad tidak harus disalahgunakan untuk menghalalkan keganasan. Perbuatan sedemikian akan hanya mencemarkan kesucian sejarah Islam. Keganasan, jika dibiarkan akan membiakkan kezaliam dalam jangka panjang yang tidak akan membawa sebarang faedah. Dalam periode Dato Seri Abdullah perpaduan dalam kalangan Negara anggota OIC
6

New Straits Times, 7 Julai 2004, tajuk ucapan beliau ialah Malaysian Foreign policy in the Era of Globalization

dijadikan agenda perdana. Ini kerana pascaperistiwa hitam 11 September 2001 di New York, masyarakat antarabangsa telah mengidentifisikasikan Islam menurut penulis dengan tiga K. K pertama sebagai keganasan, K kedua sebagai kemiskinan dan K ketiga sebagai kemunduran. Stigma 3K ini sukar untuk dikikis oleh masyarakat Islam antarabangsa termasuk Malaysia. Justeru, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merasakan OIC perlu mengorak langkah merapatkan kembali jurang di antara Negara Islam dengan dunia barat. OIC juga perlu diperkukuhkan agar muncul sebagai organisasi yang mantap di arena antarabangsa dan menjadi suatu tenaga yang boleh mencorakkan dunia yang lebih aman, lebih selesa, stabil dan makmur. OIC dalam kepimpinan Dato Seri Abdullah juga mempunyai misi khas bagi mencari penyelesaian terhadap isu Palestin yang merupakan isu global yang seharusnya dihadapi oleh komuniti global dan bukannya organisasi dan Negara-negara tertentu. Melalui OIC, Malaysia akan terus berusaha dan bersuara bagi mencari penyelesaian yang mutlak berhubung isu ini. Pada Julai 2004, Dato Seri Abdullah bertemu dengan Perdana Menteri Amerika Syarikat George W Bush ketika melakukan lawatan rasmi ke Washington, beliau turut menyatakan pendirian Malaysia terhadap beberapa isu seperti peperangan, keganasan, Iraq dan Palestin. Ini kerana Dato Seri Abdullah merasakan kerugian besar kepada dunia Islam sejagat sekiranya Iraq tidak dibantu untuk membangun kerana Iraq merupakan satu tamadun dan pelambangan kepada kehebatan Islam. Baghdad yang menjadi ibu kota Iraq yang dahulunya gah sebagai pusat melahirkan ulama-ulama dan cendiakawan tersohor dalam pelbagai bidang, sebuah kota yang sarat dengan ilmu akhirnya tersungkur di kaki kuasa-kuasa luar. Bagi Dato Seri Abdullah, Malaysia bersama Negara Islam yang lain harus memikul tanggungjawab membantu memulihkan Iraq agar ianya tidak dibangunkan mengikut acuan Negara barat. 7

Faridah Jaafar (2007). Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia 1957-2005, K.Lumpur hal 185-186

KESIMPULAN Malaysia amat menitikberatkan isu Palestin dan menjadikan isu ini sebagai salah satu isu yang penting dalam DLM dan ia dijangkakan akan terus mendapat kedudukan dan perhatian yang kekal dalam DLM selagi isu ini masih lagi berterusan dan tidak mencapai sebarang penyelesaian. Secara keseluruhannya, kita dapat merumuskan perkembangan dan kepentingan isu Palestin dalam DLM menunjukkan Malaysia akan terus meletakkan isu Palestin sebagai satu proriti utama dalam DLM terhadap dunia Islam. Selain itu, kita dapat lihat prioriti Malaysia terhadap isu palestin adalah seiring dengan komitmen Negara yang mendukung prinsip keamanan dan kemanusiaan sejagat sebagaimana yang terkandung dalam piagam PBB. Walaupun institusi antarabangsa seperi PBB dan OIC mempunyai kelemahan tetapi Malaysia beranggapan bahawa institusi ini tetap mempunyai kemampuan untuk menangani masalah-masalah sejagat seperti isu Palestin. Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu-isu Negara Islam yang ditindas oleh Israel terutamanya Palestin kita seharusnya memboikot sehabis-habisan segala bentuk propaganda Israel yang cuba menyerap masuk ke Negara kita tidak kiralah dari segi pemakanan, pemakaian atau apa jua sekalipun. Hal ini bagi menunjukkan rasa kebencian kita terhadap Israel kerana penindasan mereka kepada rakyat Palestin.

RUJUKAN Faridah Jaafar (2007). Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia 1957-2005, Kuala Lumpur: Universiti Malaya Imran N.Hosein (2002). Jurusalem in the Quran, New York: Masjid Dar al-Quran Mohsen M. Saleh (2001). Isu Palestin: Latar belakang dan Kronologi perkembangannya sehingga tahun 2000. Kuala Lumpur: Fajar Ulung New Straits Times, (2004b). 7 Julai Ranjit Singh Malhi (2005). Kenegaraan Malaysia, Kuala Lumpur: Federal Publications Shanti Nair (1997). Islam in Malaysian Foreign Policy, London : Routledge Yusof Ismail (2010). Dasar-Dasar Utama Kerajaan Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa www.pmo.gov.my